اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Amalan sepanjang Ramadan dibalas ganjaran berlipat ganda
Amalan
sepanjang Ramadan dibalas ganjaran berlipat ganda
DARIPADA Salman,
diriwayatkan bahawa pada hari terakhir Syaaban, Rasulullah SAW berkhutbah, yang
bermaksud: "Wahai manusia, kini muncul kepadamu satu bulan yang besar
(mulia), bulan yang tersangat berkat, terkandung dalamnya satu malam yang
nilainya lebih tinggi daripada seribu bulan.
"Inilah bulan yang Allah fardukan puasa pada siang hari dan menjadikan
solat Tarawih sebagai sunnah pada malam hari. Barang siapa yang mendekatkan
diri kepada Allah (taqarrub) melalui amalan baik pada bulan itu, akan dibalas
kepadanya ganjaran seolah-olah dia melakukan amalan fardu pada bulan lain.
Kami pun berkata: "Ya Rasulullah, tidak semua kami mempunyai sesuatu yang
dapat diberikan kepada orang yang berpuasa, makan untuk mereka berbuka."
Jawab Rasulullah: "Allah akan mengurniakan balasan kepada orang yang
memberi walaupun sebiji tamar kepada orang yang berpuasa atau seteguk air atau
sehirup susu untuk dia berbuka puasa.
"Inilah bulannya yang pada awalnya Allah menurunkan rahmat, di tengahnya
Allah memberikan keampunan-Nya dan pada akhirnya Allah membebaskan hamba-Nya
daripada api neraka jahanam.
"Untuk itu, umat Islam perlu berusaha bersungguh-sungguh dengan
membanyakkan empat perkara sepanjang Ramadan. Dua daripadanya untuk membuatkan
Allah gembira, sedangkan dua lagi kamu tidak boleh lakukan tanpanya.
"Perkara yang dapat menggembirakan Allah ialah memperbanyakkan membaca
kalimah Tayyibah (Laila haillallah) dan beristighfar dan memohon kepada Allah
untuk masuk syurga serta berlindung dengan-Nya daripada dicampak ke dalam
neraka.
"Bagi mereka yang memberi minum kepada orang berpuasa, Allah akan
memberinya minum daripada telagaku yang sekali minum dia tidak akan dahaga lagi
hingga memasuki Jannah."
Baginda memberi peringatan berkenaan pada akhir Syaaban. Alasan mengapa ini
dilakukan oleh Baginda adalah kerana mahu menjelaskan kepada kita mengenai
kepentingan Ramadan supaya kita sedar dan tidak membiarkannya berlalu tanpa
mendapat manfaat daripadanya.
Dalam Ramadan, ada beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan, iaitu
keistimewaan Lailatul Qadar, satu malam yang sangat berharga, kewajipan
berpuasa pada siang serta solat Tarawih pada malamnya sebagai sunnah untuk
memperoleh keredaan Allah.
Selain itu, mana-mana amalan sunat yang dilakukan pada Ramadan akan diberi
ganjaran pahala berlipat kali ganda.
Keistimewaan Ramadan juga perlu dinilai dari segi turunnya sebahagian besar
kitab dan ayat Allah pada bulan itu.
Nabi Ibrahim menerima suhufnya pada hari pertama atau ketiga Ramadan, Nabi Daud
diberikan kitab Zabur pada hari ke-12 atau ke-18 Ramadan, Nabi Musa menerima
kitab Taurat pada hari keenam manakala Injil diturunkan kepada Nabi Isa pada
hari ke-12 atau ke-13 Ramadan.
Amalan sepanjang Ramadan dibalas ganjaran berlipat ganda
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................

No comments:
Post a Comment