17 October 2019

KIAMAT TIDAK AKAN BERLAKU ❄*SEBELUM 2033*

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* KIAMAT TIDAK AKAN BERLAKU ❄❄❄❄❄❄❄ *SEBELUM 2033*
 Banyak tersebar mengenai jangkaan-jangkaan tarikh kiamat. Ada yang menyandarkan kepada hadis bahawa Nabi menyatakan tarikh tertentu, ada juga yang mengikut ramalan astronomi, seperti bumi akan dilanggar asteroid dan sebagainya. Sedikit sebanyak perkara ini menimbulkan panik dikalangan orang awam. Perlu dijelaskan bahawa tiada hadis-hadis sahih yang menyatakan tarikh-tarikh tertentu kiamat akan berlaku. Hadis kebanyakannya bersifat umum kerana tujuan utamanya adalah bagi memberi peringatan supaya kita sentiasa bersedia bila-bila masa. Walaubagaimanapun ada disebutkan beberapa tanda akhir zaman yang menjadi penanda aras dekatnya berlaku kiamat. Daripada tanda-tanda yang disebutkan, kebanyakannya telahpun berlaku. Terdapat beberapa hadis yang menyebutkan mengenai kronologi dan tempoh masa. Sedikit sebanyak ia boleh menjadi petunjuk berapa lamakah lagi masa yang kita ada sebelum kiamat berlaku. Sekurang-kurangnya terdapat empat hadis tanda akhir zaman yang berkait dengan masa yang boleh dijadikan petunjuk mengenai tempoh masa ini. Ianya seperti berikut:

 ⚛1. ENAM TAHUN MALHAMAH بين المَلْحَمةِ وفَتْحِ المدينةِ سِتُّ سِنِينَ، ويُخرُجُ المَسيحُ الدَّجَّالُ في السَّابعةِ Tempoh antara berlakunya malhamah dan pembukaan kota (Constantinople) adalah enam tahun. d-ajjal akan muncul pada tahun ke tujuh. [HR Abu Daud]

 ⚛2. TIGA TAHUN KEMARAU إنَّ قَبْلَ خُرُوجِ الدَّجَّالِ ثَلاَثَ سَنَوَاتٍ شِدَادٍ يُصِيبُ النَّاسَ فِيهَا جُوعٌ شَدِيدٌ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الأُولَى أَنْ تَحْبِسَ ثُلُثَ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّانِيَةِ فَتَحْبِسُ ثُلُثَىْ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَىْ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّالِثَةِ فَتَحْبِسُ مَطَرَهَا كُلَّهُ فَلاَ تَقْطُرُ قَطْرَةٌ وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسُ نَبَاتَهَا كُلَّهُ فَلاَ تُنْبِتُ خَضْرَاءَ فَلاَ تَبْقَى ذَاتُ ظِلْفٍ إِلاَّ هَلَكَتْ إِلاَّ مَا شَاءَ اللَّهُ‏.‏ قِيلَ فَمَا يُعِيشُ النَّاسَ فِي ذَلِكَ الزَّمَانِ قَالَ ‏التَّهْلِيلُ وَالتَّكْبِيرُ وَالتَّسْبِيحُ وَالتَّحْمِيدُ وَيُجْرَى ذَلِكَ عَلَيْهِمْ مَجْرَى الطَّعَامِ Sesungguhnya sebelum keluar d-ajjal akan berlaku 3 tahun yang sangat dahsyat. Manusia akan dilanda kelaparan yang teruk. ALLAH akan memerintahkan langit menghentikan satu per tiga hujan, dan memerintahkan bumi menahan satu per tiga tumbuhan. Pada tahun kedua, Dia akan memerintahkan langit menghentikan dua per tiga hujan, dan memerintahkan bumi menahan dua per tiga tumbuhan. Pada tahun ketiga, tuhan akan memerintahkan langit menghentikan keseluruhan hujan dan bumi menahan keseluruhan tumbuhan. Kesemua tanah akan kering kontang dan tandus. Sahabat bertanya apakah makanan manusia pada waktu itu? Baginda menjawab, tahlil takbir dan tahmid. Perkara tersebut akan dapat menggantikan makanan. [HR Ibn Majah] *Tempoh ini berlaku dalam masa 6 tahun Malhamah.

 ⚛3. 40 HARI KEMUNCULAN DAJJAL يَخْرُجُ الدَّجَّالُ في خِفَّةٍ من الدِّينِ، وإدبارٍ من العلمِ، وله أربعون يومًا يَسِيحُها، اليومُ منها كالسنةِ، واليومُ كالشهرِ، واليومُ كالجُمُعةِ، ثم سائرُ أيامِهِ مثلُ أيامِكم، وله حمارٌ يَرْكَبُهُ عَرْضُ ما بين أُذُنَيْهِ أربعون ذراعًا، يأتي الناسَ، فيقول : أنَا ربُّكم، وإن ربَّكم ليس بأَعْوَرَ، مكتوبٌ بين عَيْنَيْهِ ك ف ر، يَقْرَأُهُ كلُّ مؤمنٍ، كاتبٌ وغيرُ كاتبٍ، يَمُرُّ بكلِّ ماءٍ ومَنْهَلٍ، إلا المدينةَ ومكةَ، حَرَّمَهُما اللهُ عليه، وقامتِ الملائكةُ بأبوابِهِما da-jjal keluar ketika urusan agama semakin diringankan, dan ilmu semakin ditinggalkan. ia berkeliaran selama 40 hari. Sehari umpama setahun, sehari umpama sebulan, sehari umpama seminggu dan hari-hari berbaki umpama hari-harimu yang biasa. ia memiliki keldai yang ditunggangi. Lebar kedua telinganya 40 hasta. ia mendatangi manusia lalu berkata, aku tuhanmu, sedangkan tuhan tidak cacat mata sepertinya. Tertulis antara dua matanya huruf Kaf Fa' Ra', boleh dibaca oleh semua orang beriman samada yang celik mahupun buta huruf. Akan mendatangi setiap kawasan tanah dan laut, kecuali Mekah dan Madinah, ALLAH mengharamkan keduanya darinya, dan malaikat menjaga pintu-pintunya. [HR Ahmad] *Jika dicampur sehari umpama setahun (354), sebulan (30), seminggu (7) dan baki hari-hari lain (37), maka jumlahnya adalah 428 hari atau lebih kurang setahun 2 bulan.

 ⚛4. TUJUH TAHUN PEMERINTAHAN AL-MAHDI يخرجُ في أُمتي المهديُّ ، يسقيهِ اللهُ الغيثَ ، وتُخرِجُ الأرضُ نباتَها ، ويُعطِي المالَ صِحاحًا ، وتَكثُرُ الماشيةُ ، وتعظمُ الأمَّةُ ، يعيشُ سبعًا أو ثمانيًا ، يعني حِجَجًا Imam al-Mahdi bakal keluar untuk umatku. ALLAH bakal menurunkan hujan bersamanya. ALLAH juga bakal mengeluarkan tumbuhan dari bumi. Akan dilimpahi dengan harta. Binatang peliharaan akan menjadi banyak. Umat ini akan menjadi agung. Dan dia akan hidup selama tujuh atau lapan tahun, sebagai hujah. [HR Hakim] *tempoh ini hanya boleh berlaku setelah kerajaan d-ajjal dihapuskan dan digantikan dengan khilafah Islam. Jika dicampur kesemua tempoh masa ini (6 tahun Malhamah + 1 tahun daj-jal + 7 tahun khilafah Islam), lebih kurang 14 tahun diperlukan untuk kesemua tanda-tanda ini berlaku. Sehingga sekarang, tanda-tanda tersebut masih belum lagi berlaku. Maka kemungkinan besar tempoh tersebut akan lebih lama lagi kerana terdapat beberapa tanda lagi yang mesti berlaku. Justeru secara mudah boleh kita katakan, sekurang-kurangnya kiamat tidak akan berlaku dalam tempoh 14 tahun mendatang. Maka kita bolehlah menolak sebarang andaian dan ramalan yang mengatakan kiamat akan berlaku dalam tempoh kurang 14 tahun daripada sekarang. Sekiranya Malhamah meletus tahun ini (1441/2019), paling awal kiamat boleh berlaku adalah (1455/2033). Namun jika Malhamah masih lagi belum berlaku tahun ini, maka kiraan turun 14 tahun tidak akan bermula lagi. Perlu diingatkan, Malhamah tidak akan meletus sebelum berlaku dua tanda sebagaimana hadis berikut: عُمْرَانُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ خَرَابُ يَثْرِبَ وَخَرَابُ يَثْرِبَ خُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ وَخُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ فَتْحُ قُسْطَنْطِينِيَّةَ وَفَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ خُرُوجُ الدَّجَّالِ. Kepesatan Baitul Maqdis adalah tanda keruntuhan Madinah. Keruntuhan Madinah adalah tanda berlakunya perang besar. Perang besar adalah tanda adalah berlakunya pembukaan kota Constantinople. Pembukaan Constantinople adalah tanda keluarnya dajj-al. [HR Abu Daud] Walaubagaimanapun, semuanya dalam ilmu ALLAH SWT. Lebih baik kita bersiap daripada sekarang. Kerana kiamat kecil (mati) boleh berlaku bila-bila masa sahaja daripada sekarang. Wallahualam.

 (Alang Ibn Shukrimun) 14 Safar 1441 15 2019 Oktober ⚪Telegram: telegram.me/AlangIbnShukrimun

🔵Facebook: fb.com/AlangShukrimun

🔴Instagram: instagram.com/alangibnshukrimun

⚫Twitter: twitter.com/alangshukrimun #AiSFikrah #AiSDakwah

No comments: