09 April 2020


PERTEMUAN AHLI-AHLI GERAK FAQIR (PARA PELAJAR) PADA SETIAP AWAL BULAN HARI JUMAAT, SILA MAKLUM





PERBENDAHARAAN YANG TERSEMBUNYI ITU BERNAMA:

Laa Ilaa Ha Illallahh

PINTU GERBANGNYA BERNAMA:

Muhammadur Rasulullah

KUNCINYA BERNAMA:

Bismillah Hirrah Maa nirrahim

CAHAYA YANG MENERANGI DIDALAMNYA BERNAMA:

Al Fatihah

KENDERAAN DIDALAMNYA BERNAMA:

Laa Hau lawala quwwataillah billah.....

‘Ma'arij al-Lahfan li at-Taraqqi ila Haqaiq al-'Irfan’.

Judul terjemah bahasa Melayu menurut Tok ku Paloh sendiri ialah ‘Tangga Bagi Orang Yang Sangat Dahaga Naik Kepada Martabat Kepada Haqiqat Ma'rifat’. (Kitab khazanah Melayu bernilai tinggi ini saya peroleh daripada Muhammad Zaidi Abdullah berasal daripada Datuk Abdul Aziz @ Ambak Ismail dari Terengganu - Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah)

Di antara kesimpulan perkataan hikmah daripada mukadimah antaranya: “Manusia elok kejadiannya, kemuliannya terletak pada tauhidnya.” Saya berkesimpulan manusia walau bagaimana kebesaran, kekayaan dan kemuliaannya, selagi mereka tidak bertauhid kepada Allah, tidak beerti apa-apa.

Menurut Tok Ku Paloh, pada zamannya kebanyakan manusia jahil mendapat petunjuk sebenar. Petunjuk sebenar itu ialah mengikut al-Quran dan hadis serta tafsiran jumhur ulama muktabar.

TEKNOLOGI RUHKU ILMU SYAHADAH TOKKU PALOH & GERAK FAQIR SUNAN KALIJAGA

TEKNOLOGI RUHKU ILMU SYAHADAH TOKKU PALOH & GERAK FAQIR SUNAN KALIJAGA
PENYEMBUHAN TAPAK TANGAN

ILMU ANUGERAH ALLAH

Sesungguhnya pencapaian ilmu Allah adalah lebih tinggi dan menjangkau jauh sehingga ianya tidak boleh diterima oleh daya pemikiran manusia. Pencapaian teknologi zaman ini semata-mata berlandaskan kpd kajian dan kepintaran otak ffikiran ke tahap ilmu Qalam. Ilmu Allah menjangkau lebih tinggi ke tahap ilmu Ghaib dan ilmu Syahadah.

Ilmu Qalam boleh di kuasai oleh seluruh manusia Islam, Kafir, Kufur atau Murtad. Tetapi melalui mengenali diri dan mengenal Allah dgn sebenar-benarnya, umat islam boleh menguasai ilmu yg lebih tinggi yakni ilmu Ghaib dan ilmu Syahadah. Peluang teristimewa yg di kurniakan Allah kpd Islam inilah yg sebenarnya meletakkan tahap umat islam kesuatu darjat yg paling tinggi. Kemuliaan yg teragung jika dibandingkan dgn manusia kafir dan kufur.

Sabda Rasulullah: "Bermula awal agama itu adalah dengan mengenal Allah."

Oleh itu untuk mengetahui makrifat Allah, maka diberi Nya ilmu kpd manusia melalui aqal dan iman, dgn satu harapan supaya manusia mengetahui akan hakikat sebenar tujuan zahirnya ke dunia ini, yaitu utk berbakti kepada Nya dan utk menyatakan dirinya sendiri pada zat, sifat, asma' dan afa'alNya.

Sesungguhnya semua ilmu yg ada pd manusia adalah ilmu Allah semata-mata, sedangkan pd hakikatnya manusia itu adalah kosong tidak bermaya. Manusia sebenarnya tidak berhak ke atas sesuatu atau dirinya, hanya Allah shj yg empunya.

Secara umumnya ilmu Allah terbahagi dlm 3 kelompok yaitu
(a) ilmu Qalam (b) ilmu Ghaib (c) ilmu Syahadah.

Berkaitan dgn ilmu Qalam, Al Quran dlm Surah Al Alaq ayat 3-5 menerangkan "Bacalah bahwa Tuhanmu Amat Pemurah yg mengajar kamu dgn (ilmu) qalam dan Tuhanmu mengajar kpd manusia apa-apa yg tidak di ketahuinya."

Sedang mengenai ilmu Ghaib dan ilmu Syahadah diterangkan dalam Al Quran, Surah Al Hasyr ayat 22 yg bermaksud " Dialah Allah yg tiada tuhan kecuali Dia, Mengetahui yg (ilmu) ghaib dan (ilmu) Syahadah. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ilmu Qalam adalah suatu ilmu yg dipelajari oleh manusia bg tujuan utk memahami sesuatu di alam ini. Ilmu tersebut di fahami dan di terima oleh pancaindera kita yg tujuh. Ilmu Qalam diajar di sekolah secara formal atau informal dlm masyarakat . Ia adalah ilmu yg paling sederhana yg dpt dikuasai manusia, contoh : ilmu kedoktoran, ilmu farmasi &ilmu ekonomi .

Ilmu Ghaib adalah merupakan suatu ilmu yg dpt menerangkan sesuatu yg tidak dpt diterangkan oleh ilmu qalam. Ilmu Ghaib hanya dpt diajar sepenuhnya oleh guru ghaib (batin) dan tidak dpt diajarkan oleh guru zahir.Biasanya guru ghaib ini terdiri dari wali-wali Allah, para nabi dan rasul. Ilmu Ghaib biasanya hanya diajar dan diperoleh oleh orang2 tertentu shj yaitu orang2 yg di anugerahkan oleh Allah utk menerimanya . Tahap kekuatan ilmu ghaib adalah menembusi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta apa shj di antara keduanya.

Ilmu Syahadah adalah suatu ilmu yg paling tinggi didalam tingkatan pelajaran ilmu Allah yg dapat di kuasai manusia (bukan Masters @ Phd ). Ia merupakan martabat ilmu yg tertinggi. Ilmu ini adalah suatu ilmu makrifat dan syahadah secara sebenar-benar kpd Allah swt. Ilmu ini, Tuhan sendiri akan mengajar manusia mengenai diriNya. Dgn lain perkataan ilmu syahadah adalah ilmu utk menyatakan diri Allah itu sendiri. Hanya orang2 yg mencapai martabat ilmu ghaib yg paling tinggi shj yg dpt menguasai ilmu syahadah ini.


RAHSIA ILMU SYAHADAH

RAHSIA ILMU SYAHADAH

ANUGERAH MURSYID

ANUGERAH MURSYID

ZIKIR NAFAS

ZIKIR NAFAS
AMALAN TERTINGGI DARI MURSYIDKU

IJAZAH RASULULLAH DI LAILATUL QADAR

IJAZAH RASULULLAH DI LAILATUL QADAR
KUNCI PEMBUKA KHAZANAH LANGIT & BUMI

DUA KALIMAH SYAHADAH AMALAN KU

DUA KALIMAH SYAHADAH AMALAN KU
AMALAN TOKKU PALOH

AMALAN BISMILLAH

AMALAN BISMILLAH
IJAZAH MURSYID

AMALAN GERAK FAQIR ILMU PERANG WALI SONGO

AMALAN GERAK FAQIR  ILMU PERANG WALI SONGO
SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA

ILMU KEBATINAN LAM ALIF

ILMU KEBATINAN LAM ALIF
AMALAN HULUBALANG MELAYU

ILMU MARTABAT TUJUH

ILMU MARTABAT TUJUH

Popular Posts

About Me

My photo
Hj Wan Zul Al Qubra (h/p : 016 6353 601)


Followers


BERSAMA YM SULTAN DEMAK

BERSAMA YM SULTAN DEMAK


Warisan SitiQantura-Nabi Ibrahim (Yunnan) adalah Puteri yang ketiga bernama Puteri Linang Cahaya; yang berkahwin akan dia dengan Ketua Wali 7 di Nusantara, Syed Hussien JamadilKubra @ Jamaluddin AlAkhbar @ salasilah alKubra, dari kerajaan kesultanan Delhi/Deccan (Zoroaster-Monghul-Ahlulbait); yang BERWASIAT KEPADA ZURIATNYA SUPAYA, 'JANGAN MAKAN IKAN KEKACANG'..!! Maka dari keturunan keduanya lahirlah Syed Ali Nurul Alam (Empayar PATTANI) Yang juga digelar Sultan Qumbul atau Patih Gajah Mada, Merupakan moyang kepada Wali Songo yang ternama itu. Dari keturunan keduanyakah akan lahirnya Bani Tamim itu? Yang disebut 'PEMBANTU AL-MAHDI DI AKHIR ZAMAN'...??!! wallah'hualam..

BENDERA ASAL NEGERI KELANTAN

BENDERA ASAL NEGERI KELANTAN


Panji-Panji Hitam Diambil dari bendera asal negeri Kelantan DarulNaim sebelum ditukar oleh kerajaan Kelantan pada tahun 1909M. Di masa bendera Panji-Panji Hitam ini dikibarkan, hukum HUDUD dijalankan sehingga pada masa era pasca penjajahan. Bendera ini berimejkan seekor anjing yang bernama KITMIR iaitu antara anjing-anjing yang dimasukkan ke Syurga. Anjing Kitmir ini telah menjaga pintu gua tempat dimana pemuda ArRakim AshabulKhafi telah ditidurkan Allah selama 309 tahun. MasyaAllah!! Riwayatnya anjing ini akan kembali untuk membantu nabi Isa putera Maryam untuk membunuh Dajjal Laknatullah bersama-sama AshabulKhafi dan Imam Mahdi. "Di akhir zaman, kaum kerabatku akan diinjak-injak dan dihina-hina sehinggalah datang stu kaum dari sebelah timur yang akan menegakkan Panji-Panji Hitam; Itulah Pemuda Bani Tamin". Dan Pemuda ini akan menyerahkan kekuasaan kepada Imam yang sebenar iaitu Imam Mahdi setelah kerajaannya kuat. Pemuda ini merupakan seorang anak raja yang zuhud dari keturunan Rasulullah SAW bernasabkan syd. Hussein rd. Kalimah khat pada bendera hitam itu pula adalah sepotong ayat alQuran yang bermaksud 'Pertolongan Allah' atau Nasrumminallah'. Manakala perkataan Kelantan tertulis pada ekornya sebagai simbol wilayah.

No comments: