12 October 2011

Petua menghafaz AlQuran

Petua menghafazAlQuran

Kursus Tahsin Solat bahagian 2 -Qiraat.

Ustaz Mohd Idris b Saliman.
Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam.

Alhamdulillah saya dapat mengikuti kursus tahsin solat yang di adakan selama 2 hari pada 25 – 26hb julai
2011 yang lalu. Ustaz Mohd Idris merupakan bekas Imam muda Masjid As-Salam Puchong dan sekarang telah membuka Maahad tahfiz (untuk pelajar menengah lelaki sahaja) di Klang Selangor.

Sepanjang hari kedua kursus berlangsung ini ustaz mendedahkan kesilapan-kesilapan dan mengajar bacaan yang benar yang sering di lakukan ketika membaca dua kalimah syahadah, azan dan iqamah, takbir hari raya, doa iftitah, doa qunut, surah al-fatihah dan bacaan tahiyyat.

Hukum tajwid jangan di abaikan semasa membaca al-quran!

Di sini saya ingin kongsikan sedikit tentang petua yang disampaikan oleh ustaz supaya mudah kita dapat menghafaz al-quran, insyaallah. Kita cuba amalkan, kurangkan dan kalau boleh elakkan melakukan perkara-perkara yang di sebutkan ini.

PETUA MUDAH MENGHAFAL QURAN
petua tersebut di antaranya:

1. jangan memakan kepala ikan dan kepala udang
2. jangan makan organ dalaman seperti limpa, hati, perut, usus, jantung dan peparu.
3. jangan minum air yang ada semut
4. jangan selalu makan asam.
5. jangan makan kulit ayam
6. jangan makan jajan (makanan ringan)
7. jangan makan ekor ikan
8. jangan makan daging garis hitam pada daging ikan
9. jangan lalu di bawah ampaian.
10. jangan menyapu di waktu malam
11. pakai kain mulakan dari bawah (arah kaki naik ke kepala)
12. Baca al-quran malam-malam
13. lakukan solat tahajjud di sepertiga malam
14. elakkan membaca tulisan di kuburan
15. elakkan melihat najis dan kemaluan semasa di tandas
16. Gosok lidah semasa gosok gigi supaya lembut dan mudah sebutan makhraj.

PETUA BAGI ANAK BARU LAHIR

1. cukur rambut anak (licin botak) setiap hari Rabu selama 40 hari.
2. niatkan anak kita mudah dapat menghafaz quran sebelum kita tidur.

PETUA SUPAYA CEPAT DAPAT BELAJAR QURAN

1. Jangan bagi anak makanan syubhah.
2. beri susu ibu umur sampai 2 tahun
3. makanan paling baik buah kurma, kismis (ambil dalam bilangan ganjil) dan air zamzam

No comments: