Saturday, September 3, 2016

10 TIPS MENGHILANGKAN SAKIT KEPALA TANPA MAKAN PANADOL !


1)Gunakan Limau Kasturi
Ini merupakan petua orang lama. Perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramas rambut dan picit bahagian yang sakit.
2)Guna Pek Ais
Letak pek ais di kepala atau di belakang leher untuk beberapa minit
3)Rehatkan diri
Cari tempat atau bilik yang tenang untuk berehat. Kalau masa tersebut adalah tengahari anda boleh tidur sebentar.
4)Jauhi MSG
Monosodium Glutamat (MSG) berasal daripada asid amino, dipanggil asid glutamik yang ada di setiap makanan untuk memberi rasa memberi kesan yang tidak baik untuk kesihatan.
5) Urut dengan minyak panas
Biasanya orang menggunakan minyak kapak. Urut di bahagian kepada yang sakit. baik jika ada yang membantu untuk mengurut.
6) Gunakan epal dan cuka epal cider
Dipercayai, bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala. dikatakan juga epal boleh menyeimbangkan keseimbangan asid dan akali.
7) Minum Air Elektrolit
Seperti 100 Plus dan revive ia dapat memgembalikan bendalir dan tenaga dalam badan.
8) Rendam kaki dalam bekas air panas
hal ini akan mengurangkan tekanan di kepala dan menarik pengaliran darah ke bahagian bawah.
9) Mandi mulaikan dengan bahagian kaki
Bermaksud basahkan bahagian kaki dahulu sehingga ke atas akan memgurangkan kesan migrain di mas hadapan
10) Minum banyak air sekurang-kurangnya 2 liter. Kandungan air dalam badan penting untuk kesihatan

10 Tips hanya cadangan, jika anda mempunyai sakit kepala yang teruk dan berterusan teruslah berjumpa dengan Doktor!

No comments:

YouTube

Loading...