17 July 2016

KETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PEKERJA!!!





Seperti yang diuar-uarkan bahawa pada hari ini 1 Julai 2016  gaji minimum RM1,000 bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 di Sabah serta Sarawak berkuat kuasa hari ini tanpa penangguhan, selepas kerajaan meneliti semua syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).
Kuatkuasa mengenai gaji minimum akan dipergiatkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi memastikan perintah ini dipatuhi. Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda RM 1,000 bagi setiap kesalahan dan RM 1,000 sehari bagi kesalahan berterusan boleh dikenakan mengikut Akta MPGN 2011.
Majikan yang melakukan kesalahan berulang boleh dikenakan penalti sehingga RM 20,000 atau penjara lima tahu atau kedua-duanya. Pelaksanaan ini meliputi semua majikan termasuk sektor perhotelan yang mana mereka dikehendaki membayar gaji minimum iaitu gaji pokok (tanpa elemen caj perkhidmatan) tidak kurang RM1,000 sebulan di Semenanjung selain RM920 di Sabah, Sarawak dan Labuan,
Maklumat mengenai pelaksanaan perintah gaji minimum boleh diperoleh daripada Urus Setia MPGN di talian 03-88865156 atau emel minimumwages@mohr.gov.my atau mana-mana pejabat JTK berkenaan.
Ini adalah berita baik untuk para pekerja, lebih-lebih lagi pekerja di Sabah dan Sarawak yang masih ada yang menerima gaji yang sangat sedikit. Mengikut pengalaman penulis di kawasan pinggiran Kota Kinabalu ada syarikat yang memberi gaji hanya RM 400.00 sahaja walaupu kerja 6 hari seminggu. Dengan pelaksanaan perintah gaji minimum ini adalah satu lebaran baru untuk pekerja di Sabah dan Sarawak. Tetapi kuatkuasa pemantauan pelaksanaan ini juga perlu dilaksanakan agar pihak majikan tahu bahawa ini adalah perkara yang serius dan perlu untuk dilaksanakan.
Kepada pekerja, anda kena mengetahui hak anda sebagai perkerja dan kebajikan yang harus dapat daripada majikan. Di negara kita isu mengenai hak pekerja masih banyak berlaku. Salah satu sebabnya kita yang tidak peka dengan undang-undang asas mengenai hak kita sebagai pekerja dan perkara yang kita boleh tuntut daripada majikan.
Gaji minimum Sabah Sarawak dan Semenanjung Malaysia juga perlu diselaras supaya sama dimasa akan datang. Jika dilihat Sabah dan Sarawak juga mempunyai kos kehidupan yang tinggi dengan kewujudan sistem kabotaj dan kos-kos yang perlu ditanggung oleh perniaga yang akhirnya memberi kesan kepada rakyat. Tetapi dalam hal ini, seperti dalam penulisan saya sebelum ini, hasil kajian dibuat gaji minimum ini dipergaruhi oleh kemampuan majikan iaitu gaji penengah. Gaji penengah dari majikan di sabah dan sarawak rendah memberi kesan kepada gaji minimum yang diberikan.
Kesimpulannya, kita sebagai pekerja perlu ada pengetahuan asas mengenai hak kita, kerajaan perlu membuat pemantau dan tindakan tegas kepada majikan yang mengabaikan pekerja, majikan juga kena memainkan peranan tahu mengenai hak pekerja dan jangan hanya memikirkan keuntungan sahaja tanpa pekerja perniagaan anda tidak akan ke mana.

No comments: