BismillahHirahmanirRahim
BismillahHirahmanirRahim
BismillahHirahmanirRahim
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Zikir dan makamnya

Maka segala amal dan segala Hal itu hanya sanya yang menetapkan (meneguhkan) dia di dalam hati oleh wujud Zikir pada Hati dan Lisan. Dan kesempurnaannya (zikir) itu ialah dengan Hudur (hadir hati) dalamnya (zikir). Dan jangan ditinggalkan kerana ketiadaan Hudur tetapi sebut oleh mu akan Tuhan mu atas tiap-tiap hal seperti yang dikata oleh Muallif (Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari) dalam kalam hikmahnya;
Jangan engkau tinggalkan Zikir kerana ketiadaan Hudur mu serta Allah di dalamnya(zikir) kerana bahawasanya lalaimu daripada tidak berzikir akan Allah itu telebih sangat jahatmu daripada kelalaianmu dalam berzikir.
Keterangan oleh Tok Pulau Manis;
Jangan engkau tinggalkan Zikir kerana ketiadaan Hudur mu serta Allah di dalamnya (zikir) kerana bahawasanya lalaimu daripada ketiadaan wujud zikir akan Allah itu telebih sangat jahatmu daripada lalaimu dalam wujud zikir akan Dia. (Ini adalah kerana) kerana bahawasanya lalai daripada zikir itu menjauhkan daripada Allah Taala dan berpaling pada KulliahNya (semua halmu kepada Allah) dan lalai dalam zikir itu Hudur pada Juziyyahnya (sesetengah masa atau waktu) dan kerana bahawasanya dalam zikirnya itu menghiasi anggotanya dengan ibadat dan lalai itu menghilangkan akan dia (anggota daripada berbuat ibadat)
Keterangan Suluk (Zikir secara umum)
Menurut guru suluk, Zikir secara umumnya ialah apa sahaja amalan dan perbuatan zhohir dan batin yang membawa seseorang itu kepada mengingati Allah. Amal ibadat dan perbuatan sama ada yang zhohir atau batin yang berlandaskan hukum syarak yang dikerjakan dengan tujuan untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhoan Allah dikatakan ianya sebagai zikir. Ini adalah kerana zikir itu terbahagi kepada kepada beberapa bahagian dan martabat seperti Zikir Anggota, Zikir Lisan, Zikir Qalbi dan Zikir Sir serta Zikir yang tenggelam dalam Mazkurnya yang akan dinyatakan oleh Tok Pulau Manis melalui keterangan selanjutnya nanti.
Melalui kalam hikmah dan keterangan Tok Pulau Manis di atas, seseorang hamba itu dianjurkan supaya sentiasa berzikir dan terus berzikir walaupun hatinya lalai daripada mengingati Allah atau tidak hadir pada hati akan makna-makna dan rahsia zikir(Hudur) semasa melaksanakannya. Inilah adalah kerana perbuatan/amalan berzikir ini walaupun dikerjakan dalam keadaan lalai, ianya sudah dianggap sebagai satu ibadat atau amal kebaikan jika dibandingkan dengan hal-ahwal seorang yang langsung tidak berzikir di mana secara terang dan nyata menunjukkan penderhakaan dan kejahatannya terhadap Allah. Orang yang langsung tidak berzikir adalah mereka yang jauh dari Allah dan kejahatan mereka itu menjauhkan lagi dari Allah kerana dengan kesombongan mereka itu menyebabkan mereka berpaling dari hal-ahwal atau tindak-tanduk kewajipan yang perlu dilaksanakan sebagai seorang hamba kepada TuhanNya.
Berbeza dengan orang yang sentiasa mengerjakan ibadat seperti sholat, puasa, di samping berzikir serta lain-lainnya; walaupun mereka lalai sewaktu mengerjakannya, sekurang-kurangnya ada juga pada waktu atau ketika/saat-saat yang tertentu akan hudur hati mereka dengan Allah atau setidak-tidaknya terhias zhohir anggota dan perbuatannya dengan amal-ibadat yang dituntut oleh syarak. Bukankah boleh dikatakan satu kebaikan pada orang bersholat atau berpuasa berbanding dengan mereka yang langsung tidak sembahyang dan berpuasa?. Demikain juga lidah yang sentiasa basah dengan zikir walaupun hatinya lalai itu terlebih baik dan mulia daripada lidah yang kosong hampa dengan kalimah-kalimah yang suci itu.
Dari kerana inilah, Tok Pulau Manis meneruskan lagi keterangannya yang seterusnya seperti berikut;
Keterangan oleh Tok Pulau Manis;
Dan kata Wasthi r.a.;
Bermula lalai daripada menyebutnya(zikir) itu terlebih sangat (jahat) daripada lalai dalam zikirnya.
Dan dikata orang bagi Abi Osman An-Nahdi r.a.;
Kami zikir akan Allah dan tiada kami dapat akan manis dan Hudur.
Maka katanya (Abi Osman);
Puji jua oleh kamu akan Allah atas(kerana) menghiasi anggota daripada segala anggota kamu dengan taatnya.
Dan kata setengah mereka itu (kaum sufiah);
Syukurlah engkau akan Allah atas barang yang dikurniakanNya daripada Zikir Lisan dan jikalau melakukan (lidah) kepada tempat mengumpat-ngumpat nescaya tiada ada engkau berbuat dia (zikir). Dan Allah Taala terlebih memuliakan daripada bahawa diHudurkannya hambanya dengan lisannya (walaupun) tiada mengurniai atasnya dengan Hudur hatinya. Dan sebut olehmu dengan lisanmu dan bersungguh-sungguh dirimu dalam Hudur hatimu.
Keterangan Suluk (Tingkatan Pertama; Zikir Lisan)
Ketiga-tiga petikan yang didatangkan oleh Tok Pulau Manis di atas seakan ingin menunjukkan kepada kita bahawa betapa perlunya seorang hamba itu membasahi lisannya dengan berzikir. Terlebih-lebih lagi bagi orang-orang Salik yang ingin berjalan kepada TuhanNya, tuntutan untuk melakukan Zikir ini adalah sangat-sangat ditekankan sebagai senjata dan alat pencuci jiwa semasa dan sepanjang perjalanannya menuju kehampiran. Walaupun lalai atau merasa pahit dan berat untuk berzikir, mereka digalakkan juga untuk mengistiqamahkan Zikir Lisan ini mengikut awarid dan bilangan-bilangan tertentu.
Pandangan di atas juga menegaskan agar para Salik sentiasa bersyukur dengan anugerah dan Kurnia Allah yang sedikit dimana Allah menghiasi anggota zhohir mereka dengan amal taat dan patuh kepada Allah. Lidah yang digunakan untuk berzikir sekurang-kurangnya dapat mengelakkannya daripada mengumpat-umpat dan mengeji orang lain atau ucapan yang sia-sia atau lagho. Inilah wajah-wajah kemuliaan yang dikurniakan Allah kepada mereka yang berzikir walaupun hatinya lalai. Kemampuan untuk berzikir secara lisan tanpa hudur hati ini hendaklah disyukuri agar nanti mendapat kurnia dan anugerah Allah yang lebih lagi sebagaimana firman Allah yang bermaksud; “Dan sekiranya kamu bersyukur, nescaya kami(Allah) akan tambah lagi”.
Dengan kemuliaan kurnia Allah yang sedikit dan kelebihan yang ada pada orang yang bersyukur inilah, maka Muallif (Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari) mendatangkan kalam hikmahnya yang seterusnya sebagaimana berikut;
Maka mudah-mudahan bahawa diangkatkan oleh Allah akan dikau daripada Zikir(lisan) serta diperoleh lalai kepada Zikir serta diperoleh jaga
Keterangan oleh Tok Pulau Manis;
Maka mudah-mudahan bahawa diangkatkan oleh Allah akan dikau daripada Zikir serta diperoleh lalai kepada Zikir serta diperoleh jaga(Yaqozhoh) dengan LathifNya dan InayahNya kerana bahawasanya jaga itu ingat hati daripada mengantuk ghoflah dan tidur juhalah kepada Hadirat Al-Wafah(sempurna sebagai seorang hamba) dan Adab Al-Khidmat. Dia sanalah berpindah ia daripada zikir lisan daripada zikir qalbi yang Hudur daripada melazimkan dia (zikir lisan).
Keterangan Suluk (Tingkatan Kedua; Zikir Qalbi)
Apabila seorang hamba/Salik mengistiqamahkan dan sentiasa bersyukur dengan Zikir Lisan mereka, Insya Allah…. Allah Yang Maha Lemah Lembut dengan pertolongan dan limpah kurniaNya akan mengangkatkan martabat Zikir Lisan mereka kepada Zikir Yaqzhoh.
Dengan Zikir Yaqzhoh ini, hati hamba yang sebelum ini lalai atau ghoflah dengan gangguan-gangguan keduniaan akan terjaga dan tersedar untuk mula melihat kepada hakikat Zikir Lisan serta segala suatu yang lain. Mata hati yang sebelum ini tertutup sewaktu berzikir akan terbuka untuk memandang Keesaan dan Keagungan Allah. Zikir-zikir lisan yang diucapkan akan terlancar dan bergerak selari dengan gerakan hati di samping dapat merasai makna-makna dan rahsia zikir mengikut kadar yang dikurniakan Allah.
Hati yang sebelum ini, buta dan jahil dengan hakikat dan makrifat mula mengenali dan memahami makna-makna di Alam Malakut yang terpancar pada zhohir sesuatu. Mereka dapat melihat akan hikmah dan pengajaran di sebalik sesuatu yang zhohir yang mendatangi mereka. Hiduplah hati atau jiwa mereka menuju ke Hadirat Al-Wafah yang akan menyempurnakan kebersihan hati untuk layak dipanggil sebagai seorang hamba dengan tahu melaksanakan adab-adab kehambaan dan adab-adab Ketuhanan dengan pelbagai hal-ahwal hati yang merujuk kepada kepatuhan dan ketundukkan yang penuh dengan kesedaran batin.
Dengan sebab inilah Zikir serta jaga ini dinamakan juga sebagai Zikir Qalbi kerana hidup hati itu dengan mengingati dan memandang Allah pada setiap kali memandang “ghair” atau sesuatu yang zhohir; sedar dan terjaga hati itu untuk mengenal dan memahami akan hakikat bagi segala sesuatu. Dengan Zikir Qalbi inilah, bermulalah satu perjalanan hati untuk meneroka dan memasuki alam-alam batin atau alam-alam rahsia atau Alam Ketuhanan Yang Maha Tinggi.
Dan dengan kerana inilah diisyaratkan pula Muallif (Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari) sebagai menyambung dalam kalam hikmahnya yang seterusnya sebagaimana beriknya;
Dan daripada zikir serta diperolehi jaga (Zikir Yaqozhoh) kepada zikir serta wujud Hudur serta Allah (Zikir Sir).
Keterangan oleh Tok Pulau Manis;
Dan daripada zikir serta diperolehi jaga pada zikir serta oleh Hudur serta Allah. Dan adalah Hudur kepada mereka itu iaitu Hudur dengan Haq Taala tatkala ghaibnya daripada sekelian pancaindera dan daripada memandang agyar. Dan dalam Maqam ini berpindah ia daripada Zikir Qalbi kepada Zikir Sir. Zikir Sir itu ghaib ia daripada barang yang lain daripada Mazkor.
Keterangan Suluk (Tingkatan Ketiga; Zikir Sir)
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dengan kasih-sayangNya Yang Maha Tinggi, Allah mengangkatkan Maqam Zikir Qalbi seorang hamba pilihanNya kepada tingkat yang seterusnya iaitu Zikir Sir. Zikir Sir ini sebagaimana keterangan Tok Pulau Manis di atas merupakan Zikir yang telah datang kehadiran hati serta Allah. Dan Zikir ini juga merujuk kepada kehadiran Rahsia diri yang terpendam sebelum ini. Hidup Sirnya dengan TuhanNya di mana seluruh ingatan, seluruh pandangan(syuhud) dan seluruh “rasa” tertumpu kepada Yang Haq. Ingat dengan Yang Haq; Syuhud kepada Yang Haq dan “merasa” dengan Yang Haq. Dengan kata lain, seluruh anggota badan yang zhohir dan batin sentiasa dalam keadaan Zikir
Inilah adalah kerana, jiwa atau hati hamba telah hapus atau hilang atau qhaib daripada pengaruh pancaindera dan memandang kepada Agyar pada pihak tidak diiktibarkan apa yang dilihat, apa yang didengar, apa yang dirasa, apa yang diucapkan; malah setiap hal-ahwal zhohir mereka adalah merupakan Zikir kerana mereka tidak melihat sesuatu itu melainkan dilihatNya Allah dan tidaklah mereka dilakukan sesuatu perbuatan atau amalan melainkan dengan “perintah” yang datang dari Allah.
Sungguhpun demikiannya hal keadaan hati yang sentiasa ingat akan kehadiran Allah dalam tiap-tiap sesuatu itu berzikir dan berzikir dengan Sirnya, namun ianya belum sampai kepada puncak kesempurnaannya yang Hakiki. Hati ini masih melihat dan memandang kepada dirinya sendiri, hati ini masih terpesona dengan keajaiban rahsia dirinya di mana hal ini menunjukkan bahawa masih ada lagi wujud yang lain iaitu dirinya. Ini merupakan satu kecacatan pada Tauhid yang menjadi intipati dan rahsia Zikir itu.
