BismillahHirahmanirRahim...
الحمد لله syukur kepada الله
Everything happening with الله permission :
#Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله..
Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله
Degupan Jantongku bertasbih
LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله
Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
25 April 2020
Urut Batin Tradisional – Boleh ke Rawat Mati Pucuk Sebenarnya?
Urut batin Tradisional dikatakan mampu merawat mati pucuk atau Erectile Dysfunction (ED) yang merupakan ketidakbolehan zakar anda untuk mengeras (ereksi) atau menahan kekerasan tersebut.
.
Simptom yang biasanya dialami oleh mereka yang mengalami masalah mati pucuk ini adalah:
.
Ereksi tidak mampu bertahan lama
Ereksi tidak cukup kuat untuk aktiviti seksual
.
.
Kebanyakan lelaki pada satu masa nanti akan mengalami isu mati pucuk ini pada satu masa dalam kehidupan mereka.
.
Kalau jarang-jarang berlaku masalah ereksi ini, ia bukanlah perkara yang terlalu perlu untuk dirisaukan.
.
Ia mungkin disebabkan oleh faktor lain seperti:
Emosi
Letih
Masalah psikologi
.
Namun, jika ia berlarutan selama beberapa minggu, anda patut untuk mula risau kerana berkemungkinan besar anda mempunyai masalah mati pucuk ini.
Perkara pertama yang anda perlu lakukan jika anda mempunyai simptom mati pucuk, anda perlu dapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan yang bertauliah.
.
Maksudnya doktor yang bertauliah dan bukan pakar urutan batin!
.
Menerusi sesi ini, doktor dapat membantu anda untuk mengenal pasti apa punca yang menyebabkan anda mengalami mati pucuk dan apabila anda dapat mengenal pasti punca, rawatan dapat dilakukan dengan sesegera mungkin.
.
Cumanya pada sesi ini, anda perlu untuk jujur dengan diri anda, pasangan anda dan juga doktor supaya khidmat yang sewajarnya dapat diberikan.
.
Jika tidak, agak sukar untuk doktor membantu anda untuk diagnosis masalah mati pucuk anda dan memberikan rawatan untuk masalah anda ini.
.
.
Urut Batin Ni Apa Sebenarnya?
.
.
Urut batin ni kalau sebut je mesti anda akan bayangkan aktiviti yang pelik-pelik.
.
Okay. Memang ada yang salah guna khidmat urutan ni untuk buat perkara yang tak senonoh.
.
Namun, tujuan asal urutan ini adalah untuk menguatkan zakar dan juga mengatasi masalah mati pucuk.
.
Cuma persoalannya sekarang ini adalah, selamat ke urut batin ni dan betul ke boleh rawat mati pucuk?
.
.
Kenyataan Pakar Berkenaan Urut Batin
.
.
Menurut Prof. Dr. Zulkifli Md Zainuddin, amalan mengurut secara amnya tidak akan memberikan sebarang kesan buruk jika dilakukan pada anggota badan lain selain zakar.
.
Menurutnya lagi yang merupakan Perunding Urologi dan Ketua Jabatan Surgeri, Pusat Rawatan UKM, ia akan memberikan kesan negatif jika dilakukan pada bahagian sensitif seperti zakar.
.
Urut batin biasanya menggunakan teknik urutan dengan cara menekan dan memicit.
.
Teknik urutan sebegini sangat bahaya bagi zakar kerana ia merupakan diantara organ span dan hanya akan membesar apabila menerima bekalan darah yang mencukupi.
.
Tambah beliau, jika lelaki mengalami masalah mati pucuk, pancutan pramatang dan tahap libido yang rendah, urut batin bukanlah jalan penyelesaiannya dan beliau juga tidak menolak jika ada lelaki yang ingin mendapatkan khidmat urut batin tradisional tapi pastikan ia tidak dilakukan secara langsung terhadap zakar.
Kes kali ini melibatkan seorang lelaki yang berusia awal 30-an dimana lelaki ini mengalami masalah sukar untuk mendapatkan ereksi ketika bersama dengan isteri.
.
Walaupun setelah mendapatkan khidmat urut batin, masalahnya tetap juga tidak dapat diselesaikan.
.
Sebaik bertemu doktor, doktor mengesahkan bahawa zakarnya langsung tidak mempunyai masalah kerana punca kepada masalah tersebut adalah hubungannya dengan isteri.
.
Lelaki ini mempunyai masalah dengan isterinya sehinggakan dirinya sukar untuk terangsang apabila ingin bersama.
.
Ketiga-tiga kes diatas adalah daripada kes sebenar yang dirujuk di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan kalau anda perhatikan daripada ketiga-tiga kes tersebut, tindakan terburu-buru bagi mendapatkan khidmat urut batin telah membawa padah kepada mangsa.
.
.
Apa Alternatif Urut Batin Untuk Merawat Mati Pucuk?
.
.
Hari ini, ada terlalu banyak rawatan yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah mati pucuk.
.
Antara rawatan yang anda boleh lakukan selepas mendapatkan khidmat nasihat pakar perubatan bertauliah:
Ubat
Pam zakar
Implant
Pembedahan
Suntikan
Shockwave Therapy
.
Mengubah gaya hidup anda ke arah yang lebih baik juga mampu untuk memberikan kesihatan yang yang lebih baik kepada anda.
Dengan menjaga kesihatan, anda mampu untuk mengelakkan penyakit-penyakit yang mampu untuk meningkatkan risiko mati pucuk seperti:
Kencing manis
Darah tinggi
Penyakit jantung
.
Perubahan gaya hidup ini termasuklah untuk mendapatkan berat badan ideal dan juga berhenti daripada aktiviti seperti merokok.
.
Selepas beberapa ketika, anda akan perhatikan yang kehidupan anda akan berubah berkali ganda lebih baik yang akan akan turut memberikan kesan positif terhadap kesihatan dan persembahan seksual anda.
.
.
Salah Faham Urut Batin
.
.
Sebelum adanya perubatan moden, memang tidak dapat dinafikan bahawa urut batin menjadi rawatan utama masalah mati pucuk ini.
.
Hal ini kerana ramai yang menyangka bahawa dengan urut batin mampu melancarkan kelenjar prostat.
.
Namun, disinilah dimana salah faham tersebut berlaku kerana ramai yang mengurut terus pada zakar.
.
Urutan yang sebenarnya perlu dilakukan pada bahagian lain yang akan membantu melancarkan aliran darah dan melegakan sebarang sumbatan yang ada.
.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa mereka yang mendapatkan urutan daripada pakar yang mempunyai simptom mati pucuk berjaya menyelesaikan masalah mereka.
.
Namun, kajian ini masih tidak mempunyai data yang mencukupi untuk menyokong keberkesanan urut batin ini.
.
.
Mana Nak Cari Tukang Urut Batin?
.
.
Kalau anda dah berjumpa dengan doktor, ada kemungkinan mereka mengenali individu yang mampu melakukannya untuk anda.
.
Ada juga kemungkinan mereka sendiri mempunyai kepakaran mengurut ini.
.
Pastikan sesiapapun yang anda pilih tersebut mempunyai kelayakan untuk menjalankan urut batin buat anda.
.
Tukang urut terapi biasanya tidak mempunyai kepakaran sebegini kerana ia merupakan urutan kesihatan yang agak spesifik.
.
Walaupun ada banyak perkongsian secara online berkenaan teknik urutan ini, kami sangat-sangat tidak menggalakkan anda untuk melakukannya sendiri.
.
.
Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini berkenaan urut batin yang anda perlu tahu samada ia mampu atau tidak untuk merawat mati pucuk.
.
Disebabkan oleh data kajian yang tidak mencukupi, kebanyakan pakar perubatan sangat-sangat tidak menyarankan anda untuk melakukannya.
.
Cuba berbincang dengan doktor berkenaan apa yang paling sesuai untuk anda lakukan jika anda mengalami simptom mati pucuk ini.
.
Jangan lupa untuk membaca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!
ALLAHاللهَ ALLAHاللهَ
ALLAHاللهَ ALLAHاللهَ
Urut Batin Tradisional – Boleh ke Rawat Mati Pucuk Sebenarnya?
No comments:
Post a Comment