03 March 2012

KITAB HAKIKAT INSAN MAD LAKSAMANA

Alhamdulilah, segala puji bagi Allah, dengan izin dan pertolongan Allah, posting tentang kitab “hakikat insan”, dapat juga disiapkan. Kitab yang di maksudkan di sini ialah kitab hakikat insan, karangan Haji Ahmad Laksamana bin Omar. Kitab ini sebenarnya sudah lama menjadi isu hangat, ada juga setengah daripadanya yang mungkin kekurangan ilmu dan bimbingan, membenarkan kitab ini. Kononnya kitab ini menpunyai maksud terlalu dalam dan orang yang hendak membaca dan memahami kitab ini, perlulah menpunyai ilmu Tasauf yang tinggi dan menpunyai hati yang bersih barulah akan mendapati bahawa kitab ini kitab Tasauf yang benar. Padahal ternyata kitab ini kitab ajaran sesat. Kitab pemfitnah kaum sufi dan ilmu Tasauf.
Kata guru kami Syeikh Abdullah Al- Majzub:
. “ Ajaran yang terkandung di dalam kitab ini adalah sesat, barangsiapa beramal dan berpegang dengan kitab ini, boleh membawa kepada kufur dan sesat”. – Semoga Allah menjauhkan kita semua daripadanya.

Bukan niat kami untuk memburukkan identiti penulis, dan jikalau penulis kitab ini sudahpun kembali ke pangkal jalan dan bertaubat, kami tidak mengetahuinya. Apa yang menjadi masalah di sini, masih ada segelintir umat Islam di Negara kita, khususnya di negeri Terengganu ini masih mengguna pakai kitab ini sebagai pegangan dan rujukan di dalam bidang Tasauf. Sekali lagi kami mengingatkan bahawa kitab ini adalah sesat. Turut juga di fatwakan sesat oleh JAKIM.

Untuk golongan yang masih lagi berpegang pada kitab ini, cubalah saudara selidiki, bab yang kami akan bawakan ini, adakah ianya juga ada di bincangkan di dalam kitab Tasauf dan Sufi yang muktabar? Adah ajaran dalam kitab ini selari dengan akidah Islam dan Sunnah Rasulullah? Adakah ajaran ini ada termuat juga di dalam kitab karangan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani -ulama Tasauf ikutan, Imam Al-Ghazali- Hujjatul Islam, Syeikh Athoillah-penulis kitab Hikam, dan banyak lagi ulama Tasauf yang muktabar dan benar, yang kitabnya kita boleh jadikan rujukan dalam bidang Tasauf. Adakah saudara menjumpainya apa yang di bincangkan di dalam kitab ini (hakikat insan), yang akan kami tampilkan ini, ada juga di bincangkan di dalam kitab mereka?

Sabda Rasulullah s.a.w. :
Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, yaitu Kitabullah (Al Qur’an) dan sunnah Rasulullah Saw.
-(HR.Muslim)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.”

Untuk golongan yang baru hendak mengenali Tasauf ataupun golongan yang memusuhi Tasauf, janganlah kamu mengambil kitab ini sebagai modal untuk mempelajari dan memfitnah ilmu Tasauf. Kerana kitab ini bukanlah kitab Tasauf. Kitab ini hanyalah kitab nukil. Kitab sesat yang bukan dari ajaran Islam, bukan dari ilmu Tasauf.

Kami tampilkan sedikit tentang ajaran dan fahaman yang terkandung di dalam kitab ini, agar kita boleh mengambil iktibar, dan boleh menjadi satu bukti bahawa isi kandungan di dalam kitab ini adalah sesat. Kami hanya mengambil sedikit isi kandungan kitab ini, di mana yang boleh di lihat dengan jelas dan ketara kesesatan kitab ini. Wallahualam.



Sedutan dari kitab hakikat insan mad laksamana mukasurat 304-324.

Lantaran untuk memakrifatkan diri Allah s.w.t maka Allah pula telah menyatakan dalam firmanNya:

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

*Sesungguhnya para ulama Tasauf telah bersepakat menyatakan bahawa Ayat-Ayat Surah Al-Ikhlas diatas adalah ayat-ayat makrifat yang meliputi pada membincangkan proses Tajali diri Allah s.w.t pada peringkat akidah sampailah kea lam Ihsan. Hal ini telahpun kita bincangkan di dalam bab yang lalu.
Soalnya , di dalam empat rangkap ayat makrifat yang terkandung di dalam surah Al-Ikhlas itu, kenapa Allah s.w.t telah menekankan dengan seriusnya, Firmannya:

“-Tidak beranak dan tidak di peranakkan.”

Di dalam hal ini sudah tentu ianya menpunyai sesuatu hikmat rahsia yang harus di terokai oleh manusia yang hendak memakrifatkan dirinya dengan Allah.

Bila kita memperkatakan soal beranak dan diperanakkan, maka dengan segera kita dapat
memahami bahawa ianya tidak mungkin akan membincangkan soal bulan, soal bintang, soal berniaga, soal baju dan sebagainya tetapi dengan secara automatik akan membincangkan soal kemaluan perempuan (burit) dan kemaluan lelaki (pelir) dan kenapa pula soal burit (faraj) dan soal pelir (zakar) diperbincangkan dalam pengajian Makrifat dengan Allah, adalah disebabkan kerana Faraj dan Zakar mempunyai ciri-ciri makrifat imu makrifat tinggi.
Sesungguhnya tugas zakar adalah memakrifatkan dirinya dengan faraj dan tugas faraj pula memakrifatkan dirinya dengan zakar dan perlu ditegaskan di sini tujuan pertama
zakar harus memakrifatkan dirinya dengan faraj adalah bertujuan untuk
menyampaikan rahsia hakikat diri manusia yang terkandung di dalam mani kepada faraj
dan manakala tugas faraj pula harus menerima rahsia hakikat diri manusia untuk
ditanggung oleh rahim yang berakhir dengan terbentuknya diri seseorang manusia itu, maka sebab itulah Faraj harus memakrifatkan dirinya dengan Zakar.
Begitulah dengan manusia, di mana seseorang manusia itu terpaksa memakrifatkan dirinya dengan Allah s.w.t. bagi tujuan untuk menyerahkan amanah diri rahsia Allah
Tuhan semesta alam.
Di dalam membincangkan soal makrifatkannya zakar dengan faraj dan makrifatkan dengan zakar banyak perkara-perkara anih yang harus digali oleh kita.
Beberapa soalan terikat harus dijawab dan dikaji oleh kita bersama di samping kita buat perbandingan dengan diri kita di dalam konteks makrifat dengan Allah s-w.t¬
(1). Bagaimana zakar boleh tahu bila saja diperkatakan soal faraj. Lantas iapun
bangkit segar (keras) semacam mencari faraj yang diperkatakan oleh kita tadi. Dan begitu juga halnya dengan faraj.
(2). Bagaimana pula zakar dapat mendengar apabila disebut nama faraj iapun bangun (keras) jadi tentu zakar mendengar. Ianya mengguna teliriga mana?
(3). Bagaimana pula zakar dapat melihat, sedangkan ianya tidak mempunyai mata. Ianya dapat melihat Faraj walaupun diselubungi dan dilindungi, maka begitu pula dengan faraj.

(4). Bagaimana dan siapakah yang mengajar Zakar dan Faraj mengenali di antara satu dengan lain dan kenapa pula seseorang yang hendak melangsungkan
perkahwinan tidak sekali-kali di ajar tentang cara-cara mengadakan hubungan sex dan kenapa setiap ibu bapa yang mengahwini anaknya menyakini anak-anak mereka sudahpun pandai tentang sex. Dari mana dan siapa yang mengajar anak itu tentang sex?
(5). Apakah ilmu yang dipakai oleh zakar dan faraj di mana ianya dapat mengetahui makrifatkan tanpa belajar dan di ajar.
(6). Dan banyak lagi soalan yang harus disoal oleh kita, untuk kita mengambilnya sebagai iktibar yang balk dalam arah tujuan kita mengenali Allah s.w.t.

(7). Sesungguhnya zakar dan faraj benar-benar makrifat di antara satu dengan lain
sehingga disebut saja nama salah satu di antara mereka lantas masing-masing menunjukkan satu reaksi sepontan yang tak payah di arah di suruh-suruh oleh sesiapa dengan bahasa yang kasar, zakar memang mengenali benar faraj tetapi bagi zakar jika
disebut nama lain nescaya ianya tidak akan menunjukkan sebarang reaksi, kenapa dan mengapa?
Jika bagi zakar matlamat makrifatnya dengan faraj dan manusia pula menpunyai matlamat makrifat dengan diri Allah, maka knapa pula kita bila saja di sebut nama Allah walaupun beberapa kali, tubuh kita, jiwa kita, hati kita tidak menunjukkan sebarang reaksi spontan tidak seperti zakar terhadap faraj.











*Salah tafsir tentang Ayat Al-Quran bermula disini.
Tiada Ulama Tasauf yang mentafsir dan bermaksud seperti pengarang, tentang ayat ini.

29 February 2012

suami isteri

Awas sihir tafriq. Pemisah suami isteri.


Baru-baru ini penulis telah menerima satu panggilan telefon dari seorang kawan dari Kuala Lumpur. Beliau telah meminta penulis menolong kawan beliau yang baru dapat anak pertama 2 bulan lepas. Tetapi masalah bukan anaknya tetapi pada isterinya yang berkelakuan pelik selepas bersalin. Perangai isterinya berubah dan asyik minta cerai dari suaminya. Benci kepada suami sampai tak boleh tengok suaminya langsung.

Jadi pada mulanya penulis ingat isteri kawan beliau ini mungkin "gila meroyan" iaitu penyakit yang kadang-kadang yang selalu terjadi kepada perempuan yang lepas bersalin. Mengikut ceritanya, kalau diikut hati suaminya mahu dicerai saja isterinya. Tapi penulis menasihatkan jangan ambil tindakan bodoh nanti menyesal kemudian hari kalau ikut hati yang marah. Bersabar dahulu atau dibawa ke pusat rawatan Islam. InsyaAllah boleh diubati penyakit ini tapi suaminya kena banyak bersabar.

Manusia rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Hati manusia kita tak boleh baca. Yang boleh baca isi hati kita hanyalah Allah SWT sahaja. Nabi Muhammad SAW sendiri pun tak boleh baca hati orang lain. Kalau ada bomoh atau pawang yang boleh membaca hati pesakitnya, jangan berubat dengan mereka. Syaitan dan Iblis pun tak boleh baca hati manusia. Mereka ini akan menyesatkan anda. Anda akan bergaduh kerana bomoh akan menyebutkan siapa yang membuat sihir kepada anda. Itulah kerja syaitan dan iblis yang suka melaga manusia supaya matlamatnya tercapai.

Kadang-kadang setengah manusia di muka bumi Allah SWT ini tak boleh tengok orang lain lebih sikit. Hati mula sakit. Yang jahat dan perut busuk mulalah fikir bagaimana nak merosakkan rumahtangga orang lain dengan menggunakan sihir. Bomoh-bomoh yang ada pun jangan percaya sangat akan kejujuran mereka. Dulu ada satu pasangan suami isteri berjumpa dengan bomoh untuk berubat. Suaminya minta bomoh tersebut mengubati isterinya yang sakit. Bomoh ini berkenan pulak pada isterinya lalu menggunakan sihir tafriq untuk memisahkan pasangan suami isteri ini.

Banyak kes-kes begini berlaku pada zaman moden. Lagi canggih teknologi makin kuat kepercayaan mereka kepada kehebatan bomoh. Sampai beribu-ribu ringgit habis untuk mencapai hajat yang dapat memuaskan hati mereka. Hajat yang baik tak apa lah. Ini hajat yang tak baik pulak. Yang selalu diminta oleh bomoh-bomoh kalau nak buat kerja-kerja sihir. Foto penuh mangsa dari kepala hingga kaki. Itu pasal kena jaga-jagalah foto yang penuh walaupun gambar beramai-ramai. Sekarang boleh "crop" menggunakan komputer. Lepas tu print kat kedai gambar.

Selain barang yang selalu diminta oleh bomoh-bomoh ilmu hitam ini seperti baju dalam dan seluar dalam kepunyaan mangsa sekiranya ada. Itu pasal dahulu ibu kita kalau basuh baju, seluar dalam dan baju dalam disidai berasingan atau ditempat yang tak boleh diambil orang. Sekarang kalau kita lalu diampai tempat sidai baju di taman perumahan. Kita boleh tengok berwarna-warni seluar dalam dan baju dalam tersidai tanpa rasa malu.

Mungkin dari firasat penulis isteri beliau tidak stabil emosinya dan pelbagai persoalan yang timbul? Kemungkinan ada orang sakit hati atau dengki dengan pasangan suami isteri ini. Yang hanya penulis boleh tolong dengan berdoa dan buat sembahyang hajat sahaja minta pasangan suami isteri ini dijauhi sihir dan iblis. Yang selebihnya ahli keluarga mereka kena berusaha sendiri. Berjumpa ustaz atau tok guru yang handal untuk pulih sediakala.

Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: RasululluLLAH SAW bersabda:
"Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)
Hadis ini menjelaskan bahawa dalam banyak godaan yang diselenggarakan Iblis dan konconya ialah menceraikan pasangan suami isteri, sementara yang lain tidaklah menjadikan kebanggaan bagi iblis laknatuLLAH.

Oleh yang demikian, tidak menjadi kehairanan di kalangan perawat bahawa masalah yang selalu ditangani adalah sihir yang ingin memisahkan suami isteri.

Tanda-tanda gangguan

1. Keadaan yang berubah secara cepat seperti rasa cinta kepada marah, suka kepada benci dan sebagainya.

2. Meragui kejujuran pasangan, merasakan ada melakukan kegiatan curang yang berlegar dalam fikiran.

3. Amat sensitive, tidak mahu menerima kesalahannya.

4. Melihat pasangannya berwajah hodoh dan menakutkan.

5. Membenci pasangannya yang meruap-ruap.

6. Marah kepada pasangan semasa berada di rumah tetapi merasa aman dan tenteram bila pasangan tiada disisi. Adakalanya merindui pasangan ini bila berjauhan.

Rawatan

Bacakan kepada pesakit ayat2 berikut:

Surah Al-Fatihah
Surah Al-Baqarah :1-5
Surah Al-Baqarah :102 (7x)
Surah Al-Baqarah : 163-164
Surah Al-Baqarah : 255 (Ayat Kursi)
Surah Al-Baqarah : 285-286
Surah Al-‘Imran :18-19
Surah Al-A’raf : 54-56
Surah Al-A’raf : 117-122
Surah Yunus : 81-82
Surah Thoha : 69
Surah Al-Mukminun : 115-118
Surah As-Shaffat :1-10
Surah Al-Ahqaf : 29-32
Surah Ar-Rahman : 33-36
Surah Al-Hasyr : 21-24
Surah Al-Jin : 1-9
Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Falaq
Surah An-Nas

Pesakit perlu melakukan mandian dengan cara membacakan pada sebaldi air: Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 4 Qul. Minum 3 teguk air berkenaan dan buat mandian sebagai bilasan terakhir. Jangan lap air berkenaan, biarkan ia kering secara terus memakai pakaian. Waktu terbaik mandi adalah sebelah petang. Lakukan setiap hari sehingga anda yakin tidak ada gangguan lagi.

Pesakit juga digalakan membaca Al-Baqarah 102 setiap kali lepas solat dan sebelum tidur.

Bagi wanita yang didatangi putaran haid, rakam bacaan di atas untuk didengar atau sekurang-kurang surah As-Shaffaat.

Pesakit juga mestilah berzikir “Lailahaillah wahdahu la syarikalah lahulmulku walahulhamdu wahua ‘ala kulli syaiin qadir” 100x pagi dan petang

Jika anda gagal berzikir, cuba lawan untuk berzikir. Jika gagal juga jumpalah perawat.

9 JENIS SIHIR

AL MARAD

Sihir sakit, orang yang terkena akan sentiasa sakit anggota badan, tidak berfungsi tiba-tiba atau kaku tubuh badan.

AL HAWATIF

Sihir yang membuat seseorang bermimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi, mendengar suara orang bercakap dalam jaga. Banyak was-was dan kuat syak wasangka pada orang yang rapat atau disayangi.

TA”TIL TAWAJ

Sihir bagi merosakkan perkahwinan seseorang. Kesannya akan merasa takut untuk berkahwin, mudah marah dan lupa dan kurang syahwat.

TAFRIQ

Sihir yang memisahkan suami isteri. Kesan sihir ini timbul perasaan marah dan benci apabila memandang satu sama lain sehingga merosakkan hubungan rumahtangga.

AL MAHABBAH

Sihir yang dibuat oleh isteri ditujukan kepada suaminya agar taat dan patuhi arahannya.

TAKHAYYUL

Sihir yang menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal. Juga akan berimaginasi benda kecil tetapi pada pandangannya ia besar.

NAZIF

Sihir yang dikenakan pada wanita yang mengalami darah istihadah (haid yang melebihi tempohnya), Darah akan keluar berterusan berbulan-bulan.

AL JUNUN

Sihir yang menjadikan seseorang lupa dan tersasul. Apabila bercakap matanya terbeliak. Tidak akan tetap di suatu tempat dan sering bertukar kerja. Selalu dilihat keluar tanpa hala tuju dan tinggal dirumah kosong.

AL KHUMUL

Yang terkena sihir ini akan suka bersendiri untuk tempoh yang panjang. Benci pada perhimpunan. Sentiasa resah dan lambat melakukan kerja.

Semuga dijauhi niat jahat manusia kepada kita serta dilindungiNya dan dipeliharaNya sepanjang masa.

Jazakallah Khairan.

DOA-DOA

DOA-DOA UNTUK MELINDUNGI DARI SIHIR-SIHIR TAFRIQ (PEMISAH IKATAN SUAMI ISTERI/IKATAN PERSAHABATAN/IKATAN ADIKBERADIK)


Salam pembaca,

Dalam rancangan "Semanis Kurma" yang dihostkan oleh Ustaz Akashah dan isteri beliau. Host jemputan mereka, Ustaz Sharhan Shafie yang merupakan pakar perubatan Islam yang banyak pengalaman dalam mengubat orang-orang yang terkena berbagai sihir, ada memberi beberapa doa-doa yang khususnya untuk mengelakkan Sihir Tafriq.

Sebelum ini penulis ada membuat posting untuk Doa Untuk Mengelak Sihir Tafriq (Pemisah Suami Isteri). Rupanya Sihir Tafriq ada banyak cabang selain memisah ikatan suami isteri. Sihir Tafriq juga digunakan ountuk memisahkan ikatan persahabatan kawan karib dan lain-lain ikatan mungkin termasuk memecahbelah ikatan di antara adik beradik, ikatan saudara mara dan yang terdekat termasuk anak beranak. Mungkin anak dan ibunya atau ayahnya.

Sihir Tafriq digunakan terhadap seseorang itu supaya membenci, bermusuhan dan berkelahi walaupun perkara yang remeh. Tanda awal suami isteri yang terkena sihir tafriq yang diberitahu oleh Ustaz Sharhan iaitu bila masing-masing berada jauh akan terasa rindu sangat. Tetapi bila berada bersama, selalu bergaduh atas perkara yang remeh, cepat panas baran dan tak boleh tengok muka si suami atau si isteri.

UNTUK DETEKSI GANGGUAN JIN SAMA ADA ANDA TERKENA SIHIR ATAU TIDAK

Kepada yang mungkin tidak selesa dan ada sesuatu menganggu dalam ikatan seperti disebut diatas. Mungkin anda telah di sihirkan sebelum ini. Baca doa ini selepas solat tersebut. Jika anda di sihir kemungkinan ada pertunjuk dari Allah SWT dalam erti kata yang lain. Anda akan terasa sesuatu keadaan yang berlainan seperti hendak pitam, sakit atau letih mungkin tindak balas dari bacaan tersebut terhadap sihir yang dikenakan pada anda. Jika tiada apa-apa tanda berlaku pada anda selepas membacanya. InsyaAllah anda tidak disihir.

Baca surah ini:-

1. Surah Al-Baqarah: ayat 102


Maksudnya:

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

PERUBATAN JARAK JAUH (PJJ)

Kaedah ini dilakukan untuk mengubat isteri, suami, anak atau saudara mara yang disihirkan berada jauh di dalam atau luar negeri. Lakukan solat sunat berikut pada 2/3 malam:

1. Solat Hajat

2. Solat Tahajjud.

Selepas solat tersebut, baca doa-doa ini.

1. Doa Untuk Kebahagian Rumahtangga Dan Keturunan.


Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

2. SURAH AZ ZUKRUF: AYAT 21



Maksudnya:

Pernahkah Kami memberikan mereka sebelum Al-Quran ini sebuah Kitab (yang membenarkan dakwaan mereka), lalu mereka berpegang teguh kepada kitab itu?

3. SURAH AL-ARAF: Ayat 21


Maksudnya:

Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".

UNTUK PELINDUNGAN DIRI DARI TERKENA SEBARANG SIHIR TERMASUK SIHIR TAHRIQ

Baca selalu doa-doa ini setiap kali solat wajib

1. Surah Al Anam: Ayat 61


Maksudnya:

Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).

2. Surah Hud: Ayat 57


Maksudnya:

Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu.

3.Surah Al Araf: Ayat 118


Maksudnya:

Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka lakukan.

Semuga mengamalkan doa-doa yang diatas untuk menjaga diri dan memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah SWT dari gangguan iblis dan jin yang dilaknat.

Lakukan yang terdaya tetapi berterusan kepada yang terkena sihir ini sehingga sembuh. Bacaan doa 1x/3x/7x mengikut kemampuan anda.

Wasallam.

berpoligami

Wahai suami, sanggupkah anda berpoligami


Berkahwin lebih dari satu adalah setiap impian dan angan-angan bagi semua lelaki. Kemampuan kewangan bukanlah satu daripada sebab-sebab untuk membolehkan seseorang lelaki itu berpoligami. Banyak lelaki yang berkemampuan tetapi setia pada satu isteri sahaja. Kadang-kadang ada yang memberi pelbagai alasan disebabkan kesihatan isteri, kurang layanan, tiada zuriat dan ada juga memberi alasan kononnya nak ikut sunnah Nabi SAW. Nabi SAW berkahwin lebih dari satu selepas wafatnya Siti Khatijah ra. Perkahwinan yang selepas itu adalah disebabkan oleh perkara-perkara yang tertentu untuk kebaikan bagi megembangkan syiar Islam.


Jika nak ikut sunnah Nabi, banyak lagi sunnah Nabi SAW. Tetapi tidak diikut pun oleh mereka. Dalam soal ibadat juga tidak diikut. Cuma bab kahwin sahaja yang diikut. Memang begitulah sifat-sifat orang yang nak kahwin lebih dari satu. Perkara yang paling penting adakah mereka ini sanggup berlaku adil diantara isteri pertama dan isteri kedua.

Firman Allah SWT:-
Berpoligami itu hukumnya sunnah bagi yang mampu, kerana firmanNya “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilama kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” [An-Nisa : 3]
Memanglah jodoh, ajal, pertemuan dan rezeki adalah ketentuan dari Allah SWT. Jika ditakdirkan juga, itu semua kehendakNya. Tetapi Allah swt menyuruh hambaNya berusaha dahulu dan kemudian tawakal kepadaNya. Tetapi jika bukan jodoh seseorang itu, perkahwinan tidak akan bertahan lama. Akhirnya kembali juga ke pangkuan isteri pertama. Banyak kes bila suami ditimpa musibah atau sakit, isteri pertamalah tempat mengadu. Jarang ada isteri kedua atau ketiga yang ingin menjaga dan menguruskan berak dan kencing suaminya yang sakit. Jika ada boleh dikira dengan jari. Jika dari segi kemampuan kewangan, banyak kawan-kawan penulis yang telah berkahwin lebih dari satu dan ada yang sampai tiga isteri. Mereka ini terdiri dari yang bekerja kampong, buruh kasar, kerani dan bisnes kecil sahaja. Apabila ditanya pendapat, mereka, kebanyakan menasihat pada penulis “Jangan cari pasal!”.seperti kata-kata yang selalu disebut oleh kumpulan Sepah dalam rancangan Rajalawak. Bila dah kahwin dapat anak, barulah tahu masalah beristeri dua.

Bukan semua lelaki hendak berkahwin lebih dari satu. Ada dua orang kawan penulis yang terpaksa menguruskan rumahtangga kerana isterinya sakit lumpuh. Seorang lagi isterinya kena “stroke”. Banyak kawan-kawan menasihatkan mereka supaya berkahwin lain. Tetapi itulah lelaki yang setia. Kesetiaannya kepada isteri mereka susah digugat. Ini suami yang soleh.

Begitu juga penulis semasa di KL dahulu. Si suami yang sakit terlantar di hospital. Sungguh setia isterinya menjaga keperluan suaminya yang lumpuh dan tidak terdaya memberi nafkah zahir dan batin. Kepada isteri-isteri yang solehah ini, syurga tempat anda nanti. Semuga Allah SWT memberi kebahagian dan merahmati kamu. Jika lain-lain isteri yang kurang imannya pasti mencari penganti atau berlaku curang.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kesanggupan, maka menikahlah, karena menikah itu lebih menundukkan pandangan mata dan lebih memelihara kesucian farji ; dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa, karena puasa dapat menjadi benteng baginya” [Muttafaq ‘Alaih]
Perkara-perkara yang tak sanggup dihadapi lagi untuk berkahwin lebih dari satu.

1. 1.Hilang kasih sayang anak-anak.
Kasih sayang anak-anak adalah yang paling utama dalam hidup. Hilang kasih sayang mereka, hidup pasti sunyi dan kosong. Sepatutnya bila dah anak-anak berkahwin, layan cucu-cucu yang ada, bukan anak kecil yang kadang-kadang orang ingat cucu kita.

2. 2.Pengorbanan Isteri.
Yang sanggup bersama di waktu susah dan waktu senang. Banyak pengorbanan yang belum tentu lagi sanggup dihadapi oleh isteri kedua seperti yang dibuat oleh isteri pertama. .

3. 3. Bangun Malam.
Tidak sanggup lagi bangun waktu malam untuk membuat susu dan menukar pampers seperti yang dibuat seperti dahulu. Biarlah bangun malam untuk melakukan solat kepada Allah SWT sahaja.

4. 4. Membahagi masa dan hari.
Bila beristeri dua atau tiga, kena adil dan bergilir-gilir tidur dirumah isteri pertama kedua dan ketiga. Tak sanggup berulang alik . Sepatutnya berulang alik ke Masjid untuk solat berjemaah dan mendengar ceramah ustaz..

5. 5. Ibadat dan amal Jariah.
Sepatutnya apabila anak-anak sudah membesar. Banyaklah membuat ibadat, menqada’ solat dan puasa ramadhan yang tertinggal dahulu. Masa yang ada sepatut berguru dengan ustaz bukan bergurau senda lagi.

6. 6.Bersanding atas pelamin.
Bila dah kahwin dengan anak dara, pasti tidak dapat dielakkan kerana adik beradik sebelahnya akan minta suaminya bersanding atas pelamin sebagai kenangan. Itu pasal kena pakai cermin mata hitam. Kadang-kadang kesian pada anak-anak isteri pertama yang tengok.”Bapaku kahwin lagi”.

7. 7.Isteri muda selalu menjadi perhatian orang.
A Apabila berjalan berdua-duaan dengan isteri muda, selalu orang akan memerhati isteri muda kerana suaminya tua, Macam bapa dengan anak. Mulalah suami cemburu tak tentu pasal.

8. 8. Melayan karenah adik beradik, mertua yang baru.
Kena jaga hati mereka kerana suami jadi perhatian dan orang baru bagi mereka. Kena berkunjung sampai habis semua kerabatnya yang ada jauh dan dekat.

9. 9. Menjaga kesihatan luar dan dalam.
Bila berkahwin dua, kena makan makanan yang berkhasiat, jamu dan segala makjun dan vitamin. Kena cari tukang urut batin bila isteri muda asyik nak yang itu sahaja. Badan yang kuat menjadi lemah. Mata asyik mengantuk sampai ceramah ustaz pun terlelap. Nak solat tasbih yang panjang pun tak termampu disebabkan terkandas diranjang bersama isteri muda. Sampai tak kering bulu , kata Kumpulan Sepah “ Sahaja aku mandi…”.

1 10.Mengawal kemarahan.
Semasa isteri pertama dahulu mungkin beliau tidak pernah kena jentik, kerana kita dapat mengawal kemarahan dan tahu sifat-sifatnya baiknya. Bila isteri muda mula buat perangai dan mengada-gada. Mula makan penampar sulong suami. Asyik meminta itu dan ini dan kuat memerap suami seperti budak kecil. Keluar bersembang lama sikit dengan kawan dipanggil balik kerana tidak boleh berenggang sikit macam belangkas. Suami naik rimas kena kontrol.

Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang penulis nak senaraikan disini. Jika pembaca ada pendapat atau nak ditambah lagi. Sila komen nanti.

Suami yang berkahwin lain mungkin disebabkan perkara-perkara seperti berikut:-

1. 1. Isteri mementing diri sendiri dan adik beradiknya sahaja.
Jika adik beradik suaminya datang berkunjung. Buat perangai marah anak-anak bila buat kesilapan kecil. Yang paling ketara semasa menyediakan makanan yang ala kadar saja untuk adik beradik suaminya. Untuk adik beradik sebelahnya dihidang makanan mengalahkan Restoran Insaf.

2. 2. Isteri selalu mengungkit perkara-perkara yang lepas.
Perkara yang lepas dimaafkan tetapi apabila berlaku sikit salah faham. Diungkit sehingga suami sakit hati. Dalam bisikan hati suami ”Aku kahwin lain baru padan muka engkau”.

3. 3. Mengikis harta suami dan buat perangai bila suami jatuh susah.
Bila adik beradik mengadu sikit, habis semua harta nak dijualkan untuk membantu mereka. Sekadar membantu yang terdaya sahaja. Tengok beberapa selebriti dan pengacara TV yang tinggalkan suami mereka bila jatuh bangkrap. Sanggup berkahwin dengan orang tua yang seangkatan dengan datuknya bukan dengan bapaknya. Nak disebut nama...nanti penulis naik mahkamah pula.!

4. 4. Isteri suka memperleceh dan membebel suami dihadapan orang atau adik beradiknya.
Banyak berlaku sampai suami sakit hati. Ayatnya lebih kurang begini ''Suami aku bukan pangkat besar Limah, kuli cabuk je, bawa lori JKR, makan pun tak cukup!”. Ada suami menceraikan isteri yang begini. Bila berkahwin kali kedua. Bisnes naik tangan dan maju hingga kaya raya. Melopong isteri pertama yang kahwin dengan orang lain tetapi masih susah. Pernah tengok berlaku di depan mata.

5. 5. Isteri sakit tidak dapat memenuh keperluan seks suami.
Ada yang berkahwin lain kerana keperluan seks yang amat sangat bagi mereka mengelak dosa zina. Isteri menyuruh suaminya berkahwin lain. Isteri begini yang bertimbang rasa dan tidak mahu suaminya masuk neraka. Susah mendapat suami yang setia. Hanya setakat ini dua orang sahabat penulis yang berkorban segala-segalanya untuk isteri kesayangan mereka.


Banyak sebab-sebab lain suami kahwin lain. Hanya ANDA sahaja yang perlu ''cerminkan diri'' anda dan perbaiki kelemahan yang ada dengan bertanya kepada suami apakah yang kurang dan apa yang baik untuk suami anda supaya kekal bersama anda hingga akhir hayat.

Setakat ini sahaja semuga kita sama-sama sabar menghadapi ujianNya dalam hidup ini. Ingat matlamat dan tujuan hidup yang singkat ini. Bukan mencari bala. Perbanyakkan amal ibadat. Untuk mencari keredhaanNya dan rahmatNya supaya hidup kita tidak sia-sia.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cendurung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antaramu kasih dan sayang". Ar-Rum: 21
Jazakallah Khairan.

PEMIMPIN

PEMIMPIN YANG MAKAN NASI BUNGKUS, ADA LAGI KE.. PEMIMPIN MACAM NI!!


Kalau tengok blog-blog Pro-Kerajaan, berbagai gelaran dan kutukan pada hamba Allah ini. Ada satu kisah benar untuk jadi tauladan kepada pembaca. Ini kisah pasangan suami isteri ini yang suka sangat dan selalu kutuk hamba Allah ini.

Mereka membuka mini-market dan pada awalnya bisnes memang cukup maju sampai tak menang tangan. Tetapi bila sudah aktif berpolitik dan mendapat anugerah "Dato" dari sultan. Bertambah rancak kutukan mereka kepada hamba Allah ini. Hamba Allah ini tak pernah pun menganggu atau pun mengata apa-apa pun pada mereka. Last-last lingkup habis semua bisnesnya, kontrak yang ada pun habis, gulung tikar. Yang tinggal kini hanya gelaran yang sultan bagi. Pada captain itulah kena "tulah" sebab mengutuk seorang ulama'.

Pada penyokong yang taksub kepada hamba Allah ini. Janganlah terlalu taksub sangat sampai memberi gelaran nabi pada hamba Allah ini. Berilah ruang pada tok guru. Jangan sampai ada pihak lain ambil kesempatan tak henti-henti balun tok guru disebabkan kamu. Kerana taksub kamu tok guru jadi sasaran.

Kali ini bila anda membaca N3 kali ini, jangan pula ada yang menuduh captain orang PAS, okey! Bukan nak bercakap tentang politik di sini. Tapi captain nak bercakap tentang sikap seorang pemimpin yang sangat dihormati. Aku kagumi.

Nik Aziz Nik Mat namanya. Pernah dengar cerita tentang dia satu ketika dulu bila mana seseorang menceritakan pengalaman ketika meminta tolong kepadanya. Kebetulan mereka bertemu di luar pejabat Menteri Besar. Kata si pencerita, soalan pertama Nik Aziz ialah, nak minta tolong peribadi atau urusan pejabat. Bila diberitahu tentang niat meminta tolong, mintak tanda tangan untuk urusan peribadi, terus lelaki yang digelar Tok Guru itu mengeluarkan pen, murah aje pen tu, dan tanda tangan. Rupa-rupanya, itu ialah pen untuk kegunaan peribadi. MasyaALLAH... memang mengkagumkan!!

Kini aku membaca lagi tentang ketinggian akhlak lelaki ini DISINI hasil tulisan Mohd Rashidi Hassan. Cuba lihat...

"ANTA dah makan," tegur Tok Guru tatkala melihat kelibat penulis memasuki bilik jamuan. "Alhamdulillah, sudah Tok Guru," jawab penulis sambil mengangguk.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terus membuka bekas polystyrene yang berada di hadapannya. Bekas tersebut diikat dengan getah plastik. Di dalamnya ada nasi putih, seketul ayam, sebungkus kuah gulai dan sebungkus cili. Tiada makanan ala buffet. Tiada air sirap, tiada teh dihidangkan. Yang ada hanya air mineral dan nasi bungkus.

Itulah jamuan untuk VIP PAS selepas Menteri Besar Kelantan itu merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas.

Beliau mencarik-carikkan isi ayam sedikit demi sedikit, dengan tangan kirinya menahan tulang ayam. Selepas secubit ayam dijamah, beliau menuangkan kuah gulai sedikit-demi sedikit, untuk dimakan dengan nasi. Begitulah selang-seli hidangan dimakan hingga habis.

Tok Guru tidak merungut. Nak tahu? Apa yang dimakan, itulah juga hidangan yang disajikan kepada seluruh peserta. Sama sekali tiada beza.

Sifat tawaduknya bukan dibuat-buat. Dah memang semula jadi sifat Tok Guru begitu. Hidangan yang simple dan murah. Makan digerai bersama rakyat kebanyakan sudah biasa baginya.

Tidak perlu dihighlight dalam media, tidak perlu diheboh kepada satu dunia.

Sungguh aku terharu!

Wasallam.




DIAMBIL DAN DITAMBAH SIKIT DARI BLOG BINI CAPTAIN...ANA SOFIYA