Asas Tasawuf | | Print | |
Asas Tasawuf Mabadi' 10 Ilmu TasawufOleh : Ustaz Mahyuddin Muhammad Ghazali bin Haji Abdullah dari Madrasah Al-Fununiah Al-Tunjuniah Batu Lima Daerah Pendik Jalan Kuala Krai, Kota Bharu Kelantan Oleh kerana timbul dan berlaku beberapa pelajaran dan amalan yang dinamakan Ilmu Isi yang boleh menyampaikan kepada Makrifat Ketuhanan, maka dhohirlah berbagai-bagai I'tiqad atau pegangan hati yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan sesat lagi menyesat kepada orang ramai. Dengan jalan yang demikian, maka saya tulis sebuah risalah yang dinamakan "Mengenal Diri Mengenal Allah" sebagai panduan jalan yang boleh menyampaikan kepada makrifat yang sebenar mengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah Tiap-tiap ilmu mempunyai sepuluh [10] Mabadi yang menjadi tunjang bagi tujuan ilmu itu. Bagi mereka yang hendak masuk belajar mana-mana ilmu sayugianya dipelajari dan mengetahui Mabadi !0 supaya menjadi teguh keyakinan dan tetap pegangannya terutamanya Ilmu Tasauf kerana setengah golongan membilangkan Ilmu Tasauf ini khurafat yang bidaah yang tidak ada Warid daripada Nabi SAW. Terpulanglah kepada mereka sendiri dan bagi kita memadai menyemak dan membaca kitab-kitab agama(Kitab Tua) terutama Al-quran dan hadis Nabawi serta Asar(bekas peninggalan)sahabat dan perjalanan ulama-ulama yang muktabar. Maka saya tuliskan di sini petikan daripada karangan-karangan ulama tasauf yang dimaksudkan itu:
|
No comments:
Post a Comment