Dan dengan kerana inilah diisyaratkan pula Muallif (Sheikh Ibni Athoillah As-Kanddari) sebagai menyambung dalam kalam hikmahnya yang seterusnya sebagaimana beriknya;
Dan daripada zikir serta diperoleh Hudur (Zikir Sir) kepada Zikir serta diperoleh ghaib daripada barang yang lain daripada Mazkor
Keterangan oleh Tok Pulau Manis;
Dan daripada zikir serta diperoleh Hudur kepada zikir serta diperoleh ghaib daripada barang yang lain daripada Mazkor ia hingga masuklah orang yang zikir itu ke dalam MazkorNya dan ghaib Sirnya takala ZuhurNya (nyata Allah). Maka adalah ghaib zikirnya dengan zikirnya.
………….BACA SAMBUNGAN BERIKUTNYA DI RUANGAN KOMENTAR INTRI INI DI BAWAH
dengan Aqal.
Awaluddin Makrifatullah,zikir perlu dibaiah/diizajahkan oleh Guru Mursyid Dunia yang menunjukkan jalan-jalan latihan zikir,perjalanan seterusnya mencari Guru Mursyid Akhirat melalui jalan zikir zat,sifat,asma,afaal.
Insyaallah sampai masanya,kedengaran ditelinga seluruh anggota saling puji memuji.
Dari makam asyik meningkat ke makam tasdiq iaitu zikir itu hidup dengan sendirinya.Seperti tulisan saudara JalanAkhirat iaitu dianggap gila oleh masyarakat kerana asyiknya.
salam.
sebelumnya mohon maaf,saya terkesan dengan amalan zikir oleh karena itu saya mohon ijazahnya.
wasalam
Ciri-ciri tersebut secara ringkas adalah seperti berikut:
terima kasih kerana sudi berkongsi pengetahuan/pengalaman tuan kpd semua. Saya mendapat banyak menaafaat dari artikel tuan. Semoga Allah menzhohirkan rahmat2 nya kepada hambanya yg terpilih.
Maha suci2 Allah yg menguasai sekian alam.
Maha suci Allah tuhan yg menguasai sekian alam.
Benar2 lah hadith nabi saw yg mengatakan bilangan yg masuk syurga bagi org2 mukmin itu sgt sedikit kerana setengahnya yg mengaku islam tidak bertauhid kpd Allah. Apakah sudah cukup mentauhidkan Allah dgn akal saja dan dalam masa yg sama dituruti hawa nafsu yg kotor? Tidak mahu menjadi hamba Allah yg fakir, lagi hina dan lemah. Apakah kita telah berjanji kpd Allah untuk melakukan kebaikan dimuka bumi ini. Atau kita sengaja tidak peduli atau mempermainkan agama kita dgn menuruti hawa nafsu kita yg keras untuk mengasih serta mencintai Allah dan Rasul? Apakah perasaan cinta ini ada pada org munafik dan fasik?. Kalau tidak ada maka telah jauh lah hanyut kehidupan mereka kpd menyembah hawa nafsu sehingga menjadi gelap hati mereka akibat dosa2 drp maksiat. Maksiat itu adalah apa saja perkara yg melalaikan kita drp mengingati Allah samada zahir atau batin. Maka peranan zikir dalam hidup kita adalah benteng kpd kita untuk kembali mengingatkan kita kpd Allah serta menjauhi perkara2 yg ditegah. Menjadi mukmin dan hamba Allah yg sejati disisiNya.
Sebab itu Allah menganjurkan org2 mukmin itu kembali kpdNya dgn mengesakankanNya. Kembali kpdNya dgn sifat taqwa dan akhirnya mengenal Dia. Mengenal af’al, asma, sifat dan zatNya. Ini perintah dan ajaran Allah dan Rasul. Bukan dicipta2 seperti sangka2 org munafik. Menuntut keredhaan Allah itu bukan lah berkehendakan sesuatu seperti menuntut maqam2, menuntut cahaya2 Allah, kemuliaan, keramat, derajat atau derajat wali sekalipun. Kita hanya diperintah berzikir pada maqam yg dianugerahkan dan istiqamah pada maqam itu sehingga Allah menjemput kita kpd maqam yg lebih tinggi. Kalau ada pun kelebihan Allah beri itu hanya utk mempertingkatkan ilmu, ainul. haqqul yakin dan seterusnya keyakinan yg lebih tinggi kita kpd Allah. Kalau kita menunut sesuatu maqam yg tinggi nescaya kita bakal tercedera (istidraj). Kita yg meminta dan Allah pasti memberi. Seperti kita masuk istana tanpa dijemput dan bukan atas jemputan raja. Tunggu diluar istana lebih baik drp meminta2. Jika masuk kedalam tanpa diundang pasti akan datang bahaya dan tidak selamat. Ini umpamanya bahaya yg datang dari jin2 yg merosakan kita atas sebab tidak ikhlasnya amal kita. Allah memerintahkan jin2 untuk mencederakan amal kita. Oleh itu dalam melaksanakan ilmu zikirullah, muraqabah, musyahadah dan mukasyafah hendak lah kita bertujuan menjadi hamba Allah yg fakir (tiada apa2 atau bangkrup) kerana kefakiran ini lah yg menjadi hamba kesayangan Allah. Ilmu2 zikir ini sgt banyak drp peringkat zikir yg rendah kpd zikir2 roh yg lebih tinggi. (Tidak dpt diterangkan disini kerana setengah rahsia Allah itu wajib disembunyikan). Zikir2 ini telah dipelajari oleh nabi saw semasa banginda berkhalwat di gua ira’ dgn bergurukan saidina Jibril as. Jibril adalah mursyid kpd nabi saw. Nabi saw kemudian menyampaikan ilmu ini kpd saidina Abu Bakar ra dan kpd para sahabat serta kpd umat2 yg berbaiah kpd baginda. Setelah wafat nabi saw, syaidina Abu Bakar menyampaikan ilmu ini seterusnya berlaku kpd para2 sahabat dan ramailah para sahabat nabi saw menajdi wali allah dan menyampaikan pula kpd umat2 ke serata pelusuk negara2 yg jauh dari tanah Arab. Menyampaikan risalah nabi saw, mengembangkan syiar islam yg kesemuanya melalui bai’ah seperti mana yg diajarkan oleh nabi saw. Maka perkara seperti bai’ah ini adalah perkara asas yg sampaikan oleh nabi saw kpd umatnya untuk jalan mentauhidkan zat Allah yg Maha Esa. Dan sebagaimana yg telah diperintah oleh Allah Taala. Kemudian baru diikuti dgn ilmu feqah seperti solat, puasa dan lainnya. Amalan solat dan lain2nya adalah sgt sukar dilaksanakan jika tidak dgn hati yg bersih. Kerana hati yg kotor sgt liat untuk mengerjakan amal ibadah dan kalau ada pun amal selalunya tidak dpt istiqamah dgn sempurna. Sebab itu nabi saw mengutamakan soal kerohanian terlebih dahulu agar mudah hati yg suci dpt menjalankan perintah Allah, Tidak terikat dgn hawa nafsu jahat seperti manusia yg tidak dapat beramal kerana telah gelap hati2 mereka.
Sesungguhnyanya mereka2 ini telah dicabut iman mereka oleh Allah dan ini adalah sebesar2 bala atau malapetaka kpd mereka2 yg engkar kpd ayat2 Allah. Maka datanglah peringatan nabi saw kpd umat supaya berjihad menumpaskan hawa nafsu kerana ini adalah peperangan yg paling hebat kpd diri seseorang itu untuk keluar drp syirik khafi (tersembunyi) dalam hati kita dan beriman kpd Allah dgn roh yg suci. Oleh itu tidak boleh tidak umat islam wajib menunaikan perintah berzikir kalau tidak mereka adalah org2 yg rugi. Wajib mempelajari tasawuf untuk menyempurnakan iman dan islam. Mereka yg menggunakan hawa nafsu dan ilmu akal untuk membida’ah atau mensyirikkan keatas perintah Allah supaya berzikir adalah mereka itu golongan yg dengki atau tidak faham asal usulnya islam dan iman. Mereka yg demikian sebenarnya belum tumbuh sedikitpun benih rindu dan cinta kpd Allah dan Rasul seperti org2 mukmin yg mengingati Allah dan Rasul setiap nafas mereka. Org mukmin berzikir siang dan malam tidak kira waktu adanya melainkan hati mereka tetap kpd Allah. Tanyalah diri kita adakah kita ada perasaan rindu yg amat mendalam kpd Allah dan Rasul. Kalau tiada ayuh jgn kita membuang masa dgn mereka yg tidak mahu berzikir kpd Allah dan mendustakan perintah Allah. Segeralah kembali kpd Allah yg menanti kita di alam kubur dan akhirat untuk dihitung amal kita. Sesungguhnya mereka yg demikian (yg mempermainkan ayat2 Allah) telah Allah jauhkan limpahan kurniaNya serta rahmatnya dan Allah janjikan azab yg sgt pedih kpd mereka2 itu.