Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Tahmid Dengan Denyutan Nadiku اللهَ (اَلْحَمْدُ ِللهِ) الله
Tahlil Degupan Jantungku لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله) اللهَ )
Takbir Hela Turun Naik Nafasku (اللَّهُ أَكْبَرُ) اللهَ
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ اللهَ ALLAH اللهَ
.لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ اللهَ
Misteri Alam Bunian, Ini Punca Kenapa Lelaki Selalu Dipilih, Bukan Perempuan
Ramai yang mengharapkan kesudahan berita gembira tentang
kehila ngan peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau
mesra disapa Acap selamat dijumpai segera. Memasuki hari ke 9(16hari)
pencariannya, sehingga berita ini ditulis, kehilangan Acap banyak dikaitkan
dengan alam misteri khususnya alam bunian.
Biar segenap usaha sudah dilakukan mencarinya namun Acap
sehingga kini belum ditemui lagi. Operasi pencarian yang dilakukan oleh pihak
berkuasa juga sudah dihentikan sepenuhnya 1 tengahari semalam oleh pihak
berkuasa. Namun pencarian tetap diteruskan dalam skala kecil oleh polis
tempatan dan orang kampung yang turut bersama membantu pencarian Acap.
Misteri kehilangan Acap di Bukit Batu Putih, Gopeng semasa
menyertai larian Gopeng Ultra Trail membuatkan ramai yang percaya ia berkaitan
dengan alam mistik.
Apa sebenarnya dunia bunian? Kenapa dalam setiap kehila ngan
di dalam hutan, di saat operasi mencari sudah dilakukan tetapi tidak ditemui
dan akhirnya kehilangan sebegini dikaitkan dengan alam bunian. Kenapa misteri
sebegini timbul?
REMAJA menemuramah seorang individu yang biasa memasuki alam
ghaib. Menurutnya yang enggan nama dikenali, jelasnya bunian terdiri dari
bangsa jin yang memang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia biasa
kecuali dengan bacaan dan surah-surah tertentu bagi membolehkan individu
memasuki perkampungan jin-jin ini.
Nama BUNIAN ini tercipta bersandarkan cakap-cakap orang
Melayu lama yang menyebutnya dan jika pergi ke negara-negara lain, istilah
bunian ini mungkin tidak pernah didengari mereka (setiap negara berbeza nama
panggilan).

Di mana tempat tinggal jin @bunian ini?
Jika manusia memilih lokasi-lokasi dekat dengan kemudahan
awam, biasanya bangsa jin ini lebih gemar menetap di dalam hutan yang jauh dari
perkampungan manusia.
Lagi jauh ke dalam hutan, adalah lebih sesuai kerana mereka
boleh bercucuk tanam, menternak, membu ru dan sebagainya. Tentu kita pernah
mendengar kisah yang diceritakan di mana pembu ru menemui ayam hutan yang
banyak di dalam hutan dan bila ayam itu ditem bak, ia dibalas dengan nya wa
orang yang terdekat seperti anak. Ini kerana kita menceroboh hak bunian-bunian
ini dan mengambil tanpa izin mereka.
Ada juga jin-jin ini mendiami kawasan muara sungai dan juga
laut. Mereka juga tinggal di gunung ganang selain di dalam laut besar seperti
Selat Melaka, Lautan Pasific dan sebagainya.

(Atas) Rumpun buluh berbentuk atap ini dipercayai pintu
masuk ke alam ghaib. Satu nasihat, andai bertemu begini dan sekelilingnya juga
bersih dari sampah sarap, ini adalah pintu masuk ke alam mereka. Gambar dari fb
abang Acap, Danny Lang
Bagaimana bentuk fizikal orang bunian?
Sama ke macam manusia? Memandangkan bunian wujud dekat
dengan kediaman manusia, namun bila menyentuh aspek fizikal jin, ia sama sekali
berbeza dengan manusia normal. Jin-jin ini biasanya berkepak, tidak sama dengan
manusia. Jika alam manusia ada yang tinggi, rendah, gemuk atau kurus namun di
alam bunian, golongan jin ini biasanya ketinggian mereka adalah sama, baik
lelaki mahu pun perempuannya.
Bayangan tubuh mereka umpama kabus putih, tidak berfizikal
seperti manusia.
Namun amat mudah untuk manusia mengenal pasti individu asing
yang ditemui di hutan-hutan sama ada mereka itu bunian atau manusia. Apa yang
perlu dilakukan adalah dengan membaca surah An-Nas sebanyak tiga kali dalam
keadaan ketika hujan panas turun.
“Selepas selesai baca, rapatkan kepala ke celah kelangkang
dan jika individu yang berjalan itu kakinya seolah tidak cecah ke tanah, itulah
golongan jin ini jika kita menjumpainya sekitar tengahari,”katanya lagi.
Kenapa lelaki biasa hilang dalam hutan, bukan perempuan?
Tidak merujuk kepada kes Acap semata-mata (kes kehila ngan
Azarul Mukhriz yang hilang di Bukit Broga antara buktinya), jelas individu ini,
perempuan jarang menjadi pilihan kerana jin-jin ini kurang tertarik dengan
wanita kerana jin-jin betina jauh lebih cantik berbanding manusia biasa.
“Namun puteri-puteri diraja pula biasanya amat tertarik
dengan manusia terutama lelaki yang mereka anggap sangat luar biasa. Tak
hairanlah kita kerap mendengar banyak lelaki yang hilang di hutan berbanding
perempuan.
Jin ini juga biasanya amat menyukai kanak-kanak yang belum
baligh atau belum disunatkan kerana pada pandangan mereka, “usia ini belum
kotor”. Sama juga bayi dalam kandungan turut menjadi pilihan jin-jin ini.

Ciri lelaki bagaimana biasanya jadi pilihan?
Dunia bunian dipenuhi dengan segala bentuk kemewahan.
Biasanya bagi jin Islam, kehidupan mereka jauh lebih zuhud dan tidak memandang
kebendaan seperti emas, wang ringgit seperti mana kehidupan manusia yang
memandang kebendaan sebagai faktor utama.
“Biasanya lelaki yang menjadi pilihan orang bunian, adalah
lelaki yang baik-baik terutama hati budinya. Lelaki ini biasanya golongan yang
sangat rapat dengan emak mereka, hati lurus, amat baik ilmu agamanya untuk
dijadikan sebagai pasangan hidup atau berkahwin dengan mereka di alam bunian.
“Biasanya inilah ciri-ciri lelaki yang mereka mahukan dan
sebab itulah juga lelaki selalu menjadi pilihan untuk dipilih berbanding
perempuan.
Bagaimana nak kenal pasti pintu masuk ke alam bunian?
Tentu ramai nak tahukan sama ada tempat kita hiking atau
masuk ke hutan itu pintu masuk ke alam bunian atau bukan!. Biasanya apabila
masuk ke hutan dan tiba-tiba kita ternampak buluh kuning, sila jauhi perkara
tersebut kerana itu pintu masuk ke alam bunian.
Begitu juga kalau terjumpa pokok besar tetapi halaman bawahnya
cukup bersih, seolah-olah disapu dan dijaga, elakkan juga berehat di pokok
tersebut. Jika digunung pula, elak melalui lereng-lereng bukit berbatu-batu
besar kerana itu juga petanda pintu masuk ke alam bunian.
Sebab itulah apabila kita memasuki satu kawasan yang baru
pertama kali kita pergi, jangan sesekali bercakap besar ketika memasuki hutan
kerana golongan jin ini amat tidak suka dengan mereka yang bongkak dalam
berkata-kata!
Namun misteri kehilangan Acap ini turut menarik perhatian
apabila Akmal Amai yang mengikuti pencarian ini memuatkan naik perkongsian
pengalaman dan turut sama membantu.

Apa yang jelas, beliau menulis malam tadi dia dan
rakan-rakan mendengar suara Acap. Bagaimana dia boleh mendengar, hanya Allah
yang tahu.
Masa yang sama, dirinya menjelaskan Bukit Batu Putih ini
memang dilarang naik oleh nenek moyang dahulu. Pastinya mereka lebih tahu
misteri di kawasan ini. Baca perkongsiannya untuk sama-sama kita hulurkan doa
agar Acap ditemui selamat.
Hari ke 8 pencarian Acab
Walaupun operasi SAR telah dihentikan. Namun terima kasih
kepada Bomba, orang kampung, sukarelawan, ustaz-ustaz dan rakan-rakan yang
masih belum berputus asa meneruskan usaha.
Terharu bila tengok orang kampung, pakcik makcik tua-tua
bersilih ganti gigih memanjat trail. Masing-masing ada kebolehan tersendiri.
Memang trail tak berapa sukar, tapi kami bukan hanya cari di trail.
Agak sukar bila carian melibatkan kawasan luar trail yang
ada gaung, lereng bukit, lubang-lubang, batu-batu besar, semak samun yang kita
takkan berani masuk dalam keadaan normal.

Paling kalah kalau siang di kawasan berbatu sangat-sangat
panas. Itu kami, macam mana dengan Acab yang tak de bekalan air? Pelbagai
perkara misteri yang kami alami sepanjang pencarian siang dan malam. Abam Bomba
“mark” peta, semua kawasan dah pangkah. Abam polis geleng kepala. Ini bukan kes
hilang biasa.
Sebak bila ada pakcik minta kami bersabar sebab dia bagi tau
orang kampung situ terutama Kg Sungai itek, kg pintu padang dan kg jahang
takkan berputus asa. Ada org tua yang sejak kecil tak pernah panjat pun bukit
tu sebab dilarang oleh moyang mereka. Tapi mereka tergerak hati nak naik dan
tolong.

Kenapa mereka bersusah payah membantu walau mereka tak kenal
Acab?
Sebab Allah yakinkan hati mereka untuk teruskan usaha.
Terima kasih juga kepada semua yang berusaha dari jauh dari
pelbagai cara. (Penuh misscall dan whatsapp di telefon saya, maaf kalau ada
yang saya tak reply).
Kepada mereka-mereka yang tidak percaya makhluk halus, jin
dan bunian dan mempersendakan usaha kami, dipersilakan datang dan bantu. Kepada
ahli keluarga Acab, teruskan berdoa dan jangan putus asa. Allah datangkan
setiap ujian beserta hikmah.
ps: sapa-sapa yang kata kami seronok-seronok hiking panjat
bukit batu putih, anda memang… (netizen tolong jawabkan). Bukan masyur yang
kami cari. Tujuan post ni pun untuk dapatkan sebanyak mungkin doa dari kaum
manusia. Dan untuk lihatkan usaha yang dibuat. Kalau bukan saya yang tolong
dedahkan, siapa lagi?
#Terusberdoa
#Acabsakit
#Acabnakbalik
Saya dan rakan-rakan dapat dengar suara Acab malam tadi.
Jangan tanya macam mana dengar. Itu kuasa Allah. Gambar tak boleh tepek semua,
kang macam-macam teori lagi yang keluar.
..................................................................
.......................................................................................................
.......................................................................................................................
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
Zikirullah











No comments:
Post a Comment