أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantongku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ
BERKAHWIN MEMANG SERONOK
BERKAHWIN MEMANG SERONOK
BERKAHWIN MEMANG SERONOK TETAPI SEORANG SUAMI PERLULAH...
Kongsikan di
1. Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai
pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami
berkewajipan mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan
kerjaa, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha
menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.
2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum
keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama.
Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam
hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang
beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar
agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat
bekerjasama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.
3. Pentadbiran suami di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah
(kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di
hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di
dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W
menyifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.
4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w.
menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu
hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu
barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan
nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap
baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan
baik.
SUMBER: PANDUAN HIDUP ISLAMI
BERKAHWIN MEMANG SERONOK
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................



No comments:
Post a Comment