26 April 2020

Cara Mencegah Kehamilan – Terlanjur? Elakkan Isteri Anda Mengandung

 أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantongku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepadاللهَ 
      وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...                ALLAH  اللهَ

Cara Mencegah Kehamilan – Terlanjur? Elakkan Isteri Anda Mengandung

Ramai sebenarnya belum sedia lagi nak menimang cahaya mata dan perlukan cara mencegah kehamilan.
.
Jangan risau sebab anda sedang membaca perkongsian yang paling tepat dan teliti berkenaan cara mencegah kehamilan.
.
Bagi anda yang sangat aktif dalam hubungan seksual dan perlukan cara elak mengandung pastinya tertanya-tanya apa cara terbaik untuk melakukannya.
.
Benda pertama yang akan terlintas dalam fikiran anda sudah pastinya pil perancang atau pil cegah hamil.
.
Tapi, kalau sekadar mengharapkan pil cegah hamil semata-mata, agak sukar sebenarnya untuk anda berjaya.
.
Cara Mencegah Kehamilan - Pil Perancang
.
Anda kena tahu cara-cara lain yang melibatkan hubungan seksual untuk mencegah kehamilan.
.
Family Planning Association (PFA) di UK mengatakan sekitar 90% daripada wanita yang aktif secara seksual akan mengandung dalam tempoh 12 bulan jika mereka tidak mempraktikkan cara mencegah kehamilan.
.
Seorang wanita berisiko untuk mengandung setiap kali mereka melakukan seks tanpa sebarang pencegahan termasuklah sewaktu kali pertama melakukan seks.
.
.
Setiap cara elak hamil ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.
.
Sebab itulah anda kena benar-benar memahami baik buruk setiap cara ini untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
.
Jom baca cara mencegah kehamilan yang kami kongsikan dibawah!
.
.
Cara Mencegah Kehamilan - Barrier Method
.
Barrier Methods adalah cara elak mengandung yang menghalang sperm daripada sampai ke telur dan antaranya ialah:
.
1. Male Condom
.
.
Kondom lelaki dan perempuan merupakan satu-satunya cara mencegah kehamilan yang mampu melindungi penggunanya daripada STI (Sexually Transmitted Infections).
.
Apabila digunakan dengan betul, kondom memberikan 80% keberkesanan untuk mengelakkan daripada kehamilan mengikut fakta yang dikeluarkan oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC).
.
Untuk menggunakan kondom:
  • Pilih saiz yang tepat
  • Sarungkan kondom pada kepala zakar yang sedang mengeras 
  • Picit hujung kondom untuk mengeluarkan sebarang udara yang terkumpul
  • Sarungkan sepenuhnya perlahan ke seluruh batang zakar dan pastikan ia tidak terkoyak
  • Selepas selesai projek, pegang hujung kondom sebelum anda menarik keluar dari faraj pasangan anda
  • Tanggalkan kondom tersebut dan terus buang. Jangan gunakan semula
.
Cara Mencegah Kehamilan - Cara Pakai Kondom
.
Kebanyakan kondom lelaki dibuat menggunakan latex.
.
Tapi kalau anda allergic dengan latex, ada lagi jenis yang lain.
.
Kalau anda gabungkan kondom dengan pelincir, anda kena pastikan pelincir yang digunakan sesuai dengan kondom tersebut. 
.
Sebagai contoh, jika anda menggunakan kondom jenis latex sebagai cara elak hamil, pelincir yang sesuai digunakan adalah dari jenis water-based.
.
Anda boleh dapatkan kondom dari kebanyakan pasaraya, 7E, farmasi atau anda boleh beli secara online.
.
2. Female Condoms
.
Cara Mencegah Kehamilan - Kondom Perempuan
.
Kondom wanita juga boleh digunakan sebagai salah satu cara mencegah kehamilan.
.
Menurut CDC, kondom wanita mampu meningkatkan keberkesanan untuk cegah kehamilan sekitar 79%.
.
Kondom wanita juga semakin mudah didapati di farmasi dan kalau anda mengalami kesukaran untuk mencarinya, anda boleh beli secara online.
.
.
.
Diaphragm merupakan satu lagi cara mencegah kehamilan daripada barrier method yang digunakan dengan cara meletakkannya didalam faraj.
.
Oh! Jangan lupa untuk sapukan spermicide terlebih dahulu keatas diaphragm sebelum menggunakannya.
.
Bila digunakan dengan spermicide, kesan penggunaan diaphragm ni akan meningkat sehingga 90%.
.
Diaphragm perlu dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan seksual, biarkan sekitar 6 jam sebaik selesai dan buang selepas 24 jam.
.
Diaphragm juga tak melindungi anda dan pasangan daripada STI.
.
.
4. Cervical Cap
.
Cara Mencegah Kehamilan - Cervical Cap
.
Cervical cap merupakan silikon lembut yang dimasukkan kedalam faraj wanita.
.
Ia akan menutupi serviks untuk menghalang sperm daripada sampai ke telur.
