29 April 2020

Persoalan Baca Al-Quran

أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantungku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ   ...            ALLAH  اللهَ 
                اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ


Persoalan Baca Al-Quran

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 

.

Persoalan Agama: Al-Quran Boleh Dibaca Kecuali Dalam Junub

.

Soalan:

.
USTAZ, kalau saya tidak salah kita dilarang menyentuh al-Quran tanpa wuduk (kalau salah tolong betulkan). Soalan saya, bolehkah seseorang itu membaca al-Quran ketika berhadas? Adakah kita dilarang juga berzikir menyebut nama Allah ketika berhadas? Kedua, apakah hukum mandi dan berwuduk dalam keadaan telanjang? Bolehkah membaca Bismillah ketika berwuduk dalam tandas? Seterusnya, boleh seorang imam atau makmum solat dengan memegang dan menyelak al-Quran. 
Abdul Basit,
Johor.
.
Jawapan:
.
MENYENTUH al-Quran ialah satu isu, sedangkan membacanya satu isu yang lain. Mengenai isu membaca al-Quran, Rasulullah SAW membacanya kecuali dalam keadaan junub. Diriwayatkan oleh Tirmizi daripada Ali ra, beliau berkata: “Rasulullah SAW selalu membacakan al-Quran kepada kami, pada setiap keadaan kecuali dalam keadaan junub”.
Daripada hadis itu, dapatlah kita ketahui bahawa yang menghalangi Nabi SAW untuk tidak membaca al-Quran adalah ketika dalam keadaan janabah. Tetapi baginda berzikir kepada Allah SWT dalam keadaan bersuci atau dalam keadaan janabah tanpa berwuduk. Baginda berzikir, bertakbir, bertahlil atau beristighfar kepada Allah SWT (tanpa bersuci). Sebuah hadis riwayat Muslim, daripada Aisyah ra, beliau berkata: “Rasulullah SAW selalu berzikir kepada Allah SWT dalam keadaan apa pun.” 
Jadi, seseorang boleh berzikir kepada Allah SWT baik dalam keadaan junub atau dalam keadaan suci. Sedangkan ketika membaca al-Quran, maka ia wajib untuk bersuci. Adapun isu seterusnya adalah menyentuh mushaf al-Quran. Imam mazhab yang empat sudah berijmak bahawa menyentuh mushaf harus dalam keadaan berwuduk, sedangkan Ibn Hajm daripada kalangan Dhahiriyah mengatakan bahawa boleh menyentuh mushaf tanpa berwuduk.
Lebih afdalnya, seseorang harus berwuduk sebelum menyentuh mushaf kecuali dia berasa kesulitan untuk berwuduk, kerana cuaca yang dingin dan sebagainya, sedangkan dia ingin membaca al-Quran, maka ketika itu ia boleh menyentuhnya.
Untuk soalan kedua, berwuduk dan mandi dalam keadaan telanjang dua perkara yang makruh. Tetapi sangat makruh hukumnya berzikir kepada Allah SWT dan rasul di tempat kotor seperti kandang haiwan, bilik mandi dan tandas. Memadailah bagi manusia meniatkannya di dalam hati kerana pengagungan Allah SWT dan nama-Nya adalah wajib, sedangkan Rasul SAW lazimnya disertakan dalam zikir kepada Allah SWT.
Adalah satu pengagungan wajib untuk tidak menyebutkan Allah SWT dan Rasul-Nya pada tempat seperti ini kerana tempat seperti ini dikhususkan untuk kepentingan rendah sama ada ia tertutup atau tidak. Sisa kotoran dan baunya yang tidak disukai oleh malaikat yang menjauh dari tempat seperti ini. Hendaklah seorang yang berwuduk tidak berdoa kepada Allah SWT ketika ia sedang melakukan taharah di tempat seperti ini, bahkan pendapat yang membolehkan zikir ketika berwuduk hanya membolehkannya di tempat yang suci.
Untuk soalan ketiga, kebanyakan ulama fikah membolehkan membaca al-Quran pada ketika mengerjakan solat sunat nafilah dan fardu. Mereka telah mengambil dalil daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Malik bahawa Dzukwaan hambanya Sayidah Aisyah ra telah mengerjakan qiyam pada Ramadaan dengan membawa al-Quran. Tidak ada dalil yang menyatakan pelarangan terhadap hal ini. Mengenai masalah membalikkkan halaman al-Quran, ia boleh saja dilakukan dengan syarat perbuatan itu dilakukan dalam masa yang singkat sehingga tidak mengganggu kekhusyukan orang yang mengerjakan solat itu. Sebenarnya yang lebih utama adalah hendaknya dia solat dengan orang yang menghafal al-Quran. Seorang makmum dapat mendengarkan bacaan imam sehingga tidak mengganggu kekhusyukannya dengan membalikkan lembaran al-Quran sehingga dapat menimbulkan gerakan yang tidak termasuk gerakan solat. Namun orang yang membaca mushaf daripada hafalannya lebih diutamakan kerana hal itu dapat menambahkan kekhusyukan. Demikianlah menurut pandangan Syeikh Ali Jumaah dalam fatwanya. Wallahualam
.
Sumber:
Persoalan Agama
Bersama Ustaz Zahazan
bhagma@bharian.com.my
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
          



ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
                                                                                                      

ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH  اللهَ

Persoalan Baca Al-Quran
              اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
        والله أعلم بالـصـواب 
           Moga Bermanfaat.
     
.........................................................



No comments: