24 February 2012

Resipe Zone Timur - Resipi Sihat Pilihan Bijak - Resepi (1)

Resipe Zone Timur - Resipi Sihat Pilihan Bijak - Resepi (1)



KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie 311 kcal
Lemak/Fat 11.9 g
Protein/Protein 5.5 g
Kalsium/Calcium 64 mg
Kolesterol/Cholester 2 mg
ol 3.1 mg
Zat Besi/Iron

Nasi Dagang
Hidangan untuk 10 orang


Bahan-bahan
1 kg beras merah (beras nasi dagang)
250 g (1 cawan) kelapa parut
100 g (2/3 cawan) susu tepung rendah lemak
Cara memasak
1. Rendam beras selama 2 hingga 3 jam.
2. Toskan airnya dan kukus sehingga masak.
3. Perah kelapa parut bersama air untuk mendapatkan 1 gelas santan pekat dan 1 gelas santan cair.
4. Bancuh susu tepung rendah lemak ke dalam santan cair.
5. Angkat kukusan berisi nasi dan gaulkan nasi bersama bahan-bahan (A) dan santan sehingga rata.
6. Kukus kembali nasi sehingga kukusan berwap.
7. Angkat dan hidangkan bersama lauk.


Cadangan: Enak dimakan bersama lauk (kerutup ayam) dan acar timun.


Berat satu hidangan: 200 g


______________________________________________________________________________

KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie 215 kcal
Lemak/Fat 12.0 g
Protein/Protein 17.0 g
Kalsium/Calcium 71 mg
Kolesterol/Cholester 21 mg
ol 3.5 mg
Zat Besi/Iron

Kerutup Ayam (Lauk Nasi Dagang)
Hidangan untuk 10 orang


Bahan-bahan
1 kg ayam, dipotong 10 dan dibuang kulit
0 g (2 sm) lengkuas
200 g kelapa parut dibuat kerisik
60 g (6 sudu makan) rempah kerutup, dibancuh dengan 1/4 cawan air
10 g (1 sudu makan) gula/gula melaka
5 g (2 keping) asam keping
20 g (1 batang) serai diketuk
30 g (4 sudu makan) minyak sayuran
100 g (6 - 8 biji) cili hijau
250 ml (1 cawan) air
5 g (1 sudu teh) garam


Cara menyediakan kerisik
1. Kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing dan kekuningan.
2. Tumbuk atau kisar kelapa goreng semasa ia masih panas sehingga lumat dan mengeluarkan minyak.


Cara memasak kerutup
1. Panaskan minyak dan tumis bahan (A) bersama rempah kerutup, serai, garam, gula dan asam keping sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan kerisik, tambahkan air dan masak sehingga pekat.
3. Masukkan cili hijau untuk menambah perisa.
4. Perlahan api dan biarkan sebentar, kemudian angkat.
5. Hidangkan lauk ini bersama nasi dagang.


Berat satu hidangan: 160 g


______________________________________________________________________________

KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie 102 kcal
Lemak/Fat 0.7 g
Protein/Protein 3.5 g
Kalsium/Calcium 37 mg
Kolesterol/Cholester 13 mg
ol 1.9 mg
Zat Besi/Iron

Asam Pedas Sayur Keladi
Hidangan untuk 5 orang


Bahan-bahan
300 g (1) pohon keladi (batang bersama ubi)
5 g (2 sm) kunyit hidup (A)
0 g (2 sudu teh) garam
1250 ml (5 cawan) air


Cara memasak
1. Bersihkan sayur keladi dan buang kulit pada batangnya.
2. Potong sepanjang 5 sm dan manakala ubi keladi dipotong dadu.
3. Celur batang dan ubi keladi di dalam air mendidih selama lebih kurang 3 minit dan toskan.
4. Campurkan bahan (A), (B) dan air ke dalam periuk.
5. Kacau hingga sebati dan masak hingga mendidih.
6. Masukkan batang keladi, ubi serta garam dan kacau. Biarkan seketika.
7. Kecilkan api dan masak sehingga ubi empok.
8. Angkat dan hidangkan.


Nota:
1. Sukatan tempoyak boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing dan jenis tempoyak (masam/manis).
2. Resipi ini adalah satu pilihan dari pelbagai hidangan sayuran. Selain dari lazat, ianya sesuai untuk hidangan rendah lemak.


Berat satu hidangan: 160 g
______________________________________________________________________________

KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie 305 kcal
Lemak/Fat 14.9 g
Protein/Protein 51.5 g
Kalsium/Calcium 190 mg
Kolesterol/Cholester 149 mg
ol 7.9 mg
Zat Besi/Iron

Daging Panggang ala Kelantan
Hidangan untuk 5 orang


Bahan-bahan
1 kg daging tanpa lemak
0 g (3 batang) serai
20 g (4 sudu teh) lada sulah
10 g (2 sudu teh) garam


Untuk Hiasan
5 helai daun salad
1/2 biji timun
1 biji tomato


Cara memasak
1. Daging dicuci dan dipotong 5.
2. Perap daging dengan bahan (A) bersama garam dan lada sulah selama 1 jam.
3. Panggang daging sehingga masak.
4. Potong daging kepada kepingan nipis dan hidang bersama timun, tomato, daun salad dan sambal air asam.


Berat satu hidangan: 200 g


Sambal Air Asam


Bahan-bahan
100 g (10 biji) cili merah
50g udang kering
20 g belacan
20 g air asam jawa, dicampur dengan 1 cawan air
3 g (1/2 sudu teh) garam


Cara menyediakan
1. Campurkan bahan yang ditumbuk dengan air asam jawa dan garam.
2. Hidangkan dengan daging panggang.
______________________________________________________________________________


KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie 144 kcal
Lemak/Fat 7.0 g
Protein/Protein 8.0 g
Kalsium/Calcium 28 mg
Kolesterol/Cholester 29 mg
ol 2.0 mg
Zat Besi/Iron

Kerabu Mangga Muda
Hidangan untuk 5 orang


Bahan-bahan
350 g (5 biji) mangga muda, dibuang kulit dan diparut halus
20 g (1 biji) bawang besar, dimayang
10 g (1 biji) cili hijau, dipotong dadu
10 g (1 biji) cili merah, dipotong dadu
100 g sotong basah saiz sederhana, dicelur sehingga empuk dan dipotong
bulat
10 g (1 sudu makan) udang kering, ditumbuk halus
10 ml (1 sudu makan) cuka
10 ml (1 sudu makan) jus limau nipis/kasturi
5 g (1 sudu teh) garam
10 g (2 sudu teh) gula


Hiasan
100 g kacang gajus panggang/kacang tanah (goreng tanpa minyak dan ditumbuk
halus)


Cara memasak
1. Masuk kesemua bahan ke dalam bekas dan gaul.
2. Hiaskan dengan taburan kacang gajus/kacang tanah tumbuk dan hidangkan.


Berat satu hidangan: 80 g


______________________________________________________________________________


KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie 638 kcal
Lemak/Fat 28 g
Protein/Protein 79.0 g
Kalsium/Calcium 124 mg
Kolesterol/Cholester 224 mg
ol 10.6 mg
Zat Besi/Iron

Percik Ayam
Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
1.5 kg (1 ekor) ayam
300 ml santan (150 ml santan pekat + 150 ml santan cair)
50 g (7 ulas) bawang merah
10 g (3 ulas) bawang putih ditumbuk halus atau digiling
10 g (2 sm) halia
10 g (3 biji) buah keras
30 g (2 batang) serai, dititik
20 g (2 sudu makan) tepung ubi, dibancuh dengan sedikit air
5 g (1 sudu teh) gula
5 g (1 sudu teh) garam
40 g asam jawa, dibancuh dengan 1/2 cawan air

