25 April 2020

Kecilkan Perut Buncit Dengan Khasiat Air Kunyit

 أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantongku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepadاللهَ 
      وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...                ALLAH  اللهَ

Kecilkan Perut Buncit Dengan Khasiat Air Kunyit







Kecilkan Perut Buncit Dengan Khasiat Air Kunyit

Khasiat Kunyit - Women Online Magazine
Kunyit merupakan bahan yang sangat penting dalam masakan. Selain warna dan rupa bentuknya, khasiat dan kelebihan kunyit sangat-sangat menakjubkan. Jika dahulu kunyit hanya dianggap sebagai herba, kini kunyit diketahui mampu menandingi ubat-ubatan moden kerana ia mempunyai bahan penyembuh yang tidak mengandungi kesan sampingan.
Rahsia penawar kunyit ini ialah daripada warna kuningnya, yang dikenali sebagai ‘curcumin’. Menurut Professor Gerard Bodeker, pengkaji herba dari Universiti Oxford, United Kingdom berkata kunyit adalah salah satu ubatan penyakit terbaik di dunia. Ia telah lama digunakan secara meluas terutamanya di beberapa negara di Asia.
Khasiat Kunyit
  • Sebagai agen antiseptik dan antibakteria semula jadi dan berguna dalam pembasmian luka.
  • Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak di dalam otak.
  • Jika digabungkan dengan kubis bunga, ia terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat serta merta.
  • Membantu dalam metabolisme lemak dan mengurangkan berat badan.
  • Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru-paru.
  • Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan.
  • Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak-kanak.
  • Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza.
  • Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah
  • Membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak.
Khasiat Air Kunyit
  1. Membuang Racun Dalam Badan
Pengambilan air kunyit secara rutin  mampu membantu proses ‘detox’ di dalam tubuh. Kunyit mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan racun di dalam tubuh sehingga tubuh anda menjadi lebih sihat.
  1. Mengawal Berat Badan
Bagi anda yang ingin menjaga berat badan, amalkan meminum air kunyit. Minuman ini mampu menekan nafsu makan anda sehingga anda dapat mengatasi keinginan untuk menjamah makanan secara berlebihan.
  1. Menyembuhkan Infeksi Tekak
Kunyit memiliki sifat anti bakteri sehingga mampu membunuh bakteri penyebab infeksi. Kunyit juga mampu membersihkan rongga tekak anda.
  1. Ubat Penahan Sakit
Selain memiliki sifat anti bakteri, kunyit juga memiliki sifat anti inflamasi. Sehingga minuman ini mampu menghilangkan rasa sakit atau lenguh-lenguh di tubuh.
  1. Menyembuhkan Infeksi Kulit
Infeksi kulit kerana luka bakar, cedera atau terdedah sinar matahari secara berlebihan dapat disembuhkan dengan rutin meminum air kunyit. Ia disebabkan kerana sifat anti inflamasi di dalam kunyit.
  1. Mencerahkan Kulit
Disebabkan kunyit mampu menghilangkan racun di dalam tubuh, maka hal ini juga akan memberikan kesan positif bagi kulit. Apabila anda rajin minum air kunyit, jadi anda akan memiliki kulit yang bersih dan cerah.
Info Ekstra!
Minum ramuan kunyit air kunyit secara rutin merupakan salah satu tips mengecilkan perut tanpa bersenam. Di dalam ramuan ini, terkandung kurkumin, vitamin C, minera dan minyak atsiri yang bermanfaat untuk menjaga kesihatan dan melangsingkan tubuh. Kunyit sangat bermanfaat sebagai antioksidan, antibakteri dan meningkatkan metabolisme tubuh.
Pengambilan air kunyit secara teratur dapat mengurangkan timbunan lemak dalam tubuh. Cara membuat ramuan ini sangat mudah. Ambil kunyit hidup sebesar ibu jari dihaluskan dan dimasak dengan dua gelas air. Setelah mendidih, kemudian ditambahkan air asam jawa dan gula merah. Campuran tersebut dimasak hingga tinggal setengahnya dan boleh diminum ketika panas ataupun sejuk.


Read more: http://www.wom.my/kesihatan/petua-pemakanan/khasiat-air-kunyit/#ixzz6LbCyHzDh
Follow us: @WOMDOTMY on Twitter | womenonlinemagz on Facebook



                          ALLAH  اللهَ  ALLAH  اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!

                           ALLAH  اللهَ  ALLAH  اللهَ

Kecilkan Perut Buncit Dengan Khasiat Air Kunyit

Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH 
.........................................................



No comments: