27 April 2020

Empat Kategori Waktu Solat

أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantongku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ   ...            ALLAH  اللهَ 
                 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 

Empat Kategori Waktu Solat

Empat Kategori Waktu Solat

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
pembahagian waktu solat.
Dalam Mazhab Syafi’ie, terdapat empat kategori waktu solat. Menurutnya lagi solat di awal waktu adalah yang terbaik dan diikuti dengan ‘Waktu Ihktiyar’. Adapun menurut mazhab Syafi’ie, ‘Waktu Ihktiyar’ bukanlah bermaksud waktu pilihan secara mutlak atau secara keseluruhan, tetapi waktu pilihan yang terbaik berbanding waktu berikutnya iaitu ‘Waktu Jawaz’ (waktu harus). Waktu pilihan secara keseluruhan ialah selagi belum terbit fajar (masuk waktu subuh).

Secara ringkasnya dalam Mazhab Syafi’ie, keseluruhan waktu solat yang terbahagi kepada empat tersebut ialah;

PertamaWaktu Terbaik, iaitu di awal waktu.

KeduaWaktu Ikhtiyar, iaitu hingga sepertiga waktu.

KetigaWaktu Jawaz (harus), iaitu hingga sebelum tamatnya waktu (sebelum masuk waktu solat yang lain kecuali subuh di mana waktu tamatnya ialah sebelum terbit matahari).

KeempatWaktu Hurmah (waktu haram), iaitu menangguh solat hingga ke saat terlalu hujung waktu di mana waktu yang masih tinggal tidak cukup untuk menyempurnakan keseluruhan rakaat solat. Solat jika sempat ditunaikan di dalam waktu sekurang-kurangnya satu rakaat maka ia dikira tunai secara keseluruhannya (sekalipun rakaat selebihnya dilakukan setelah habis waktu). Jika tidak sempat satu rakaat maka keseluruhanya dikira qadha’.
.
.

Permasalahan


1. Seseorang yang tertidur pada waktu Isyak atau menangguhkan solatnya kerana mahu tidur dahulu sehinggalah terjaga selepas pertengahan malam (selepas tamatnya waktu al-Ikhtiyariy) dalam pukul 1 atau 3 pagi atau jam 5.30 pagi, iaitu ketika hampir Subuh, kemudian baru bangun menunaikan solat Isyak. Kedudukan solatnya adalah sah dan boleh diterima kerana dia telah menunaikan solat itu di dalam waktunya walaupun makruh dan dia dikira berdosa kerana melewatkan solat Isyak sehingga masuk waktu dharurah.

Dalam hal ini Rasulullah  membenci tidur sebelum Isyak dan Abu Barzah Al-Aslami radhiyallahu ‘anhu berkata:
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَحِبُّ أَنْ يُؤَخِّرَ الْعِشَاءَ 
“Adalah Rasulullah  menyenangi mengakhirkan Solat Isyak. Dan Baginda membenci tidur sebelum Solat Isyak …”(Hadis Riwayat Ibnu Majah r.a.)
.
2. Sekiranya seseorang itu terjaga sewaktu telah hampir pada solat seterusnya, dia boleh meneruskan solatnya dan jika boleh dapat 1 rakaat dalam waktu tersebut, solatnya adalah dan sah diterima.

Jika tertidur samada dengan sengaja atau tidak, seseorang itu hendaklah segera mengqadhakan solat fardhunya selepas terbangun dari tidur walaupun waktu terbangun itu telah melepasi dari waktu solat berkenaan ataupun telah masuk waktu solat yang lain. InsyaAllah solatnya akan diterima.

Rasulullah bersabda;
“Tidaklah tertidur itu (dianggap) kelalaian. Kelalaian ialah bagi orang yang tidak menunaikan solat (dengan sengaja) hingga masuk waktu solat yang lain.” (Hadis Riwayat Imam Muslim).
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
Waktu-Waktu Yang Dilarang Melaksanakan Solat (Klik Di Sini)
Hikmah Saintifik Waktu Solat Dan Perubahan Warna Alam (Klik Di Sini)
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه





ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!
ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH  اللهَ

Empat Kategori Waktu Solat
              اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
        والله أعلم بالـصـواب 
           Moga Bermanfaat.
              Insya ALLAH 
.........................................................



No comments: