BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
25 August 2019
Siri Pembunuhan Angsa Bertelur emas (1) : Sime Darby
(sila SHARE & sebar)
Catatan Umum
24 Ogos 2019
Siri Pembunuhan Angsa Bertelur emas (1) : Sime Darby
ime Darby merupakan syarikat milik Bumiputera melalui pegangan kerajaan Malaysia berdasarkan pegangan 51.3 % Permodalan Nasional Berhad (PNB), 9.7 % Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), 6 % Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan 33 % pegangan saham yang diapungkan juga sebahagian besar pegangan sebelum ini milik bumiputera. Sime Darby yang bermula sebagai sebuah syarikat perladangan mula mengalihkan tumpuan perniagaan kepada hartanah melalui anak syarikatnya Sime Darby Property yang kemudian berdiri sendiri dalam Bursa Saham Kuala Lumpur.
Namun institusi yang menjadi medan membangunkan ribuan usahawan dan ahli korporat serta medan latihan ribuan korporat Bumiputera ini sedang dijarah. Ia merupakan seolah menyembelih Angsa Bertelur Emas. Bermula dengan Sime Darby Plantation Berhad jual ladang yang sedang membuat hasil pada Jun lepas sebanyak 17,500 ekar dengan harga hanya RM123 juta kepada sebuah syarikat Indonesia. Transaksi ini juga penuh tandatannya kerana kerana syarikat perladangan yang sedang membuat untung mula menjual asetnya pada harga rizab.
Ramai cuba memahami tindakan penjualan ladang di Indonesia kepada syarikat asing sebagai pengalihan tumpuan perniagaan. Namun pemahaman tersebut agak meleset juga kerana terbaru Sime Darby juga menjual tanah hakmilik bebas sebesar 105 ekar mereka di Kuala Langat, Selangor dengan harga RM40 juta atau harga RM8.08 untuk setiap kaki persegi.
Ini dilihat strategi yang salah kerana syarikat pemaju (Sime Darby Property) berkepentingan bumiputera mempunyai kemampuan memajukan tanah tidak memajukan sendiri tanahnya sebaliknya menjual tanah strategik hanya sekitar harga rizab. Bila diteliti pembelinya ialah sebuah syarikat pemaju tempatan milik bukan bumiptera yang mana pemiliknya hampir 100% bukan bumiputera iaitu syarikat pemaju bernama "Oriental Interest" dan mereka juga mengumumkan bahawa hasrat mereka untuk memajukan projek hartanah di atas tanah tersebut. Manakala kemudiannya The Edge melaporkan Oriental Interest telah hampir mencapai persefahaman bagi memiliki kira kira RM1billion nilai bagi 4,300 ekar tanah Sime Darby lagi.
Pelik dengan perkembangan ini saya telah mula meneliti apa sebenarnya yang berlaku dalam Sime Darby khususnya Sime Darby Property. Nampaknya bukan sahaja penjualan aset strategik namun nampaknya Sime Darby Property itu sendiri sedang ‘diserang’.
Terbaru 15 Ogos 2019, lembaga Pengarah baru sahaja meluluskan untuk melantik Pengarah Eksekutif Eco World Development Group Berhad, Dato Voon Tin Yow sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby Property. Kami punya maklumat lantikan ini dilobi menerusi campur tangan dari Kementerian Kewangan sendiri. Namun agak memeranjatkan melalui lantikan ini CEO baru akan ditetapkan bakal memperolehi RM265,000 sebulan. Untuk pengetahuan CEO sebelum ini Dato Wan Hashim hanya menerima RM62,000 sebulan.
Menurut rekod yang turut kami perolehi melalui Factual Investigation on Alleged Conflict of Interest Involving Former Senior Management Staff at SP Setia Berhad menyatakan dengan jelas rekod Voon Tin Yow yang boleh dipertikaikan. Dia bukan sahaja tidak layak untuk mendapat gaji sebegitu tinggi malah tidak layak untuk duduk menerajui pengurusan syarikat bumiputera yang cemerlang rekodnya sebelum ini.
Apa rasionalnya melantik bukan bumiputera yang bukanlah punya rekod yang sangat cemerlang dengan tanggungan setinggi RM265,000 sebulan, adakah ini ada kena mengena dengan lobi Kementerian Kewangan ?
Sime Darby sebelum ini merupakan medan dan payung kepada peniaga dan professional bumiputera. Malah untuk rekod dikongsikan bahawa RM3.68 billion nilai bantuan pelajaran anak bumiputera tersedia dibawah Yayasan Sime Darby dan Tabung Mengubah Destinasi Anak Bangsa pada 2018. 40 % agihan kerja dan projek melalui Sime Darby sama nilai RM 1 Billion diagihkan kepada vendor bumiputera pada 2018. Ini menjadi nafas dan medan melatih serta melahirkan bumiputera berjaya dalam persaingan dunia perniagaan. Namun dengan lantikan CEO bukan Melayu dan punya rekod yang boleh dipertikaikan , apa nasib masa depan bumiputera yang selama ini menjadikan Sime Darby sebagai medan.
Adakah Sime Darby tidak memberikan ruang kepada professional bukan Melayu sebelum ini. Jawapanya tidak !
Di peringkat senior management 60 % sememangnya bukan bumiputera yang diangkat berdasarkan kebolehan profesionalisma dan pengalaman. Namun dengan kemasukan Voon Tin Yow ini dijangkakan jumlah senior management Bumiputera bakal terus menyusut teruk. Malah pelahan lahan Sime Darby akan berubah wajah.
Kepada Perdana Menteri saya memohon agar melihat perkara ini dengan waras. Ini bukan kenyataan perkauman namun demi melihat kestabilan negara dipelihara. Kementerian Kewangan harus dikawal sedikit tindak tanduk mereka. Bukan sahaja penjualan aset dilihat berleluasa. Penjualan aset ini boleh disifatkan sebagai siri pembunuhan angsa bertelur emas. Untung sekejap dengan dikaburi nilai tunai namun jangka masa panjang rugi besar.
Bukan itu sahaja kegiatan melobi dan memasukkan bukan Bumiputera bagi mengawal syarikat berkepentingan negara melalui lobi Kementerian Kewangan juga dilihat berleluasa. Cap jari Tony Phua berada dibanyak tempat dan ia sangat perlu diperhatikan. Sekali lagi saya tegaskan ia bukan semata sentimen perkauman tetapi saya melihat ada tangan tangan tertentu yang sedang menyusun penguasaan kelompok mereka dalam mengusai kekayaan negara.
catatan cheGuBard (Badrul Hisham Shaharin)
#SiriPembunuhanAngsaBertelurEmas
#initanahairkita
#pertahankanpusaka
#pertahankanintegriti
#bumidipijakkinimilikorang
#TonyPhuadiperhati
Apa dia siri pembunuhan angsa bertelur emas klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=141931953682137&id=100035959996986
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment