Tuesday, February 20, 2018

RASULULLAH PEMIMPIN MITHALI



RASULULLAH PEMIMPIN MITHALI



  1. PENDIDIK YANG BERKESAN

-          Al-Quran menyatakan bahawa Rasulullah sebagai pendidik kepada seluruh manusia walaupun baginda tidak boleh membaca.
-          Memperolehi pendidikan terus daripada Allah
-          Dalil : Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang ( Arab ) yang ummiyyin , seorang Rasul ( Nabi Muhammad ) dari bangsa mereka sendiri yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka ( dari I’tikad yang sesat ) serta mengajar mereka kitab Allah dan hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
-          Sejarah buktikan Rasulullah merupakan guru terulung yang tidak mampu ditandingi.
-          Masyarakat yang disebutkan ummi dalam al-Quran telah berubah menjadi celik dan cintakan ilmu , lantaran mereka menghayati konsep Iqra’.








  1. MENGUTAMAKAN MUSYAWARAH

-          banyak keputusan yang dibuat oleh pihak pemerintah sebelum kedatangan islam bersifat diktator.
-          Perutusan Rasulullah telah menekankan konsep musyawarah dalam setiap keputusan yang dibuat.
-          Boleh dilihat dalam peristiwa orang-orang Yahudi bani Nadir beserta golongan Quraisy yang hendak menggempur kota Madinah.Dalam menghadapi serangan ini , Rasulullah telah bermesyuarat dengan para sahabat dan akhirnya baginda menerima pandangan Salman al-Farisi agar dibuat parit di pinggir kota Madinah dan dikenali peperangan tersebut sebagai peperangan Khandak.
-          Saidina Ali pernah bertanya kepada Rasulullah mengani perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran dan tiada dalam sunnahnya. Maka baginda bersabda “ Kumpulkan orang-orang pandai dari kaum Muslimin. Kemudian jadikanlah perkara itu dalam permesyuaratan antara kalian “.
-          Dalam konteks masyarakat hari ini , musyawarah amat penting contohnya seorang pemimpin dalam masyarakat perlulah bermesyuarat untuk memastikan keharmonian dan keamanan berkekalan. Sebagai contoh apabila dunia dilanda Tsunami , maka pemimpin dunia yang terlibat telah mengadakan mesyuarat khas di Jakarta bagi membincangkan kaedah dan pendekatan bagi menangani masalah ini pada masa hadapan.









  1. BERSIFAT JUJUR DAN ADIL

-          Rasulullah terkenal dengan sifat jujur sejak sebelum baginda dilantik menjadi rasul sehingga baginda digelar al-Amin yakni orang yang jujur oleh masyarakat Arab di kota Mekah.
-          Dengan sifat inilah dakwah Rasulullah dapat disebarkan dengan mudah dan berkesan kerana masyarakat begitu mempercayai baginda lantaran kejujurannya.
-          Dalam melaksanakan keadilan , baginda tidak pernah membeza-bezakan manusia sama ada miskin atau kaya dan sebagainya. Segala keputusan yang dibuat oleh baginda dapat memuaskan hati semua pihak. Baginda berjaya menjadi seorang pemimpin yang dihormati dan disegani walaupun oleh pihak musuh disebabkan keadilan yang ditunjukkan oleh baginda..
-          Diriwayatkan oleh at-Tirmizi dari sahabat Ali r.a berkata  :
      “Rasulullah adalah manusia yang paling adil”.
-          Sebagai contoh ketika Rasulullah menjatuhkan hukuman potong tangan kepada seorang wanita bangsawan Quraisy yang telah mencuri sehingga baginda bersabda yang bermaksud , “ Jika sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri , nescaya aku akan potong tangannya”.
-          Sebagai pemimpin perlu bersifat jujur dan sentiasa berlaku adil dalam pentadbiran atau pemerintahannya agar terhindar dari sebarang bentuk ketidakadilan dan kezaliman. Pemimpin yang jujur dan adil akan dihormati oleh rakyat atau orang bawahannya.
-          Sebaliknya pemimpin yang tidak jujur dan tidak berlaku adil akan menyemai sifat benci di kalangan rakyat yang akhirnya akan menghalang kemajuan sesebuah negara.




