15 March 2012

Buraq kenderaan Nabi S.A.W.

BURAQ

BURAQ : Buraq (bahasa Arab: البراق ), dari segi bahasa arab 'al-Barq' ( البرق ) bererti "cahaya kilat". Dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj, Allah menggambarkan Buraq ialah sejenis binatang yang seiras baghal dan himar (keldai). Ia dicipta oleh Allah daripada cahaya. ianya diutuskan oleh Allah sebagai kenderaan Nabi sollallaahu 'alaihi wasallam ketika malam Isra' dalam peristiwa Isra' wal Mi'raj dari Masjidil Haram (di Makkah) menuju Masjidil Aqsa (di Baitul Maqdis) kemudian kembali semula ke Makkah dalam satu malam sahaja. Sedangkan jarak antara keduanya lebih kurang 1500 kilometer.


سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى



الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ



Maksudnya: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (QS Al-Isra': 1)

Dari Abu Said al-Khudri, bahawa dia telah bertanya kepada Nabi sollallaahu ‘alaihi wasallam perihal perjalanan isra’ baginda, maka nabi berkata:

Maksudnya: “Telah di datangkan kepadaku seekor binatang, yang dia menyerupai ‘bighal’ iaitu yang bernama ‘Buraq’ yang dikenderai para nabi”. Kata Nabi sollallaahu ‘alaihi wasallam seterusnya: “Buraq itu membawa aku, dan dia dapat melangkah kaki depannya sejauh mata memandang (kira-kira 1 Kilometer).

Buraq juga merupakan salah satu kenderaan para ahli syurga, yang akan digunakan untuk menziarahi teman-teman sesama ahli syurga di akhirat nanti.

Wallahu'alam.

al-Quran flash

No comments: