03 March 2012

Taqlid Tidak Dapat Dihindarkan Dengan Ijma’ Kaum Muslimin.

Taqlid Tidak Dapat Dihindarkan Dengan Ijma’ Kaum Muslimin. PDF | Print | E-mail

Dalam bab sebelumnya telah kami paparkan alasan-alasan yang dipergunakan oleh penulis buku Halil Muslimu Mulzamun Bittibaai’ mazhabin Mu’ayyani minal Madzaahibil Arbaa’h. , Iaitu syekh Khajandi.sebagai pengasas pegangan atas pendiriannya.

Hal itu telah kami jelaskan secukupnya sehingga tidak akan meninggalkan sedikitpun keraguan bagi orang yang menyedari bahawa alasan-alasan tersebut sebenarnya bukan merupakan dalil seperti anggapan penulis kitab itu sendiri. Alasan tersebut hanyalah ucapan yang tidak dapat dianggap sebagai dalil menurut norma-norma ilmiah .Kalau penulis kitab menamakan dalil, sedikit pun tidak dapat mengubah hakikat persoalan.

Dalam tulisan kalau kami tidak menyinggung pendapat penulis kitab itu dengan memberikan kritik atau pembetulan, bererti permasalahanya sama dengan tiga masalah yang sudah disepakati oleh semua ulama dan juga sudah kami sisihkan dari arena pembahasan. Oleh kerana itu, kami tidak perlu mengungkapkan nya sedikitpun agar tidak menyia-nyiakan waktu dan tempat. Akan tetapi , kurang tepat kalau kami menetapkan pendirian yang berbeza dengan penulis kitab tersebut dengan cara mengorek dalil-dalil yang ia kemukakan. Tegasnya kami akan menyampaikan beberapa bukti yang mantap dan baru , yang menunjukkan kekeliruan faham yang sangat merbahayakan dari penulis kitab tersebut, kemudian kami akan menetapkan pendirian sebaliknya.

Adapun dua masalah pokok yang menjadi pendirian penulis kitab (Syekh Khajandi ) yang tidak dapat diketahui, dan kami sendiri tidak mengerti bagaiman keduanya dapat bertemu menjadi satu, dalam benak kami.

Masalah pertama:

Yang menjadi pendirian dan selalu ia diulang-ulang di banyak tempat dalam bukunya ialah masalah HARAMNYA TAQLID SECARA MUTLAK.

Dalam hal ini, ia beralasan bahawa mujtahi itu tidak ma’sum . Mengikut yang ma’sum lebih utama daripada mengikut yang bukan ma’sum . dengan alasan bahawa ijtihad adalah urusan yang mudah, tidak memerlukan lebih banyak kitab, seperti kitab Al Muwaththa Imam Malik, sahih Al Bukhari dan Muslim, sunan Abi daud dab Jami’ At Tirmidzi serta An Nasai.

Masalah kedua:

Yang di ulang-ulang ialah ORANG YANG TAQLID TIDAK BOLEH MENETAPI MAZHAB TERTENTU. Kalau berbuat demikian , ia tersesat bagaikan seekor himar yang lepas tak terkendalikan?.

Dari ungkapan diatas , kami tidak mengetahui bagaiman ia dapat mengompromikan dua masalah tersebut?.

Kalau hakikat taqlid secara prinsip sudah dianggap batil kerana ikut kepada yang bukan ma’sum, apa perlunya membatalkan taqlid secara keseluruhan (secara mutlak) dengan alasan ikut kepada yang bukan ma’sum?.

Sungguh kami tidak mengerti bagaimana bentuk hukumnya bila dua pendapat tersebut dikompromikan, sebagaimana yang ada pada benak fikiran penulis kitab Halil muslimu Mulzamun Bittibaai Mazhabin mua’yyanin Minal madzaahibil Arba’ah?.

Akan tetapi, dihadapan sidang pembaca kitab ini

Al Lla mazhabiyyah Akhtarul Bid’atin Tuhaddidu Syari’atil Islam , kami akan menyampaikan hujjah bahawa sesungguhnya taqlid adalah masalah yang tidak dapat dihindarkan dari kaum Muslimin dan dia tetap berjalan dan dipakai. Bagi orang yang taqlid (muqallid), bila mau ia boleh menetapi salah satu mazhab tertentu dan tidak pindah ke mazhab lain. Dengan perbuatan nya itu, ia pun tidak dianggap melakukan perbuatan terlarang atau mengerjakan sesuatu yang haram.

Taqlid; ialah mengikuti pendapat seseorang tanpa mengetahui hujjah yang menunjukkan kebenaran pendapat tersebut. Dalam hal ini, tak ada bezanya antara taqlid dan ittiba’, kerana keduanya mempunyai erti yang sama.

Dalam Al quran Al Karim , Allah Azza Wajalla menggunakan kata-kata ittiba’ sebagai pengganti kata-kata taqlid, sebagaimana firmannya:

Ertinya (Iaitu) ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya , dan mereka melihat siksa, serta ketika segala hubungan antara mereka terputus sama sekali . dan berkatalah ORANG-ORANG YANG MENGIKUT ( Asal dari kalimat ittiba’) “ Seandainya kami dapat kembali (kedunia) , pasti kami akan berlepas diri dari mereka sebagaimana mereka berlepas diri dari kami…”Al baqarah 166-167.

Tidak ada keraguan lagi bahawa yang dimaksud “ittiba’” dalam ayat ini ialah “taqlid” yang terlarang.

Adapun istilah yang anda pergunakan untuk membezakan erti taqlid dan ittiba’ dalam masalah ini hanya ada dua alternatif , Iaitu apabila anda mengerti dalil-dalil dan mempunyai kemampuan untuk melakukan istinbath , bererti anda adalah mujtahid.

Akan tetapi , bila anda tidak mengerti dalil dan tidak menguasai cara-cara melakukan istinbath , anda adalah orang taqlid kepada mujtahid.

Adapun banyaknya lafaz, dan istilah tidaklah akan mengubah kenyataan ini.

Kemudian, apakah dalil-dalil yang menunjukkan bahawa taqlid itu wajib dilaksanakan bila tidak mampu berijtihad?.

Berikut ini kami tunjukkan beberapa dalil dari segi beberapa segi.

Pertama: Firman Allah S.W.T; “Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui”.An Nahl 43.

Para ulama telah sepakat bahawa ayat diatas merupakan perintah kepada orang yang tidak mengerti hukum dan dalil agar mengikuti orang yang memahaminya. Seluruh ulama usul telah menetapkan ayat ini sebagai dasar pertama untuk mewajibkan orang awam agar taqlid pada mujtahid.

Semakna dengan ayat diatas ialah firman Allah s.w.t :

Ertinya : “Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang beriman itu pergi semuanya kemedan perang. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka , beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”.

Dalam ayat ini Allah AZZA Wajalla melarang semua orang pergi berperang dan melakukan jihad, tepati memerintahkan agar segolongan dari mereka tetap tinggal ditempatnya untuk mempelajari ilmu agama sehingga bila orang-orang yamg dapat memeberikan fatwa tenteng urusan halal-haram serta menjelaskan hukum-hukum Allah S.W.T lainya.

KEDUA : Ijma’.

Adanya Ijma’ yang menunjukkan bahawa para Sahabat Nabi s.a.w. tidak sama tingkatan ilmu dan tidak kesemuanya ahli fatwa sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Khaldun. Dan masalah agama pun tidak diambil dari mereka semua.

Diantara mereka ada yang jadi mufti atau mujtahid, tetapi jumlahnya sangat sedikit dan ada pula yang meminta fatwa dan menjadi muqallid yang jumlahnya sangat banyak.

Para sahabat yang menjadi mufti (mujtahid) dalam menerangkan hukum agama, tidak selalu menerangkan dalil-dalil nya kepada yang meminta fatwa.

Rasulullah s.a.w. telah mengutus para sahabatnya yang ahli hukum kedaerah-daerah yang penduduknya tidak mengenal Islam, selain hanya mengetahui akidah dan rukun-rukunnya saja. Kemudian para penduduk daerah tersebut mengikuti fatwa utusan rasulullah s.a.w dengan mengamalkan ibadah dan muamalah, serta segala macam urusan yang ada sangkut –pautnya dengan halal dan haram.

Apabila para utusan Rasul menjumpai masalah yang tidak ditemukandalil nya dari Al Kitab dan as Sunnah, ia melakukan ijtihad dan memberi fatwa menurut petunjuk dari hasil ijtihadnya.selanjutnya, penduduk setempat mengikuti fatwa tersebut.

Imam al Ghazali rahimahumullah dalam kitabnya Al Mustaasyfa pada bab taqlid dan istifta ( meminta fatwa),:

“ Dalil orang awam harus taqlid ialah ijma’ sahabat. Mereka memberikan fatwa kepada orang awam, tanpa memerintahkan nya mencapai darjat ijtihad. Hal ini dapat diketahui dengan pasti dan dengan cara mutawatir, baik dari kalangan ulama’ maupun para awam”.

Imam Al Aamidi berkata dalam kitabnya Al Ahkaam fii ushulil Ahkaam:

“ Ada pun dalil taqlid dari segi ijma’ ialah orang awam zaman sahabat dan tabi,in sebelum timbul golongan menentang , selalu meminta fatwa kepada para mujtahidin dan mengikuti mereka dalam urusan hukum syariat. Para ulama dari kalangan mereka dengan cepat menjawab pertanyaan –pertanyaan tanpa menyebut kan dalil-dalinya dan tidak ada seorang pun yang ingkar. Hal ini bererti mereka telah ijma’ bahawa seorang awam boleh mengikuti mujtahid secara muthlak “.

Dari kalangan sahabat nabi S.a.w., mereka yang tampil memberikan fatwa dapat dihitung jumlahnya. Mereka dikenal mempunyai kemampuan dalam hukum feqah, riwayat dan kemampuan istinbath.yang paling masyhur dikalangan mereka ialah para Khulafaur Rasyidin. Abdullah bun Mas’ud , Abu Musa Al As’aary r.a Mu’az bin Jabal , Ubay bin ka’ab dan Zaid bin Tsabit r.a Adapun yang taqlid kepada mereka dalam mazhab dan fatwa, tidak terhitung jumlahnya.

Selanjutnya, pada zaman tabi’in,daerah ijtihad semakin meluas. Pada masa ini kaum muslimin tetap menempuh jalan yang sudah ditempuh oleh para sahabat. Hanya saja, ijtihad pada waktu itu bercermin (terpaku ) pada dua mazhab pokok, iatu mazhab “ahli hadis” dan mazhab “ahli ra’yi” . kerana adanya beberapa faktor yang telah kami sebutkan ketika menukil keterangan Ibnu Khaldun rahimullah ta’al.

Tokoh-tokoh mazhab ahli hadis di Hijaz ialah sa’id ibnu Musayyab Al Makhhzumi , urwah ibnu Zubair, Salim bin Abdullah bin Umar, Sulaiman bin Yasar dan Nafi’ budak Abdullah bin Umar radiAllah u an’hum. Pada umumnya penduduk Hijaz dan sekitarnya taqlid pada mazhab ini tanpa ada yang mengingkarinya.

Adapun tokoh-tokoh mazhab ahli ra’yu di Iraq ialah al Qamah bin qais An nakhai’, Masruq bin Ajda’ Al Hamdani , I brahim bin Zaid An Nakha’I dan sa’id bin Jubair radiAllah anhum. Sebagaian besar penduduk Iraq TAQLID pada mazhab ini tanpa ada yang mengingkarinya.

Diantara tokoh kedua mazhab ini terjadi diskusi dan perdebatan dengan tajam pada suatu saat. Tetapi kalangan orang awam dan para penuntut ilmu yang tingkatan nya di bawah mereka dalam urusan fiqih dan ilmu tidak memperdulikan perdebatan tersebut sebab mereka bebas taqlid kepada siapa saja yang mereka kehendaki. Diskusi antara para mujtahid tidak akan menjadi beban dan tanggung jawab bagi orang-orang yang bodoh (awam)..

Ketiga:Adanya DALIL AKAL.

Yang nyata . Untuk ini kami mengambil berat dari perkataan Syekh Abdullah Darraz sebagai berikut.

“ Dalil taqlid dari segi akali fikiran ialah bagi orang yang tidak mempunyai kemampuan untuk ijtihad, bila terjadi suatu masalah hukum, ada dua kemungkinan.

Pertama: Dia tidak terkena kewajipan melakukannya samasekali ( tidak wajib beribadah) maka hal ini menyalahi ijma’ .

Kedua: Dia terkena kewajipan melakukan ibadah. Ini bererti dia harus meneliti dalil yang menetapkan suatu hukum atau ia harus taqlid.

