BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
06 August 2019
Mohon Syafaat
TANYALAH USTAZ TV3
30.6.2019
(Da'i Hadhari&Ustaz Muhamad Abdullah)
*AKIDAH*
*MOHON SYAFAAT*
••••••••••••••••••••••••••••
Syafaat bermaksud pertolongan.
Tidak sesiapa pun yg dapat beri pertolongan(syafaat) melainkan dgn izin Allah.
Syafaat merujuk kepada Nabi Muhammad.
Antara syafaat lain ialah syafaat dari Al~Quran.
Syafaat dari anak kecil yg meninggal.
Jangan terlalu sedih bila anak meninggal kerana Nabi kata anak itu akan beri pertolongan di akhirat.
Nabi kata aku memperuntukkan doa mustajab aku utk pertolongan di akhirat.
Nabi janji nak tolong kita tapi kita mesti tahu macamana nak dapat syafaat.
MACAMANA NAK DAPAT SYAFAAT?
Nak dapat syafaat Nabi mesti ada syarat.
ADA 3 SYARAT UTK DAPAT SYAFAAT NABI:
1)Mencintai Nabi.
Kamu akan bersama dgn siapa yg kamu cintai.
Nak cinta Nabi kena kenal Nabi,barulah kita akan kenal dan cinta Nabi.
Nak kenal Nabi dgn kita dengar sirah² Nabi.
2)Kena selalu berselawat pada Nabi.
Siapa yg mencintai sesuatu mesti banyak sebut yg dia cintai.
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Tak boleh selawat panjang,selawatlah yg pendek.
Selawat 100kali setiap hari.
3)Mengamalkan sunnah² Nabi.
Sunnah Nabi banyak.
Cth pakai cincin niatkan ikut sunnah(pakai jari manis).
Senyum pada saudara juga merupakan sedekah(sunnah)
Utk masyarakat boleh bantu org lain dan doakan itu juga sunnah.
APAKAH AMALAN SOLEH SUPAYA DAPAT SYAFAAT DAN APAKAH CUKUP HANYA PERCAYA PADA 6 RUKUN IMAN DAN 5 RUKUN ISLAM?
Tiada ada yg dapat beri pertolongan kecuali dgn izin Allah.
Cukup dgn percaya dgn rukun iman dan rukun islam utk dapat syafaat Nabi.
Perlu dalami ilmu tentang rukun iman dan rukun islam.
ADAKAH LAYAK KITA DAPAT SYAFAAT JIKA SELAWAT PUN KITA KURANG DAN SUKA MEMBAWANG?
Hidup perlu ada kesedaran.
SEDAR INI DATANGNYA DARI HIDAYAH ALLAH.
Dan sentiasalah melihat kelemahan diri.
Allah tengok usaha kita,usaha kita itulah yg akan dapat rahmat Allah.
KESUSAHAN DAN USAHA ITU ADA NILAIAN DISISI ALLAH.
ORG YG MENGATAKAN لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ DGN IKHLAS AKAN DAPAT SYAFAAT.
APAKAH ADA SYAFAAT DI DUNIA?
Ada 3 org yg berjalan di padang pasir dan ada ribut.
Mereka selamatkan diri masuk dalam gua.
Tiba² gua tertutup.
Mereka bertawasul dgn amalan masing².
SALAH SEORANGNYA BERTAWASUL,AKU ADA MAK AYAH YG TELAH TUA DAN AKU BERUSAHA MENTAATINYA.
SELAMATKANLAH AKU.
AMALAN YG BAIK BOLEH BERI PERTOLONGAN KITA DI DUNIA.
SIAPA YG DAPAT BERI SYAFAAT PADA KITA JIKA KITA MASUK NERAKA?
Siapa yg masuk dalam neraka 1 hari di akhirat sama dgn 1000 tahun di dunia.
Nabi sangat sayang pada kita.
Setiap dari kamu semuanya boleh masuk syurga kecuali yg enggan.
Org yg enggan ialah org yg tak nak ikut perintah Allah dan Rasul.
Ketika nak meninggal jangan rosak iman,jaga akidah لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ.
ADA AMALAN YG BOLEH TERUS DAPAT PENGAMPUNAN ALLAH IAITU BERADA DI MAJLIS ILMU.
BOLEHKAH KITA MOHON SYAFAAT DARI AL~QURAN?
Syafaat ada syafaat kecil dan syafaat besar.
Al~Quran boleh beri syafaat di akhirat.
Terbangunnya ilmu di dunia ialah kerana syafaat Al~Quran.
Dgn Al~Quran boleh beri ketenangan.
BAGAIMANA NABI NAK KENAL KITA DI AKHIRAT?
Di akhirat nanti kita dibariskan di saf².
Kita pernah belajar dgn guru dan guru itu juga berguru dgn guru lain.
Sebab itu kita kena ramaikan guru.
Banyakkan berkawan dgn org² soleh.
MUKA ORG BERIMAN AKAN NAMPAK KESAN TAAT PADA ALLAH.
Mudah²an Allah rezekikan kita bersama saf dgn Nabi dan wajah yg ada ketaatan.
ADAKAH ORG YG DERHAKA PADA IBUBAPA LAYAK DAPAT SYAFAAT?
ORG CINTA PADA ALLAH DAN RASUL,DIA AKAN TAAT PADA IBUBAPA DAN SUAMI KERANA INI ADALAH PERINTAH ALLAH.
ADAKAH ANAK YG BELUM BALIGH DAPAT BANTU IBUBAPANYA DI AKHIRAT?
Aisyah cerita pada Nabi ada org 3 anaknya meninggal dan dia sangat sedih.
Nabi kata khabarkan pada dia yg anak dia akan membantunya di akhirat.
Anak itu tak akan ke syurga selagi tak masuk bersama dgn ibu ayahnya.
Disebalik kesedihan ada kegembiraan yg tak terkira.
APAKAH SYAFAAT(pertolongan) ALLAH KEPADA NABI?
Pertolongan Allah pada Nabi sangat banyak.
Antaranya ketika perang Badar.
Allah suruh pegang pelepah tamar.
Ketika itu sebenarnya Allah turunkan 5000 malaikat membantu.
Ketika peperangan itu,org islam boleh menang.
KADANG² KITA DIBANTU OLEH ALLAH DGN JALAN YG KITA TAK PERASAN.
BAGAIMANA NAK BERI DIDIKAN PADA ANAK² TENTANG SYAFAAT DAN APAKAH TANDA² GOLONGAN YG DAPAT SYAFAAT?
Luqman Al~Hakim kata nak didik anak perlu didik diri sendiri dulu.
Nak anak cinta Nabi,kita dulu kena cinta Nabi.
Emosi anak² terbentuk dari mak ayah.
Tanda² org yg dapat syafaat Nabi,semakin hari dia semakin baik.
ALLAH TAK MELIHAT DI MANA KITA BERMULA.
JIKA PERMULAN DINILAI SADINA UMAR TAK LAYAK JADI KHALIFAH.
Jika kita tengok org sedang berusaha jadi baik,kita kena bantu dia.
Zaman sekarang bukan senang nak jadi baik kerana macam² cabaran.
ORG YG MALAS SEMBAHYANG,APAKAH BOLEH DAPAT SYAFAAT NABI?
Dgn ucapan لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ mudah²an Allah bimbing dia.
Kita boleh tegur dia sebab Allah suruh tegur org yg salah.
JANGAN HUKUM DIA.
Kita tak tahu mungkin akan datang dia lebih baik dari kita.
Dia sendiri kena sedarkan diri dia sendiri.
Walaupun dia mat rempit,nak suruh dia jadi baik,suruh dia sembahyang.
Apabila dia sembahyang, dia telah mendoakan diri diri(tunjukkan jalan yg lurus).
BAGAIMANA DGN ORG YG SYIRIK,APAKAH BOLEH DAPAT SYAFAAT?
Kita kena belajar perkara² yg membatalkan syahadah.
Perlu perbaharui iman لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ.
DIRIKAN SEMBAHYANG KERANA ORG YG SEMBAHYANG IALAH ORG YG MEMPERBAHARUI IMAN.
APAKAH KELEBIHAN DAN HIKMAH DI SEBALIK SYAFAAT?
Apa juga amalan yg kita buat akan dapat 3 benda ini:
1)Pahala
2)Rahmat Allah
3)Kelebihan
SETIAP AMALAN AKAN DAPAT PAHALA,RAHMAT DAN KELEBIHAN.
Org yg bersolat tahajjud akan bercahaya pada mukanya.
Fadilat akan menyusul dgn setiap amalan yg kita lakukan.
JIKA DIA JAUH DARI SUNNAH DAN JAUH DARI KETAATAN PADA ALLAH,ADAKAH DGN KEHIDUPAN BEGINI AKAN SUKAR UTK DAPAT SYAFAAT?
Takut dekat akhirat nanti Nabi kata aku bukan Nabimu dan engkau bukan umatku.
Jika kita nak tengok dihadapan(akhirat) kita apa,kita tengok apa yg kita buat hari ini.
DUNIA ADALAH JAMBATAN KE AKHIRAT.
Jadilah org yg berusaha dan sedar diri.
SESUNGGUHNYA ALLAH TAK MELIHAT DI MANA KITA BERMULA.
Usaha berterusan.
Mudah²an niat yg baik akan di bantu oleh Allah.
JADILAH ORG YG BERTAUBAT.
SELAGI KITA HIDUP,BERTAUBATLAH.
KALAULAH MALAIKAT IZRAIL DATANG PADA HARI INI,APA YG KITA TELAH BUAT PADA HARI INI.
JANGAN TANGGUHKAN AMALAN.
#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru
❤SILAKAN SHARE❤
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment