27 April 2020

Pertukaran Arah Kiblat Dari Masjidil Al-Aqsa Ke Masjidil Haram

 أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantongku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepadاللهَ 
      وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...                ALLAH  اللهَ
                    اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 


Pertukaran Arah Kiblat Dari Masjidil Al-Aqsa Ke Masjidil Haram

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Penukaran Arah Kiblat Dari Masjidil Al-Aqsa Ke Masjidil Haram.
Pada peringkat awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam selepas Rasulullah ﷺ dan para sahabat sampai ke Madinah. Mereka berkiblatkan Masjidil Al-Aqsa di Baitulmuqadis (Bait Al-Maqdis). Pertukaran kiblat ini telah menjadi satu kontraversi dan isu besar di Madinah pada waktu itu.
Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah ﷺ. Kaum Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap ke Baitul Muqaddis.
Lalu Allah سبحانه وتعالى turunkan ayat 142 dari Surah al-Baqarah:
سَيَقُولُ ٱلسُّفَهَآءُ مِنَ ٱلنَّاسِ مَا وَلَّىٰهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ ٱلَّتِى كَانُوا۟ عَلَيْهَا ۚ قُل لِّلَّهِ ٱلْمَشْرِقُ وَٱلْمَغْرِبُ ۚ يَهْدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ
“Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: “Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya.”Katakanlah: “Kepunyaan Allah timur dan barat, Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.”
.
.
Dari Masjidil Al-Aqsa Ke Masjidil Haram
.
Dalam Tafsir ath-Thabariy dijelaskan bahawa ketika Rasulullah ﷺ. berhijrah ke Madinah, sementara kebanyakan penduduknya adalah Yahudi, maka Allah سبحانه وتعالى telah memerintah Baginda ﷺ menghadap Baitul Muqaddis (sebagai kiblat).
Orang-orang Yahudi merasa gembira kerana Baitul Muqaddis merupakan kiblat mereka. Selama berkiblat ke Baitul Muqaddis ini orang-orang Yahudi selalu mencaci maki Rasulullah ﷺ. Mereka berkata: “Muhammad menyanggah agama kita tetapi berkiblat kepada kiblat kita!” Dan masih banyak lagi kutukan dan pelekehan mereka yang lain.
Umat Islam telah diduga dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat telah mengadu kepada Rasulullah ﷺ dan Baginda ﷺ menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah سبحانه وتعالى.
Sikap orang-orang Yahudi tersebut membuat Nabi Muhammad ﷺ tidak senang, dan setiap hari Baginda ﷺ berdoa menengadahkan wajah mulianya ke langit dalam keadaan rindu agar Allah سبحانه وتعالى menurunkan wahyu dipindahkan kiblat.
Allah سبحانه وتعالى Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu dan Allah سبحانه وتعالى telah mewahyukan agar Baginda ﷺ mengadap ke Baitullah Kaabah.
Kebenaran daripada Allah سبحانه وتعالى untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah ﷺ yang dikabulkan oleh Allah سبحانه وتعالى. Ini kerana Rasulullah ﷺ sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah.
Permintaan Rasulullah ﷺ tersebut telah diperkenankan oleh Allah سبحانه وتعالى pada bulan Syaaban dengan turunnya ayat 144 dari surah Al-Baqarah yang mengandungi perintah untuk berpindah daripada menghadap Masjidil al-Aqsa di Baitulmuqadis (Bait al-Maqdis) ke arah Masjidil Haram (Baitullah Kaabah) di Makkah al-Mukaramah.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى ٱلسَّمَآءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةًۭ تَرْضَىٰهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥ ۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
“Sering Kami melihat kamu (wahai Muhammad) berulang kali menadah ke langit, maka Kami benarkan kamu berpaling mengadap kiblat yang kamu sukai, oleh itu halakan mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah); Dan di mana saja kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya. Sesungghunya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Al-Kitab (Taurat dan Injil), mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.”
.
Abu Hatim al Busti berkata: “Kaum Muslimin solat menghadap Baitul Muqaddis selama 17 bulan 3 hari. Iaitu bermula sejak hari Isnin 12 Rabi’ul Awal tahun pertama Hijrah sehingga hari Selasa 15 Syaaban tahun ke-2 Hijrah.”
Solat yang pertama kali dilakukan pasca perpindahan kiblat tersebut adalah solat Asar di Masjid Quba’. Rasulullah ﷺ sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum. Masjid tersebut kini dikenali juga sebagai Masjid Qiblatain (masjid dua kiblat).
Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa Baginda ﷺ mengimamkan solat. Sebahagiannya mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada pula yang meriwayatkan pada solat Isyak.
.
.

Kisah Dari Riwayat Lain

.
Dalam hikayat lain dikatakan bahawa pada malam 15 Sya’ban (Nishfu Sya’ban) telah berlaku suatu peristiwa penting dalam sejarah perjuangan umat Islam yang tidak boleh kita lupakan sepanjang masa.
Di antaranya adalah perintah memindahkan kiblat solat dari Baitul Muqaddis yang berada di Palestin ke Kaabah yang berada di Masjidil Haram, Makkah pada tahun ke-8 Hijriyah. Sebagaimana kita ketahui, sebelum Nabi Muhammad ﷺ berhijrah ke Madinah yang menjadi kiblat solat adalah Kaabah. Kemudian setelah Baginda ﷺ hijrah ke Kota Madinah, Baginda ﷺ memindahkan kiblat solat dari Kaabah ke Baitul Muqaddis yang digunakan orang Yahudi dengan izin Allah سبحانه وتعالى  untuk kiblat solat mereka.
Perpindahan tersebut dimaksudkan untuk menjinakkan hati orang-orang Yahudi dan untuk menarik mereka kepada syariat al-Quran dan agama yang baru iaitu Agama Tauhid (Islam). Tetapi setelah Rasulullah ﷺ menghadap Baitul Muqaddis selama 16-17 bulan, ternyata harapan Rasulullah ﷺ tidak dipenuhi.
Orang-orang Yahudi di Madinah berpaling dari ajakan baginda, bahkan mereka merintangi Islamisasi yang dilakukan Nabi Muhammad ﷺ. dan mereka telah bersepakat untuk menyakitinya.
Mereka menentang Nabi Muhammad ﷺ dan tetap berada pada kesesatan. Oleh kerana itu Rasulullah ﷺ berulang kali berdoa memohon kepada Allah سبحانه وتعالى agar dibenarkan pindah kiblat solat dari Baitul Muqaddis ke Kaabah lagi selepas Baginda ﷺ mendengar ejekan orang-orang Yahudi yang mengatakan: “Muhammad menyalahi agama kita namun mengikuti kiblat kita. Apakah yang memalingkan Muhammad dan para pengikutnya dari kiblat (Kaabah) yang selama ini mereka gunakan?”
.
Ejekan mereka itu dijawab oleh Allah سبحانه وتعالى melalui wahyuNya dalam ayat 142 – 143, Surah Al-Baqarah :
سَيَقُولُ السُّفَهَاءُ مِنَ النَّاسِ مَا وَلَّاهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ الَّتِي كَانُوا عَلَيْهَاۚ قُل لِّلَّـهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُۚ يَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ﴿١٤٢﴾ وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًاۗ وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِۚ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّـهُۗ وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْۚ إِنَّ اللَّـهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ ﴿١٤٣﴾
“Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: “Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah (maka ke mana sahaja kita diarahkan Allah menghadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.” Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) juga akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) Dan tidaklah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk Kami mengetahui tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul (serta membenarkannya) dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya). Dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).” (Surah al-Baqarah, ayat 142 – 143)
.
Dan pada akhirnya Allah سبحانه وتعالى memperkenankan Rasulullah ﷺ memindahkan kiblat solat dari Baitul Muqaddis ke Kaabah sebagaimana firman Allah سبحانه وتعالى dalam surah al-Baqarah, ayat 144 :
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى ٱلسَّمَآءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةًۭ تَرْضَىٰهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥ ۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
“Sering Kami melihat kamu (wahai Muhammad) berulang kali menadah ke langit, maka Kami benarkan kamu berpaling mengadap kiblat yang kamu sukai, oleh itu halakan mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah); Dan di mana saja kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya. Sesungghunya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Al-Kitab (Taurat dan Injil), mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.”
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه





Hikmah Peristiwa Perubahan Arah Kiblat


بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Penukaran Arah Kiblat Dari Masjidil Al-Aqsa Ke Masjidil Haram.
Peristiwa penting dan bersejarah yang berlaku kepada jujungan besar Nabi Muhammad ﷺ serta umat Islam pada Syaaban ialah peristiwa perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke Masjidil Haram (Kaabah) di Makkah al-Mukaramah.

Kisah perubahan kiblat berlaku pada tahun kedua Hijrah. Rasulullah ﷺ menunaikan solat menghadap ke Baitulmaqdis selama kira-kira 17 bulan, tetapi Baginda ﷺ ingin menghadap ke arah Kaabah sebagai kiblatnya.
Selepas diperintahkan Allah سبحانه وتعالى untuk berpaling ke Kaabah, solat pertama dilakukan Baginda ﷺ ialah solat Asar yang diikuti beberapa orang sahabat. Sesudah itu, seorang sahabat keluar dari masjid dan melihat dalam masjid lain jemaah sedang rukuk dan masih menghadap ke arah Baitulmaqdis.
Maka dia berseru: “Demi Allah! Aku bersaksi bahawa aku bersolat bersama Nabi Muhammad  menghadap ke Kaabah di Makkah. Kemudian orang yang bersolat itu terus berpusing menghadap ke Kaabah dalam solat itu juga.” (Hadis riwayat Bukhari)
Ibnu Sa’ad dalam kitab al-Tabaqat ada meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ sedang melawat Ummu Bisyr bin al-Barra’ bin Mabrur di kawasan Bani Salamah. Beliau menyediakan jamuan untuk Rasulullah ﷺ dan sahabatnya.
Apabila tiba waktu Zuhur, Baginda bersolat di masjid perkampungan itu. Ketika Baginda ﷺ berada dalam rakaat yang kedua solatnya, turun wahyu daripada Allah سبحانه وتعالى memerintahkannya supaya menukar arah dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di Masjidil Haram.
Baginda ﷺ terus berpaling menghadap ke arah Kaabah ke sudut bertentangan dengan mizab (saluran emas) dengan pusingan 180 darjah dan terus menyambung baki solatnya. Masjid itu dinamakan Masjid Qiblatain yang masih ada di Madinah sebagai salah satu tempat lawatan jemaah yang mengerjakan umrah mahu pun haji di sana.
.
Imam Bukhari juga ada meriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar ketika orang bersolat Subuh di masjid Quba’, tiba-tiba datang berita mengatakan Rasulullah ﷺ diarahkan supaya menghadap ke Kaabah, maka mereka pun berpaling ke arah itu.
Mengenai perbezaan riwayat berkenaan perubahan kiblat, al-Hafiz Ibnu Hajar ada menjelaskan bahawa solat pertama menghadap Kaabah ialah solat di Bani Salamah di masjid Qiblatain iaitu solat Zuhur. Solat pertama menghadap kiblat di Masjid Nabawi pula ialah solat Asar. Solat Subuh pula ialah di Masjid Quba.
Selepas berlaku perubahan kiblat, orang munafik dan kaum Yahudi meragui kejadian itu lalu bertanya: “Apakah yang menyebabkan mereka berpaling dari kiblat yang mereka hadapi selama ini?”
Sebagai jawapan kepada pertanyaan yang sengaja dilontarkan oleh kaum Yahudi sebagai bahan ejekan dan sindiran serta untuk mengelirukan kaum Muslimin, Allah سبحانه وتعالى berfirman :

سَيَقُولُ ٱلسُّفَهَآءُ مِنَ ٱلنَّاسِ مَا وَلَّىٰهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ ٱلَّتِى كَانُوا۟ عَلَيْهَا ۚ قُل لِّلَّهِ ٱلْمَشْرِقُ وَٱلْمَغْرِبُ ۚ يَهْدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ

“Orang-orang yang bodoh akan berkata: “Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya?” Katakanlah: “Kepunyaan Allah timur dan barat, Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.” (Surah al-Baqarah, ayat 142)
.
Perubahan arah kiblat adalah satu tamparan cukup hebat kepada kaum Yahudi yang selama ini berbangga dengan kiblat mereka iaitu Baitulmaqdis hingga mencemuh dan mengejek umat Islam kerana terpaksa bergantung dan mengikut walaupun dalam menentukan arah solat pada ketika itu.
Malah, kewajipan bersolat menghadap kiblat adalah satu perintah dan ketetapan daripada Allah سبحانه وتعالى dan sesiapa saja tidak boleh mempersoalkan mengapa perlu menghadap Kaabah apabila melakukan solat.
Inilah sebenarnya konsep ketaatan, kepatuhan mutlak hanya kepada Allah سبحانه وتعالى saja dalam apa juga keadaan dan tidak boleh disamakan dengan ketaatan kepada makhluk.
.
Berkaitan Kaabah, Rasulullah ﷺ bersabda: “Kaabah itu kiblat bagi orang yang di dalam masjid, dan masjid itu bagi orang yang di Tanah Haram (Makkah), dan Haram (Makkah) itu kiblat bagi penduduk bumi dari barat hingga ke timur daripada umatku.” (Hadis riwayat Al-Qurthubi)
Kemuncak peristiwa itu ialah ia melambangkan kebenaran daripada Allah سبحانه وتعالى untuk kembali berkiblatkan Kaabah, sekali gus ia adalah contoh doa Rasulullah ﷺ yang dikabulkan Allah سبحانه وتعالى. Ia kerana Rasulullah ﷺ sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah ﷺ diperkenankan oleh Allah سبحانه وتعالى pada pertengahan bulan Syaaban.
Seterusnya, sebahagian kaum Muslimin berkata: “Kami ingin mengetahui mengenai orang yang meninggal dunia sebelum pemindahan kiblat (dari Baitulmaqdis ke Kaabah). Bagaimana juga dengan ibadat solat kami sebelum ini ketika kami masih menghadap ke arah Baitulmaqdis.”
Maka turunlah ayat 143 surah al-Baqarah yang menegaskan bahawa Allah سبحانه وتعالى tidak akan mensia-siakan iman mereka yang beribadah menurut ketentuan ketika itu.
Firman Allah سبحانه وتعالى:

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًاۗ وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِۚ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّـهُۗ وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْۚ إِنَّ اللَّـهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ ﴿١٤٣﴾

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) juga akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) Dan tidaklah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk Kami mengetahui tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul (serta membenarkannya) dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya). Dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).” (Surah al-Baqarah, ayat 143)
.
Mafhumnya ayat suci di atas menegaskan kedudukan umat Islam sebagai umat pilihan dan pertengahan serta akan menjadi saksi pada hari akhirat kepada umat sebelum ini. Umat pilihan atau pertengahan itu bermaksud tidak hanya mementingkan kerohanian dan kebendaan semata-mata, tetapi wasatiyyah (berada di tengah-tengah).
Saksama dalam mementingkan dunia dan akhirat, kerohanian dan kebendaan, perseorangan dan masyarakat. Pertimbangan dan pengetahuannya mengenai baik atau buruk sesuatu perkara itu adalah adil, benar dan sah. Umat yang sedemikian, lebih layak memberi keterangan kepada orang lain.
Demikianlah hikmah dan pengajaran yang tersurat dan tersirat di sebalik peristiwa perubahan kiblat yang menjadi satu kewajipan yang perlu ditaati oleh setiap Muslim ketika menunaikan ibadat solat lima waktu ke arah Kaabah kerana kewajipan solat menghadap ke Kaabah menunjukkan konsep kepatuhan mutlak seorang muslim.
Di samping itu, ia membuktikan kepentingan Baitulmaqdis di sisi Islam yang sepatutnya dikembalikan di bawah ketuanan umat Islam di Palestin. Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa adalah tiga simbol syiar Islam di bumi Allah سبحانه وتعالى ini.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه



Penentuan Arah Kiblat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Kiblat atau juga dieja qiblat, merupakan perkataan Arab (القبلة) yang merujuk arah apabila seseorang Muslim solat. Asalnya, mengarah ke Baitulmuqaddis atau kini Jerusalem (dan dengan itu dikenali sebagai Pertama dari Dua Kiblat). Pada tahun 624M, semasa penghijrahan Nabi Muhammad SAW di Madinah, arah Kiblat ditukar ke arah Kaabah, dan kekal sehingga kini.
.
Hanya satu kes khas wujud: apabila bersolat dalam Kaabah sendiri. Apabila seseorang Muslim itu mengerjakan solat dari dalam Kaabah, seseorang Muslim boleh menghadap dimana-mana dinding keluar yang terdapat dalam Kaabah semasa solat namun disunatkan untuk solat pada tapak dan arah dimana Nabi Muhammad SAW bersolat di dalam Kaabah, manakala bagi mereka yang berada di luar Kaabah pula, mereka boleh menghadap mana-mana dinding atau penjuru pada binaan Kaabah untuk bersolat kerana pusingan Kaabah itu 360 darjah.
.
Kiblat, merupakan titik rujukan di Bumi, ke arah Kaabah. Dalam amalan agama Islam, solat mesti menghadap ke arah Kaabah. Perlu diingatkan bahawa seseorang Muslim tidak menyembah Kaabah atau kandungannya, Kaabah hanya merupakan titik rujukan untuk solat.
.
Kiblat menunjukkan arah terpendek ke Kaabah. Disebabkan Bumi berbentuk seperti bebola, laluan ini membentuk bulatan besar seperti laluan kapal terbang. Lokasi Kaabah (di 21° 25′ 24″ N, 39° 49′ 24″ E) boleh ditentukan secara geometri (sfera) untuk menentukan arah Kiblat di mana-mana sahaja di muka Bumi ini.
.
Pada masa silam, umat Islam yang mengembara menggunakan astrolob untuk menentukan arah Kiblat. Pada tarikh tertentu dalam tahun apabila Matahari berada tepat di atas Kaabah, arah bayang di semua tempat akan menunjukkan dengan tepat arah Kiblat.
.
Kiblat penting bukan semata-mata sebagai arah solat, tetapi juga dalam upacara harian/keagamaan. Kepala haiwan yang disembelih (untuk korban mengikut kepercayaan Islam) diselaraskan dengan kiblat. Selepas meninggal dunia, seseorang Muslim dikebumikan dengan muka menghadap kearah Kiblat.
.
Beliau berkata, semua empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali bersepakat bahawa menghadap kiblat adalah syarat sah solat. Mazhab Syafie menetapkan tiga syarat yang boleh diguna pakai bagi memenuhi syarat menghadap kiblat.
.
.
.

Kaedah Tradisional Tentu Kiblat

.

1.  Matahari Istiwa atas Kaabah

Kejadian matahari istiwa (rembang) di atas kaabah berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei kira-kira jam 5.16 petang dan pada 16 Julai, kira-kira jam 5.28 petang (waktu Malaysia). Ketika matahari istiwa di atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia akan memperbetulkan arah kiblat.
  • Panduan menentukan arah kiblat dari satu tempat pada tarikh dan masa yang ditentukan di atas:Pacakkan satu tiang pada kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya.
    • Pastikan tiang berkenaan tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh diletak sebarang pemberat yang diikat pada hujung tiang itu.
    • Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung daripada sinaran matahari. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang-bayang akan jatuh ke arah timur, arah kiblat ialah bayang-bayang yang menghadap ke barat.
.

 2.  Kaedah Buruj Bintang

 
  • Buruj bintang ialah sekumpulan bintang yang berada di suatu kawasan langit serta mempunyai bentuk hampir sama dan kelihatan berdekatan antara satu sama lain.
  • Langit dibahagikan kepada 88 kawasan buruj bintang. Bintang yang berada pada satu kawasan sama adalah dalam satu buruj.
  • Sesuatu buruj bintang mengikut bentuk yang mudah dikenal pasti seperti bentuk haiwan dan geometri.
  • Dengan mengetahui bentuk buruj bintang tertentu, arah utara dan arah kiblat dari sesuatu tempat boleh ditentukan.
  • Menggunakan kedudukan Belantik (buruj) atau Buruj Al-Babadour. Pada buruj itu ada tiga bintang berderet iaitu MintakaAn Nilam dan An Nitak. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah tiga bintang berderet berkenaan ke arah barat.
.

3.  Kaedah Matahari Terbenam

  • Secara umum, jika kita merujuk kepada kedudukan matahari terbenam untuk tujuan penentuan arah kiblat adalah tidak tepat. Ini disebabkan arah matahari terbenam di Malaysia akan berubah dari azimut 235 darjah hingga 295 darjah.
  • Ia boleh digunakan sebagai satu daripada langkah berijtihad, arah matahari terbenam boleh digunakan jika mengetahui perbezaan sudut antara arah matahari dengan arah kiblat.

.
.
.

Kaedah Moden Tentu Kiblat

1.  Pengiraan Arah Kiblat

  • Hitungan adalah berdasarkan kepada konsep arah di sepanjang bulatan gedang bumi (great circle).
  • Membabitkan model matematik sfera yang mengandungi koordinat geografi tempatan dan koordinat geografi rujukan (Kaabah).
.

 2.  Kompas Prismatik

  • Penandaan arah kiblat dengan kompas banyak diamalkan di kalangan masyarakat Islam masa kini. Arah yang ditunjukkan oleh sesuatu kompas adalah arah merujuk ke arah utara.
  • Arah utara magnet pula tidak semestinya bersamaan dengan arah utara benar. Perbezaan arah utara ini dipanggil sebagai sudut serong magnet.
  • Antara masalah yang boleh timbul menggunakan kompas ialah tarikan graviti tempatan yang mana ia terkesan dari kewujudan bahan logam atau arus elektrik di sekeliling kompas yang digunakan.
  • Boleh digunakan sebagai alat alternatif jika alat yang lebih sesuai tidak ada.
.
.
. 

 3.  Penggunaan Teodolit

  • Teodolit adalah antara alat termoden yang diguna pakai oleh kebanyakan juru ukur dan pihak yang melakukan kerja menentukan arah kiblat.
  • Alat itu digunakan untuk mengukur bacaan sudut secara mendatar dan menegak. Ia memberi kejituan bacaan tinggi dan tepat.
  • Teodolit adalah antara alat termoden yang diguna pakai oleh kebanyakan juru ukur dan pihak yang melakukan kerja menentukan arah kiblat.
  • Alat itu digunakan untuk mengukur bacaan sudut secara mendatar dan menegak. Ia memberi kejituan bacaan tinggi dan tepat.
.
.

 4.  Penggunaan Internet

Menggunakan aplikasi internet adalah amat senang sekali. Anda hanya perlu masukkan nama Bandar atau poskod, diikuti dengan nama negara, Petunjuk arah kiblat akan mencari kedudukan arah kaabah dengan memaparkan peta lokasi tempat anda dan arah qiblat seperti contoh berikut:
.
Sumber: Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
.
.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Betulkan Arah Kiblat Guna Kaedah Matahari

بِسۡـــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيـــــــمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.

Menentukan Arah Kiblat dengan Bantuan Matahari 

.
Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat. Jadi ummat Islam perlu memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Kaabah, di Makkah al-Mukaramah.
Alhamdulillah dengan ketentuan Allah ‘Azza wa Jalla, setiap tahun terdapat 2 waktu kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Kaabah. Fenomena ini membolehkan ummat Islam di seluruh dunia sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menentukan arah qiblat dengan mudah dan tepat. Subhanallah…
.
Penggunaan teknik bayang matahari adalah mudah dan paling tepat untuk menentukan arah kiblat kerana pada masa itu bersamaan dengan matahari berada tepat di langit latitud Kaabah. Sekiranya semua orang yang dapat melihat matahari dan menghadapkan wajahnya ke sana pada ketika itu, bermakna dia sedang menghadapkan wajahnya ke kiblat. Atau jika kita melihat bayangan sesuatu objek yang tegak lurus di atas tanah yang tak terlindung, maka bayangan tersebut akan membentuk garis arah ke kiblat.
.
.

Matahari Istiwa’ Atas Kaabah

.
Fenomena Matahari Istiwa’ di atas Kaabah yang dipanggil ‘Istiwa A’zam’ (Persinggahan Utama) ini akan menyebabkan bayang semua objek menjadi tegak 90 darjah (90 °) di seluruh dunia dan hanya berlaku dua kali setahun.
Sekiranya pada ketika itu sedang berada di Masjidil Haram, seseorang itu berpeluang melihat Kaabah serta apa yang berdiri tegak di persekitarannya seolah-olah tidak ada bayang-bayang.
.
Di tempat-tempat lain, jika memandang ke arah matahari (pada waktu itu), bermakna kita sedang menghadap tepat ke arah qiblat. Istiwa’ matahari di atas Kaabah bersamaan dengan arah qiblat dan ini boleh dilihat pada 27/28 Mei dan 15/16 Julai ketika menghampiri waktu Zuhur di Mekah.
Peluang keemasan ini tidak wajar dilepaskan kerana umat Islam di seluruh negara berpeluang menyemak arah qiblat menggunakan teknik bayang matahari pada pukul 5.28 petang, Ahad ini (15.7.2012).

 .

.

Bilakah Masanya Istiwa A’zam Berlaku?

.
Fenomena Matahari Istiwa’ (rembang/tegak) di atas kaabah berlaku dua kali dalam setahun iaitu ketika matahari bergerak menuju ke arah utara dalam bulan Mei dan ketika matahari kembali ke ekuinoks dalam bulan Julai.
.
Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
•   28 Mei (atau 27 Mei di tahun lompat) pukul 5.16 petang, dan
•   16 Julai (atau 15 Julai di tahun lompat) jam 5.28 petang.
.
Memandangkan 2012 merupakan tahun lompat, maka tarikh akan berganjak lebih awal awal iaitu pada 27 Mei dan 15 Julai.
Mengikut pengiraan, pada 27 Mei, waktu di Mekah adalah 12.18 tengah hari dan di Malaysia ialah 5.18 petang dan pada 15 Julai pula, Istiwa’ Matahari di atas Kaabah tepat pukul 12.27 tengah hari waktu Mekah yang bersamaan pukul 5.27 petang waktu Malaysia.
.
.

Panduan Menentukan Arah Qiblat

.
Menentukan arah qiblat dengan tepat perlu melalui beberapa aktivit dan proses yang mudah dengan hanya menggunakan sebatang kayu dan sedikit pemerhatian.
.
Berikut adalah panduan menentukan arah qiblat dari sesuatu tempat pada tarikh dan masa yang telah ditentukan seperti masa dan tarikh dinyatakan di atas:-
.
  • Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang tepat. Justeru, pastikan jam yang dibuat rujukan itu betul mengikuti waktu piawai tepat yang boleh disemak dengan SIRIM atau merujuk kepada waktu di televisyen atau radio.
  • Pada waktu tersebut, keluar ke kawasan lapang dan pilih tempat yang boleh kelihatan kedudukan dan sinaran terus matahari (tanpa terlindung oleh sebarang objek lain).
  • Pacakkan suatu objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen pada kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya.
  • Pastikan tiang berkenaan lurus dan tegak secara bersudut tepat 90 ° di atas permukaan yang rata.
  • Bagi memastikan ketegakannya boleh diletak sebarang pemberat yang diikat pada hujung tiang tersebut.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu.  Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang-bayang akan jatuh ke arah timur.
  • Di Malaysia, arah qiblat ialah bayang-bayang yang menghala ke barat.
.
Menentukan arah qiblat dengan tepat seperti di atas adalah mudah dan tidak sesukar mana, tidak perlu alat canggih. Dengan berbekal sinaran matahari, kita boleh meyakini ketepatan teknik bayang matahari dalam menentukan arah qiblat. Bahkan cara ini boleh menjadi lebih teliti dan tepat jika dibandingkan dengan penggunaan teknik kompas.
.
.

Terpesong

.
Kompas sangat mudah terpengaruh dengan sumber medan magnet yang berdekatan seperti besi, aliran elektrik dan lain-lain barangan di sekitarnya. Jika kita tidak berhati-hati penunjuknya akan mudah terpesong akan memberi kesan kepada arah yang hendak dicari.
.
Tahukah anda, jika perselisihan arah qiblat sebanyak 1 darjat sahaja boleh melencongkan arah kira-kira 100 km dari titik Kaabah. Semakin besar lencongan arah ini akan menjadikan kita semakin jauh terpesong dari halauan Kaabah.
.
Oleh kerana itu objek-objek di angkasa merupakan sebaik-baik petunjuk arah kerana ia tidak terpesong walau sedikit pun.
.
.

Menyakinkan

.
Maka sangat dianjurkan untuk mendapatkan setepat mungkin kedudukan arah qiblat ini, dan ianya adalah baik bagi masjid serta surau atau pun bagi memastikan ketepatan arah qiblat solat kita ketika  di rumah atau pejabat.
Mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberi faedah kepada yang mahu mengambil manfaat. Bersyukurlah kepada Allah SWT yang telah memberikan peluang untuk kita menyemak arah qiblat yang tepat melalui kaedah ini. Hadapkanlah tubuh ke arah qiblat tersebut dengan penuh yakin dan khusyuk ketika solat dan ibadah lain.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
Artikel Berkaitan:
  1. Penentuan Arah Kiblat  (Klik Di Sini)
  2. Menentukan Arah Kiblat ~ Kaedah Internet  (Klik Di Sini)
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه



Menentukan Arah Kiblat ~ Kaedah Internet

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Kiblat  (qiblat), adalah arah Kaabah yang menjadi titik rujukan di Bumi yang merupakan arah sembahyang (solat) bagi orang Islam. Perlu diingatkan bahawa seseorang Muslim tidak menyembah Kaabah atau kandungannya, Kaabah hanya merupakan titik rujukan untuk solat.
.
Sebagai seorang muslim, mencari arah kiblat yang tepat adalah wajib untuk tujuan melakukan solat kepada Allah SWT. Adakah anda yakin, posisi arah kiblat yang anda amalkan selama ini tepat ke arah Kaabah di Makkah.
.
Sebenarnya mencari arah kiblat zaman sekarang adalah sangat senang berbanding masa lalu, dengan bantuan kompas dan internet. Terdapat kaedah tepat yang boleh digunakan untuk mencari arah kiblat walau di mana saja anda berada di dunia ini.
.
Dengan bantuan Google yang tersohor di dunia, anda boleh mencari arah kiblat dengan mudah. Berikut adalah dua laman web yang anda boleh layari dan aplikasikan untuk menentukan arah kiblat dari mana-mana tempat di dunia.
     .
Anda boleh menaip alamat beserta poskod dan nama negara untuk mencari arah kiblat bagi setiap tempat di dunia sehinggakan nama kampung yang tidak dikenali di peta dunia juga mungkin berjaya ditemu arah kiblatnya. Hebatnya teknologi zaman sekarang!!!
.
.

1.     Arah-Kiblat Al-Habib

Menggunakan al-habib adalah amat senang sekali. Anda hanya perlu masukkan nama Bandar atau poskod, disusuli dengan nama Negara. Arah ke kiblat akan ditunjukkan pada garisan merah. Anda boleh klik pada gambar untuk ke laman sebenarnya…
.
.
Cara  Mencari Lokasi :
.
  1. Taipkan alamat dan klik cari.
  2. Map/Satelllite/Hybrid untuk tunjukkan pilihan paparan gambar.
  3. Arah kiri/kanan/atas dan bawah bagi menggerakkan kedudukan fokus pada gambar.
  4. Tanda ini untuk membesarkan gambar fokus.
  5. Tanda bagi meluaskan pandangan pada peta.
  6. Bacaan kompas tempat anda juga ditunjukkan.
.
.
.
.

2.     Qiblalocator

Menggunakan qiblalocator.com adalah senang sekali. Anda hanya perlu masukkan nama Bandar atau poskod, disusuli dengan nama negara, Qibla locator akan mencari kedudukan arah kaabah dengan memaparkan peta lokasi tempat anda dan arah qiblat seperti contoh di bawah:
.
.
.
.
.
Walau pun Aplikasi Google di atas disediakan oleh orang bukan Islam tetapi ianya tidak bercanggah dan ditegah agama Islam malahan ketepatan aplikasi tersebut telah terbukti dan bersesuaian dengan kaedah penentuan arah kiblat lain yang digunakan selama ni…
.
.
.

Laman-laman web lain:

Anda juga boleh  mencuba laman-laman lain di internet, seperti:
.
Semoga semua perolehi panduan berguna dan manfaat daripadanya. Selamat mencuba.!
.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Peristiwa Pertukaran Kiblat Di Dalam Taurat, Bible dan Al-Quran


بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Rahsia Kaabah.
Pasti ramai yang sudah tahu bahawa suatu waktu dahulu kiblat umat Islam adalah Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis, Jerusalem. Allah سبحانه وتعالى telah mewahyukan kepada Nabi Muhammad ﷺ supaya menukarkan arah kiblat ke Masjidil Haram (Baitullah Kaabah) di Makkah al-Mukaramah. Ini sedia dimaklumi oleh kaum Yahudi dan Nasrani kerana Makkah sudah tidak asing lagi dalam kitab Taurat dan Bible tetapi mereka tetap menfikannya.
Sekiranya orang-orang Yahudi dan Kristian itu merujuk kembali kitab yang diturunkan kepada mereka iaitu Taurat dan Bible, sudah tentu mereka tidak merasa hairan apabila orang-orang Islam menukar kiblat mereka dari Palestin ke Makkah.

Ana ingin berkongsi dengan antum nas-nas pertukaran kiblat Allah Azza Wa Jalla dari Jerusalem ke tempat lain dari kitab-kitab agama utama. Bukti-bukti tersebut telah dinyatakan dan terkandung di dalam kitab-kitab Taurat, Bible dan Al-Quran sendiri.
.
.

1. Dalam Kitab Taurat

.
Dalam kitab Taurat yang mereka sebut sebagai Paran, dinyatakan bahawa:

“The Lord came from Sinai and dawned from Seir and He shone from Paran.” (Deotranomy 33: 2)
Maksudnya: “Tuhan datang dari Sinai dan akan bersinar dari Seir dan Dia menyinar dari Paran.”

Paran adalah tempat tinggal Siti Hajar dan Ismail sebagaimana yang di sebut dalam Genesis ayat 21,

“He was living in the Desert of Paran, his mother got a wife for him, from Egypt.”
Maksudnya: “Dia tinggal di kawasan gurun Paran, ibunya mendapatkan seorang isteri untuk dia, dari Mesir.”
.
.

2.  Dalam Kitab Bible

.
Bahkan Jesus sendiri yang menyebutnya di dalam kitab Bible:

(20)- “Our ancestors worshiped on this mountain, but you Jews claim that the place where we must worship is in Jerusalem.” (21)- “Woman,” Jesus replied, “believe me, a time is coming when you will worship the Father neither on this mountain nor in Jerusalem. (22)- You Samaritans worship what you do not know; we worship what we do know, for salvation is from the Jews. (23)- Yet a time is coming and has now come when the true worshipers will worship the Father in the Spirit and in truth, for they are the kind of worshipers the Father seeks. (24)- God is spirit, and his worshipers must worship in the Spirit and in truth.”[Bible New Testament John 4:20-24 – New International Version (NIV)]
.
Cuba lihat dan fahami maksud ayat di atas. Terutama ayat yang telah digariskan:

Pertama :- “Jews claim that the place where we must worship is in Jerusalem.”
Kedua :- “Believe me, a time is coming when you will worship the Father neither on this mountain nor in Jerusalem.”
.
Supaya lebih difahami, terjemahan berikut diambil dari Alkitab Indonesia;
(20) Nenek moyang kami menyembah di atas gunung ini, tetapi kamu katakan, bahwa Jerusalemlah tempat orang menyembah.
(21) Kata Yesus kepadanya: “Percayalah kepada-Ku, hai perempuan, saatnya akan tiba, bahwa kamu akan menyembah Bapa bukan di gunung ini dan bukan juga di Jerusalem.”
.
Persoalannya, dimanakah kiblat yang baru itu?
Bagi Islam, Kaabah merupakah kiblat yang dimaksudkan di dalam Bible kerana Injil asalnya merupakan kitab dari langit. Tetapi mungkin penganut Kristian masih lagi tercari-cari kiblat tersebut ataupun tidak mempedulikan ayat-ayat di atas dan menafikannya.
.
.

3.  Kiblat Umat Islam Di Dalam Al-Quran

 .
Peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah ada diceritakan di dalam Bible. Ia adalah saat yang amat diharapkan berlaku dan sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh Rasulullah ﷺ.
Sebelum berlaku peristiwa ini, Baginda ﷺ bangun pada setiap malam menghadapkan mukanya ke langit menunggu-nunggu wahyu daripada Allah سبحانه وتعالى.
Sehinggalah Allah سبحانه وتعالى mengabulkan permohonan Baginda ﷺ seperti yang dicatatkan di dalam Al-Quran:
Firman Allah سبحانه وتعالى:

قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى ٱلسَّمَآءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةًۭ تَرْضَىٰهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥ ۗ

“Sering Kami melihat kamu (wahai Muhammad) berulang kali menadah ke langit, maka Kami benarkan kamu berpaling mengadap kiblat yang kamu sukai. Oleh itu halakan mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah); Dan di mana saja kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya.” (Surah Al-Baqarah: Ayat <144 p="">
.
Walaupun mereka mengetahui bahawa bertukar kiblat ke Kaabah itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka tetapi mereka tetap ingkar. Perbuatan mereka pasti akan menerima balasan. Allah سبحانه وتعالى menegaskan bahawa Dia sama sekali tidak akan lupa dengan sikap degil dan keengganan orang-orang Yahudi dan Kristian menerima kebenaran.
.
Allah سبحانه وتعالىberfirman lagi:

وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

“Sesungghunya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Al-Kitab (Taurat dan Injil), mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.” (Surah Al-Baqarah: Ayat <144 p="">
.
.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
Pertukaran Arah Kiblat Dari Masjidil Al-Aqsa Ke Masjidil Haram  (Klik Di Sini)
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه



Ilmuwan Islam Syor Guna Waktu Makkah Ganti GMT

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.
Waktu Tanah Suci paling tepat kerana terletak di pusat bumi
Saintis dan ulama Islam mendesak waktu Makkah diguna pakai untuk menggantikan waktu antarabangsa ‘Greenwich Meridian Time’ atau dipanggil GMT kerana bandar raya suci umat Islam berkenaan terletak di lokasi sebenar pusat bumi, selaras umat Islam yang menghadap ke kiblat di Makkah setiap kali menunaikan solat.
Seorang pakar geologi berkata, tidak seperti garis bujur lain, Makkah berada dalam kedudukan jajaran sempurna kepada medan magnet hemisfera utara. Menurutnya lagi, orang Inggeris melaksanakan penggunaan GMT ke seluruh dunia secara paksa ketika Britain menjadi kuasa penjajahan. Oleh itu, sudah tiba masa perkara itu diubah.
Greenwich adalah sebuah bandar di Britain dan GMT digunakan sejak 1884. Waktu GMT untuk semua zon masa di dunia diukur berdasarkan Garisan Meridian Greenwich di Pusat Pemerhatian Diraja Greenwich.
Sarjana Islam terkemuka, Dr Sheikh Yusuf al-Qaradawi menyatakan, sains moden akhirnya mengakuikan bahawa Makkah adalah pusat Bumi. “Bukti Makkah adalah pusat bumi, sebenarnya juga adalah ‘kiblat’ yang bermaksud arah umat Islam menunaikan solat.”
‘Ijaz al-Quran’ (mukjizat al-Quran) adalah kepercayaan dan kebenaran saintifik yang didedahkan dalam al-Quran. Sains moden telah menggunakan asas bukti daripada al-Quran.
Yasin a-Shouk, seorang penduduk Islam Perancis telah mencipta jam dan saat Makkah. Jam itu dikatakan berputar arah lawan pusingan jam yang membantu umat Islam menentukan arah Makkah dari mana-mana tempat di bumi.
.
.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته




NASA Menyembunyikan Misteri Di Sebalik Kota Mekah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”
Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
.
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
.
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
.
Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)
.
Wallahu’alam….
Susunan: hasnulhadiahmad.com


Keajaiban Kaabah ~ Pusat Emas Bumi

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.

.
Pastinya anda pernah mendengar nama Fibonacci. Dia adalah seorang ahli matematik yang hidup pada abad pertengahan di Algeria. Semasa kecilnya pernah berguru kepada seorang ahli matematik Muslim, hingga akhirnya Fibonacci membawa ilmu ‘Nisbah Emas’ yang menggoncangkan Eropah dan dunia.
.
‘Nisbah Emas’ benar-benar penemuan ilmu pengetahuan yang menakjubkan.
.
Anda boleh melihat bukti-bukti saintifik luar biasa dari misteri yang tetap tersembunyi di Kota Suci Makkah selama ribuan tahun. Makkah ditetapkan sebagai arah bersujud, tempat konvensyen berbilion-bilion umat Islam dan kota paling suci bagi umat Islam. Orang-orang Muslim sanggup berkorban untuk melakukan perjalanan ke kota suci Makkah untuk berkumpul terutamanya di sekitar Kaabah.
.
Phi Konstan – 1,618, nombor Nilai terhebat matematik. Allah Yang Maha Pencipta selalu menggunakan nombor ini dalam pelbagai perkara di alam semesta. Dalam denyutan jantung, aspek nisbah spiral DNA, di dalam rekaan istimewa alam semesta yang disebut ‘dodecehadron’, dalam penyusunan pelbagai daun tanaman yang disebut ‘phylotaxy’, dalam bentuk serpihan salji, ristal , dalam struktur spiral pelbagai galaksi. Yang Maha Pencipta kerap menggunakan nombor yang sama, nombor “NISBAH EMAS”: ~ 1, 618!
.
Nilai Nisbah ini juga digunakan untuk reka bentuk seni bina, bahkan Piramid di Mesir. Kepler astronomi terkenal, mendefinisikan nombor ini sebagai ‘Penemuan yang Terbaik’. Banyak pelukis terkenal, jurutera dan arkitek, seperti Leonardo Da Vinci, telah menggunakan nisbah ini dalam karya seni mereka selama beratus-ratus tahun.
.
.

Dimana ‘Nisbah Emas’ yang sesuai?

.
‘Nisbah Emas’ – Pada Wajah Manusia
.
Wajah ternyata menyimpan nisbah-nisbah matematik yang relatif konstan di hampir semua jenis wajah manusia. Dr Steven Markout, yang telah menghabiskan 25 tahun meneliti unsur matematik pada tubuh manusia, berjaya membuktikan di balik rupa paras seseorang tersembunyi nisbah-nisbah matematik. Dia meneliti 18 model wajah dari pelbagai suku & umur. Hasilnya? 97% mempunyai pola yang sama!!
.
.
‘Nisbah Emas’ – Pada Anatomi Tubuh Manusia
.
Tubuh manusia pun tak terlepas dari nisbah tersebut. Cuba anda kira sendiri:
* Panjang dari pangkal lengan – sikut / sikut – hujung jari
* Panjang dari ubun ubun – dagu / ubun ubun – sambungan kepala leher
* Panjang lutut ke kaki / panjang dari abdomen ke lutut … dan lain sebagainya … Semuanya berada di angka 0,61 … Jari-jari kita pun juga mengandung Nisbah Emas.
Perbandingan antara buku jari pun ternyata sesuai dengan barisan nombor Fibonacci: 2, 3, 5 dan 8 yang merupakan Siri Fibonacci – ‘Titik Nisbah Emas’.
.
.
‘Nisbah Emas’ – Pada Organ Dalaman
.
Golden Ratio Points (Titik Nisbah Emas) berlaku juga pada organ dalam tubuh kita iaitu paru-paru. pada tahun 1987, B.J West & Dr. AL Goldberger berjaya mengungkapkan ‘Nisbah Emas’di paru-paru kita. Secara anatomi, paru-paru kita menyerupai bentuk pokok yang sudah kering. Cuba amati lebih teliti, bentuknya pun tidak simetri. Sebagai contoh, saluran udara yang memisahkan 2 tenggorok; salah satunya lebih panjang dari yang lain. Bentuk a-simetri ini berterusan ke cabang seterusnya. Dan yang menakjubkan, rata-rata bronchus (cabang tenggorok) yang satu dengan cabang tenggorok yang lain ada di angka 0.61.
.
.
Kota Makkah adalah Golden Ratio Points Dunia?
.
Nisbah jarak antara Makkah – Kutub Utara dengan jarak antara Makkah – Kutub Selatan adalah persis 1,618 yang merupakan ‘Nisbah Emas’. Selain itu, perkadaran jarak antara Kutub Selatan dan Makkah dengan jarak antara kedua kutub adalah lagi 1,618 unit.
Keajaiban belum selesai ‘The Golden Ratio Point of the World’ adalah di kota Makkah menurut peta lintang dan bujur yang merupakan penentu umum manusia untuk lokasi.
.
Nisbah jarak Timur – Barat Makkah adalah 1,618 unit. Selain itu, perkadaran jarak dari Makkah ke garis titik balik matahari dari sisi barat dan perimeter garis lintang dunia juga mengejutkan sama dengan ‘Nisbah Emas’- 1,618 unit. ‘The Golden Ratio Point of the World’ selalu dalam lingkungan kota Makkah di Tanah Suci yang meliputi Kaabah, mengikut perkiraan semua sistem pemetaan meskipun perbezaan kecil dalam kiraan kilometer mereka.
.
.
‘Nisbah Emas’ – Pada Al-Quran
.
Hubungan antara Kota Mekah dan ‘Nisbah Emas’ jelas tercatat dalam Surah Ali Imran, ayat 96.
Jumlah semua huruf dari ayat ini adalah 47. Dengan mengira nisbah emas keseluruhan huruf, ditemui bahawa, perkataan ‘Makkah’ tersirat: 47/1.618 = 29,0. Memang ada 29 huruf dari awal ayat (Ali Imran: 96) hingga ke perkataan ‘Makkah’… seperti dalam peta dunia. Jika hanya satu kata atau huruf yang hilang, nisbah ini tidak mungkin boleh dicapai … Dengan tanpa batas, kita cuba lakukan proses yang sama di atas peta dunia dan akan disaksikan pertalian kosisten jumlah huruf, yang mendedahkan hubungan Makkah dengan ‘Nisbah Emas’..
.
Semua bukti ini menunjukkan bahawa  “Pencipta Alam dan Matematik, adalah Satu dan Tunggal iaitu Allah SWT. Yang Maha Kuasa yang telah mencipta Kaabah, Tanah suci (Al-Haram), dan Al-Quran. Ini mengingatkan seluruh umat manusia bahawa Dia telah memberikan tanda-tanda untuk seluruh umat manusia atas dasar ramalannya tentang masa depan dan bahasa umum manusia (matematik).
.
Penemuan mengenai hubungan antara ‘Nisbah Emas’, Makkah, Kaabah dan Quran telah meningkat dari hari ke hari. Pada gambar itu ditunjukkan bahawa pengukuran dengan nisbah emas kompas yang juga dikenali sebagai ‘Kompas Leonardo’, membuktikan bahawa kota Makkah terletak di ‘Golden Ratio Point of Saudi’ sementara Kaabah terletak di Makkah ‘Golden Ratio City’. Menurut perkiraan kebarangkalian, semua bukti ini tidak mungkin berlaku secara kebetulan.
.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mulk (67: 1-3):
 
.
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; Kamu tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
.
.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Semak Arah Kiblat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.
Umat Islam di seluruh negara berpeluang menyemak arah kiblat menggunakan teknik bayang matahari pada pukul 5.18 petang, Ahad ini (27.5.2012).
Peluang keemasan ini tidak wajar dilepaskan kerana fenomena istiwa’ matahari yang menyebabkan bayang semua objek menjadi tegak 90 darjah di seluruh dunia hanya berlaku dua kali setahun iaitu pada Ahad ini dan 15 Julai depan.
Penggunaan teknik bayang matahari adalah mudah dan paling tepat untuk menentukan arah kiblat kerana pada masa itu matahari berada tepat di langit bersamaan dengan latitud Kaabah.
Fenomena istiwa’ matahari berlaku dua kali dalam setahun iaitu ketika matahari bergerak menuju ke arah utara dalam bulan Mei dan ketika matahari kembali ke ekuinoks dalam bulan Julai. Fenomena itu berlaku pada 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun kecuali pada tahun lompat. Memandangkan 2012 merupakan tahun lompat, maka tarikh akan berganjak lebih awal iaitu pada 27 Mei dan 15 Julai.
Sekiranya pada ketika itu sedang berada di Masjidil Haram, seseorang itu berpeluang melihat Kaabah serta apa yang berdiri tegak di persekitarannya seolah-olah tidak ada bayang-bayang.
Pada saat itu, waktu di Mekah adalah 12.18 tengah hari dan di Malaysia ialah 5.18 petang.
Jika memandang ke arah matahari (pada waktu itu), bermakna kita sedang menghadap tepat ke arah kiblat.
Istiwa’ matahari di atas Kaabah akan menyebabkan bayang semua objek tegak 90 darjah di seluruh dunia bersamaan dengan arah kiblat dan ini boleh dilihat pada 27 Mei dan 15 Julai ini ketika menghampiri waktu zuhur di Mekah.
Mengikut pengiraan pada 15 Julai ini pula, istiwa’ matahari di atas Kaabah tepat pukul 12.27 tengah hari waktu Mekah yang bersamaan pukul 5.27 petang waktu Malaysia.
Jika dibandingkan ketepatan teknik bayang matahari untuk menentukan arah kiblat berbanding penggunaan teknik lain seperti kompas.
Kompas berfungsi berdasarkan medan magnet bumi dan jika ada sumber medan magnet yang berdekatan seperti besi, aliran elektrik dan lain-lain, penunjuknya akan terpesong. Jika kita tidak berhati-hati ia akan memberi kesan kepada arah yang hendak dicari.
Objek-objek di angkasa merupakan sebaik-baik petunjuk arah kerana ia tidak terpesong walau sedikit pun.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه



Peristiwa Pertukaran Kiblat Di Dalam Taurat, Bible dan Al-Quran

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Rahsia Kaabah.
Pasti ramai yang sudah tahu bahawa suatu waktu dahulu kiblat umat Islam adalah Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis, Jerusalem. Allah سبحانه وتعالى telah mewahyukan kepada Nabi Muhammad ﷺ supaya menukarkan arah kiblat ke Masjidil Haram (Baitullah Kaabah) di Makkah al-Mukaramah. Ini sedia dimaklumi oleh kaum Yahudi dan Nasrani kerana Makkah sudah tidak asing lagi dalam kitab Taurat dan Bible tetapi mereka tetap menfikannya.
Sekiranya orang-orang Yahudi dan Kristian itu merujuk kembali kitab yang diturunkan kepada mereka iaitu Taurat dan Bible, sudah tentu mereka tidak merasa hairan apabila orang-orang Islam menukar kiblat mereka dari Palestin ke Makkah.

Ana ingin berkongsi dengan antum nas-nas pertukaran kiblat Allah Azza Wa Jalla dari Jerusalem ke tempat lain dari kitab-kitab agama utama. Bukti-bukti tersebut telah dinyatakan dan terkandung di dalam kitab-kitab Taurat, Bible dan Al-Quran sendiri.
.
.

1. Dalam Kitab Taurat

.
Dalam kitab Taurat yang mereka sebut sebagai Paran, dinyatakan bahawa:

“The Lord came from Sinai and dawned from Seir and He shone from Paran.” (Deotranomy 33: 2)
Maksudnya: “Tuhan datang dari Sinai dan akan bersinar dari Seir dan Dia menyinar dari Paran.”

Paran adalah tempat tinggal Siti Hajar dan Ismail sebagaimana yang di sebut dalam Genesis ayat 21,

“He was living in the Desert of Paran, his mother got a wife for him, from Egypt.”
Maksudnya: “Dia tinggal di kawasan gurun Paran, ibunya mendapatkan seorang isteri untuk dia, dari Mesir.”
.
.

2.  DalamKitab Bible

.
Bahkan Jesus sendiri yang menyebutnya di dalam kitab Bible:

(20)- “Our ancestors worshiped on this mountain, but you Jews claim that the place where we must worship is in Jerusalem.” (21)- “Woman,” Jesus replied, “believe me, a time is coming when you will worship the Father neither on this mountain nor in Jerusalem. (22)- You Samaritans worship what you do not know; we worship what we do know, for salvation is from the Jews. (23)- Yet a time is coming and has now come when the true worshipers will worship the Father in the Spirit and in truth, for they are the kind of worshipers the Father seeks. (24)- God is spirit, and his worshipers must worship in the Spirit and in truth.”[Bible New Testament John 4:20-24 – New International Version (NIV)]
.
Cuba lihat dan fahami maksud ayat di atas. Terutama ayat yang telah digariskan:

Pertama :- “Jews claim that the place where we must worship is in Jerusalem.”
Kedua :- “Believe me, a time is coming when you will worship the Father neither on this mountain nor in Jerusalem.”
.
Supaya lebih difahami, terjemahan berikut diambil dari Alkitab Indonesia;
(20) Nenek moyang kami menyembah di atas gunung ini, tetapi kamu katakan, bahwa Jerusalemlah tempat orang menyembah.
(21) Kata Yesus kepadanya: “Percayalah kepada-Ku, hai perempuan, saatnya akan tiba, bahwa kamu akan menyembah Bapa bukan di gunung ini dan bukan juga di Jerusalem.”
.
Persoalannya, dimanakah kiblat yang baru itu?
Bagi Islam, Kaabah merupakah kiblat yang dimaksudkan di dalam Bible kerana Injil asalnya merupakan kitab dari langit. Tetapi mungkin penganut Kristian masih lagi tercari-cari kiblat tersebut ataupun tidak mempedulikan ayat-ayat di atas dan menafikannya.
.
.

3.  Kiblat Umat Islam Di Dalam Al-Quran

 .
Peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah ada diceritakan di dalam Bible. Ia adalah saat yang amat diharapkan berlaku dan sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh Rasulullah ﷺ.
Sebelum berlaku peristiwa ini, Baginda ﷺ bangun pada setiap malam menghadapkan mukanya ke langit menunggu-nunggu wahyu daripada Allah سبحانه وتعالى.
Sehinggalah Allah سبحانه وتعالى mengabulkan permohonan Baginda ﷺ seperti yang dicatatkan di dalam Al-Quran:
Firman Allah سبحانه وتعالى:

قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى ٱلسَّمَآءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةًۭ تَرْضَىٰهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥ ۗ

“Sering Kami melihat kamu (wahai Muhammad) berulang kali menadah ke langit, maka Kami benarkan kamu berpaling mengadap kiblat yang kamu sukai. Oleh itu halakan mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah); Dan di mana saja kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya.” (Surah Al-Baqarah: Ayat <144 p="">
.
Walaupun mereka mengetahui bahawa bertukar kiblat ke Kaabah itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka tetapi mereka tetap ingkar. Perbuatan mereka pasti akan menerima balasan. Allah سبحانه وتعالى menegaskan bahawa Dia sama sekali tidak akan lupa dengan sikap degil dan keengganan orang-orang Yahudi dan Kristian menerima kebenaran.
.
Allah سبحانه وتعالىberfirman lagi:

وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

“Sesungghunya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Al-Kitab (Taurat dan Injil), mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.” (Surah Al-Baqarah: Ayat <144 p="">
.
.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
Pertukaran Arah Kiblat Dari Masjidil Al-Aqsa Ke Masjidil Haram  (Klik Di Sini)
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه













ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!
ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH  اللهَ


Hikmah Peristiwa Perubahan Arah Kiblat


                اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 

والله أعلم بالـصـواب 
           Moga Bermanfaat.
              Insya ALLAH 
.........................................................



No comments: