24 February 2012

Cara buat roti sendiri. Jom cuba resepi ini.

Cara buat roti sendiri. Jom cuba resepi ini.



Selepas memasukkan posting tentang "Fakta Benar - Bahaya Roti". Mulai sekarang eloklah kita kurang makan roti-roti yang disebutkan, sehingga anda pandai buat roti sendiri. Bila sudah tahu cara membuat tak payah lagi beli dipasaran kerana banyak sangat "side-effect". Sesiapa yang ada resepi lagi cara-cara membuat roti, bolehlah hantar untuk disiarkan disini. Kali ini ada 2 resepi cara-cara membuat roti sendiri iaitu dari Aliaazuan dan Liza JB.

Di sinilah letak pentingnya bagi kita untuk berlumba-lumba dalam membuat kebaikan sebagaimana firman Allah SWT yang ertinya:

“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian . Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”.

Jalan Menuju Amal Baik meskipun kebaikan kita sedari sebagai sesuatu yang harus kita laksanakan kerana itu ada beberapa hal yang boleh dijadikan resepi bagi seseorang agar bersemangat melakukan kebaikan.

1. Cara-cara membuat roti. (Kiriman Aliaazuan)

Bahan-bahan:

1 kg tepung roti (tepung gandum pun takpa)
4 biji telur
10 gram garam
10 gram bread improver (cari kat kedai kek)
1-5 gram gula kastor
2 paket yis mauripan
1 sudu besar softener (cari kat kedai kek)
200 ml susu segar
1 sudu besar ovelette (cari kat kedai kek)
100 gram marjerin
400 ml air tapis
* 10 gram= 1 sudu besar

Cara-caranya:

- Campur semua bahan (kecuali marjerin).
- uli 7-8 minit.
- masuk marjerin, uli lagi sekali sampai sebati.
- tutup doh.
- rehatkn doh selama 1/2 jam @ 40 minit @ hingga naik 2 kali ganda.
- bentukkan doh ikut suka (cth: utk donut ke...)
- rehatkn doh lagi sekali selama 1/2 jam
- Bakar/goreng

Jika tepung yang diuli terlembik, tambah tepung dengan cara t=kap2 kat tapak tangan je..
Atau, masa uli peringkat pertama tu, jgn habiskan air, masuk sikit2 dulu, agak2 lah ye sampai nampak dia lembut boleh uli.br> Kalau dh ok, tak payah letak air lagi. Err...dan bergantung jugak pada kepakaran memasak seseorang tu. Kalau nak pelbagaikan jenis roti @ bun, pakai je resepi ni...insyaAllah.
Selamat mencuba.

...................................................................................

2. Cara-cara membuat roti. (Blog My Bread World)

Resipi Roti Asas - asal dr Roshayati Rnet
(sweet bread doh)

Bahan A
500gm tepung roti
100gm gula castor
20gm susu tepung
11gm yis
5gm bread improver (optional)

bahan A ni digaul dahulu sebati masukkan garam 6gm

Bahan B
air dan sebiji telur dicampurkan menjadi 265gm
jumlah bahan cecair ini bergantung pada kondisi tepung
mungkin lebih atau kurang

Bahan C
butter 80gm atau gandingan butter dan shortening
bread softner 5gm

Cara-cara
gaul sebati bahan A masuk bahan B dan di uli hingga sebati baru masuk kan Bahan C dan uli lagi sehingga licin dan elastik mcm roti canai ditarik tak putus. perap hingga 2x ganda dlm lingkungan 30 ke 45minit. setelah naik buang angin dan bahagikan doh dan bentuk2kan. dan bleh di taruk inti semasa ini. perap hingga 2x ganda dan bakar ikut suhu panas oven masing2 biasa 180c ke 200c,,, kalau bun dlm 15minit kalau roti loaf dlm 25 ke 35minit harap2 faham ye,, kalau tak faham kena attend kelas roti yg berdekatan,,, resipi di atas boleh di pelbagai kan seperti bun, roti pizza, sosej etc,,,,
Selamat mencuba.

Wasallam.

FACEBOOK: Photos dan Tagging Yang Mengundangkan Dosa

FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundangkan Dosa




Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.

Ada apa dengan Tanggal 26hb?





Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berAKAL" ( Al-Imran ayat:190)

Bencana Yang Berlaku Pada Tanggal 26hb.

1. 26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang tewas
2. 26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.
3. 26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang tewas
4. 26 Aug 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas
5. 26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
6. 26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
7. 26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
8. 26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
9. 26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
10. 26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
11. 26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas
12. 26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia
13. 26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas
14. 26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
15. 26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
16. 26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
17. 26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
18. 26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang tewas
19. 26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
20. 26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
21. 26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
22. 26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
23. 26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
24. 26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
25. 26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26. 26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
27. 26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
28. 26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
29. 26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
30. 26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
31. 26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
32. 26 Okt 1997 gempa bumi di Italia

Tahun 2000 - kini

33. Tsunami di Aceh tanggal 26 Desember'04,
34. Gempa Jogjakarta 26 Mei 2006,
35. Tasik gempa 26 Jun 2010, Tsunami Mentawai
36. 26 Oktober 2010, Merapi Meletus 26 Oktober 2010.

Ada apa dengan tanggal 26hb?. Ternyata di dalam Alquran, juz 26 surat asy-syu'ara yang di dalamnya pengertian tentang azab Allah SWT. Subhanallah.


Surah Asy Syu'ara' adalah surah ke-26 dari Al Qur'an. Surah ini terdiri dari 227 ayat termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Dinamakan Asy Syu'araa (kata jamak dari Asy Syaa'ir yang berarti penyair) diambil dari kata Asy Syuaraa' yang terdapat pada ayat 224, iaitu pada bahagian terakhir surah ini, di kala Allah s.w.t. secara khusus menyebutkan kedudukan para penyair Arab di zaman jahiliyah. Para penyair-penyair itu mempunyai sifat-sifat yang jauh berbeza dengan para rasul-rasul; mereka diikuti oleh orang-orang yang sesat dan mereka suka memutar belitkan lidah dan mereka tidak mempunyai pendirian, perbuatan mereka tidak sesuai dengan tidak mempunyai pendirian, perbuatan mereka tidak sesuai dengan apa yang mereka ucapkan. Sifat-sifat yang demikian tidaklah sekali-kali terdapat pada rasul-rasul. Oleh sebab demikian, tidak patut Nabi Muhammad s.a.w. dituduh sebagai penyair dan Al Quran dituduh sebagai syair kerana Al Quran adalah wahyu Allah dan bukan buatan manusia.

Isi Kandungan

1. Keimanan: Jaminan Allah akan kemenangan perjuangan rasul- rasul-Nya dan keselamatan mereka. Al Quran benar- benar wahyu Allah yang dibawa turun ke dunia oleh Malaikat Jibril a.s. (Ruuhul amiin); hanya Allah yang wajib disembah.

2. Hukum-hukum: Keharusan memenuhi takaran dan timbangan; larangan mengubah syair yang berisi cacian-cacian, kurafat- kurafat, dan kebohongan-kebohongan.

3. Kisah-kisah: Kisah-kisah Nabi Musa a.s. dengan Fir'aun; kisah Nabi Ibrahim a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Nuh a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Shaleh a.s. dengan kaumnya (Tsamud); kisah Nabi Hud a.s. dengan kaumnya (Ad), kisah Nabi Luth a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Syu'aib a.s. dengan penduduk Aikah.

4. Dan lain-lain: Kebinasaan suatu bangsa atau umat disebabkan mereka meninggalkan petunjuk-petunjuk agama; tumbuh-tumbuhan yang beraneka ragam dan perobahan-perobahannya adalah bukti adanya Tuhan Yang Maha Esa; petunjuk-petunjuk Allah bagi pemimpin agar berlaku lemah lembut terhadap pengikut-pengikutnya; turunnya kitab Al Quran dalam bahasa Arab sudah disebut dalam kitab- kitab suci dahulu.

Wasallam.

KESAN MENYEBARKAN SMS

KESAN MENYEBARKAN SMS



Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS) membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Banyak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih
layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan SMS fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.

Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)?"
Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya:
Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud:
“Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12).
Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.


Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun berita itu , tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api. Kesannya amat mendalam kerana boleh menyebabkan individu yang yang difitnah tertekan kerana telah diaibkan dengan penyebaran SMS di khalayak ramai.

Wassalam

NAJEEB HINA RASULULLAH SAW DALAM TWITTERNYA.

NAJEEB HINA RASULULLAH SAW DALAM TWITTERNYA.



Wartawan Mohammad Najeeb A. Kashgari atau lebih dikenali Hamza Kashgari, 23 ditahan di Malaysia dan akan dihantar pulang tidak lama lagi ke Arab Saudi dimana beliau telah menghina Rasulullah SAW dalam twitternya dan melarikan diri ke Malaysia setelah menerima beribu ancaman bunuh. Tuduhan jenayah keatas beliau kerana menulis di Twitternya perbualan olok-olok antara dirinya dan Islam Nabi Muhammad.

"Pada hari lahir anda, saya mendapati anda di depan saya di mana-mana jua saya pergi," tulis beliau dalam satu tweet. "Saya suka banyak perkara mengenai anda dan membenci orang lain, dan terdapat banyak perkara tentang anda saya tidak faham."

Antara lain berbunyi: "Tiada wanita Arab Saudi akan pergi ke neraka, kerana ia adalah mustahil untuk pergi ke sana dua kali."

Yang pastinya hukuman berat keatasnya di Arab Saudi menunggu disana. Silap-silap kena pancung si Najeeb ini. Kenapa engkau tidak di lahirkan di Malaysia! Kat Malaysia hina Rasulullah SAW sudah menjadi perkara biasa kerana hukuman menghina menteri adalah lebih teruk daripada menghina Rasulullah SAW.

Baca DISINI.


Komen penulis.

Yang satu bernama Najeeb ini hina Rasulullah SAW, dan yang lagi satu Najibgadai akidah pulak.

Nauzubillah minzalik.

Wasallam.

PUTUS ASA

SEKIRANYA ANDA MUDAH PUTUS ASA DAN CEPAT PATAH SEMANGAT KERANA IMPIAN TAK TERCAPAI DAN HIDUP SUSAH, JOM TENGOK SUNG BONG CHOI.


Semalam captain terjumpa youtube ini. Selepas menonton hanya sekali sahaja terasa sebak dan sedih yang amat sangat selepas menghayati sarikata di youtube itu, terasa terharu. Rupanya ada orang yang lebih malang dan susah dalam hidupnya mampu untuk bangun memenuhi impiannya.

Kisah hidup sebenar seorang peserta yang bernama Sung Bong Choi 22 tahun, Lelaki muda ini orang Korea Selatan yang menggemparkan dunia bila dia menyertai rancangan "Korea' s Got Talent!" Suaranya amat sedap tapi bukan itu yang menjadi sebutan dunia. Kisah hidupnya yang buat kita menitiskan air mata.

Lihatlah betapa sengsara kehidupannya tapi impian dan semangatnya cukup kuat. Ya, hidupnya cukup menderita. Derita lebih dari anak-anak yatim kat Malaysia yang selalu mendapat perhatian dan bantuan dari swasta, kerajaan dan perseorangan.

Dia sehingga berumur lima tahun tinggal di rumah anak yatim sebelum melarikan diri kerana tak tertahan dipukul. Sejak itu dia tidur merata-rata sama ada di atas tangga atau di dalam tandas awam dengan menyara hidup bekerja macam ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika sesetengah orang kita sepertinya, ada yang sudah murtad, marah kerajaan, marah sana, marah sini. Last-last jadi hamba Allah yang kufur. Ambil dadah dsbgnya. Jadi ambil pengajaran dari video ini. Hayati sarikata video-video di bawah.... tapi, siapkan tisu sebelum baca sarikata okey.


Apa macam? Terharu? Sedih? Kagum? Setelah melihat video-video ini. Jangan Mudah Putus Asa lagi. Bila ada masalah yang berat dan hidup susah. Jangan cepat mengalah atau "give up". Selama captain membaca email-email dari pembaca wanita atau lelaki. Bila putus hubungan sahaja, ada yang hilang arah, tenggelam punca seperti "Tiada Esok Bagi MU". Macam cerita filem Dato Jins Shamsuddin. Selepas menonton video ini jangan putus asa lagi. Usahalah dengan sedaya upaya mencapai impian dan cita-cita supaya hidup ini lebih bermakna lagi.

Wasallam.

Mengenal Diri dan Hakikat Kehidupan Ini.

Mengenal Diri dan Hakikat Kehidupan Ini.


Renung sejenak adakah aku kenal diriku sendiri? Jika aku kenal diri ku ini bermakna aku adalah hambaMu yang lemah dan kerdil dihadapanMu, Ya Allah. Setiap yang dilahirkan dimuka bumi ini akan melalui suatu tempuh masa yang dinamakan kehidupan. Setiap orang akan mentafsirkan kehidupan ini berdasarkan maklumat dan pengalaman yang diterimanya sejak dia mula berfikir dan dapat menyimpan memorinya. Bagi seorang muslim dia melalui satu jalan pintas untuk mengetahui apakah sebenarnya hakikat kehidupan ini melalui maklumat yang diterangkan oleh Al Quran dan Sunnah

Al-Quran sebagai petunjuk, Al Quran adalah kitab terakhir yang merupakan anugerah Allah SWT kepada manusia di dunia ini, Ia ibarat peta bagi seorang musafir. Di dalamnya terkandung gambaran jalan yang lurus untuk menuju suatu matlamat yang telah digariskan. Malah ianya menerangkan destinasi sebenar yang sepatutnya semua orang menujunya. Alam Akhirat dan perkara ghaib digambarkan oleh Al Quran sebagai suatu yang real dan secara strait forward sebagai jalan pintas untuk akal fikiran manusia memahaminya.

Sebab itulah Al Quran hanya petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu mereka yang mengimani perkara ghaib termasuk Alam Akhirat.

"Itulah dia Al Kitab yang tiada ragu padanya, sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang beriman dengan perkara ghaib dan mendirikan sembahyang serta mereka menafkahkan sebahagian daripada apa yang kami rezkikan kepada mereka..” (al Baqarah 2-4)

Walaupun dengan akal yang waras yang Allah SWT kurniakan kepada manusia itu boleh menyampaikan seseorang itu kepada hakikat ketuhanan, akan tetapi Allah SWT (dengan rahmatnya) telah mengutuskan para Rasul dan Kitab sebagai jalan pintas dan jalan mudah untuk manusia sampai kepada hakikat tersebut. Begitu juga dengan hakikat kehidupan ini serta di mana kesudahan dan apa tujuan manusia dihidupkan di alam ini juga secara terperinci ditunjukkan oleh Al Quran. Oleh itu sebenarnya Al Quran adalah sebesar-besar nikmat yang diturunkan Allah SWT untuk manusia di alam buana ini. Sebab itu bagi mukmin menatap ayat-ayatnya saban hari itu (selain daripada mendapat faedahnya) adalah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT di atas nikmat tersebut.

Mengenali Hakikat Diri.

Manusia adalah makhluk yang paling unik yang diciptakan Allah SWT di alam buana ini. Kemuliaannya boleh mengatasi ketinggian para malaikat akan tetapi kehinaannya pula boleh sampai lebih hina daripada binatang.

Itulah yang digambarkan Allah SWT:

“Sesungguhnya kami jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian, kemudian kami kembalikannya ke tempat yang paling rendah, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh…” (al Tin ayat: 4-5)

Kemuliaan atau kehinaan adalah dua pilihan yang mesti dibuat oleh manusia kerana kedua-duanya adalah berbeza. Jalannya juga berbeza dan tidak boleh bercampur. Bagi yang memilih kemuliaan dan ketinggian maka jalan yang digambarkan oleh Al Quran sebagai jalan yang lurus dan itulah jalan menuju Allah Yang Maha Tinggi. Adapun jalan yang bercabang atau bengkok adalah jalan menuju kehinaan dan kerendahan.

“Dan inilah dia jalanku jalan yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutinya dan jangan kamu ikuti jalan-jalan yang lain nescaya kamu akan berpisah daripada jalannya.”

Manusia juga mesti mengenali hakikat dirinya sendiri serta mengetahui apa yang perlu disediakan untuk memudahkannya sampai kepuncak kemuliaan dan ketinggian.Seperti seorang yang bermusafir yang mengetahui selok belok kenderaan yang dinaikinya serta apa yang diperlukannya semasa perjalanan akan lebih mudah untuk sampai ke destinasi yang ditujunya, begitu juga di dalam perjalanan menuju Allah Yang Maha Tinggi.

Hakikat kejadian manusia seperti digambarkan oleh Al Quran dan Al Sunnah terdiri daripada LIMA unsur yang setiap satunya diberi penekanan oleh Islam di dalam pembinaan,pemeliharaan dan penyelenggaraanya.

1-Tubuh fizikal:
Terdiri daripada anggota zahir serta organ-organ dalaman yang memerlukan pemakanan serta pergerakan tertentu untuk memeliharanya. Allah SWT memerintahkan kita menjaganya serta mengelaknya daripada sebarang kemusnahan.

“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu kepada kemusnahan.”

”Makanlah dan minumlah dan jangan kamu berlebih-lebihan.”

2-Roh/Nyawa:
Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui tentang hakikat kejadiannya.., Roh atau nyawa menjadikan tubuh fizikal manusia boleh berfungsi dan segala kecantikan dan kehebatan tubuh fizikal tanpa roh tidak ada ertinya.

”Mereka menanyakanmu (wahai Muhammad) tentang Roh, katakanlah Roh itu daripada urusan Tuhanku, dan kamu tidak diberikan ilmu melainkan sedikit sahaja.”

3-Akal
Akal adalah merupakan anugerah Allah SWT kepada manusia yang membezakannya dengan binatang. Ia menterjemahkan segala apa yang diterima oleh pancaindra. Apa yang dilihat, didengar,disentuh dan dirasa semuanya akan diterjemahkan oleh akal sebagai maklumat.

Antara kemampuan akal juga, boleh menyimpan serta menganalisa maklumat yang dikumpulkan. Ia berfungsi kepada manusia sebagai penasihat atau perunding yang sentiasa menasihati untuk kebaikan diri manusia jangka panjang berdasarkan maklumat yang diterimanya. Jika betul dan baik maklumat yang diterima dan disimpan serta tepat analisanya, maka akan betul dan tepatlah nasihat yang diberikan kepada diri itu, begitulah sebaliknya jika tidak baik atau buruknya maklumat yang diterima serta tidak betulnya cara analisa yang dibuat, maka akan lahirlah nasihat yang tidak baik oleh akal tersebut kepada diri itu.

Walaubagaimanapun akal bukan pemutus kepada diri sama ada melakukan sesuatu tindakan atau tidak dan ia masih merupakan unsur neutral dalam diri seseorang dan bukan penentu untuk manusia membuat pilihan dalam tindakannya sama ada ya atau tidak.

Dalam hal ini islam amat menitik beratkan dalam pembinaan dan pemeliharaan akal manusia. Islam menjadikan memelihara akal sebagai keperluan yang ketiga dituntut daripada lima keperluan iaitu Agama,nyawa, akal, keturunan dan harta di mana segala hukum hakam syariat berligar di atas lima keperluan ini. Malah Islam mengangkat Taklif (tidak dikira dosa dan pahala) ke atas seseorang apabila dia tidak berakal. Begitu juga Islam menfardhukan setiap muslim dan muslimah supaya menuntut ilmu dan Rasulullah SAW menyatakan bahawa jika sekiranya Allah SWT menghendaki seseorang itu kebaikan maka Allah SWT akan memberi kefahaman kepadanya terhadap Agama. Begitu juga Islam mewajibkan kita supaya Tathabbut (mempastikan) terhadap setiap berita dan maklumat yang kita terima supaya akal tidak memberi nasihat kepada diri kita untuk mengambil apa-apa sikap dan tindakan berasaskan maklumat yang salah.

Mukmin yang menjadikan sumber maklumatnya daripada Al Quran dan Al Sunnah serta berita dan ilmu Tajribi (pengalaman) yang tepat dalam membentuk tasawwur terhadap sesuatu perkara adalah manusia paling beruntung kerana akalnya akan senantiasa memberikan nasihat yang tepat untuk kebaikan dirinya sama ada dalam hidupnya beragama ataupun untuk hidupnya di dunia.

4- Nafsu
Ia merupakan satu elemen dalam diri manusia yang merupakan penasihat atau perunding kedua kepada diri manusia. Ia sentiasa mendorong seseorang supaya mendapatkan kelazatan segera tanpa melihat akibatnya. Apa saja yang boleh mendatangkan kelazatan atau keseronokkan kepada diri sama ada dalam bentuk fizikalnya seperti makan, minum, seks, kelazatan mendengar dan melihat atau dalam bentuk maknawi seperti kelazatan mendapat kemegahan serta pujian orang, kelazatan berkuasa dan sebagainya.

Ia merupakan unsur atau elemen yang perlu kepada manusia untuk penerusan hidup manusia dan zuriatnya di atas muka bumi ini, tetapi ia mesti dibendung dan dilatih supaya kerakusannya tidak memudharatkan serta memporakperandakan kehidupan di alam ini.

“Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntung bagi siapa yang menyucikan jiwa itu dan sungguh rugilah orang yang mengotorinya.” (al Syams 7-10)

Islam sebagai agama yang Syumul amat menititberatkan dalam pendidikan mengawal nafsu. Pensyariatan Puasa, hukum menundukkan pandangan kepada bukan muhrim, hukum nikah kahwin, halal haram dalam pemakanan dan yang lainnya semuanya bermatlamatkan melatih dan membendung nafsu supaya ia dapat berfungsi sebaiknya kepada manusia. Sekurang-kurangnya Allah SWT mengkategorikan kepada tiga peringkat atau darjat nafsu manusia.

Pertama. Nafsu Ammarah yang sentiasa mendorong manusia kepada kejahatan.
Kedua. Nafsu Lawwamah yang sentiasa mencela dirinya apabila terlanjur melakukan kejahatan dan Nafsu al Mutmainnah yang hanya mendorong diri kepada apa yang diredhai Allah SWT sahaja. Pokoknya nafsu boleh di latih dan dididik sehingga dia menjadi penasihat yang baik kepada diri seseorang. Tetapi apabila ia dibiarkan tanpa didikan ia tak akan puas sehingga menjadi rakus dan memudharatkan makhluk lain di bumi ini. seperti kata-kata hukama’:

”Nafsu ibarat kanak-kanak menyusu… jika dibiarkan dia akan ketagih susu sampai ke Muda, tetapi apabila di hentikan (fitam) dia mampu untuk meninggalkannya”

wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan di redhaiNya, maka masuklah di kalangan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam SyurgaKu” (al Lail 27-30)

5- Hati ( al Qalb)
Inilah elemen yang paling penting dalam diri manusia. seperti kata-kata Rasulullah SAW :

”Apabila Ia baik maka baiklah seluruh anggota jasadnya dan apabila Ia buruk maka buruklah segala jasadnya…, ketahuilah bahawa ia adalah Hati.”

Ia ibarat raja dalam sesebuah negara, segala sesuatu ditentukan olehnya. Dialah yang membuat pilihan, anggota lain termasuk tangan dan kaki hanya pelaksanaan kepada pilihan yang dibuatnya. Anggota lain tidak akan bertindak melainkan setelah pilihan yang ditentukan olehnya. Termasuk akal fikiran dan juga Nafsu hanya sebagai perunding dan penasihat kepadanya. Yang menentukan keputusan sama ada ya atau tidak adalah hati. Oleh itu Islam amat menekankan dalam pembentukan hati yang sejahtera. Hati yang benar-benar mengenali siapa Penciptanya. Hati yang sentiasa menyerah dan tunduk kepada perintah Tuhannya. Hati yang redha dengan ketentuan Penciptanya. Hati yang kuat dan kental dalam menegakkan dan memperjuangkan prinsip yang diperintahkan kepadanya. Hati yang selamat daripada segala kotoran hasad dengki, tamak dan bakhil…Malah perjalanan menuju Allah SWT adalah sebenarnya perjalanan hati dan anggota lain sebagai kenderaan dan kehidupan adalah jalan-jalan yang terpaksa dilalui. Akhirnya Allah SWT menerima untuk menemuiNya kelak hanya mereka yang datang dengan memiliki hati-hati suci yang sejahtera…

“Hari yang tiada guna segala harta benda dan anak pinak melainkan mereka yang datang kepada Allah SWT dengan hati yang sejahtera…”

Wallahualam.

BERSIHKAN HATI UNTUK SUBURKAN JIWA.

BERSIHKAN HATI UNTUK SUBURKAN JIWA.


Umumnya, pelbagai pendekatan boleh diaplikasikan untuk membudayakan nilai murni secara teratur dan terancang. Contohnya, penerapan nilai murni boleh dilaksanakan melalui jalan kerohanian pendekatan tasauf.

Al-Suhrawardi (1145-1234) dalam karyanya ‘Awarif al-Ma’arif, menukilkan maksud tasauf sebagai individu sentiasa dalam usaha pembersihan (al-Tasfiyah). Ia sentiasa memelihara setiap waktu daripada kekotoran iaitu dengan membersihkan hati daripada kekotoran hawa nafsu.

Individu itu sentiasa memelihara diri daripada terikat dengan kepatuhan mutlak kepada Allah SWT dan melaksanakan sunnah. Melalui kaedah pentarbiahan latihan kerohanian itu, dapat memberi gambaran secara praktikal untuk merawat penyakit batin yang tidak dapat didiagnosa oleh manusia iaitu penyakit hati yang cenderung kepada sifat tercela.
Orang yang bertaubat, beribadat, memuji Allah, mengembara, rukuk, sujud, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan, dan menjaga hukum Allah. Dan gembirakanlah orang yang beriman itu. (Surah al-Taubah, ayat 112)
Oleh demikian, kaedah itu memberi petunjuk kepada individu untuk menjernihkan hati daripada semua sifat yang tidak sempurna. Penyucian jiwa itu bertujuan mendidik hati individu terbabit untuk mencapai darjat kesempurnaan iman dan akhlak.

Penegasan itu disentuh oleh Ibn ‘Abidin dalam penulisannya ‘Hasyiah Radd al-Muhtar ‘ala al-Dur Mukhtar Ibn ‘Abidin’ dengan memberikan ulasan: “... dan sifat kerosakan jiwa lainnya seperti ilmu mengenai sombong, kedekut, dengki, putar belit, marah permusuhan, kebencian, tamak, bakhil, sombong, takbur, khianat, bermuka-muka, menolak kebenaran, tipu muslihat, keras hati, panjang angan-angan, dan lain-lainnya yang telah dijelaskan dalam seperempat kebinasaan sebagaimana terdapat dalam kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din.

Imam al-Ghazali (1058-1011) berkata: Seseorang itu janganlah melalaikan hal itu, seharusnya ia mempelajari dari rab ‘al-muhlikat apa yang diperlukan dirinya. Sedangkan menghilangkan semua itu adalah fardu ain. Hal itu tidak dapat dilakukan melainkan harus mengetahui batasan, faktor, tanda, dan upaya penyembuhkannya, kerana orang yang tidak mengetahui keburukan akan terjebak di dalamnya.”

Berpandukan ulasan itu, dapat difahami bahawa kesucian dan ketenangan hati daripada nilai keji yang boleh mencacatkannya adalah kunci keselamatan kepada manusia di dunia dan akhirat.

Antara kaedah yang boleh diaplikasikan untuk menyuburkan nilai murni dalam diri individu melalui pendekatan disiplin amalan sunat seperti zikir, qiamulail, puasa sunat, solat sunat (taubat, duha, rawatib, tahajud) serta amalan yang boleh mendekatkan jiwa manusia dengan Penciptanya.

Amalan dinyatakan itu sebahagian mekanisme bertujuan mendidik dan membersihkan hati daripada pelbagai kotoran nilai keji (mazmumah). Keterikatan hati manusia dengan nilai keji itu didorong nafsu syahwat boleh mengundang kepada kerosakan potensi insan dan hubungannya dengan Allah SWT.

Menginsafi situasi itu, Islam memberi petunjuk kepada manusia supaya sentiasa memberi komitmen tinggi kepada cara hidup beragama secara sempurna. Justeru, andai kata jiwa manusia dilingkari nilai keji maka ia perlu berusaha memperbaiki dan menyucikannya.

Jika nilai itu tidak dapat diatasi, nescaya sistem pertahanan dalamannya tidak mempunyai keupayaan untuk menahannya daripada tergelincir ke lembah kejahatan. Melalui latihan berorientasikan nilai kerohanian, manusia dapat menginsafi dan memenuhi keperluan kerangka nilai murni yang luhur.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Orang yang bertaubat, beribadat, memuji Allah, mengembara, rukuk, sujud, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan, dan menjaga hukum Allah. Dan gembirakanlah orang yang beriman itu.” (Surah al-Taubah, ayat 112)
Menurut Ibn Kathir dalam Tafsir Ibn Kathir, ayat itu adalah pujian daripada Allah SWT terhadap hambaNya yang berkorban jiwa dan hartanya kepada Allah. Sebagai balasan, golongan ini disediakan dengan syurga.

Mereka ini disifatkan sebagai orang yang bertaubat, beribadah kepada Allah dengan perkataan dan perbuatan memujiNya, berpuasa, melakukan solat, dengan rukuk dan sujud. Di samping itu, mereka menyeru manusia lain ke jalan yang baik dan melaksanakan amal makruf nahi mungkar.

Lantaran itu, Allah SWT menyatakan bahawa bergembiralah golongan manusia yang bersifat sedemikian.

Daripada Abu Hurairah katanya, Nabi SAW bersabda:
“Allah berfirman: Aku menurut sangkaan hambaKu terhadap Aku dan Aku bersama dengan dia, apabila dia mengingati (menyebut) Aku. Apabila ia menyebut Aku dalam hatinya, nescaya Aku menyebutnya pula sendiriKu. Dan kalau dia menyebutKu di hadapan orang ramai, nescaya Aku menyebutnya pula di hadapan orang ramai yang lebih baik. Kalau dia mendekatkan diri kepadaKu sejengkal, nescaya aku mendekatkan kepadanya sehasta. Dan kalau dia mendekatkan diri kepadaKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan kalau dia datang kepadaKu berjalan biasa, nescaya Aku datang kepadanya berlari.” (Hadis Muttafaq’alayh)
Berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah, dapat difahami bahawa manusia yang dilengkapi nilai murni menurut kerangka Islam akan menjadi insan baik hati budinya dan diredai Allah SWT. Tidak diragukan lagi bahawa nilai murni dihayati individu manusia akan memantulkan cahaya kebaikan dan kebajikan yang memberi manfaat kepada persekitaran sekelilingnya.

Wassalam

SANGGUP BUKA TUDUNG UNTUK MENYERTAI UJI BAKAT PROGRAM REALITY ON AIR - AZNIL ZAWAWI

SANGGUP BUKA TUDUNG UNTUK MENYERTAI UJI BAKAT PROGRAM REALITY ON AIR - AZNIL ZAWAWI

wanita buka tudung

Ada peserta wanita yang sanggup buka tudung kerana nak kejar glamour!. Ada yang sanggup tidur di dalam kereta semata-mata untuk mendapat borang peryertaan uji bakat"Program realiti ON AIR" ASTRO. Betapa murahnya iman mereka ini.

Kata Aznil Nawawi dalam kolumnya di HM, 12 Feb lalu mendedahkan gelagat peserta-peserta dalam rancangan realiti On Air yang kini sedang disiarkan di Astro. Kata Aznil, ada peserta sanggup tidur di dalam kereta semata-mata mahu mendapatkan borang untuk menyertai uji bakat program yang mencari bakat baru dalam bidang pengacaraan.

Ada yang terus menunggu walaupun borang yang dikhususkan untuk uji bakat itu telah habis diedarkan. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menyertai program itu.

Yang paling mengejutkan, Aznil juga mendedahkan ada peserta bertudung yang gagal dalam uji bakat pada hari pertama sanggup menanggalkan tudung untuk mencuba nasib pada hari kedua uji bakat.
Wasallam.