30 December 2019

7 tip Meraih Kenikmatan Khusyuk Dalam Solat

7 tip Meraih Kenikmatan Khusyuk Dalam Solat MuslimGo | Solat adalah salah satu perintah yang telah diwajibkan ke atas golongan Islam, dan harus dilaksanakan sebanyak lima kali sehari. حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلاةِ الْوُسْطَى وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ Peliharalah kamu segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan khusyuk. (Al-Baqarah: 238) Solat adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat kelak, maka bermakna seseorang yang memperbaiki kualiti solatnya maka dia telah membaiki kualiti kehidupannya, dan jika baik solatnya, maka InsyaAllah, akan diselamatkan dirinya di saat pengadilan. Solat merupakan anugerah Allah SWT kepada hambaNya. Selain ayat di atas, dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "aqama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran. Solat dianugerahkan kepada Rasullulah SAW semasa peristiwa Israk Mikhraj sewaktu Rasullulah SAW bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha. Hadiah ini diberikan di saat Rasullulah SAW mengalami pelbagai ujian dan kesedihan saat menjalankan tugas kerasulannya. Ibadah solat adalah salah satu tanda cinta Allah SWT kepada hambaNya. Tetapi yakinkah anda dengan ibadah anda? Dalam suruhan, antara syarat dalam menunaikan solat adalah khusyuk semasa menunaikan solat. Berikut adalah 7 tips untuk diamalkan bagi meningkatkan khusyuk dalam solat; Menghormati dan menyahut panggilan azan dengan menyegerakan solat pada waktunyaMenyempurnakan wudhuk pada zahir dan batin dan menyakini bahawa wudhuk itu dapat membersihkan dosa-dosa kecilMenyakini akan penghadapan kepada Allah dan menjaga segala pantang larang dan adab ketika menghadapNyaDiam sejenak ketika rukuk dan sujud supaya dapat merasakan kenikmatan rukuk dan sujud itu sebelum menuturkan bacaan yang harus dibaca serta merehatkan fikiran dan memahami pengertian solat pada setiap rukunnya. Hayatilah perbualan spiritual dua hala di antara hamba dengan Allah di dalam surah Al-FatihahSegera bertaubat dan menjauhkan diri daripada melakukan dosa besar mahupun dosa-dosa kecil yang kerap dilakukan sehingga mengakibatkan hati menjadi hitam dan menghalang sampainya nur hidayah Allah. Seandainya dalam keadaan berdosa, ketahuilah bahawa rahmat Allah itu luas. Serahlah diri dan sambutlah pengampunan-NyaMerasakan solat yang dilakukan itu sebagai solat yang terakhir dalam hidupMerasakan IHSAN “Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu.” (Riwayat Bukhari & Muslim) SAFWAN SAADON

No comments: