Wednesday, April 22, 2015

JANGAN dalam Islam

JANGAN dalam Islam.
-JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna.
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan. Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Kalau tidak, nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pulak.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
- JANGAN seronok sangat. Nanti sakit.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik danmenghilangkan kasih orang kepada kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
ALLAH lebih tahu. Wallahualam..

Jangan Lupa share kepada rakan-rakan anda...

No comments:

YouTube

Loading...