BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
08 August 2019
3 Silent killer
3 PEMBUNUH SENYAP YG RAMAI ORG TAK SEDAR
Ramai orang rasa badan mereka sihat tapi tanpa mereka sedari 3 pembunuh senyap ini sedang bertindak.
Tiga Pembunuh senyap yang sebenarnya membunuh ramai orang tanpa disedari adalah:
1. Tekanan Darah yang tinggi
2. Gula dalam darah dan
3. Lemak dalam darah yang tinggi (Kolesterol)
=====
1. Tekanan Darah Tinggi
=====
Tekanan darah yang baik dan normal adalah 120 mmHg bacaan sistolik dan 80 mmHg bacaan diastolik (120/80 mmHg)
Apabila tekanan darah sentiasa tinggi melebihi normal itulah dinamakan Penyakit Darah Tinggi.
Tekanan darah yang tinggi akan merosakkan banyak organ penting dalam badan kita. Ini meningkatkan risiko kita untuk mendapat Strok, Serangan Jantung dan kerosakan buah pinggang.
Perlukah kita selalu mengukur Tekanan Darah?
90% penghidap Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya sebahagian kecil mengalami tanda seperti sakit kepala di belakang leher. Jadi, ukur tekanan darah secara berkala adalah penting.
Bila kali terakhir anda ukur Tekanan Darah?
=====
2. Gula Dalam Darah Tinggi
=====
Paras gula dalam darah yang normal dan baik adalah kurang daripada 5.6 mmol/L. Jika paras gula 5.6 - 11.0 mmol/L, ujian lanjut perlu dijalankan.
Tetapi jika paras gula lebih 11.1 mmol/L, anda mungkin menghidap penyakit diabetik ataupun kencing manis jika bacaan ini diperolehi lebih sekali.
Apabila paras gula dalam darah sentiasa tinggi dalam jangka yang lama, ia boleh merosakkan salur darah pada organ badan seperti mata, saraf dan buah pinggang.
Paras gula yang sentiasa tinggi juga boleh merosakkan kanta mata menyebabkan masalah penglihatan jadi kabur.
Jika penyakit diabetik ini tidak dikesan awal atau tidak dipantau dengan baik, ia boleh menyebabkan kesan yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, strok, rabun dan luka kaki yang susah sembuj (diabetic foot).
Periksalah awal sebelum terlambat.
=====
3. Lemak Dalam Darah Yg Tinggi (Kolesterol)
=====
Mengikut kajian, 1 daripada setiap 3 rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas mengalami paras kolesterol dalam darah yang tinggi.
Pelbagai penyakit berlaku apabila Lemak bergabung dengan protein membentuk Low Density Lipoprotein (LDL). LDL ini akan membawa lemak dari hati ke sel-sel badan.
Kolesterol LDL ini kemudian akan mendap
di dinding salur darah dan membentuk plak yang akan menyempitkan salir darah. Oleh itu, LDL ini dipanggil 'Kolesterol Jahat'.
Plak kolesterol ini menyebabkan pengerasan salur darah dan boleh menyebabkan salur darah tersumbat yang mengakibatkan serangan jantung dan strok.
Paras kolesterol yang baik adalah kurang 5.2 mmol/L dan paras LDL kurang 2.6 mmol/L.
Tahukah anda, orang yang berbadan kurus biasanya mempunyai paras Kolesterol yang lebih tinggi? Berapa paras kolesterol darah anda?
Pastikan kita sentiasa periksa dan kawal '3 Pembunuh Senyap' ini. Jangan sudah terlambat baru kita menyesal.
'Sihat Untuk Beramal'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment