اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Tahmid Dengan Denyutan Nadiku اللهَ (اَلْحَمْدُ ِللهِ) الله
Tahlil Degupan Jantungku لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله) اللهَ )
Takbir Hela Turun Naik Nafasku (اللَّهُ أَكْبَرُ) اللهَ
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ اللهَ ALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ .... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Kisah Nabi Isa A.S BHG 1-15
Kehairanan Maryam semakin bertambah. Betapa tidak, sebelum mengandung anak itu di perutnya ia telah mengetahui namanya. Bahkan ia mengetahui bahawa anaknya itu akan berbicara dengan manusia saat ia masih kecil. Sebelum Maryam menggerakkan lisannya untuk melontarkan pertanyaan lain, Jibril mengangkat tangannya dan mengerahkan udara ke arah Maryam. Kemudian datanglah hembusan udara yang bercahaya yang belum pernah di lihat sebelumnya oleh Maryam. Lalu cahaya tersebut ke jasad Maryam dan memenuhinya. Tak sempat Maryam melontarkan pertanyaan yang lain, Jibril yang suci telah pergi tanpa meninggalkan suara.
Maryam dituduh melakukan pelacuran. Mereka menyerang Maryam tanpa terlebih dahulu mendengarkan sanggahannya atau mengadakan penelitian atau membuktikan bahawa perkataan mereka memang benar. Maryam dicerca sana-sini dan ia diingatkan, bahawa bukankah ia seseorang yang tumbuh dari rumah yang baik dan bukanlah ibunya seorang pelacur? Lalu mengapa semua ini terjadi padanya? Menghadapi semua tuduhan itu, Maryam tampak tenang dan tetap menunjukkan kebaikannya. Wajahnya dipenuhi dengan cahaya keyakinan. Ketika pertanyaan semakin menjadi-jadi dan keadaan semakin sulit, maka Maryam menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. Ia menunjuk ke arah anaknya dengan tangannya. Maryam menunjuk Isa.

Al-Masih tumbuh dan berkembang serta menjalani masa kecilnya di Mesir. Kemudian datanglah kepada Maryam orang asing yang telah memerintahkannya untuk meninggalkan Palestina. Kali ini, ia memerintahkannya untuk kembali ke Palestina. Orang asing itu berkata kepadanya: "Raja yang lalim telah mati, maka kembalilah bersama anakmu wahai Maryam. Telah datang kesempatan emas bagi Isa untuk menduduki singgahsananya. Isa akan menjadi penyayang orang-orang fakir dan orang-orang yang benar. Kembalilah wahai Maryam." Maryam pun kembali. Dalam perjalanan Maryam melalui banyak mata air di sungai Jordania.
Di tempat penyembahan Yahudi itulah tersingkap hakikat kehidupan kaum Yahudi. Nilai satu-satunya yang disembah oleh manusia di zaman itu adalah wang. Jadi, kemewahan materi atau kekayaan adalah nilai satu-satunya yang kerananya manusia akan bergulat satu sama lain. Dalam hal itu, tidak ada perbezaan antara tokoh-tokoh pembawa ajaran syariat dengan manusia-manusia biasa. Kaum Shaduqiyun dan kaum Farisiun bekerja sama di antara mereka di dalam haikal itu seakan-akan mereka di dalam suatu pasar di mana mereka memanfaatkannya untuk diri mereka dengan terus mencari korban-korban di dalamnya. Sering kali kaum Shaduqiyun dan Farisiun berseteru dalam persoalan syariat dan hukum. Demikian juga, mereka berseteru dalam menentukan korban yang harus mereka raih di haikal itu. Kaum Farisiun berpendapat bahawa haiwan-haiwan korban itu harus dibeli dari harta haikal sedangkan kaum Shaduqiyun menganggap bahawa harta dari haikal adalah hak mereka. Oleh kerana itu, mereka menganggap bahawa haiwan korban itu harus dibeli dengan jumlah tersendiri. Begitu juga kaum Farisiun mewajibkan untuk membakar haiwan yang disembelih di atas tempat penyembahan, sedangkan kaum Shaduqiyun mereka mengambil haiwan sembelihan ini untuk diri mereka sendiri.
Hampir saja hati menjadi tenang dengan tafsiran ini kerana dalam kehidupan Nabi Isa terdapat sisi-sisi malaikat di mana beliau mempunyai kemampuan yang luar biasa yang berupa mukjizat-mukjizat. Bahkan kemampuan beliau sampai pada batas menghidupkan orang-orang mati dengan izin Allah SWT. Begitu juga, beliau memiliki kemampuan yang luar biasa di mana beliau dengan hanya meniupkan pada suatu tanah, maka tanah itu terbentuk menjadi burung dan ia terbang dengan izin Allah SWT. Selain itu, Nabi Isa sama sekali tidak mendekati wanita sepanjang hidupnya sehingga beliau diangkat oleh Allah SWT. Beliau tidak menikah. Ini juga sifat malaikat di mana kita saksikan bahawa sebahagian para nabi yang diutus oleh Allah SWT dan memiliki beberapa wanita bahkan kitab-kitab Yahudi menyebutkan bahawa jumlah isteri- isteri nabi mereka Sulaiman misalnya, mencapai seribu wanita.

Seandainya orang yang mati hanya berupa fizik sebagaimana dikatakan orang-orang Yahudi, maka ia tidak akan mampu bangkit dari kematiannya kerana fiziknya telah hancur tetapi mayat itu mampu bangkit dari kematian. Jayanya kembali hidup dan ia bangkit dari kuburannya serta berbicara. Jadi, roh adalah nilai yang hakiki. bukan fizik atau jasad. Kalau begitu, di sana terdapat hari kebangkitan dan hari kiamat. Hal ini bukanlah mustahil sebagaimana yang dikatakan orang-orang Yahudi, kerana setelah kematian jasad menjadi tanah yang berterbangan di udara. Itu bukan mustahil tetapi mungkin-mungkin saja. Dalil dari hal itu adalah, kebangkitan orang-orang yang telah mati di hadapan mata kepala mereka sendiri. Nabi Isa telah menghidupkan mereka agar kaumnya yakin bahawa kiamat fizik akan terjadi dari kematian dan itu adalah benar dan bahawa hari akhir adalah benar.

Nabi Isa memberitahu kaumnya bahawa hanya memperhatikan dunia adalah hal yang salah, yang tidak pantas dilakukan oleh orang-orang yang beragama. Itu adalah sikap para penyembah berhala kerana penyembah berhala tidak mengetahui apa yang lebih baik darinya, sedangkan orang- orang yang beragama mengetahui bahawa di sana terdapat bimbingan Ilahi yang mengajak mereka untuk percaya kepada Allah SWT dan tidak begitu peduli dengan dunia. Allah SWT mengetahui kebutuhan-kebutuhan mereka lebih daripada apa yang mereka ketahui; Allah SWT akan melindungi mereka dan akan menjamin kehidupan mereka. kerana itu, yang layak bagi mereka adalah, hendaklah mereka memohon agar diberi kekuasaan Allah SWT dan kebaikan dari-Nya. Yakni kehidupan rohani dan apa yang dikandungnya dari kebahagiaan abadi.

Apa pun yang dikatakan berkaitan dengan cerita itu yang menyebutkan tentang bagaimana Nabi Isa menghidupkan orang-orang yang mati, namun kita tidak mengetahui konteks Al-Qu'ran serta perincian-perincian yang menjelaskan hal tersebut. Allah SWT hanya menyebutkan bahawa Isa menghidupkan orang-orang yang mati dengan izin-Nya. Kita percaya bahawa Nabi Isa mampu menghidupkan mereka tetapi kita tidak mengetahui apakah mereka mati kembali setelah dihidupkan atau mereka sempat menjalani kehidupan selama beberapa saat. Nabi Isa terus berjalan di jalan Allah SWT. Beliau membuat bagi mereka apa yang disebut dengan hukum roh. Beliau menaiki gunung dan para sahabat- sahabatnya berdiri di sekitarnya. Nabi Isa melihat orang-orang yang beriman kepadanya yang terdiri dari orang-orang yang fakir, orang-orang yang menderita, dan orang- orang yang sedih. Jumlah mereka sedikit sebagaimana lazimnya jumlah para pengikut nabi.
Kalimat tersebut menyiratkan hakikat yang penting dari hakikat dakwah para nabi. Para nabi adalah pejuang sejati di mana senjata yang mereka gunakan di medan peperangan beraneka ragam. tetapi mereka pada hakikatnya adalah pejuang. Mereka memulai peperangan mereka dengan satu pemikiran yaitu suatu tekad mengatakan bahawa tiada Tuhan selain Allah SWT. Pemikiran itu tentu berbenturan dengan kepercayaan akan tuhan-tuhan yang diyakini oleh manusia, baik tuhan-tuhan yang terbuat dari emas atau batu. Pemikiran itu sangat mengganggu ketenangan orang-orang yang lalim atau penguasa yang bengis serta sangat melawan kepentingan mereka, sehingga para raja dan para penguasa seperti biasanya bergerak menentang nabi kecuali orang yang mendapatkan petunjuk dari Allah SWT. Para pembesar dari kalangan kaum nabi menentang nabi. Al-Mala' adalah para pembesar sebagaimana telah kami jelaskan dalam kisah Nabi Nuh dan sesudahnya. Kemudian Nabi terus melangsungkan peperangan mewujudkan tekadnya: Nabi meletakkan dasar peperangannya dengan menyampaikan ketuhanan Allah SWT.

Dokumen itu menunjukkan penderitaan al-Masih dan menyingkap peperangan yang akan dihadapinya. Penderitaan yang dialami oleh hati suci al-Masih adalah sebagai tindakan generasi tersebut di mana beliau diutus di dalamnya sebagai orang yang memberi petunjuk dan menyampaikan berita gembira tentang kerajaan langit. Beliau menyerupakan generasi Yahudi itu dengan anak-anak kecil yang duduk- duduk di pasar sambil berteriak-teriak memanggil teman-teman mereka sambil berkata: "kami telah meniup seruling tetapi kalian tidak menari. Kami berbelas kasih kepada kalian tetapi kalian tidak menangis." Al-Masih mengisyaratkan dengan pernyataan itu tentang apa yang diperbuat anak- anak kecil saat mereka bermain-main, di mana biasanya mereka meniru orang-orang yang besar saat mereka bergembira dengan menari-nari dan saat mereka sedih mereka menangis. Demikianlah mereka sangat cepat berubah antara bergembira dan sedih tanpa melalui pertimbangan dan kesedaran. Demikianlah keadaan orang-orang Yahudi saat mereka mengabdi kepada Yahya, kemudian saat mereka mengabdi kepada al- Masih. Yahya telah datang kepada mereka dalam keadaan menangis, tidak makan dan tidak minum dari apa yang mereka makan dan yang mereka minum. Ia tidak bergaul dengan sembarangan manusia. Telah datang kepada mereka seorang nabi yang ahli ibadah tetapi kebanyakan mereka menolaknya dan mereka mengatakan bahawa ia terkena syaitan. Kemudian datang kepada mereka al-Masih di mana ia makan dan minum bersama pada acara walimah dan hari raya lalu mereka pun menolaknya dan mengatakan bahawa ia suka makan dan minum khamer padahal beliau adalah cermin terbesar dalam menghilangkan syahwat dan kesucian yang sempurna.
Nabi Isa berkata, "Siapakah di antara kalian yang paling ikhlas dan paling percaya kepada Allah SWT agar ia membuka makanan itu sehingga kita bisa makan darinya serta berzikir kepada Allah SWT atasnya serta bersyukur kepadanya." Kaum Hawariyin berkata: "Wahai Ruhullah sesungguhnya engkau lebih berhak daripada kami dalam hal itu.", maka Nabi Isa berdiri lalu beliau mengambil wuduk dan solat. Kemudian beliau banyak berdoa sambil duduk di sisi makanan itu dan membukanya. Tiba- tiba di atas makanan itu terdapat ikan yang lazat yang tidak ada durinya. Nabi Isa ditanya: "Wahai Ruhullah, apakah ini makanan dari dunia atau dari syurga?" Nabi Isa menjawab: "Bukankah Tuhan kalian melarang kalian untuk bertanya pertanyaan semacam ini. Ia turun dari langit dan tidak ada makanan sepertinya di dunia dan ia bukan berasal dari syurga tetapi ia adalah sesuatu yang Allah SWT ciptakan dengan kekuasaan yang luar biasa di mana Dia cukup mengatakan "jadilah, maka jadilah."

Demikianlah Isa terbebas dari apa yang mereka katakan dan apa yang mereka nisbatkan kepadanya. Isa mengumumkan bahawa dakwahnya tidak lebih dari sekadar ajakan untuk bertauhid dan tidak keluar dari kerangka Islam yang diakui oleh pengikutnya. Kemudian Isa kembali menyampaikan pembicaraannya dan meminta belas kasihan kepada Allah SWT: Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu. Tidak seorang pun dari makhluk yang mempunyai kekuasaan di atas-Mu dan tidak ada Pencipta selain-Mu. Maha Suci Engkau dan tiada sekutu bagi-Mu dalam kerajaan dan kekuasaan. Pada akhirnya, mereka adalah hamba-Mu dan seorang hamba tidak memiliki apa-apa di hadapan tuannya kecuali kepatuhan: Dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.'
Demikianlah sebahagian riwayat kaum Masehi tentang proses penyaliban serta penafsiran mereka berkaitan dengannya. Kami telah menukilnya tanpa memperhatikan tentang catatan yang terdapat dalam Injil Mata yang terbaru, yaitu ia merupakan catatan yang paling baik dalam bentuknya yang terkumpul dari ulama-ulama mereka dan tokoh-tokoh agama Masehi sehingga ia lebih mudah untuk difahami dan lebih sederhana. Kami telah mengemukakan sebahagiannya kepada Anda dalam halaman-halaman ini.

Ibnu Katsir berkata dalam Qhisasul Anbiya': Para pengikut Nabi Isa berselisih pendapat setelah Nabi Isa diangkat ke langit. Sebahagian mereka mengatakan, di tengah-tengah kita ada hamba Allah SWT dan rasul-Nya (Ariyus). Sebahagian lagi mengatakan, dia adalah Allah. Yang lain lagi mengatakan, dia adalah anak Allah. Mereka berselisih pendapat tentang Injil yang menyebutkan berbagai kebohongan di mana terdapat di dalamnya penambahan, pengurangan, dan pergantian. Al-Quran al- Karim telah membahas persoalan ketuhanan. Ia menjelaskan bahawa Allah SWT Maha Suci dari segala sekutu dan anak dan segala hal yang menyerupai-Nya serta segala bentuk ingkarnasi, kejauhan, kedekatan dan pencapaian pandangan mata. Allah SWT berfirman:
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ .... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Kisah Nabi Isa A.S BHG 1-15
Kisah Nabi Isa A.S BHG 1-15
Matahari
tampak akan tenggelam, angin pun bertiup sepoi-sepoi di sekitar
pepohonan. Harum semerbak mulai memenuhi mihrab Maryam. Bau itu
menembus jendela mihrab dan mengepakkan sayapnya di sekeliling gadis
perawan yang khusyuk dalam solat tanpa seorang pun mendengar suaranya.
Maryam merasa bahawa udara dipenuhi dengan bau harum yang mengagumkan.
Ia kembali melakukan solatnya dengan khusyuk dan mengungkapkan syukur
kepada Allah SWT.
Seekor
burung hinggap di jendela mihrab. Ia mengangkat paruhnya ke atas dan
mengarahkan ke matahari serta mengepakkan kedua sayapnya lalu ia terjun
ke air dan mandi di dalamnya. Kemudian ia terbang ringan di sekitamya.
Maryam ingat bahawa beliau lupa untuk menyirami pohon mawar yang tumbuh
secara tiba-tiba di tengah dua batu yang tumbuh di luar masjid. Maryam
menyelesaikan solatnya lalu ia keluar dari mihrab dan menuju pohon.
Belum selesai beliau siap-siap untuk keluar sehingga para malaikat
memanggilnya:
"Hai
Maryam, sesungguhnya Allah telah memilih kamu, menyucikan kamu dan
melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang semasa dengan kamu)."
(QS. Ali 'Imran: 42)
Maryam
berhenti dan tampak wajahnya yang pucat dan semakin bertambah. Mihrab
itu dipenuhi dengan kalimat-kalimat para malaikat yang memancarkan
cahaya. Maryam merasa bahawa pada hari-hari terakhir terdapat perubahan
pada suasana rohaninya dan fiziknya. Di tempat itu tidak terdapat
cermin sehingga ia tidak dapat melihat perubahan itu. Tetapi ia merasa
bahawa darah, kekuatan dan masa mudanya mulai meninggalkan tempatnya
dan digantikan dengan kesucian dan kekuatan yang lebih banyak. Beliau
menyedari bahawa ia sedang gugup. Beliau merasakan kelemahan manusiawi
dan adanya kekuatan yang luar biasa. Setiap kali tubuhnya merasakan
kelemahan, maka bertambahlah kekuatan dalam rohnya. Perasaan yang
demikian ini justru membangkitkan kerendahan hatinya. Maryam mengetahui
bahawa ia akan memikul tanggung jawab besar.
"Dan
(ingatlah) ketika malaikat (Jibril) berkata: 'Hai Maryam, sesungguhnya
Allah telah memilih kamu, menyucikan kamu dan melebihkan kamu atas
segala wanita di dunia (yong semasa dengan kamu)." (QS. Ali 'Imran: 42)
Dengan
kalimat-kalimat yang sederhana ini Maryam memahami bahawa Allah SWT
telah memilihnya dan menyucikannya dan menjadikannya penghulu para
wanita dunia. Beliau adalah wanita terbesar di dunia. Para malaikat
kembali berkata kepada Maryam:
"Hai Maryam, taatlah kepada Tuhanmu, sujud dan rukuklah bersama orang-orang yang ruku." (QS. Ali 'Imran: 43)
Perintah
tersebut ditetapkan setelah adanya berita gembira agar beliau
meningkatkan kekhusyukannya, sujudnya, dan rukuknya kepada Allah SWT.
Maryam lupa terhadap pohon mawar dan beliau kembali solat. Maryam
merasakan bahawa sesuatu yang besar akan terjadi padanya. Beliau
merasakan hal itu sejak beberapa hari, tetapi perasaan itu semakin
menguat saat ini.
Matahari
meninggalkan tempat tidurnya sementara malam telah bangkit sedangkan
bulan duduk di atas singgahsananya di langit dan di sekelilingnya
terdapat awan-awan yang indah dan putih. Kemudian datanglah pertengahan
malam dan Maryam masih sibuk dalam solatnya. Beliau menyelesaikan
solatnya dan teringat pohon mawar itu lalu beliau membawa air di suatu
bejana dan pergi untuk menyiramnya.
Pohon
mawar itu tumbuh di antara dua batu di tempat yang tidak jauh dari
masjid yang hanya ditempuh beberapa langkah darinya. Tempat itu jauh
dari jangkauan manusia sehingga tak seorang pun mendekatinya. Tempat
itu sudah dijadikan tempat yang khusus bagi Maryam untuk melakukan
solat di dalamnya atau beribadah. Maryam mendekati pohon mawar itu dan
menyiramnya. lalu beliau meletakkan bejana, kemudian ia memikirkan
pohon mawar itu di mana tangkainya semakin panjang pada dua malam yang
dilaluinya.
Tiba-tiba,
Maryam mendengar suara derap kaki yang menggoncang bumi. Beliau tidak
mendengar suara kaki yang berjalan, tetapi beliau mendengar suara kaki
yang menetap di atas batu serta pasir. Maryam merasakan ketakutan. Ia
merasakan bahawa ia tidak sendirian. Ia menoleh ke sebelahnya namun ia
tidak mendapati sesuatu pun. Kemudian kedua matanya mulai
berputar-putar dan memperhatikan suatu cahaya yang berdiri di sana.
Maryam gementar ketakutan dan menundukkan kepalanya. Maryam berkata
dalam dirinya, siapa gerangan orang yang berdiri di sana. Maryam
memandang kepada wajah orang asing itu, dan menyebabkan ia gelisah.
Wajah orang itu sangat aneh, di mana dahinya bercahaya lebih daripada
cahaya bulan. Meskipun kedua matanya memancarkan kemuliaan dan
kebesaran tetapi wajah orang itu justru menggambarkan kerendahan hati
yang mengagumkan.
Pandangan
pertama yang di lihat oleh Maryam kepada orang itu mengisyaratkan,
bahawa orang itu memiliki kemuliaan yang diperoleh orang yang menyembah
Allah SWT selama jutaan tahun. Maryam bertanya kepada dirinya, siapa
gerangan orang ini? Kemudian seakan- akan orang asing itu membaca
fikiran Maryam dan berkata: "Salam kepadamu wahai Maryam." Maryam
dibuat terkejut mendengar adanya suara manusia di depannya. Maryam
berkata sebelum menjawab salamnya:
"Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa." (QS. Maryam: 18)
Maryam
berlindung di bawah lindungan Allah SWT dan ia bertanya kepadanya,
"Apakah engkau manusia yang mengenal Allah SWT dan bertakwa kepadanya?"
Kemudian orang itu tersenyum dan berkata:
"Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci." (QS. Maryam: 19)
Orang
asing itu belum selesai menyampaikan kalimatnya sehingga tempat itu
dipenuhi cahaya yang menakjubkan yang tidak menyerupai cahaya matahari,
cahaya bulan, cahaya lampu, cahaya lilin bahkan cahaya api. Di sana
terdapat cahaya yang sangat jernih. Kemudian terngianglah di kepala
Maryam kalimat: "Aku adalah seorang utusan Tuhanmu." Kalau begitu, dia
adalah penghulu para malaikat, Ruhul Amin (Jibril) yang telah berubah
wujud menjadi manusia.
Maryam
mengangkat kepalanya dengan gementar menahan luapan cinta. Jibril
berdiri di depannya dalam bentuk manusia. Maryam memperhatikan
kejernihan dahinya dan kesucian wajahnya. Benar apa yang diduganya
bahawa Jibril memiliki kemuliaan yang diperoleh orang yang menyembah
Allah SWT selama jutaan tahun. Kemudian Maryam mengingat kembali
kalimat-kalimat yang diucapkan Jibril. Malaikat itu telah mengatakan
bahawa ia adalah utusan Tuhannya, dan ia telah datang untuk memberi
Maryam seorang anak laki-laki yang suci. Maryam ingat bahawa dirinya
adalah seorang perawan yang belum tersentuh oleh seorang pun. Ia belum
menikah dan belum dilamar oleh seseorang pun, maka bagaimana ia
melahirkan anak tanpa melalui pernikahan. Fikiran- fikiran ini
berputar-berputar di kepala Maryam lalu ia berkata kepada Jibril:
"Maryam
berkata: Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak
pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang
penzina!" (QS. Maryam: 20)
Jibril berkata:
"Demikianlah
Tuhanmu berfirman: 'Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan agar dapat Kami
menjadikannya suatu tanda bagi manusia sebagai rahmat dari Kami; dan
hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan."' (QS. Maryam: 21)
Maryam
menerima kalimat-kalimat Jibril. Tidakkah Jibril berkata kepadanya
bahawa ini adalah perintah Allah SWT dan segala sesuatu yang
diperintahkan-Nya pasti akan terlaksana. Kemudian, mengapa ia harus
(ketika) melahirkan tanpa disentuh oleh seorang manusia pun. Bukankah
Allah SWT menciptakan Nabi Adam tanpa seorang ayah dan seorang ibu?
Sebelum diciptakannya Nabi Adam tidak ada lelaki dan wanita. Hawa
diciptakan dari Nabi Adam dan ia pun diciptakan dari laki-laki, tanpa
perempuan.
Biasanya
manusia diciptakan melalui pasangan laki-laki dan perempuan; biasanya
ia memiliki ayah dan ibu, tetapi mukjizat terjadi ketika Allah SWT
menginginkannya untuk terjadi. Kemudian Jibril meneruskan
pembicaraannya:
"Sesungguhnya
Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang
diciptakan) dengan kalimat (yang datang) dari- Nya, namanya al-Masih
Isa putera Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan
termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah), dan dia berbicara
dengan manusia dalam buaian dan ketika sudah dewasa, dan dia termasuk
di antara orang-orang yang soleh." (QS. Ali 'Imran: 45-46)
bersambung...
Kisah Nabi Isa A.S BHG 2
Kehairanan Maryam semakin bertambah. Betapa tidak, sebelum mengandung anak itu di perutnya ia telah mengetahui namanya. Bahkan ia mengetahui bahawa anaknya itu akan berbicara dengan manusia saat ia masih kecil. Sebelum Maryam menggerakkan lisannya untuk melontarkan pertanyaan lain, Jibril mengangkat tangannya dan mengerahkan udara ke arah Maryam. Kemudian datanglah hembusan udara yang bercahaya yang belum pernah di lihat sebelumnya oleh Maryam. Lalu cahaya tersebut ke jasad Maryam dan memenuhinya. Tak sempat Maryam melontarkan pertanyaan yang lain, Jibril yang suci telah pergi tanpa meninggalkan suara.
Udara
yang dingin telah bergerak dan Maryam pun tampak menggigil. Maryam
segera kembali ke mihrabnya. Ia menutup pintu mihrab dan ia tenggelam
dalam solat yang khusyuk dan ia pun menangis. Maryam merasakan
kegembiraan, kebingungan dan kegoncangan serta kedamaian yang dalam.
Kini, Maryam tidak lagi sendirian. Sejak Jibril meninggalkannya, ia
merasakan bahawa ia tidak lagi sendirian. Ia menggerakkan tangannya
yang dipenuhi dengan cahaya, kemudian cahaya ini berubah di dalam
perutnya menjadi anak, seorang anak yang akan menjadi kalimat Allah SWT
dan roh-Nya yang diletakkan pada Maryam. Ketika anak itu besar, ia akan
menjadi seorang rasul dan nabi yang ajarannya dipenuhi dengan cinta dan
kasih sayang.
Maryam
di malam itu tidur dengan nyenyak dan ia bangun di waktu Subuh. Belum
lama ia membuka kedua matanya sehingga ia dibuat terkejut ketika
melihat mihrab dipenuhi dengan buah-buahan yang sebenarnya tidak lagi
musim. Maryam heran melihat hal itu. Ia mulai mengingat apa yang telah
terjadi padanya kelmarin, yaitu bagaimana kejadian saat menyiram pohon
mawar, bagaimana pertemuannya dengan malaikat Jibril, bagaimana Allah
SWT meniupkan kalimat-Nya padanya, bagaimana ia kembali ke mihrab, dan
bagaimana tidurnya yang nyenyak. Maryam berkata kepada dirinya sambil
melihat buah-buahan yang banyak: Apakah aku akan memakan sendirian
buah-buahan ini. Kemudian ada suara dalam dirinya yang berkata: "Engkau
tidak lagi sendirian wahai Maryam. Kini, engkau bersama Isa. Engkau
harus makan dengan baik. Dan Maryam mulai makan.
Lalu
berlalulah hari demi hari. Kandungan Maryam berbeza dengan kandungan
umumnya wanita. Ia tidak merasakan sakit dan tidak merasa berat; ia
tidak merasakan sesuatu telah bertambah padanya dan perutnya tidak
membuncit seperti umumnya wanita. Alhasil, kehamilan yang dialaminya
dipenuhi dengan nikmat yang baik. Datanglah bulan yang ke sembilan. Ada
sebahagian ulama yang mengatakan bahawa Maryam tidak mengandung Isa
selama sembilan bulan, tetapi ia melahirkannya secara langsung sebagai
mukjizat.
Pada
suatu hari, Maryam keluar ke suatu tempat yang jauh. Ia merasa bahawa
sesuatu akan terjadi hari itu. Tetapi ia tidak mengetahui hakikat
sesuatu itu. Kakinya membimbingnya untuk menuju tempat yang dipenuhi
dengan pohon kurma. Tempat itu tidak biasa dikunjungi oleh seseorang
pun kerana saking jauhnya; tempat yang tidak diketahui oleh seseorang
pun kecuali Maryam.
Tak
seorang pun yang mengetahui Maryam bahawa sedang hamil dan ia akan
melahirkan. Mihrab yang menjadi tempat ibadahnya selalu tertutup.
Orang-orang mengetahui bahawa Maryam sedang sibuk beribadah dan tidak
ada seorang pun yang mendekatinya. Maryam duduk beristirahat di bawah
pohon kurma yang besar dan tinggi. Maryam mulai merasakan sakit pada
dirinya, dan rasa sakit tersebut semakin terasa. Akhirnya, Maryam
melahirkan:
"Maka
rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal
pohon kurma, ia berkata: 'Aduhai alangkah baiknya aku mati sebelum ini,
dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan." (QS.
Maryam: 23)
Rasa
sakit saat melahirkan anak yang dialami wanita suci ini menimbulkan
penderitaan-penderitaan lain yang segera menantinya. Bagaimana manusia
akan menyambut anaknya ini? Apa yang mereka katakan tentangnya?
Bukankah mereka mengetahui bahawa ia adalah wanita yang masih perawan?
Bagaimana seorang gadis perawan bisa melahirkan? Apakah manusia akan
membenarkan Maryam yang melahirkan anak itu tanpa ada seseorang pun
yang menyentuhnya? Kemudian pandangan-pandangan keraguan mulai
menyelimutinya. Maryam berfikir bagaimana reaksi manusia kepadanya dan
bagaimana perkataan mereka terhadapnya sehingga hatinya dipenuhi dengan
kesedihan. Belum lama Maryam membayangkan dan meminta agar ia dimatikan
dan dilupakan, tiba-tiba anak yang baru lahir itu memanggilnya:
"Janganlah
kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai
di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya
pohon itu akan mengugurkan buah kurma yang masak kepadamu makan, minum
dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka
katakanlah: 'Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang
Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun
pada hari ini.'" (QS. Maryam: 24-26)
Maryam
melihat al-Masih yang tampan wajahnya. Wajahnya tidak kemerah-merahan
dan rambutnya tidak keriting seperti anak-anak yang lahir di saat itu,
tetapi ia berkulit lembut dan putih. Anak itu diselimuti dengan
kesucian dan kasih sayang; anak itu berbicara kepada Maryam agar ia
menghilangkan kesedihannya dan meminta padanya agar menggoyangkan
batang-batang pohon kurma supaya jatuh darinya sebahagian buahnya yang
lazat dan Maryam dapat memakan dan meminum darinya sehingga hatinya pun
penuh dengan kedamaian serta kegembiraan dan tidak berfikir tentang
sesuatu pun. Jika Maryam melihat atau menemui manusia, maka hendaklah
ia berkata kepada mereka bahawa ia bernazar kepada Allah SWT untuk
berpuasa dan tidak berbicara kepada seseorang pun.
Maryam
melihat al-Masih dengan penuh kecintaan. Anak itu baru dilahirkan
beberapa saat tetapi ia langsung memikul tanggung jawab ibunya di atas
pundaknya. Selanjutnya, ia akan memikul penderitaan orang-orang fakir.
Maryam melihat bahawa wajah anak itu menyiratkan tanda yang sangat
aneh. Yaitu tanda yang mengisyaratkan bahawa ia datang ke dunia bukan
untuk mengambil darinya sesuatu, tetapi untuk memberinya segala
sesuatu. Maryam menghulurkan tangannya ke pohon kurma yang besar. Belum
lama ia menyentuh batangnya hingga jatuhlah darinya buah kurma yang
masih muda dan lazat. Maryam makan dan minum dan kemudian ia memangku
anaknya dengan penuh kasih sayang.
Saat
itu, Maryam merasakan kegoncangan yang hebat. Silih-berganti ketenangan
dan kegelisahan menghampirinya. Segala fikirannya tertuju pada satu
hal, yaitu Isa. Ia bertanya-tanya dalam dirinya: Bagaimana orang-orang
Yahudi akan menyambutnya, apa yang akan mereka katakan tentangnya, apa
yang akan mereka katakan terhadap Maryam, apakah para pendeta dan para
pembesar Yahudi percaya bahawa Maryam melahirkan seorang anak tanpa
disentuh oleh seseorang pun? Bukankah mereka terbiasa hidup dengan
suasana pencurian dan penipuan? Apakah seseorang di antara mereka akan
percaya - padahal ia jauh dari langit - bahawa langit telah memberinya
seseorang anak.
Akhirnya,
masa pengasingan Maryam telah berakhir dan Maryam harus kembali ke
kaumnya. Maryam kembali dan waktu menunjukkan Ashar. Pasar besar yang
terletak di jalan yang dilalui Maryam menuju masjid dipenuhi dengan
manusia. Mereka sibuk dengan jual-beli. Mereka duduk berbincang-bincang
sambil minum anggur. Belum lama Maryam melewati pasar itu sehingga
manusia melihatnya membawa seorang anak kecil yang didakapnya. Salah
seorang bertanya: "Bukankah ini Maryam yang masih perawan? Lalu, anak
siapa yang dibawanya itu?" Seorang yang mabuk berkata: "Itu adalah
anaknya." Mari kita dengar cerita apa yang akan disampaikannya.
Akhirnya, orang-orang Yahudi mulai "mengepung" dengan berbagai macam
pertanyaan: "Anak siapa ini wahai Maryam, mengapa engkau tidak
mengembalikannya, apakah itu memang anakmu, bagaimana engkau datang
dengan membawa seorang anak sedangkan engkau adalah gadis yang masih
perawan?"
"Hai
saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanlah seorang yang jahat
dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang penzina." (QS. Maryam: 28)
bersambung...
Kisah Nabi Isa A.S BHG 3
Maryam dituduh melakukan pelacuran. Mereka menyerang Maryam tanpa terlebih dahulu mendengarkan sanggahannya atau mengadakan penelitian atau membuktikan bahawa perkataan mereka memang benar. Maryam dicerca sana-sini dan ia diingatkan, bahawa bukankah ia seseorang yang tumbuh dari rumah yang baik dan bukanlah ibunya seorang pelacur? Lalu mengapa semua ini terjadi padanya? Menghadapi semua tuduhan itu, Maryam tampak tenang dan tetap menunjukkan kebaikannya. Wajahnya dipenuhi dengan cahaya keyakinan. Ketika pertanyaan semakin menjadi-jadi dan keadaan semakin sulit, maka Maryam menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. Ia menunjuk ke arah anaknya dengan tangannya. Maryam menunjuk Isa.
Orang-orang
yang ada di situ tampak kebingungan. Mereka memahami bahawa Maryam
berpuasa dari berbicara dan meminta kepada mereka agar bertanya kepada
anak itu. Para pembesar Yahudi bertanya: "Bagaimana mereka akan
melontarkan pertanyaan kepada seorang anak kecil yang baru lahir
beberapa hari? Apakah anak itu akan berbicara di buaiannya" Mereka
berkata kepada Maryam:
"Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih dalam ayunan?" (QS. Maryam: 29)
Berkata Isa:
"Sesungguhnya
aku ini hamba Allah, Dia memberiku al-Kitab (injil) dan Dia menjadikan
aku seorang nabi. Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana
saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan
(menunaikan) zakat selama aku hidup; dan berbakti kepada ibuku, dan Dia
tidak menjadikanku seorang yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan
semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku
meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali. " (QS. Maryam:
30-33)
Belum
sampai Isa menuntaskan pembicaraannya sehingga wajah-wajah para pendeta
dari kalangan Yahudi dan para uskup tampak pucat. Mereka menyaksikan
mukjizat terjadi di depan mereka secara langsung. Anak kecil itu
berbicara di buaiannya; anak kecil yang datang tanpa seorang ayah; anak
kecil yang mengatakan bahawa Allah SWT telah memberinya al-Kitab dan
menjadikannya seorang Nabi. Ini berarti bahawa kekuasaan mereka
sebentar lagi akan hancur. Setiap orang dari mereka akan menjadi tidak
berarti ketika anak kecil itu dewasa. Tak seorang pun di antara mereka
yang dapat "menjual pengampunan" kepada manusia atau menghakimi mereka
melalui penyataan bahawa ia adalah wakil dari langit yang turun di
bumi. Atau pernyataan, bahawa hanya dia yang mengetahui syariat.
Para
pendeta Yahudi merasa akan terjadi suatu tragedi keperibadian yang akan
datang kepada mereka dengan kelahiran anak kecil ini. Kedatangan
al-Masih berarti mengembalikan manusia kepada penyembahan semata-mata
kepada Allah SWT. Ini berarti menghapus agama Yahudi yang sekarang
mereka yakini. Perbezaan antara ajaran- ajaran Musa dan
tindakan-tindakan orang-orang Yahudi menyerupai perbezaan antara
bintang-bintang di langit dan lumpur-lumpur di jalan. Para pendeta
Yahudi menyembunyikan kisah kelahiran Isa dan bagaimana ia berbicara di
masa buaian. Mereka justru menuduh Maryam yang masih perawan dengan
kebohongan yang besar. Mereka menuduh Maryam melakukan pelacuran,
padahal mereka menyaksikan sendiri mukjizat pembicaraan anaknya di masa
buaian.
Mula-mula
cerita tentang itu mereka sembunyikan untuk beberapa saat. Meskipun
demikian, berita tentang kelahiran Isa sampai ke Hakim Romawi, yaitu
Heradus. Ia memimpin orang-orang Palestina dan orang- orang Yahudi
dengan kekuatan pedang. Ia menakut-nakuti mereka dengan menumpahkan
darah serta banyaknya mata-mata yang dimilikinya. Pada suatu hari, ia
duduk di istananya dan meminum anggur. Lalu ia mendengar berita yang
samar tentang kelahiran seseorang anak tanpa ayah; seorang anak yang
dikatakan ia mampu berbicara saat masih di buaian, lalu ia menyampaikan
pembicaraan yang menjurus pada ancaman terhadap kekuasaan Romawi.
Kemudian bergetarlah kursi yang ada di bawah tubuh Heradus. Ia
memerintahkan untuk diadakan suatu pertemuan mendadak yang dihadiri
oleh para pengawalnya dan para mata-matanya. Pertemuan itu pun
terlaksana. Heradus duduk dengan wajahnya yang hitam mengkilat, lalu ia
memutarkan pandangannya ke arah mata-matanya dan bertanya: "Bagaimana
berita anak kecil yang berbicara di buaiannya?"
Salah
seorang kepala mata-mata berkata: "Tampak bahawa masalahnya tidak
benar. Kami telah mendengar isu-isu sekitar anak kecil yang mereka
katakan bahawa ia membuat mukjizat dengan berbicara saat ia masih
belia. Lalu saya mengutus anak buahku untuk mencari kebenaran berita
itu, tetapi mereka tidak menemukannya. Jelas bagi kami, bahawa berita
itu dilebih-lebihkan." Kemudian salah satu anggota mata-mata raja
berkata: "Aku telah mendapatkan bukti yang terpercaya bahawa tiga orang
dari orang-orang Majusi datang di balik suatu bintang yang mereka lihat
menyala di suatu langit dan bintang tersebut mengisyaratkan kelahiran
anak kecil yang membawa mukjizat, yaitu anak kecil yang akan
menyelamatkan kaumnya." Hakim berkata: "Bagaimana ia dapat
menyelamatkan kaumnya dan kaum siapa yang diselamatkannya?" Salah
seorang mata-mata berkata: "Anak buahku tidak mengetahuinya kerana
orang-orang pandai dari Majusi itu pergi dan tak seorang pun menemukan
mereka."
Hakim
berkata: "Bagaimana mereka dapat pergi dan bersembunyi lalu bagaimana
cerita anak kecil ini? Apakah di sana ada persekongkolan untuk
menentang Romawi?" Hakim melompat dari tempat duduknya ketika ia
menyebut Romawi, dan ia mulai berbicara dengan keadaan emosi: "Aku
menginginkan kepala tiga orang yang cerdik itu dan aku juga
menginginkan kepala anak kecil itu. Dan aku menginginkan informasi yang
lengkap. Sungguh masalah ini semakin samar hai orang-orang yang bodoh."
Lalu kepala mata-mata berkata: "Barangkali ini hanya mimpi yang
dibayangkan orang-orang Yahudi bahawa mereka melihatnya." Hakim
berkata: "Sungguh kepala-kepala kalian semua akan terbang lebih cepat
dari merpati jika kalian tidak mendatangkan cerita secara lengkap
tentang anak ini. Kebingungan dan kekacauan apa yang aku rasakan!
Pergilah kalian dari sini."
Anak
buah Heradus dan para mata-mata pergi, sedangkan ia masih duduk
memikirkan masalah tersebut. Tampaknya masalah itu sangat
menggelisahkannya. Ia tidak peduli dengan kedatangan agama baru kepada
manusia tetapi yang difikirkannya adalah kekuasaan Romawi yang ia
menjadi simbolnya. Kemudian Heradus menetapkan untuk memanggil pemuka
orang Yahudi dan bertanya kepadanya tentang masalah ini. Para
pengawalnya yang khusus memanggil orang Yahudi itu. Tidak beberapa lama
orang Yahudi itu ada di depan hakim. Heradus berkata: "Aku ingin
berbicara kepadamu tentang suatu masalah yang sangat menggelisahkanku."
Pendeta Yahudi itu berkata: "Aku ingin mengabdi kepadamu."
Heradus
berkata: "Aku mendengar berita-berita yang saling berlawanan tentang
anak kecil yang bisa berbicara di masa buaiannya dan ia mengatakan
bahawa ia akan menyelamatkan kaumnya. Maka bagaimana berita yang
sebenarnya tentang itu?" Pendeta itu berkata - dan ia merasa bahawa
pertanyaan itu sepertinya berupa jebakan yang tidak diketahuinya secara
pasti: "Apakah tuan yang mulia peduli dengan agama Yahudi?" Heradus
berkata dalam keadaan emosi: "Aku tidak peduli sedikit pun selain
kekuasaan Romawi. Jawablah pertanyaanku wahai pendeta." Pendeta Yahudi
itu telah melihat Isa berbicara di buaiannya. Ia memahami bahawa
seandainya ia mengatakan itu, maka ia akan mendapatkan penderitaan pada
dirinya, maka ia lebih memilih sedikit berbohong. Ia berkata kepada
Heradus bahawa ia mendengar cerita itu tetapi ia meragukannya.
Heradus
berkata: "Apakah benar agama kalian berbicara tentang kedatangan
seorang penyelamat bagi rakyat kalian?" Pendeta berkata: "Ini benar
wahai tuan yang mulai." Heradus berkata: "Apakah kalian mengetahui ini
adalah persekongkolan menentang keamanan kerajaan Romawi? Apakah kalian
menyedari ini adalah bentuk pengkhianatan?" Pendeta berkata: "Aku harap
tuan membiarkan aku meluruskan suatu pemikiran yang sederhana. Berita
tentang hal itu adalah berita yang kuno. Berita ini diyakini ketika
rakyat menjadi tawanan di Bebel sejak ratusan tahun."
Heradus
berkata: "Apakah memang di sana ada yang membenarkan berita ini?
Sekarang, apakah kamu secara peribadi membenarkannya? Apakah engkau
melihat anak kecil itu yang mereka katakan bahawa ia dilahirkan tanpa
seorang ayah?" Pendeta itu berkata: "Apakah ada seorang yang percaya
wahai tuan yang mulia jika dikatakan ada seorang anak yang lahir tanpa
seorang ayah. Ini adalah mimpi rakyat biasa."
Heradus
berkata: "Tidak ada sesuatu yang mengusir tidur dari mata seorang
penguasa selain mimpi-mimpi rakyat. Pergilah wahai pendeta dan jika
engkau mendengar berita-berita, maka sampaikanlah kepadaku sebelum
engkau sampaikan kepada isterimu." Belum lama pendeta itu pergi
sehingga Heradus berfikir, bagaimana seandainya pendeta itu berbohong.
Ia menangkap benang kebohongan pada kedua matanya. Ia mengetahui
kebohongan ini kerana ia sendiri sangat pandai berbohong. Kemudian
bagaimana cerita tiga orang cerdik yang mereka mengikuti bintang?
Apakah di sana terdapat persekongkolan menentang Romawi yang tidak
diketahuinya?
Heradus
berteriak di tengah-tengah pengawalnya dan memerintahkan mereka untuk
menangkap semua orang yang mendengar cerita ini atau ia akan melihat
akibatnya. Mula-mula dia memerintahkan untuk mencari gadis perawan yang
melahirkan anak itu dan membunuh setiap anak yang lahir di saat itu.
Sementara itu, Maryam keluar dari Palestina menuju ke Mesir.
Sebelumnya, pada suatu malam, datanglah kepadanya seseorang yang belum
pernah dilihatnya dan orang itu menyampaikan salam kepadanya serta
menyerukannya dan sambil berkata: "Bawalah anakmu wahai Maryam dan
keluarlah menuju Mesir." Dengan nada ketakutan Maryam bertanya,
"Mengapa? Bagaimana aku keluar menuju ke Mesir; dan bagaimana aku bisa
mengenali jalan?" Orang asing itu menjawab, "Keluarlah engkau nescaya
Allah SWT akan melindungimu. Sesungguhnya Hakim Romawi mencari anakmu
dan ingin membunuhmu."
Maryam bertanya: "Kapan aku keluar?" Orang asing itu menjawab:
"Sekarang juga. Janganlah engkau khawatir sedikit pun kerana engkau
keluar bersama seorang Nabi yang mulia. Semua nabi diusir oleh kaumnya
dari negeri mereka dan rumah mereka. Demikianlah hukum kehidupan.
Kejahatan selalu berusaha untuk menyingkirkan kebaikan tetapi pada
akhirnya, kebaikan akan kembali menduduki singgahsananya. Keluarlah
wahai Maryam." Akhirnya, Maryam pun pergi menuju ke Mesir. Maryam
melalui gurun Saina' bersama suatu kafilah yang menuju Mesir. Maryam
berjalan membawa Isa di jalan yang sama yang pernah dilalui Nabi Musa
di mana ditampakkan kepada Nabi Musa api yang suci dan beliau dipanggil
dari sisi thur al-Aiman. Setelah melalui perjalanan yang jauh dan
melelahkan, Maryam sampai di Mesir. Mesir yang dipenuhi dengan
kebaikan, kemuliaan, kebudayaan klasik serta cuacanya yang stabil
mempakan tempat yang terbaik untuk pertumbuhan Isa as.
bersambung...
bersambung...
Kisah Nabi Isa A.S BHG 4

Al-Masih tumbuh dan berkembang serta menjalani masa kecilnya di Mesir. Kemudian datanglah kepada Maryam orang asing yang telah memerintahkannya untuk meninggalkan Palestina. Kali ini, ia memerintahkannya untuk kembali ke Palestina. Orang asing itu berkata kepadanya: "Raja yang lalim telah mati, maka kembalilah bersama anakmu wahai Maryam. Telah datang kesempatan emas bagi Isa untuk menduduki singgahsananya. Isa akan menjadi penyayang orang-orang fakir dan orang-orang yang benar. Kembalilah wahai Maryam." Maryam pun kembali. Dalam perjalanan Maryam melalui banyak mata air di sungai Jordania.
Isa
pun tumbuh menjadi dewasa dan mencapai masa mudanya. Isa keluar dari
rumahnya dan menuju tempat penyembahan kaum Yahudi. Saat itu bertepatan
dengan hari Sabtu. Di sana tidak ada satu rumah pun dari rumah kaum
Yahudi yang dapat menyalakan api atau memadamkannya pada hari Sabtu,
atau mengambil buah di hari itu. Dilarang bagi seorang wanita untuk
membikin adunan roti atau seseorang anak kecil mencuci anjingnya. Nabi
Musa telah memerintahkan untuk menghormati hari Sabtu dan hanya
mengkhususkanya untuk beribadah kepada Allah SWT.
Terdapat
hikmah di balik penghormatan hari Sabtu sehingga hari Sabtu menjadi
hari yang sangat disucikan di kalangan orang-orang Yahudi. Mereka
melaksanakannya dengan berbagai macam tradisi dan mereka mencurahkan
segala konsentrasi mereka untuk menjaga hari Sabtu dan tidak
meremehkannya. Sebab, mereka meyakini bahawa hari Sabtu adalah hari
yang dijaga dari langit sebelum Allah menciptakan manusia sebagaimana
mereka percaya bahawa Bani Israil telah diberikan pilihan kepada satu
jalur saja, yaitu menjaga hari Sabtu. Mereka bangga kerana mereka dapat
menjaganya meskipun hal itu menyebabkan mereka kalah di kancah
peperangan atau mereka tertawan di tangan musuh. Bahkan saking ketatnya
mereka mempertahankan kehormatan hari Sabtu sampai- sampai mereka
menambah-nambahi berbagai macam larangan di hari Sabtu. Majlis kaum
Yahudi menetapkan ratusan larangan yang tidak boleh dilakukan di hari
Sabtu, seseorang dilarang untuk memakai gigi palsu di hari Sabtu.
Seorang yang sakit dilarang untuk memakai perban atau memakai minyak di
tempat yang sakit pada hari Sabtu atau memanggil doktor. Dilarang pula
di hari Sabtu untuk menulis dua huruf abjad; dilarang juga untuk
mempertahankan diri pada hari Sabtu; dilarang untuk panen dan belajar
di hari Sabtu. Kemudian, berpergian di hari Sabtu diharuskan untuk
tidak lebih dari dua ribu ela. Dilarang juga di hari Sabtu untuk
membawa sesuatu ke luar rumah.
Jadi,
banyaknya syariat, hukum serta larangan-larangan biasanya diikuti
dengan banyaknya keburukan atau paling tidak membantu terciptanya
keburukan. Setiap timbul suatu larangan, maka timbul bersamanya cara
untuk menghindar darinya. Demikianlah, kehidupan kaum Yahudi dipenuhi
dengan kemunafikan yang luar biasa di mana secara lahiriah mereka
menampakkan penghormatan terhadap hari Sabtu, tetapi secara batiniah
mereka berusaha menodai kehormatan dengan berbagai macam cara.
Meskipun
kelompok Farisiun bertanggungjawab terhadap tugas pelaksanaan syariat
dan mengawasinya dengan banyak mendapatkan jaminan-jaminan, maka kita
akan melihat bahawa mereka siap untuk menciptakan berbagai rekayasa dan
tipu daya yang memungkinkan mereka untuk menghindar dari hukum-hukum
syariat di saat yang tepat. Saat yang tepat adalah saat di mana
syariat-syariat tersebut bertentangan dengan kepentingan peribadi
mereka atau dapat menjadi penghalang bagi mereka untuk mendapatkan mata
pencarian yang haram yang sudah siap masuk pada kantung mereka.
Misalnya, terdapat kaedah syariat yang menetapkan perjalanan pada hari
Sabtu tidak boleh melebihi dua ribu ela. Namun orang-orang Farisiun
mengadakan walimah di mana mereka mengundang orang-orang untuk
menghadiri acara tersebut pada hari Sabtu, padahal tempat diadakannya
acara itu berjarak lebih dari dua ribu ela dari rumah mereka. Lalu,
bagaimana mereka dapat melaksanakan hal tersebut? Sangat mudah sekali.
Mereka meletakkan pada sore hari Sabtu sebahagian makanan yang berjarak
dua ribu ela dari rumah mereka lalu setelah itu mereka mendirikan suatu
tempat tinggal di mana mereka dapat berjalan setelahnya dan menempuh
dua ribu ela yang lain. Dari sini mereka dapat menambah jarak yang
mereka inginkan. Begitu juga agar mereka menghindar dari larangan
membawa sesuatu ke luar rumah pada hari Sabtu, maka mereka membuat tipu
daya yang lain. Yaitu mereka mendirikan gerbang-gerbang pintu dan
jendela di berbagai jalan sehingga seluruh kota seperti rumah besar
yang dimungkinkan bagi mereka untuk membawa segala sesuatu dan bergerak
di dalamnya.
Contoh
lain yang menunjukkan bagaimana orang-orang Yahudi mempermainkan
syariat sedangkan mereka mengklaim menjaganya adalah, bahawa syariat
Musa menetapkan agar seorang anak menginfaki kedua orang tuanya saat
mereka menginjak usia tua dan memerlukannya. Tetapi kaum Farisiun
memberikan kesempatan kepada anak-anak untuk lari dan menghindar dari
tanggung jawab ini dengan suatu tipu daya yang sederhana. Ketika
seorang anak dituntut oleh kedua orang tuanya untuk memberi nafkah,
maka ia pergi ke para pendeta dan bersepakat kepada mereka untuk
mewakafkan semua hartanya dan kekayaannya kepada haikal, yaitu tempat
sembahan kaum Yahudi. Saat itu kedua orang tuanya tidak mampu mengambil
sesuatu pun darinya. Ketika mereka berdua telah putus asa dan tidak
lagi menuntut padanya untuk memberi nafkah, maka semua harta
kekayaannya akan dikembalikan kepadanya oleh para pendeta, dengan
catatan hendaklah ia memberikan bahagian tertentu dari hartanya kepada
para pendeta itu. Demikianlah yang terdapat dalam Injil Mata.
Di
tengah-tengah suasana kebodohan pemikiran yang luar biasa ini, juga
terdapat sikap keras kepala dan kejumudan berfikir yang mengelilingi
kaum Yahudi. Terdapat tujuh tingkat kesucian dan dua puluh enam solat
yang harus mereka lakukan saat mereka membasuh tangan sebelum memakan
makanan, namun mereka menganggap bahawa meniadakan pembacaan
solat-solat sebagai bentuk pembunuhan terhadap jiwa dengan cara bunuh
diri dan tercegah dari kehidupan abadi. Demikianlah kekerasan sikap
masyarakat Yahudi yang menunjukkan bahawa moral mereka telah rosak dan
dipenuhi dengan kemunafikan yang tiada taranya.
Sementara
itu, Isa berjalan menuju tempat beribadah. Orang-orang berjalan di
sekelilingnya. Mereka tampak membanggakan pakaian- pakaian yang
berwarna dan berharga sedangkan Isa berjalan dengan memakai baju putih
dan menampakkan kezuhudannya. Rambut Isa tampak lembut yang mencapai
kedua bahunya dan tampak ia basah terkena air awan yang menurunkan
gerimis. Kemudian kedua kakinya berjalan di atas tanah sehingga tanah
itu dipenuhi dengan bau harum yang tidak diketahui sumbernya. Baju yang
dipakai oleh Isa terbuat dari bulu domba yang sangat sederhana dan
kasar. Meskipun hari itu hari Sabtu, Isa memetik buah di suatu kebun
dan mengambil dua buah yang beliau berikan kepada anak kecil yang fakir
dan lapar. Tindakan semacam ini menurut kepercayaan Yahudi dianggap
sebagai tindakan yang menentang agama Yahudi.
Isa
mengetahui bahawa menjalankan agama yang hakiki bukan terletak pada
ketaatan luaran sementara hati jauh dari sikap rendah diri. Oleh kerana
itu, Isa mencabut buah dan memberikan makan kepada manusia pada hari
Sabtu. Beliau menyalakan api untuk wanita-wanita tua sehingga mereka
tidak mati kedinginan.
Isa
sering mengunjungi tempat sesembahan orang Yahudi. Isa berdiri di
dalamnya dan mengamati para pendeta dan manusia yang hilir mudik di
sekitarnya. Sesampainya Isa di tempat sembahan, ia berdiri di dalamnya.
Isa mengamat-amati apa yang ada di dalamnya. Dinding-dinding tempat
beribadah itu terbuat dari kayu gaharu yang memiliki bau yang harum. Di
samping itu, terdapat kelambu-kelambu yang terbuat dari kain-kain yang
mengagumkan yang dicampur dengan emas. Juga terdapat lampu-lampu yang
terhulur dari atap dan juga ada lilin-lilin yang memenuhi ruangan
dengan cahaya. Meskipun demikian, kegelapan menyelimuti hati orang-
orang yang ada di situ.
Nabi
Isa berdiri cukup lama di tempat penyembahan itu. Setiap kali ia
memutarkan wajahnya, ia mendapati para pendeta di sana. Terdapat dua
puluh ribu pendeta. Nama-nama mereka tercatat dalam haikal. Mereka
adalah kaum Waliyun yang memakai saku-saku yang besar yang di dalamnya
ada kitab-kitab syariat. Sedangkan kaum Farisiun, mereka memakai
pakaian yang lebar yang sisi-sisinya tertenun dengan emas. Mereka
adalah pembantu haikal yang resmi dengan memakai baju-baju mereka yang
putih. Adapun kaum Shaduqiyun adalah kelompok para pendeta aristokrat
yang bersekutu dengan penguasa di mana mereka memperoleh kekayaan
melalui persekutuan ini. Nabi Isa memperhatikan bahawa jumlah
pengunjung haikalita lebih sedikit daripada jumlah para pendeta dan
para tokoh agama. Tempat penyembahan itu dipenuhi dengan kambing dan
merpati yang dibeli oleh para pengunjung tempat penyembahan itu. Mereka
menyerahkannya sebagai korban kepada Allah. Yaitu korban yang
disembelih di dalam tempat persembahan di atas tempat penyembelihan.
Alhasil setiap langkah yang diayunkan oleh para pejalan di tempat
penyembahan itu akan menghasilkan wang.
bersambung...
Kisah Nabi Isa A.S BHG 5
Di tempat penyembahan Yahudi itulah tersingkap hakikat kehidupan kaum Yahudi. Nilai satu-satunya yang disembah oleh manusia di zaman itu adalah wang. Jadi, kemewahan materi atau kekayaan adalah nilai satu-satunya yang kerananya manusia akan bergulat satu sama lain. Dalam hal itu, tidak ada perbezaan antara tokoh-tokoh pembawa ajaran syariat dengan manusia-manusia biasa. Kaum Shaduqiyun dan kaum Farisiun bekerja sama di antara mereka di dalam haikal itu seakan-akan mereka di dalam suatu pasar di mana mereka memanfaatkannya untuk diri mereka dengan terus mencari korban-korban di dalamnya. Sering kali kaum Shaduqiyun dan Farisiun berseteru dalam persoalan syariat dan hukum. Demikian juga, mereka berseteru dalam menentukan korban yang harus mereka raih di haikal itu. Kaum Farisiun berpendapat bahawa haiwan-haiwan korban itu harus dibeli dari harta haikal sedangkan kaum Shaduqiyun menganggap bahawa harta dari haikal adalah hak mereka. Oleh kerana itu, mereka menganggap bahawa haiwan korban itu harus dibeli dengan jumlah tersendiri. Begitu juga kaum Farisiun mewajibkan untuk membakar haiwan yang disembelih di atas tempat penyembahan, sedangkan kaum Shaduqiyun mereka mengambil haiwan sembelihan ini untuk diri mereka sendiri.
Di
dalam Talmud disebutkan bahawa kaum Shaduqiyun menjual merpati di
toko-toko mereka yang mereka miliki. Mereka sengaja memperbanyak
kesempatan-kesempatan yang diharuskan di dalamnya untuk mengorbankan
burung-burung merpati sehingga harga seekor burung merpati saja
mencapai beberapa Dinar. Melihat hal itu, salah satu tokoh Farisiun
yaitu Sam'an bin Amlail mengeluarkan fatwa yang intinya mengurangi
kesempatan-kesempatan yang diharuskan di dalamnya seseorang menyerahkan
merpati sebagai korban. Setelah itu, harga burung cuma mencapai
seperempat Dinar. Pergelutan antara kedua kelompok itu mendatangkan
pukulan berat bagi pemilik toko yang menyimpan burung merpati terutama
anak-anak dari kepala pendeta.
Nabi
Isa memperhatikan apa yang terjadi di sekelilingnya; Nabi Isa melihat
kaum fakir yang tidak mampu membeli haiwan korban sehingga mereka tidak
mampu berkorban; Nabi Isa melihat bagaimana para pendeta memperlakukan
mereka dan memangsa mereka seperti serigala yang buas. Nabi Isa
berfikir di dalam dirinya, mengapa binatang-binatang itu mereka bakar
lalu dagingnya menjadi asap di udara, padahal di sana terdapat ribuan
kaum fakir yang mati kelaparan? Mengapa mereka mengira bahawa Allah SWT
redha ketika tempat penyembelihan dilumuri dengan darah, lalu haiwan
korban itu dibawa ke rumah-rumah para pendeta dan toko-toko mereka
untuk dijual? Mengapa orang-orang fakir banyak berhutang dan
mengeluarkan banyak wang untuk membeli binatang-binatang korban?
Mengapa binatang-binatang korban itu harus dimiliki dan hanya dirawat
oleh para pendeta lalu apa yang mereka lakukan dengan wang-wang ini?
Lalu, di manakah tempat orang-orang fakir di haikal itu? Bukankah hal
yang aneh ketika seseorang memasuki rumah dengan keharusan membawa wang?
Nabi
Isa pergi dari tempat penyembahan itu dan ia meninggalkan kota menuju
gunung. Dada Nabi Isa dipenuhi dengan kecemburuan yang suci terhadap
yang Maha Benar. Wajahnya tampak semakin pucat ketika melihat berbagai
macam kejahatan memenuhi dunia. Nabi Isa berdiri di atas sebuah bukit
dan beliau mulai melakukan solat. Titisan-titisan air mata mulai
berlinang dari pipinya dan jatuh ke bumi. Nabi Isa mulai merenung dan
menangis. Di sana terdapat bunga yang nyaris mati kerana kehausan lalu
ketika ia mendapatkan titisan air mata al-Masih, maka bunga itu mekar
kembali dan mendapatkan kehidupan. Titisan air mata al-Masih
menyelamatkannya, sebagaimana beliau akan menyelamatkan manusia dengan
dakwahnya. Di malam yang penuh berkah ini pula, dua orang Nabi yang
mulia meninggalkan bumi, yaitu Nabi Yahya dan Nabi Zakaria. Kedua Nabi
itu dibunuh oleh penguasa. Sejak kepergian mereka berdua, bumi
kehilangan banyak dari kebaikan. Pada malam itu juga, turunlah wahyu
kepada Isa bin Maryam. Allah SWT memutuskan perintah- Nya agar ia
memulai dakwahnya.
Nabi
Isa menutup lembaran halus dari kehidupannya yaitu lembaran yang penuh
dengan tafakur dan ibadah. Beliau memulai perjalanannya yang berat dan
penuh tantangan serta penderitaan: beliau mulai berdakwah di jalan
Allah SWT; beliau mulai membangun kerajaan yang tegak berdasarkan
kerendahan hati dan cinta. Kerajaan yang penguasanya bertujuan untuk
membebaskan dan menyucikan roh. Kerajaan yang memancarkan sikap rendah
diri dan cinta. Nabi Isa ingin menyelamatkan rohani. Ajaran Nabi Isa
berdasarkan keimanan terhadap hari kiamat dan kebangkitan. Nilai-nilai
dan pemikiran tersebut tidak ditemukan dalam kehidupan orang-orang
Yahudi.
Syariat
Musa menetapkan pemberlakuan hukum qisas: barang siapa yang memukulmu
di pipi sebelah kananmu, maka pukullah pipi sebelah kanannya. Lalu
bagaimanakah orang-orang Yahudi menerapkan hukum qisas tersebut? Jika
yang dipukul mampu untuk menghancurkan rumah orang yang memukul, maka
ia tidak perlu merasa puas hanya sekadar memukul pipi sebelah kanannya,
mamun jika ia tidak mampu, maka hendaklah ia memukul pipi sebelah
kanannya. Namun boleh jadi hatinya dipenuhi dengan dendam kerana ia
tidak dapat menghancurkan rumahnya.
Jadi,
kebencian adalah pelabuhan tempat bersinggahnya syariat Musa. Meskipun
beliau adalah seorang Nabi yang merupakan cermin cinta Ilahi yang besar
namun syariatnya kini berada di bawah kekuasaan hati-hati yang mati,
yaitu hati-hati yang penuh dengan dendam dan kebencian. Lalu, apa yang
dilakukan Nabi Isa terhadap semua ini? Allah SWT telah mengutusnya dan
memperkuat Taurat yang dibawa oleh Musa sebagaimana Allah SWT
menurunkannya kepada Musa. Jadi, seorang nabi tidak menghancurkan tugas
nabi sebelumnya. Para nabi bagaikan satu mata rantai yang tujuannya
adalah satu, yaitu menciptakan kesucian dan mempertahankan kebenaran
serta mengesakan Allah SWT.
Kemudian
apa yang dilakukan Nabi Isa terhadap syariat qisas tersebut? Yang
jelas, tindakan yang dilakukan oleh Nabi Isa murni dari ilham yang
didapatinya dari Allah SWT. Nabi Isa mengembalikan kaum kepada tujuan
asli dari syariat. Nabi Isa mengembalikan mereka kepada hikmah syariat
yang asli. Nabi Isa mengembalikan mereka kepada cinta. Nabi Isa tidak
mengatakan sesuatu pun kepada orang yang memukul pipi sebelah kanannya.
Nabi Isa tidak berusaha untuk memukul pipi sebelah kanannya. Al-Masih
justru akan membalikkan pipi sebelah kirinya. Inilah syariat Nabi Isa
yang tidak berbeza sedikit pun dengan syariat Nabi Musa. Ia merupakan
kedalaman yang mengagumkan dari kedalaman syariat Nabi Musa. Nabi Isa
ingin menetapkan kepada kaum di sekelilinginya tentang sesuatu yang
penting. Nabi Isa ingin memberitahu mereka bahawa syariat bukan
mengajari kalian untuk meletakkan dendam pada diri kalian lalu kalian
memukul lawan kalian. Syariat yang hakiki adalah, hendaklah kalian
menebar kasih sayang, pemaaf, dan cinta.
Terdapat
banyak binatang-binatang buas di hutan. Binatang-binatang itu mencintai
diri mereka sendiri. Mereka bermusuhan dan saling membunuh demi makanan
dan minuman. Mereka memberikan makan kepada anak- anaknya. Perbezaan
antara manusia dan binatang adalah perbezaan pada tingkat cinta. Haiwan
tidak akan mampu melampaui darjat cintanya kepada makhluk yang lain.
Atau dengan kata lain, haiwan tidak dapat membagi cintanya kepada jenis
yang lain. Sedangkan manusia mampu melakukan hal itu. Di situlah
manusia mampu dapat mencapai kemuliaannya dan kemanusiaannya. Al-Masih
memberitahu kaumnya bahawa manusia tidak akan menjadi manusia sempurna
kecuali setelah ia mencintai orang lain sebagaimana ia mencintai
dirinya sendiri.
"Aku
mendengar bahawa dikatakan, hendaklah engkau mencintai orang yang dekat
denganmu dan membenci musuhmu, sedangkan aku berkata kepada kalian,
cintailah musuh kalian dan doakanlah orang yang melaknati kalian.
Berbuat baiklah kepada pembenci kalian dan solatlah untuk orang-orang
berbuat buruk kepada kalian." (Injil Mata).
Dakwah
Nabi Isa datang dan menghapus syariat Nabi Musa dalam bentuk luaran.
Jika kita berusaha membandingkan dua syariat tersebut dalam bentuk yang
sederhana, maka pada hakikat-nya dakwah Nabi Isa bertujuan untuk
menghapus bidaah yang dilakukan oleh kaum Farisiun dan Shaduqiun
terhadap syariat Nabi Musa dan menunjukkan hakikat syariat ini dan
tujuan-tujuannya yang tinggi. Di tengah-tengah masa materialisme yang
sangat luar biasa dan dunia dipenuhi dengan penyembahan terhadap emas
dan tersebarnya berbagai macam kejahatan, muncullah dakwah al-Masih
sebagai reaksi ideal yang menunjukkan ketinggian dan kesucian. Al-Masih
mengetahui bahawa ia mengajak manusia untuk menciptakan perilaku ideal
dalam kehidupan; Al-Masih menyedari bahawa dakwahnya penuh dengan
idealisme tetapi idealisme ini sendiri pada saat yang sama merupakan
solusi satu-satunya untuk mengubati kehidupan dari kesengsaraan dan
penyakit-penyakit menular; Al-Masih mengetahui bahawa tidak semua
manusia tidak mampu untuk mencapai puncak yang diisyaratkannya. Tetapi
paling tidak, hendaklah setiap orang berusaha sedikit mendaki sehingga
ia selamat.
Dakwah
Nabi Isa terdiri dari kesudian yang mengagumkan; dakwah Nabi Isa
bertujuan untuk menyelamatkan roh atau dakwah yang dapat dianggap
sebagai pedoman perilaku individu, bukan suatu sistem
perincian-perincian tersebut dan hanya memfokuskan kepada sumber utama,
yaitu roh. Isa ingin menghidupkan rohani manusia dan membimbingnya
untuk mencapai cahaya Sang Pencipta. Oleh kerana itu, Isa datang dengan
didukung oleh Ruhul kudus. Ruhul kudus adalah Jibril. Kita tidak
mengetahui bagaimana Allah SWT memperkuat Isa dengan Roh Kudus: apakah
Jibril menemaninya dan menyertainya sepanjang pengutusannya? Jibril
turun kepada nabi untuk menyampaikan risalah atau membawa mukjizat atau
justru mendatangkan hukuman atas kaumnya, tetapi ia tidak bersama
mereka sepanjang waktu. Oleh kerana itu, apakah memang Jibril menemani
Isa sehingga beliau diangkat ke langit?
bersambung...
Kisah Nabi Isa A.S BHG 6
Hampir saja hati menjadi tenang dengan tafsiran ini kerana dalam kehidupan Nabi Isa terdapat sisi-sisi malaikat di mana beliau mempunyai kemampuan yang luar biasa yang berupa mukjizat-mukjizat. Bahkan kemampuan beliau sampai pada batas menghidupkan orang-orang mati dengan izin Allah SWT. Begitu juga, beliau memiliki kemampuan yang luar biasa di mana beliau dengan hanya meniupkan pada suatu tanah, maka tanah itu terbentuk menjadi burung dan ia terbang dengan izin Allah SWT. Selain itu, Nabi Isa sama sekali tidak mendekati wanita sepanjang hidupnya sehingga beliau diangkat oleh Allah SWT. Beliau tidak menikah. Ini juga sifat malaikat di mana kita saksikan bahawa sebahagian para nabi yang diutus oleh Allah SWT dan memiliki beberapa wanita bahkan kitab-kitab Yahudi menyebutkan bahawa jumlah isteri- isteri nabi mereka Sulaiman misalnya, mencapai seribu wanita.
Isa
hidup dalam keadaan tenggelam dalam ibadah seperti anak dari bibinya,
yaitu Yahya. Jika Yahya khusyuk beribadah dan tinggal di gunung dan
gurun bahkan dia menginap di gua, maka hal itu adalah hal yang alami
baginya, sedangkan Isa hidup justru di tengah-tengah masyarakat kota.
Persoalannya adalah, bukan hanya Isa tidak terkait hubungan dengan
seorang wanita dan bukan hanya mukjizat-mukjizat yang diperolehnya yang
luar biasa yang berhubungan dengan roh, tetapi yang lebih dari itu
adalah, bahawa beliau didukung oleh Ruhul kudus sepanjang masa
dakwahnya. Tentu itu adalah nikmat yang tak seorang pun dari para nabi
sebelumnya diberi. Allah SWT berfirman:
"(Ingatlah),
ketika Allah mengatakan: 'Hai Isa putera Maryam, ingatlah nikmat-Ku
kepadamu dan kepada ibumu di waktu Aku menguatkan kamu dengan roh
kudus. Kamu dapat berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian
dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu menulis,
hikmah, Taurat, dan Injil, dan (ingatlah pula) di waktu kamu membentuk
dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izin-Ku, kemudian
kamu meniup padanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya)
dengan seizin-Ku. Dan (ingatlah), waktu kamu menyembuhkan orang yang
buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan
seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari
kubur (menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu Aku
menghalangi Bani Israil (dari keinginan mereka membunuh kamu) di kala
kamu mengemukakan kepada mereka keterangan- keterangan yang nyata, lalu
orang-orang kafir di antara mereka berkata: 'Ini tidak lain hanya sihir
yang nyata.' Dan (ingatlah), ketika Aku ilhamkan kepada pengikut Isa
yang setia: 'Berimanlah kepada-Ku dan kepada rasul-Ku.' Mereka
menjawab: 'Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahawa
sesungguhnya kami adalah orang- orang yang patuh (kepada seruanmu).'"
(QS. al-Maidah: 110-111)
Ayat-ayat
tersebut menyebutkan lima mukjizat Nabi Isa. Pertama, bahawa beliau
mampu berbicara dengan manusia saat beliau masih di buaian. Kedua,
beliau diajari Taurat dan Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa telah
tersembunyi dan telah mengalami perubahan yang dilakukan oleh
orang-orang cerdik dari kaum Yahudi. Ketiga, beliau membentuk tanah
seperti burung kemudian meniupkannya lalu tanah itu menjadi burung.
Keempat, beliau mampu menghidupkan orang-orang yang mati. Kelima,
beliau mampu menyembuhkan orang yang buta dan orang yang belang.
Terdapat mukjizat yang keenam yang disebutkan dalam Al-Quran al-Karim:
"(Ingatlah),
ketika pengikut-pengikut Isa berkata: 'Hai Isa putera Maryam,
bersediakah Tuhanmu menurunkan hidangan dari langit kepada kami?' Isa
menjawab: 'Bertakwalah kepada Allah jika betul- betul kamu orang yang
beriman.' Mereka berkata: 'Kami ingin memakan hidangan itu dan supaya
tenteram hati kami dan supaya kami yakin bahawa kamu telah berkata
benar kepada kami, dan kami menjadi orang-orang yang menyaksikan
hidangan itu.' Isa putera Maryam berdoa: 'Ya Tuhan kami, turunkanlah
kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya)
akan menjadi hari raya bagi kami yaitu bagi orang-orang yang bersama
kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan-Mu:
beri rezekilah kami dan Engkaulah Pemberi rezeki Yang Paling Utama.'
Allah berfirman: 'Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu
kepadamu, barang siapa yang kafir di antaramu sesudah (turun hidangan)
itu, maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan seksaan yang tidak
pernah Aku timpakan kepada seorang pun di antara umat manusia.'" (QS.
al-Maidah: 112-115)
Mukjizat
yang keenam itu adalah turunnya makanan dari langit kerana permintaan
Hawariyin. Juga terdapat mukjizat yang ke tujuh yang terdapat surah Ali
'Imran yaitu beliau diberi kemampuan melihat hal-hal yang ghaib melalui
panca inderanya meskipun beliau tidak menyaksikannya secara langsung.
Oleh kerana itu, beliau memberitahu kepada sahabat-sahabatnya dan
murid-muridnya apa yang mereka makan dan apa yang mereka simpan di
rumah-rumah mereka:
"Dan
aku khabarkan kepadamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di
rumahmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah suatu tanda
(kebenaran kerasulanku) bagimu, jika kamu benar-benar beriman. " (QS.
Ali 'Imran:: 49)
Inilah
mukjizat Nabi Isa yang ke tujuh yang didahului oleh mukjizat
kelahirannya yang sangat mengagumkan. Beliau lahir tanpa seorang ayah,
lalu diikuti mukjizat berikutnya di mana beliau diangkat dari bumi ke
langit ketika penguasa yang lalim berusaha menyalibnya. Barangkali
pembaca akan bertanya-tanya: mengapa mukjizat-mukjizat seperti ini
diperoleh oleh Nabi Isa? Kita mengetahui bahawa mukjizat adalah hal
yang luar biasa yang Allah SWT berikan kepada nabi-Nya. Tetapi
pemberian itu menjadi sempurna jika mukjizat itu disesuaikan dengan
keadaan zaman diutusnya nabi tersebut sehingga mukjizat itu sangat
berpengaruh dalam jiwa kaum dan mampu menggoncangkan hati mereka dan
menjadikan mereka beriman kepada pemilik mukjizat ini. Jadi, mukjizat
menjadi suatu hal yang luar biasa. Oleh kerana itu, Allah SWT
berkehendak agar mukjizat ini sesuai dengan zaman diutusnya nabi
tersebut.
Jadi,
setiap mukjizat yang dibawa oleh rasul selalu berlain-lainan. Nabi
Saleh diutus di tengah-tengah kaum yang melihat bagaimana seekor unta
yang melahirkan dari gunung atau mampu membelah batu-batuan gunung.
Sedangkan Nabi Musa diutus di tengah-tengah kaum yang gemar memainkan
sihir sehingga sihir mendapat tempat istimewa. Oleh kerana itu,
mukjizat yang dibawa oleh Nabi Musa bentuk lahirnya seakan-akan
menyerupai sihir, tetapi pada hakikatnya ia justru menjatuhkan sihir.
Mukjizat itu berupa tongkat yang menjadi ular dan kemudian ular itu
memakan tongkat-tongkat para tukang sihir.
Lain
halnya dengan Nabi Isa, beliau diutus di tengah-tengah kaum materialis
yang mengingkari roh dan hari kebangkitan. Mereka menduga bahawa
manusia hanya sekadar tubuh tanpa roh. Mereka adalah kaum yang meyakini
bahawa darah makhluk adalah rohnya atau jiwanya. Taurat yang ada di
tangan Yahudi menyebutkan bahawa tafsir an-Nafst adalah darah.
Disebutkan di dalamnya: "Janganlah engkau memakan darah dari tubuh
manusia kerana jiwa setiap tubuh adalah darahnya. "
Nabi
Isa diutus di tengah-tengah kaum yang mereka disesatkan oleh falsafah
yang dasarnya mengatakan bahawa penciptaan alam memiliki sumber
pertama, seperti sebab dari akibat. Jadi, alam memiliki wujud yang
mendahuluinya. Di tengah-tengah masa yang materialis ini, di mana roh
diingkari, maka secara logik mukjizat Nabi Isa terkait dengan usaha
menunjukkan alam rohani. Demikianlah Isa dilahirkan tanpa seorang ayah.
Mukjizat ini cukup untuk membungkam kaum yang mengatakan bahawa alam
memiliki sumber pertama. Jelas bahawa alam tidak memiliki wujud yang
mendahuluinya. Kita berada di hadapan Sang Pencipta yang mengadakan
sistem bagi segala sesuatu dan menjadikan sebab bagi segala sesuatu.
Dia menjadikan proses kelahiran anak berasal dari hubungan laki-laki
dan wanita, tetapi Pencipta ini sendiri menciptakan sebab-sebab dan
sebab-sebab itu tunduk kepadanya sedangkan Dia tidak tunduk kepada
sebab-sebab itu. Dengan kehendak- Nya yang bebas, Dia mampu
memerintahkan kelahiran anak tanpa melalui ayah sehingga anak itu
lahir. Dan, kelahiran Isa pun terjadi tanpa seorang ayah. Cukup
ditiupkan roh kepadanya:
"Lalu
Kami tiupkan ke dalamnya (tubuhnya) roh dari Kami dan Kami jadikan dia
dan anaknya tanda (kekuasaan Allah) yang besar bagi semesta alam. "
(QS. al-Anbiya': 91)
Kelahiran
Isa membawa mukjizat yang luar biasa yang menegaskan dua hal: pertama,
kebebasan kehendak Ilahi dan ketidak terkaitannya dengan sebab kerana
Dia adalah Pencipta sebab-sebab, kedua pentingnya roh dan menjelaskan
kedudukannya serta nilainya di antara kaum yang hanya mementingkan
fizik sehingga mereka mengingkari roh. Seandainya kita mengamati
sebahagian besar mukjizat Nabi Isa, maka kita akan melihatnya dan
mendukung pandangan tersebut. Misalnya, mukjizat Nabi Isa yang mampu
membentuk tanah seperti burung lalu beliau meniupkannya sehingga tanah
itu menjadi burung. Mukjizat ini pun menguatkan adanya roh. Semula ia
berupa tanah yang bersifat fizik yang tidak dapat disifati dengan
kehidupan tetapi ketika Nabi Isa meniupnya, maka segenggam tanah itu
menjadi burung yang memiliki kehidupan, Sungguh sesuatu yang bukan
fizik masuk ke dalamnya. Sesuatu itu adalah roh. Roh itu masuk ke dalam
tanah sehingga ia menjadi burung. Jadi, roh adalah nilai yang hakiki,
bukan jasad atau fizik. Di samping itu, juga ada mukjizat menghidupkan
orang-orang yang mati. Bukankah ini juga menunjukkan adanya roh dan
adanya hari akhir atau hari kebangkitan. Orang yang mati telah ditelan
oleh bumi di mana anggota tubuhnya telah hancur berantakan sehingga ia
hampir menjadi tulang-belulang yang hancur lalu al-Masih memanggilnya
dan tiba-tiba dia hidup kembali dan bangkit dari kematiannya.
bersambung...
Kisah Nabi Isa A.S BHG 7

Seandainya orang yang mati hanya berupa fizik sebagaimana dikatakan orang-orang Yahudi, maka ia tidak akan mampu bangkit dari kematiannya kerana fiziknya telah hancur tetapi mayat itu mampu bangkit dari kematian. Jayanya kembali hidup dan ia bangkit dari kuburannya serta berbicara. Jadi, roh adalah nilai yang hakiki. bukan fizik atau jasad. Kalau begitu, di sana terdapat hari kebangkitan dan hari kiamat. Hal ini bukanlah mustahil sebagaimana yang dikatakan orang-orang Yahudi, kerana setelah kematian jasad menjadi tanah yang berterbangan di udara. Itu bukan mustahil tetapi mungkin-mungkin saja. Dalil dari hal itu adalah, kebangkitan orang-orang yang telah mati di hadapan mata kepala mereka sendiri. Nabi Isa telah menghidupkan mereka agar kaumnya yakin bahawa kiamat fizik akan terjadi dari kematian dan itu adalah benar dan bahawa hari akhir adalah benar.
Juga
terdapat mukjizat yang lain, yaitu beliau mampu memberi tahu kaumnya
tentang apa yang mereka simpan di rumah-rumah mereka, tanpa terlebih
dahulu beliau masuk ke rumah mereka atau dapat bocoran dari seseorang.
Mukjizat ini menetapkan bahawa panca indera bukanlah nilai yang hakiki.
Nabi Isa tidak melihat apa yang ada di rumah mereka tetapi rohnya mampu
untuk melihat dan berbicara atau memberitahu mereka. Jadi, rohani
adalah nilai yang hakiki, bukan fizik. Demikianlah mukjizat-mukjizat
Isa datang untuk memberitahukan pentingnya roh dan kebebasan kehendak
Ilahi. Mukjizat-mukjizat Nabi Isa - sebagaimana dikatakan oleh guru
kami Muhammad Abu Zahra' - termasuk dari jenis propagandanya dan sesuai
dengan tujuan risalahnya, yaitu dakwah untuk mendidik rohani dan
keimanan kepada hari kebangkitan dan hari kemudian, dan di sana ada
kehidupan lain di mana seseorang yang berbuat baik akan dibalas
kebaikannya dan orang yang berbuat buruk akan dibalas keburukannya.
Lalu,
apakah mukjizat menghidupkan orang-orang yang mati masih memberikan
celah kepada para pengingkaran akhirat untuk terus mengingkarinya atau
memberikan ruangan kepada penentang hari kebangkitan untuk meneruskan
penentangannya? Kami telah mengatakan bahawa orang-orang Yahudi telah
diracuni dengan fikiran ketidakpercayaan atau penentangan pada hari
akhirat serta tidak beriman kepada hari akhir, maka menghidupkan
orang-orang yang mati yang dibawa atau dikuasai oleh Isa menjadi suatu
pukulan telak bagi mereka yang membuat mereka beriman, tetapi mereka
masih menentang tanda-tanda kebesaran Allah.
Nabi
Isa menutup lembaran kehidupannya yang lembut dan ia mulai berdakwah di
jalan Allah. Beliau didukung oleh Ruhul kudus dan mukjizat-mukjizat
yang luar biasa. Al-Quran al-Karim menceritakan kepada kita bahawa
esensi dakwah al-Masih tidak banyak berubah dari esensi dakwah para
nabi sebelumnya, yaitu menyuarakan Islam yang intinya adalah menebarkan
tauhid yang sempurna hanya serta menyerahkan diri kepada Allah:
"Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kalian."
Al-Quran
memberitahu kita bahawa yang mengatakan kalimat tersebut adalah Isa.
Kalimat tersebut adalah kalimat yang sama yang pernah disampaikan
seluruh nabi, meskipun nama mereka, sifat mereka, mukjizat mereka, baju
mereka, bahasa mereka, usia mereka, bentuk mereka, dan warna kulit
mereka tidak sama. Mereka semua bersepakat untuk menyuarakan Islam dan
hanya menyerahkan diri kepada Allah SWT serta beriman bahawa Allah SWT
adalah Tuhan mereka dan Tuhan alam semesta. Tiada sekutu bagi-Nya dan
tiada yang setara dengan-Nya. Dia Maha Esa yang tidak beranak dan tidak
diperanakkan dan tiada sesuatu pun yang menyerupai-Nya.
Isa
tidak mengatakan persoalan tauhid lebih banyak atau lebih sedikit dari
apa yang pernah disampaikan oleh para nabi. Al-Quran datang kira- kira
setelah lima ratus tahun dari pengangkatan Nabi Isa. Allah SWT, melalui
ilmu-Nya yang azali mengetahui apa yang terjadi di tengah- tengah kaum
Masehi di mana mereka berselisih tentang hakikat Isa. Oleh kerana itu,
Al-Quran al-Karim berusaha menyingkap dialog mereka yang belum terjadi.
Allah SWT berfirman:
"Dan
(ingatlah) ketika Allah berfirman: 'Hai Isa putera Maryam, adakah kamu
mengatakan kepada manusia: 'Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan
selain Allah?' Isa menjawab: 'Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku
mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah
mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau
mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang
ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang
ghaib. Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang
Engkau perintahkan kepadaku (mengatakannya) yaitu: 'Sembahlah Allah,
Tuhanku, dan Tuhanmu,' dan aku menjadi saksi terhadap mereka selama aku
berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkaulah
yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala
sesuatu.'" (QS. al-Maidah: 116-117)
Al-Quran
secara tegas mengatakan bahawa dakwah al-Masih adalah dakwah tauhid.
Al-Quran ingin mengatakan bahawa al-Masih terlepas dari segala tuduhan
yang dialamatkan kepadanya, yaitu tuduhan bahawa ia anak Tuhan atau ia
justru tuhan itu sendiri. "Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka
kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakannya) yaitu:
'Sembahlah Allah, Tuhanku, dan Tuhanmu."
Nabi
Isa pergi berdakwah di jalan Allah SMT. Inti dakwahnya adalah, bahawa
tidak ada perantara antara Pencipta dan makhluk; tidak ada perantara
antara seorang penyembah dan yang disembah. Allah SWT menurunkan kitab
Injil kepada Nabi Isa. Ia adalah kitab suci yang datang untuk
membenarkan Taurat dan berusaha menghidupkan syariatnya yang pertama.
Injil adalah cahaya, petunjuk, dan peringatan bagi orang-orang yang
bertakwa. Nabi Isa ingin meluruskan tafsiran orang-orang Yahudi
terhadap syariat di mana mereka menyampaikan tafsir dari syariat itu
secara harfiah dan sesuai dengan kepentingan mereka. Nabi Isa
menenangkan orang-orang yang menjaga syariat bahawa ia tidak datang
untuk menghilangkan syariat, tetapi ia datang untuk menyempurnakannya
dan menyelesaikan tugas para nabi. Namun Isa lebih menekankan pada
penafsiran esensinya, bukan kepada bentuk lahiriahnya.
Nabi
Isa memberi pengertian kepada orang-orang Yahudi bahawa sepuluh wasiat
yang dibawa oleh Isa mengandung makna-makna yang lebih dalam dari apa
yang mereka bayangkan. Wasiat yang keenam bukan hanya melarang
pembunuhan materi, sebagaimana yang mereka fahami tetapi juga
menyangkut penindasan dan usaha mencelakakan orang lain. Sedangkan
wasiat yang ke tujuh bukan hanya melarang zina (dalam pengertian
terjadinya hubungan antara laki-laki dengan perempuan melalui cara-cara
yang tidak sah), tetapi zina berarti segala bentuk perbuatan yang
menjurus kepada dosa. Misalnya, ketika mata diarahkan kepada lawan
jenis disertai syahwat dan hasrat seksual, maka itu pun berarti zina.
Nabi Isa berkata: "Sesungguhnya lebih baik bagi manusia untuk
menghindarkan matanya dari sesuatu yang dapat menghancurkannya daripada
ia harus hancur dengan mata itu sendiri. Syariat yang dibawa oleh Isa
melarang untuk melanggar sumpah dan janji Nabi Isa memberi pengertian
kepada kaumnya bahawa hendaklah mereka tidak melakukan sumpah palsu
kerana merupakan "kesalahan besar jika nama Allah dibuat main-main di
atas mulut-mulut manusia." (Injil Mata 21 sampai 48).
Dakwah
Nabi Isa juga berbenturan dengan arus materialisme yang sangat
mendominasi masyarakat saat itu. Oleh kerana itu, beliau mengingatkan
manusia dari perbuatan munafik, pamrih, tamak, dan gila pujian. Begitu
juga beliau mengingatkan mereka dari sifat rakus terhadap kekayaan
dunia; beliau mengingatkan agar jangan sampai mereka menimbun harta di
dunia. Yakni, hendak lah mereka tidak memfokuskan perhatian mereka pada
urusan-urusan duniawi semata yang sifatnya tidak abadi. Tetapi
hendaklah mereka memfokuskan perhatian mereka pada hal-hal yang
bersifat samawi (ukhrawi) kerana itu bersifat abadi.
Nabi
Isa memberitahu kepada masyarakatnya agar mereka menjadi orang-orang
yang teliti saat memilih gaya hidup mereka kerana pada gilirannya akal
mereka akan menjadi cermin darinya. Kecenderungan manusia itu terkait
kuat dengan hatinya. Jika hati tertuju kepada cahaya langit, maka
kehidupan manusia akan tampak bersinar tetapi jika hati tertuju pada
kegelapan dunia, maka kehidupannya pun tampak gelap. Nabi Isa
mengingatkan kaumnya dari sikap pamrih dan cinta dunia. Beliau mengajak
mereka untuk teliti dalam memilih majikan yang mereka mengabdi
kepadanya kerana manusia tidak dapat mengabdi kepada dua majikan dalam
satu waktu. Boleh jadi ia akan menjadikan harta sebagai majikannya,
atau boleh jadi ia akan menjadikan Allah SWT sebagai tuannya. Jika ia
menyembah harta, maka berarti ia jauh dari penyembahan terhadap
Tuhannya. Oleh kerana itu, hendaklah manusia menjauhi dunia, seperti
makanan dan pakaian di mana mereka akan dikuasai oleh kegelisahan dan
ketidaktenangan serta keraguan tentang penjagaan Allah SWT kepada
mereka. Allah SWT telah berjanji untuk memenuhi kebutuhan
hamba-hamba-Nya dalam kehidupan. Ketika timbul kegelisahan dan keraguan
pada diri mereka, maka itu dikeranakan keraguan mereka terhadap
penjagaan Allah SWT dan ketidakpercayaan mereka kepada janji-janjinya
dan rahmat-Nya serta bimbingan-Nya. Allah SWT lah yang menciptakan
mereka dan Dia pula yang menjamin kehidupan mereka dan melindungi
mereka. Bahkan Dia juga melindungi makhluk yang paling kecil urusannya
seperti burung di langit dan kumbang-kumbang di kebun.
bersambung...
Kisah Nabi Isa A.S BHG 8

Nabi Isa memberitahu kaumnya bahawa hanya memperhatikan dunia adalah hal yang salah, yang tidak pantas dilakukan oleh orang-orang yang beragama. Itu adalah sikap para penyembah berhala kerana penyembah berhala tidak mengetahui apa yang lebih baik darinya, sedangkan orang- orang yang beragama mengetahui bahawa di sana terdapat bimbingan Ilahi yang mengajak mereka untuk percaya kepada Allah SWT dan tidak begitu peduli dengan dunia. Allah SWT mengetahui kebutuhan-kebutuhan mereka lebih daripada apa yang mereka ketahui; Allah SWT akan melindungi mereka dan akan menjamin kehidupan mereka. kerana itu, yang layak bagi mereka adalah, hendaklah mereka memohon agar diberi kekuasaan Allah SWT dan kebaikan dari-Nya. Yakni kehidupan rohani dan apa yang dikandungnya dari kebahagiaan abadi.
Di
samping itu, Nabi Isa menasihati mereka agar jangan terlalu pusing
dengan kejadian-kejadian yang akan datang dan persoalan-persoalan esok
hari kerana esok hari sudah berjalan sebagaimana mestinya. Jika
kebutuhan dan penderitaan datang silih berganti, maka bantuan dan
perlindungan Ilahi pun terus datang silih berganti. Dakwah Nabi Isa
juga berbenturan dengan dualisme yang tumbuh di tengah-tengah
masyarakat. Kita saksikan sebagaimana mereka suka mendapatkan kebaikan
yang ditujukan kepada diri mereka, maka mereka pun biasa untuk
melakukan kejahatan kepada orang-orang lain. Demikianlah, kehidupan
orang-orang Yahudi dicemari sikap dualisme ini. Nabi Isa mewasiatkan
kepada manusia agar mereka memperlakukan sesama mereka sesuai dengan
akidah yang mengatakan: "Perlakukanlah orang lain sebagaimana engkau
memperlakukan dirimu sendiri"
Nabi
Isa terus melangsungkan dakwahnya dan mengajak manusia untuk menyembah
Allah SWT serta tidak menyekutukan-Nya, sebagaimana beliau juga
mengajak manusia untuk membersihkan rohani serta hati dan berusaha
memasuki kerajaan langit. Dakwah Nabi Isa itu sangat memukul kalangan
para pendeta Yahudi. Kalimat-kalimat yang dilontarkan Nabi Isa bagaikan
senjata yang siap menerpa wajah mereka dan menyatakan peperangan
terhadap mereka serta menyingkap kedok kemunafikan mereka. Mula-mula
pemerintahan Romawi tidak turut campur dalam masalah tersebut kerana
mereka melihat bahawa itu hanya sekadar perselisihan dalaman antara
kelompok-kelompok Yahudi. Bagi mereka, selama orang-orang Yahudi sibuk
dengan masalah mereka sendiri dan tidak peduli dengan kekuasaan, mereka
pun tidak turut campur.
Kemudian
para pendeta Yahudi mulai merancang suatu persekongkolan untuk
menyingkirkan Isa. Mereka ingin mengusir Isa dan membuktikan bahawa Isa
datang untuk menghancurkan syariat Musa. Syariat Musa memutuskan untuk
merejam wanita yang berzina. Para pendeta Yahudi menghadirkan wanita
yang salah yang berhak direjam. Mereka berkumpul di sekeliling Isa dan
bertanya kepadanya: "Tidakkah syariat menetapkan untuk merejam wanita
yang bersalah?" Isa menjawab: "Benar," Mereka berkata: "Ini adalah
wanita yang bersalah." Isa memandang wanita itu dan ia pun melihat para
pendeta Yahudi. Isa mengetahui bahawa para pendeta Yahudi lebih banyak
kesalahannya daripada wanita tersebut. Para pendeta itu menunggu
jawapan Isa. Jika ia mengatakan bahawa wanita itu tidak berhak dibunuh,
maka berarti ia menentang syariat Musa, dan jika ia mengatakan bahawa
ia berhak dibunuh, maka ia justru menghancurkan dirinya sendiri yang
membawa syariat cinta dan toleransi. Nabi Isa memahami bahawa ini
adalah persekongkolan. Beliau tersenyum dan wajahnya tampak bercahaya.
Kemudian beliau melihat para pendeta Yahudi dan wanita itu sambil
berkata: "Barang siapa di antara kalian yang tidak memiliki kesalahan,
maka hendaklah ia merejam wanita itu."
Suara
beliau yang keras itu memecahkan keheningan tempat penyembahan. Beliau
menetapkan peraturan baru yang berhubungan dengan hukum yang dijatuhkan
kepada orang yang berbuat salah. Hendaklah orang yang tidak berbuat
salah menghukum orang yang salah dan tidak berhak seseorang pun dari
kalangan manusia untuk menghukum orang yang bersalah jika ia sendiri
bersalah, tetapi yang menghukumnya adalah Allah SWT yang Maha Suci dan
Maha Tinggi dan Allah SWT adalah Maha Pengasih di antara yang mengasihi.
Nabi
Isa keluar dari tempat penyembahan itu. Tiba-tiba, wanita itu mengejar
dari belakangnya. Lalu wanita itu mengeluarkan dari pakaiannya satu
botol dari minyak yang berharga. Ia berdiri di depan Isa dan
menjatuhkan dirinya di atas kedua kaki Isa lalu menciumnya dan
membasuhnya dengan minyak wangi dan air mata. Setelah itu, ia
mengeringkan kedua kakinya dengan rambutnya. Bagi wanita itu, al- Masih
mempakan harapan terakhir yang dapat menyelamatkannya. Lalu keluarlah
dari belakang Isa seorang tokoh pendeta Yahudi. Ia berdiri menyaksikan
pemandangan tersebut dan ia merasa kagum terhadap kasih sayang Isa. Isa
melihat kepadanya dan bertanya; "Seorang kreditor yang memiliki dua
orang debitor, salah satunya berhutang lima ratus dinar dan yang lain
lima puluh dinar." Pendeta itu berkata: "Ya." Isa berkata: "Tak seorang
pun dari mereka berdua yang memiliki wang yang cukup untuk melunasi
wangnya. Lalu si kreditor memaafkan mereka dan membebaskan mereka dari
hutang." Pendeta berkata: "Ya." Kemudian Isa bertanya: "Siapa di antara
mereka yang paling senang kepada kreditor itu?" Pendeta menjawab:
"Tentu yang berhutang lebih besar.'' Isa berkata: "Benar apa yang
engkau ucapkan. Lihatlah wanita ini. Aku telah masuk ke rumahmu tetapi
engkau tidak memberikan kepadaku air agar aku dapat membasuh wajahku,
tetapi wanita itu membasuh kedua kakiku dengan air mata lalu ia
mengusapnya dengan rambut kepalanya. Begitu juga engkau tidak
memberikan ciuman kepadaku tetapi wanita ini tidak merasa puas dengan
hanya mencium kedua kakiku. Jadi, hatimu sungguh sangat keras tetapi
hati wanita itu dipenuhi dengan rasa cinta. Maka barang siapa yang
banyak mencintai nescaya kesalahan-kesalahannya akan diampun." Kemudian
Isa menoleh ke wanita itu dan memerintahkannya untuk bangkit dari tanah
sambil berkata: "Ya Allah, ampunilah wanita ini dan hilangkanlah
kesalahan-kesalahannya."
Nabi
Isa berusaha menyedarkan para pendeta Yahudi bahawa para dai yang
menyeru di jalan Allah SWT bukanlah algojo yang bengis yang menerapkan
hukum syariat tanpa melihat keadaan masyarakat yang bersalah, tetapi
mereka datang dan membawa ajaran Allah SWT yang merupakan ajaran yang
penuh dengan rahmat kepada manusia. Jadi, rahmat adalah tujuan semua
dakwah Ilahi ini. Bahkan diutusnya para nabi itu sendiri mengandung
rahmat Allah SWT terhadap kaum mereka.
Isa
terus berdoa kepada Allah SWT agar merahmati kaumnya. Beliau menyuruh
kaumnya agar menyayangi diri mereka sendiri dan beriman kepada Allah
SWT. Kehidupan Nabi Isa menggambarkan kezuhudan dan ketaatan dalam
ibadah. Mu'tamar bin Sulaiman berkata, sebagaimana diriwayatkan Ibnu
'Asakir: "Nabi Isa menemui kaumnya dengan memakai pakaian dari wol.
Beliau keluar dalam keadaan tidak beralas kaki sambil menangis serta
wajahnya tampak pucat kerana kelaparan dan bibimya tampak kering kerana
kehausan. Nabi Isa berkata, "salam kepada kalian wahai Bani Israil. Aku
adalah seseorang yang meletakkan dunia di tempatnya sesuai dengan izin
Allah SWT, tanpa bermaksud membanggakan diri. Apakah kalian mengetahui
di mana rumahku?" Mereka menjawab: "Di mana rumahmu wahai Ruhullah?"
Nabi
Isa menjawab: "Rumahku adalah masjid, wewangianku adalah air makananku
adalah rasa lapar, pelitaku adalah bulan di waktu malam dan solatku di
waktu musim dingin di saat matahari terletak di timur, bungaku adalah
tanaman-tanaman bumi, pakaianku terbuat dari wol, syiarku adalah takut
kepada Tuhan Yang Maha Mulia, teman-temanku adalah orang-orang yang
fakir, orang-orang yang sakit, dan orang-orang yang miskin. Aku
memasuki waktu pagi dan aku tidak mendapati sesuatu pun di rumahku
begitu juga aku memasuki waktu sore dan aku tidak menemukan sesuatu pun
di rumahku. Aku adalah seseorang yang jiwanya bersih dan tidak
tercemar. Maka siapakah yang lebih kaya daripada aku?"
Isa
terus melakukan dakwahnya. Ia didukung oleh mukjizat dari Allah SWT.
Nabi Isa mampu membuat bentuk burung dari tanah kemudian ia meniupnya,
maka tanah itu menjadi burung dengan izin Allah SWT. Selain itu, hujung
bajunya yang sederhana jika tersentuh orang yang sakit, maka orang itu
akan sembuh. Bahkan jika Isa meletakkan tangannya di atas mata orang
yang buta atau orang yang terkena sakit belang nescaya ia akan sembuh.
Jadi, Nabi Isa didukung oleh mukjizat yang luar biasa. Bahkan beliau
mampu menghidupkan orang-orang yang mati dari kuburan mereka sehingga
mereka keluar dalam keadaan hidup dengan izin Allah SWT.
Para
ahli tafsir mengatakan bahawa Nabi Isa menghidupkan empat orang.
Pertama, al-Azir yaitu temannya. Kemudian dua orang anak laki-laki dari
seorang tua, dan seorang anak perempuan satu-satunya dari seorang ibu.
Mereka adalah tiga orang yang mati di zaman Nabi Isa. Ketika orang-
orang Yahudi melihat hal tersebut, mereka berkata: "Engkau menghidupkan
orang-orang yang mati dan kematian mereka tidak lama .Barangkali mereka
tidak mati tapi mereka sekadar mengalami keadaan tidak sedarkan diri
atau mati suri. Lalu mereka meminta kepada Nabi Isa untuk membangkitkan
Sam bin Nuh dari kematiannya.
Para
ahli tafsir mengatakan bahawa Nabi Isa bertanya kepada mereka, "Di
manakah kaum kuburan Sam bin Nuh?" Mereka keluar bersama Isa sehingga
mereka mencapai kuburan. Lalu Nabi Isa berdoa kepada Allah SWT agar
menghidupkan orang yang mati di situ. Sam bin Nuh keluar dari
kuburannya, dan rambut dikepala-nya tampak beruban. Isa berkata
kepadanya: "Bagaimana rambut di kepalamu bisa beruban, sementara di
zamanmu kau tidak. ada uban," Sam berkata: "Ya Ruhullah, aku mendengar
engkau berdoa untukku lalu aku mendengar suara yang mengatakan, aku
akan mengabulkan wahai Ruhullah. Aku mengira bahawa kiamat telah tiba.
kerana takutnya kepada hal itu sehingga rambut di kepalaku beruban."
bersambung...
Kisah Nabi Isa A.S BHG 9

Apa pun yang dikatakan berkaitan dengan cerita itu yang menyebutkan tentang bagaimana Nabi Isa menghidupkan orang-orang yang mati, namun kita tidak mengetahui konteks Al-Qu'ran serta perincian-perincian yang menjelaskan hal tersebut. Allah SWT hanya menyebutkan bahawa Isa menghidupkan orang-orang yang mati dengan izin-Nya. Kita percaya bahawa Nabi Isa mampu menghidupkan mereka tetapi kita tidak mengetahui apakah mereka mati kembali setelah dihidupkan atau mereka sempat menjalani kehidupan selama beberapa saat. Nabi Isa terus berjalan di jalan Allah SWT. Beliau membuat bagi mereka apa yang disebut dengan hukum roh. Beliau menaiki gunung dan para sahabat- sahabatnya berdiri di sekitarnya. Nabi Isa melihat orang-orang yang beriman kepadanya yang terdiri dari orang-orang yang fakir, orang-orang yang menderita, dan orang- orang yang sedih. Jumlah mereka sedikit sebagaimana lazimnya jumlah para pengikut nabi.
Gunung
diliputi dengan awan tipis dan turunlah hujan gerimis. Isa mulai
berbicara: "Sungguh beruntung bagi orang-orang miskin kerana mereka
memiliki kerajaan langit. Beruntunglah orang-orang yang sedih kerana
mereka akan menjadi orang-orang yang mulia. Beruntunglah yang diserahi
amanat kerana mereka akan mewarisi bumi. Beruntunglah orang- orang yang
lapar dan haus kerana mereka akan dikenyangkan. Beruntunglah
orang-orang yang menyayangi kerana mereka akan disayangi. Beruntunglah
orang-orang yang bersih hatinya kerana mereka akan melihat Allah SWT.
Beruntunglah orang-orang yang tertindas demi mempertahankan kebenaran
kerana mereka akan mendapatkan kerajaan langit. Kalian adalah garam
bumi jika garam telah rosak, maka siapa gerangan yang dapat
mengembalikannya menjadi garam kembali." Renungkanlah kedalaman
ungkapan dari Nabi Isa, "kalian adalah garam bumi."
Garam
adalah sesuatu yang memberikan rasa yang khusus dan tanpa garam makanan
akan menjadi hambar. Yakni, tanpa orang-orang mukmin, maka cita rasa
kehidupan terasa tidak bermakna; tanpa kehadiran orang-orang Muslim dan
perbuatan mereka yang ikhlas terhadap Allah SWT akan tampak kehidupan
sangat berat dan tidak berarti. Di samping itu, kehadiran manusia
sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi pun sia-sia, dan keagungan
manusia sebagai hamba Allah SWT pun tidak bermakna, dan pada gilirannya
kehidupan akan dipenuhi dengan kejahatan dan keburukan.
Allah SWT teiah mewahyukan kepada "garam bumi" agar mereka beriman kepada Nabi Isa. Allah SWT berfirman:
"Dan
(ingatlah), ketika Aku ilhamkan kepada pengikut-pengikut Isa yang
setia: 'Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku.' Mereka
menjawab: 'Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahawa
sesungguhnya kami adalah orang-orang yang patuh (kepada seruanmu).'"
(QS. al-Maidah: 111)
Al-Hawariyin
mengakui kebenaran ajaran Nabi Isa dan mereka menyatakan keislaman
kepadanya, sebagaimana ratu Saba' mengakui kebenaran ajaran Nabi
Sulaiman dan menyatakan keislaman padanya, dan sebagaimana semua para
nabi menyatakan keislaman. Hakikat ajaran para nabi terbatas kepada
pernyataan keislaman dan semua nabi menyeru kepada jalan tauhid dan
jalan Islam. Islam dalam pandangan kami memiliki makna yang lebih dalam
daripada tauhid. Pengakuan seseorang terhadap Allah SWT dan keimanan
akan keesaan-Nya dalam menciptakan makhluk tidak mencegah orang itu
untuk berbuat dosa, sedangkan keislaman atau penyerahan hati dan
anggota badan serta pemikiran kepada Allah SWT merupakan suatu
tingkatan sedikit lebih tinggi. Ini adalah tingkat kepatuhan
orang-orang yang patuh dan puncak ketauhidan orang-orang yang
bertauhid. Itu adalah keserasian antara tindakan dengan fikiran, yaitu
usaha manusia untuk menghindari kesalahan dan memurnikan amal hanya
untuk Allah SWT. Al-Quran al- Karim memberitahu kita bahawa Allah SWT
menyampaikan wahyu kepada al-Hawariyin agar mereka beriman kepadanya
dan kepada Rasul-Nya Isa.
Marilah
kita renungkanlah sejenak tentang wahyu Allah SWT terhadap Hawariyin.
Kita mengetahui bahawa Allah SWT mewahyukan kepada manusia dan kepada
makhluk-makhluk lainnya. Allah SWT berfirman:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mewahyukan kepada lebah..." (QS. an-Nahl: 68)
Yang
dimaksud dengan wahyu di sini adalah memberikan ilham kepada makhluk
agar mereka menuju ke jalan fitrahnya yang telah Allah SWT gariskan di
atasnya sehingga mereka mencapai jalan kesempurnaan. Tidakkah Anda
ingat tentang jawapan Nabi Musa terhadap pertanyaan Fira'un:
"Fir'aun berkata: 'Siapakah Tuhan kamu berdua wahai Musa. " (QS. Thaha: 49)
"Musa
berkata: 'Tuhan kami ialah (Tuhan) yang telah memberikan kepada
tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya kemudian memberinya petunjuk. "
(QS. Thaha: 50)
Makna
di sana dan di sini sama. Makna yang sama tersebut diterapkan kepada
kaum Hawariyin di mana wahyu Allah SWT terhadap mereka berupa pemberian
ilham kepada mereka demi kebaikan mereka dan kebahagiaan mereka, dan
wahyu ini tidak bertentangan dengan ikhtiar mereka dan usaha mereka
serta keinginan mereka, bahkan tidak bertentangan dengan kebebasan
mereka. Allah SWT telah melihat hati mereka yang dipenuhi dengan
kebaikan. Dia melihat mereka sebagai garam bumi, maka Allah SWT
mewahyukan kepada mereka agar beriman kepadanya dan rasul-Nya sehingga
mereka pun beriman dan mereka pun bersaksi bahawa mereka orang-orang
yang berserah diri atau Muslim.
Tampaknya
kaum Hawariyin menyembunyikan keimanan mereka sehingga Isa merasakan
kekufuran kaumnya semakin menjadi-jadi lalu Isa memanggil mereka:
"Siapakah di antara kalian yang menolong aku menuju jalan Allah SWT?"
Allah SWT berfirman:
"Maka
tatkala Isa mengetahui keingkaran dari mereka (Bani Israil) berkatalah
dia: 'Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk menegakkan
(agama) Allah?' Para Hawariyin (sahabat-sahabat setia) menjawab:
'Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah;
dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang
menyerahkan diri. Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang
telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, kerana itu
masukkanlah kami ke dalam golongan orang- orang yang menjadi saksi.'"
(QS. Ali 'Imran: 52-53)
Nas
Al-Quran menunjukkan bahawa Nabi Isa mengajak mereka untuk mengikuti
Islam sehingga mereka pun berserah diri; nas Al-Quran menegaskan bahawa
Nabi Isa menyampaikan khabar gembira dengan kedatangan seorang rasul
yang datang setelahnya yang bernama Ahmad. Dikatakan dalam Al-Quran:
"Dan
(ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: 'Hai Bani Israil,
sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab yang
turun sebelumku, yaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan
(datangnya) seorang rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya
Ahmad (Muhammad).' Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan
membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: 'Ini adalah sihir yang
nyata.'" (QS. Shaff: 6)
Kita
tidak mengetahui secara pasti kapan Nabi Isa menyampaikan khabar berita
tentang kedatangan seorang rasul ini yang datang setelah masanya, yaitu
Ahmad saw. Apakah khabar berita itu beliau sampaikan dipermulaan
pengutusannya kepada manusia, atau apakah beliau menyampaikan khabar
itu pada akhir masa dakwahnya dan sebelum beliau diangkat ke langit?
Tetapi melihat konteks Al-Quran tampaknya khabar berita tersebut itu
disampaikan di permulaan dakwahnya, sebagaimana firman-Nya: "Maka
tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang
nyata, mereka berkata: 'lni adalah sihir yang nyata.'"
Kata
ganti (dhamir) dalam ayat tersebut kembali kepada Nabi Isa. Ayat
tersebut menunjukkan bahawa Nabi Isa menyampaikan khabar gembira dengan
datangnya Muhammad atau Ahmad ketika Allah SWT mengutus kepada kaumnya.
Kemudian terjadilah di hadapan Nabi Isa berbagai macam mukjizat yang
luar biasa seperti penghidupan orang yang mati, peniupan tanah, dan
sebagainya. Ketika Nabi Isa datang membawa bukti- bukti yang jelas ini,
maka mereka menuduhnya bahawa ia membawa sihir. Nabi Isa mengetahui
bahawa tuduhan semacam ini telah dialamatkan kepada sebahagian besar
para nabi sebelumnya. Beliau juga mengetahui bahawa nabi yang terakhir
pun akan mendapatkan tuduhan yang sama. Oleh kerana itu, nabi yang
mulia itu tetap berdakwah di jalan Allah SWT dan tidak peduli dengan
tuduhan kaumnya yang mengatakan bahawa beliau membawa sihir.
Kemudian
pertentangan antara Nabi Isa dan Bani Israil semakin meningkat. Mereka
adalah orang-orang yang hatinya keras, yang membeku di hadapan
kebenaran. Isa datang kepada mereka dan menghancurkan segala pemikiran
mereka dan kehidupan mereka serta sistem mereka. Sesungguhnya dakwah
Nabi Isa terfokus kepada kebenaran, kedamaian dan keadilan dan pada
saat yang sama mengumumkan peperangan terhadap kehidupan orang-orang
yang lalim yang telah menjauhi kebenaran. keadilan, dan kedamaian.
Injil Mata menyebutkan melalui lisan Isa: "Janganlah kalian mengira
bahawa aku membawa kedamaian ke muka bumi. Aku tidak datang hanya
membawa kedamaian tetapi aku datang membawa pedang."
bersambung...
Kisah Nabi Isa A.S BHG 10
Kalimat tersebut menyiratkan hakikat yang penting dari hakikat dakwah para nabi. Para nabi adalah pejuang sejati di mana senjata yang mereka gunakan di medan peperangan beraneka ragam. tetapi mereka pada hakikatnya adalah pejuang. Mereka memulai peperangan mereka dengan satu pemikiran yaitu suatu tekad mengatakan bahawa tiada Tuhan selain Allah SWT. Pemikiran itu tentu berbenturan dengan kepercayaan akan tuhan-tuhan yang diyakini oleh manusia, baik tuhan-tuhan yang terbuat dari emas atau batu. Pemikiran itu sangat mengganggu ketenangan orang-orang yang lalim atau penguasa yang bengis serta sangat melawan kepentingan mereka, sehingga para raja dan para penguasa seperti biasanya bergerak menentang nabi kecuali orang yang mendapatkan petunjuk dari Allah SWT. Para pembesar dari kalangan kaum nabi menentang nabi. Al-Mala' adalah para pembesar sebagaimana telah kami jelaskan dalam kisah Nabi Nuh dan sesudahnya. Kemudian Nabi terus melangsungkan peperangan mewujudkan tekadnya: Nabi meletakkan dasar peperangannya dengan menyampaikan ketuhanan Allah SWT.
Setelah
meneguhkan dasar yang kuat ini, Nabi menetapkan keadilan. Tak seorang
pun berhak untuk menghinakan seseorang atau menjadikannya sebagai budak
kerana penghambaan hanya pantas ditujukan kepada Allah SWT. Manusia
adalah sama di antara mereka sehingga tidak berhak seseorang untuk
memanfaatkan kekuatan manusia untuk membangun kejayaan peribadinya atau
untuk memperkaya dirinya dengan merugikan orang lain, atau
menghancurkan hak-hak mereka atau berbuat buruk terhadap mereka dalam
berbagai bentuknya. Jadi, inti dakwah para nabi berarti mengganti dan
mengubah sistem yang rosak yang didirikan oleh para pembesar kaumnya.
Kalau begitu, ia adalah dakwah yang menyatakan peperangan dan kerana
itu seseorang nabi harus membawa senjata. Setelah meneguhkan pemikiran
tersebut, dimulailah peperangan. Seorang nabi menggunakan pedang. Ia
berlindung di balik senjata dan senjata yang dimiliki oleh setiap nabi
berbeza-beza.
Mula-mula
seorang nabi tidak menggunakan senjata apa pun dalam peperangannya
selain berusaha untuk membangkitkan akal. Lalu peperangan semakin
meningkat sehingga nabi terpaksa untuk menggunakan senjata. Para musuh
memaksanya untuk menggunakan senjata sehingga para nabi pun menggunakan
senjata. Di sini setiap nabi mempunyai senjata yang berbeza-beza.
Terkadang senjata seorang nabi berupa mukjizat yang dapat menghentikan
langkah dan menghancurkan mereka seperti taufan (kisah Nabi Nuh) atau
angin (kisah Nabi Hud), dan terkadang senjata para nabi adalah mukjizat
yang membantunya untuk mengalahkan musuh-musuhnya secara pasti seperti
ditundukkannya jin dan burung baginya (kisah Nabi Sulaiman) dan senjata
nabi berupa mukjizat yang menyelamatkannya dari tipu daya musuh seperti
berubahnya api menjadi sesuatu yang dingin dan membawa keselamatan
(kisah Nabi Ibrahim) dan terkadang senjata nabi yang luar biasa yang
memperkuat dakwahnya seperti menghidupkan orang-orang yang mati (kisah
Nabi Isa) dan terkadang senjata nabi berupa pedang yang dipegang di
tangannya saat ia melangsungkan peperangan dan mempertahankan dakwahnya
(kisah Nabi Muhammad saw).
Jadi,
senjata para nabi berbeza-beza, baik dalam bentuk kualiti mahupun
kapasitinya. Allah SWT mengetahui kondisi mereka lebih dari apa yang
kita ketahui sehingga Allah SWT sangat tepat ketika memilihkan senjata
untuk setiap nabi. Dan tak seorang nabi pun yang tinggal di suatu
tempat sementara ia tidak berjuang dan tidak bergerak dan tidak
mengalami penderitaan dari kaumnya. Oleh kerana itu, sesuai dengan
kadar kesabaran para nabi dan perjuangan mereka dalam menyampaikan
dakwah di jalan Allah SWT, mereka layak untuk mendapatkan tempat yang
istimewa di sisi Allah SWT.
Isa
bin Maryam telah menyampaikan bahawa beliau adalah seorang pejuang yang
membawa senjata. Kata-katanya sendiri berusaha menghancurkan masyarakat
yang keras, masyarakat yang bodoh. Masyarakat di zaman Nabi Isa berdiri
di atas kesalahan, kesyirikan, kebohongan, kemunafikan, meterialisme,
pamrih, kelaliman dan tidak ada kebebasan. Maka melalui
kalimat-kalimatnya, Nabi Isa menghancurkan semua ini. Nabi Isa
memberitahu kaumnya bahawa dakwahnya di jalan Allah SWT bukan terfokus
pada dakwah kedamaian tetapi dalam hal-hal tertentu dakwahnya pun
berisi pernyataan perang. Sesuatu menjadi tidak bernilai ketika tidak
berusaha dipertahankan oleh yang bersangkutan sampai titis darah
penghabisan. Timbulnya pemikiran- pemikiran, nilai-nilai dan
prinsip-prinsip tidak hanya bersandar kepada idealismenya tetapi
nilainya justru bersandar kepada usaha keras yang dikerahkan oleh para
pembawanya dalam rangka mempertahankannya. Tanpa peperangan dan
mengangkat senjata dakwah para nabi akan menjadi pemikiran-pemikiran
yang sekadar idealisme yang tidak akan menghentikan seseorang pun dan
tidak akan membangkitkan seseorang pun.
Kita
mengetahui bahawa sebahagian besar nabi berhadapan dengan kelompok
besar dari masyarakat yang menentangnya dan berusaha memeranginya.
Mula-mula mereka mengejeknya dan pada akhirnya mereka berusaha untuk
membunuhnya. Kita mengetahui bahawa para nabi berusaha mati-matian
untuk memperjuangkan kebenaran yang dibawanya. Melalui kisah para nabi,
kita mengetahui bahawa bagaimana serangan masyarakat, para pembesar,
dan para penguasa terhadap para nabi tetapi pada saat yang sama kita
seakan-akan tidak melihat bagaimana serangan para nabi terhadap mereka.
Penjelasan dari hal itu sangat mudah. Peperangan yang dibangkitkan oleh
kebatilan atas para nabi didukung oleh alat-alat yang canggih dan
sangat kuat di mana mereka memiliki berbagai macam sarana untuk
menjatuhkan para nabi, sedangkan para nabi hanya menyandarkan kekuatan
dari yang Maha Benar, yaitu Allah SWT; kekuatan yang tidak berdasarkan
pada sebab- sebab tertentu atau tidak peduli dengan tuduhan-tuduhan
atau kegaduhan.
Para
nabi hanya terus melangsungkan dakwahnya yang berdasarkan kepada usaha
membangkitkan akal dan hati serta menyucikan roh. Keteguhan sikap para
nabi ini bagi musuh-musuh mereka merupakan masalah yang besar. Dakwah
nabi juga menjamah suatu keluarga di mana seorang ayah dapat beriman
sementara seorang anak dapat menentang atau seorang anak dapat beriman
sementara si ayah dapat menentang atau seorang isteri beriman atau
seorang suami kafir atau seorang suami beriman sementara si isteri
kafir. Perbezaan anak laki-laki dengan ayahnya dan seorang isteri
dengan suaminya menimbulkan permusuhan di dalam rumah-rumah. Dengan
terjadinya hal ini, masyarakat bergerak untuk menentang nabi dan
semakin meningkatkan tekanan-tekanan mereka kepadanya sehingga
permusuhan dan kebencian mereka kepada nabi semakin meruncing. Mereka
pun berusaha untuk melawan nabi itu yang bagi mereka telah memisahkan
antara ayah dan anaknya atau ia datang untuk memisahkan seorang anak
perempuan dari ibunya.
Kemudian
seorang nabi meletakkan suatu undang-undang bagi orang yang
mengikutinya, yaitu undang-undang pokok yang membatalkan undang- undang
yang tidak sesuai dengannya. Undang-undang ini tampak dalam kalimat
nabi: "pertama-tama cinta kepada Allah dan kemudian cinta kepada nabi
dan setelah itu cinta kepada sesama manusia." Makna-makna yang demikian
ini tercermin secara jelas dari kalimat-kalimat Isa yang disampaikan
oleh Injil Mata pada pasal ke-10.
Al-Masih
berkata: "Janganlah engkau mengira bahawa aku datang membawa kedamaian
di bumi, aku datang bukan hanya membawa kedamaian tetapi pedang. Aku
datang untuk menjadikan seorang anak berbeza dengan ayahnya dan seorang
anak perempuan berbeza dengan ibunya sehingga musuh seseorang justru
terdapat pada keluarganya. Maka barang siapa yang mencintai ibunya dan
ayahnya lebih dari kecintaannya kepadaku, maka ia tidak berhak
mencintaiku, dan barang siapa yang mencintai anak laki-lakinya dan
perempuannya lebih dariku, maka ia tidak berhak mengikutiku. Meskipun
kehidupannya tampak beruntung sebenarnya ia telah rugi, dan barang
siapa yang kehidupannya merugi kerana aku, maka sebenarnya ia telah
beruntung."
Penjelas
Injil mengatakan: "Pemikiran orang-orang Yahudi tentang al- Masih
adalah, ketika al-Masih datang, maka semua pengikutnya akan merampas
kekayaan dan kejayaan di dunia ini lalu ia hanya memberi mereka
ketenangan dan kedamaian. Ketika al-Masih datang, ia menjelaskan kepada
para muridnya bahawa hal tersebut tidak benar, kerana jika ia datang
untuk memberikan kedamaian kepada para pengikutnya, maka mereka akan
terancam kelaliman dan mereka akan mati kerana tajamnya pedang. Maka
hendaklah mereka tidak mengharapkan kedamaian tetapi peperangan;
hendaklah mereka tidak mengharapkan keserasian tetapi perpecahan."
Demikianlah masyarakat Yahudi terbagi menjadi dua kelompok: kelompok
orang-orang yang fakir, orang-orang yang lemah dan orang-orang yang
bersih hatinya bersama Isa, sedangkan kelompok majoriti menentang Isa.
Bahkan kelompok majoriti kafir itu sering menyakiti Isa.
Injil
Mata menceritakan penderitaan al-Masih pada pasal ke-11. Ia
menceritakan bagaimana kemarahan al-Masih terhadap orang-orang yang
tidak mengabdi kepada Yuhana (Yahya) dengan baik atau mengabdi
kepadanya secara peribadi dengan baik. Injil Mata mengutip pernyataan
Isa sebagai berikut: "Dengan apa aku menyerupakan generasi ini,
Sesungguhnya mereka menyerupai anak-anak kecil yang duduk di pasar yang
berteriak-teriak memanggil teman-teman mereka sambil berkata: "Kami
telah meniup seruling tetapi kalian tidak menari. Kami mengasihi kalian
tetapi kalian tidak menangis." Yuhana telah datang dan tidak makan dan
minum tetapi mereka mengatakan, sesungguhnya ia terkena syaitan. lalu
datanglah seorang anak manusia yang makan dan minum lalu mereka
mengatakan, ia adalah seorang yang ahli makan dan ahli minum khamer."
bersambung...
Kisah Nabi Isa A.S BHG 11

Dokumen itu menunjukkan penderitaan al-Masih dan menyingkap peperangan yang akan dihadapinya. Penderitaan yang dialami oleh hati suci al-Masih adalah sebagai tindakan generasi tersebut di mana beliau diutus di dalamnya sebagai orang yang memberi petunjuk dan menyampaikan berita gembira tentang kerajaan langit. Beliau menyerupakan generasi Yahudi itu dengan anak-anak kecil yang duduk- duduk di pasar sambil berteriak-teriak memanggil teman-teman mereka sambil berkata: "kami telah meniup seruling tetapi kalian tidak menari. Kami berbelas kasih kepada kalian tetapi kalian tidak menangis." Al-Masih mengisyaratkan dengan pernyataan itu tentang apa yang diperbuat anak- anak kecil saat mereka bermain-main, di mana biasanya mereka meniru orang-orang yang besar saat mereka bergembira dengan menari-nari dan saat mereka sedih mereka menangis. Demikianlah mereka sangat cepat berubah antara bergembira dan sedih tanpa melalui pertimbangan dan kesedaran. Demikianlah keadaan orang-orang Yahudi saat mereka mengabdi kepada Yahya, kemudian saat mereka mengabdi kepada al- Masih. Yahya telah datang kepada mereka dalam keadaan menangis, tidak makan dan tidak minum dari apa yang mereka makan dan yang mereka minum. Ia tidak bergaul dengan sembarangan manusia. Telah datang kepada mereka seorang nabi yang ahli ibadah tetapi kebanyakan mereka menolaknya dan mereka mengatakan bahawa ia terkena syaitan. Kemudian datang kepada mereka al-Masih di mana ia makan dan minum bersama pada acara walimah dan hari raya lalu mereka pun menolaknya dan mengatakan bahawa ia suka makan dan minum khamer padahal beliau adalah cermin terbesar dalam menghilangkan syahwat dan kesucian yang sempurna.
Alhasil,
generasi itu adalah generasi yang main-main Iayaknya anak kecil. Tidak
ada sesuatu pun yang dapat mempengaruhi mereka dan mereka tidak mau
bertaubat. Meskipun demikian, di sana terdapat kelompok kecil dari
manusia yang terpengaruh dan bertaubat. Dokumen tersebut menunjukkan
betapa beratnya penderitaan Isa di tengah-tengah generasi yang sezaman
dengannya. Isa mengalami banyak penderitaan dalam menyampaikan
dakwahnya. Isa banyak menderita di tengah-tengah kaum yang fikiran
mereka belum matang. Mereka tak ubahnya seperti anak- anak kecil yang
suka bermain-main. Kaum yang tak tergugah oleh kalimat-kalimat yang
baik dan mereka tidak bergerak atau tersentuh ketika menyaksikan
mukjizat-mukjizat yang luar biasa.
Allah
SWT kembali memperkuat Isa dengan mukjizat-mukjizat yang mengagumkan.
Mukjizat di sini adalah senjata yang diberikan Allah SWT kepada
nabi-Nya agar nabi tersebut menjadi tenteram dan agar menambah
keyakinan orang-orang yang beriman kepadanya, sedangkan bagi
orang-orang kafir mukjizat tersebut justru menambah kekufuran mereka
sehingga Allah SWT memberikan pembalasan yang setimpal kepada kedua
kelompok tersebut. Mukjizat yang Allah SWT berikan kepada Isa bin
Maryam yang lain adalah, Allah SWT mengabulkan doa Hawariyin dengan
menurunkan makanan dari langit. Allah SWT berfirman:
"(Ingatlah),
ketika pengikut-pengikut Isa berkata: 'Hai Isa putera Maryam,
bersediakah Tuhanmu menurunkan hidangan dari langit kepada kami?' Isa
menjawab: 'Bertakwalah kepada Allah jika betul- betul kamu orang yang
beriman.' Mereka berkata: 'Kami ingin memakan hidangan itu dan supaya
tenteram hati kami dan supaya kami yakin bahawa kamu telah berkata
benar kepada kami, dan kami menjadi orang-orang yang menyaksikan
hidangan itu.' Isa putera Maryam berdoa: 'Ya Tuhan kami, turunkanlah
kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya)
akan menjadi hari raya bagi kami yaitu bagi orang-orang yang bersama
kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan-Mu:
beri rezekilah kami dan Engkaulah Pemberi rezeki Yang Paling Utama.'
Allah berfirman: 'Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu
kepadamu, barang siapa yang kafir di antaramu sesudah (turun hidangan)
itu, maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan seksaan yang tidak
pernah Aku timpakan kepada seorang pun di antara umat manusia.'" (QS.
al-Maidah: 112-115)
Barangkali
kita terhairan-hairan ketika memperhatikan perkataan Hawariyin, "wahai
Isa bin Maryam, apakah Tuhanmu mampu?" Mungkin pertama-tama yang
terlintas dalam fikiran kita berkenaan dalam ayat tersebut adalah,
keraguan Hawariyin terhadap kekuatan atau kekuasaan Allah SWT.
Bagaimana hal itu mampu mereka laku-kan sedangkan mereka adalah
murid-murid Isa yang beriman dan berserah diri kepada Allah SWT?
Berkaitan dengan tafsir ayat tersebut, para ulama berbeza pendapat.
Sebahagian ulama mengatakan, bahawa pertanyaan mereka 'apakah Tuhanmu
mampu?' Yakni, berarti apakah Tuhanmu bisa? Kemudian mereka mencarikan
alasan yang membenarkan perkataan Hawariyin itu dengan mengatakan
bahawa pertanyaan itu dilontarkan saat mereka baru saja mengikuti Isa,
sebelum mereka banyak mengetahui Allah SWT. Oleh kerana itu, Isa
berkata dalam jawapannya terhadap pertanyaan mereka, bertakwalah kepada
Allah SWT jika kamu benar-benar orang mukmin. Yakni, janganlah kalian
meragukan kekuasaan atau kekuatan Allah SWT.
Qurthubi
menampik tafsir ini. Hawariyin adalah para penolong Allah SWT, sesuai
dengan nas Al-Quran dan tentu tidak boleh bagi penolong Allah SWT untuk
tidak mengetahui kekuatan-Nya, apalagi meragukan kekuasaan-Nya.
Sebahagian ulama mengatakan bahawa perkataan tersebut dikeluarkan
orang-orang yang bersama Hawariyin yang berasal dari Bani Israil dan
tidak seorang pun dari Hawariyin yang mengatakan demikian kecuali
mereka hanya sekadar menukil perkataan tersebut. Ada pendapat lain lagi
yang mengatakan bahawa ayat tersebut tidak dibaca 'hal yastathi'
rabbuka' tetapi dibaca 'hal tastathi' rabbaka' sebagaimana bacaan
Aisyah dan sebagaimana dibaca oleh Nabi. Maknanya, "apakah engkau mampu
menghadirkan kekuatan Tuhanmu terhadap apa yang engkau minta." Ada
pendapat yang lain mengatakan ia dibaca 'hal tastathi' rabbaka', yakni
"apakah engkau mampu untuk berdoa kepada Tuhanmu atau meminta-Nya."
Sebahagian
kaum sufi berpendapat bahawa kaum Hawariyin bukan tidak mengetahui
kekuasaan Allah SWT tetapi pertanyaan itu justru bersumber dari cinta
kepada Allah SWT dan keinginan menyaksikan kekuasaan Allah SWT. Sikap
mereka ini menyerupai dengan perbezaan tingkatan sikap Nabi Ibrahim as
ketika beliau mengatakan:
"Ya
Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan
orang-orang mati?' Allah berfirman: 'Apakah kamu belum percaya?'
Ibrahim menjawab: 'Saya telah percaya, tetapi agar bertambah mantap
hatiku.'" (QS. al-Baqarah: 260)
Kaum
Hawariyin menjelaskan kepada Isa sebab pertanyaan mereka ketika beliau
melarangnya. Jika Nabi Isa keluar, maka beliau diikuti lima ribu orang
atau lebih. Sebahagian mereka dari kalangan Hawariyin dan sebahagian
yang lain campuran di antara pengikutnya dan musuhnya. Dikatakan bahawa
mereka berpuasa dan mereka tidak mempunyai makanan, lalu para pengikut
berkata kepada kaum Hawariyin, "Tanyalah kepada Isa apakah ia mampu
berdoa kepada Tuhannya sehingga diturunkan kepada kita makanan dari
langit." Kemudian kaum Hawariyin pergi dengan membawa surat kaum itu
kepada Isa. Ketika Isa meminta mereka untuk merasa cukup dengan
mukjizat-mukjizat sebelumnya, mereka kembali melontarkan kebenaran
permintaan mereka: 'Kami ingin memakan hidangan itu. Mereka adalah
orang-orang yang lapar sementara mereka tidak mempunyai makanan. Dan
supaya tenteram hati kami.
"Dan
supaya kami yakin bahawa kamu telah berkata benar kepada kami. Yakni
kami mengetahui bahawa engkau utusan Allah. Dan kami menjadi
orang-orang yang menyaksikan hidangan itu. Yakni, kami menyaksikan
keesaan Allah dan risalah dan kenabianmu. Dan bagi orang lain yang
tidak menyaksikannya, maka kami akan menceritakan kepada mereka
peristiwa yang terjadi."
Isa
putera Maryam berdoa: 'Ya Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami
suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya
bagi kami yaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang
sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan-Mu: beri rezekilah kami
dan Engkaulah Pemberi rezeki Yang Paling Utama.'
Ketika
kaum Hawariyin bertanya kepada Isa bin M aram agar diturunkan makanan
dari langit, maka Nabi Isa berdiri dan meletakkan pakaian dari kulit
wol kemudian beliau melangkahkan kakinya dan meletakkan tangan kanannya
di atas tangan kirinya, lalu beliau menundukkan kepalanya dalam keadaan
khusyuk dan tunduk kepada Ala SWT. Kemudian beliau membuka matanya dan
menangis sehingga air matanya membasahi janggutnya bahkan mencapai
dadanya dan berkata: 'Ya Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami
suatu hidangan dari langit... Allah berfirman: 'Sesungguhnya Aku akan
menurunkan hidangan itu kepadamu.
Lalu turunlah makanan besar dari celah dua awan: satu awan di atasnya
satu awan di bawahnya. Saat itu manusia melihatnya. Nabi Isa berkata,
"Ya Allah jadikanlah makanan ini sebagai rahmat dan jangan menjadi
fitnah." Lalu turunlah di depan Nabi Isa sapu tangan yang menutupinya
kemudian Nabi Isa tersungkur dalam keadaan sujud yang diikuti oleh kaum
Hawariyin. Mereka mendapati suatu bau yang harum yang belum pernah
mereka temukan sebelumnya.
bersambung...
bersambung...
Kisah Nabi Isa A.S BHG 12
Nabi Isa berkata, "Siapakah di antara kalian yang paling ikhlas dan paling percaya kepada Allah SWT agar ia membuka makanan itu sehingga kita bisa makan darinya serta berzikir kepada Allah SWT atasnya serta bersyukur kepadanya." Kaum Hawariyin berkata: "Wahai Ruhullah sesungguhnya engkau lebih berhak daripada kami dalam hal itu.", maka Nabi Isa berdiri lalu beliau mengambil wuduk dan solat. Kemudian beliau banyak berdoa sambil duduk di sisi makanan itu dan membukanya. Tiba- tiba di atas makanan itu terdapat ikan yang lazat yang tidak ada durinya. Nabi Isa ditanya: "Wahai Ruhullah, apakah ini makanan dari dunia atau dari syurga?" Nabi Isa menjawab: "Bukankah Tuhan kalian melarang kalian untuk bertanya pertanyaan semacam ini. Ia turun dari langit dan tidak ada makanan sepertinya di dunia dan ia bukan berasal dari syurga tetapi ia adalah sesuatu yang Allah SWT ciptakan dengan kekuasaan yang luar biasa di mana Dia cukup mengatakan "jadilah, maka jadilah."
Para
mufasir berbeza pendapat sekitar bentuk makanan yang diturunkan kepada
Isa, apakah itu ikan atau daging? Apakah roti atau buah-buahan? Kami
memandang bahawa pembahasan-pembahasan ini kurang penting. Sesuatu yang
paling penting yang perlu kita perhatikan adalah apa yang dikatakan
oleh Nabi Isa, Sesungguhnya ia diciptakan oleh Allah SWT dengan
kekuasaan yang mengagumkan di mana Dia cukup mengatakan "Jadilah, maka
jadilah ia."
Inilah
hakikat makanan tersebut. Ia merupakan tanda-tanda kebesaran Allah SWT
yaitu suatu tanda yang Allah SWT mengancam bagi siapa yang menentangnya
Dia akan menyeksanya dengan azab yang belum pernah diterima oleh
seseorang pun di dunia. Para ulama berbeza pendapat apakah makanan
tersebut memang diturunkan atau tidak, tetapi menurut pendapat majoriti
dan ini yang benar makanan tersebut memang diturunkan, sesuai dengan
firman Allah SWT: "Aku akan menurunkan hidangan itu bagimu. "
Dikatakan
bahawa ribuan pengikut Nabi Isa memakannya dan makanan tersebut tidak
habis. Setiap orang yang buta ia sembuh dari butanya dan setiap orang
yang belang ia sembuh dari belangnya akibat memakan hidangan itu.
Alhasil, setelah menyantap makanan itu, orang yang sakit sembuh dari
penyakitnya. Maka hari turunnya makan itu dijadikan hari raya dari hari
raya-hari raya kaum Hawariyin dan para pengikut Nabi Isa. Kemudian
berita dan peristiwa turunnya makanan itu mulai hilang dan mulai
dilupakan sehingga kita tidak menemukan beritanya hari ini di Injil-
Injil yang mereka akui. Setelah peristiwa makanan yang Allah SWT
ceritakan dalam surah al-Maidah, Allah SWT menunjukkan kepada kita
sikap lain dari Nabi Isa bin Maryam. Allah SWT berkata setelah
menceritakan kepada kita tentang turunnya mukjizat makanan dari langit:
"Dan
(ingatlah) ketika Allah berfirman: 'Hai Isa putera Maryam, adakah kamu
mengatakan kepada manusia: 'Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan
selain Allah!' Isa menjawab: 'Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku
mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah
mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau
mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang
ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang
ghaib. Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang
Engkau beri padaku (mengatakan)nya yaitu: 'Sembahlah Allah, Tuhanku,
dan Tuhanmu,' dan aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada
di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkaulah yang
mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala
sesuatu. Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah
hamba-hamba-Mu, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.' Allah berfirman: 'lni
adalah suatu hari yang bermanfaat bagi orang-orang yang benar kebenaran
mereka. Bagi mereka syurga yang di bawahnya mengalir sungai- sungai;
mereka kekal di dalamnya selama-selamanya; Allah redha terhadap mereka
dan mereka pun redha terhadap-Nya. Itulah keberuntungan yang paling
besar.' Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada
di dalamnya; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. " (QS. al-Maidah:
116-120)
Dengan
ayat-ayat tersebut, Al-Quran menutup surah al-Maidah. Demikianlah
konteks Al-Quran berpindah secara mengejutkan dari turunnya makanan
kepada sikap atau dialog antara Allah SWT dan Isa bin Maryam pada hari
kiamat. Allah SWT bertanya pada hari kiamat: 'Hai Isa putera Maryam,
adakah kamu mengatakan kepada manusia: 'Jadikanlah aku dan ibuku dua
orang tuhan selain Allah?'
Para
ahli ilmu sepakat bahawa pertanyaan tersebut bukan bersifat pertanyaan
murni meskipun tampak dalam bentuk pertanyaan kerana Allah SWT
mengetahui apa yang dikatakan oleh Isa. Tentu yang dimaksud dengan
pertanyaan itu adalah sesuatu yang lain. Ada yang mengatakan bahawa
Allah SWT bermaksud memberitahu Isa bahawa kaumnya telah mengubah
ajarannya sepeninggalannya. Dan mereka telah mendapatkan fitnah. Ada
lagi yang mengatakan bahawa Allah SWT bermaksud dari pertanyaan itu
untuk mencela orang-orang yang mengubah akidah Nabi Isa setelah beliau
tidak ada. Kami kira pertanyaan tersebut memuat dua makna dan mencakup
makna yang lain.
Allah
SWT ingin menyingkap dan memberitahu manusia dalam Kitab-Nya yang
terakhir bahawa Nabi Isa terlepas dari berbagai macam tuduhan, dan apa
saja yang dilakukan kaumnya sepeninggalannya. Konteks Al- Quran
menunjukkan tentang peristiwa ghaib yang belum terjadi meskipun akan
terjadi pada hari kiamat. Oleh kerana itu, Al-Quran menyampaikannya
dalam bentuk fi'il madhi (kata kerja bentuk lampau). Al-Quran
menyampaikan berita ghaib ini kepada penduduk dunia agar mereka
mengetahui hakikat Isa bin Maryam.
Allah
SWT bertanya kepadanya dan Isa bin Maryam menjawab. Sebagai nabi besar,
Isa tidak menjawab kecuali setelah ia mengatakan: 'Maha Suci Engkau ya
Allah.' Sebelum menjawab, Isa memulai dengan tasbih dan menyucikan
Allah SWT. Nabi Isa menampakkan kepatuhan dan ketundukan kepada
kemuliaan Allah SWT dan rasa takut terhadap azab- Nya. Qurthubi
menyampaikan dalam tafsirnya:
"Ketika
Allah SWT berkata kepada Isa, apakah engkau berkata kepada manusia
jadikanlah aku dan ibuku tuhan selain Allah, maka Isa tampak gementar
terhadap perkataan itu sehingga ia mendengar rintihan dari
tulang-tulangnya di dalam jasadnya lalu ia berkata: 'Maha Suci Engkau,
tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya).
Tidak mungkin aku memutuskan sesuatu yang tidak aku miliki, yang diriku
tidak dapat melakukannya. Aku hanya seorang hamba, bukan seorang yang
disembah: Jika aku pernah mengatakannya maha tentulah Engkau telah
mengetahuinya.
Demikianlah
Nabi Isa menyampaikan jawapannya kepada Allah SWT dan ia mengembalikan
sesuatu kepada Allah SWT. Dan Allah SWT Maha Mengetahui terhadap apa
yang dikatakannya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku
tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Yakni, Engkau
mengetahui apa yang aku sembunyikan sedangkan aku tidak mengetahui apa
yang engkau sembunyikan. Engkau mengetahui rahsiaku dan apa yang
terlintas dalam hatiku dan aku tidak mengetahui apa yang Engkau
sembunyikan dari ilmu ghaib-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
perkara yang ghaib. Hanya Engkau yang tahu terhadap hal-hal yang ghaib.
Hanya Engkau yang tahu terhadap apa yang terjadi di tengah-tengah
mereka setelah Engkau angkat aku dari bumi: 'Aku tidak pernah
mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau kepadaku
(mengatakan)nya yaitu: 'Sembahlah Allah, Tuhanku, dan Tuhanmu.'
Demikianlah
kalimat-kalimat yang disampaikan oleh Isa bin Maryam. Dia hanya
mengajak manusia untuk hanya menyembah Allah SWT dan tidak
menyekutukan-Nya: Dan aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku
berada di antara mereka.
Sesungguhnya
Engkau mengawasi mereka saat aku tinggal di tengah- tengah mereka dan
mengajak mereka ke jalan yang benar. Maka setelah Engkau wafatkan aku,
Engkaulah yang mengawasi mereka. Al-Wafat dalam Kitab Allah mempunyai
tiga bentuk: Pertama, wafat dalam pengertian kematian, sebagaimana
firman Allah SWT:
"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya." (QS. az-Zumar: 42)
Yakni ketika tercabutnya ajal. Kedua, bahawa wafat adalah tidur, sebagaimana firman Allah SWT:
"Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari. " (QS. al-An'am: 60)
Yakni yang menidurkan kalian. Ketiga, wafat berarti pengangkatan, sebagaimana firman Allah SWT:
"Hai Isa, sesungguhnya Aku yang menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku. " (QS. Ali 'Imran: 55)
bersambung...
Kisah Nabi Isa A.S BHG 13

Demikianlah Isa terbebas dari apa yang mereka katakan dan apa yang mereka nisbatkan kepadanya. Isa mengumumkan bahawa dakwahnya tidak lebih dari sekadar ajakan untuk bertauhid dan tidak keluar dari kerangka Islam yang diakui oleh pengikutnya. Kemudian Isa kembali menyampaikan pembicaraannya dan meminta belas kasihan kepada Allah SWT: Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu. Tidak seorang pun dari makhluk yang mempunyai kekuasaan di atas-Mu dan tidak ada Pencipta selain-Mu. Maha Suci Engkau dan tiada sekutu bagi-Mu dalam kerajaan dan kekuasaan. Pada akhirnya, mereka adalah hamba-Mu dan seorang hamba tidak memiliki apa-apa di hadapan tuannya kecuali kepatuhan: Dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.'
Isa
tidak mengatakan jika Engkau mengampuni mereka, maka Engkau Maha
Pengampun dan Maha Pengasih. Jadi, jawapan Isa terfokus pada penyerahan
diri dan kepatuhan serta tunduk kepada kemuliaan Allah SWT dan
kebesaran-Nya. Para pengikut Nabi Isa adalah hamba-hamba Allah SWT yang
patuh. Jika Allah SWT berkehendak, maka Dia akan menyeksa mereka sesuai
dengan seksaan yang layak mereka terima, dan jika Dia berkehendak, maka
Dia akan mengampuni mereka kerana Dia mengetahui kerana mereka memang
layak untuk mendapatkan ampunan. Dengan penyerahan yang mutlak ini, Isa
menyampaikan jawapan atas pertanyaan Allah SWT dan beliau berlepas diri
dari apa yang dikatakan oleh kaumnya sepeninggalannya. Isa menyampaikan
- pada awal pembicaraannya - bahawa hanya Allah SWT yang patut
disembah, dan pada akhir pembicaraannya Isa menyampaikan penyerahan
dirinya kepada Allah SWT. Allah berfirman: 'Ini adalah suatu hari yang
bermanfaat bagi orang-orang yang benar kebenaran mereka.
Allah
SWT memuji ketulusan Isa, dan kerana dialog tersebut terjadi pada hari
kiamat, Allah SWT berfirman: "Hari ini adalah hari kiamat di mana
orang-orang yang benar akan dapat mengambil manfaat dari kebenaran
mereka di dunia. Kebenaran mereka di sana akan mereka temukan
balasannya yang berupa rahmat di sini. "Bagi mereka syurga yang di
bawahnya mengalir sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-
selamanya; Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha
terhadap-Nya. "
Demikianlah
balasan orang-orang yang benar, syurga. Dan ada balasan yang lebih baik
dari syurga, yaitu kepuasan (redha) seorang hamba terhadap Allah SWT
dan keredhaan Allah SWT terhadap hamba. Pengertian kepuasan seorang
hamba adalah kegembiraannya terhadap penyembahan kepada Allah SWT
sedangkan pengertian keredhaan Allah SWT terhadap hamba-Nya adalah
rahmat yang diberikan-Nya kepada mereka: Itulah keberuntungan yang
paling besar.' Setelah itu Allah SWT, memberitahukan hakikat Isa dan
seluruh nabi-Nya: "Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa
yang ada di dalamnya; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu." Allah
SWT adalah Penguasa satu-satunya dan Dia Pencipta satu-satunya.
Selain-Nya adalah hamba.
Isa
terus melangsungkan dakwahnya sehingga kejahatan dan keburukan
mengetahui bahawa singgasana mereka terancam hancur. Lalu pasukan
keburukan bergerak untuk menangkapnya. Orang-orang Yahudi menyakitinya
dan menuduhnya dengan berbagai macam tuduhan. Isa dikatakan sebagai
penyihir dan sebagai orang yang mengubah syariat dan mereka menisbatkan
kekuatannya yang luar biasa kepada kekuatan syaitan. Ketika mereka
tidak lagi memiliki tipu daya yang dapat melumpuhkan Nabi Isa dan
mereka melihat orang-orang yang lemah dan orang-orang fakir berkumpul
di sekitarnya, maka mereka mulai membikin suatu, makar. Mereka
mempengaruhi orang-orang Romawi.
Mula-mula
pemerintahan Romawi tidak turut campur kerana menganggap bahawa
perselisihan-perselisihan antara orang-orang Yahudi adalah perselisihan
yang terjadi demi memperebutkan kepentingan sesama mereka. Lalu
diadakanlah majlis Sanhadurim (yaitu majlis undang-undang tertinggi
dari kalangan Yahudi). Mereka berkumpul untuk membuat persekongkolan
demi menyingkirkan Isa. Persekongkolan itu mengambil bentuk yang baru.
Ketika
orang-orang Yahudi tidak mampu memerangi Nabi Isa, mereka berfikir
untuk membunuhnya. Mulailah para ketua pendeta Yahudi bermusyawarah
untuk membuat suatu kesimpulan tentang cara yang mereka lakukan untuk
menangkap Nabi Isa yang tidak menimbulkan kegaduhan di tengah-tengah
masyarakat.
Ketika
para kepala Yahudi bermusyawarah, maka salah seorang dari murid
al-Masih yang dua belas pergi kepada mereka, yaitu Yahuda al-
Iskhriyutha. Ia berkata kepada mereka, "Apa yang kalian berikan jika
aku berhasil menyerahkannya kepada kalian."
"Meja
pengkhianatan telah digelar di antara mereka dan dimulailah
perundingan. Orang-orang Yahudi berusaha mencari titik temu dan mereka
sepakat untuk memberinya tiga puluh lempeng dari perak. Ini adalah
harga yang biasa mereka lakukan untuk membeli seorang budak sesuai
dengan syariat Yahudi." (penjelasan Injil Mata)
Selesailah
konspirasi yang menetapkan untuk menangkap al-Masih dan kemudian
membunuhnya. Dikatakan bahawa kepala pendeta Yahudi merobek-robek
bajunya secara dramatis di suatu pertemuan agama dan ia berteriak,
"sungguh Isa telah kafir." Pero bukan baju dalam tradisi orang-orang
Yahudi dilakukan ketika mereka mendengar atau melihat sesuatu yang
mengandung penghinaan terhadap Allah. Para pendeta Yahudi tidak
memiliki kekuasaan untuk menetapkan hukum bunuh pada saat itu. Semua
itu dilakukan oleh kekuasaan penguasa Romawi. Tetapi tampaknya mereka
berhasil meyakinkan kekuasaan Romawi bahawa Isa telah membuat rencana
untuk melengserkan kekuasaan Romawi atau mereka berhasil meyakinkan
penguasa Romawi bahawa masalah yang mereka hadapi murni berkaitan
dengan tradisi mereka dan keyakinan mereka. Kemudian mereka menyarankan
agar penguasa tidak turut campur atas apa yang mereka tetapkan.
Demikianlah konspirasi itu telah ditetapkan dan telah diputuskan bahawa
Isa harus ditangkap dan kemudian disalib.
Empat
Injil yang diakui oleh kalangan Masehi saat ini membicarakan tentang
proses pembunuhan Isa di mana beliau disalib kemudian beliau bangkit
dari kematiannya dan naik ke langit. Semua Injil ini sepakat tentang
proses penyaliban Isa dan kematiannya, sebagaimana mereka sepakat
tentang tabiat Isa yang mengandung ketuhanan yang bercampur dengan
tabiatnya sebagai manusia. Kami akan menyampaikan keyakinan orang-orang
Masehi berkaitan dengan Isa sebagaimana diyakini oleh majoriti kaum
Nasrani saat ini, kemudian kami akan mengemukakan keyakinan Islam
tentang Isa sebagaimana diceritakan oleh Al-Quran al- Karim dan
disampaikan oleh para ulama dan disebutkan dalam hadis. Setelah itu,
kita akan membicarakan hal-hal yang perlu dibicarakan berkaitan
hubungan antara kaum Muslim dan kaum Masehi serta kaitannya dengan
akidah mereka.
Injil
Mata mengatakan, "Isa ditangkap dan majlis Sanhadirum memutuskan bahawa
ia harus dibunuh. Kemudian para anggota majlis itu dari kepala-kepala
para pendeta dan para tokoh mereka menghinanya dan mengejeknya serta
berbuat aniaya terhadapnya bahkan mereka meludahi wajahnya dan
menempelengnya. Sambil mengejek mereka berkata, "beritahukanlah wahai
al-Masih siapa yang memukulmu." Setelah itu al-Masih ditangkap dan ia
ditetapkan untuk dibunuh.
Adalah
sudah menjadi tradisi di kalangan orang-orang Romawi untuk mencambuk
orang yang ditetapkan untuk dibunuh sebelum pelaksanaan hukum tersebut.
Oleh kerana itu, para penguasa Romawi menetapkan agar al-Masih dicambuk
terlebih dahulu. Sedangkan syariat Musa menetapkan agar cambukan itu
tidak melebihi empat puluh kali, namun orang-orang Romawi tidak
berhenti pada batasan ini bahkan mereka terus mencambuk korban dengan
cambukan yang kejam dan terus- menerus sehingga punggung yang
bersangkutan hampir saja patah dan nafasnya nyaris tinggal sedikit.
Setelah itu, mereka mulai melaksanakan hukum bunuh kepadanya.
Demikianlah yang dilakukan oleh tentera terhadap penyelamat kita.
(Injil Mata 26)
Selesailah
proses pecambukan, lalu penguasa Romawi menyerahkan Isa kepada tentera
agar mereka menyalibnya. Kemudian para tentera membuat sesuatu hal yang
bermaksud untuk menghibur. Mereka mencabut pakaian Isa yang dilumuri
dengan darah yang ada luka di tubuhnya setelah proses pencabukan, lalu
mereka memakaikan pakaian merah dengan maksud untuk mengejeknya. Para
raja biasanya memakai pakaian merah. Mereka terus menghinanya. Mereka
memakaikannya mahkota dari duri dan meletakkannya di atas kepalanya.
(Injil Mata 26)
Akhirnya,
mereka sampai pada suatu tempat yang bernama Jaljatsah, yaitu suatu
tempat di luar pagar Ursyilim. Tradisi Yahudi menetapkan untuk memberi
satu gelas khamer yang bercampur dengan minyak wangi bagi orang yang
ditetapkan untuk dihukum mati sebelum pelaksanaan hukum. Ini
dimaksudkan sebagai alat pembius untuk meringankan penderitaannya.
Tetapi para tentera menentang tradisi ini dan mereka memberi al-Masih
satu gelas dari cuka yang bercampur dengan sesuatu yang pahit." (Injil
Mata 26)
Teks
Injil mata mengatakan (cetakan tahun 1972) pada pasal kedua puluh
tujuh: "Sehingga mereka sampai ke suatu tempat yang bernama Jaljatsah
lalu mereka memberinya minuman keras yang bercampur dengan empedu agar
ia meminumnya. Ketika ia merasakannya, ia enggan untuk meminumnya.
Kemudian mereka menyalibnya. Kemudian mereka duduk di sana menjaganya
dan meletakkan di atas kepalanya suatu tuduhan yang tertulis: Ini
adalah Yasu', penguasa Yahudi. Mereka benar-benar menyalibnya bersama
Yasim. Salah seorang dari keduanya di sebelah kanannya dan yang lain di
sebelah kirinya. Lalu orang-orang yang lewat di tempat itu mencelanya
dan berkata, "wahai yang menghancurkan tempat sembahan dan yang
membangunnya pada tiga hari, selamatkanlah dirimu dan jika engkau
adalah anak Allah, maka turunlah dari tempat penyaliban itu."
bersambung...
Kisah Nabi Isa A.S BHG 14
Demikianlah sebahagian riwayat kaum Masehi tentang proses penyaliban serta penafsiran mereka berkaitan dengannya. Kami telah menukilnya tanpa memperhatikan tentang catatan yang terdapat dalam Injil Mata yang terbaru, yaitu ia merupakan catatan yang paling baik dalam bentuknya yang terkumpul dari ulama-ulama mereka dan tokoh-tokoh agama Masehi sehingga ia lebih mudah untuk difahami dan lebih sederhana. Kami telah mengemukakan sebahagiannya kepada Anda dalam halaman-halaman ini.
Sementara
itu, dalam akidah Islam disebutkan suatu riwayat yang berbeza dengan
riwayat yang ada dalam Injil-Injil yang terdapat sekarang, baik yang
berhubungan dengan kehidupan akhir yang dialami oleh Isa mahupun tabiat
Isa yang merupakan sumber perselisihan setelah pengangkatannya.
Al-Quran al-Karim menceritakan bahawa Allah SWT tidak menghendaki Bani
Israil untuk membunuh Isa atau menyalibnya tetapi Allah SWT
menyelamatkannya dari kekufuran mereka lalu mengangkatnya di sisi-Nya.
Mereka tidak berhasil membunuhnya dan tidak berhasil menyalibnya tetapi
ia diserupakan seperti orang-orang di antara mereka. Allah SWT
berfirman:
"Dan
kerana ucapan mereka: 'Sesungguhnya kami telah membunuh al- Masih, Isa
putera Maryam, Rasul Allah,' padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak
pula menyalibnya, tetapi yang mereka bunuh ialah orang yang diserupakan
dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham
tentang (pembunuhan) Isa, benar- benar dalam keraguan tentang yang
dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang
dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak pula
yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang
sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepadanya." (QS. an-Nisa':
157-158)
Dan Allah SWT juga berfirman:
"(Ingatlah),
ketika Allah berfirman: 'Hai Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan
kamu pada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku serta membersihkan
kamu dari orang-orang yang kafir. " (QS. Ali 'Imran: 55)
Para
ulama-ulama Islam sepakat atas hal itu dan mereka berselisih pendapat
tentang cara beragumentasi terhadap apa yang mereka yakini sebagai
kebenaran. Sebahagian mereka meyakini nas-nas Al-Quran saja yang
menyebut tentang Isa al-Masih dan mereka tidak mendukungnya atau
memperkuatnya dengan kitab-kitab lain selain Al-Quran. Kedua metode
tersebut memiliki titik kekuatan tersendiri. Orang yang berpegangan
dengan pendapat yang pertama mengatakan bahawa Nabi melarang untuk
membahas kitab-kitab pegangan kaum Yahudi dan kaum Nasrani. Bagi kaum
itu agama mereka dan bagi kita agama kita dan hanya Allah SWT yang akan
memutuskan segala perselisihan di antara kita pada hari kiamat.
Sedangkan
orang-orang yang berpegangan dengan cara yang kedua mengatakan bahawa
larangan Nabi tersebut terjadi pada permulaan masa Islam di mana kaum
Muslim sangat dekat dengan masa jahiliah. Nabi memerintahkan mereka
agar tidak disibukkan dengan kitab-kitab lain selain kitab mereka,
yakni Al-Quran. Yang demikian ini dimaksudkan agar mereka memiliki
akidah yang kuat dan keyakinan mereka benar- benar tertanam dalam diri
mereka, Tetapi ilmu dan pandangan ilmiah menetapkan bahawa seorang yang
alim harus banyak menggali kitab- kitab kuno dalam rangka mengetahui
kebenaran dan jika ia mendapati sesuatu yang sesuai dengan apa yang
didapatinya dengan kebenaran, maka hatinya akan lebih merasa tenang dan
damai. Berkaitan dengan kelompok yang pertama yang merasa cukup dengan
Al-Quran, kita tidak menemukan perincian-perincian yang mendalam
berkenaan dengan usaha penangkapan Isa, bagaimana proses
pengangkatannya ke langit, di mana Isa diserupakan dengan salah seorang
di antara mereka, bagaimana dia diserupakan dengan salah seorang di
antara mereka.
Allah
SWT telah menyerupakannya dengan salah seorang di antara mereka
sedangkan Nabi Isa diangkat ke langit. Demikianlah penjelasan singkat
mereka, tidak ada penambahan lagi. Sedangkan kelompok yang kedua,
mereka melontarkan kisah secara lengkap. Mereka mengatakan bahawa Allah
SWT menyerupakan Isa dengan Yahuda. Yahuda ini adalah Yahuda al-
Askhariyutha yang menurut Injil ia menjualnya kepada musuh-musuhnya dan
menunjukkan kepada mereka tentang keberadaannya. Ia adalah seorang
muridnya yang terpilih. Demikian ini sesuai dengan Injil Barnabas di
mana disebutkan di dalamnya: "Ketika para tentera mendekat bersama
Yahuda di tempat yang di situ terdapat Yasu', maka Yasu' mendengar
kedatangan segerombolan orang yang menuju tempatnya. Oleh kerana itu,
ia segera pergi ke rumah dalam keadaan takut. Di dalam rumah itu
terdapat sebelas orang yang tidur. Ketika Allah melihat bahaya akan
mengancam hamba-Nya, maka Dia memerintahkan Jibril, Mikail, dan Rafail
(Israfil), serta Idril (Izrail) yang mereka semua adalah para utusan-
Nya untuk mengambil Yasu' dari dunia. Lalu datanglah malaikat-malaikat
yang suci di mana mereka mengambil Yasu' dari pintu yang dekat dengan
arah selatan. Mereka membawanya dan meletakkannya di langit yang ketiga
dengan disertai para malaikat yang selalu bertasbih kepada Allah
selama-lamanya. Yahuda masuk secara paksa ke kamar yang di situlah
Yasu' diangkat ke langit. Saat itu murid-murid sedang tidur semuanya,
lalu Allah mendatangkan keajaiban yang luar biasa di mana Yahuda
berubah cara berbicaranya dan juga wajahnya. Ia sangat mirip sekali
dengan Yasu' sehingga kami mengiranya Yasu'. Adapun ia (Yahuda) setelah
membangunkan kami, ia mencari-cari di mana si guru berada. Oleh kerana
itu, kami merasa heran dan kami menjawab, "bukankah engkau wahai tuanku
guru kami, apakah sekarang engkau telah melupakan kami?" Demikianlah
kisah yang terdapat dalam Injil Barnabas. Allah SWT berfirman:
"Al-Masih
putera Maryam itu hanyalah seorang rasul yang Sesungguhnya telah
berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat
benar, kedua-duanya biasa memakan makanan." (QS. al-Maidah: 75)
Para
ulama berkata, "Al-Masih dinamakan al-Masih kerana ia mengusap bumi dan
membersihkannya serta usahanya untuk menyelamatkan agama dari fitnah di
zaman itu kerana saking hebatnya kebohongan orang-orang Yahudi
kepadanya dan bagaimana usaha mereka untuk menciptakan dusta padanya
dan kepada ibunya as." Banyak ulama yang meriwayatkan tentang kesucian
spirituil dari Nabi Isa. Abu Hurairah meriwayatkan dari Nabi bahawa
beliau menceritakan tentang al-Masih sebagai berikut: "Isa melihat
seorang lelaki yang mencuri lalu ia berkata: "Wahai si fulan apakah
engkau mencuri?" Orang itu berkata: "Tidak, demi Allah aku tidak
mencuri," Isa berkata: "Aku beriman kepada Allah SWT dan penglihatanku
telah berbohong." Ini menunjukkan kesucian rohani Isa di mana ia lebih
memilih sumpah orang itu atas apa yang disaksikannya. Ia membayangkan
bahawa orang tersebut tidak akan bersumpah dan membawa nama Allah SWT
yang Maha Besar lalu ia berdusta sehingga ia menerima penyataannya dan
ia kembali kepada dirinya sendiri sambil berkata: "Aku beriman kepada
Allah SWT, yakni aku mempercayaimu dan mataku telah berbohong kerana
engkau telah bersumpah." Ada riwayat lagi yang mengatakan bahawa suatu
hari Nabi Isa berjalan bersama sahabatnya dan mereka melewati bangkai
anjing yang busuk baunya, lalu sahabat-sahabat Isa sangat terpukul dan
sangat menderita dengan bau anjing itu. Melihat sikap mereka, Isa
berkata: "Lihatlah betapa putih giginya."
Isa
ingin mengajari manusia bagaimana mereka menghadapi keburukan di mana
Nabi Isa menekankan agar mereka lebih melihat kepada keindahan dan
kebaikan. Dakwah Nabi Isa merupakan puncak dari ketinggian rohani dan
idealisme yang mengagumkan di mana Beliau lebih menekankan kebaikan
daripada keburukan. Rasulullah berkata: "Semua para nabi adalah
saudara, agama mereka satu sedangkan mereka dilahirkan dari berbagai
macam ibu dan aku adalah manusia yang utama begitu juga Isa bin Maryam
di mana tidak ada nabi setelahku dan sesudahnya." Dalam berbagai
riwayat disebutkan bahawa Nabi Isa akan turun pada akhir zaman. Islam
sangat memberikan penghormatan kepada Isa yang sesuai dengan
kedudukannya sebagai salah satu nabi ulul azmi yang besar. Islam
menamakannya Rasulullah dan Kalimatullah yang telah diberikan kepada
Maryam. Allah SWT berfirman:
"Wahai
ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah
kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya
al-Masih Isa putera Maryam itu adalah utusan Allah dan (yang terjadi
dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan
tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya
dan janganlah kamu mengatakan: '(Tuhan itu) tiga.' Berhentilah dari
ucapan itu. (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha
Esa, Maha Suci dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi
adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah untuk menjadi Pemelihara. Al-Masih
sekali-kali tidak enggan menjadi hamba bagi Allah, dan tidak (pula
enggan) malaikat malaikat yang terdekat (kepada Alah). Barang siapa
yang enggan dari menyembah-Nya dan menyombongkan diri, nanti Allah akan
mengumpulkan mereka semua kepadanya. Adapun orang-orang yang beriman
dan berbuat amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka
dan menambah untuk mereka sebahagian dari kurnia- Nya. Adapun
orang-orang yang enggan dan menyombongkan diri, maka Allah akan
menyeksa mereka dengan seksaan yang pedih, dan mereka tidak akan
memperoleh bagi diri mereka, pelindung dan penolong selain dari Allah.
" (QS. an-Nisa': 171- 173)
bersambung...
Kisah Nabi Isa A.S BHG 15

Ibnu Katsir berkata dalam Qhisasul Anbiya': Para pengikut Nabi Isa berselisih pendapat setelah Nabi Isa diangkat ke langit. Sebahagian mereka mengatakan, di tengah-tengah kita ada hamba Allah SWT dan rasul-Nya (Ariyus). Sebahagian lagi mengatakan, dia adalah Allah. Yang lain lagi mengatakan, dia adalah anak Allah. Mereka berselisih pendapat tentang Injil yang menyebutkan berbagai kebohongan di mana terdapat di dalamnya penambahan, pengurangan, dan pergantian. Al-Quran al- Karim telah membahas persoalan ketuhanan. Ia menjelaskan bahawa Allah SWT Maha Suci dari segala sekutu dan anak dan segala hal yang menyerupai-Nya serta segala bentuk ingkarnasi, kejauhan, kedekatan dan pencapaian pandangan mata. Allah SWT berfirman:
"Katakanlah:
"Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.'Allah adalah Tuhan yang bergantung
kepadanya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula
diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia. " (QS.
al-Ikhlash: 1-4)
Dan tentang Isa as Allah berfirman: "Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: 'Jadilah' (seorang manusia), maka jadilah ia." (QS. Ali 'Imran: 59)
"Mereka (orang-orang kafir) berkata: Allah mempunyai anak.' Maha Suci Allah, bahkan apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah; semua tunduk kepadanya. Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia mengatakan kepadanya: 'Jadilah', lalu jadilah ia." (QS. al-Baqarah: 116-117)
"Orang-orang Yahudi berkata: 'Uzair itu putera Allah' dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih itu putera Allah.' Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir terdahulu. Mereka di laknat oleh Allah; bagaimana mereka sampai berpaling?" (QS. Al-Aubah: 30)
Nas tersebut mengisyaratkan akidah orang-orang Mesir dan orang-orang seperti mereka dari umat-umat yang terdahulu di mana akidah mereka terfokus pada keyakinan penyaliban Isa, tentang tebusan dan kebangkitan Tuhan yang disembelih serta penentangannya terhadap para pengikutnya setelah kematiannya.
Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya telah kafilah orang-orang yang berkata: 'Sesungguhnya Allah itu ialah al-Masih putera Maryam.' Katakanlah: 'Maka siapakah (gerangan) yang dapat menghalang-halangi kehendak Allah, jika Dia hendak membinasakan al-Masih putera Maryam itu berserta ibunya dan seluruh orang-orang yang berada di bumi semuanya?' Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya; Dia menciptakan apa yang dihehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS. al-Maidah: 17)
"Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: Allah salah seorang dari yang tiga,' padahal sekali-kali tidak ada selain dari Tuhan Yang Esa." (QS. al-Maidah: 73)
Demikianlah Al-Quran al-Karim menyebutkan sikap berbagai aliran yang saling berlawanan yang tumbuh setelah pengangkatan al-Masih. Al-Quran menjelaskan bahawa al-Masih adalah hamba Allah SWT dan seorang rasul yang diutus kepada Bani Israil. Kata hamba dan rasul adalah kata yang sangat jelas ertinya, adapun yang dimaksud dengan al-Kalimah dan ar- Roh, maka kedua kata tersebut perlu dijelaskan. Kaum Muslim memahami bahawa al-Kalimah adalah petunjuk Allah SWT yang diberikan-Nya kepada Maryam sedangkan ar-Roh adalah menunjukkan atau mengisyaratkan kepada Roh Kudus, yaitu Jibril as. Allah SWT telah menguatkannya atau menguatkan Nabi Isa dengan roh yakni Jibril:
"Dan (ingatlah) ketika Aku dukung kamu dengan Ruhul Kudus." (QS. al-Maidah: 110)
Setelah mengemukakan keyakinan kaum Masehi tentang karakter Nabi Isa dan akhir dari kehidupannya dan setelah menjelaskan kebenaran yang Allah SWT ceritakan kepada kita tentang karakter tersebut dan akhir dari kehidupan yang dialami oleh Nabi Isa, kita ingin mengetahui apa yang harus dilakukan oleh kaum Muslim dalam hubungan mereka dengan orang-orang Masehi serta keyakinan mereka. Islam menetapkan atau menyampaikan nas-nas yang jelas yang mengkhususkan agama Masehi - di antara agama-agama yang lain - dengan kecintaan. Al-Qu'ran mengingkari ketuhanan al-Masih; ia juga mengingkari penyaliban dan tebusan dosa yang dilakukannya. Namun Al-Quran menegaskan dalam nasnya bahawa agama Nasrani merupakan agama yang lebih dekat kecintaannya kepada Islam. Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang- orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: 'Sesungguhnya kami ini orang Nasrani.' Yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri." (QS. al-Maidah: 82)
Allah SWT memuji para pengikut al-Masih yang berjalan di atas petunjuknya. Allah SWT berfirman:
"Dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutinya rasa santun dan kasih sayang. Dan mereka mengada-adakan rahbaniyah (keadaan tidak menikah dan mengurung diri di biara) padahal kami tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi mereka sendirilah yang mengada-adakannya untuk mencari keredhaan Allah." (QS. al-Hadid: 27)
Tidak terdapat kontradiksi dari dua sikap tersebut. Pengingkaran Al- Quran terhadap ketuhanan al-Masih dan pengakuannya terhadap kecintaan kaum Nasrani serta pujiannya terhadap orang-orang yang mengikuti Nabi Isa mengandung makna lebih dari satu: Pertama, bahawa Masehi berdasarkan pada agama Tauhid dan sangat sulit bagi para pengikutnya untuk meninggalkan tauhid, dan hanya Allah SWT yang mengakui hakikat apa yang terpendam dalam hati; kedua, dalam kalangan orang-orang Nasrani terdapat para pendeta dan para rahib yang tidak bersikap congkak di hadapan Allah SWT tetapi mereka sangat patuh dan tunduk kepadanya; ketiga, sebahagian pengikut Nabi Isa memiliki hati yang dipenuhi dengan kasih sayang dan rahmat. Tentu rahmat dan kasih sayang tersebut tidak tumbuh kecuali dari keimanan terhadap hari akhir. Allah SWT telah menetapkan perintah-Nya kepada kaum Muslim agar mereka memperlakukan ahlul kitab dengan perlakuan yang mulia dan baik, sebagaimana Islam menjamin kebebasan untuk menentukan keyakinan pada setiap manusia. Allah SWT berfirman:
"Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?" (QS. Yunus: 99)
"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah." (QS. al- Baqarah: 256)
"Katakanlah: 'Hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: 'Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri (kepada Allah).'" (QS. Ali 'Imran: 64)
Kita perhatikan bahawa ayat-ayat tersebut berbicara tentang cara memperlakukan kaum Masehi sebagai individu sebagaimana ia berbicara tentang bagaimana kita memperlakukan keyakinan mereka. Sehubungan dengan kaum Masehi sebagai individu, kita menyaksikan ayat-ayat tersebut memerintahkan untuk membalas kecintaan yang mereka perlihatkan di mana nas tersebut dengan tegas mengatakan bahawa mereka lebih dekat kecintaannya kepada orang-orang yang beriman. Jika Allah SWT yang menegaskan hal tersebut, maka orang-orang Muslim harus membalas kebaikan dan kecintaan yang ditunjukkan oleh kaum Nasrani. Adapun sehubungan dengan keyakinan mereka, di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang melarang untuk memaksa manusia dalam bentuk apa pun. Allah SWT berfirman:
"Dan katakanlah: 'Kebenaran itu datang dari Tuhanmu. Maka barang siapa yang ingin beriman hendaklah ia beriman, dan barang siapa yang ingin kafir biarlah ia kafir." (QS. al-Kahfi: 29)
Yang demikian itu, kerana keimanan yang didahului dengan paksaan adalah bukan keimanan kerana ia berarti mencabut ikhtiar atau kebebasan manusia, padahal itu adalah syarat dari keimanan. Dan barangkali inilah yang menunjukkan kesempurnaan Islam di lihat dari sikapnya yang demikian indah. Kami kira tanpa kita harus memaksakan tafsiran kita kepada ayat-ayat tersebut dan memohon kepada Allah SWT dari kesalahan dan kebodohan bahawa Islam dengan sikapnya itu ingin menjauhkan para pengikutnya dari kalangan awam dari perdebatan yang panjang dan melelahkan seputar keyakinan orang lain. Tentu perdebatan tersebut tidak akan berhujung dan akan menjadi seperti debat kusir saja. Namun tugas tersebut hanya di emban oleh para ulama, di mana mereka membahas sebagaimana mereka kehendaki berbagai keyakinan-keyakinan keberagamaan, sedangkan orang-orang awam tidak diberi tanggung jawab dalam hal itu. Lagi pula, perselisihan antara keyakinan dan aliran- aliran di kalangan Masehi dan kalangan Yahudi jika melibatkan orang- orang awam, maka itu hanya memboroskan waktu dan hanya membuat lelah saja.
Islam akan kembali menjadi asing dan akan kembali menjadi asing seperti pertama kali terbit. Dalam suasana keasingan Islam yang pertama, orang-orang Muslim berhasil membangun suatu individu Muslim yang kukuh. Dan ketika bangunan tersebut telah selesai, maka sempurnalah pembangunan pemerintahan Islam. Kita tidak mendengar bahawa salah seorang di antara mereka terlibat dalam perdebatan yang sengit yang tidak berhujung sekitar keyakinan orang lain. Sesungguhnya memberi petunjuk kepada orang lain sehingga orang tersebut mengetahui jalan menuju Allah SWT adalah perbuatan yang indah, tetapi hidayah tersebut didahului dengan tekad seseorang untuk memberikan petunjuk kepada dirinya sendiri. Seandainya orang-orang Islam membimbing mereka menuju jalan Allah SWT nescaya Allah SWT memberi petunjuk melalui mereka siapa saja yang dikehendaki dari hamba-hamba-Nya.
Al-Quran menetapkan dua mukjizat kepada Nabi Isa yang tidak disebutkan dalam kitab Injil: pertama mukjizat yang berupa pembicaraannya saat ia masih menyusui di buaian. Dan yang kedua mukjizat makanan yang turun dari langit kepada kaum Hawariyin. Sebagaimana Al-Quran menetapkan kemuliaan yang diperoleh oleh Nabi Isa saat ia diselamatkan dari tangan-tangan jahat orang-orang Yahudi yang ingin menyeksanya atau membunuhnya sehingga Nabi Isa terselamatkan dan dia diangkat ke langit. Rasulullah saw mewasiatkan kepada sahabatnya agar mereka memperlakukan orang-orang Masehi dengan penuh kebaikan, bahkan beliau menikahi Maria al-Qibthiya. Ibnu Jarir meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa seseorang lelaki dari Bani Salim bin Auf yang bernama al-Hasin mempunyai dua orang anak yang masih Kristen, lalu ia masuk Islam dan bertanya kepada Rasulullah saw bagaimana seandainya ia harus memaksa kedua anaknya untuk memeluk Islam sedangkan mereka berdua menolak agama lain selain agama Masehi? Kemudian Allah SWT menurunkan ayat yang berbunyi:
"Tidak ada paksaan dalam memeluk agama (Islam)." (QS. al-Baqarah: 256)
Ketika para utusan Najran dari kalangan kaum Masehi datang ke Madinah untuk berunding dengan Nabi, maka beliau memberi mereka setengah dari masjidnya agar mereka dapat melaksanakan solat dengan cara mereka di dalamnya. Pada suatu hari Rasulullah saw berdiri untuk melakukan solat kepada seseorang jenazah lalu dikatakan kepadanya bahawa ia adalah jenazah Yahudi. Kemudian Rasulullah menjawab: "Bukankah ia adalah manusia." Dalam kesempatan lain Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa yang mengganggu secara aniaya seorang Yahudi atau seorang Nasrani, maka aku akan jadi musuhnya pada hari kiamat." Terkadang kekuasaan akan langgeng meskipun disertai dengan kekufuran tetapi ia tidak akan abadi ketika disertai dengan kelaliman.
Dan tentang Isa as Allah berfirman: "Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: 'Jadilah' (seorang manusia), maka jadilah ia." (QS. Ali 'Imran: 59)
"Mereka (orang-orang kafir) berkata: Allah mempunyai anak.' Maha Suci Allah, bahkan apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah; semua tunduk kepadanya. Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia mengatakan kepadanya: 'Jadilah', lalu jadilah ia." (QS. al-Baqarah: 116-117)
"Orang-orang Yahudi berkata: 'Uzair itu putera Allah' dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih itu putera Allah.' Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir terdahulu. Mereka di laknat oleh Allah; bagaimana mereka sampai berpaling?" (QS. Al-Aubah: 30)
Nas tersebut mengisyaratkan akidah orang-orang Mesir dan orang-orang seperti mereka dari umat-umat yang terdahulu di mana akidah mereka terfokus pada keyakinan penyaliban Isa, tentang tebusan dan kebangkitan Tuhan yang disembelih serta penentangannya terhadap para pengikutnya setelah kematiannya.
Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya telah kafilah orang-orang yang berkata: 'Sesungguhnya Allah itu ialah al-Masih putera Maryam.' Katakanlah: 'Maka siapakah (gerangan) yang dapat menghalang-halangi kehendak Allah, jika Dia hendak membinasakan al-Masih putera Maryam itu berserta ibunya dan seluruh orang-orang yang berada di bumi semuanya?' Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya; Dia menciptakan apa yang dihehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS. al-Maidah: 17)
"Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: Allah salah seorang dari yang tiga,' padahal sekali-kali tidak ada selain dari Tuhan Yang Esa." (QS. al-Maidah: 73)
Demikianlah Al-Quran al-Karim menyebutkan sikap berbagai aliran yang saling berlawanan yang tumbuh setelah pengangkatan al-Masih. Al-Quran menjelaskan bahawa al-Masih adalah hamba Allah SWT dan seorang rasul yang diutus kepada Bani Israil. Kata hamba dan rasul adalah kata yang sangat jelas ertinya, adapun yang dimaksud dengan al-Kalimah dan ar- Roh, maka kedua kata tersebut perlu dijelaskan. Kaum Muslim memahami bahawa al-Kalimah adalah petunjuk Allah SWT yang diberikan-Nya kepada Maryam sedangkan ar-Roh adalah menunjukkan atau mengisyaratkan kepada Roh Kudus, yaitu Jibril as. Allah SWT telah menguatkannya atau menguatkan Nabi Isa dengan roh yakni Jibril:
"Dan (ingatlah) ketika Aku dukung kamu dengan Ruhul Kudus." (QS. al-Maidah: 110)
Setelah mengemukakan keyakinan kaum Masehi tentang karakter Nabi Isa dan akhir dari kehidupannya dan setelah menjelaskan kebenaran yang Allah SWT ceritakan kepada kita tentang karakter tersebut dan akhir dari kehidupan yang dialami oleh Nabi Isa, kita ingin mengetahui apa yang harus dilakukan oleh kaum Muslim dalam hubungan mereka dengan orang-orang Masehi serta keyakinan mereka. Islam menetapkan atau menyampaikan nas-nas yang jelas yang mengkhususkan agama Masehi - di antara agama-agama yang lain - dengan kecintaan. Al-Qu'ran mengingkari ketuhanan al-Masih; ia juga mengingkari penyaliban dan tebusan dosa yang dilakukannya. Namun Al-Quran menegaskan dalam nasnya bahawa agama Nasrani merupakan agama yang lebih dekat kecintaannya kepada Islam. Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang- orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: 'Sesungguhnya kami ini orang Nasrani.' Yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri." (QS. al-Maidah: 82)
Allah SWT memuji para pengikut al-Masih yang berjalan di atas petunjuknya. Allah SWT berfirman:
"Dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutinya rasa santun dan kasih sayang. Dan mereka mengada-adakan rahbaniyah (keadaan tidak menikah dan mengurung diri di biara) padahal kami tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi mereka sendirilah yang mengada-adakannya untuk mencari keredhaan Allah." (QS. al-Hadid: 27)
Tidak terdapat kontradiksi dari dua sikap tersebut. Pengingkaran Al- Quran terhadap ketuhanan al-Masih dan pengakuannya terhadap kecintaan kaum Nasrani serta pujiannya terhadap orang-orang yang mengikuti Nabi Isa mengandung makna lebih dari satu: Pertama, bahawa Masehi berdasarkan pada agama Tauhid dan sangat sulit bagi para pengikutnya untuk meninggalkan tauhid, dan hanya Allah SWT yang mengakui hakikat apa yang terpendam dalam hati; kedua, dalam kalangan orang-orang Nasrani terdapat para pendeta dan para rahib yang tidak bersikap congkak di hadapan Allah SWT tetapi mereka sangat patuh dan tunduk kepadanya; ketiga, sebahagian pengikut Nabi Isa memiliki hati yang dipenuhi dengan kasih sayang dan rahmat. Tentu rahmat dan kasih sayang tersebut tidak tumbuh kecuali dari keimanan terhadap hari akhir. Allah SWT telah menetapkan perintah-Nya kepada kaum Muslim agar mereka memperlakukan ahlul kitab dengan perlakuan yang mulia dan baik, sebagaimana Islam menjamin kebebasan untuk menentukan keyakinan pada setiap manusia. Allah SWT berfirman:
"Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?" (QS. Yunus: 99)
"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah." (QS. al- Baqarah: 256)
"Katakanlah: 'Hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: 'Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri (kepada Allah).'" (QS. Ali 'Imran: 64)
Kita perhatikan bahawa ayat-ayat tersebut berbicara tentang cara memperlakukan kaum Masehi sebagai individu sebagaimana ia berbicara tentang bagaimana kita memperlakukan keyakinan mereka. Sehubungan dengan kaum Masehi sebagai individu, kita menyaksikan ayat-ayat tersebut memerintahkan untuk membalas kecintaan yang mereka perlihatkan di mana nas tersebut dengan tegas mengatakan bahawa mereka lebih dekat kecintaannya kepada orang-orang yang beriman. Jika Allah SWT yang menegaskan hal tersebut, maka orang-orang Muslim harus membalas kebaikan dan kecintaan yang ditunjukkan oleh kaum Nasrani. Adapun sehubungan dengan keyakinan mereka, di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang melarang untuk memaksa manusia dalam bentuk apa pun. Allah SWT berfirman:
"Dan katakanlah: 'Kebenaran itu datang dari Tuhanmu. Maka barang siapa yang ingin beriman hendaklah ia beriman, dan barang siapa yang ingin kafir biarlah ia kafir." (QS. al-Kahfi: 29)
Yang demikian itu, kerana keimanan yang didahului dengan paksaan adalah bukan keimanan kerana ia berarti mencabut ikhtiar atau kebebasan manusia, padahal itu adalah syarat dari keimanan. Dan barangkali inilah yang menunjukkan kesempurnaan Islam di lihat dari sikapnya yang demikian indah. Kami kira tanpa kita harus memaksakan tafsiran kita kepada ayat-ayat tersebut dan memohon kepada Allah SWT dari kesalahan dan kebodohan bahawa Islam dengan sikapnya itu ingin menjauhkan para pengikutnya dari kalangan awam dari perdebatan yang panjang dan melelahkan seputar keyakinan orang lain. Tentu perdebatan tersebut tidak akan berhujung dan akan menjadi seperti debat kusir saja. Namun tugas tersebut hanya di emban oleh para ulama, di mana mereka membahas sebagaimana mereka kehendaki berbagai keyakinan-keyakinan keberagamaan, sedangkan orang-orang awam tidak diberi tanggung jawab dalam hal itu. Lagi pula, perselisihan antara keyakinan dan aliran- aliran di kalangan Masehi dan kalangan Yahudi jika melibatkan orang- orang awam, maka itu hanya memboroskan waktu dan hanya membuat lelah saja.
Islam akan kembali menjadi asing dan akan kembali menjadi asing seperti pertama kali terbit. Dalam suasana keasingan Islam yang pertama, orang-orang Muslim berhasil membangun suatu individu Muslim yang kukuh. Dan ketika bangunan tersebut telah selesai, maka sempurnalah pembangunan pemerintahan Islam. Kita tidak mendengar bahawa salah seorang di antara mereka terlibat dalam perdebatan yang sengit yang tidak berhujung sekitar keyakinan orang lain. Sesungguhnya memberi petunjuk kepada orang lain sehingga orang tersebut mengetahui jalan menuju Allah SWT adalah perbuatan yang indah, tetapi hidayah tersebut didahului dengan tekad seseorang untuk memberikan petunjuk kepada dirinya sendiri. Seandainya orang-orang Islam membimbing mereka menuju jalan Allah SWT nescaya Allah SWT memberi petunjuk melalui mereka siapa saja yang dikehendaki dari hamba-hamba-Nya.
Al-Quran menetapkan dua mukjizat kepada Nabi Isa yang tidak disebutkan dalam kitab Injil: pertama mukjizat yang berupa pembicaraannya saat ia masih menyusui di buaian. Dan yang kedua mukjizat makanan yang turun dari langit kepada kaum Hawariyin. Sebagaimana Al-Quran menetapkan kemuliaan yang diperoleh oleh Nabi Isa saat ia diselamatkan dari tangan-tangan jahat orang-orang Yahudi yang ingin menyeksanya atau membunuhnya sehingga Nabi Isa terselamatkan dan dia diangkat ke langit. Rasulullah saw mewasiatkan kepada sahabatnya agar mereka memperlakukan orang-orang Masehi dengan penuh kebaikan, bahkan beliau menikahi Maria al-Qibthiya. Ibnu Jarir meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa seseorang lelaki dari Bani Salim bin Auf yang bernama al-Hasin mempunyai dua orang anak yang masih Kristen, lalu ia masuk Islam dan bertanya kepada Rasulullah saw bagaimana seandainya ia harus memaksa kedua anaknya untuk memeluk Islam sedangkan mereka berdua menolak agama lain selain agama Masehi? Kemudian Allah SWT menurunkan ayat yang berbunyi:
"Tidak ada paksaan dalam memeluk agama (Islam)." (QS. al-Baqarah: 256)
Ketika para utusan Najran dari kalangan kaum Masehi datang ke Madinah untuk berunding dengan Nabi, maka beliau memberi mereka setengah dari masjidnya agar mereka dapat melaksanakan solat dengan cara mereka di dalamnya. Pada suatu hari Rasulullah saw berdiri untuk melakukan solat kepada seseorang jenazah lalu dikatakan kepadanya bahawa ia adalah jenazah Yahudi. Kemudian Rasulullah menjawab: "Bukankah ia adalah manusia." Dalam kesempatan lain Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa yang mengganggu secara aniaya seorang Yahudi atau seorang Nasrani, maka aku akan jadi musuhnya pada hari kiamat." Terkadang kekuasaan akan langgeng meskipun disertai dengan kekufuran tetapi ia tidak akan abadi ketika disertai dengan kelaliman.
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
..................................................................
.......................................................................................................
.......................................................................................................................
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
Zikirullah



















No comments:
Post a Comment