22 February 2018

Tahukah anda bahawa Burung Ababil tidak pernah wujud? Ini dia penjelasan ulama.

Tahukah anda bahawa Burung Ababil tidak pernah wujud? Ini dia penjelasan ulama.

Sejak kecil kita dikongsi dengan kisah-kisah popular dari Al-Quran dan Sirah Nabi. Kisah burung Ababil yang melontarkan batu kepada tentera Abrahah adalah antara kisah yang sudah kita dengar sejak kecil lagi. Sehingga kini, adakah kisah ini sebenarnnya BENAR?
Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim menjawab persoalan ini dalam bukunya Berjalan… Melihat… Mentafsir… Ceritera Wartawan Al-Quran dalam bab Hukum Fizik dan Batu Pemusnah Abrahah.
Dalam berdepan kisah burung Ababil dan tentera Abrahah ini, kesilapan kita ketika berinteraksi dengan Al-Quran adalah berpunca dari kekurangan peralatan saintifik.
Selalu yang kita dengar dari kisah ini, tentera bergajah Abrahah ingin memusnahkan Kaabah telah musnah direjam batu dari neraka yang dibawa oleh burung-burung Ababil.
Selepas dilakukan kajian penafsiran yang mendalam melalui kaedah bahasa, sebenarnya, tentera Abrahah musnah hanya dengan batu biasa yang bukan berasal dari neraka.
Perhatikan hasil analisis berikut:
(1) Perkataan Ababil pula bukanlah nama jenis burung seperti helang ataupun pipit. Tetapi bermaksud kumpulan burung yang datang secara berkumpulan dari segenap penjuru. (Tafsir Al-Jalalain)
(2) Perkataan burung dalam surah ini disebut secara umum dan bukan spesifik. Dalam bahasa Arab, sebarang kata nama yang tidak disertakan dengan huruf alif dan lam membawa maksud yang umum, iaitu apa sahaja jenis burung. Burung yang merejam tentera Abrahah adalah dari pelbagai jenis burung yang muncul dalam pelbagai saiz. Kesemua burung ini mampu terbang pada ketinggian yang berbeza dan membawa saiz batu yang berbeza.
(3) Perkataan Tarmi bermaksud melontar atau merejam bukannya menjatuhkan. Lontaran selalunya disertakan dengan rejaman menggunakan tenaga yang kuat. Oleh itu, tenaga rejaman oleh sekumpulan burung itu menjadi semakin kuat, semakin laju, dan berbahaya apabila ditambah dengan daya tarikan graviti. Menurut ilmu fizik, kelajuan akan berganda apabila dipengaruhi kuasa graviti.
(4) Perkataan Sijjil bukan bermaksud neraka, yang kita faham batu yang digunakan oleh burung Ababil adalah batu dari neraka. Tetapi, batu itu adalah batu yang bercampur tanah yang keras pejal kerana dibakar. Logiknya ia dibakar oleh sinaran terik matahari di padang pasir.
Sebenarnya, tentera bergajah Abrahah dimusnahkan oleh rejaman pelbagai saiz batu keras yang dilontar oleh pelbagai jenis burung dari tahap ketinggian serta kelajuan yang berbeza. Ia seumpama hujanan peluru dari langit yang digerakkan oleh hukum fizik dan graviti.
Keadaan menjadi semakin teruk apabila gajah Abrahah yang kesakitan terkena hujanan batu, terus mengamuk dan memijak tentera yang jatuh diatas tanah berhampirannya.
Jika tidak percaya dan kurang yakin, kita boleh buat sendiri eksperimen dengan menjatuhkan sebiji batu sebesar penumbuk dari bangunan setinggi 10 tingkat dan lihatlah kelajuannya.
Sumber gambar : VVI
Sumber artikel : Baca Reviu

No comments: