15 March 2012

Buraq kenderaan Nabi S.A.W..


Buraq
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buraq atau juga disebut eja Al-Buraq (bahasa Arab: البراق , dari segi bahasa bererti "kilat cahaya". Ia adalah sejenis makhluk menyerupai haiwan, besar sedikit dari himar (keldai) dan kecil sedikit dari baghal (haiwan kacukan keldai dan kuda).Diriwayatkan juga buraq ini merupakan makhluk yang menyerupai haiwan lagenda iaitu seekor kuda putih yang bersayap burung berbulu pelepah yang besar.Namun ada juga yang mengatakan buraq menyerupai burung putih yang besar. Walaubagaimanapun ia dijadikan oleh Allah bukan dari jenis yang berdarah, berdaging dan bertulang belulang seperti haiwan, sebaliknya ia diciptakan daripada cahaya.

Buraq merupakan makhluk tunggangan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Baitul Maqdis dalam peristiwa Israk Mikraj
Hikmah dijadikan buraq yang berfungsi sebagai kenderaan dan pesawat angkasa menyerupai seekor binatang walaupun unsur kejadiannya daripada cahaya, adalah bagi memudahkan Nabi Muhammad s.a.w. memahami tujuan Jibril datang membawa makhluk menyerupai haiwan untuk dikenderai oleh Nabi s.a.w. dalam peristiwa Isra dan Mi'raj. Kerana kenderaan yang lazim digunakan oleh manusia pada ketika itu ialah haiwan sama ada unta atau kuda dan seumpamanya.
Buraq mempunyai kelajuan yang luar biasa iaitu selangkah kakinya memacu, bergerak sejauh mata memandang. Sesuai dengan hakikat 'zat' lembaga buraq yang dijadikan oleh Allah SWT dari cahaya.
Ahli sains juga mendapati bahawa pergerakan yang paling pantas di alam maya ini ialah cahaya. Dalam kelajuan seperti cahaya, membolehkan Nabi s.a.w. tiba di Masjid al-Aqsa Baitul Muqaddis dalam waktu yang singkat.
Dalil
Didalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim ada disebutkan,”...kemudian aku diberikan seekor binatang yang bukan bangal (peranakan kuda dengan keldai) namun melebihi keldai putih.” Al Jaruud mengatakan kepadanya,”Itu adalah Buraq wahai Abu Hamzah.” Anas mengatakan,”Betul. Dia (binatang) itu meletakkan langkahnya sejauh pandangan mata...”
Selain itu terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari seperti berikut:
Aku telah dibawa oleh seekor Buraq,seekor haiwan berkulit putih dan panjang,lebih besar daripada keldai tapi kecil sedikit daripada baghal. Setiap langkahnya bersamaan dengan sejauh mata memandang.(Riwayat Shahih Bukhari)
Al Hafizh Ibnu Hajar mengatakan bahwa “bukan bangal dan melebihi keledai putih” demikianlah disebutkan berikutan ia adalah binatang tunggangan atau dengan melihat lafaz “buraq”. Hikmah pensifatan itu adalah sebagai isyarat bahawa orang yang menungganginya adalah dalam keadaan aman bukan dalam keadaan perang atau ketakutan. Atau pula untuk menampakkan mukjizat yang terjadi kerana kecepatannya yang sangat cepat dengan menunggangi seekor binatang yang tidak pernah disifatkan dengan sifat seperti itu jika menurut keadaan normal. (Fathul Bari ...
Didalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Hudzaifah bin al Yaman mengatakan bahawa Rasulullah S.A.Wtelah diberikan seekor binatang yang punggungnya panjang dan langkahnya adalah sepanjang mata memandang. Mereka berdua (Rasulullah S.A.Wdan Malaikat Jibril a.s.) tidaklah terpisahkan diatas punggung buraq sehingga mereka menyaksikan syurga dan neraka ... kemudian mereka berdua kembali pulang ke tempat semula (ketika berangkat)...” (Abu Isa mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan shahih)
Imam Nawawi menyebutkan bahawa para ahli bahasa mengatakan, ”Buraq adalah nama binatang yang ditunggangi Rasulullah di malam Israk.” Az Zubaidiy didalam “al Mukhtashar al ‘Ain” dan pemilik kitab “at Tahrir” mengatakan, ”Buraq adalah binatang yang ditunggangi oleh para Nabi a.s.”
Ibnu Duraid mengatakan bahawa “buraq” berasal dari kata al barqi beerti kilat, berikutan sifatnya yang sangat cepat. Ada yang mengatakan, ”Dinamakan buraq dikerana ianya terlalu bersih, mengkilat dan sangat cepat.” Ada yang mengatakan, ”Kerana warna putihnya.” Al Qodhi mengatakan, ”Kemungkinan dinamakan buraq kerana ia memiliki dua warna, dikatakan ‘syaatun barqoo’ (kambing kilat) apabila disela-sela bulunya yang berwarna putih terdapat bercak-bercak hitam” Dia berkata, ”(apa yang terkandung) didalam hadis itu disifatkan bahawa buraq itu berwarna putih. Boleh jadi ia dari jenis kambing kilat dan ia terbatasi dengan warna putih.” (Shahih Muslim bi Syarhin Nawawi al israa bi rosulillah...)
Terdapat juga hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari seperti berikut:
Kemudian dia (Jibrail a.s.) membawa Buraq yang memiliki wajah rupawan dan bertali kekang, bertubuh tinggi, berkulit putih, lebih besar dari keledai tetapi lebih kecil daripada baghal. Dia dapat menjejakkan kakinya sejauh pandangannya. Dia memiliki telinga yang panjang. Setiap kali dia melewati gunung, kaki belakangnya bisa memperpanjang langkahnya dan ketika ia menuruni bukit kaki depannya akan memperpanjang jangkauan. Dia memiliki dua sayap pada kedua pahanya yang dapat memberikan kekuatan untuk kedua kakinya.(Riwayat Shahih Bukhari)
Impak kebudayaan
  • Tembok Barat di Baitulmuqaddis dipanggil sebagai Tembok Buraq di mana baginda menambat Buraq di situ.
  • Dua syarikat penerbangan dipanggil sempena Buraq iaitu syarikat penerbangan Libya, Buraq Air dan syarikat penerbangan Indonesia, Bouraq Indonesia Airlines.

No comments: