25 April 2020

UNTUK PENGGEMAR PORNOGRAFI – Ini Nasihat ‘Deep’ Untuk Anda

 أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantongku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepadاللهَ 
      وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...                ALLAH  اللهَ



UNTUK PENGGEMAR PORNOGRAFI – Ini Nasihat ‘Deep’ Untuk Anda




UNTUK PENGGEMAR PORNOGRAFI – Ini Nasihat ‘Deep’ Untuk Anda

By   2 weeks ago

Pornografi kini adalah satu industri.

Sangat Berbahaya! Kesan Pornografi menakutkan.

Internet memudahkan segalanya.
.
Hari ini, kandungan bahan lucah boleh didapati secara percuma pada setiap gajet yang dimiliki.
.
Ianya mengumpul peminat-peminat dari seluruh belahan dunia, dan lebih malang lagi, kanak-kanak turut terpalit menjadi mangsa ‘serangan’ kecanduan pornografi.
.
Kini, ia adalah satu industri.
.
Pornografi mempunyai penggemar yang mempunyai ‘fanbase’ yang sangat ramai sehingga melahirkan golongan profesionalnya sendiri.
.
Terdapat pelakon-pelakon yang direkrut semenjak awal remaja sehingga ke hujung usia, juga kru-kru penerbitan yang menyara hidup hasil daripada kegiatan ini.
.
Ianya kini semakin melarat sehingga porno itu dikategorikan mengikut ‘selera’ peminatnya.
.
Sehingga ada yang menggunakan kanak-kanak perempuan sebagai pelakonnya.
.
Lebih gila lagi, ada yang menggunakan watak-watak yang bersamaan jantina, dan watak manusia melakukan hubungan seksual dengan binatang.
.
Sangat dahsyat!
.

Apa Sebabnya Anda Ketagihan Pornografi?

Jom ikuti video ringkas di bawah ini.
.
Ianya akan merungkai punca-punca ketagihan tersebut dari kaca mata seorang  psikologist.
.
By the way, kenapa kita menceritakan mengenai ini?
.
Kerana kita perlu sedar bahawa inilah realiti bagaimana pornografi itu di sebarkan dan seterusnya merosakkan jiwa, minda dan tubuh badan bagi penggemarnya.
.
Malah apa yang lebih ‘berbahaya’ pornografi ini mampu dilayan dan dilanggan dengan sangat mudah tanpa sebarang halangan dan tapisan dengan menggunakan medium INTERNET.
.
Pada tahun 2001 dianggarkan sebanyak 70,000 hingga 74,000 laman pornografi wujud diinternet.
.
Menurut Websense tahun 2002 mencatatkan peningkatan laman sesawang pornografi sehingga 88,000 dan hampir mencecah 1.6 juta laman pornografi pada tahun 2004.
.
Dan yang terbaru hasil kajian Family Safe Media, jumlah laman pornografi mencecah sebanyak 4.2 juta dan laman pornografi juga sudah mendominasi 12% jumlah laman sesawang di internet.
Pada tahun 2005 pendapatan untuk jualan dan langganan industri pornografi adalah sebanyak 2.5 bilion USD, dan meningkat kepada 2.8 bilion USD pada tahun 2008.
.
Berdasarkan data kajian ini, Kirk Doran, Penolong Professer di Jabatan Ekonomi di Universiti Notre Dame, mengatakan bahawa jumlah pendapatan ini adalah sesuatu yang munasabah dan masuk akal.
.
Selain itu, berdasarkan carian di SimilarWeb, 2 website porno berada pada ranking 17 dan 22, untuk perbandingan semua kategori seluruh dunia.
.
Website porno ranking 17 tersebut, mencatatkan jumlah pengunjung ke laman sesawang tersebut sebanyak 1.5 Billion untuk bulan Disember 2016.
.
Kesemua data ini menunjuk permintaan yang tinggi di kalangan penonton/pelanggan.
.
Dan memberikan petanda terlalu ramai bilangan mereka yang melayani perkara yang melanggar norma kehidupan seorang manusia.
.
Dan apa yang lebih membimbang dan memeranjatkan kita adalah dengan data ‘search keyword’ Google iaitu Google Trends menunjukkan dengan ‘keyword’ yang spesifik ke arah pornografi, Kuala Lumpur adalah bandar ke-11 tertinggi di dunia, pada tahun 2013, dan pada kedudukan ke-7 setakat bulan September 2014.
.
Dan Ini adalah Malaysia.
.
Negara tempat kita dibesarkan dan tempat kita membesarkan generasi masa hadapan.
.
Dengan carian yang terbaru, negara Malaysia menunjukkan penurunan. Alhamdulillah.
.
Saya percaya ini hasil sekatan yang telah dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).
.
Nampaknya usaha SKMM ada hasil walaupun tidak 100%, tetapi data menunjukkan pengurangan.
.
Tetapi dengan perkembangan teknologi, bahan porno ini banyak disebarkan melalui media sosial seperti Tumblr dan Twitter.
.
Yang mana, melalui saluran ini lebih sukar pihak berkuasa untuk ambil tindakan dan penggemar porno lebih mudah akses.
.
Kes-kes yang dibawah ini kami kongsikan sebagai satu kisah realiti untuk kita membuka mata bagaimana porno menghancurkan institusi keluarga.
.
Keluarga merupakan komponan asas dalam pembentukan sesebuah masyarakat.
.
Kehancuran institusi keluarga merupakan ‘syarat’ awal kepada kehancuran sesuatu masyarakat.
.


KISAH 1: ANAK MEROGOL MAK KANDUNG

Berdasarkan laporan the star bertarikh 20 Ogos 2014, seorang remaja lelaki 15 tahun ditahan, atas tuduhan merogol ibu kandungannya.
.
Laporan mengatakan remaja terbabit menonton video lucah menggunakan telefonnya sebelum bertindak merogol.
.
Pornografi bukan sahaja menyumbang kepada kejadian rogol, malah menyebabkan penggemarnya mengalami kegilaan seksual luarbiasa dan menyebabkan keinginan seksual mereka diluar batasan manusia biasa, kerana kesan daripada ketagihan menonton pornografi.
.

KISAH 2: MELIHAT HUBUNGAN SEKS ISTERI DENGAN ORANG LAIN

Akhbar The Star melaporkan seorang suami memaksa isterinya yang mengandung tujuh bulan melakukan hubungan seks dengan seorang pekerja Bangladesh.
.
Situasi tersebut telah berlaku beberapa kali sebelum ini.
.
Akibat tidak tahan lagi dengan perlakuan suaminya, isteri yang berumur 28 tahun bertindak melarikan diri dan melaporkan pada pihak polis.
.
Suaminya yang berumur 34 tahun, bertindak sedemikian semata-mata untuk memenuhi keinginan seksual suaminya yang diluar kewarasan manusia.
.
Seorang pakar psikologi Dr. David Ley penulis buku ‘Women Who Stray’ mengatakan tindakan ini sebagai Voyeurism.
.
Voyeurism merupakan satu tindakan melihat, mengintai, dan menonton perlakuan seksual.
.
Dalam kajiannya, suami yang telah berkahwin lebih cenderung untuk melihat isterinya sendiri melakukan aktiviti seksual bersama pasangan lelaki lain, dengan beranggapan isterinya mempunyai daya tarikan yang lebih menarik berbanding mana-mana ‘porn-star’.
.
Mengikut Dr David Ley, tindakan ini didorong oleh ‘pornofied culture’, yang mana budaya ini disebabkan kegiatan dan ketagihan menonton pornografi.
.
Lambakan pornografi dan juga adegan-adegan filem yang menjurus ke arah perilaku seks telah mencetuskan rangsangan seksual yang sangat dasyat terutamanya dikalangan Masyarakat Malaysia.
.  



KISAH 3: SEKS BEBAS DENGAN BAPA KANDUNG

Rangsangan seksual yang tidak dikawal ini bukan sahaja mengakibatkan seks bebas yang kronik, malah seks bebas ini berlaku dikalangan ahli keluarga.
.
Lebih memeranjatkan adalah perilaku ini dilakukan dengan rela hati.
.
Seorang bapa telah didakwa kerana menjalinkan hubungan seks dengan anak kandung perempuannya yang berusia 21 tahun, berdasarkan laporan mereka telah menjalinkan perhubungan haram ini seusia gadis itu 18 tahun.
.
Dan perbuatan sumbang mahram ini dilakukan diatas suka sama suka, kerelaan hati dan juga cinta.
.
Perbuatan sumbang ini, terbongkar apabila bapa saudara gadis ini membaca sms lucah bapanya.
.
Ini hanya beberapa berita daripada sebahagian besar kes yang dilaporkan, hampir boleh dikatakan setiap hari .
.
Apa yang lebih membimbangkan adalah perlakuan seks ini ditiru oleh mereka yang yang masih di bawah umur dan pada tahun 2013 mencatatkan perogol termuda di Malaysia, iaitu seusia 11 tahun.
.
Inilah gambaran sebenar masyarakat Malaysia.
.
Pornografi bukan lagi sekadar menjadi ‘hobi’ yang melibatkan persoalan individu tetapi kesannya sungguh dasyat.
.

Bagi sesiapa yang tidak merasakan masyarakat yang dihuninya ini adalah masyarakat “hyper-sexual community”, mereka adalah golongan yang tinggal dalam dunia fantasi dan kayangan.
Kerana ini adalah realiti yang WAJIB untuk kita terima dan hadapi.
.
Sehingga seolah-olah tidak ada sesiapa yang dapat menjamin bahawa mereka sudah terlepas daripada bahaya pornografi.
.
Sekiranya ada yang dapat menjamin dan beranggapan bahawa mereka dan keluarga sudah selamat daripada bahaya pornografi, mereka sedang hidup dalam dunia khayalan buatan sendiri.
.
Jangan menganggap isu pornografi ini adalah perkara yang kecil dan taboo untuk diperbincangkan dalam masyarakat dan seterusnya mengabaikanya.
.
Kita sangat bimbang sekiranya, ahli keluarga kita terlibat dengan najis dadah dan akan berusaha untuk mengubati, tetapi melihat kepada masalah pornografi sebagai persoalan individu dan tidak dipedulikan kaedah untuk mengubatinya.
.




                          ALLAH  اللهَ  ALLAH  اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!

                           ALLAH  اللهَ  ALLAH  اللهَ

UNTUK PENGGEMAR PORNOGRAFI – Ini Nasihat ‘Deep’ Untuk Anda

Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH 
.........................................................



No comments: