BismillahHirahmanirRahim...
الحمد لله syukur kepada الله
Everything happening with الله permission :
#Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله..
Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله
Degupan Jantongku bertasbih
LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله
Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah. 100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ) SubHaNallah
100X(أسْتَغْفِرُاللهَ) Astaghfirullah
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ) Alhamdulillah 100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) La ila ha ill lal lah
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ) Allahu Akbar
100 X(حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ)HasBunaLah HuWa NekMal WaKill
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ) Allah HomeMa SollieAla SayieDina Muhammad ded
Faktor utama kita buat pelaburan adalah untuk improve keadaan kewangan, tapi itulah, nasib tak selalu baik, terjebak pulak dengan scam pelaburan. Jangankan dapat buat duit lebih, makin rugi lagi adalah. Dah acano tu?
Ye betul, ada je undang-undang pengawalan aktiviti pelaburan kat malaysia, malah turut dipantau oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tapi macam takde kesan je, semua scam tetap tumbuh macam cendawan lepas hujan.
Jadi, bagi yang baru nak berjinak dengan dunia pelaburan, ketahui jenis-jenis scam pelaburan yang popular kat Malaysia dan cara untuk elakkan diri ditipu.
Disebabkan bitcoin ni boleh digunakan untuk transaksi di dunia sebenar, ramai lah yang mula menjadikannya sebagai aset pelaburan. Kat sini lah golongan tamak mula muncul dengan tipu muslihat diorang.
Antara cara paling senang diorang nak kelentong adalah dengan menggunakan taktik skim ponzi bitcoin. Modal penipuan selalunya pakai sistem afiliasi downline di mana pelabur kena bawak member join sekali kalau nak gandakan keuntungan. Bukan tu je, taktik jenis ni jugak selalunya menjanjikan penambahan jumlah bitcoin tanpa perlu keluarkan duit pun. Aik, macam nak dapat pulangan kalau tak melabur? Formula matematik apa yang diorang ni pakai?
Sebab utama skim pelaburan emas menjadi pilihan utama rakyat Malaysia adalah dengan alasan emas adalah aset pelaburan yang paling stabil dan tak akan rugi walaupun negara kita berhadapan dengan krisis mata wang. Ye ke?
Forex ni adalah singkatan kepada ‘foreign exchange’ dimana pelabur biasanya dapat untung melalui forex trading iaitu aktiviti membeli matawang.
Contohnya macam ni, katakan korang ke money changer untuk tukar duit dari Ringgit ke USD dan kadar currency pada waktu tu adalah RM4.00 bagi USD1.00. Jadinya, korang perlukan RM400 kalau nak tukar kepada USD100.
Beberapa bulan lepas tu pulak nilai Ringgit kita adalah RM4.20 bagi USD1.00, jadi kalau korang pegi tukar USD100 korang tu tadi, dapatlah RM420 balik. Untung RM20. Macam tu lah kaedahnya.
Cara dia senang je, katakanlah ada 10 orang pelabur guna khidmat broker ni dan setiap pelabur perlu bayar RM100 seminggu. Pelabur ni bahagikan kepada 2 kumpulan (Kumpulan A dan B).
Tup tup pasaran menurun, jadinya Kumpulan B lah untung, Kumpulan A pulak mengalami kerugian dan dah tak nak guna servis broker ni. Tapi scammer ni tak rugi apa sebab dah dapat bayaran servis RM1,000 dari dua-dua kumpulan ni.
Penipuan dia tak henti kat situ je, disebabkan Kump B dapat buat untung dan makin percaya kat broker ni, dia suruh lah ahli kumpulan tersebut untuk tarik lagi ramai member guna servis scammer ni. Ahli-ahli terbaru tersebut digunakan untuk ganti ahli Kump A yang dah blah tu. Macam tu lah kitarannya.
Sebenarnya, dah banyak kes di mana broker forex menipu duit pelabur dengan bagi nasihat yang tak boleh pakai atau menjanjikan pulangan berkali ganda tapi bila pelabur dah deposit duit dan mengalami kerugian, terus broker tersebut menghilangkan diri.
Contohnya, pada bulan Mei 2018, seorang scammer bergelar Datuk yang memiliki syarikat forex GWGFX berjaya dicekup setelah menipu sebanyak RM13.9 juta yang melibatkan 23 laporan polis dari trader.
Cara penipuan dia adalah menggunakan kaedah Multi-level Marketing (MLM) yang berkonsepkan skim piramid. Taktik penipuan yang dijalankan masih lagi sama iaitu kadar pulangan yang tinggi dengan pelaburan yang kecik.
Pulangan yang dijanjikan tu ekceli duit pelabur baru dan bukannya keuntungan dari pelaburan sebab tak wujud pun sebenarnya aktiviti pelaburan tersebut. Pastu bila tipu muslihat scammers ni dah nak kantoi atau skim piramid tersebut dah nak runtuh sebab ramai ahli berhenti atas alasan takde duit atau tak dapat untung, penipu ni akan kaut semua duit yang ada dan terus larikan diri.
Jadi, bagi mengelakkan diri korang dari terjebak dengan skim penipuan yang boleh beri kesan besar kepada kewangan, kat sini admin senaraikan 5 cara untuk korang kenal pasti scammers yang wujud kat Malaysia. Senang lah korang nak cabut lari sebelum sempat dikelentong.
1. Takde lesen dari (BNM)
Korang tak di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA), adalah menjadi suatu kesalahan tau bagi mana-mana individu untuk menerima deposit tanpa lesen.
Jangan salah faham ye, walaupun pengeluaran wang bitcoin tak dikawal oleh BNM, syarikat pelaburan wang digital ni masih memerlukan lesen untuk menjalankan aktiviti perniagaannya.
BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Bank Negara Malaysia) 1-300-88-5465 atau Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
2. Pelaburan yang tak berisiko langsung
Tak kisah cara apa sekalipun scammers ni semua guna (seminar, panggilan telefon, Whatsapp ataupun secara bersemuka), semuanya akan menjanjikan pulangan yang tinggi.
Mana-mana pelaburan pun kena guna konsep High Risk dan High Return, kalau nak pulangan tinggi kena ambik risiko tinggi, kalau tak, ambik lah pelaburan kecik. Sebab tu lah orang cakap kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
3. Takde pemegang amanah akaun pelaburan
Tak kisah apa bentuk pelaburan sekali pun (contohnya hartanah, emas, amanah saham), semuanya memerlukan trustee ataupun pemegang amanah duit pelaburan tersebut.
Bagi yang kurang faham, trustee ni adalah wakil yang menjaga kepentingan pemegang unit atau pelabur (korang lah). Sebarang pelaburan yang diterima atau bayaran yang dikenakan akan dikendalikan oleh trustee ni. Jadinya, pemilik syarikat pelaburan tersebut takde lah boleh sesuka hati guna duit yang kita dah laburkan.
Cara yang paling senang nak tahu sama ada trustee tersebut sah atau tak, selalunya diorang ada Surat Ikatan Amanah. So, sebelum buat apa-apa pelaburan, mintak trustee ni tunjukkan dokumen amanah diorang dulu. Tapi kalau korang still curiga, takut dokumen tersebut palsu ke apa, call je terus Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) untuk dapat kepastian.
Terutamanya dalam scam pelaburan emas. Jadinya, sebelum buat pelaburan korang mintak dulu beberapa dokumen ni:
Lesen kebenaran untuk melombong dari Kementerian Alam Sekitar Malaysia kalau lombong emas tersebut kat sini. Kalau lombong emas tersebut kat luar negara, suruh syarikat pelaburan tunjukkan dokumen kebenaran melombong dari Department of Environment (DOE) negara tersebut.
Surat perjanjian antara kilang dengan lombong bagi tujuan supply dan pemperosesan emas. Kalau tak wujud, memang sah penipu.
Dokumen perlombongan yang menunjukkan lokasi lombong, kedalaman yang dibenarkan untuk melombong serta kedalaman yang dah digali.
Kemukakan surat beranak emas tersebut, dari lombong mana emas tersebut diambik, dan siapa pengimportnya.
Kalau emas tersebut adalah jenis emas lebur semula, tunjukkan sijil emas asal, kot-kot lah emas tersebut hasil rompakan ke.
Telah dilihat proses peleburan untuk menjadikan emas tersebut jongkong, syiling dan sebagainya.
Telah diuji ketulenannya.
Kilang emas tersebut pun dah dilawati oleh assayer dan disahkan wujud.
Sebabnya, kalau emas korang takde signature, kebanyakan kedai pajak gadai emas akan beli dengan harga 50% lagi murah dari nilai pasaran. Itu pun dah cukup baik, kalau Ar-rahnu, diorang reject terus.
Dan yang paling senang sekali, suruh scammers ni tunjukkan pengiraan harga emas dunia mengikut kadar semasa. Kalau itupun tak lepas, korang angkat kaki jelah.
Dari dok sibuk tercari pelaburan yang entah datang dari mana tu, baik lah korang melabur je kat institusi kewangan yang dah terang-terang sah.
Bagi yang berminat sangat nak melabur tu, admin sarankan korang try pelaburan macam ASB ataupun simpanan tetap. Bukan apa, pelaburan ni paling senang dan tidak berisiko.
Baca artikel ni kalau nak faham pasal simpanan tetap dan berapa banyak pulangan yang korang boleh dapat dari pelaburan jenis ni:
Once korang dah faham dan berminat, admin jugak ada listkan promo bagi simpanan tetap yang ditawarkan oleh bank-bank kat Malaysia.
Selamat melabur dan jangan tertipu!--
9 Soalan Simpanan Tetap Yang Perlu Ditanya Sebelum Melabur
9 Soalan Simpanan Tetap Yang Perlu Ditanya Sebelum Melabur
Bagi yang berminat untuk membuat pelaburan simpanan tetap, korang tentunya ada banyak soalan yang nak ditanya - relaks lah, tak de apa pun yang nak dimalukan. Bak kata pepatah, malu bertanya, sesat jalan, kan? Berikut adalah antara soalan penting mengenai simpanan tetap yang selalu ditanya beserta jawapannya sekali.
1. Boleh buat duit ke dengan simpanan tetap ni?
Simpanan tetap ni berbeza dari stok dan amanah saham. Pulangan yang korang dapat taklah masyuk sangat sebab kadar faedah yang dikenakan selalunya rendah - antara 3% hingga 4% p.a. (ataupun tinggi sedikit dari kadar purata). Tapi, kalau korang mahukan pelaburan yang kurang risiko, simpanan tetap lah jawapannya.
Ia tak perlukan korang untuk melibatkan diri sepanjang masa. Apa yang korang kena buat adalah tunggu akaun simpanan tetap korang matang. Contohnya, korang depositkan RM6,000 untuk tempoh 6 bulan dengar kadar faedah 3.7 p.a. - korang boleh dapat pulangan sebanyak RM111, still untung kot.
2. Simpanan tetap ni lagi bagus ke dari akaun simpanan?
Jawapan dia boleh jadi YA dan TIDAK. Meh sini admin terangkan lebih lanjut. Ya, sebab simpanan tetap tawarkan kadar faedah yang lagi bagus dari akaun simpanan. Kalau korang nak tahu lah kan, purata kadar faedah bagi akaun simpanan adalah 1.2 p.a. (berdasarkan perbandingan di antara 30+ akaun simpanan bank utama di Malaysia pada bulan Jun 2019). Maksudnya kat sini, kalau korang ada RM6,000 dalam akaun simpanan, kadar faedah yang korang akan dapat hanyalah sebanyak RM72 setahun. Berbeza dengan simpanan tetap, korang boleh dapat sehingga RM222 setahun (berdasarkan contoh point 1)
Tidak, sebab korang tak boleh akses akaun simpanan tetap ni sesuka hati macam akaun simpanan. Kalau korang takde duit simpanan kecemasan yang berasingan, korang kena lebih berhati-hati dalam membuat pelaburan simpanan tetap. Sebabnya, wang dalam akaun simpanan tetap lebih susah untuk dikeluarkan berbanding wang dalam akaun simpanan ataupun pelaburan bon. Katakanlah kecemasan berlaku dan korang keluarkan wang dalam akaun simpanan tetap sebelum capai tempoh matang, pelaburan tersebut akan menjadi rugi.
3. Warga asing boleh mohon ke? Boleh je. Sebenarnya banyak je simpanan tetap kat Malaysia ditawarkan kepada warganegara, penduduk tetap dan permohonan warga asing. Contohnya, tawaran simpanan tetap CIMB Bank.
Warga asing yang berminat boleh jugak memohon Deposit Tetap Matawang Asing. Simpanan tetap jenis ni selalunya ditawarkan sehingga tempoh 12 bulan. Melabur dalam simpanan tetap jenis ni boleh mengelakkan korang dari terkesan dengan inflasi dengan nilai matawang yang tetap sehingga wujudnya kadar pertukaran yang lebih sesuai.
4. Sesuai ke untuk pelan persaraan?
Tak dinafikan lagi simpanan tetap ni bagus untuk portfolio pelaburan korang. Tambahan lagi, pelaburan jenis ni lebih selamat dan mempunyai pulangan yang dijanjikan. Tapi, korang tak boleh lah harapkan kat simpanan tetap je untuk pelan persaraan korang. Memang takkan cukup sebab pulangan yang diberikan tak sebanyak skim persaraan yang lain.
Ada banyak je sebenarnya skim persaraan yang korang boleh pilih dan mana yang berminat untuk wujudkan simpanan persaraan tu bolehlah dapatkan maklumat lanjut melalui penasihat kewangan ataupun penasihat pelaburan. Selain tu, syarikat insurans pun ada tawarkan pelan persaraan yang mampu bantu korang mengumpul simpanan yang mencukupi untuk persaraan.
5. Pelaburan simpanan tetap ni ada manfaat lebih ke?
Of course lah ada. Selain dari berisiko rendah, simpanan tetap boleh bantu dalam mempelbagaikan portfolio dan mengurangkan impak terhadap sebarang aset yang kurang perform tu.
Simpanan tetap bukan je mampu stabilkan pelaburan korang, ia jugak boleh dijadikan sebagai instrumen kredit jugak. Bank konfirm akan tawarkan pelbagai kredit peribadi, fasiliti overdraft dan kad kredit sekiranya korang meletakkan amaun simpanan tetap sebagai cagaran.
6. Berapa banyak wang deposit yang diperlukan?
Simpanan tetap memerlukan minimum deposit tapi selalunya ia bergantung pada tempoh pelaburan yang korang pilih. Tempoh 1 bulan mempunyai jumlah deposit yang lagi tinggi berbanding tempoh 2 bulan yang lebih berpatutan.
Contohnya, Akaun Simpanan Tetap Maybank menetapkan minimum deposit sebanyak RM5,000 sekiranya korang pilih tempoh pelaburan 1 bulan. Tapi, bagi tempoh pelaburan 2 bulan ke atas, minimum deposit jatuh kepada RM1,000.
Selain dari apa yang korang mampu, korang jugak patut tengok jumlah yang boleh diketepikan. Takde gunanya letak semua duit korang dalam akaun simpanan tetap dan buatkan diri korang terdedah kepada situasi yang tak dijangka. Korang kena ada simpanan wang yang senang keluar masuk untuk kegunaan harian.
BACA: Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2019
7. Selamat ke simpanan tetap ni?
Selamat sangat, jangan lah risau. Macam yang kita tahu, wang deposit kita dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 sekiranya bank gagal melindungi wang tersebut. Tapi apa yang menariknya adalah korang boleh dilindungi RM250,000 bagi setiap akaun untuk setiap bank yang korang buat deposit.
Sekiranya korang buat deposit kat bank yang sama, korang masih boleh dilindungi sehingga RM250,00 bagi akaun jenis ni: simpanan tetap konvensional, deposit berjangka Islamik, akaun bersama, akaun amanah saham dan akaun milikan tunggal. Perlindungan PIDM ni jugak ditawarkan kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
8. Apa yang akan terjadi bila simpanan tetap matang?
Bergantung kepada jenis akaun simpanan tetap yang dipilih, korang boleh kreditkan deposit dan faedah tu ataupun perbaharui akaun tersebut secara automatik. Contohnya, Maybank dan CIMB ada tawarkan eFixed Deposit yang mempunyai pembaharuan secara automatik.
Ada sesetengah akaun simpanan tetap bagi korang pilihan sama ada perbaharui jumlah deposit asal secara automatik dan keluarkan jumlah faedah yang diperolehi, ataupun korang boleh pilih untuk perbaharui deposit serta faedah yang diperolehi.
Walaubagaimanapun, korang mungkin tak dapat nikmati kadar faedah yang sama sekiranya korang pilih pembaharuan automatik. Jadinya, lebih baik korang bandingkan dulu akaun simpanan tetap yang tawarkan kadar yang paling best sebelum buat pilihan pembaharuan.
9. Boleh keluarkan tak wang simpanan tetap ni?
Mungkin korang terpaksa keluarkan wang simpanan tetap korang untuk kegunaan masa kecemasan. Sesetengah simpanan tetap membolehkan korang untuk membuat pengeluaran pramatang ataupun pengeluaran separa seperti yang ditawarkan oleh Maybank dan Alliance Bank. Bergantung kepada berapa lama pelaburan tersebut dibuat, ada kemungkinan untuk korang dapat nikmati sebahagian faedah atau tak langsung.
Dah bersedia ke untuk mulakan pelaburan?
Simpanan tetap adalah medium pelaburan yang bagus untuk korang yang baru nak mula melabur ataupun untuk pelabur veteran. Apa yang korang kena buat hanyalah letakkan sejumlah wang deposit dan tunggu sehingga tempoh matang. Dengan memilih jumlah dan tempoh pelaburan yang tepat, membuat research yang menyeluruh serta memilih akaun yang menawarkan kadar faedah yang tertinggi, korang pasti akan mendapat pulangan terbaik dari pelaburan tersebut.
No comments:
Post a Comment