.
Keberkesanan cara cegah hamil ini adalah sekitar 70-85% sahaja.
.
Oh. Ia juga sama seperti alat selain kondom iaitu ia tidak berupaya untuk mengelakkan STI.
.
Ia boleh dibeli di farmasi dan juga secara online.
.
.
5. Sponge
.
.
Span yang digunakan untuk mencegah kehamilan ini diperbuat daripada polyurethane dan mengandungi spermicide. 
.
Ia diletakkan didalam faraj untuk mengelakkan sebarang kemasukan ke uterus.
.
Jika digunakan span sahaja, keberkesanannya sebagai cara elakkan mengandung adalah sekitar 76-88% sahaja.
.
Tapi jika digunakan bersama-sama kondom, keberkesanannya akan meningkat dan turut mampu untuk mengelakkan STI.
.
Anda boleh dapatkan secara online.
.
.
6. Spermicide
.
Cara Mencegah Kehamilan - Spermicide
.
Spermicide merupakan bahan kimia yang menyahaktif sperm. 
.
Cara mencegah kehamilan menggunakan spermicide, anda perlu memasukkannya berhampiran dengan servik sekitar 10 minit sebelum melakukan hubungan seksual.
.
Ia akan kekal efektif dalam tempoh 60 minit dan tahap keberkesanannya adalah sekitar 71%.
.
Biasanya spermicide datang dalam bentuk gel dan ia boleh didapati di farmasi atau dibeli secara online.
.
Anda boleh dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan cara yang paling efektif untuk anda menggunakan spermicide sebagai cara elak mengandung.
.
.
HORMONAL METHODS
.
.
Cara mencegah kehamilan menerusi hormonal methods biasanya akan fokus kepada menghentikan ovulation, yang merupakan proses untuk mengeluarkan telur daripada ovari.
.
Cara elak mengandung sebegini tidak mampu untuk menghalang STI. 
.
Biasanya hormonal methods perlu mendapat kebenaran daripada doktor.
.
.
7. Pil Cegah Hamil
.
Cara Mencegah Kehamilan - Pil
.
Terdapat dua jenis pil cegah hamil:
  • Menghentikan kitaran haid
  • Tidak menghentikan kitaran haid
.
Kalau nak bercerita berkenaan pil cegah hamil, ada banyak jenama yang ada di pasaran.
.
Keberkesanan pil cegah hamil adalah sekitar 95%.
.
Kami ada kongsikan lebih lanjut berkenaan pil cegah hamil disini:
.
.
.
8. Patches
.
Cara Mencegah Kehamilan - Patch
.
Menurut National Health Servicekeberkesanan penggunaan patch adalah sekitar 99% efektif apabila digunakan dengan betul.
.
Patch boleh digunakan pada:
  • Belakang badan
  • Punggung
  • Perut
  • Bahagian atas lengan
.
Setiap patch perlu dipakai untuk 3 minggu sebelum menanggalkannya untuk tempoh seminggu bagi membolehkan kitaran haid. 
.
Ada kemungkinan juga berlakunya sedikit ketidakselesaan pada kulit.
Gif Mens Formula
.
.
9. Suntikan
.
Cara Mencegah Kehamilan - Suntikan
.
Suntikan cegah kehamilan Depo-Provera biasanya akan diberikan oleh doktor setiap 12 minggu.
.
Kajian menunjukkan jika cara mencegah kehamilan ini jika diambil dengan betul, mampu memberikan keberkesanan untuk mengelakkan kehamilan sehingga 90%.
.
Menurut Planned Pregnancy ia mengambil masa sekitar 10 bulan atau lebih untuk kesuburan kembali normal sebaik sahaja pasangan anda berhenti mengambil suntikan.
.
.
10. Vaginal Ring
.
.
Menurut NHScara mencegah kehamilan dengan menggunakan vaginal ring mempunyai keberkesanan sehingga 99% bila digunakan dengan betul.
.
Keberkesanan ini boleh menurun sehingga 95% jika berlaku kesilapan sewaktu menggunakannya.
.
Cincin plastik bersaiz kecil ini akan dimasukkan kedalam faraj selama 3 minggu dan ia mengeluarkan hormon kedalam badan untuk mengelakkan kehamilan.
.
Cincin tersebut perlu dikeluarkan selama 7 hari untuk membolehkan kitaran haid sebelum memasukkan cincin yang baru.
.
Rasanya sekian saja perkongsian kami kali ini berkenaan cara mencegah kehamilan yang anda dan pasangan boleh sama-sama cuba.
.
Ada banyak cara yang kami kongsikan diatas, jadi anda boleh pilih cara mana yang paling sesuai dan selesa.
.
Pastikan anda mengikut cara penggunaan yang telah diberikan, dan pastikan juga anda mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor untuk memastikan apa yang anda sedang usahakan ini berjaya.
.
Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga!
.
Semoga bermanfaat!


                          ALLAH  اللهَ  ALLAH  اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!

                           ALLAH  اللهَ  ALLAH  اللهَ

Cara Mencegah Kehamilan – Terlanjur? Elakkan Isteri Anda Mengandung

Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH 
.........................................................



No comments: