08 February 2020

KANDUNGAN HADIS/ DO'A RASULULLAH S.A.W.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Sabtu, 10 September 2011

KANDUNGAN HADIS/ DO'A RASULULLAH S.A.W.


               
[Lihat : Kandungan Do'a
 Nabi Allah Khidzir Alaihisalam]       

'
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيم
 الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على
أشرف الأنبياء والمرسلين،سيدنا ونبينا
محمد وعلى 
آله  وصحبه أجمعين  

                      وَأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ (114) وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ (115
                        Maksudnya :
" Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang  (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. (114) 
Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tiada mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan."(115)
                  [Al-Quran surah Hud : 114-115 ] 
*********************************                     
  بِسْمِ اللهِ الرّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ اَشْرَفِ اْللأَنْبِياَءِ  وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِناَ وَمَوْلَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ
اَللَّهُمَّ اِنِّي أَسْأَلُكَ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِكَ تَهْدِي بِهَا قَلْبِي وَتَجْمَعُ بِهَا شَمْلِي وَتَلُمُّ بِهَا شَعْثِي وَتَرُدُّ بِهَا الفِتَنَ عَنِّي وَتُصْلِحُ بِهَا دِينِي وَتَحْفَظُ بِهَا غَائِبِي وَتَرْفَعُ بِهَا شَاهِدِي وَتُزَكِّي بِهَا عَمَلِي وَتُبَيِّضُ بِهَا وَجْهِي وَتُلْهِمُنِي بِهَا رُشْدِي وَتَعْصِمُنِى بِهَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ.
 اللهم اعْطِنِي اِيْمِانًا صَادِقًا وَيقِينًا لَيْسَ بَعْدَهُ كُفْرٌ وَرَحْمَةً أَنَالُ بِهَا شَرَفَ  كَرَامَتِكَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ.
 اللَّهُمَّ اِنِّي اَسْأَلُكَ الْفَوْزَ عِنْدَ الْقَضَاءِ وِمَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ وَعَيْشَ السُّعَدَاءِ وَالنَّصْرَ عَلَى الاَعْدَاءِ وَمُرَافَقَةَ الاَنْبِيَاءِ. 
 اللَّهُمَّ اِنِّي اَنْزِلُ بِكَ حَاجَتِي وَاِنْ ضَعُفَ رَأْيِي وَقَلَّتْ حِيلَتِي وَقَصُرَ عَمَلِي وَافْتَقَرْتُ اِلَى رَحْمَتِكَ فَأَسْأَلُكَ يَا كَافِيَ الاُموْرِ وَيَا شَافِيَ الصُّدُورِ كَمَا تُجِيرُ بَيْنَ البُحُورِ أَنْ تُجِيرَنِي مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ وَمِنْ دَعْوَةِ الثُّبُورِ وَمِنْ فِتْنَةِ القُبُورِ.
 اللَّهُمَّ مَا قَصُرَ عَنْهُ رِأْيِي وَضَعُفَ عَنْهُ عَمَلِي وَلَمْ تُبْلِغْهُ نِيَّتِي وَاَمَنِيَّتِي مِنْ خَيْرٍ وَعَدْتَهُ اَحَدًا مِنْ عِبَادِكَ اَوْ خَيْرٍ اَنْتَ مُعْطِيهِ اَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ فَاِنِّي أَرْغَبُ اِلَيْكَ فِيهِ وَأَسْأَلُكَهُ يَا رَبَّ العَالَمِينَ.
 اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا هَادِينَ مُهْتَدِينَ غَيرَ ضَالِّينَ وَلاَ مُضِلِّينَ حَرْبًا لِأَعْدَائِكَ وَسَلَمًا لِاَوْلِيَائِكَ نُحِبُّ بِحُبِّكَ مَنْ أَطَاعَكَ مِنْ خَلْقِكَ وَنُعَادِي بِعَدَاوَتِكَ مَنْ خَالَفَكَ مِنْ خَلْقِكَ.
 اللَّهُمَّ  هَذَا الدُّعَاءُ وَعَلَيكَ الِاجَابَةُ وَهَذَا الجُهْدُ وَعَلَيْكَ التُّكْلاَنُ وَاِنَّا لِلَّهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُونَ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ ذِي الحَبْلِ الشَّدِيدِ وَالاَمْرِ الرَّشِيدِ أَسْأَلُكَ الاَمْنَ يَومَ الوَعِيدِ وَالجَنَّةَ يَومَ الخُلُودِ مَعَ المُقَرَّبِينَ الشُّهُودِ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ المُوفِينَ بِالعُهُودِ اِنَّكَ رَحِيمٌ وَدُودٌ وَأَنْتَ تَفْعَلُ مَا تُرِيدُ.
 سُبْحَانَ الذِّي لَبِسَ العِزَّ وَقَالَ بِهِ سُبْحَانَ الذِّي تَعَطَّفَ بِالمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ سُبْحَانَ الذِّي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ اِلَّا لَهُ سُبْحَانَ ذِي الفَضْلِ وَالنِّعَمِ سُبْحَانَ ذِي العِزَّةِ وَالْكَرَمِ سُبْحَانَ الذِّي اَحْصَى كُلَّ شَئٍ بِعِلْمِهِ.
 الَّلهُمَّ اجْعَلْ لِي نُورًا فِي قَلْبِي وَنُورًا فِي قَبْرِي وَنُورًا فِي سَمْعِي وَنُورًا فِي بَصَرِي وَنُورًا فِي شَعْرِي وَنُورًا فِي بَشَرِي وَنُورًا فِي لَحْمِي وَنُورًا فِي دَمِي وَنُورًا فِي عِظَامِي وَنُورًا مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَنُورًا مِنْ خَلْفِي وَنُورًا عَنْ يَمِينِي وَنُورًا عَنْ شِمَالِي وَنُورًا مِنْ فَوقِي وَنُورًا مِنْ تَحْتِي  الَّلهُمَّ زِدْنِي نُورًا وَاعْطِنِي نُورًا وَاجْعَلْ لِي نُورًا.

Kandungan maksud Hadis dalam bentuk Do'a Rasullullah s.a.w. 
yang dibaca selepas sembahyang sunat subuh ini adalah seperti berikut :

Ya Allah!, aku memohon kepada Engkau rahmat di sisi Engkau, rahmat yang Engkau berikan petunjuk dengannya hati ku. Engkau himpunkan dengannya segala perkara pekerjaan dan Engkau tolakkan dengannya segala fitnah daripada mengenai ku dan Kau baiki dengannya agama ku. Engkau peliharai dengannya barang yang ghaib daripada ku, dan Engkau angkatkan dengannya barang yang zahir daripada ku, dan Engkau bersihkan dengannya amalan ku dan Engkau putihkan dengannya muka ku dan Engkau beri ilhamkan akan daku dengannya jalan pertunjuk ku dan Engkau peliharakan akan daku dengannya daripada tiap-tiap kejahatan.

Ya Allah!, kurniakanlah pada ku keimanan yang benar dan keyakinan yang tidak ada kemudiannya kekafiran, dan rahmat yang aku mendapati dengannya kemuliaan pemberian Engkau dalam dunia dan negeri akhirat.

Ya Allah!, bahawasanya aku memohonkan kepada Engkau kelepasan pada ketika qadha  (menjatuhkan hukuman ) dan dapat martabat orang yang mati syahid dan kehidupan orang yang sebahagia-bahagia dan kemenangan di atas seteru-seteru dan menyamai Nabi-nabi.

Ya Allah!, bahawasanya aku memohon kepada Engkau hajat ku dan jikalau sekali pun lemah fikiran ku dan sedikit upaya kekuatan ku dan singkat amalan ku dan aku sangat berhajatkan kepada rahmat Engkau. Maka aku memohonkan kepada Engkau wahai Yang Amat Mencukupkan segala perkara dan wahai Yang Amat Menyembuhkan segala dada sebagaimana Engkau melepaskan di antara lautan-lautan bahawa Engkau lepaskanlah akan daku daripada azab api neraka dan daripada seruan kebinasaan dan daripada Fitnah Kubur.

Ya Allah!, barang apa yang telah singkat daripadanya fikiran ku dan telah daif daripadanya amalan ku dan tidak menyampaikannya niat ku dan cita-cita hati ku daripada kebajikan yang telah Engkau menjadikannya akan seseorang daripada hamba-hamba Engkau atau kebajikan yang Engkau memberikannya akan seseorang daripada hamba-hamba Engkau, maka bahawasanya aku kasih kepada Engkau padanya itu. Aku memohonkan kepada Engkau mendapatinya itu wahai Tuhan yang memiliki sekalian alam.

Ya Allah!, jadikanlah akan kami orang-orang yang memberi pertunjuk lagi yang mendapat pertunjuk lain daripada orang-orang yang sesat dan tiada orang-orang yang menyesatkan perseteruan bagi seteru-seteru Engkau dan perdamaian bagi Aulia-aulia Engkau. Kami kasihi dengan sebab kasihkan Engkau akan orang yang mentaati Engkau daripada hamba-hamba Engkau. Kami memusuhi dengan sebab permusuhan Engkau akan orang yang menyalahi Engkau daripada hamba-hamba Engkau.

Ya Allah!, bermula do'a ini dan di atas Engkau memakbulkan dan ini persungguhan dan di atas Engkau berserah, bahawasanya kami ialah milik bagi Allah dan bahawasanya kami kepada bawah perintah-Nya kami kembali dan tiada berupaya mengekali berbuat taat dan tiada kekuatan bagi memberhentikan daripada berbuat maksiat melainkan dengan pertolongan Allah yang amat mempunyai kebesaran yang mempunyai tali agama yang amat kuat dan pekerjaan atas jalan yang hak. 

Aku memohonkan kepada Engkau keamanan pada hari balasan seksa dan syurga pada hari berkekalan berserta orang-orang yang muqarrabin yang sentiasa bermusyahadah yang banyak rukuk, yang banyak sujud, yang menunaikan dengan segala janji-janji-Nya. Bahawasanya Engkau Yang Amat Mengasihani lagi Yang Amat Menyayangi dan Engkau berbuat apa yang Engkau kehendaki.

Maha Suci Allah yang mempunyai kekuatan dan Ia berkata dengannya. 
Maha Suci Allah yang menyayangi dengan kemuliaan dan Ia bermurah dengannya. Maha Suci Allah yang tiada segia ditasbihkan melainkan bagi-Nya sahaja. Maha Suci Allah yang mempunyai kemurahan dan segala nikmat-nikmat. Maha Suci Allah yang mempunyai kekuatan dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mengirakan tiap-tiap sesuatu dengan Ilmu-Nya.

Ya Allah!, jadikanlah bagi ku cahaya pada hati ku, 
cahaya pada kubur ku, 
cahaya pada pendengaran ku, 
cahaya pada penglihatan ku, 
cahaya pada rambut ku, 
cahaya pada kulit ku, 
cahaya pada daging ku, 
cahaya pada darah ku, 
cahaya pada tulang ku, 
cahaya di hadapan ku, 
cahaya di belakang ku, 
cahaya di kanan ku, 
cahaya di kiri ku, 
cahaya di atas ku dan 
cahaya di bawah ku. 
Ya Allah!, tambahilah oleh Mu akan daku cahaya dan  
kurniakanlah akan daku cahaya dan jadikanlah bagi ku cahaya.

[Sila lihat : Pengertian Kalimah An-Nuur  ]

(## Peringatan Kandungan do'a ini sangat halus dan amat luas kandungan ilmunya yang menyentuh hal-hal keimanan. Mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan-Nya kepada sesiapa juga yang beristiqamah menjadikan do'a ini sebagai amalan hariannya. Bermohonlah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan penuh ikhlas tanpa jemu-jemu supaya segala permohonan yang terkandung di dalam do'a ini dimakbulkan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hamba-hamba-Nya yang mukmin. Amin.  والله أعلمُ بالـصـواب .

[Lihat : 
              i.  Do'a Khalifah Abu Bakr As Siddiq r.a.
                  ii.  Do'a Saidina Ali bin Abi Talib r.a.
              iii.  A Very Special Dream  
             iv.  Pengertian al-Muraqabah dan Golongan Ahli al-Muqarrabin ]


                   v.https://www.youtube.com/watch?v=_HEOzxtbzBE

                  (Maqam Nabi di Masjid Nabawi)
        Dalam hadis Rasulullah s.a.w.: 

عَنْ أبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَتَتَّخِذُوْا قَبْرِي عِيْدًا وَلا تَجْعَلُوا بُيُوْتَكُمْ قُبُوْرًا وَحَيْثُمَا كُنْتُمْ فَصَلُّوْا عَلَيَّ فَاِنَّ صَلَاتَكُمْ تَبْلُغُنِي
                     Maksudnya :
"Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Janganlah kamu jadikan kuburanku sebagai tempat perayaan, dan janganlah kamu jadikan rumahmu sebagai kuburan. Maka bacalah selawat kepadaku. Kerana selawat yang kamu baca akan sampai kepadaku di mana saja kamu berada'.” [Musnad Ahmad bin Hanbal]







DO'A SAIDINA ALI BIN ABI TALIB RADHIALLAHU'ANH









بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُلِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
 حَمْدًايُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِىءُمَزِيْدَهُ. يَارَبَّنَالَكَ الْحَمْدُوَلَكَ الشُّكْرُكَمَايَنْبَغِى لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ. اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلٰى سَيِّدِنَامُحَمَّدٍوَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ

"اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ رَبُّ العَالَمِينَ.
 اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلَهَ اِلَّا اَنْتَ الحَيُّ القَيُّومُ اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلَهَ اِلَّا اَنْتَ العَلِيُّ العَظِيمُ اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلهَ اِلَّا اَنْتَ لَمْ تَلِدْ وَلَمْ تُولَدْ اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلَهَ إلَّا اَنْتَ العَفُوُّ الغَفُورُ اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلَهَ إِلَّا اَنْتَ مُبْدِئُ كُلِّ شَيْئٍ وَاِلَيْكَ يَعُوْدُ العَزِيْزُ الحَكِيْمُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ مَالِكُ يَوْمِ الدِّيْنِ خَالِقُ الخَيْرِ وَالشَّرِّ خَالِقُ الجَنَّةِ وَالنَّارِ الوَاحِدُ الاَحَدُ الفَرْدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَلَا وَلَدًا الفَرْدُ الوِتْرُ عَالِمُ الغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ المَلِكُ القُدُّوْسُ السَّلَامُ المُؤْمِنُ المُهَيْمِنُ العَزِيْزُ الجَبَّارُ المُتَكَبِّرُ الخَالِقُ البَارِئُ المُصَوِّرُ الْكَبِيْرُ المُتَعَالِي المُقْتَدِرُ القَهَّارُ الحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ اَهْلُ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدُ تَعْلَمُ السِّرَّ وَأَخْفَى القَادِرُ الرَّزَّاقُ فَوْقَ الخَلْقِ وَالْخَلِيْقَةِ."
وَصَلَّى اللّٰهُ عَلٰى سَيِّدِنَامُحَمَّدٍوَعَلٰى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّايَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ


      Maksud Do'a ini ialah :


"Bahawasanya Engkau ialah Allah Tuhan yang memiliki sekalian alam. 
Bahawasanya Engkau ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Engkau yang hidup lagi sentiasa ADA dan selama-lamanya ADA. Bahawasanya Engkau ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Engkau, Yang Maha Tinggi martabat lagi Yang Amat Mempunyai Kebesaran.
Bahawasanya Engkau ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Engkau, Engkau tidak beranak dan tidak diperanakkan. 
Bahawasanya Engkau ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau, Yang Amat Memaafi lagi Yang Amat Mengampuni. 
Bahawasanya Engkau ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau, yang mengadakan permulaan tiap-tiap sesuatu dan di bawah pentadbiran milik Engkau ia kembali.

Engkau Yang Amat Mempunyai Kekuatan lagi Yang Amat Mempunyai Hikmat, Yang Amat Pemurah lagi Yang Amat Mengasihani, Yang Memiliki Hari Agama ( hari kiamat besar),  yang mengadakan kebajikan dan kejahatan, yang mengadakan syurga dan neraka, yang tiada menyamai sesuatu lagi tiada mempunyai juzuk, lagi hanya Engkau sahaja yang ada mempunyai sifat Ketuhanan, yang berhajat semua makhluk kepada Engkau kerana kesempurnaan Qadrat Engkau, lagi yang tiada menjadikan bagi Engkau isteri dan anak, yang tiada mempunyai lawanan, yang tiada mempunyai pasangan, 

Yang Amat Mengetahui segala perkara yang ghaib dan segala perkara yang tiada ghaib yang amat mempunyai pemilikan dan kesultanan, lagi Yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan segala ketandaan baru (seperti masa dan tempat), Yang Amat Sejahtera daripada segala kekurangan, lagi yang membenarkan diri Engkau, Rasul dan kitab-kitab Engkau, lagi Yang Amat Mengetahui yang tiada tersembunyi daripada Ilmu Engkau walau kadar sebesar debu jua pun, Yang Amat Mempunyai Kekuatan lagi Yang Amat Mempunyai Kekerasan, lagi Yang Amat Mempunyai Kebesaran, Yang Mengadakan sesuatu daripada semata-mata tiada kepada ada dengan Qadrat Engkau.

Engkau juga yang mengadakan segala barang sesuatu dengan tidak ada contoh misal yang lalu lagi yang mengadakan segala rupa makhluk-makhluk dan memperelokkan baginya. Engkau Yang Amat Mempunyai Kebesaran Yang Maha Suci daripada segala sifat-sifat makhluk, Yang Amat Tinggi Martabat, Yang Tiada Mengenai sama sekali sebarang kekurangan, yang mempunyai Qadrat Yang Amat Sempurna lagi yang mengalahkan bagi semua makhluk, yang tiada bersegera membalasi seksa di atas kesalahan lagi Yang Amat Baik, ahli kepercayaan dan kemuliaan. Engkau Amat Mengetahui segala perkara yang tersembunyi dan barang apa yang lebih tersembunyi, yang mempunyai Qadrat yang amat sempurna, yang mengadakan rezeki-rezeki mengatasi hamba-hamba dan sekalian makhluk Engkau."

[**Peringatan (1) :  Apabila membaca, melafazkan atau berzikir dengan kalimah "Laillaha Illailllah" (لا إله إلا الله ) atau menyebut  nama Allah hendaklah dibuang sama sekali semua lintasan di hati atau ingatan yang mengaitkan  Allah itu dengan apa juga rupa sekalipun dan hendaklah  mengingatkan serta memahami maksud kalimah tersebut seperti yang terkandung di dalam "Terjemah Aqidah Ahli Sunnah" dan " Asma' Ullah Al Husna." Oleh itu perkataan disembah itu lebih menepati jika diertikan atau ditukar  kepada yang diibadatkan” .
Kalimah asalnya ialah seperti yang disebut pada kalimah Arabnya : “LA M’ABUDA BIHAQQIN ILLALLAH” (لامعبود بحق إلا الله) yang bererti : "Tiada yang sah "diibadatkan" dengan sebenarnya melainkan Allah".] 

[**Peringatan (2)  : Amalkanlah membaca Do'a ini berserta memahami kandungan maksud ilmunya pada setiap masa khususnya selepas menunaikan solat kerana ia dapat mengukuhkan lagi kefahaman ilmu mengenali Allah. Antara fadhilat besar yang diperolehi oleh sesiapa yang berdo'a dengannya ialah dia dituliskan daripada jumlah perhimpunan orang-orang sujud yang khusuk hati,  dapat berjiran dengan Nabi Muhammad s.a.w., Nabi Ibrahim a.s. ,Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. dan sekalian Nabi-nabi Sallalah Alaihi Wassalam dalam negeri kemuliaan yakni di syurga dan baginya pahala sebagaimana pahala sekalian orang-orang yang berbuat ibadat pada segala lapisan langit dan bumi. Amin.] 

Sesungguhnya telah mensalawatkan oleh Allah SWT ke atas Nabi Muhammad s.a.w.[yakni telah 'memberi rahmat' oleh Allah SWT ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ] dan ke atas tiap-tiap hamba yang terpilih. Ketika membaca Do'a ini hendaklah difahami juga pengertian "At Tanzihu" yang terkandung di dalam : Terjemah Akidah Ahli Sunnah Pada Makna Syahdat At Tauhid.


[Catatan : Saidina Ali bin Abi Talib dilahirkan di Mekah pada 15 September, 601 Masihi bersamaan 13 Rejab, Sebelum Hijrah. Dia kembali ke rahmatullah pada 29 Januari, 661 Masihi bersamaan 21 Ramadan 40 H.]

           Image result for masjid imam ali di najaf iraq
                  Maqam Saidina Ali r.a. di Masjid Imam Ali, Najaf, Iraq.
         
[Lihat kandungan doa ini di dalam kitab : MUKH  AD DO'A FIL IMAN]


[ Lihat : 

 i. Maksud Hadis : Allah Memuji Diri-Nya Sendiri
 ii. Kekeliruan Pemahaman Terhadap Asma' Ullah Al-Husna   
 iii. Kandungan Doa Nabi Khidzir Alaihisalam
 iv.  Do'a Abu Bakr As Siddiq 
 v.  Kandungan Doa/Hadis Rasulullah s.a.w.
vi. Allah dikatakan Berjuzu' , Mempunyai Tangan dan Beristiwa Atas Arasy?

***************************************************
الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ 
                      Maksudnya : 
" (Malaikat-malaikat ) yang memikul al-'Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): 'Ya Tuhan kami, Rahmat dan Ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah keampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan neraka yang bernyala-nyala'."
         [Al-Quran  سورة المؤمن surah Al-Mu'min  : 7 ]

Jumaat, 9 September 2011

KANDUNGAN DO'A NABI ALLAH KHIDZIR 'ALAIHISSALAM



بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيْمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

دُ عَاء الفرَج لِسَيِّدِنَا الخِضِرْ عَلَيْهِ السَّلاَم



اَللَّهُمَّ كَمَا لَطَفْتَ فِى عَظَمَتِكَ دُونَ الَلُّطَفَاءِ وَعَلوْتَ بِعَظَمَتِكَ عَلَى الْعُظَمَاءِ، وَعَلِمْتَ مَاتَحْتَ أَرضِكَ كَعِلْمِكَ بِمَا فَوْقَ عَرْشِكَ، وَكَانَت وَسَاوسُ الصُّدُورِ كَاْلعَلاَ نِيَّة عِنْدَكَ ، وَعَلاَ نَّيِةُ اْلقَوْلِ كَالسِّر فِى عِلْمِكَ، وَانْقَادَ كُلُّ شَىْءٍ لِعَظَمَتِكَ، وَخَضَعَ كُلُّ ذِى سُلْطَانٍ لسُلْطَا نِكَ ، وَصَارَ أَمْرُ الدُّ نْيَا والاَخِرَةِ كُلُّه بِيَدِكَ. اِجْعَلْ لِى مِنْ كُلِ هَمٍ أَمْسَيْتُ فِيهِ فَرَجاً وَمَخرَ جاً.
 اللَّهُمَّ إِنَّ عَفَوَكَ عَنْ ذُنُوبِى،  وَتَجَاوزَكَ عَنْ خَطِيئتىِ، وَسِتْرِكَ عَلَى قَبِيحِ عَمَلِى، أَطْمَعي أَنْ أَسْأ لَكَ مَالاَ أَسْتَوْ جِبُهُ مِمَّا قَصَّرْتُ فِيهِ، أَدْعُوكَ اَمِنَاً وَأَسْأَ لُكَ مُسْتَأ نِسَاً. وَإِنَّكَ الْمُحْسِنُ إِليَّ، وَأَنَا الْمُسِئُ إلَى نَفْسِي فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَكَ، تَتَوَدَدُ إِليَّ بِنِعْمَتِكَ وَأَتَبَغَّضُ إلَيْكَ بِالْمَعَاصِيِ وَلَكِنَّ الثِّقَةَ بِكَ حَمَلَتْنِي علَى الْجرَاءَةِ عَلَيْكَ فَعُدْ بِفَضْلِكَ وَإحْسِانِكَ عَلَي إِنَّكَ أَنْتَ التَّوابُ الَّرَحِيمُ. وَصَلى الله ُعَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّدٍ و اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلمْ.


          Maksud kandungan Do'a ini ialah :
"Ya Allah! , sebagaimana Engkau Amat Mengasihani kepada kebesaran Engkau tanpa ada bandingannya kasih sayang Engkau dan Engkau mengatasi dengan kebesaran Engkau ke atas kebesaran ( makhluk ) Engkau dan Engkau Amat Mengetahui barang apa yang di bawah bumi Engkau sebagaimana Engkau Amat Mengetahui dengan barang apa di atas 'Arasy Engkau, dan segala waswas dalam dada adalah seperti terdedah di sisi Engkau dan apa yang terdedah daripada kata-kata tidak tersembunyi pada Ilmu Engkau dan patuh setiap sesuatu kepada kebesaran Engkau dan tunduk setiap yang mempunyai kuasa kepada kekuasaan Engkau dan jadilah perkara dunia dan akhirat semuanya dalam kekuasaan Engkau, jadikanlah bagi ku daripada setiap dukacita yang aku berpetang-petang di dalamnya kelepasan. 
Ya Allah! , bahawasanya kemaafan Engkau daripada dosa-dosa ku dan keampunan Engkau akan kesilapan ku dan penutupan Engkau akan amalan buruk ku, Engkau kurniakan akan daku ketamakan untuk memohon kepada Engkau barang apa yang aku tidak layak mendapatkannya daripada barang apa yang aku cuaikan padanya. Aku berdo'a kepada Engkau dalam keadaan aman dan aku pohon  kepada Engkau dalam keadaan (kemesraan),  dan 
Engkaulah yang membuat kebaikan kepada ku dan akulah yang membuat keburukan kepada diri ku sendiri pada barang yang di antara aku dan Engkau. Engkau mengasihani aku dengan nikmat-nikmat Engkau, dan aku yang menyebabkan kemurkaan Engkau dengan segala maksiat ku tetapi kepercayaan dan keyakinan aku kepada Engkau membuatkan aku berani melakukan (maksiat) ke atas Engkau. Maka Engkau berikanlah dengan kelebihan belas ikhsan Engkau ke atas ku.Sesungguhnya Engkau Amat Menerima taubat dan Amat Mengasihani. Salawat serta salam ke atas Sayyidina Muhammad serta keluarga dan limpahan salam."


[**Peringatan : Amalkanlah membaca do'a yang begitu indah kalimah dan kata-katanya serta amat mendalam pengertian ilmunya ini selepas solat fardhu dan sunnat, dalam keadaan biasa atau lebih-lebih lagi ketika berada di dalam kesusahan atau kesulitan yang memberatkan. Jadikanlah bacaan do'a ini hingga menjadi sebati di dalam kehidupan seharian kita hingga ke akhir hayat. Insya Allah! Amat besar fadhilat dan hikmahnya! Semoga Allah melimpahkan Rahmat-Nya dengan memberikan pertolongan yang selayaknya dengan mengeluarkan/melepaskan kita daripada bebanan masalah yang amat menyulitkan dalam segala urusan duniawi dan akhirat. Amin].

Lihat :

i .  Do'a Khalifah Abu Bakr As Siddiq 
ii.   Kandungan Hadis/Do'a Rasulullah s.a.w.
iv.   Do'a Saidina Ali bin Abi Talib r.a.

                        ***************************************************
أَلآتَخَافُوا وَلاَتَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ
 :Maksudnya             
Sesungguhnya orang-orang yang berkata: 'Tuhan kami adalah Allah', kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): 'Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan (memperoleh ) syurga yang telah dijanjikan Allah kepada mu'." 
      [Al-Quran surah سورة فصلت Fushshilat : 30 ]
*************************************
الَّذِينَ يَحۡمِلُونَ الۡعَرۡشَ وَمَنۡ حَوۡلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمۡدِ رَبِّهِمۡ وَيُؤۡمِنُونَ بِهِ وَيَسۡتَغۡفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعۡتَ كُلَّ شَيۡءٍ رَّحۡمَةً وَعِلۡمًا فَاغۡفِرۡ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمۡ عَذَابَ الۡجَحِيمِ 
                          Maksudnya : 
" [Malaikat-malaikat] yang memikul 'Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta meminta ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan) : 'Ya Tuhan kami, rahmat dan Ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah keampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan api neraka yang bernyala-nyala'."
       [Al-Quran سورة المؤمن surah Al-Mu'min : 7]
Image result for kisah Nabi Allah Khidir Alaihissalam
Image result for perjalanan jauh Nabi Musa untuk menemui Nabi Khidir
وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِفَتَاهُ لا أَبْرَحُ حَتَّى أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا
                  Maksudnya :
" Dan (ingatlah ) ketika Musa berkata kepada muridnya : 'Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun'." 
       [Al-Quran سُوۡرَةُ الکهف surah al-Kahfi : 60 ] 


Isnin, 22 Ogos 2011

DO'A KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ أبو بكر الصديق‎ R.A. KETIKA SAKIT TENAT

                             
 ( Sambungan daripada : Do'a Saidina Ali bin Abi Talib r.a.)


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله 
وصحبه أجمعين

            ".......Dan kata Sa'id bin Al-Masib : 
Tatkala Khalifah Abu Bakar أبو بكر r.a. sakit tenat datang orang-orang daripada para sahabat, lalu mereka berkata: 'Wahai Khalifah Rasullullah s.a.w. , perbekalkan kami, bahawasanya kami lihati engkau barang apa yang ada dengan hal engkau (sakit)'.   
فقال ابو بكر: من قال هؤلاء الكلمات ثم مات جعل الله  
  روحه في الأفق المبين، قالوا وما الافق المبين؟ قال
قاع بين يدي العرش فيه رياض الله وانهار يغشاه كل 
يوم مائة رحمة فمن قال هذا القول جعل الله روحه في هذا المكان 
                     Maksudnya: 
" Maka kata Abu Bakr: 'Barangsiapa membaca do'a ini kemudian ia mati nescaya Allah Taala tempatkan rohnya itu di al-Ufukil Mubin (الافق المبين)Maka berkata mereka: 'Apa dia al-Ufukil Mubin (الافق المبين)?' Jawabnya: 'Satu tempat di hadapan 'Arasy terdapat (di dalamnya) taman-taman dan sungai-sungai di mana turunnya setiap hari seratus (100) rahmat. Maka barangsiapa membaca do'a ini nescaya Allah tempatkan rohnya di tempat ini'.” 
                    [ Catatan: Lihat al-Quran surah At-Takwir ayat 23 yang berbunyi:
           وَلَقَدْ رَآهُ بِالأفُقِ الْمُبِينِ 
                    Maksudnya :
"Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat Jibril di Ufukil Mubin ."] 
                               ***********************************************
Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Maksudnya :
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)   
********************
اللَّهُمَّ اِنَّكَ اِبْتَدَأْتَ الْخَلْقَ مِنْ غَيْرِ حَاجَةٍ بِكَ اِلَيْهِمْ ثُمَّ جَعَلْتَهُمْ فَرِيْقَيْنِ فَرِيْقًا لِلنَّعِيمِ وَفَرِيْقًا لِلسَّعِيرِ فَاجْعَلْنِي لِلنَّعِيْمِ وَلَا تَجْعَلْنِي لِلسَّعِيْرِ.

 اَللَّهُمَّ اِنَّكَ خَلَقْتَ الخَلْقَ فَرِقًا وَمَيَّزْتَهُمْ قَبْلَ اَنْ تَخْلُقَهَمْ فَجَعَلْتَ مِنْهُمْ شَقِيًّا وَسَعِيْدًا وَغَوِيًّا وَرَشِيْدًا فَلَا تُشْقِنِي بِمَعَاصِيْكَ.

اَللَّهُمَّ  اِنَّكَ عَلِمْتَ مَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ قَبْلَ اَنْ تَخْلُقَهَا فَلَا مَحِيْصَ لَهَا مِمَّا عَلِمْتَ فَاجْعَلْنِي مِمَّنْ تَسْتَعْمِلُ بِطَاعَتِكَ.

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ قَدْ قَدَّرْتَ حَرَكَاتَ العِبَادِ فَلَا يَتَحَرَّكُ شَيءٌ اِلَّا بِإِذْنِكَ فَاجْعَلْ حَرَكَاتِي فِي تَقْوَاكَ.

 اَللَّهُمَّ اِنَّكَ خَلَقْتَ الخَيْرَ وَالشَّرَ وَجَعَلْتَ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا عَامِلًا َيَعْمَلُ بِهِ فَاجْعَلْنِي مِنْ خَيْرِ القِسْمَيْنِ. 

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ خَلَقْتَ الجَنَّةَ وَالنَّارَ وَجَعَلْتَ لِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا اَهْلًا فَاجْعَلْنِي مِنْ سُكَّانِ جَنَّتِكَ.

 اَللَّهُمَّ اِنَّكَ اَرَدْتَ  بِقَوْمٍ الضَّلَالَ وَضَيَّقْتَ بِهِمْ صُدُوْرَهُمْ فَاشْرَحْ صَدْرِي لِلْاِيمَانِ وَزَيِّنْهُ فِي قَلْبِي.

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ دَبَّرْتَ الاُمُورَ وَجَعَلْتَ مَصِيْرَهَا اِلَيْكَ فَاَحْيِنِي بَعْدَ المَوْتِ حَيَاةً طَيْبَةً وَقَرِّبْنِي اِلَيْكَ زُلْفَى.

 اَللَّهُمَّ مَنْ اَصْبَحَ وَاَمْسَى ثِقَتُهُ وَرَجَاؤُهُ غَيْرَكَ فَأَنْتَ ثِقَتِي وَرَجَائِي وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ .  


       Maksudnya:


"Ya Allah!, bahawasanya Engkau telah mengadakan permulaan makhluk daripada ketiadaan apa-apa hajat dengan Engkau kepada mereka itu, kemudian Engkau jadikan mereka itu dua puak, satu puak untuk syurga dan satu puak untuk neraka. Maka,  Engkau jadikanlah akan daku untuk syurga dan jangan Engkau jadikan daku untuk api neraka. 

Ya Allah !, Engkau telah mengadakan makhluk beberapa puak dan Engkau telah memperbezakan mereka itu lebih dahulu sebelum Engkau mengadakan mereka itu. Maka Engkau jadikan daripada mereka itu ada yang celaka dan ada yang bahagia, ada yang sesat dan ada yang mendapat petunjuk. Maka, janganlah Engkau celakakan akan daku dengan sebab berbuat maksiat kepada Engkau.  

Ya Allah !, bahawasanya Engkau telah mengetahui akan barang apa yang diusahakan oleh tiap-tiap diri seseorang sebelum Engkau mengadakannya, maka tidak dapat lari baginya daripada barang apa yang telah Engkau ketahui.  Maka, Engkau jadikanlah akan daku daripada orang yang Engkau jadikan dia dengan berbuat amalan ta'at kepada Engkau.

Ya Allah!, bahawasanya seseorang itu tiada dapat barang apa yang dia kehendaki hingga Engkau kehendaki, maka Engkau jadikanlah kehendak Engkau itu bahawa aku mengkehendaki barang gerak-gerak hamba-hamba.  Sesungguhnya tidak bergerak sesuatu melainkan dengan izin Engkau. Maka, jadikanlah segala gerak-gerak aku pada takutkan Engkau.

Ya Allah!,  sesungguhnya Engkau telah mengadakan kebaikan dan kejahatan dan telah Engkau jadikan tiap-tiap satu daripada keduanya itu ada orang yang mengerjakan dengannya. Maka, Engkau jadikanlah akan daku daripada orang yang sebaik-baik daripada dua bahagian itu.


Ya Allah !, sesungguhnya Engkau telah mengadakan syurga dan neraka dan telah Engkau jadikan bagi tiap-tiap sesuatu daripada keduanya itu ahli [yakni ahli syurga dan ahli neraka]. Maka, Engkau jadikanlah akan daku daripada penduduk syurga Engkau.


Ya Allah !, bahawasanya Engkau mengkehendaki dengan sesuatu kaum itu kesesatan dan Engkau sempitkan dengannya dada mereka itu, maka, cerahkanlah dadaku bagi keimanan dan perhiaskanlah akan dia pada hati ku.

Ya Allah !, bahawasanya Engkau telah mentadbirkan segala perkara dan telah Engkau jadikan kembalikannya [segala perkara itu] kepada Engkau, maka, hidupkanlah akan daku kepada Engkau pangkat martabat ketaatan.  

Ya Allah!, barangsiapa berpagi-pagi dan berpetang-petang kepercayaannnya dan harapannya lain daripada Engkau, maka, Engkau ialah kepercayaan ku dan harapan ku, dan tiada terdaya mengekalkan berbuat taat, dan tiada berupaya meninggalkan maksiat melainkan dengan pertolongan Allah. "
"Kata Abu Bakarأبو بكر ‎ r.a. sesungguhnya seluruh (kandungan maksud) do'a ini semuanya dalam kitab Allah Azza Wajalla." Demikian ertinya.

[ Lihat : 

i.   Kandungan Do'a/Hadis Rasulullah s.a.w

ii.  Qadha dan Qadar Allah  dan Had Batasan Akal Manusia 
iii.  Api Neraka dan Azab Seksa Di Dalamnya 
iv.  Kenikmatan dan Kebahagiaan Hidup Di Syurga
v.   Adab Hati Ketika Sakit Tenat Membawa Maut  


Betapa indah dan eloknya jika kita semua dapat beristiqamah mengamalkan membaca do'a ini seperti membaca surah Al-Fatihah pada setiap masa khususnya selepas selesai mendirikan ibadat fardhu solat lima waktu dan solat-solat sunnat pada akhir malam hingga menjadikannya sebagai salah satu amalan yang sebati dalam kehidupan kita beragama hingga ke akhir hayat.
Adalah terlebih afdal dan sangat besar hikmah dan fadilatnya jika do'a ini dapat diajarkan kepada orang yang sedang sakit tenat yang amat berat keadaannya atau dalam keadaan sakit biasa.

Mudah-mudahan Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pemurah memakbulkan dan menerima do'a kita dengan mengurniakan fadilat seperti yang dikahabarkan oleh Khalifah Abu Bakr As-Siddiq أبو بكر الصديق r.a. di atas. Semoga Allah melimpahkan rahmat pertolongan-Nya ketika kita berhadapan dengan saat-saat terakhir yang teramat kritikal dan paling genting dalam hidup di dunia ini iaitu ketika berada dalam Sakaratul-maut yang boleh datang pada bila-bila masa sama ada tanpa dijangka atau sudah dapat diduga kerana mengidap sakit yang lama.

Ajarkan dan perpanjangkanlah do'a dan maksud pengertiannya ini kepada anak-anak, keluarga, sanak-saudara, sahabat-handai dan sesiapa juga yang berhajat kerana kandungan do'a ini begitu indah dan sangat besar ertinya serta luas dan mendalam ilmunya dalam hal mengukuhkan ilmu keimanan kita bagi memahami Qadha dan Qadar Allah yang termasuk dalam Rukun Iman yang enam [6] perkara.

Alangkah  malang dan  ruginya kita sekiranya mengambil mudah, mengabaikan atau tidak menghiraukan langsung peringatan terakhir dan wasiat amat penting Khalifah Rasulullah Abu Bakar As-Siddiq  أبو بكر الصديق r.a., seorang sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang sudah termaklum kemuliaan dan kedudukan martabatnya di sisi Allah berbanding sekalian manusia lain selepas Rasulullah s.a.w. 
[Catatan : Khalifah Abu Bakr As-Siddiq أبو بكر الصديق r.a. dilahirkan di Mekah pada bulan Oktober, 573 dan kembali ke rahmatullah pada hari Selasa 2 Ogos, 634 Masehi bersamaan dengan 22 Jamadil Akhir 13 Hijrah di Madinah ketika berusia 63 tahun.   ] 


   Pemandangan di luar Maqam Khalifah Abu Bakar As-Siddiq di Masjid Nabawi , Madinah.
                            والله أعلمُ بالـصـواب 

[Lihat : 

           i. Do'a/Hadis  Rasulullah s.a.w. 
           ii.  https://www.youtube.com/watch?v=_HEOzxtbzBE


***************************************************
وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا صُمٌّ وَبُكْمٌ فِي الظُّلُمَاتِ مَنْ يَشَأِ اللَّهُ يُضْلِلْهُ وَمَنْ يَشَأْ يَجْعَلْهُ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ 
                       Maksudnya :
" Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami adalah pekak, bisu dan berada dalam gelap gelita. Barangsiapa yang dikehendaki Allah (kesesatannya), nescaya disesatkan-Nya. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah (untuk diberi-Nya petunjuk), nescaya Dia menjadikannya berada di atas jalan yang lurus."                              
                       [Al-Quran surah  سورة الأنعام  Al-An'aam : 39]

                   *****************************************


Do'a Imam Syafi'i Rahimullah ketika dia dalam kesusahan :

        اَللَّهُمَّ إِنِّي لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا وَلَا مَوْتًا 
وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُورًا وَلَا  
أَسْتَطِيْعُ أَنْ آ  خُذَ إِلَّا مَا أَعْطَيْتَنِي وَلَا أَتَّقِي إِلَّا مَا وَقَّيْتَنِي  
 اَللَّهُمَّ فَوَفِّقْنِي لِمَا  
تُحِبُّ وَتَرْضَى مِنَ القَوْلِ وَالْعَمَلِ فِي عَافِيَةٍ
 [Maksudnya: Ya Allah, bahawasanya aku tiada memiliki bagi diriku kemanfaatan, tiada memiliki kemudaratan, tiada memiliki kematian, tiada memiliki kehidupan, tiada memiliki hidup kemudian daripada mati, tiada aku berupaya mengambil melainkan barang apa yang Engkau berikan kepada ku dan tiada dapat aku memelihara melainkan barang apa yang telah Engkau pelihara akan aku. Ya Allah, Engkau berilah taufik kepada aku bagi barang apa yang Engkau kasihi dan Engkau redai daripada perbuatan dan amalan dalam 'afiat].
                   ****************************************
SEPULUH (10 ) NASIHAT IMAM AS-SYAFI'E RAHIMAULLAH YANG DIWASIATKAN KEPADA MURID-MURIDNYA SEBELUM DIA KEMBALI KE RAHMATULLAH :

Sebelum Imam As-Syafi'e kembali ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada  murid-muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah terjemahan kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang berhajat meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh (10) perkara:
PERTAMA : HAK PADA DIRI SENDIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa kasihkan kepada Allah sahaja.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA JAHANAM PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
 
KETUJUH : HAK KEPADA MALAIKAT MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa; 
KELAPAN : HAK KEPADA MALAIKAT RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa reda dengan Qadha' Allah, bersabar menerima ujian bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W
Iaitu : Bersalawat ke atas baginda, berpegang teguh dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat baginda, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah.
 
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan."
[Catatan : Nama penuh dan jurai keturunan Imam As-Syafi'e ialah : Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafi'e bin Assaib bin Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abd Manaf Al-Qurasy. Dia dilahirkan pada tahun 150 H/767 M di wilayah Gaza, Palestin pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyah kedua , Abu Jaafar Al-Mansur dan kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 29 Rejab 204 H/820 M di Mesir ketika berusia 54 tahun.]

           Related image
                                           Maqam Imam As-Syafi'e di Kaherah, Mesir.
🕋🇲🇾🇲🇾💜🖤💝💞🕌

No comments: