Wednesday, February 21, 2018

Pameran Artifak Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum warahmatullah.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
Pada kali ini, penulis akan memfokus kan kepada keperibadian Rasulullah SAW dan perkara yang berkaitan dengan sunnah-sunnah Rasulullah SAW.
1. Cara Rasulullah SAW Berjalan.
Disebutkan dalam beberapa riwayat, Rasulullah SAW apabila berjalan, jalannya laju seperti menuruni anak bukit, badannya condong ke hadapan dan menekan pada kaki kiri. Pandangannya hanya ke bumi menunjukkan bahawa baginda terlalu tawaduk.
Abu Hurairah meriwayatkan,
Aku tidak pernah melihat apa pun yang lebih indah dari Rasulullah SAW, seolah-olah matahari beredar di wajahnya. Aku tidak juga pernah melihat seorang yang jalannya laju lebih dari Rasulullah SAW seolah-olah bumi terlipat di tumitnya. Sungguh kami memaksa diri untuk berjalan laju dan beliau tidak peduli dengan rasa lelah kami” {Hadi Riwayat oleh At-Tarmizi, Ibnu Saad dan Ahmad dan Abu Syaikh}
Sayidina Ali juga pernah meriwayatkan,
Bahawa apabila Rasulullah SAW berjalan bergoyang badannya seperti menuruni anak bukit” {Hadis Riwayat oleh At-Tarmizi dan Hakim}
2. Cara Rasulullah SAW Menyikat Rambut.
Baginda menyikat rambut ke kanan dan akan mula menyikat daripada kanan kepala.
Aisyah meriwayatkan,
Rasulullah SAW suka mendahulukan anggota tubuh yang kanan ketika bersuci (taharah, menyikat rambut dan memakai selipar atau kasut).” {Riwayat oleh At-Tarmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad}
Artifak Rambut Rasulullah SAW
Keperibadian Rasulullah SAW (part 1)
Replika Janggut Rasulullah SAW.
3. Uban Rasulullah SAW. 
Sewaktu banginda wafat, di kepalanya hanya mempunyai 14 helai uban manakala di janggutnya terdapat 20 helai uban. Ubannya berwarna merah kerana di inai.
Anas bin Malik meriwayatkan,
Tidak saya kira uban di kepala dan janggut Rasulullah SAW melainkan hanya empat belas helai”. {Dikeluarkan oleh At-Tarmizi dan Ahmad}
Ibnu Abbas pula meriwayatkan bahawa,
Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, anda telah beruban.” Makan baginda berkata “Yang membuatkan aku beruban adalah surah Hud, Al Waqiah, Al-Mursalat, An-Naba’ dan At-Takwir.” (Dikeluarkan oleh At-Tarmizi, Ibnu Saad dan Hakim}
Yang di maksudkan oleh Rasulullah SAW ialah baginda beruban kerana terlalu banyak memikirkan hari kiamat dan hari akhirat yang terkandung di dalam surah-surah tersebut.
Allahhuakbar! Bagaimana pula dengan kita? Tepuk dada, tanya iman.
Salam rindu hanya buatmu Ya Rasulullah.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
Sumber: Buku Biografi Agung Rasulullah SAW. (terbitan mustread)

Perihal Rambut Rasulullah SAW

Perihal Rambut Rasulullah
Assalamualaikum warahamatullah.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
Ya Rasulullah, kami sangat merinduimu. Kami ingin sangat bertemu dengan mu Ya Rasulullah. Ya Allah, jadikan kami umat Nabi yang akan mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW. Amin Ya Allah.

Dalam suatu riwayat dari Anas bin Malik diungkapkan,
Rambut Rasulullah SAW mencapai pertengahan kedua telinga. (Diriwayatkan oleh Ali bin Hujr, dari Ismail bin Ibrahim, dari Humaid yang bersumberkan dari Anas bin Malik RA)

Aisyah RA pernah berkata sebagai mana berikut,
Aku dan Rasulullah SAW mandi dari bekas yang sama. Baginda memiliki rambut (yang panjangnya) sampai di atas bahu dan di bawah cuping telinga.” (Diriwayatkan oleh Hanad bin Urwah, dari bapanya yang bersumber dari Aisyah)
Qatadah pernah bertanya kepada Anas bin Malik RA tentang rambut Rasulullah SAW, Anas menjawab,
Rambutnya tidak terlampau kerinting, tidak pula lurus kaku. Rambutnya mencapai kedua cuping telinganya. (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Wahab bin Jarir bin Hazim, dari Hazim yang bersumber dari Qatadah
Dalam suatu riwayat lain dikemukakan bahawa Ummu Hani’ binti Abi Thalib pernah berkata,
Rasulullah SAW tiba di Makkah (pada saat pembebasan Kota Makkah). Sedang rambutnya di jalin menjadi empat. (Diriwaytkan oleh Muhammad bin Yahya bin Abi Umar, dari Sufyan bin Uyainah, dari Ibnu Abi Najjh, dari Mujahid yang bersumber dari Ummu Hani binti Abu Thalib)

Dalam suatu riwayat, Ibnu Abbas RA mengemukakan,
Sesungguhnya Rasulullah SAW, dulunya menyikat rambutnya ke belakang, sedangkan orang-orang musyrik menyikat rambut mereka ke kiri dan ke kanan dan Ahlul Kitab menyisir rambutnya ke belakang. Selama tidak ada perintah lain, Rasulullah SAW senang menyesuaikan diri dengan Ahlul Kitab. Kemudian, Rasulullah SW menyikat rambutnya ke kiri dan ke kanan. (Diriwayatkan oleh Suwaid bin Nashr dari Abdulullah bin Al-Mubarak, dari Yunus bin Yazid, dari Az-Zuhri, dari Ubaidillah bin Abdulullah bin Utbah yang bersumber dari Ibnu Abbas RA.)
Dalam suatu riwayat, Ummu Hani’ RA mengemukakan,
Aku melihat Rasulullah SAW mengikat rambutnya menjadi empat. (Diriwayatkan oleh Muhammad Basyar, dari Abdul Rahman bin Mahdi, dari Ibrahim bin Nafi Al-Makki, dari Ibnu Abi Najjh, dari Mujahid yang bersumber dari Ummu Hani’)
Salam rindu hanya buatmu Ya Rasulullah.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
Sumber: Buku Biografi Agung Rasulullah SAW. (terbitan mustread)

Pameran Artifak Rasulullah
Assalamualaikum warahmatullah.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
Alhamdulillah! Pameran Artifak Rasulullah SAW terus mendapat sambutan orang ramai. Namun, hanya tingga seminggu lebih sahaja lagi pameran artifak ini akan berlangsung. Jadi, rebutlah peluang keemasan ini secepat mungkin.
Pameran Artifak Rasulullah
Pada 10 April 2017 pula, Pameran Artifak ini akan di meriahkan lagi dengan kehadiran penceramah terkenal tanah air, iaitu YBHG Datuk Ustaz Kazim Elias.
Ceramah akan bermula pada pukul 9 malam. Jemput lah ramai-ramai sanak saudara dan sahabat handai datang bersama-sama ke majlis ilmu dan melihat sendiri pameran artifak Rasulullah SAW dan para sahabat.
Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A diadakan selama sebulan.
Tarikh : 20 Mac – 19 April 2017
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi : Muzium Negeri Kedah

Harga Tiket adalah seperti di bawah:
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang
* Kanak Kanak 6 tahun keatas – RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun – Percuma

*Hadiah Pengunjung Bertuah*
Setiap 1,000 – Sehelai tshirt
Setiap 10,000 – Sehelai tshirt dan Al Quran Digital
Pengunjung ke 100,000 – Sehelai Tshirt, Al Quran Digital dan Pakej Umrah untuk Seorang.

Jika kita mampu beli topup RM10, malah kadang-kadang lebih dari RM10, takkan kita tak mampu nak beli tiket untuk ke pameran ini?
Nilai ini tidaklah mahal jika nak di bandingkan dengan tenaga-tenaga yang berkerja keras selama berbulan-berbulan bagi memastikan pameran ini berjalan dengan lancar.
Tepuk dada. Tanya Iman.
Ayuh! Jom ramai-ramai kita meriahkan lagi pameran artifak Rasulullah dan Para Sahabat ini.
Semoga dengan hadir ke pameran ini dapat meningkatkan lagi rasa cinta dan rindu kita kepada baginda, Nabi SAW.
Salam rindu hanya buatmu Ya Rasulullah
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Majlis Perasmian Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA.

Perasmian oleh MB Kedah
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Pada 27 Mac 2017, iaitu pada hari isnin yang lalu, berlangsungnya majlis perasmian pameran artifak Rasulullah SAW dan para sahabat RA di Muzium neger Kedah.
Majlis Perasmian Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA.
Majlis Perasmian Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA.
Majlis Perasmian Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA.
Pameran itu telah di rasmikan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md Hanipah, Menteri Besar negeri Kedah.
Pameran ini telah bermula sejak 20 Mac lagi dan bakal berakhir pada 19 April 2017. Setakat ini pengunjung yang hadir ke Pameran ini telah mencecah belasan ribu orang. Sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan.
Majlis Perasmian Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA.
Majlis Perasmian Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA.
Majlis Perasmian Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA.
Ekoran daripada sambutan hangat pameran artifak Rasulullah SAW ini, Kerajaan negeri Kedah turut bercadang untuk mewujudkan Muzium Islam Kedah bagi mempamerkan artifak dan bahan sejarah Islam di negeri tersebut.
Harga tiket yang di tawarkan bagi pameran artifak ini ialah:
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang
* Kanak Kanak 6 tahun keatas – RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun – Percuma

Hadiah bagi pengunjung yang bertuah turut di adakan.
Setiap 1,000 orang pengunjung – Sehelai tshirt
Setiap 10,000 pengunjung – Sehelai tshirt dan Al Quran Digital
Pengunjung ke 100,000 – Sehelai Tshirt, Al Quran Digital dan Pakej Umrah untuk Seorang.

Perasmian oleh MB Kedah
Semoga dengan kewujudan pameran artifak sebegini akan menarik lebih ramai rakyat di negara ini untuk mengenali sejarah islam dengan lebih dekat.

Biodata Nabi Muhammad SAW

Biodata Nabi Muhamad SAW
BIODATA NABI MUHAMMAD SAW
Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Biodata Nabi Muhamad SAW
Jika ingin melihat pakaian serta alatan yang pernah di gunakan oleh Nabi Muhammad SAW, Rasulullah yang tercinta, boleh lah hadir ke Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para sahabat.
Pameran ini di adakan di Muzium negeri Kedah bermula 20 Mac sehingga 19 April 2017.
Pembelian tiket boleh terus ke Pameran Artifak Rasulullah SAW.

Alangkah Indahnya Hidup Ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah Indahnya Hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasullullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya rabbi Solli alaihiwasallim
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya rabbi Solli alaihiwasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Ya Rasullullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Lirik lagu ini benar-benar menyentuh hati jika hayatinya betul-betul. Boleh mengalirkan air mata. Allahhurabbi..
Dunia semakin tenat dengan pelbagai kerakusan manusia. Masa semakin cepat berlalu sehingga setahun di rasakan semakin pendek waktunya. Banyak perkara yang tidak sempat di lakukan dalam masa 24 jam sehari sehingga kita sentiasa mengejar ‘dateline’ untuk menyiapkan sesuatu kerja.
Terlalu sibuk dengan urusan duniawi, mengejar kekayaan sehingga kan kita sendiri alpa tanpa di sedari. Solat semakin di lewatkan. Al quran semakin berhabuk, Sunnah nabi semakin di tinggalkan. Qiamullai semakin tiada. Nabi kita, Rasulullah SAW juga semakin dilupakan.
Allahhurabbi. Jom sama-sama kita muhasabah diri..
Pada 20 Mac sehingga 19 April ini, ada pameran artifak Rasulullah SAW dan para sahabat.
Pada tahun ini, pameran ini di adakan di Muzium negeri Kedah. Rebutlah peluang ini. Artifak-artifak ini dikumpulkan dari serata dunia untuk dipamerkan kepada semua yang hadir. Ianya merupakan artifak tulen dan bukannya replika. Semoga dengan hadir ke pameran ini dapat meningkatkan lagi rasa cinta dan rindu kita kepada baginda, Nabi SAW.
Salam rindu hanya buatmu Ya Rasulullah
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

gambaran padang masyhar
Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas r.a., bapa saudara Nabi ﷺ dari Rasulullah ﷺ telah bersabda : “Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah سبحانه وتعالى serta dibenarkan oleh para rasul.”
gambaran padang masyhar
Ibnu Abbas r.a berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad . Malaikat Jibril a.s. akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Malaikat Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Malaikat Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”
Malaikat Jibril a.s. akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad ?”
Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu di mana kubur Muhammad .”
Rasulullah ﷺ bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad  ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”
Malaikat Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah ﷺ berdiri, Baginda ﷺ telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda ﷺ. Baginda ﷺ melihat kanan dan kiri. Baginda ﷺ  dapati, tiada lagi bangunan. Baginda ﷺ  menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Malaikat Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah سبحانه وتعالى di tempat yang luas.”
Baginda ﷺ  bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”
Malaikat Jibril a.s. menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah سبحانه وتعالى.”
Baginda ﷺ  bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”
Malaikat Jibril as. berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda ﷺ  bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda ﷺ bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”
Baginda ﷺ bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”
Malaikat Jibril a.s. berkata kepada baginda ﷺ : “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad  dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”
Malaikat Jibril a.s. datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad ﷺ . Buraq cuba meronta-ronta. Malaikat Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah سبحانه وتعالى? Sudahkah Allah سبحانه وتعالى perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”
Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah سبحانه وتعالى akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”
Baginda ﷺ  bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”
Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda ﷺ menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad ﷺ berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.”
Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Wahai Israfil! Tiup sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”
Malaikat Israfil a.s. menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”
Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”
Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah سبحانه وتعالى, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.
Nabi ﷺ duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad ﷺ  merupakan satu umat (kumpulan). Nabi ﷺ berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.
Malaikat Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah سبحانه وتعالى.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad ﷺ berjumpa satu umat, baginda ﷺ akan bertanya: “Di mana umatku?”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila nabi Isa a.s. datang, Jibril a.s. menyeru: “Tempatmu!” Maka Nabi Isa a.s. dan Jibril a.s. menangis.
Nabi Muhammad ﷺ  berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad ﷺ  menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad !”
Apabila Nabi Muhammad ﷺ melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda ﷺ dengan apa yang telah Allah سبحانه وتعالى muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda ﷺ . Baginda ﷺ  juga gembira terhadap mereka.
Nabi Muhammad ﷺ bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad ﷺ  bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah سبحانه وتعالى seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”
Allah سبحانه وتعالى berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad ?”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”
Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad  bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Malaikat Jibril a.s. kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah سبحانه وتعالى.”
Nabi Muhammad ﷺ  berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah سبحانه وتعالى.”
Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah سبحانه وتعالى. Nabi Muhammad ﷺ  memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah سبحانه وتعالى.
Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”
Hamba-hamba Allah سبحانه وتعالى terdiam.
Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”
Malaikat Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah سبحانه وتعالى telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malaikat Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Malaikat Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malaikat Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah سبحانه وتعالى telah mengumpulkan makhluk?”
Malaikat Jibril menjawab: “Ya!”
Malaikat Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Malaikat Jibril berkata: “Di hadapan Allah سبحانه وتعالى!”
Malaikat Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”
Malaikat Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).
Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
Sumber: shafiqolbu.wordpress.com

Membaca kisah ini membuat air mata penulis sendiri keluar dengan laju sekali.. Betapa mulianya Nabi Muhammad. Nabi begitu merindui umatnya. Nabi bertanyakan akan umatnya apabila dibangkitkan di akhirat kelak, tetapi kita sebagai umat Nabi, apa yang kita buat?

Sempena Pameran Artifak Rasulullah di Muzim Negeri Kedah nanti, ajaklah ramai-ramai saudara serta sahabat handai datang melihat sendiri artifak-artifak Rasulullah. Semoga dapat meningkatkan lagi rasa kecintaan kepada Nabi kita, Rasulullah SAW.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Beruntungnya kalian jika berpeluang datang ke Pameran Artifak Rasulullah SAW ini.

5 Sebab Utama Kenapa Anda Harus Datang ke Pameran Artifak Rasulullah SAW
1. Dapat melihat dengan lebih dekat Artifak Peninggalan Rasulullah SAW
Melihat di dalam gambar dengan melihat sendiri secara fizikal, perasaannya sangat berbeza. Apabila melihat sendiri artifak Rasulullah di hadapan mata, boleh mengalirkan air mata. Akan timbul rasa rindu kepada baginda yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Bauan yang wangi membuatkan rindu itu membuak-buak. Rasulullah SAW adalah insan yang akan memberikan syafaat kepada umatnya di akhirat kelak. Rasulullah juga sangat rindukan umatnya walaupun tidak pernah berjumpa.

2. Rasa lebih bersemangat untuk melakukan sunnah-sunnah Rasulullah SAW
Sebelum ini, kita mungkin ada buat sunnah Nabi SAW. Tetapi kadang-kadang, mungkin juga kita terlupa atau alpa dengan kesibukan duniawi. Inilah masa untuk anda bangkitkan kembali semangat itu. Pameran artifak Rasulullah ini mempamerkan barangan penyimpan koleksi peribadi yang dibawa khas dari beberapa buah negara.
3. Terasa lebih dekat dengan Baginda, Rasulullah SAW
Masa tengok penutup makam ni tiba-tiba rasa sayu. Bau ruangan ni harum mungkin kerana kain ini memang diletak wangian, sama seperti kain penutup Kaabah. Macam tak sangka juga dapat berada dekat dengan barangan peribadi begini. Saya rasa kalau yang pergi makam sebenar mesti hati rasa berbaur-baurkan. Macam kasih-sayang Rasulullah saw ni kita dapat rasai walaupun kita tak pernah berjumpa. Kita baca kisahnya, pengorbanannya, kebaikannya. Berdiri di sebelah kain penutup makam pun kita dah rasa kasih-sayang dia, apatah lagi bila kita melawat makam Baginda T_T ” (Dalin Ali)
Ini merupakan salah satu luahan daripada mereka yang telah pergi melihat sendiri pameran artifak Rasulullah SAW. Betapa rasa itu tidak dapat di luahkan dengan kata-kata melainkan anda pergi dan rasai sendiri.

4. Dapat merasai pengalaman indah yang sukar di dapatkan di mana-mana
 Ok yg ni membuatkan akak dengan kak long mengalirkan air mata tanpa dapat di tahan2…Rambut ini di katakan milik Rasulullah s.a.w …ya Allah akak tak tau macam mana nak hurai kan perasaan ketika melihat rambut Rasulullah s.a.w ni…Nabi junjungan kite yg akan mempertahan kan kite di hari pembalasan kelak…(http://wanitagaramdangula.blogspot.my)
Anda harus pergi dan rasai keindahan ini sendiri. Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang ini untuk melihat sendiri pameran artifak Rasulullah yang cukup bernilai dibawakan khas ke Malaysia. Musim cuti sekolah, ramai yang mencari tempat menarik di Kedah dan pameran ini diadakan selama sebulan bermula 20 Mac 2017.

5. Dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan.
Bila anda pergi, memang anda akan pelajari tentang banyak perkara. Selain melihat artifak Rasulullah SAW, anda juga berpeluang melihat artifak para sahabat, tokoh-tokoh islam yang terdahulu dan banyak lagi. Artifak yang dipamerkan adalah tulen, dibawa khas daripada pemegang persendirian barang peninggalan Nabi Muhammad SAW dari Jordan, Turki, India, Syiria, Mekah dan Madinah.

Selain datang ke Pameran Artifak ini, anda juga boleh melancong ke sekitar negeri Kedah yang sememangnya terkenal dengan pelbagai tempat yang menarik.
Antaranya ialah Menara Alor Setar, Muzim Padi Alor Setar, Taman Jubli Emas Alor Setar, Kolam Air Panas Ulu Lenggong dan banyak lagi tempat menarik yang boleh anda lawati di negeri Kedah ini. Banyak lagi tempat menarik di Kedah ini dan lokasi Muzium Negeri Kedah hanyalah bersebelahan dengan Stadium Darul Aman.
Datang lah dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Anda pasti akan mendapat sesuatu. Ajaklah ramai-ramai datang. Moga pahala itu terus mengalir. Tarikh: 20 Mac 2017 – 19 April 2017
Lokasi : Muzium Negeri Kedah
Waktu pameran: 10 pagi – 10 malam , Jumaat (tutup 12tgh hari – 3.00 petang)

Pameran Artifak Rasulullah Muzium Negeri Kedah

Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A akan diadakan di Muzium Negeri Kedah Bermula 20 Mac 2017 hingga 19 April 2017.
Waktu Pameran: 10 pagi – 10 malam,
(Jumaat, pameran akan ditutup pada 12 tengahari – 3 petang)

Pameran ini membawakan 27 Artifak untuk dipamerkan kepada para pelawat.
Harga Tiket adalah seperti di bawah:
  • Dewasa – RM20.00 seorang
  • Pelajar – RM10.00 seorang
  • Warga Emas – RM10.00 seorang
  • OKU – RM10.00 seorang

No comments: