اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Hakikat Insan
CARA HAKIKAT:
AMARAN
Dalam pengajian Ilmu Hakikat adalah dilarang sama
sekali mendatangi dan juga pengetahuan ini di sampaikan kepada Ulama Syarii dan
adalah di nasihatkan supaya bertanya, berguru dengan ahli hakikat lagi makrifat
lagi Mursyid.Jangan sesekali kata sesat nescaya sesat itu akan balik pada diri
sendiri yang mengata.!!!
Selain dari cara syariaat dan cara tarikat,terdapat
satu lagi untuk merapatkan hubungan antara hamba dan tuhannya iaitu cara jalan
hakikat.Cara hakikat merupakan cara yang ketiga iaitu satu cara mendalami ilmu
hakikat dengan menyelami dan mengenali diri sendiri, yang merupakan satu - satu
jalan yang di lalui oleh wali - wali Allah, ariffinbillah dan para - para
aulia.
Mereka yang menjalani pengajian ilmu hakiki ini
akan beriktiar dengan tekun dan tabah untuk merapatkan hubungan dengan dirinya
dengan Allah S.W.T.,dengan cara membongkar menyeliki dan menyaksikan diri
sendiri iaitu diri rahsia yang di tanggung oleh dirinya dan berusaha untuk
membentuk dinya menjadi kamil - mukamil.
Bagi mereka yang ingin melalui cara hakiki ini
adalah di nasihatkan terlebih dahulu melalui cara Tarukat dan berjaya pula
membersihkan dirinya dari dari segala bentuk syirik “saghir”, syirik “khafi”
dan dan syirik “jalli.” Mereka hendaklah menjalani perguruan dengan guru - guru
hakiki dan makrifat serta muryid yang mempunyai pengetahuan yang luas serta
mencapai pula ke tahap martabatnya.#Untuk pengetahuan lebih jelas silalah
bertanya dengan guru - guru, makrifat lagi mursyid.
Orang - orang hakiki yang sampai pada martabatnya
bukan saja mulia di sisi Allah malah mendapat pula kemuliannya di tengah
masyarakat. Adalah perlu ditegaskan di sini matlamat akhir pengajian HAKIKAT
adalah untuk megembalikan diri Asal Mu Mula Allah iaitu pada Zahir dan Batin
yakni pada diri zahir dan diri batin pada martabat kemuliaan insan Kamil
mukamil. Tiada sesuatu pun pada dirinya kecuali Allah semata - mata. Dan balik
mu semula Allah.
Untuk itu pengajian hakikat ini mestilah ada
kesinambungan dengan pengajian Makrifat. Sesungguhnya kata hakikat dan makrifat
dua perkataan yang tidak boleh di pisahkan.
1.MARTABAT TUJUH
Dalam memperkatan Alam Tujuh atau Martabat Tujuh
ini, ia tidak lepas dari memperkatakan “Asal Mu Mula Balik Semula Pada Tuhan”
Ini di sandarkan firman Nya yang bermaksud ;
“Innalillah Wa inna ilai-i rajiun.”
Jatuh hujunnya Asal Mu Allah Balik Mu semula Allah.
Oleh itu disini dua aspek utama diperkatakan;
1.Asal Kejadian Manusia yang dinyatakan melalui
penjelasan pada Martabat Tujuh Atau Martabat Alam Insan.
2. Balik Mu semula Allah iaitu memperkatakan persiapan untuk menyarah atau mengembalikan Diri rahsia yang di kandung oleh jasad sebagaimana asalnya suci bersih.
2. Balik Mu semula Allah iaitu memperkatakan persiapan untuk menyarah atau mengembalikan Diri rahsia yang di kandung oleh jasad sebagaimana asalnya suci bersih.
Diri Empunya Diri mentajallikan dirinya dari satu
martabat ke satu martabat atau dari satu alam ke satu satu alam.Dalam kita
memperkatakan alam atau Martabat Tujuh atau Martabat Alam Insan yang dikenali
juga Martabat tujuh, terkandung ia di dalam Surah Al-Ikhlas di dalam Al Quran
iaitu dalam menyatakan tentang kewujudan Allah yang menjadi diri rahsia kepada
manusia itu sendiri dan memperkatakan pada proses pengujudan Allah untuk
diterima oleh manusia sebagai diri rahsianya.
Proses pemindahan atau Tajalli Zat Allah S.W.T
bermula dari Alam Qaibbul-Quyyub, terbentuk diri zahir dan diri batin manusia
ketika ianya mulai bernafas di dalam kandungan ibu kemudiannya zahir ke dunia
iaitu kerana pada martabat Qaibbul-Guyyub adalah merupakan martabat manusia
yang paling tingggi, suci dan inilah martabat yang benar-benar di redhai oleh
Allah S.W.T.
Diri manusia pada martabat “Insannul-Kamil” adalah
sebatang diri yang suci mutlak pada zahir dan batin,tiada cacat celanya dengan
Allah S.W.T. iaitu Tuan Empunya Rahsia. Lantaran itu Rasul Allah S.A.W pernah
menegaskan dalam sabdanya;
“bahawa kelahiran seseorang kanak-kanak itu dalam
keadaan yang suci, tetapi yang mencorakkannya menjadi kotor adalah ibubapanya”
Jadi ibubapalah yang mencorakkan sehingga
kanak-kanak kotor termasuk masyarakatnya, bangsanya dan juga negaranya
bersekali dengan manusia itu sendiri hanyut mengikut gelombang godaan hidupnya
di dunia ini.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab seorang
manusia yang ingin kembali menuju jalan kesucian dan makrifat kepada Tuhannya, selayaknyalah
dia mengembalikan dirinya kesuatu tahap yang dikenali “Kamilul-Kamil” atau di
namakan tahap Martabat Alam Insan.
Dalam merkatakan tingkatan atau martabat
pentajallian Allah Tuan Yang Empunya Diri yang menjadi rahsia manusia ianya
melalui tujuh tingkatan.Tingkatan tersebut secara umumnya seperti di bawah.
1.Ahadah -Alam Lahut -Martabat Zat
2.Wahdah-Alam Jabarut - Martabat Sifat
3.Wahdiah-Alam Wahdiah - Martabat Asma
4.Alam Roh-Alam Malakut -Martabat Afaal
5.Alam Misal - Alam Bapa
6.Alam Ijsan- Alam Ibu
7.Alam Insan - Alam Nyata
1.MARTABAT TUJUH
1.1 ALAM AHDAH
Pada memperkatakan Alam Qaibull-Quyyub iaitu pada
martabat Ahdah di mana belum ada sifat, belum ada ada asma’,belum ada afaal dan
belum ada apa-apa lagi iaitu pada Martabat LA TAKYIN, Zat UlHaki telas
menegaskan untuk memperkenalkan DiriNya dan untuk diberi tanggungjawab ini
kepada manusia dan di tajallikanNya DiriNya dari satu peringkat ke peringkat
sampai zahirnya manusia berbadan rohani dan jasmani.
Adapun Martabat Ahdah ini terkandung ia di dalam
Al-Ikhlas pada ayat pertama iaitu{QulhuwallahuAhad), iaitu Sa pada Zat
semata-mata dan inilah dinamakan Martabat Zat. Pada martabat ini diri Empunya
Diri (Zat Ulhaki)Tuhan RabbulJalal adalah dengan dia semata-mata iaitu di
namakan juga Diri Sendiri. Tidak ada permulaan dan tiada akhirnya iaitu Wujud
Hakiki Lagi Khodim
Pada masa ini tida sifat,tida Asma dan tida Afa’al
dan tiada apa-apa pun kecuali Zat Mutlak semata-mata maka berdirilah Zat itu
dengan Dia semata-mata dai dalam keadaan ini dinamakan AINUL KAFFUR dan diri
zat dinamakan Ahdah jua atau di namakan KUNNAH ZAT.
1.2 ALAM WADAH
Alam Wahdah merupakan peringkat kedua dalam proses
pentajalliannya diri Empunya Diri telah mentajallikan diri ke suatu martabat
sifat iaitu “La Tak Yin Sani” - sabit nyata yang pertama atau disebut juga
martabat noktah mutlak iaitu ada permulaannyan.
Martabat ini di namakan martabat noktah mutlak atau
dipanggil juga Sifat Muhammadiah. Juga pada menyatakan martabat ini dinamakan
martabat ini Martabat Wahdah yang terkandung ia pada ayat “Allahus Shomad”
iaitu tempatnya Zat Allah tiada terselindung sedikit pun meliputi 7 petala
langit dan 7 bumi.
Pada peringkat ini Zat Allah Taala mulai bersifat.
SifatNya itu adalah sifat batin jauh dari Nyata dan boleh di umpamakan sepohon
pokok besar yang subur yang masih di dalam dalam biji , tetapi ia telah
wujud,tdadak nyata, tetapi nyata sebab itulah ia di namakan Sabit Nyata Pertama
martabat La Takyin Awwal iaitu keadaan nyata tetapi tidak nyata(wujud pada
Allah) tetapi tidak zahir
Maka pada peringkat ini tuan Empunya Diri tidak
lagi Beras’ma dan di peringkat ini terkumpul Zat Mutlak dan Sifat Batin. Maka
di saat ini tidaklah berbau, belum ada rasa, belum nyata di dalam nyata iaitu
di dalam keadaan apa yang di kenali ROH-ADDHAFI.Pada peringkat ni sebenarnya
pada Hakiki Sifat.(Kesempurnaan Sifat) Zat Al Haq yang di tajallikannya itu
telah sempurna cukup lengkap segala-gala. Ianya terhimpunan dan tersembunyi di
samping telah zahir pada hakikinya.
1.3 ALAM WAHDIAH
Pada peringkat ketiga setelah tajalli akan dirinya
pada peringkat “La takyin Awal”, maka Empunya Diri kepada Diri rahsia manusia
ini, mentajallikan pula diriNya ke satu martabat As’ma yak ini pada martabat
segala Nama dan dinamakan martabat (Muhammad Munfasal) iaitu keadaan terhimpun
lagi bercerai - cerai atau di namakan “Hakikat Insan.”
Martabat ini terkandung ia didalam “Lam yalidd”
iaitu Sifat Khodim lagi Baqa, tatkala menilik wujud Allah. Pada martabat ini
keadaan tubuh diri rahsia pada masa ini telah terhimpun pada hakikinya Zat,
Sifat Batin dan Asma Batin. Apa yang dikatakan berhimpun lagi bercerai-cerai
kerana pada peringkat ini sudah dapat di tentukan bangsa masing - masing tetapi
pada masa ini ianya belum zahir lagi di dalam Ilmu Allah Iaitu dalam
keadaan “Ainul Sabithaah”. Ertinya sesuatu keadaan yang tetap dalam
rahsia Allah, belum terzahir, malah untuk mencium baunya pun belum dapat lagi.
Dinamakan juga martabat ini wujud Ardhofi dan martabat wujud Am kerana wujud di
dalam sekelian bangsa dan wujudnya bersandarkan Zat Allah Dan Ilmu Allah.
Pada peringkat ini juga telah terbentuk diri rahsia
Allah dalam hakiki dalam batin iaitu bolehlah dikatakan juga roh di dalam roh
iaitu pada menyatakan Nyata tetapi Tetap Tidak Nyata.
1.4 ALAM ROH
Pada peringkat ke empat di dalam Empunya Diri, Dia
menyatakan, mengolahkan diriNya untuk membentuk satu batang tubuh halus yang
dinamaka roh. Jadi pada peringkat ini dinamakan Martabat Roh pada Alam
Roh.Tubuh ini merupakan tubuh batin hakiki manusia dimana batin ini sudah nyata
Zatnya, Sifatnya dan Afa’alnya.Ianya menjadi sempurna, cukup lengkap seluruh
anggota - anggota batinnya, tida cacat, tiada cela dan keadaan ini dinamakan
(Alam Khorijah) iaitu Nyata lagi zahir pada hakiki daripada Ilmu Allah. Tubuh
ini dinamakan ia “Jisim Latiff” iaitu satu batang tubuh yang liut lagi halus.
Ianya tidak akan mengalami cacat cela dan tidak mengalami suka, duka, sakit,
menangis,asyik dan hancur binasa dan inilah yang dinamakan “KholidTullah.”
Pada martabat ini terkandung ia di dalam “Walam
Yalidd”. Dan berdirilah ia dengan diri tajalli Allah dan hiduplah ia buat
selama-lamanya. Inilah yang dinamakan keadaan Tubuh Hakikat Insan yang
mempunyai awal tiada kesudahannya, dialah yang sebenarnyanya dinamakan Diri
Nyata Hakiki Rahsia Allah dalam Diri Manusia.
1.5 ALAM MISAL
Alam Misal adalah peringkat ke lima dalam proses
pentajallian Empunya Diri dalam menyatakan rahsia diriNya untuk di tanggung
oleh manusia. Untuk menyatakan dirinya Allah S.W.T., terus menyatakan diriNya
melalui diri rahsiaNya dengan lebih nyata dengan membawa diri rahsiaNya untuk
di kandung pula oleh bapa iaitu dinamakan Alam Misal.
Untuk menjelaskan lagi Alam Misal ini adalah dimana
unsur rohani iaitu diri rahsia Allah belum bercamtum dengan badan kebendaan.
Alam misal jenis ini berada di Alam Malakut. Ia merupakan peralihan daripada
alam Arwah (alam Roh) menuju ke alam Nasut maka itu dinamakan ia Alam Misal di
mana proses peryataan ini ,pengujudan Allah pada martabat ini belum zahir,
tetapi Nyata dalam tidak Nyata.
Diri rahsia Allah pada martabat Wujud Allah ini
mulai di tajallikan kepada ubun - ubun bapa, iaitu permidahan dari alam roh ke
alam Bapa (misal).
Alam Misal ini terkandung ia di dalam “Walam
yakullahu” dalam surah Al-Ikhlas iaitu dalam keadaan tidak boleh di bagaikan.
Dan seterusnya menjadi “DI”, “Wadi”, “Mani” yang kemudiannya di salurkan ke
satu tempat yang bersekutu di antara diri rahsia batin (roh) dengan diri kasar
Hakiki di dalam tempat yang dinamakan rahim ibu.Maka terbentuklah apa yang di
katakan “Maknikam” ketika berlakunya bersetubuhan diantara laki-laki dengan
perempuan (Ibu dan Bapa)
Perlu diingat tubuh rahsia pada masa ini tetap
hidup sebagaimana awalnya tetapi di dalam keadaan rupa yang elok dan tidak
binasa dan belum lagi zahir. Dan ia tetap hidup tidak mengenal ia akan mati.
1.6 ALAM IJSAN
Pada peringkat ke enam, selepas sahaja rahsia diri
Allah pada Alam Misal yang di kandung oleh bapa , maka berpindah pula diri
rahsia ini melalui “Mani” Bapa ke dalam Rahim Ibu dan inilah dinamakan Alam
Ijsan.
Pada martabat ini dinamakan ia pada martabat
“InssanulKamil” iaitu batang diri rahsia Allah telahpun diKamilkan dengan kata
diri manusia, dan akhirnya ia menjadi “KamilulKamil”. Iaitu menjadi satu pada
zahirnya kedua-dua badan rohani dan jasmani. dan kemudian lahirlah seoarang
insan melalui faraj ibu dan sesungguhnya martabat kanak - kanak yang baru
dilahirkan itu adalah yang paling suci yang dinamakan “InnsanulKamil”. Pada
martabat ini terkandung ia di dalam “Kuffuan” iaitu bersekutu dalam keadaan
“KamilulKamil dan nyawa pun di masukkan dalam tubuh manusia.
Selepas cukup tempuhnya dan ketkanya maka diri
rahsia Allah yang menjadi “KamilulKamil” itu di lahirkan dari perut ibunya,
maka di saat ini sampailah ia Martabat Alam Insan.
1.7 ALAM INSAN
Pada alam ke tujuh iaitu alam Insan ini terkandung
ia di dalam “Ahad” iaitu sa (satu). Di dalam keadaan ini, maka berkumpullah
seluruh proses pengujudan dan peryataan diri rahsia Allah S.W.T. di dalam tubuh
badan Insan yang mulai bernafas dan di lahirkan ke Alam Maya yang Fana ini.
Maka pada alam Insan ini dapatlah di katakan satu alam yang mengumpul seluruh
proses pentajallian diri rahsia Allah dan pengumpulan seluruh alam-alam yang di
tempuhi dari satu peringkat ke satu peringkat dan dari satu martbat ke satu
martabat.
Oleh kerana ia merupakan satu perkumpulan seluruh
alam - alam lain, maka mulai alam maya yang fana ini, bermulalah tugas manusia
untuk menggembalikan balik diri rahsia Allah itu kepada Tuan Empunya Diri dan
proses penyerahan kembali rahsia Allah ini hendaklah bermulah dari alam Maya
ini lantaran itu persiapan untuk balik kembali asalnya mula kembali mu semula
hendaklah disegerakan tanpa berlengah - lengah lagi.
********************************#####********#####***********************************
2.TUJUAN MARTABAT ALAM INSAN
1.Ada pun tujuan utama pengkajian dan keyakinan
Martabat Alam Insan ini;
2 “bertujuan memahami dan memegang satu keyakinan
Mutlak bahawa diri kita ini sebenar - benarnya bukanlah diri kita, tetapi
kembalikan semula asalnya Tuhan.”
3.Dengan kata lain untuk memperpanjangkan kajian,
kita juga dapat mengetahui pada hakikatnya dari mana asal mula diri kita
sebenarnya hinggalah kita zahir di alam maya ini.
4.Dalam pada itu dapat pula kita mengetahui pada
hakikatnya kemana diri kita harus kembali dan:
5.apakah tujuan sebenar diri kita di zahirkan.
3.Dalam memperkatakan Martabat Alam
Insan
Dengan memahami Martabat Alam Insan ini , maka
sudah pastilah kita dapat mengetahui bahawa diri kita ini adalah SifatNya Allah
Taala semata-mata. Diri sifat yang di tajallikan bagi menyatakan SifatNya
Sendiri yakni pada Alam saghir dan Alam Kabir.Dan Allah Taala Memuji DiriNya
dengan Asma’Nya Sendiri dan Allah Taala menguji DiriNya Sendiri dengan
Afa’alNya Sendiri.
Dalam memeperkatakan Martabat Alam Insan kita
memperkatakan diri kita sendiri. Diri kita daripada Sifat Tuhan yang berasal
daripada Qaibull-Quyyub (Martabat Ahdah) iaitu pada martabat Zat hinggalah
zahir kita bersifat dengan sifat bangsa Muhammad. Oleh yang demikian wujud atau
zahirnya kita ini bukan sekali-kali diri kita, tetapi sebenarnyadiri kita ini
adalah penyata kepada diri Tuhan semesta alam semata-mata.
Seperti FirmanNya:
‘INNALILLA WAINNA ILAII RAJIUN’
Yang bermaksud; “Sesungguhnya diri mu itu Allah
(Tuhan Asal Diri Mu) dan hendaklah kamu pulang menjadi Tuhan kembali”.
Setelah mengetahui dan memahami secara jelas lagi
terang bahawa asal kita ini adalah Tuhan pada Martabat ahdah dan NyataNya kita
sebagai SifatNya pada Martabat Alam Insan dan pada Alam Insan inilah kita
memulakan langkah untuk mensucikan sifat diri kita ini pada martabat Sifat
kepada Martabat Tuhan kembali iaitu asal mula diri kita sendiri atau Martabat
Zat.
SEsungguhnya Allah S.W.T diri kita pada Martabat
Ahdah menyatakan diriNya dengan SifatNya Sendiri dan memuji SifatNya Sendiri
dengan AsmaNya Sendiri serta menguji SifatNya dengan afa’alNya Sendiri.
Sesungguhnya tiada sesuatu sebenarnya pada diri kita kecuali diri Sifat
Allah,Tuhan semesta semata - mata.
**********************************@@@@******************************************
4.PROSES MENGEMBALIKAN DIRI
Dalam proses menyucikan diri dan mengembalikan
rahsia kepada Tuan Empunya Rahsia, maka manusia itu semestinya mempertingkatkan
kesuciannya sampai ke peringkat asal kejadian rahsia Allah Taala.
Manusia ini sebenarnya mesti menerokai dan melalui
daripada Alam Insan pada nafsu amarah ke Martabat Zat iaitu nafsu Kamaliah
iaitu makam “Izzatul-Ahdah”. Lantaran itulah tugas manusia semestinya mengenal
hakikat diri ini lalu balik untuk mengembalikan amanah Allah S.W.T. tersebut
sebagaimana mula proses penerimaan amanahnya pada peringkat awalnya.
Sesunggunya Allah dalam mengenalkan diriNya melalui
lidah dan hati manusia,maka Dia telah mentajallikan DiriNya menjadi rahsia
kepada diri manusia. Sebagaimana diperkatakan dalam hadis Qudsi;
“AL INSANUL SIRRUHU WA ANA SIRRUHU”
Maksudnya; “Manusia itu adalah rahsiaKu dan aku
adalah rahsia manusia itu sendiri”.
Mengenai martabat pengujudan diri rahsia Allah
S.W.t.atau di kenali juga Martabat Tujuh, itu terbahagi ia kepada 7 Alam;
Ke tujuh-tujuh martabat atau alam ini terkandung ia
di dalam surah -Al Ikhlas
QulhuwallahuAhad - Ahdah
Allahushomad - Wahdah
Lamyalidd - Wahdiah
Walamyuladd - Alam Roh (Alam Malakut)
Walamyakullahu - Alam Misal (Alam Bapa)
Kuffuan - Alam Ijsan
Ahad> - Alam Insan
Seperti FirmanNya lagi dalam Al- Quran
[33] Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)? Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam) dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.
Surah Al-A’Rad Ayat:33
****************************@@@@***************************************
NUR, MATA HATI DAN HATI
——————————————————————————–
NUR-NUR ILAHI ADALAH KENDERAAN HATI DAN RAHSIA
HATI. NUR ITU IALAH TENTERA HATI, SEBAGAIMANA KEGELAPAN ADALAH TENTERA NAFSU.
JIKA ALLAH S.W.T MAHU MENOLONG HAMBA-NYA MAKA DIBANTU DENGAN TENTERA ANWAR
(NUR-NUR) DAN DIHENTIKAN BEKALAN KEGELAPAN. NUR ITU BAGINYA MENERANGI (MEMBUKA
TUTUPAN), MATA HATI ITU BAGINYA MENGHAKIMKAN DAN HATI ITU BAGINYA MENGHADAP
ATAU MEMBELAKANG.
—————————————————————————
Allah s.w.t hanya boleh dikenal jika Dia sendiri
mahu Dia dikenali. Jika Dia mahu memperkenalkan Diri-Nya kepada hamba-Nya maka
hati hamba itu akan dipersiapkan dengan mengurniakannya warid. Hati hamba
diterangi dengan Nur-Nya. Tidak mungkin mencapai Allah s.w.t tanpa dorongan
yang kuat dari Nur-Nya. Nur-Nya adalah kenderaan bagi hati untuk sampai ke
Hadrat-Nya. Hati adalah umpama badan dan roh adalah nyawanya. Roh pula berkait
dengan Allah s.w.t dan perkaitan itu dinamakan as-Sir (Rahsia). Roh menjadi
nyawa kepada hati dan Sir menjadi nyawa kepada roh. Boleh juga dikatakan bahawa
hakikat kepada hati adalah roh dan hakikat kepada roh adalah Sir. Sir atau
Rahsia yang sampai kepada Allah s.w.t dan Sir yang masuk ke Hadrat-Nya. Sir yang
mengenal Allah s.w.t. Sir adalah hakikat kepada sekalian yang maujud.
Nur Ilahi menerangi hati, roh dan Sir. Nur Ilahi
membuka bidang hakikat-hakikat. Amal dan ilmu tidak mampu menyingkap rahsia
hakikat-hakikat. Nur Ilahi yang berperanan menyingkap tabir hakikat. Orang yang
mengambil hakikat dari buku-buku atau dari ucapan orang lain, bukanlah hakikat
sebenar yang ditemuinya, tetapi hanyalah sangkaan dan khayalan semata-mata.
Jika mahu mencapai hakikat perlulah mengamalkan wirid sebagai pembersih hati. Kemudian
bersabar menanti sambil terus juga berwirid. Sekiranya Allah s.w.t kehendaki
warid akan didatangkan-Nya kepada hati yang asyik dengan wirid itu. Itulah
kejayaan yang besar boleh dicapai oleh seseorang hamba semasa hidupnya di
dunia ini.
Alam ini pada hakikatnya adalah gelap. Alam menjadi
terang kerana ada kenyataan Allah s.w.t padanya. Misalkan kita berdiri di atas
puncak sebuah bukit pada waktu malam yang gelap gelita. Apa yang dapat dilihat
hanyalah kegelapan. Apabila hari siang, matahari menyinarkan sinarnya,
kelihatanlah tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang menghuni bukit itu. Kewujudan di
atas bukit itu menjadi nyata kerana diterangi oleh cahaya matahari. Cahaya
menzahirkan kewujudan dan gelap pula membungkusnya. Jika kegelapan hanya
sedikit maka kewujudan kelihatan samar. Sekiranya kegelapan itu tebal maka
kewujudan tidak kelihatan lagi. Hanya cahaya yang dapat menzahirkan kewujudan,
kerana cahaya dapat menghalau kegelapan. Jika cahaya matahari dapat menghalau
kegelapan yang menutupi benda-benda alam yang nyata, maka cahaya Nur Ilahi pula
dapat menghalau kegelapan yang menutup hakikat-hakikat yang ghaib. Mata di
kepala melihat benda-benda alam dan mata hati melihat kepada hakikat-hakikat.
Banyaknya benda alam yang dilihat oleh mata kerana banyaknya cermin yang
membalikkan cahaya matahari, sedangkan cahaya hanya satu jenis sahaja dan
datangnya dari matahari yang satu jua. Begitu juga halnya pandangan mata hati.
Mata hati melihat banyaknya hakikat kerana banyaknya cermin hakikat yang
membalikkan cahaya Nur Ilahi, sedangkan Nur Ilahi datangnya dari nur yang satu
yang bersumberkan Zat Yang Maha Esa.
Kegelapan yang menutupi mata hati menyebabkan hati
terpisah daripada kebenaran. Hatilah yang tertutup sedangkan kebenaran tidak
tertutup. Dalil atau bukti yang dicari bukanlah untuk menyatakan kebenaran
tetapi adalah untuk mengeluarkan hati dari lembah kegelapan kepada cahaya yang
terang benderang bagi melihat kebenaran yang sememangnya tersedia ada, bukan
mencari kebenaran baharu. Cahayalah yang menerangi atau membuka tutupan hati.
Nur Ilahi adalah cahaya yang menerangi hati dan mengeluarkannya dari kegelapan
serta membawanya menyaksikan sesuatu dalam keadaannya yang asli. Apabila Nur
Ilahi sudah membuka tutupan dan cahaya terang telah bersinar maka mata hati dapat
memandang kebenaran dan keaslian yang selama ini disembunyikan oleh alam nyata.
Bertambah terang cahaya Nur Ilahi yang diterima oleh hati bertambah jelas
kebenaran yang dapat dilihatnya. Pengetahuan yang diperolehi melalui pandangan
mata hati yang bersuluhkan Nur Ilahi dinamakan ilmu laduni atau ilmu yang
diterima dari Allah s.w.t secara langsung. Kekuatan ilmu yang diperolehi
bergantung kepada kekuatan hati menerima cahaya Nur.
Ilahi.
Murid yang masih pada peringkat permulaan hatinya
belum cukup bersih, maka cahaya Nur Ilahi yang diperolehinya tidak begitu
terang. Oleh itu ilmu laduni yang diperolehinya masih belum mencapai peringkat
yang halus-halus. Pada tahap ini hati boleh mengalami kekeliruan. Kadang-kadang
hati menghadap kepada yang kurang benar dengan membelakangkan yang lebih benar.
Orang yang pada peringkat ini perlu mendapatkan penjelasan daripada ahli
makrifat yang lebih arif. Apabila hatinya semakin bersih cahaya Nur Ilahi
semakin bersinar meneranginya dan dia mendapat ilmu yang lebih jelas. Lalu
hatinya menghadap kepada yang lebih benar, sehinggalah dia menemui kebenaran
hakiki.
TERBUKA MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN
HAMPIRNYA ALLAH S.W.T. PENYAKSIAN MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN
KETIADAAN KAMU DI SAMPING WUJUD ALLAH S.W.T. PENYAKSIAN HAKIKI MATA HATI
MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU HANYA ALLAH YANG WUJUD, TIDAK TERLIHAT LAGI
KETIADAAN KAMU DAN WUJUD KAMU.
Apabila hati sudah menjadi bersih maka hati akan
menyinarkan cahayanya. Cahaya hati ini dinamakan Nur Kalbu. Ia akan menerangi
akal lalu akal dapat memikirkan dan merenungi tentang hal-hal ketuhanan yang
menguasai alam dan juga dirinya sendiri. Renungan akal terhadap dirinya sendiri
membuatnya menyedari akan perjalanan hal-hal ketuhanan yang menguasai dirinya.
Kesedaran ini membuatnya merasakan dengan mendalam betapa hampirnya Allah s.w.t
dengannya. Lahirlah di dalam hati nuraninya perasaan bahawa Allah s.w.t
sentiasa mengawasinya. Allah s.w.t melihat segala gerak-gerinya, mendengar
pertuturannya dan mengetahui bisikan hatinya. Jadilah dia seorang Mukmin yang
cermat dan berwaspada.
Di antara sifat yang dimiliki oleh orang yang
sampai kepada martabat Mukmin ialah:
1: Cermat dalam pelaksanaan hukum Allah s.w.t.
2: Hati tidak cenderung kepada harta, berasa cukup dengan apa yang ada dan tidak sayang membantu orang lain dengan harta yang dimilikinya.
3: Bertaubat dengan sebenarnya (taubat nasuha) dan tidak kembali lagi kepada kejahatan.
4: Rohaninya cukup kuat untuk menanggung kesusahan dengan sabar dan bertawakal kepada Allah s.w.t.
5: Kehalusan kerohaniannya membuatnya berasa malu kepada Allah s.w.t dan merendah diri kepada-Nya.
1: Cermat dalam pelaksanaan hukum Allah s.w.t.
2: Hati tidak cenderung kepada harta, berasa cukup dengan apa yang ada dan tidak sayang membantu orang lain dengan harta yang dimilikinya.
3: Bertaubat dengan sebenarnya (taubat nasuha) dan tidak kembali lagi kepada kejahatan.
4: Rohaninya cukup kuat untuk menanggung kesusahan dengan sabar dan bertawakal kepada Allah s.w.t.
5: Kehalusan kerohaniannya membuatnya berasa malu kepada Allah s.w.t dan merendah diri kepada-Nya.
Orang Mukmin yang taat kepada Allah s.w.t, kuat
melakukan ibadat, akan meningkatlah kekuatan rohaninya. Dia akan kuat melakukan
tajrid iaitu menyerahkan urusan kehidupannya kepada Allah s.w.t. Dia tidak lagi
khuatir terhadap sesuatu yang menimpanya, walaupun bala yang besar. Dia tidak
lagi meletakkan pergantungan kepada sesama makhluk. Hatinya telah teguh dengan
perasaan reda terhadap apa jua yang ditentukan Allah s.w.t untuknya. Bala tidak
lagi menggugat imannya dan nikmat tidak lagi menggelincirkannya. Baginya bala
dan nikmat adalah sama iaitu takdir yang Allah s.w.t tentukan untuknya. Apa
yang Allah s.w.t takdirkan itulah yang paling baik. Orang yang seperti ini
sentiasa di dalam penjagaan Allah s.w.t kerana dia telah menyerahkan dirinya
kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t kurniakan kepadanya keupayaan untuk melihat
dengan mata hati dan bertindak melalui Petunjuk Laduni, tidak lagi melalui
fikiran, kehendak diri sendiri atau angan-angan. Pandangan mata hati kepada hal
ketuhanan memberi kesan kepada hatinya (kalbu). Dia mengalami suasana yang
menyebabkan dia menafikan kewujudan dirinya dan diisbatkannya kepada Wujud
Allah s.w.t. Suasana ini timbul akibat hakikat ketuhanan yang dialami oleh
hati.. Dia berasa benar-benar akan keesaan Allah s.w.t bukan sekadar
mempercayainya.
Pengalaman tentang hakikat dikatakan memandang
dengan mata hati. Mata hati melihat atau menyaksikan keesaan Allah s.w.t dan
hati merasakan akan keadaan keesaan itu. Mata hati hanya melihat kepada Wujud
Allah s.w.t, tidak lagi melihat kepada wujud dirinya. Orang yang di dalam
suasana seperti ini telah berpisah dari sifat-sifat kemanusiaan. Dalam
berkeadaan demikian dia tidak lagi mengendahkan peraturan masyarakat. Dia hanya
mementingkan soal perhubungannya dengan Allah s.w.t. Soal duniawi seperti
makan, minum, pakaian dan pergaulan tidak lagi mendapat perhatiannya.
Kelakuannya boleh menyebabkan orang ramai menyangka dia sudah gila. Orang yang
mencapai peringkat ini dikatakan mencapai makam tauhid sifat. Hatinya jelas
merasakan bahawa tidak ada yang berkuasa melainkan Allah s.w.t dan segala
sesuatu datangnya dari Allah s.w.t.
Rohani manusia melalui beberapa peningkatan dalam
proses mengenal Tuhan. Pada tahap pertama terbuka mata hati dan Nur Kalbu
memancar menerangi akalnya. Seorang Mukmin yang akalnya diterangi Nur Kalbu
akan melihat betapa hampirnya Allah s.w.t. Dia melihat dengan ilmunya dan
mendapat keyakinan yang dinamakan ilmul yaqin. Ilmu berhenti di situ. Pada
tahap keduanya mata hati yang terbuka sudah boleh melihat. Dia tidak lagi
melihat dengan mata ilmu tetapi melihat dengan mata hati. Keupayaan mata hati
memandang itu dinamakan kasyaf. Kasyaf melahirkan pengenalan atau makrifat.
Seseorang yang berada di dalam makam makrifat dan mendapat keyakinan melalui
kasyaf dikatakan memperolehi keyakinan yang dinamakan ainul yaqin. Pada tahap
ainul yaqin makrifatnya ghaib dan dia juga ghaib dari dirinya sendiri. Maksud
ghaib di sini adalah hilang perhatian dan kesedaran terhadap sesuatu perkara..
Beginilah hukum makrifat yang berlaku.
Makrifat lebih tinggi nilainya dari ilmu
pengetahuan. Ilmu pengetahuan adalah pencapaian terhadap persoalan yang
terpecah-pecah bidangnya. Makrifat pula adalah hasil pencapaian terhadap
hakikat-hakikat yang menyeluruh iaitu hakikat kepada hakikat-hakikat. Tetapi,
penyaksian mata hati jauh lebih tinggi dari ilmu dan makrifat kerana penyaksian
itu adalah hasil dari kemahuan keras dan perjuangan yang gigih disertai dengan
upaya hati dan pengalaman. Penyaksian(shahadul Haq) adalah setinggi-tinggi
keyakinan. Penyaksian yang paling tinggi ialah penyaksian hakiki oleh mata hati
atau penyaksian yang haq. Ia merupakan keyakinan yang paling tinggi dan
dinamakan haqqul yaqin. Pada tahap penyaksian hakiki mata hati, mata hati tidak
lagi melihat kepada ketiadaan dirinya atau kewujudan dirinya, tetapi Allah
s.w.t dilihat dalam segala sesuatu, segala kejadian, dalam diam dan dalam
tutur-kata. Penyaksian hakiki mata hati melihat-Nya tanpa dinding penutup
antara kita dengan-Nya. Tiada lagi antara atau ruang antara kita dengan Dia.
Dia berfirman:
“Dan Ia (Allah) tetap bersama-sama kamu di mana
sahaja kamu berada.”
( Ayat 4 : Surah al-Hadiid)
( Ayat 4 : Surah al-Hadiid)
Dia tidak terpisah dari kamu. Penyaksian yang
hakiki ialah melihat Allah s.w.t dalam segala sesuatu dan pada setiap waktu.
Pandangannya terhadap makhluk tidak menutup pandangannya terhadap Allah s.w.t.
Inilah makam keteguhan yang dipenuhi oleh ketenangan serta kedamaian yang
sejati dan tidak berubah-ubah, bernaung di bawah payung Yang Maha Agung dan
Ketetapan Yang Teguh. Pada penyaksian yang hakiki tiada lagi ucapan, tiada
bahasa, tiada ibarat, tiada ilmu, tiada makrifat, tiada pendengaran, tiada
kesedaran, tiada hijab dan semuanya sudah tiada. Tabir hijab telah tersingkap,
maka Dia dipandang tanpa ibarat, tanpa huruf, tanpa abjad. Allah s.w.t
dipandang dengan mata keyakinan bukan dengan mata zahir atau mata ilmu atau
kasyaf. Yakin, semata-mata yakin bahawa Dia yang dipandang sekalipun
tidak ada sesuatu pengetahuan untuk diceritakan dan tidak ada sesuatu
pengenalan untuk dipamerkan.
Orang yang memperolehi haqqul yaqin berada dalam
suasana hatinya kekal bersama-sama Allah s.w.t pada setiap ketika, setiap ruang
dan setiap keadaan. Dia kembali kepada kehidupan seperti manusia biasa dengan
suasana hati yang demikian, di mana mata hatinya sentiasa menyaksikan Yang
Hakiki. Allah s.w.t dilihat dalam dua perkara yang berlawanan dengan sekali
pandang. Dia melihat Allah s.w.t pada orang yang membunuh dan orang yang kena
bunuh. Dia melihat Allah s.w.t yang menghidupkan dan mematikan, menaikkan dan
menjatuhkan, menggerakkan dan mendiamkan. Tiada lagi perkaitannya dengan
kewujudan atau ketidakwujudan dirinya. Wujud Allah Esa, Allah s.w.t meliputi
segala sesuatu.
—————————————————————————-
TANDA KEJAHILAN AHLI HAKIKAT
——————————————————————————-
JIKA KAMU MELIHAT SESEORANG (AHLI HAKIKAT) MENJAWAB SETIAP PERTANYAAN DAN MENERANGKAN SETIAP PENGLIHATAN (MATA HATI) DAN MENCERITAKAN SETIAP YANG DIKETAHUINYA, MAKA KETAHUILAH BAHAWA YANG DEMIKIAN ITU ADALAH TANDA KEJAHILANNYA.
JIKA KAMU MELIHAT SESEORANG (AHLI HAKIKAT) MENJAWAB SETIAP PERTANYAAN DAN MENERANGKAN SETIAP PENGLIHATAN (MATA HATI) DAN MENCERITAKAN SETIAP YANG DIKETAHUINYA, MAKA KETAHUILAH BAHAWA YANG DEMIKIAN ITU ADALAH TANDA KEJAHILANNYA.
—————————————————————————
Manusia digesa supaya menggunakan akal fikirannya
untuk mengkaji tentang kejadian-kejadian alam maya ciptaan Tuhan Maha Pencipta.
Semakin mendalam pengetahuan tentang ciptaan Allah s.w.t, semakin kelihatan
kebesaran dan keagungan-Nya. Bertambah pula keinsafan tentang kelemahan yang
ada pada diri manusia terutamanya dalam menghuraikan hal ketuhanan. Ilmu
pengetahuan yang mahir dalam perbahasan tentang makhluk menjadi tidak bermaya
apabila mencuba menyingkap Rahsia-rahsia ketuhanan. Bila mengakui akan
kejahilan dirinya seseorang itu menyerahkan dirinya dengan beriman kepada Allah
s.w.t. Penyerahan ini dinamakan aslim dan orang yang berbuat demikian dinamakan
orang Islam. Orang yang beriman tidak membahaskan tentang Allah s.w.t kerana
mereka mengakui kelemahan akal dalam bidang tersebut.
Bidang yang tidak dapat diterokai oleh akal masih
mampu dijangkau oleh hati. Hati yang suci bersih mengeluarkan cahayanya yang
dinamakan Nur Kalbu. Nur Kalbu menerangi akal dan bersuluhkan cahaya Nur Kalbu
ini, akal dapat menyambung kembali perjalanannya dari ‘stesen’ ia telah
berhenti. Perjalanan akal yang diterangi oleh cahaya Nur Kalbu mampu menyingkap
perkara-perkara yang ghaib dan beriman dengannya walaupun akal manusia umum
menafikannya.
Terdapat perbezaan yang besar antara akal biasa
dengan akal yang diterangi oleh nur. Akal biasa beriman kepada Allah s.w.t
berdasarkan dalil-dalil yang nyata dan logik. Akal yang beserta nur mampu
menyelami di bawah atau di sebalik yang nyata iaitu perkara ghaib, dan beriman
kepada Allah s.w.t berdasarkan pengalaman tentang perkara-perkara ghaib.
Walaupun perkara ghaib itu tidak dapat diterima oleh akal biasa, tetapi akal
yang bersuluhkan nur tidak sedikit pun ragu-ragu terhadapnya. Pengetahuan yang
terhasil dari cetusan atau tindakan nur ini dinamakan ilmu hakikat, ilmu ghaib,
ilmu Rabbani atau ilmu laduni. Walau apa pun istilah yang digunakan, ia adalah
pengetahuan tentang ketuhanan yang didapati dengan cara mengalami sendiri
tentang hal-hal ketuhanan, bukan menurut perkataan orang lain, dan juga bukan
menurut sangkaannya sendiri.
Hatilah yang mengalami hal-hal tersebut dan
pengalaman ini dinamakan pengalaman rasa, zauk atau hakikat. Apa yang dialami
oleh hati tidak dapat dilukiskan atau dibahasakan. Lukisan dan bahasa hanya
sekadar menggerakkan pemahaman sedangkan hal yang sebenar jauh berbeza. Jika
hal pengalaman hati dipegang pada lukisan dan bahasa ibarat, maka seseorang itu
akan menjadi keliru. Jika lukisan dan simbol diiktikadkan sebagai hal ketuhanan
maka yang demikian adalah kufur!
Pemegang ilmu ghaib terdiri daripada dua golongan.
Golongan pertama adalah orang yang terlebih dahulu memasuki bidang pembelajaran
tentang tauhid dan latihan penyucian hati menurut tarekat tasauf. Pembelajaran
dan latihan yang mereka lakukan tidak membuka bidang hakikat. Ini membuat
mereka mengerti akan nilai dan kedudukan ilmu ghaib yang sukar diperolehi itu.
Mereka hanya dapat belajar, melatih diri, kemudian menanti dan terus menanti.
Jika Allah s.w.t berkenan maka dikurniakan sinaran nur yang menerangi hati si
murid itu. Si murid itu pun mengalami dan berpengetahuan tentang hakikat.
Pengetahuan yang diperolehi itu sangat berharga baginya dan dijaganya
benar-benar, tidak dibukakannya kepada orang lain kerana dia tahu yang orang
ramai sukar memahami perkara yang telah dialaminya itu.
Pemegang ilmu ghaib golongan kedua tidak pula
melalui proses pembelajaran dan latihan seperti golongan pertama. Golongan ini
tiba-tiba sahaja dibukakan hakikat kepada mereka (hanya Allah s.w.t mengetahui
mengapa Dia berbuat demikian). Oleh sebab mereka memperolehinya dengan mudah
dan tanpa asas pengetahuan yang kuat, mereka tidak mengetahui nilai sebenar
pengetahuan yang mereka perolehi itu. Mereka menyangkanya sebagai ilmu biasa.
Lantaran mereka memahaminya mereka menyangka orang lain juga memahaminya. Sebab
itu mereka mudah memperkatakan ilmu tersebut di hadapan orang ramai. Oleh sebab
ilmu ini tidak dapat diceritakan kecuali dengan ibarat, satu daripada dua
kemungkinan akan berlaku.
1.Pertama, lantaran orang ramai melihat latar
belakang orang hakikat tadi tidak mempunyai asas agama yang kuat, bukan orang
alim, maka mereka menganggapnya pembohong dan pembawa cerita khayal.
2.Kedua, kemungkinan ada orang yang mempercayainya
tetapi kepercayaan itu tertuju kepada ibarat bukan kepada yang diibaratkan.
Kedua-dua kemungkinan tersebut adalah tidak sihat. Sebab itu dilarang keras
memperkatakan tentang ilmu hakikat kepada bukan ahlinya. Orang yang
membeberkannya dengan mudah disebut orang jahil yang tidak tahu nilai berlian
yang ada padanya.
—————————————————————————
Nur Sifat Allah s.w.t Menerangi Rahsia hati
DITERANGI-NYA YANG ZAHIR DENGAN CAHAYA ATHAR DAN DITERANGI-NYA RAHSIA HATI DENGAN NUR SIFAT-NYA. OLEH SEBAB ITU TERBENAM CAHAYA TERANG YANG ZAHIR TETAPI TIDAK TERBENAM CAHAYA KALBU DAN SIR (HATI DAN RAHSIA HATI). BERKATA ORANG BIJAK PANDAI : “ MATAHARI SIANG TERBENAM PADA WAKTU MALAM TETAPI MATAHARI HATI TIDAK TERBENAM.”
—————————————————————-
DITERANGI-NYA YANG ZAHIR DENGAN CAHAYA ATHAR DAN DITERANGI-NYA RAHSIA HATI DENGAN NUR SIFAT-NYA. OLEH SEBAB ITU TERBENAM CAHAYA TERANG YANG ZAHIR TETAPI TIDAK TERBENAM CAHAYA KALBU DAN SIR (HATI DAN RAHSIA HATI). BERKATA ORANG BIJAK PANDAI : “ MATAHARI SIANG TERBENAM PADA WAKTU MALAM TETAPI MATAHARI HATI TIDAK TERBENAM.”
—————————————————————-
Makhluk ini asalnya ‘adam (tidak ada). ‘Adam
menerima kewujudan dari kesan perbuatan Allah s.w.t. Ada perbezaan antara
perbuatan dengan kesan perbuatan. Misalnya, melukis adalah perbuatan dan
lukisan adalah kesan perbuatan. Kesan kepada perbuatan adalah baharu sementara
perbuatan pula menunjukkan sifat si pembuat. Perbuatan tidak berpisah daripada
sifat dan sifat tidak berpisah daripada zat atau diri yang berkenaan. Kesan
perbuatan tidak sedikit pun menyamai sifat yang asli. Kewujudan yang lahir dari
kesan perbuatan Allah s.w.t tidak sedikit pun menyamai sifat Allah s.w.t. Apa
sahaja yang mengenai Allah s.w.t, termasuklah perbuatan-Nya adalah:
ertinya:
Tidak ada sesuatu yang serupa dengan-Nya.
ertinya:
Tidak ada sesuatu yang serupa dengan-Nya.
Kewujudan baharu yang menjadi kesan kepada
perbuatan Allah s.w.t dinamakan athar. Alam semesta adalah athar. Tidak ada
dari kalangan athar yang boleh dijadikan gambaran, ibarat atau lukisan untuk
menceritakan tentang Pencipta athar. Kewujudan athar hanya boleh dijadikan
dalil untuk menunjukkan Wujud Maha Pencipta. Jika tidak ada tindakan dari Maha
Pencipta tentu tidak ada kewujudan yang menjadi kesan dari tindakan tersebut.
Ahli ilmu merumuskan wujud alam menjadi bukti
wujudnya Tuhan. Alam boleh menjadi bahan bukti kerana sifatnya yang boleh
dilihat dan ada kenyataan mengenainya Ia menjadi nyata kerana ia diterangi oleh
cahaya dan cahaya yang meneranginya adalah bahagian daripada athar juga.
Matahari, bulan dan bintang adalah athar yang berkeupayaan memberikan cahaya.
Sifat athar adalah berubah-ubah, tidak menetap. Cahaya yang keluar darinya juga
berubah-ubah, dari terang kepada malap dan seterusnya terbenam. Allah s.w.t
berfirman:
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi
Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya
menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yaqin. Maka
ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang
(bersinar-sinar), lalu ia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang
itu terbenam, ia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”.
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), ia berkata:
“Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah ia: “Demi
sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya
menjadilah aku dari kaum yang sesat”. Kemudian apabila ia melihat matahari
sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah ia: “Inikah Tuhanku? Ini
lebih besar”. Setelah matahari terbenam, ia berkata pula: “Wahai kaumku,
sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah
dengannya). Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang
menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah
aku dari orang-orang yang menyengutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). (
Ayat 75 – 79 : Surah al-An’aam )
Ibrahim a.s mencari Tuhan dengan matanya
bersuluhkan cahaya-cahaya athar. Beliau a.s kecewa kerana semua cahaya itu
tidak menetap dan tidak bertahan. Lalu beliau a.s meninggalkan cahaya athar dan
menghadapkan hati serta Rahsia hatinya kepada Maha Pencipta. Baharulah beliau
a.s mendapat keyakinan yang teguh kerana cahaya yang menerangi hati dan Rahsia
hatinya tidak berubah, tidak pudar dan tidak terbenam. Beliau a.s melihat
dengan jelas bahawa athar tetap athar, tidak ada satu pun yang boleh
disekutukan atau disifatkan kepada Tuhan.
Kekeliruan tentang Tuhan terjadi kerana manusia
melihat kesan perbuatan Tuhan sebagai perbuatan, kemudian meletakkan hukum
bahawa perbuatan tidak berpisah daripada sifat dan sifat tidak berpisah
daripada zat. Oleh sebab itu perbuatan juga zat. Jika zat menjadi Tuhan maka
perbuatan juga Tuhan dan apa yang terbit dari perbuatan juga Tuhan. Begitulah
kesesatan yang terjadi akibat percubaan melihat Tuhan dengan suluhan cahaya
athar dan menggunakan hukum logik matematik.
Seseorang haruslah melihat kepada asalnya iaitu
‘adam (tidak wujud). ‘Adam adalah lawan bagi Wujud. Jika manusia berpaling
kepada ‘adam maka dia akan terhijab dari Wujud Allah s.w.t. Pandangannya akan
diliputi oleh athar yang juga datang dari ‘adam. Tidak mungkin manusia menemui
jalan yang sebenar jika mereka melalui jalan yang berdasarkan asal kejadiannya
iaitu ‘adam. Tuhan adalah Wujud, mustahil ‘adam. Wujud-Nya Esa, tidak berbilang
sedangkan wujud athar yang dari ‘adam berbilang-bilang. ‘Adam tetap tidak ada
walaupun banyak makhluk yang diciptakan daripadanya. Penciptaan yang demikian
tidak menambahkan Wujud. Walau sebanyak mana pun makhluk yang diciptakan namun,
Allah s.w.t tetap Esa. Usaha untuk menemui keesaan Wujud Allah s.w.t dengan
menuruti jalan ‘adam adalah sia-sia. Kewujudan aspek kedua mestilah disingkap
jika Allah s.w.t mahu ditemui. Kewujudan yang perlu disingkapkan itu adalah
yang berhubung dengan Wujud Allah s.w.t, bukan yang datangnya dari ‘adam.
Kewujudan yang berhubung dengan Wujud Allah s.w.t itu adalah rohani.
Firman-Nya:
(Ingatlah peristiwa) tatkala Tuhanmu berfirman
kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakankan manusia – Adam -dari
tanah; Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya
roh (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya”. ( Ayat 71 – 72 : Surah
Saad )
Katakan: “ Roh itu dari perkara urusan Tuhanku.” (
Ayat 85 : Surah al- Israa’ )
Roh adalah amr (urusan atau perintah) Allah s.w.t,
tidak termasuk dalam golongan yang diperintah. Malaikat, jin dan lain-lain
termasuk dalam golongan yang diperintah. Roh manusia adalah satu Rahsia Allah
s.w.t. Ia dinisbahkan kepada Allah s.w.t, bukan kepada ‘adam. Pada tahap amr
(urusan) Tuhan ia dipanggil Sir (Rahsia Allah s.w.t), atau Rahsia hati. Pada
tahap berkait dengan jasad ia dinamakan kalbu atau hati. Semua kualiti yang
baik adalah berkait dengan toh dan semua kualiti yang jahat berkait dengan
‘adam. Jika alam maya diterangi oleh cahaya athar, hati dan rahsia hati yang
dinisbahkan kepada roh urusan Tuhan, diterangi oleh nur sifat Allah s.w.t.
Kualiti hati dan rahsia hati adalah mengenal. Nur sifat Allah s.w.t itulah yang
menerangi hati untuk menyaksikan kepada Tuhannya. Hati orang arifbillah yang
diterangi oleh nur sifat Allah s.w.t tidak lagi dikelirukan oleh cahaya athar
dan benda-benda yang dipamerkan. Mata hati menyaksikan Rububiyah pada segala
perkara. Zahirnya sibuk dengan makhluk, hatinya menyaksikan Rububiyah dan
Sirnya (rahsia hati) tidak berpisah daripada Allah s.w.t walau sedetik pun.
Sir yang menerima sinaran Nur Sifatullah membawa
sifat-sifat yang menceritakan tentang Sifat Allah s.w.t yang menyinarinya.
Manusia pilihan yang diheret oleh Sir tersebut akan memakai sifat-sifat yang
menceritakan hubungannya dengan Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w dikenali
sebagai Habiballah; Nabi Isa a.s sebagai Roh Allah; Nabi Musa a.s sebagai Kalim
Allah; Nabi Ibrahim a.s sebagai Khalil Allah. Manusia yang bukan nabi juga
menerima pimpinan Sir yang menerima sinaran Nur Sifatullah dan dengan yang
demikian mereka dikenali. Abu Bakar dikenali sebagai as-Siddik dan Hamzah
sebagai Singa Allah. Manusia lain pula ada yang dikenali sebagai Abdul Malik,
Abdul Wahab, Abdul Karim, Abdul Latif dan lain-lain. Hamba-hamba pilihan itu
mendapat gelaran yang dihubungkan dengan Allah s.w.t kerana Sir mereka disinari
oleh Nur Sifatullah, sebagai persediaan buat mereka menanggung amanah Allah
s.w.t. Firman-N ya: Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba Kami: Nabi Ibrahim
dan Nabi Ishaq serta Nabi Ya’aqub, yang mempunyai kekuatan (melaksanakan taat
setianya) dan pandangan yang mendalam (memahami agamanya). Sesungguhnya Kami
telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu sifat mereka yang murni,
iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat. Dan sesungguhnya mereka di
sisi Kami adalah orang-orang pilihan yang sebaik-baiknya. Dan (ingatkanlah
peristiwa) Nabi Ismail dan Nabi Alyasa’, serta Nabi Zulkifli; dan mereka masing-masing
adalah dari orang-orang yang sebaik-baiknya. ( Ayat 45 – 48 : Surah Saad )
Allah s.w.t mempersucikan hamba-hamba pilihan-Nya dengan menyinari Sir mereka
dengan nur sifat-Nya dan dengan itu mereka menjadi sebaik-baik hamba yang
menjalankan perintah Allah s.w.t.
Hakikat Insan
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................
No comments:
Post a Comment