17 July 2016

DARI KEMAHIRAN SEBENAR BOLEH MENJADI DUIT.




Sebenarnya kita sering mengeluh tentang kehidupan kita dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan gaji yang tidak mencukupi sehinggakan awal bulan hanya berbaki beberapa ringgit sahaja.
Kalau kita sedar atau tidak sebenar kebanyakkan Bos tempat kita kerja ini sebenar ada kemahiran yang kita tidak ada. Selalunya menggunakan kemahiran mereka untuk mendapat keuntungan semata-mata dan akhirnya kita hanya mendapat gaji selama bertahun-tahun.
Sekarang Kita terdiri dengan beberapa kelompok iaitu yang berkerja dan tidak berkerja. Yang berkerja jangan malu untuk menambah kemahiran dalam diri anda walaupun terpaksa mengambil kelas. Kerana jika semakin bertambah kemahiran dalam diri anda semakin itu anda boleh meminta lebih dari apa yang ada. Yang tidak berkerja apa kata berani untuk memcari satu kemahiran yang boleh membantu anda untuk mendapatkan pendapatan dan tidak musthail jika anda boleh selesa dengan kemahiran ini anda boleh menjadi BOS.
Disini penulis senaraikan beberapa kemahiran yang akan diperlukan sampai bila-bila dan kita kena berani untuk belajar walaupun mengeluarkan kos sedikit. Di Negara luar, lebih- lebih lagi Negara maju rakyat mereka sanggup mengeluarkan kos untuk ke kelas-kelas kemahiran untuk menambah nilai dalam diri kita.

  1. Memperbaiki Kereta dan Motorsikal
Dalam kemahiran ini boleh didapati dalam pembelajaran dan pekerjaan. Jika anda sebagai pekerja bengkel yang mahir tidakkah anda bercita-cita untuk membuka bengkel sendiri? Pekara demikian tidak mustahil. Lebih-lebih lagi anda sebagai bumiputera banyak skim-skim yang disediakan.
  1. Menjahit
Kemahiran ini boleh didapati dari sesiu pembelanjaran dan bekerja jika anda sudah mahir. Cuba untuk keluar daripada zon selesa anda kerja dengan orang lain dengan mengambil keputusan untuk berkerja sendiri dengan memulakan perniagaan.

  1. Kemahiran Jualan.
Kemahiran ini sebenarnya paling susah untuk didapati. Jika selama ini hanya makan komisen daripada syarikat. Apakata anda berani untuk memasarkan produk anda sendiri.
  1. Kemahiran membuat kuih atau kek tradisional
Kemahiran ini kadang-kadang diwarisi atau dipelajari. Jika anda ada kemahiran ini ada boleh memasarkan produk anda sendiri.
  1. Kemahiran membuat perabot
Kemahiran ini pun perlu dipelajari. Tetapi jika mempunyai minat yang tinggi tentu sahaja anda boleh membuatnya.
  1. Kemahiran memperbaiki alatan elektronik
Ada antara kita sudah berkerja dalam bidang ini sudah lama. Apa kita cuba untuk membuka syarikat sendiri.
  1. Mengajar kelas tambahan untuk pelajar sekolah menengah dan rendah.
Bagi mereka yang meminati akdemik. Sebenarnya mereka boleh gunakan itu untuk mengajar pelajar-pelajar lain. Sebenarnya membuka pusat kelas tambahan hanya memerlukan modal kemahiran dalam akademik.
  1. Kemahiran membuat web dan yang berkaitan software
Kemahiran ini dijangka akan memningkat permintaannya. Jadi tidak salah jika kita mula berlajar. Banyak syarikat-syarikat memerlukan perkhidmatan pereka web.
Sebenarnya banyak lagi kemahiran yang kita ada, cuma kita tahu bagaimana untuk menggunakkan kemahiran kita atau kita tidak mahu untuk menambah diri kita dengan kemahiran- kemahiran yang boleh membantukan kita untuk menambah pendapatan.
ini antara link-link kerajaan yang memberi pinjaman dan nasihat. bijak mencari ruang dan peluang itu juga penting.

No comments: