Cara Solat Jamak dan Qasar (Panduan Lengkap)
Bagaimana cara solat jamak dan qasar?
Solat jamak dan qasar dilakukan oleh mereka yang bermusafir (dalam perjalanan yang jauh).
Namun tidak ramai yang ingat kaedah solat ini lantaran ia jarang-jarang dilaksanakan.
Oleh itu, panduan ini akan membimbing anda secara mudah, lengkap dan boleh difahami oleh semua orang.
Apa yang terbaik:
Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai.
Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam ejaan rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)
Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..
Isi Kandungan:
Pengenalan Solat Jamak & Qasar
Dalam keadaan tertentu yang menepati syarak, Islam mengharuskan umatnya menjamak dan mengqasarkan solat fardu sebagai rukhsah (kemudahan).
Kemudahan disini bermaksud kelonggaran kepada orang yang bermusafir lebih daripada dua marhalah (92km) yang berkemungkinan mengalami masalah untuk singgah mendirikan solat berkali-kali.
Ertinya, kita boleh menjamakkan dua solat serta mengqasarkannya sekali gus.
Maksud Solat Jamak
Solat jamak bermaksud mengumpulkan dua solat dalam satu waktu.
Misalnya mengumpulkan solat zohor kepada asar dan sebaliknya. Serta fadhu maghrib dan sebaliknya.
Jamak terbahagi kepada dua, iaitu jamak takdim dan jamak takhir:
1. Jamak Takdim
Apabila solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zohor, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, ia dinamakan jamak takdim.
2. Jamak Takhir
Jamak takhir pula adalah melaksanakan solat zohor dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak.
Maksud Solat Qasar
Solat qasar bermaksud memendekkan solat daripada empat rakaat menjadi dua rakaat.
Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat isyak, zohor dan asar.
Niat Solat Jamak & Qasar Serta Cara Melaksanakannya
Di bawah ini saya sediakan panduan langkah demi langkah untuk mengerjakan jamak & qasar (takdim dan takhir) untuk setiap solat:
Solat Qasar Jamak Takdim — Zohor & Asar
Setelah masuk waktu zohor dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berwuduk dan bersedialah untuk solat.
Maksudnya:
Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
Usolli fardol ‘asri qosron rak’ataini jama’a takdiimin lillahi taala
Maksudnya:
Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
Solat Qasar Jamak Takhir — Zohor & Asar
Setelah masuk waktu zohor dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berniatlah kita untuk mengerjakan solat fardu Zohor di waktu Asar nanti.
Usolli fardol asri qosron rak’atini jama’a takhirin lillahi taala
Maksudnya:
Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
Usolli fardol zuhri qosron rak’atini jama’a takhirin lillahi taala
Maksudnya:
Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
Solat Qasar Jamak Takdim — Maghrib & Isyak
Setelah masuk waktu maghrib dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berwuduk dan bersedialah untuk solat.
Usolli fardol maghribi salasa raka’atin jama’a takdiimin lillahi taala
Maksudnya:
Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Sahaja aku solat fardu Maghrib, tiga rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
Usolli fardol isya’i qosron rak’atini jama’a takdiimin lillahi taala
Maksudnya:
Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
Solat Qasar Jamak Takhir — Maghrib & Isyak
Setelah masuk waktu Maghrib dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berniatlah kita untuk mengerjakan solat fardu Maghrib di waktu Isyak nanti.
Usolli fardol isya’i qosron rak’ataini jama’a takhirin lillahi taala
Maksudnya:
Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
Usolli fardol maghribi salasa raka’atin jama’a takhirin lillahi taala
Maksudnya:
Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala
Solat Jamak Hari Jumaat
Orang bermusafir yang memulakan perjalanan sebelum terbit fajar subuh pada hari jumaat tidak diwajibkan solat Jumaat.
Usolli fardol jum’ati rak’ataini makmuman lillahi taala
Maksudnya:
Setelah selesai memberi salam, terus bangun semula untuk mengerjakan solat qasar asar.Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala
Usolli fardol ‘asri qosron rak’ataini jama’a takdiimin lillahi taala
Maksudnya:
Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
Surah Al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
Kerjakan solat fardu Asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan Bagaimana Perkiraan Sebagai Musafir?
Permulaan musafir dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melepasi sungai, parit, kota sempadan atau melalui kawasan yang tidak ada bangunan lagi.
Akhir musafir ialah apabila kita memasuki semula kawasan permulaan musafir tadi.
Jarak Solat Jamak
- Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang daripada 60 batu atau 92 kilometer (km).
- Antara dua sembahyang jamak tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu, selepas sahaja salam, teruskan sahaja solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat sahaja. (Solat jamak dengan satu kali azan dan dua kali iqamat)
- Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna (tamam).
- Apabila seseorang itu sudah sampai ke kawasan permulaan dia bertolak tadi, selesailah jamak dan qasarnya. Dia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara qasar dan jamak.
Berapa Hari Boleh Solat Jamak?
- Apabila seseorang itu bermusafir dan berminat berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih maka putuslah pemusafirannya, tapi sekiranya dia hendak berhenti di situ selama tiga hari maka bolehlah melakukan jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.
- Apabila seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada disitu selama tiga hari, tetapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka ia diharuskan jamak dan qasar sehingga 18 hari.
- Apabila seseorang itu bermusafir kerana sesuatu maksiat, maka ia tidak diharuskan sembahyang jamak dan qasar.
- Bagi mereka yang hendak mengerjakan jamak takhir, disunatkan untuk berniat lebih awal. Jangan sampai waktu akhir baru berniat.
- Perjalanan seseorang musafir itu hendaklah tentu dan ia tahu ke mana arah tujuan. Jika dia tidak tahu ke mana diarahkan perjalanannya itu, maka tidak boleh melakukan jamak atau qasar.
- Kemudian sembahyang jamak (jamak sahaja) juga diberikan kepada ahli kariah yang ingin mengerjakan solat berjamaah apabila turun hujan lebat dan kampung itu merupakan satu kawasan yang biasanya lecah dan becak dengan syarat ada hujan pada awal kedua-dua solat dan antara kedua-dua dan pada salam solat pertama. Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti di pertengahan solat pertama atau di pertengahan solat kedua.
Syarat-Syarat Solat Jamak & Qasar
Sebelum melakukan jamak, ada beberapa syarat yang harus kita patuhi.
Syarat itu adalah:
Syarat Solat Jamak Takdim
Antara syarat jamak takdim adalah:
- Hendaklah dimulai solat pada waktunya yang terdahulu ertinya lakukan zuhur daripada asar dan maghrib daripada isyak
- Niat jamak pada solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram atau di tengah-tengah solat selama mana ia belum memberi salam.
- Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua. Oleh itu, antara kedua-kedua tidak boleh diselangi oleh pekerjaan atau perbuatan lain. Sekiranya diselangi pekerjaan lain yang memakan masa selama dua rakaat solat, maka hendaklah solat pada waktunya nanti. Sekiranya diselangi iqamat dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal
- Berkekalan musafirnya sehingga takbir solat yang kedua, tetapi tidaklah disyaratkan sehingga selesai solat.
Syarat Sah Jamak Takhir
Syarat sah jamak takhir adalah:
- Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
- Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat.
Syarat-Syarat Qasar
Syarat-syarat solat qasar adalah:
- Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat.
- Perjalanannya hendaklah tidak kurang daripada dua marhalah
- Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja yang dilaksanakan secara tunai. Sebab itu tidak bolehkan qasar solat qada dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa dalam kawasan tempat kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan dalam musafir.
- Hendaklah diniatkan qasar dalam takbiratul ihram. Contoh lafaz niat bagi solat zohor: Maksudnya; Sengaja aku solat fardu zohor dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala
- Tidak boleh berimam dengan orang yang bersolat tamam (sempurna).
- Hendaklah tempat yang dituju itu ditentukan. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
- Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
- Dia tahu bahawa orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar
Perkara Yang Membolehkan Jamak Dilakukan Selain Daripada Sebab Musafir
Solat jamak selain dilakukan ketika musafir, ia juga boleh dilakukan ketika ada halangan atau keuzuran.
Contohnya disebabkan sakit, hujan dan kesibukan yang melampau.
Contoh orang yang dibenarkan menjamakkan solat termasuk:
- Doktor yang sedang membedah pesakit. Contohnya waktu pembedahan mengambil masa yang lama.
- Pesakit yang menjalani rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama seperti rawatan hemodialisis dan seumpama dengannya.
- Perempuan yang menaiki bas dalam satu perjalanan jauh, apabila khuatir bas yang ditumpangi tidak berhenti ketika waktu solat atau dia bimbangkan keselamatan dirinya apabila turun dari bas.
- Wanita yang mengalami istihadah (keluar darah penyakit) sehingga menyukarkannya solat.
- Orang yang takut kepada musuh seperti dalam medan perang.
- Bidan yang bimbang kelewatannya akan menyebabkan kematian anak yang dilahirkan atau mendatangkan mudarat kepada ibu yang mahu melahirkan.
Bagaimana Solat Dalam Penerbangan?
Oleh sebab di dalam kapal terbang ada ruang-ruang yang boleh mengerjakan solat secara berdiri, maka hendaklah kita berdiri.
Sekiranya dalam keadaan darurat sehingga tidak dapat berdiri, misalnya cuaca tidak baik sehingga kapal terbang itu tidak stabil, maka bolehlah solat setakat mana yang boleh.
Berwuduklah secara bersederhana memandangkan kekurangan air.
Masalah kiblat hendaklah dilihat dalam peta di mana kita berada atau bertanyalah kepada pihak berkenaan di dalam kapal terbang itu.
Sekiranya kita menaiki kenderaan lain (misalnya: kereta api atau kapal laut), maka hendaklah mengadap kiblat semasa takbiratulihram, kemudian selepas itu boleh mengadap ke arah lain mengikut peralihan kenderaan itu.
- Untuk maklumat lanjut mengenai solat dalam kapal terbang, sila rujuk pada artikel ini: Panduan Solat Dalam Kapal Terbang
Penutup: Islam Itu Agama Yang Memudahkan
Solat itu adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya, maka ia mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama.”– HR Baihaqi
Begitulah pentingnya solat dalam Islam.
Walau di mana jua kita berada, solat mesti ditunaikan.
Disebabkan itu lah Islam memudahkannya agar kita tidak terlepas daripada menunaikan tanggungjawab kita.
Senarai rujukan bagi panduan ini adalah:
- Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus, Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid
- Ensiklopedia A-Z tentang Solat, Dr. Nik Yusri musa
Semoga panduan ini dapat membantu memudahkan anda di dalam perjalanan.
No comments:
Post a Comment