  1. KASIH SAYANG SESAMA MAKHLUK

-          Sesungguhnya Rasulullah merupakan seorang yang kaya dengan kasih sayang terhadap semua makhluk.
-          Baginda amat mengasihi dan menyayangi haiwan sehingga di satu ketika , Aisyah telah berlaku kasar terhadap unta yang ditungganginya . Maka baginda menegur Aisyah dengan bersabda , hendaklah engkau berlemah lembut kepadanya ( unta ).
-          Dalam konteks sebagai pemimpin keluarga , baginda adalah seorang yang sangat mengasihi isteri dan anak-anaknya. Dalam riwayat ath-Thayalisin disebutkan bahawa Anas bin Malik r.a pernah berkata , “ Rasulullah adalah orang yang sangat mengasihi dan menyayangi keluarga.
-          Rasulullah sering bersenda gurau dengan para isterinya secara sopan. Kata-kata baginda begitu menyenangkan hati dan membuatkan isterinya tertawa.
-          Sifat mengasihi dan menyayangi sesama makhluk amat penting agar segala arahan dan teguran yang dibuat oleh pemimpin terhadap rakyat atau orang bawahannya dapat diterima dengan baik lantaran kasih sayang yang wujud antara pemimpin dan yang dipimpin.










  1. PEMIMPIN YANG BIJAK BERPOLITIK

-          Rasulullah telah berjaya mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansar. Malah baginda juga telah berjaya menyatukan penduduk Madinah yang terdiri dari 3 suku kaum yang besar iaitu Bani Khuraizah , Nadir dan Qainuka dalam usaha untuk melenyapkan permusuhan antara golongan-golongan yang saling bermusuhan ini, baginda telah membuat perjanjian persahabatan dan perdamaian dengan kaum Yahudi ini sehinggakan kaum yang dahulunya saling bersengketa akhirnya bersatu di bawah ketokohan dan kepemimpinan Rasulullah.
-          Allah berfirman (                ) bermaksud Bertolong bantulah kami dalam perkara kebaikan dan janganlah kamu bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan.






  1. PAKAR EKONOMI YANG AMANAH

-          Rasulullah telah dididik dengan asas-asas perniagaan bermula dari usia kanak-kanak lagi.
-          Ini dibuktikan dengan perjalanan Rasulullah bersama bapa saudaranya ke Syam untuk berdagang.
-          Kemudian pada usia baginda awal 20-an , baginda telah diberi kepercayaan dengan membawa bara dagangan Siti Khadijah binti Khuwailid lalu mendapat keuntungan yang besar.
-          ( peniaga yang amanah dan benar akan dibangkitkan bersama para nabi , siddiqin dan syuhada’ pada hari kiamat kelak.) hadith sahih.
-          Namun demikian kita dapat lihat ekonomi negara kita masih dimonopoli oleh golongan bukan Islam. Langkah kerajaan memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum masih belum mencapai matlamat dan sasarannya.
-          Justeru , kita sebagai pelajar haruslah menjadikan rasulullah sebagai model peniaga yang baik dan amanah bagi menanamkan azam untuk memantapkan ekonomi umat Islam dengan tidak hanya bergantung harap kepada orang bukan Islam.



  1. PEMIMPIN YANG  TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA

-          Kalau diperhatikan dan diteliti sirah Rasulullah , hasil karya Ramadhan al-Buti menceritakan bagaimana Rasulullah mengatur dan merancang strategi dalam peperangan yang akhirnya membuahkan kemenangan walaupun bilangan tenteranya yang sedikit.
-          Sebagai contoh dalam peperangan Badar , tentera Islam hanya berjumlah 313 manakala tentera musyrikin berjumlah 1000 orang. Berkat kesabaran dan ketabahan serta keyakinan Rasulullah dan para sahabat , akhirnya kemenangan berpihak kepada umat islam.
-          Firman Allah   (   ) “janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah.

No comments: