Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
BismillahHirahmanirRahim
BismillahHirahmanirRahim
BismillahHirahmanirRahim
Alhamdulillah syukur kepada Illahi
Ahli Makrifat adalah Orang Yang Paling Banyak Ibadat.
Makrifah bermaksud Kenal. Orang yang Makrifatullah adalah orang yang Mengenal Allah. Orang yang kenal Allah adalah orang yang kenal dirinya sebagai hamba dan Allah adalah Tuhan. Maka orang yang kenal dirinya adalah Hamba tidak akan sesekali ingkar akan perintah Tuhannya. Yaitu Beribadah kepada-Nya dan Mengikuti segala Peraturan apa yang sepatutnya dilakukan sebagai Hamba.
Permasaalahanya hari ini ada yang mengaku Kenal Tuhan. Makrifatullah. Tapi melonggar²kan Syariat Sembahyang. Mandi Wajib dan Sebagainya. Macam² ayat Al Quran yang dipetik bagi menyokong Fikrah Sesat yang dibawa. Dikatakan bahawa Solat Daimun yaitu Hati yang sentiasa Bersolat Berzikir Berfikir Mengingati Allah. Sudah tak payah sembahyang Fardhu. Ini adalah sesat.
Solat Daimun atau Hati yang Sentiasa Bersujud kepada Allah setiap masa adalah merupakan perintah dari Allah buat setiap hambanya untuk sentiasa Hidup Bertuhan. Bukan hanya dalam Solat Sahaja ingat Allah, tetapi tuntutnan untuk ingat Allah ini adalah Setiap Masa, Full Time. Walaupun keluar istilah Zikir Daimun @ Solat Daimun @ Ingat Allah Sentiasa hal ini memang diperintahkan Oleh Allah. Firman Allah.
"(Ulul Albab) Orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan berbaring." (ali-imran:191)
Ini adalah Ulul Albab. Orang yang Cerdik, Hamba yang Hakiki. Allah sebut mereka adalah orang yang Ingat Allah @ Berzikir @ Berfikir @ Bersujud @ Bersolat @ Beribadah kepada Allah, didalam keadaan Berdiri, Duduk dan Baring. Ini bermakna Setiap Masa. DAIMUN. Zikir dan Fikir kepada Allah.
Tetapi walaupun 24 Jam Full Time Fikir dan Zikir kepada Allah, Bukanlah Lesen bagi seseorang itu untuk berlepas diri dari Syariat Allah.
Ketahuilah. Bahawa orang yang paling Makrifat adalah Rasulullah SAW. Umum kita ketahui bahawa Rasulullah sendiri Solat Fardhu Lima Waktu Sehari Semalam. Dan Rasulullah juga melakukan Solat² Sunnat sehingga bengkak bengkak kaki.
Tak perlu saya ungkapkan disini kisah² Para Sahabat, Para Wali² Allah ibadah mereka yang luar biasa solat beratus² rakaat.
Inilah orang² yang betul² Kenal Allah. Bukannya orang yang di Ghurur @ di Tipu Syaitan kononnya awak sudah capai Makam Makrifat maka awak boleh berlepas diri dari Syariat.
Saya teringat kalam Ulama Terdahulu.
Syariat itu seperti Kapal.
Tariqoh itu seperti Lautan.
Hakikat Makrifat itu seperti Mutiara.
Siapa yang inginkan Mutiara.
Wajiblah ia naik Kapal Syariat.
Lalu belayar di Lautan Tariqoh
Maka Allah akan kurniakan Mutiara Hakikat, Makrifat.
Semuanya berkait dan memerlukan antara satu sama lain. Ini adalah sebagai contih yang ulama misalkan untuk menunjukkan bertapa pentingnya Syariat, Tariqah untuk mencapai Hakikah dan Makrifah.
Kesimpulannya, orang yang kenal Allah adalah orang yang benar² teliti dengan Syariat. Lagi dia kenal Allah lagi dahsyat Ibadah yang dipersembahkan kepada Allah.
Dikecualikan kalau awak adalah Waliyullah yang ahli Jazam atau Majzub. Majzub atau Jazam adalah orang yang ditarik oleh Allah. Dibahaskan oleh ulama didalam Kitab mereka bahawa Orang Ahli Jazam atau Majzub ini hukum mereka adalah orang gila. Mereka tiada kewarasan akal fikir dan tidak boleh menuntut ilmu dari mereka. Hukum sama seperti orang gila.
Tidak semua yang belajar Ilmu Makrifatullah ini jadi Majzub. Hanya segelintir sahaja. Kebarangkaliannya hanya 100,000 = 1 sahaja. Itu pun kalau mengambil perjalanan Tariqah yang sebenar²nya lah. Kalau awak balik rumah zikir sorg² tak ada guru bimbing tarbiyyah dan tazkiyyah. Awal lagi awak jadi Gila.
Gila itu bukan gila Majzub bertaraf Wali tu ye. Awak akan jadi GILA ISIM.
Tak perlu dihairankan, kerana orang yang belajar Math dan Sains sampai pangkat Professor pun kita tengok macam Gila saja.
Tetapi ingat. Ahli jazam atau Majzub ini juga memiliki Guru Mursyid. Mereka juga mesti melalui jalan ada pembimbing batin mereka untuk mengenal Allah. Mesti.
Melainkan orang yang mendapat Ilmu Laduni. Peratusan orang yang mendapat Ilmu Laduni ini juga lagi lagi lah sedikit.
Dalam 1.000.000 (1 Juta) mungkin 1 orang sahaja.
Dan orang yang mendapat ilmu laduni ini mereka tidak mampu untuk membimbing orang lain supaya Makrifatullah sepertinya. Kerana dia tidak punya Sanad dan Kaedah Salik. (Tidak ada kaedah yang dipelajari untuk jadi wali, tahu tahu Allah jadikan dia wali.) Jadinya Wali Allah yang mendapat Ilmu Laduni tidak boleh membimbing orang lain. Kerana dia tidak ada Kaedah Salik.
Tak payah sembang la Ilmu Laduni macam Nabi Khidir A.S. dia Nabi. Awak siapa?
Ini sedikit sebanyak perkongsian yang dapat saya kongsikan. Ingatlah Tak Payah Sembang Makrifat Kalau Syariat Ke Lautt..
Tulisan ustaz Qurdratul Fikry
https://bit.ly/Im_SiFUAnnA
https://bit.ly/Im_SiFUAnnA
No comments:
Post a Comment