Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
BismillahHirahmanirRahim
BismillahHirahmanirRahim
BismillahHirahmanirRahim
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Raja Jembal
Raja Jembal adalah salah sebuah institusi beraja yang memerintah Kelantan pada abad ke-17 dan ke-18. Pusat pemerintahannya ialah di Jembal iaitu di Kedai Lalat sekarang. Sehingga kini pun masih ada saki-baki keturunan raja Jembal di beberapa kampung berhampiran Kedai Lalat. YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah salah seorang kerabat raja Jembal.
Mengikut satu dongeng sejarah, kerajaan ini ada kaitan dengan Raja Bersiung dari Kedah, yang membawa diri ke Kelantan (tentunya selepas peristiwa minum darah di Kedah).[1][2] Semasa berada di Jembal, baginda memelihara dua orang anak angkat - seorang lelaki yang dinamaï baginda Raja Sakti, dan seorang perempuan yang dinamaï baginda Puteri Mani Kemenyan. Apabila kedua-duanya dewasa, mereka dikahwinkan baginda. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka memperoleh 4 orang putera dan 3 orang puteri, iaitu Raja Loyor, Raja Bahar, Raja Umar, Raja Sungai, Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melur, dan Puteri Cempaka Bongsu.[3]
Raja Sakti adalah raja pertama kerajaan Jembal, iaitu mulaï 1638.[4] Baginda kemudiannya melantik putera baginda, Raja Loyor sebagai pengganti baginda kelak, manakala Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara, Raja Umar sebagai Temenggung, dan Raja Sungai sebagai Raja Muda.[5]
Sebagai maklumat tambahan, serentak dengan ini juga terdapat sebuah kerajaan lagi di Hulu Kelantan di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang (1610 - 1667). Melaka pula di ambang peralihan dari Feringgi kepada Belanda (1741). Jauh di utara semenanjung, Kerajaan Ayuthia memerintah Siam di bawah Raja Prasat Thong (1630 - 1656) dan Raja Narai (1656 - 1709). Patani pula diperintah oleh raja-raja perempuan seperti Raja Ungu (1624 - 1635) dan Raja Kuning (1635 - 1688). Selepas pemerintahan Raja Kuning inilah Patani mulaï merosot dan menjadi rebutan di kalangan bendahara yang dipanggil datu (atau disalah sebut sebagai datuk). Datu Pengkalan Tua iaitu bapa kepada Long Bahar atau Long Besar yang kemudiannya memerintah Jembal, adalah salah seorang daripada datu Patani.[6]
Kerajaan Jembal berakhir pada 1720-an apabila Raja Kecil Sulung putera Raja Umar (ketika itu Sultan Umar) menyerahkan takhta kerajaan kepada iparnya Long Bahar atau Long Besar anak Datu Pengkalan Tua dari Patani tadi.
Rujukan
- ^ Saad Shukri bin Haji Muda. (1971). Detik2 Sejarah Kelantan. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.
- ^ Amy Suzani Mohd Ainuddin. (1999). Raja Bersiong Puteri Saadong. Kota Bharu: JalarMihat. ISBN 983-2098-89-0
- ^ Amy Suzani Mohd Ainuddin. (1999). Raja Bersiong Puteri Saadong. Kota Bharu: JalarMihat. ISBN 983-2098-89-0
- ^ Saad Shukri bin Haji Muda. (1971). Detik2 Sejarah Kelantan. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.
- ^ Amy Suzani Mohd Ainuddin. (1999). Raja Bersiong Puteri Saadong. Kota Bharu: JalarMihat. ISBN 983-2098-89-0
- ^ http://web.archive.org/20040203071008/fanzalika.tripod.com/Malay/patani/kepala_%20sejarah.htm
Raja Sakti I
Raja Sakti (atau dikenali juga sebagai Raja Sakti I) adalah pengasas pemerintahan raja Jembal, salah sebuah kerajaan yang memerintah Kelantan pada abad ke-17 dan ke-18. Pusat pemerintahan baginda adalah di Jembal (Kedai Lalat sekarang). Baginda adalah seorang daripada dua orang anak angkat Raja Bersiung dari Kedah yang datang tinggal di Jembal. Seorang lagi ialah Puteri Mani Kemenyan, yang dikahwinkan oleh Raja Bersiung dengan baginda Raja Sakti.
Keluarga
Baginda mempunyaï 4 orang putera dan 3 orang puteri, iaitu
Mangkat
Baginda mangkat pada 1649 dan digantikan oleh anak baginda Raja Loyor.
Rujukan
- ^ Amy Suzani Mohd Ainuddin. (1999). Raja Bersiong Puteri Saadong. Kota Bharu: JalarMihat. ISBN 983-2098-89-0
Raja Loyor bin Raja Sakti
Raja Loyor adalah seorang daripada 4 putera Raja Sakti, pemerintah di Jembal, Kelantan pada abad ke-17. Baginda adalah pemerintah kedua kerajaan Jembal selepas kematian ayahanda baginda, Raja Sakti pada tahun 1649. Sebelum itu, baginda dilantik sebagai Bendahara.[1]
Raja Loyor adalah ayahanda kepada Puteri Saadong, puteri yang masyhur dalam sejarah Kelantan itu. Baginda dikatakan telah berkahwin dengan Puteri Nang Chayang, salah seorang raja perempuan Patani, dan memperoleh Puteri Saadong hasil daripada perkahwinan tersebut. Seorang lagi anak baginda mati kecil.[2]
Baginda digantikan oleh adinda baginda Raja Bahar Bendahara. Baginda dimakamkan berhampiran dengan Sekolah Menengah Kedai Lalat sekarang, kira-kira 10 kilometer dari Kota Bharu[3].
Nota kaki
- ^ Amy Suzani Mohd Ainuddin. (1999). Raja Bersiong Puteri Saadong. Kota Bharu: JalarMihat. ISBN 983-2098-89-0
- ^ Saad Shukri bin Haji Muda. (1971). Detik2 Sejarah Kelantan. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.
- ^ "Makam (Tomb of) Raja Loyor". Seni Lama Melayu. Radzi Sapiee. 2011. Dicapai pada 25 Mei 2011.
Raja Abdullah bin Raja Bahar
Raja Abdullah bin Raja Bahar merupakan putera kepada Raja Bahar pemerintah Jembal. Baginda berkahwin dengan Puteri Saadong, iaitu puteri Raja Loyor yang dipelihara oleh Cik Siti Wan Kembang.
Selepas berkahwin dengan Puteri Saadong, baginda dilantik sebagai raja Kota Mahligai dengan gelaran Sultan Abdullah.
Baginda mati ditikam oleh isterinya Puteri Saadong dengan cucuk sanggul kerana marahkan Sultan Abdullah yang berkahwin lain sepeninggalan Puteri Saadong ke negeri Siam. Baginda dipercayai mangkat pada 1671 dan dimakamkan di kampung Padang Halban[1]., Melor, kira-kira 13 batu ke selatan Kota Bharu.
Nota kaki
- ^ "Revisiting the Tomb of Kelntan's Raja Abdullah". Berpetualang ke Aceh. Radzi Sapiee. 2011. Dicapai pada 3 Jun 2011.
Puteri Saadong
Puteri Saadong atau Mariam (memerintah antara tahun 1667–1671), merupakan anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang, Raja Wanita Pertama negeri Kelantan. Nama penuh Puteri Saadong ialah Tuan Puteri Saadong binti Raja Loyor; juga memakai gelaran Puteri Vijaya Mala, Raja Jembal; merupakan anak perempuan Raja Loyor bin Raja Sakti, Raja Jembal.
Puteri Saadong telah dibawa oleh Cik Siti Wan Kembang ke Bukit Marak apabila ibunya meninggal dunia.[1][2] Puteri Saadong menggantikan pemerintahan ayahdanya yakni Raja Jembal pada tahun 1667, lalu Puteri Saadong ditabal sebagai Sultan Kelantan pada tahun yang sama. Baginda Puteri Saadong merupakan raja wanita ke-dua di negeri Kelantan.
Cik Siti Wan Kembang telah memperkenankan perkahwinan antara Puteri Saadong dengan sepupunya iaitu Raja Abdullah bin al-Marhum Sultan Samiruddin, Raja Kelantan-Selatan (Jembal) apabila Puteri Saadong berumur seawal usia 15 tahun.
Puteri Saadong telah ditangkap oleh tentera Siam lalu dijadikan permaisuri kepada Raja Narai, Raja Siam (kini Thailand), untuk menggantikan kehidupan suaminya. Berikutan penangkapan Puteri Saadong, Raja Abdullah mengambil pendirian untuk menunggu kepulangan Puteri Saadong, baginda Raja Abdullah tidak lagi berkahwin. Namun selepas bertahun-tahun menunggu, Raja Abdullah mengambil kepuusan untuk berkahwin lain.
Apabila Puteri Saadong telah kembali semula ke Bukit Marak untuk mencari Raja Abdullah untuk berkahwin semula. Lalu Puteri Saadong telah kecewa apabila mendapati Raja Abdullah telah berkahwin dengan wanita lain, atas perasaan amarah yang mendalam, Puteri Saadong bertekad lalu telah membunuh Raja Abdullah dengan menggunakan keris sanggul yang disemat dirambutnya.
Selepas insiden tersebut, Puteri Saadong telah meninggalkan Bukit Marak lalu hilang tanpa dijejaki lagi. Makam Raja Abdullah sehingga hari ini masih boleh dilihat dan dilawati di Padang Halban, Melor di daerah Bachok, Kelantan.
Rujukan
- ^ Azhar, Syed (2009-08-05), "Residents erasing Bukit Marak history", The Star, dicapai pada 2010-03-18
- ^ Azhar, Syed (2009-08-10), "Museum wants Bukit Marak saved", The Star, dicapai pada 2011-03-18
No comments:
Post a Comment