Hiasan
daun salad dan timun

Cara memasak
1. Ayam dibelah dua dan dibersihkan.
2. Gaul ayam bersama separuh dari bahan-bahan yang telah ditumbuk halus dan perap selama lebih kurang 1 jam.
3. Masukkan santan ke dalam periuk dan campurkan sebahagian lagi bahan yang ditumbuk ke dalam santan.
4. Kacau hingga sebati dan jerang atas api sederhana.
5. Apabila mendidih, masukkan serai, air asam jawa, gula dan garam. Untuk memekatkan kuah, masukkan pula bancuhan tepung ubi dan kacau perlahan. Angkat kuah apabila telah pekat.
6. Panggang ayam yang telah diperap. Cucur kuah sedikit demi sedikit ketika memanggang.
7. Balik-balikkan ayam supaya kuah melekat pada ayam.
8. Pangganglah ayam sehingga masak.
9. Hidangkan bersama salad dan timun. Baki kuah dicucurkan pada ayam yang telah dimasak.

Berat satu hidangan: 250 g

______________________________________________________________________________

KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie 720 kcal
Lemak/Fat 19.6 g
Protein/Protein 35.5 mg
Kalsium/Calcium 326 mg
Kolesterol/Cholesterol 84 mg
Zat Besi/Iron 14.8 mg

Laksam
Hidangan untuk 5 orang


(A) Laksam


Bahan-bahan
500 g (1 bungkus) tepung beras
900 ml (3½ cawan) air
3 g (1/2 sudu teh) garam


Cara memasak
1. Tepung beras dicampur dengan garam dan air sambil dikacau hingga sebati.
2. Panaskan pengukus. Masukkan tudung periuk leper saiz sederhana yang telah disapu sedikit minyak ke dalamnya.
3. Tuang sedikit adunan untuk membentuk satu lapisan nipis di atas tudung periuk.
4. Kukus selama lebih kurang 1 hingga 2 minit sehingga masak.
5. Setelah masak, gulung hasil kukusan seperti gulungan dadar.
6. Ulang langkah 3, 4 dan 5 hingga kesemua adunan habis.
7. Sejukkan gulungan laksam dan potong kecil.


Nota:
1. Boleh menghasilkan lebih kurang 15 gulung laksam (bergantung kepada saiz tudung periuk)
2. Tudung periuk disapu dengan minyak supaya laksam tidak melekat.


(B) Untuk Ulam


Bahan-bahan
200 g (10 batang) kacang panjang, dihiris halus
150 g (2 cawan) taugeh, dibersihkan
80 g (1 ikat) daun kesom, dihiris halus
250 g (1 biji) timun, dipotong halus


(C) Untuk Kuah


Bahan-bahan
1 kg (4 ekor) ikan kembung
200 g kelapa parut
30 g (3 sudu makan) susu tepung skim
10 g (1 sudu makan) lada hitam
20 g (10 ulas) bawang merah
15 g (3 ulas) bawang putih dikisar halus
5 g (1 sm) halia
5 g (1 sm) lengkuas
5 g (1 sudu the) garam
12 g (3 keping) asam keping
250 ml (1 cawan) air


Cara membuat kuah
1. Ikan dibersihkan dan direbus bersama air sehingga masak.
2. Ambil isinya dan ditumbuk hingga lumat.
3. Perah kelapa parut bersama air untuk mendapatkan 1½ cawan santan cecair.
4. Bancuh susu tepung bersama air rebusan ikan.
5. Campurkan isi ikan bersama bancuhan susu, santan, bahan-bahan yang telah dikisar, asam keeping dan garam.
6. Masak hingga mendidih diatas api yang perlahan dan angkat.


* Lada hitam boleh ditambah mengikut citarasa


(D) Sambal Belacan


Bahan-bahan
4 biji cili merah ditumbuk halus
25 g belacan
2 biji limau kasturi, diambil perahan jusnya


* Laksam dimakan bersama-sama kuah laksam, ulam dan sambal belacan.


Berat satu hidangan: 400 g


______________________________________________________________________________


KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie 94 kcal
Lemak/Fat 0.8 g
Protein/Protein 6.5 g
Kalsium/Calcium 116 mg
Kolesterol/Cholester 10 mg
ol 2.5 mg
Zat Besi/Iron

Sayur Manis Pucuk Daun-daun Kayu
Hidangan untuk 5 orang


Bahan-bahan
500 g (2 cawan) daun-daun kayu
(300 g paku merah, pucuk midin,150 g pucuk manis, 30 g daun kesom dan 20 g daun kaduk)
10 g (1 batang) serai – diketuk
15 g (2 sm) lengkuas - diketuk
150 g (1 biji) keledek isi kuning, dipotong kiub kecil-kecil
40 g (2 biji) lada merah, dibelah 4 tiap sebiji
20 g (3 ulas) bawang putih, dihiris halus
40 g (4 biji) bawang merah, dihiris halus
20 g (3 sudu makan) ikan bilis tanpa kepala, ditumbuk kasar
20 g (3 sudu makan) isi ikan selayang bakar, hancurkan
6 g (1 sudu teh) budu
5 g (1 sudu teh) garam


Cara memasak
1. Penyediaan daun kayu:
· Pilih dan basuh ke semua daun kayu yang hendak digunakan dan toskan.
· Petik sehelai-sehelai dari tangkai dan buang bahagian batang keras.
· Daun-daun ini telah sedia untuk dimasak. Ketepikan.
2. Penyediaan ikan bakar:
· Siang ikan, buang insang dan perut. Bersihkan.
· Panggang/bakar ikan hingga masak.
· Asingkan isi dengan tulang. Tumbuk lumat isi ikan.
3. Kesemua bahan di atas kecuali daun kayu dimasukkan ke dalam periuk yang mengandungi 2½ cawan air.
4. Bila air mendidih dan ubi empuk, masukkan daun-daun kayu.
Balik-balikkan dan biarkan 1 minit. Tutup api.


Berat satu hidangan: 250 g


______________________________________________________________________________


Rojak Betik Terengganu
Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan A
250 g (1/4 biji) betik sederhana besar (setengah masak)
250 g (1/4 biji) timun
100 g (1/6 biji) nenas (setengah masak)
12 g (3 keping) keropok ikan
100 g kacang tanah
1/4 sudu teh kapur + 1/2 cawan air

Bahan-bahan B
230 g (3 ekor) ikan selayang
30 g (1 keping) manisan kecil (gula melaka), dimasak dengan 1½ cawan air dan sejukkan
10 g (2 sudu makan) asam jawa, dibancuh dengan 1/4 cawan air masak
5 g (5 tangkai) cili kering, direndam dalam air panas dikisar
3 g (1/2 sudu teh) belacan
20 g (3 sudu makan) cuka
5 g (1 sudu teh) garam
5 g (1 sudu teh) gula

Penyediaan

A) Cara penyediaan bahan A
1. Betik dibuang kulit dan timun dipotong/dibuang kepala. Kemudian diparut, rendam dengan air kapur selama 3 minit dan toskan.
2. Nenas dibuang kulit, dibasuh dan dipotong kecil-kecil.
3. Keropok digoreng dan diramas menjadi kepingan kecil. Keropok boleh juga dibakar menggunakan ketuhar gelombang mikro.
4. Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk setengah lumat untuk ditabur di atas kuah rojak.

B) Cara penyediaan kuah rojak (bahan B)
1. Ikan direbus dengan sedikit air, ambil isi dan tumbuk hingga lumat.
2. Campurkan ikan, air manisan, air asam jawa, cili kisar, gula, cuka dan garam hingga sebati.
3. Rasa masam, manis dan masin secukupnya.

C) Cara menghidang
1. Masukkan parutan betik, timun dan nenas ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah rojak dan taburkan keropok dan kacang tumbuk and hidangkan.

Berat satu hidangan: 250 g

______________________________________________________________________________

KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie 31 kcal
Lemak/Fat 0.6 g
Protein/Protein 2.9g
Kalsium/Calcium 38mg
Kolesterol/Cholesterol 8 mg
Zat Besi/Iron 0.7mg

Sayur Petola/Labu Lutsinar
Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
500 g (3 biji sederhana besar) petola
200 g (1 ekor) ikan kembung
12 g (2 ulas) bawang putih
40 g (3 ulas) bawang merah ditumbuk
5 g (1 sudu makan) lada hitam
3 g (1/2 sudu teh) belacan
5 g (1 sudu teh) garam
2 g (2 tangkai) daun selasih
500 ml (2 cawan) air

Cara memasak
1. Petola dibuang tepinya, dibasuh dan dipotong kecil-kecil.
2. Ikan kembung dibersihkan dan dibakar sehingga masak tetapi bukan garing. Kemudian asingkan isi ikan dari tulangnya dan ramas halus.
3. Masukkan bahan yang telah ditumbuk, isi ikan beserta air ke dalam periuk. Jerang atas api.
4. Apabila mendidih, masukkan petola dan balik-balikkan sehingga masak. Sebelum diangkat, masukkan garam dan daun selasih. Balik- balikkan dan angkat.

Berat satu hidangan: 250 g


______________________________________________________________________________

KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie 146 kcal
Lemak/Fat 1.7 g
Protein/Protein 16.8 mg
Kalsium/Calcium 67 mg
Kolesterol/Cholesterol 111 mg
Zat Besi/Iron 4.4 mg

Sotong Kukus Bersalad
Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
500 g (5 ekor) sotong sedang, dibersihkan dan dipotong saiz 2.5 sm
200 g (2 biji) ubi kentang, dipotong dadu 1/2 sm x 1/2 sm
50 g (1/2 biji) lobak merah, dihiris halus memanjang 1/2 sm x 1/2 sm
3 g ( 1/2 sudu teh) lada sulah

Bahan-bahan A (dikisar halus)
20 g (3 ulas) bawang putih
60 g (6 ulas) bawang merah
4 g (2 sm) halia

Bahan-bahan B
100 g (1 biji) bawang besar, dipotong bulat
200 g (2 biji) tomato, dipotong bulat nipis
10 g (1 batang) serai, dihiris nipis
20 g (2 biji) cili merah
5 g (1 sudu teh) garam

Hiasan
40 g daun salad
30 g timun
1 biji limau kasturi, ambil jusnya

Cara memasak
1. Sotong diperap dengan bahan (A) selama 1 jam. Kukus separuh masak (lebih kurang 5 minit) bersama kentang dan lobak merah.
2. Masukkan bahan (B) dan gaul hingga rata. Kukus lagi beberapa minit sehingga kentang dan lobak merah masak.
3. Angkat dan tabur lada sulah.
4. Jika suka bolehlah ditambah dengan 1 biji perahan air asam limau kasturi sebelum dihidang.
5. Hiaskan dan hidangkan.

Nota:
1. Lobak merah dan cili merah ditambah ke dalam resipi untuk menambah serat dan memperbaiki rupa presentasi.
2. Hidangan ini boleh dimakan begitu sahaja sebagai snek ataupun dihidang bersama nasi.
3. Anda juga boleh mencuba resipi dengan mengguna kan ayam tanpa kulit dan lemak bagi menggantikan sotong.

Berat satu hidangan: 240 g

Cara buat roti sendiri. Jom cuba resepi ini.

Cara buat roti sendiri. Jom cuba resepi ini.



Selepas memasukkan posting tentang "Fakta Benar - Bahaya Roti". Mulai sekarang eloklah kita kurang makan roti-roti yang disebutkan, sehingga anda pandai buat roti sendiri. Bila sudah tahu cara membuat tak payah lagi beli dipasaran kerana banyak sangat "side-effect". Sesiapa yang ada resepi lagi cara-cara membuat roti, bolehlah hantar untuk disiarkan disini. Kali ini ada 2 resepi cara-cara membuat roti sendiri iaitu dari Aliaazuan dan Liza JB.

Di sinilah letak pentingnya bagi kita untuk berlumba-lumba dalam membuat kebaikan sebagaimana firman Allah SWT yang ertinya:

“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian . Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”.

Jalan Menuju Amal Baik meskipun kebaikan kita sedari sebagai sesuatu yang harus kita laksanakan kerana itu ada beberapa hal yang boleh dijadikan resepi bagi seseorang agar bersemangat melakukan kebaikan.

1. Cara-cara membuat roti. (Kiriman Aliaazuan)

Bahan-bahan:

1 kg tepung roti (tepung gandum pun takpa)
4 biji telur
10 gram garam
10 gram bread improver (cari kat kedai kek)
1-5 gram gula kastor
2 paket yis mauripan
1 sudu besar softener (cari kat kedai kek)
200 ml susu segar
1 sudu besar ovelette (cari kat kedai kek)
100 gram marjerin
400 ml air tapis
* 10 gram= 1 sudu besar

Cara-caranya:

- Campur semua bahan (kecuali marjerin).
- uli 7-8 minit.
- masuk marjerin, uli lagi sekali sampai sebati.
- tutup doh.
- rehatkn doh selama 1/2 jam @ 40 minit @ hingga naik 2 kali ganda.
- bentukkan doh ikut suka (cth: utk donut ke...)
- rehatkn doh lagi sekali selama 1/2 jam
- Bakar/goreng

Jika tepung yang diuli terlembik, tambah tepung dengan cara t=kap2 kat tapak tangan je..
Atau, masa uli peringkat pertama tu, jgn habiskan air, masuk sikit2 dulu, agak2 lah ye sampai nampak dia lembut boleh uli.br> Kalau dh ok, tak payah letak air lagi. Err...dan bergantung jugak pada kepakaran memasak seseorang tu. Kalau nak pelbagaikan jenis roti @ bun, pakai je resepi ni...insyaAllah.
Selamat mencuba.

...................................................................................

2. Cara-cara membuat roti. (Blog My Bread World)

Resipi Roti Asas - asal dr Roshayati Rnet
(sweet bread doh)

Bahan A
500gm tepung roti
100gm gula castor
20gm susu tepung
11gm yis
5gm bread improver (optional)

bahan A ni digaul dahulu sebati masukkan garam 6gm

Bahan B
air dan sebiji telur dicampurkan menjadi 265gm
jumlah bahan cecair ini bergantung pada kondisi tepung
mungkin lebih atau kurang

Bahan C
butter 80gm atau gandingan butter dan shortening
bread softner 5gm

Cara-cara
gaul sebati bahan A masuk bahan B dan di uli hingga sebati baru masuk kan Bahan C dan uli lagi sehingga licin dan elastik mcm roti canai ditarik tak putus. perap hingga 2x ganda dlm lingkungan 30 ke 45minit. setelah naik buang angin dan bahagikan doh dan bentuk2kan. dan bleh di taruk inti semasa ini. perap hingga 2x ganda dan bakar ikut suhu panas oven masing2 biasa 180c ke 200c,,, kalau bun dlm 15minit kalau roti loaf dlm 25 ke 35minit harap2 faham ye,, kalau tak faham kena attend kelas roti yg berdekatan,,, resipi di atas boleh di pelbagai kan seperti bun, roti pizza, sosej etc,,,,
Selamat mencuba.

Wasallam.

FACEBOOK: Photos dan Tagging Yang Mengundangkan Dosa

FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundangkan Dosa




Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.

Ada apa dengan Tanggal 26hb?





Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berAKAL" ( Al-Imran ayat:190)

Bencana Yang Berlaku Pada Tanggal 26hb.

1. 26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang tewas
2. 26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.
3. 26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang tewas
4. 26 Aug 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas
5. 26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
6. 26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
7. 26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
8. 26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
9. 26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
10. 26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
11. 26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas
12. 26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia
13. 26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas
14. 26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
15. 26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
16. 26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
17. 26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
18. 26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang tewas
19. 26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
20. 26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
21. 26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
22. 26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
23. 26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
24. 26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
25. 26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26. 26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
27. 26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
28. 26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
29. 26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
30. 26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
31. 26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
32. 26 Okt 1997 gempa bumi di Italia

Tahun 2000 - kini

33. Tsunami di Aceh tanggal 26 Desember'04,
34. Gempa Jogjakarta 26 Mei 2006,
35. Tasik gempa 26 Jun 2010, Tsunami Mentawai
36. 26 Oktober 2010, Merapi Meletus 26 Oktober 2010.

Ada apa dengan tanggal 26hb?. Ternyata di dalam Alquran, juz 26 surat asy-syu'ara yang di dalamnya pengertian tentang azab Allah SWT. Subhanallah.


Surah Asy Syu'ara' adalah surah ke-26 dari Al Qur'an. Surah ini terdiri dari 227 ayat termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Dinamakan Asy Syu'araa (kata jamak dari Asy Syaa'ir yang berarti penyair) diambil dari kata Asy Syuaraa' yang terdapat pada ayat 224, iaitu pada bahagian terakhir surah ini, di kala Allah s.w.t. secara khusus menyebutkan kedudukan para penyair Arab di zaman jahiliyah. Para penyair-penyair itu mempunyai sifat-sifat yang jauh berbeza dengan para rasul-rasul; mereka diikuti oleh orang-orang yang sesat dan mereka suka memutar belitkan lidah dan mereka tidak mempunyai pendirian, perbuatan mereka tidak sesuai dengan tidak mempunyai pendirian, perbuatan mereka tidak sesuai dengan apa yang mereka ucapkan. Sifat-sifat yang demikian tidaklah sekali-kali terdapat pada rasul-rasul. Oleh sebab demikian, tidak patut Nabi Muhammad s.a.w. dituduh sebagai penyair dan Al Quran dituduh sebagai syair kerana Al Quran adalah wahyu Allah dan bukan buatan manusia.

Isi Kandungan

1. Keimanan: Jaminan Allah akan kemenangan perjuangan rasul- rasul-Nya dan keselamatan mereka. Al Quran benar- benar wahyu Allah yang dibawa turun ke dunia oleh Malaikat Jibril a.s. (Ruuhul amiin); hanya Allah yang wajib disembah.

2. Hukum-hukum: Keharusan memenuhi takaran dan timbangan; larangan mengubah syair yang berisi cacian-cacian, kurafat- kurafat, dan kebohongan-kebohongan.

3. Kisah-kisah: Kisah-kisah Nabi Musa a.s. dengan Fir'aun; kisah Nabi Ibrahim a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Nuh a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Shaleh a.s. dengan kaumnya (Tsamud); kisah Nabi Hud a.s. dengan kaumnya (Ad), kisah Nabi Luth a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Syu'aib a.s. dengan penduduk Aikah.

4. Dan lain-lain: Kebinasaan suatu bangsa atau umat disebabkan mereka meninggalkan petunjuk-petunjuk agama; tumbuh-tumbuhan yang beraneka ragam dan perobahan-perobahannya adalah bukti adanya Tuhan Yang Maha Esa; petunjuk-petunjuk Allah bagi pemimpin agar berlaku lemah lembut terhadap pengikut-pengikutnya; turunnya kitab Al Quran dalam bahasa Arab sudah disebut dalam kitab- kitab suci dahulu.

Wasallam.

KESAN MENYEBARKAN SMS

KESAN MENYEBARKAN SMS



Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS) membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Banyak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih
layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan SMS fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.

Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)?"
Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya:
Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud:
“Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12).
Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.


Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun berita itu , tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api. Kesannya amat mendalam kerana boleh menyebabkan individu yang yang difitnah tertekan kerana telah diaibkan dengan penyebaran SMS di khalayak ramai.

Wassalam