06 August 2019

Waspada Beli barang online

BERITA  | MALAYSIA Waspada beli barang dalam talian, elak ditipu - Saifuddin Bernama |  Ogos 07, 2019 05:27 MYT Bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan, pembeli atas talian digalakkan menyemak profil syarikat yang menjual barang itu terlebih dahulu menerusi web rasmi KPDNHEP. - Gambar hiasan SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika membeli barangan secara dalam talian berikutan meningkatnya kes penipuan seumpama itu. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia juga susulan daripada peningkatan jumlah pendaftaran syarikat e-dagang di negara ini. "Dalam tempoh Jan hingga Jun lepas, kementerian menerima 11,393 kes membabitkan pelbagai aduan daripada rakyat. "...dan daripada jumlah itu, 25.7 peratus merupakan aduan berkaitan penipuan traksaksi secara dalam talian yang mana ia merupakan aduan kedua tertinggi selepas aduan berkaitan harga barang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program keusahawanan pelajar di Kolej Vokasional Sungai Buloh di sini, pada Selasa. Turut hadir Setiausaha KPDNHEP merangkap Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Muez Abd Aziz. Saifuddin Nasution berkata selain laman web, rata-rata pembeli juga cenderung untuk membeli barangan tertentu menerusi laman sosial seperti Facebook yang ia dilihat lebih memudahkan mereka. "Sebab itu kita menasihatkan pembeli supaya lebih berhati-hati sekiranya mahu membuat transaksi secara dalam talian bukan sahaja kepada syarikat tetapi juga menerusi individu yang menjual barangan dengan cara itu. "Bagi mengelakkan menjadi mangsa (penipuan), pembeli digalakkan menyemak profil syarikat yang menjual barang itu terlebih dahulu menerusi web rasmi KPDNHEP. Mana-mana penjual yang berdaftar dan mendapat pensijilan Biztrust adalah yang boleh diyakini," katanya. -- BERNAMA Baca Lagi Tag: pengguna, konsumer, jualan online, Saifuddin Nasution Ismail, mangsa, laman sosial, sindiket, transaksi dalam talian,syarikat e-dagang, atas talian, dalam talian, Facebook, penipuan PILIHAN*KesBunuhZulfarhan #AgongKita#SemakFaktaDulu! KomunitiAWANI BERITA BERKAITAN Warga Pakistan patah kaki lompat dari tingkat 3 bangunan Mayat diikat kabel ditemui dalam beg pakaian Dua lelaki cedera dalam pergaduhan disebabkan kunci motosikal 'Bagai diberi nyawa...' - Pekerja resort hanyut sehingga Vietnam Dapatkan berita kami melalui emel anda VIDEO BERKAITAN Yang di-Pertuan Agong bantu mangsa kemalangan Pesakit dan pemandu ambulans maut kemalangan Keluarga mangsa hilang rehda segala kemungkinan 4,635 aduan 6 bulan pertama tahun ini - CFM DARI LAMAN WEB Business Opportunities in ASEAN with HSBC Malaysia. Contact us today.HSBC Malaysia Want to avoid the crowds on your next Japanese holiday? See another side to Japan on TripAdvisorTripAdvisor If China cracks down on Hong Kong, it will only hurt itselfNikkei Asian Review What Are The Best Road Trips To Take in Western Australia?Western Australia - Tourism Western Australia Recommended by TERKINI POPULAR MALAYSIA Boleh bantu cari Nora Anne, walaupun gunakan kaedah mistik - PolisMALAYSIA PM lantik tiga anak muda anggotai Majlis Tindakan Ekonomi NegaraHIBURAN Remy Ishak sedekahkan lembu ke Kemboja sempena AidiladhaHIBURAN 'Tak dapat berangkat ke Jeddah atas masalah visa...' - NeelofaDUNIA 70 Years of the Geneva Conventions: Fundamental rules in an increasingly small worldDUNIA Amerika Syarikat hilang 9.7 juta hektar kawasan semula jadi dalam tempoh 16 tahunMALAYSIA Kanser paru-paru: Teknologi baru tampil teknik pembedahan lebih baikMALAYSIA Isu tulisan khat: Hanya tekap, sambung titik, tiru semula .

No comments: