21 August 2019

Makan

Sekadar perkongsian : Ayah pernah pesan kepada kami adik-beradik. Semasa duduk di restoran, kalau makanan yang pelayan restoran tu hidangkan tak sama 100% seperti yang kita order, maka jangan marah. Makan je. Kalau ada yang terlebih manis atau terkurang manis. Atau terlebih masin mahupun terkurang masin makan je. Jangan bising. Pernah saya tak puas hati satu masa dulu, kenapa ayah suka paksa makan benda yang bukan kita nak ? Bukan kita order ? Kita ada hak. Kita bayar kot bukan free. Kita nak yang the best. Salah ke ? Antara jawapan ayah yang paling saya ingat sampai hari ini, "boleh jadi minuman atau makanan yang dipesan membawa mudharat, sebab itu Allah menjaga kamu dengan cara order yang kita pesan berbeza apabila dihidang." " Maksud ayah ? " "Mungkin ada kecuaian tukang masak ketika menyediakan ayam masak merah contohnya kemudian ada serangga yang masuk di dalamnya. Ataupun ada kencing tikus ke, tahi lipas ke, telur lalat ke. Dan mungkin bila tukang masak menyediakan ayam masak kari, tiada kecuaian yang berlaku ketika itu. Semuanya bersih daripada peralatan periuk yang digunakan sampailah kepada bahan-bahan penyediaannya sehingga siap." Saya angguk tanda faham. Sampai hari ini, siapa-siapa yang pernah duduk semeja dengan saya kalau makan, akan nampak perangai saya ketika pelayan tersalah bagi makan. Saya tetap akan makan. No matter what. Makan. Makanlah dengan bismillah. Diuji tadi petang, makan di sebuah restoran dengan member. Saya order nasi goreng ayam dan milo ais. Member order nasi goreng kampung dan sirap bandung. Bila makanan dah siap, saya pelik tiba-tiba NASI AYAM yang dihidangkan. Sedangkan saya teringin NASI GORENG AYAM. Member suruh saya tukar, tapi saya kata takpa. Ini rezeki hari ini. Saya makan dengan penuh ikhlas. Kalau saya marah ataupun suruh tukar semula order tadi belum tentu orang yang sediakan tu akan 'ikhlas' sebagaimana dia ikhlas menyediakan yang pertama tadi saya order. If you know what i meant. Maybe boleh je dia letakkan something dekat makanan kita tu asbab customer cerewet sangat. Mungkin boleh je dia lepaskan geram tumpahkan banyak cili ke garam ke. Ataupun boleh saja dia ludah sebab bengang punya pasal. Who knows ? Sebab tu saya makan sampai habis. Bila nasi yang dijamah hampir licin, saya terdengar pelanggan di meja belakang bersuara, " Ayah. Nasi ni ada rambut yah. " Tergerak hati toleh ke belakang. Saya tengok makanan adik tu nasi goreng ayam sebagaimana 'order' yang saya pesan pada awalnya tapi Allah tukarkan kepada 'nasi ayam'. Subhanallah.. Lihatlah cara Allah mencintai hamba-Nya. Lagipun nabi ada pesan, " Allah merahmati orang yang bertoleransi ketika menjual, ketika membeli atau ketika menuntut haknya. " - Hadith Riwayat Bukhari. Maksudnya di sini, walaupun dari segi hukum saya 'berhak' untuk bersuara dan mendapatkan hak tapi saya tetap memilih untuk bersabar dan bertoleransi maka Insya Allah rahmat Allah ke atas saya. Begitu juga kalau kita bayar semua makanan tiba-tiba baki tak cukup. Ada kurang seringgit. Ada kurang RM 10. Maka berlalulah, boleh saja Allah nak didik kita atau 'muhasabah' setelah berpuluh tahun tak pernah hulur sedekah, Allah izinkan kita untuk 'bersedekah' hari itu. Bersifatlah seperti seorang mukmin yang memandang Allah sebelum sesuatu dan di sebalik sesuatu. Macam kalau kita nampak pokok rambutan yang ranum, orang 'muslim' dia akan terus fikir nak makan sampai kenyang. Tapi orang 'mukmin' dia memandang di sebalik pokok rambutan itu ada qudrah dan iradah Allah. Moga bermanfaat. 😊

No comments: