25 April 2020

Ghairah Asmara’ Wanita Setelah Menopause…

 أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantongku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepadاللهَ 
      وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...                ALLAH  اللهَ

Ghairah Asmara’ Wanita Setelah Menopause…



Apa Yang Wajib Anda Ketahui Tentang ‘Ghairah Asmara’ Wanita Setelah Menopause…

ghairah asmara - woman online magazine
Kredit : tinypic
Ketika wanita memasuki usia menopause secara automatik wanita akan mengalami penurunan jumlah kadar hormon estrogen dalam darah.Menopause turut membuatkan perjalanan haid atau period wanita tersebut terhenti buat selama-lamanya!

Ketika menghampiri saat menopause, ramai wanita yang berasa bingung dengan khabar-khabar angin yang berkaitan dengan ghairah asmara mereka. Sebelum ianya terus menganggu dan menjadi igauan ngeri, ada baiknya anda mengetahui beberapa perkara yang berkaitan dengan ghairah asmara wanita yang menopause ini. Bahkan ia bukan mitos, sebaliknya benar-benar bakal ditempuhi oleh wanita setelah menopause.
Berikut beberapa fakta tentang ghairah asmara wanita setelah menopause:
  1. Cara Anda Menilai Diri Sendiri Mula Berubah
Banyak perubahan yang akan terjadi sepanjang anda menopause. Ianya bukan sekadar bersifat fizikal, tetapi juga mental. Menopause boleh membuatkan anda mengubah cara anda menilai diri sendiri, termasuklah tentang bentuk tubuh, ghairah asmara anda dan suami serta harga diri anda.
  1. Vagina Mula Berubah
Salah satu masalah yang menganggu ghairah asmara setelah menopause iaitu, menurunnya kadar estrogen yang boleh menyebabkan penipisan dinding vagina.Menipisnya dinding vagina ditambah lagi dengan kekurangan cecair pelincir boleh menjadi perkara yang menyakitkan. Jika anda mengalami perkara tersebut, sebaiknya berjumlah dengan doktor sakit puan supaya anda boleh mendapatkan terapi atau krim estrogen.
  1. Kekeringan Vagina
Salah satu realiti ghairah asmara yang terpaksa anda lalui setelah menopause adalah kekeringan vagina.Keadaan ini sering terjadi pada hampir semua wanita. Untuk kehidupan seks atau ghairah asmara yang sihat dan selesa setelah menopause, pengambilan krim pelincir adalah kuncinya.Jika anda belum pernah menggunakannya, jangan segan-segan untuk menggunakannya ok!
  1. Ghairah Asmara Anda Boleh Jadi Naik Atau Turun!
Menopause akan memberi efek berbeza bagi setiap wanita. Ada di antara wanita yang merasakan ghairah asmaranya menurun, tetapi anda juga wanita yang merasakan ghairah asmaranya cukup hebat, bahkan semakin meningkat!Setelah menopause, kebanyakan wanita masih ingin melakukan hubungan seks, tetapi mereka mahukan yang jauh lebih intim lagi.Untuk mendapat ghairah asmara yang lebih intim, foreplay si suami harus dimulakan pada pagi hari dengan ciuman, tepukan lembut di belakang, menyentuh tangan, atau membisikkan sesuatu yang menyenangkan ketika hari hampir siang. Tindakan ini akan memperbesar lagi keinginan isteri untuk melakukan hubungan seks serta mendorong gairah asmaranya. Anda dan suami boleh menghabiskan lebih banyak waktu untuk mencurahkan perhatian dan menikmati pengalaman seksual tersebut sepenuhnya.
  1. Tetap Berisiko Terkena Penyakit Menular Seksual (PMS)
Ramai wanita menopause tidak sedar bahawa mereka masih berisiko terkena HIV atau penyakit menular seksual lainnya, sehingga tidak berminat menggunakan kondom. Mereka beranggapan tidak ada apa yang perlu dibimbangkan dengan risiko kehamilan. Tetapi, perkara ini boleh menyebabkan meningkatnya insiden HIV pada golongan usia 50 tahun ke atas.
Kesimpulan
Penilaian kehidupan seks setelah menopause, sama ada baik atau tidak sebenarnya boleh dilihat melalui kehidupan seks atau ghairah asmara sebelum menopause. Wanita yang bahagia dengan kehidupan seks pra-menopause, biasanya akan lebih mempertahankan kepuasan hubungan seksnya setelah mereka menopause.

                          ALLAH  اللهَ  ALLAH  اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!

                           ALLAH  اللهَ  ALLAH  اللهَ


Ghairah Asmara’ Wanita Setelah Menopause…


Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH 
.........................................................



No comments: