اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللّهُ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللّهُ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللّهُ
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ)
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH

ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ

اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ

آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
..............................................................................................
..............................................................................................................................
Ibadat Nabi di Gua Hira' sebelum Kerasulan
-Ibadat Nabi di Gua Hira' sebelum Kerasulan
Inilah fakta pertama tentang ilmu tasauf daripada pekerjaan
yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah saw.
----------------------------------------------------ok
Moga Bermanfaat
..............................................................................................
..............................................................................................................................
Banyakkan Zikrullah Penawar Hati #### 006 Wallpapers 1K X ok 140720 🆗️✔
والله أعلم بالـصـواب

آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
..............................................................................................
.........................................................................................................
-Ibadat Nabi di Gua Hira' sebelum Kerasulan
Elias Hj Idris
Kita akan dapat melihat bagaimana Nabi Muhammad saw
beribadat di Gua Hira' dengan meninggalkan seluruh alam ini. Baginda berkhalwat
dengan seluruh hati dan jiwa; dengan membaca Kitabul-wujud seraya
membalikbalikkan rahsia yang terdapat pada seluruh wujud ini. Pandangannya
dihalakan ke luas padang pasir yang tenang, diam dan penuh dengan pelbagai
gunung yang besar dan gagah itu.
Bila malam baginda mengalihkan perhatian pada langit luas
yang dipenuhi bintang berkerelipan. Baginda memerhatikan perhubungan kesatuan
alam ini antara satu sama lain; tanpa puas-puas mencari fakta untuk mendapatkan
keimanan yang lebih mesra terhadap Tuhan pencipta alam ini. Baginda tidak
henti-henti mencari jalan yang lebih dekat dan mesra dengan al-Khaliqul A'zam.
Kemudian kita akan mendapati baginda tenggelam dalam
memuliakan dan mensucikan Allah swt. sehingga baginda tidak dapat melebihkan
yang lainnya daripada kecintaan baginda itu walaupun tidak pernah leka dengan
urusan rumahtangga dan keluarga.
Alangkah hebatnya rahsia di sebalik perulangan-alik baginda
selama 5 tahun ke Gua Hira' dan tinggal di sana seorang diri sehingga 5 hari 5
malam baru pulang ke rumah mengambil bekal dan naik semula untuk tempoh yang
sama lagi. Anak dan isteri baginda, Khadijah tidak pernah berasa sangsi dengan
perubahan besar dalam sikap baginda itu. Mereka tidak pernah bertanya atau cuba
mengendurkan kecenderungan itu. Kalangan masyarakat di kota Mekah pun begitu -
banyak pihak menyatakan bahawa, "Muhammad sedang asyik kepada
Tuhannya."

Dr. Muhammad Hussein Heikal, pengarang besar yang pernah
menziarahi Gua Hira' itu menulis;
"Bagi orang yang mengerjakan haji, Ka'abah dan
Mesjid-il Haram adalah tujuan perhatiannya yang pertama dan utama. Apabila
mereka telah menyelesaikan syiar-syiar haji seperti tawaf dan sa'i, maka
perhatian mereka tetap tertumpu kepada Ka'abah dan Tanah Haram. Mereka
menziarahi kubur-kubur permakaman anggota keluarga baginda. Mereka menghargai
perjuangan keluarga Nabi, malah Allah swt sendiri mensucikan mereka seperti yang
tersebut dalam Surah al-Ahzaab: 33.
Sayang apabila orang-orang Nejed menguasai Mekah dengan
menggunakan nama pemerintah Sa'udi - langkah utama mereka ialah menafikan
pandangan bersejarah sekelian kaum muslimin; seolah-olah bersalah dan berdosa
kerana memuliakan anggota keluarga baginda! Maka mereka runtuhkan segala binaan
dan tanda-tanda sejarah yang dibangunkan sejak zaman awal Islam di atas kuburan
tersebut - sama ada dalam bentuk qubah ataupun mesjid. Semuanya diratakan di
samping meletakkan anggota polis buat mengawal kunjungan orang ramai yang
datang menziarah - tidak boleh hampir!
Penulis sendiri pernah kena halau oleh polis yang menjaga
kuburan Saidina Hamzah di Uhud. Sedangkan jarak saya dengan bahagian kuburan
yang telah diratakan itu masih terlalu jauh. Mereka mengira bahawa iman dan
'iktiqad kita sama dengan nilai iman mereka - yang mahu menyembah kuburan! Pada
hal tidak mungkin bagi mana-mana para hujjaj yang akan menyembah kuburan.
Mereka datang untuk melihat sejarah, mengucapkan salam kepada Saidina Hamzah -
untuk berziarah sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah saw. Dengan
menziarahi kubur itu akan segera mengingatkan kita akan mati.
Segala macam taktik politik yang dikenakan oleh pemerintah
Sa'udi, namun ia tetap tidak dapat menghalang penziarah daripada memanjatkan
doa ke hadrat Ilahi agar mengampuni dan merahmati anggota keluarga baginda
Rasulullah saw. Mereka melahirkan rasa terhutang budi pada sekelian anggota
keluarga yang banyak berjasa dalam mengembangkan agama bersama baginda; di
samping melahirkan rasa marah terhadap kebiadaban penguasa Sa'udi yang mengawal
tempat-tempat berkenaan.
Apabila ini telah selesai maka perhatian para hujjaj akan
tertumpu kepada Gua Hira' yang terletak 3km di utara kota Mekah. Ia terletak
dalam perjalanan ke Arafah dan Mina.
Mereka yang pergi ke al-Ma'ala pun bisa melihatnya. Kunjungan ramai juga telah
sangat berkurangan apabila pemerintah Sa'udi meruntuhkan kubah yang terdapat di
atas gua tersebut. Dulu ada kedai kopi di atas sana, berhampiran mata air yang
mengalir dari himpunan kumpulan hujan dan embun dari puncak gunung berkenaan.
Namun ia telah pupus akibat kunjungan orang yang terlalu berkurangan.
Para penyelidik sejarah dan pencinta Nabi Muhammad saw
berpendapat bahawa ziarah mereka ke Mekah dan Madinah belum sempurna tanpa
menziarahi Gua Hira'; tempat suci yang penuh dengan segala rahsia - tempat
turunnya wahyu yang pertama, tempat baginda mencari hakikat 5 tahun sebelum
kenabian. Selepas 14 abad tempat itu baginda tinggalkan, tiada apa-apa perubahan
pada gua tersebut. Ia masih tetap seperti keadaan di zaman baginda.
Sebenarnya, sesiapa juga yang melihat Gua Hira' dari jauh
pasti akan merasai dalam kalbunya akan timbul banyak persoalan. Dengan
ketinggiannya kita akan dapat menancap betapa kuat dan gigihnya jiwa baginda
mendaki gunung itu berkali-kali - ratusan banyaknya. Sedangkan turunnya wahyu
adalah sesuatu yang amat besar maknanya. Sebab ia datang daripada Allah swt.
Apabila di situ turunnya wahyu yang pertama, dengan sendirinya ia memaparkan
betapa istimewa dan mulianya gunung tersebut.
Bagi sang muslim yang arif tetap berasakan bahawa ia sebuah
tempat suci yang pertama dalam Islam. Tanpa Gua Hira', al-Quran mungkin tidak
turun dan segala yang lainnya juga tidakkan ada. Oleh itu pada setiap pencinta
Nabi Muhammad saw pasti akan merindui tempat yang sangat dicintai oleh baginda
itu. Ia tempat Nabi berkunjung waktu demi waktu sebelum menerima tanggungjawab
kerasulan.
----------------------------------------------------ok
Ibadat Nabi di Gua Hira' sebelum Kerasulan
..............................................................................................
.........................................................................................................
..............................................................................................................................
Banyakkan Zikrullah Penawar Hati #### 006 Wallpapers 1K X ok 140720 🆗️✔

No comments:
Post a Comment