Untuk yang kedua jelas tidak mungkin, sebab dengan melakukan penelitian itu, ia harus meniliti dalil-dalil semua masalah sehingga harus meninggalkan kegiatan sehari-hari, iaitu meninggalkan semua perkerjaan yang ada, yang akhirnya akan menimbulkan kekacauan. Oleh kerana itu, tidak ada kemungkinan lain, kecuali taqlid.

Itulah kewajipan dia bila menemui masalah yang memerlukan pemecahan hukum.

Oleh kerana itu, setelah para ulama melihat dalil-dalil yang cukup sempurna dari Al Kitab dan as Sunnah, serta dalil akal yang menegaskan bahawa bagi orang awam dan orang alim yang belum sampai pada tingkatan mampu melakukan istinbath dan ijtihad harus taqlid pada mujtahid , para ulama pun menyatakan bahawa kedudukan fatwa mujtahid. Hal ini kerana Al quran Al karim selain mewajibkan orang yang alim agar berpegang pada dalil-dalil dan keterangan didalamnya, juga mewajibkan kepada orang bodoh (awam) berpegang pada fatwa nya orang alim dan hasil ijtihadnya.

Untuk menjelaskan masalah ini lebih lanjut, syekh as Syathibi berkata sebagai berikut;

Ertinya: “Fatwa-fatwa para mujtahid itu bagi para orang awam bagaikan dalil syariat bagi para mujtahidin. Adapun alasannya ialah ada atau tidak adanya dalil bagi orang yang taqlid (muqallid ) adalah sama saja kerana mereka sedikit pun tak mampu mengambil faedah darinya. Jadi, masalah meneliti dalil dan istinbath bukanlah urusan mereka dan mereka tidak diperkenankan melakukan hal tersebut. Dan Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman : ( Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak menghetahui).

Orang yang taqlid bukanlah orang yang alim. Oleh kerana itu, tidak sah baginya selain bertanya kepada ahlinya. Para ahli ilmu itulah tempat kembali baginya dalam urusan hukum agama secara muthlak .jadi, kedudukan mereka bagi orang yang taqlid serta ucapannya seperti Syara’ ” . Al Muwafaqah, karya Imam As syathibi jilid iv hlmn. 290.

Demikianlah penjelasan Syekh as Syathibi R.ha. dan kami masih ingin mengingatkan para pembaca mengenai dalil-dalil yang sudah dikemukakan pada bahagian terdahulu, Iaitu dari Imam ‘Izzuddin Ibnu Salam, Iimam ibnu Qayyim, Imam Kamal Ibnu Humam dan imam Ad Dahlawi r.h a. dalam rangka menolak alasan-alasan syekh Khajandi , penulis buku Halil Muslimu Mulzamun Bittiba’I mazhabin Mu’ayyanin minal madzaahibil arba’ah.

Semua dalil yang sudah kami sajikan menekankan kewajipan taqlid bagi orang yang kedudukan ilmiahnya terbatas dan tidak mampu melakukan istinbath hukum dan berijtihad. Sudah jelaslah dalil-dalil berdasarkan penukilan yag sah dan ijma’ serta dalil akal yang menunjukkan berlakunya taqlid dan bahkan wajib hukumnya bila tidak mampu mencapai derajat istinbath dan ijtihad.

Dengan demikian, tidak ada bezanya, apakah mujtahid yang ditaqlidi adalah seorang sahabat atau salah seorang dari imam-imam mujtahid mazhab empat selama mereka adalah mujtahid dan yang taqlid adalah orang awam , yang tidak mengetahui cara mencari dalil dan melakukan istinbath. OLEH ITU APA SEBENARNYA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAPAT BAHAWA PERTUMBUHAN MAZHAB EMPAT ADALAH BID’AH?, DAN MENGIKUTI SERTA TAQLID KEPADA MEREKA TERMASUK BID’AH JUGA?.

Mengapa pertumbuhan mazhab empat dianggap bid’ah, tetapi mazhab ahli Rayu tidak dianggap bid’ah?.

Mengapa orang yang taqlid kepada Imam Hanafi dan Imam Syafi’e dianggap tukang bid’ah, tetapi taqlid kepada Imam Nakh’ie di Iraq dan Imam Sa’id ibnul Musayyab di Hijaz tidak dianggap demikian?.

Mengapa mengikuti mazhab empat dianggap bid’ah, tetapi bila mengikuti mazhab Abdullah bin abbas , Abdullah bin Mas’ud r.a atau Sayyidah ‘Ai’syah Ummul Mu’mini di Hijaz tidak dianggap demikian?.

Bid’ah apa yang dilakukan oleh keempat Imam Mazhab ( Hanafi, Maliki, Syaf’e dan Ahmad bin Hanbal ) sehingga kita harus menghalangi orang-orang awam taqlid kepada mereka?. Masalah apa yang ditambah-tambahkan oleh keempat imam mazhab yang tidak ada pada mujtahidin terdahulu. Iaitu zaman Sahabat dan Tabi’in?.

Apa yang dianggap sebagai perbuatan baru yang dilakukan oleh para imam mazhab empat ialah usha mereka menggodifikasikan Sunnah dan Feqah. Disamping itu, juga meletakkan dasar-dasar dan cara istinbath serta cara membahas sesuatu masalah.

Hasil usaha diatas, sedikit-banyak telah mengurangkan perbezaan pendapat para ahli ra’yi dan ahli hadis sebelumnya sehingga tiang-tiang mazhab empat menjadi kokoh dan kuat. Pokok-pokok dasar mazhab Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad bin Hanbal telah dibukukan. Demikian juga segala materi permasalahan yang bersumber dari dasar tersebut. Para ulama mazhab telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meneliti dan menyaring semua masalah. Usaha-usaha inilah yang menjamin kelestarian mazhab empat sampai sekarang . Kitab-kitab merekapun tersebar kemana-mana dan mendapat dukungan para ulama dari masa kesemasa meskipun sepakat bahawa orang alim yang mempunyai kemampuan istinbath dan berijtihad dilarang taqlid kepada mereka.

Inilah masalah baru yang hanya ada pada mazhab empat dan tidak ada pada mazhab-mazhab lain. Kami tidak mengetahui bida’h dan kesesatan yang dilakukan oleh berjuta-juta pengikut mazhab empat. Dengan alasan bahawa Syekh Khajandi menganggap bahawa mazhab-,azhab tersebut bid’ah yang terjadi setelah abad 111 hijriyah, sehingga ia menyerukan orang-orang yang taqlid kepada mazhab empat bagaikan himar lepas tak terkendalikan?.

Dengan penjelasan cukup tentang masalah taqlid berikut dalil-dalil nya, juga tentang kedudukan mazhab empat bila dibandingkan dengan mazhab-mazhab sebelumnya , pertanyaan yang ANEH yang dikemukan oleh penulis kitab ( Syekh Khajandi) , tidak perlu kami jawab lagi . bagi para pembaca yang insaf tentunya dapat menilai syekh Khajandi sebagai penulis kitab Halil Muslimu mulzamun Bittiba’I Mazhabin Nu’ayyanin Minal Madzaahibil arba’ah tersebut ADALAH MENYIMPANG DARI KEBENARAN.

Erti Mengikuti (taqlid) kpd Imam-imam Mazhab dan Berpegang kpd mazhabnya.

Setelah menjelaskan apa saja yang harus diketahui oleh setiap muslim yang menyedari bahawa orang yang belum mencapai derajat ijtihad harus mengikuti seorang mujtahid baik untuk selamanya atau tidak. Perlu juga kami jelaskan erti keharusan mengikuti seorang imam dan berpegang pada mazhabnya.

Apakah berpegang pada mazhab seseorang imam itu dikeranakan faktor yang khusus yang lain?.

Sebagaimana telah dimaklumi oleh segenap kaum muslimin sejak zaman Rasulullah s.a.w sampai sekarang bahawa hanya syariat Allah satu-satunya hakim yang memutuskan urusan manusia dan satu-satunya pelita hidup bagi mereka, serta dasar yang harus ditempuh.

Akan tetapi telah dimaklumi, hikmah Allah s.w.t menentukan bahawa manusia tidak sama dalam kemampuan ilmu pengetahuan, khususnya ilmu pengetahuan pengetahuan syariat Islam. Oleh kerana itu, agar semua manusia tunduk melaksanakan syariat dan undang-undang Allah , setiap orang awam harus mengikuti orang alim. Dan orang alim mengikuti yang lebih alim lagi sehingga kesemuanya berjalan diatas garis yg lurus, Iaitu garis Allah s.w.t. hakikat ini sama halnya kalau kita mengikuti Rasulullah s.a.w.

Kita mengikuti Rasulullah s.a.w bukan kerana pribadi beliau sebagai manusia semata-mata, tetapi kerana beliau adalah muballigh dari Allah azza wajalla. Yang menyampaikan wahyu Nya kepada umat manusia. Tidak dapat dikatakan bahawa mengikuti Al Kitab lebih utama dari mengikuti As Sunnah. lantaran kerana firman Allah lebih patut diikuti dariipada ucapan manusia , bagaimanapun juga kedudukannya.

Sesungguhnya factor yang mewajibkan kita untuk mengikuti Rasulullah s.a.w adalah kedudukan beliau sebagai juru tablig yang menyampaikan perintah Allah s.w.t.

Kedudukan dan fungsi para imam mujtahid dalam hal kewajipan menyampaikan amanat Sunnah Rasulullah s.a.w dan kemampuan memahami Sunnah tersebut adalah sebagaimana kedudukan Rasulullah s.a.w. terhadap Allah Azza wajalla dari segi kewajipan menyampaikan amanat tablig dari Allah dan menjelaskan apa yang diturunkan oleh Allah kepadanya , berupa Al quran Al karim.

Imam As Syathibi r.ah . berkata “ Orang yang alim tentang masalah syariat bila diikuti orang lain dikeranakan ilmunya tentang syariat bukan kerana lainnya. Jadi , pada hakikatnya dia menyimpaikan apa yang diterima dari Rasulullah s.a.w ,sedang Beliau s.a.w menyampaikan apa yang diterima dari Allah s.w.t.

Selanjutnya As Syathibi berkata “ Dengan demikian , keadaan mukallaf yang dibebani hukum syariat terbahagi tiga macam, Iaitu:

  1. Seorang mujtahid. Kewajipannya ialah melaksanakan hasil ijtihadnya.
  2. Seorang muqallid. Yang murni, yirtu tidak menghetahui apa-apa tentang hukum. Kewajipannya ailah harus ada orang yg membimbingnya dan menuntunnya kemudian ia mengikutinya . sudah tentu ia ikut kepadanya dikeranakan factor ilmunya. KALAU KEMUDIAN IA MENGETAHUI ATAU MEMPUNYAI DUGAAN KUAT BAHAWA ORANG YG DIIKUTINYA BUKAN AHLI ILMU ,DIA TIDAK BOLEH MENGIKUTINYA DAN TUNDUK KEPADANYA. Bahkan sedikitpun tidak boleh ada bisikan hati untuk taqlid kepadanya. Sebagaimana tidak mungkin orang sakit menyerahkan dirinya kepada seorang yang bukan dokter. Kecuali kalau sisakit sudah kehilangan akal . dengan demikian , kesimpulannya bahawa seorang mufti diikuti fatwanya kerana factor ilmunya, bukan factor pribadi sebagai seorang manusia
  3. Ia belum mencapai tingkat ijtihad, tetapi cukup mampu memahami dalil dan mampu melakukan tarjih. Untuk golongan yang ketiga ini, kita perlu melihat keadaannya. Bila kemampuan tarjihnya dapat dianggap memenuhi syarat , beerti ia adalah mujtahid sebab hakikat mujtahid hanyalahl mengikuti ilmu dan menganalisisnya . Jadi , orang yang mampu melakukan tarjih dan dapat diterima hasil tarjihnya adalah seorang mujtahid.

Akan tetapi , bila tarjihnya masih belum dapat diterima, keadaannya sama dengan orang awam. Hal ini kerana ikutnya orang awam pada mujtahid untuk mendapatkan kebenaran ilmu yang tidak mampu ia lakukan sendiri. Demikian halnya orang yag tarjihnya masih belum dapat diterima.”. Al I’tisham , susunan As Syathibi jilid 111 hlm. 250.

Dari penjelasan diatas dapat diketahui betapa kelirunya pendapat syekh Khajandi yang menyatakan bahawa “MAZHAB YG BENAR DAN WAJIB DIIKUTI HANYALAH MAZHAB NABI MUHAMMAD S.A.W SAJA”. ( ulasan: ini samalah dengan dakwaan Hafiz firdaus dalam buku beliau {Pedoman Bermazhab}. ).

Setelah berpendapat demikian , ia bertanya-tanya “ Darimana sebenarnya datangnya mazhab-mazhab ini ?. Dan mengapa tersebar serta membebani kaum muslimin?. Selanjutnya ia mengumpat-umpat dan melemparkan kata-kata keji kepada para pengikut mazhab.

Syekh Khajandi rupa-rupanya pura-pura tidak mengetahu sejarah perkembangan syatiat Islam yang menyangkut pertumbuhan mazhab dan sember pengambilan mazhab. Ia memberikan kesan kepada kaum muslimin bahawa mereka lebih mengutamakan mazhab empat daripada mazhab Rasulullah s.a.w.

Kesan tersebut kita temukan pada sebagian besar orang awam yang tidak mengetahui persoalan ijtihad dan taqlid serta perkembangan mazhab.

Begitu mendalamnya kesan ini sehingga ada mereka yang sampai menyatakan “ Kita ini pengikut Rasulullah s.a.w atau pengikut Asy Syafie?. Apa ertinya mazhab-mazhab ini bila dibandingkan dengan mazhab Rasulullah s.a.w?. (Ulasan: Pada hal Tak ade pula orang menamakan hadis-hadis Rasulullah s.a.w sebagai Mazhab?)

Apakah benar Shiekh Khajandi ( Ulasan: Dan yang sefahaman dengan beliau , walau tok syekh ini telah lama dah kembali , tetapi hal dan kelaku ilmunya masih hidup dan diwarisi lagi ) tidak mengetahui hakikat dari mengikuti mazhab padahal semua ulama telah menjelaskan masalah ini dalam ratusan tahun kitab mereka dan sejarah pun telah mencatatnya.

Pantaskah ia dianggap bodoh sehingga ia berkata seperti diatas?.

Apabila ia memang tidak mengetahui persoalan yang cukup jelas ini, padahal ia selalu mengumandangkan pendapat yg sangat membahayakan ini, hal itu sngat menyedihkan. Akan tetapi , bila ia cukup memahami sebagaimana para ahli ilmu lain, hanya saja ia pura-pura bodoh, dan pura-pura tidak mengetahui agar ia bebas membuka jalan untuk memasukkan bid’ah kedalam benak manusia , masalahnya jauh lebih menyedihkan lagi.

TIDAK HARAM TETAP PADA SATU MAZHAB .

Setelah menjelaskan dalam pasal yg lalu bhawa org awam yg tidak mampu mencapai derajat ijtihad dan istinbath harus (mesti) taqlid. Maka kami ingin mengajukan sebuah pertanyaan , Iaitu “ wajibkah bagi orang taqlid untuk berganti imam (mazhab) setiap hari , setiap minggu , setiap bulan atau setiap tahun?”.

Bila hukumnya wajib, apakah dalil yang menunjukkan kewajipannya tersebut?.

Jawabannya ialah , Orang awam wajib taqlid dan ini adalah muthlak kerana Allah s.w.t berfirman : Ertinya : “Maka tanyakanlah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui”.

Apabila ia sudah bertanya kepada ahli ilmu dan sudah mengikuti fatwanya , bererti ia telah melaksanakan perintah Allah Azza wajalla , baik ia mengikuti terus ahli ilmu tadi kerana dekat dengan yang bersangkutan , mudah menelaah mazhab tersebut, adanya factor kewajipan , Iaitu perasaan tenteram dalam hati untuk mengikuti mazhab tersebut atau pun ia tidak mengikuti masalah tersebut secara terus menerus.

Kalau orang awam tersebut mempunyai keyakinan atau I’tikad bahawa ia wajib mengikuti seorang imam tertentu dan tidak boleh pindah kepada imam yg lain, bererti ia telah salah dengan I’tikad tersebut. Demikian pula sebaliknya , salah pula bila ia mempunyai I’tikad atau keyakinan bahawa wajib berganti imam setiap hari atau setiap waktu.

Sesungguhnya yang wajib bagi orang yang tidak mengerti hanyalah mengikuti orang mujtahid dalam masalah-masalah yg tidak mampu ia pahami dari dalil-dalil yg pokok dan Allah Azza Wajalla tidak mewajibkan lebih dari itu .

No comments: