30 November 2011

MENJAMAK SOLAT ASAR DENGAN SOLAT JUMAAT




Salam Ustaz Gobang,
1. Bab ni yang hamba masih keliru lagi.. Macam mana pula tentang niat untuk kita menjamakkan/qasar solat Asar tu.
Sebab untuk solat Jamak Takdim seperti biasa kita akan
berniat untuk menjamakkan/qasarkan solat Asar semasa takbiratulihram di dalam solat Zohor.
Tapi cemana pula dengan solat Jumaat? Solat Jumaat wajib secara berjemaah. Sedangkan setahu hamba orang yang bersolat jamak/qasar tidak boleh berimamkan imam yang menunaikan solat penuh. Atau mungkin dibolehkan untuk solat Jumaat / Maghrib?
Apakah boleh kita terus berniat untuk menjamakkan/mengqasarkan solat asar setelah selesai menunaikan solat Jumaat?


2. Semasa dalam perjalanan masuk waktu maghrib dan kebetulan sampai di sebuah masjid. Hamba berniat untuk menunaikan solat Jamak Takdim. Bolehkah hamba berjemaah bersama-sama imam di dalam solat maghrib dan bila selesai hamba bangun menunaikan solat Isyak pula? (lebih kurang sama macam kes di no. 1)

Diharap Ustaz dapat memberi pandangan dan jawapan yang boleh menghilangkan kekeliruan saya ni. Terima kasih.

Re: PANDUAN Solat Qasar & Jamak (UPDATED PAGE 1 -28.01.2009)
gobang
Posted: 07 Apr 2009, 17:12
Alu-alu

Joined: 12 Jun 2008, 12:55
Posts: 579
Location: meru
atam wrote:
gobang wrote:
jawapannya:

1. TAK BETUL = kerana sekiranya kite kuar rumah selepas solat subuh.. kita masih boleh menjamak kan solat kita Zohor & Asar dengan Hanya Jamak Taqdim bukan Jamak Takhir.. ini kerana Solat Zohor pada waktu ini digantikan dengan SOLAT JUMAAT yang WAJIB kita lakukan sekirnya kita keluar rumah selepas Subuh..
Solat Jumaat dilakukan seperti biasa dan setelah selesai Solat Jumaat, bangun sekali lagi untuk mengerjakan Solat Qasar Asar.

*Harap Dapat Membantu..


Salam Ustaz Gobang,
1. Bab ni yang hamba masih keliru lagi.. Macam mana pula tentang niat untuk kita menjamakkan/qasar solat Asar tu.
Sebab untuk solat Jamak Takdim seperti biasa kita akan
berniat untuk menjamakkan/qasarkan solat Asar semasa takbiratulihram di dalam solat Zohor.
Tapi cemana pula dengan solat Jumaat? Solat Jumaat wajib secara berjemaah. Sedangkan setahu hamba orang yang bersolat jamak/qasar tidak boleh berimamkan imam yang menunaikan solat penuh. Atau mungkin dibolehkan untuk solat Jumaat / Maghrib?
Apakah boleh kita terus berniat untuk menjamakkan/mengqasarkan solat asar setelah selesai menunaikan solat Jumaat?


2. Semasa dalam perjalanan masuk waktu maghrib dan kebetulan sampai di sebuah masjid. Hamba berniat untuk menunaikan solat Jamak Takdim. Bolehkah hamba berjemaah bersama-sama imam di dalam solat maghrib dan bila selesai hamba bangun menunaikan solat Isyak pula? (lebih kurang sama macam kes di no. 1)
Diharap Ustaz dapat memberi pandangan dan jawapan yang boleh menghilangkan kekeliruan saya ni. Terima kasih.
Jangan lah panggil saya ustaz.. saya sama seperti kalian-kalian semua... ada sikit pengetahuan kita kongsi sesama..berbicara disini supaya yang lain boleh sama2 memahami dan mengamalkan..
begini saudara.. saya cuba sedaya terang sikit demi sedikit, ayat by ayat yg saudara lontarkan..

Bab ni yang hamba masih keliru lagi.. Macam mana pula tentang niat untuk kita menjamakkan/qasar solat Asar tu.
"Usolli Fardhul Jum'ati Rak'ataini Jam'a Takdimin Makmuman Lillahitaala"
"Sahaja Aku Sembahyang Fardhu Jumaat Dua Rakaat, Jamak Takdim, Makmum kerana ALLAH Taala"

Sebab untuk solat Jamak Takdim seperti biasa kita akan berniat untuk menjamakkan/qasarkan solat Asar semasa takbiratulihram di dalam solat Zohor.

kita niat sembahyang jamak seperti niat di atas.

Tapi cemana pula dengan solat Jumaat? Solat Jumaat wajib secara berjemaah. Sedangkan setahu hamba orang yang bersolat jamak/qasar tidak boleh berimamkan imam yang menunaikan solat penuh. Atau mungkin dibolehkan untuk solat Jumaat / Maghrib?
Solat Jumaat kita kene lakukan seperti biasa. mendegar khutbah dan berjemaah. Solat Jumaat semestinya BERJAMAAH.


dan betul yang seperti saudara katakan bahawa orang sembahyang jamak/qasar tidak boleh berimamkan imam yang menunaikan solat penuh. Tetapi kita masih boleh mengerjakan solat jamak/qasar ini bersama-sama rakan kita.

contohnya :

kite pergi satu trip secara berkonvoi.

tiba maghrib kite singgah di sebuah masjid.
kite pun sembahyang Mahgrib bersama-sama iman dan jemaah yang lain masjid itu.
kemudian setelah selesai solat maghrib itu, kite yang berkonvoi tadi bangun pergi kebelakang sedikit, dan terus menunaikan solat isyak secara qasar dengan berjamaah bersama rakan2 konvoi kita.


Solat Jumaat/Maghrib? tentu tidak boleh saudara. yang dibenarkan untuk Jamak ialah antara ZOHOR/ASAR dan MAGHRIB/ISYAK


Apakah boleh kita terus berniat untuk menjamakkan/mengqasarkan solat asar setelah selesai menunaikan solat Jumaat?
begini niatnya

"Usolli Fardhol asri qasran majmu'an Lillahi Taala"

"Sahaja Aku Sembahyang Fardhu Asar, qasar, dijamakkan kerana Allah Taala"



2. Semasa dalam perjalanan masuk waktu maghrib dan kebetulan sampai di sebuah masjid. Hamba berniat untuk menunaikan solat Jamak Takdim. Bolehkah hamba berjemaah bersama-sama imam di dalam solat maghrib dan bila selesai hamba bangun menunaikan solat Isyak pula? (lebih kurang sama macam kes di no. 1)
situasinya seperti contoh di atas.

*
harap dapat membantu. kalau salah tolong perbetulkan. sampaikan walau satu ayat.. saya juga masih belajar dan mencuba memperbaiki diri..

Re: PANDUAN Solat Qasar & Jamak (UPDATED PAGE 1 -28.01.2009)
volvos
Posted: 07 Apr 2009, 23:47
Tenggiri

Joined: 14 Jun 2006, 09:56
Posts: 2113
Location: shah alam/pekan
gobang wrote:
atam wrote:
gobang wrote:
jawapannya:

1. TAK BETUL = kerana sekiranya kite kuar rumah selepas solat subuh.. kita masih boleh menjamak kan solat kita Zohor & Asar dengan Hanya Jamak Taqdim bukan Jamak Takhir.. ini kerana Solat Zohor pada waktu ini digantikan dengan SOLAT JUMAAT yang WAJIB kita lakukan sekirnya kita keluar rumah selepas Subuh..Solat Jumaat dilakukan seperti biasa dan setelah selesai Solat Jumaat, bangun sekali lagi untuk mengerjakan Solat Qasar Asar.


*Harap Dapat Membantu..


Salam Ustaz Gobang,
1. Bab ni yang hamba masih keliru lagi.. Macam mana pula tentang niat untuk kita menjamakkan/qasar solat Asar tu.
Sebab untuk solat Jamak Takdim seperti biasa kita akan
berniat untuk menjamakkan/qasarkan solat Asar semasa takbiratulihram di dalam solat Zohor.
Tapi cemana pula dengan solat Jumaat? Solat Jumaat wajib secara berjemaah. Sedangkan setahu hamba orang yang bersolat jamak/qasar tidak boleh berimamkan imam yang menunaikan solat penuh. Atau mungkin dibolehkan untuk solat Jumaat / Maghrib?
Apakah boleh kita terus berniat untuk menjamakkan/mengqasarkan solat asar setelah selesai menunaikan solat Jumaat?


2. Semasa dalam perjalanan masuk waktu maghrib dan kebetulan sampai di sebuah masjid. Hamba berniat untuk menunaikan solat Jamak Takdim. Bolehkah hamba berjemaah bersama-sama imam di dalam solat maghrib dan bila selesai hamba bangun menunaikan solat Isyak pula? (lebih kurang sama macam kes di no. 1)

Diharap Ustaz dapat memberi pandangan dan jawapan yang boleh menghilangkan kekeliruan saya ni. Terima kasih.


Jangan lah panggil saya ustaz.. saya sama seperti kalian-kalian semua...
ada sikit pengetahuan kita kongsi sesama..berbicara disini supaya yang lain boleh sama2 memahami dan mengamalkan..

begini saudara.. saya cuba sedaya terang sikit demi sedikit, ayat by ayat yg saudara lontarkan..

Bab ni yang hamba masih keliru lagi.. Macam mana pula tentang niat untuk kita menjamakkan/qasar solat Asar tu.
"Usolli Fardhul Jum'ati Rak'ataini Jam'a Takdimin Makmuman Lillahitaala"
"Sahaja Aku Sembahyang Fardhu Jumaat Dua Rakaat, Jamak Takdim, Makmum kerana ALLAH Taala"

Sebab untuk solat Jamak Takdim seperti biasa kita akan berniat untuk menjamakkan/qasarkan solat Asar semasa takbiratulihram di dalam solat Zohor.

kita niat sembahyang jamak seperti niat di atas.

Tapi cemana pula dengan solat Jumaat? Solat Jumaat wajib secara berjemaah. Sedangkan setahu hamba orang yang bersolat jamak/qasar tidak boleh berimamkan imam yang menunaikan solat penuh. Atau mungkin dibolehkan untuk solat Jumaat / Maghrib?
Solat Jumaat kita kene lakukan seperti biasa. mendegar khutbah dan berjemaah. Solat Jumaat semestinya BERJAMAAH.


dan betul yang seperti saudara katakan bahawa orang sembahyang jamak/qasar tidak boleh berimamkan imam yang menunaikan solat penuh. Tetapi kita masih boleh mengerjakan solat jamak/qasar ini bersama-sama rakan kita.

contohnya :

kite pergi satu trip secara berkonvoi.

tiba maghrib kite singgah di sebuah masjid.

kite pun sembahyang Mahgrib bersama-sama iman dan jemaah yang lain masjid itu.

kemudian setelah selesai solat maghrib itu, kite yang berkonvoi tadi bangun pergi kebelakang sedikit, dan terus menunaikan solat isyak secara qasar dengan berjamaah bersama rakan2 konvoi kita.


Solat Jumaat/Maghrib? tentu tidak boleh saudara. yang dibenarkan untuk Jamak ialah antara ZOHOR/ASAR dan MAGHRIB/ISYAK


Apakah boleh kita terus berniat untuk menjamakkan/mengqasarkan solat asar setelah selesai menunaikan solat Jumaat?
begini niatnya

"Usolli Fardhol asri qasran majmu'an Lillahi Taala"

"Sahaja Aku Sembahyang Fardhu Asar, qasar, dijamakkan kerana Allah Taala"



2. Semasa dalam perjalanan masuk waktu maghrib dan kebetulan sampai di sebuah masjid. Hamba berniat untuk menunaikan solat Jamak Takdim. Bolehkah hamba berjemaah bersama-sama imam di dalam solat maghrib dan bila selesai hamba bangun menunaikan solat Isyak pula? (lebih kurang sama macam kes di no. 1)
situasinya seperti contoh di atas.

*
harap dapat membantu. kalau salah tolong perbetulkan. sampaikan walau satu ayat.. saya juga masih belajar dan mencuba memperbaiki diri..

salam tuan...
tima kaseh dgn info ini...
tapi kwn maseh konpius dgn yg warna merah tu...
Tenggiri


Joined: 14 Jun 2006, 09:56
Posts: 2113
Location: shah alam/pekan
gobang wrote:
atam wrote:
gobang wrote:
jawapannya:

1. TAK BETUL = kerana sekiranya kite kuar rumah selepas solat subuh.. kita masih boleh menjamak kan solat kita Zohor & Asar dengan Hanya Jamak Taqdim bukan Jamak Takhir.. ini kerana Solat Zohor pada waktu ini digantikan dengan SOLAT JUMAAT yang WAJIB kita lakukan sekirnya kita keluar rumah selepas Subuh..Solat Jumaat dilakukan seperti biasa dan setelah selesai Solat Jumaat, bangun sekali lagi untuk mengerjakan Solat Qasar Asar.


*Harap Dapat Membantu..


Salam Ustaz Gobang,
1. Bab ni yang hamba masih keliru lagi.. Macam mana pula tentang niat untuk kita menjamakkan/qasar solat Asar tu.
Sebab untuk solat Jamak Takdim seperti biasa kita akan
berniat untuk menjamakkan/qasarkan solat Asar semasa takbiratulihram di dalam solat Zohor.
Tapi cemana pula dengan solat Jumaat? Solat Jumaat wajib secara berjemaah. Sedangkan setahu hamba orang yang bersolat jamak/qasar tidak boleh berimamkan imam yang menunaikan solat penuh. Atau mungkin dibolehkan untuk solat Jumaat / Maghrib?
Apakah boleh kita terus berniat untuk menjamakkan/mengqasarkan solat asar setelah selesai menunaikan solat Jumaat?


2. Semasa dalam perjalanan masuk waktu maghrib dan kebetulan sampai di sebuah masjid. Hamba berniat untuk menunaikan solat Jamak Takdim. Bolehkah hamba berjemaah bersama-sama imam di dalam solat maghrib dan bila selesai hamba bangun menunaikan solat Isyak pula? (lebih kurang sama macam kes di no. 1)

Diharap Ustaz dapat memberi pandangan dan jawapan yang boleh menghilangkan kekeliruan saya ni. Terima kasih.


Jangan lah panggil saya ustaz.. saya sama seperti kalian-kalian semua...
ada sikit pengetahuan kita kongsi sesama..berbicara disini supaya yang lain boleh sama2 memahami dan mengamalkan..

begini saudara.. saya cuba sedaya terang sikit demi sedikit, ayat by ayat yg saudara lontarkan..

Bab ni yang hamba masih keliru lagi.. Macam mana pula tentang niat untuk kita menjamakkan/qasar solat Asar tu.
"Usolli Fardhul Jum'ati Rak'ataini Jam'a Takdimin Makmuman Lillahitaala"
"Sahaja Aku Sembahyang Fardhu Jumaat Dua Rakaat, Jamak Takdim, Makmum kerana ALLAH Taala"

Sebab untuk solat Jamak Takdim seperti biasa kita akan berniat untuk menjamakkan/qasarkan solat Asar semasa takbiratulihram di dalam solat Zohor.

kita niat sembahyang jamak seperti niat di atas.

Tapi cemana pula dengan solat Jumaat? Solat Jumaat wajib secara berjemaah. Sedangkan setahu hamba orang yang bersolat jamak/qasar tidak boleh berimamkan imam yang menunaikan solat penuh. Atau mungkin dibolehkan untuk solat Jumaat / Maghrib?
Solat Jumaat kita kene lakukan seperti biasa. mendegar khutbah dan berjemaah. Solat Jumaat semestinya BERJAMAAH.


dan betul yang seperti saudara katakan bahawa orang sembahyang jamak/qasar tidak boleh berimamkan imam yang menunaikan solat penuh. Tetapi kita masih boleh mengerjakan solat jamak/qasar ini bersama-sama rakan kita.

contohnya :

kite pergi satu trip secara berkonvoi.

tiba maghrib kite singgah di sebuah masjid.

kite pun sembahyang Mahgrib bersama-sama iman dan jemaah yang lain masjid itu.

kemudian setelah selesai solat maghrib itu, kite yang berkonvoi tadi bangun pergi kebelakang sedikit, dan terus menunaikan solat isyak secara qasar dengan berjamaah bersama rakan2 konvoi kita.


Solat Jumaat/Maghrib? tentu tidak boleh saudara. yang dibenarkan untuk Jamak ialah antara ZOHOR/ASAR dan MAGHRIB/ISYAK


Apakah boleh kita terus berniat untuk menjamakkan/mengqasarkan solat asar setelah selesai menunaikan solat Jumaat?
begini niatnya

"Usolli Fardhol asri qasran majmu'an Lillahi Taala"

"Sahaja Aku Sembahyang Fardhu Asar, qasar, dijamakkan kerana Allah Taala"



2. Semasa dalam perjalanan masuk waktu maghrib dan kebetulan sampai di sebuah masjid. Hamba berniat untuk menunaikan solat Jamak Takdim. Bolehkah hamba berjemaah bersama-sama imam di dalam solat maghrib dan bila selesai hamba bangun menunaikan solat Isyak pula? (lebih kurang sama macam kes di no. 1)
situasinya seperti contoh di atas.

*
harap dapat membantu. kalau salah tolong perbetulkan. sampaikan walau satu ayat.. saya juga masih belajar dan mencuba memperbaiki diri..

salam tuan...
tima kaseh dgn info ini...
tapi kwn maseh konpius dgn yg warna merah tu...

MENJAMAK SOLAT ASAR DENGAN JUMAAT


Oleh
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Ramai yang menanyakan tentang hukum menjama (menggabungkan) antara shalat Ashar dengan shalat Jum’at (sebagaimana) dalam keadaan diperbolehkan menjama shalat Ashar dengan Dzuhur. Maka, dengan meminta pertolongan kepada Allah, serta berharap hidayah dan taufiqNya, saya menjawab.More...

Tidak boleh menjama (menggabungkan) shalat Ashar dengan shalat Jum’at ketika diperbolehkan menjama antara shalat Ashar dan Dzuhur (kerana ada alasan syar’i, seperti perjalanan,-red) . Seandainya seseorang yang sedang melakukan perjalanan jauh melintasi suatu daerah, lalu dia melakukan shalat Jum’at bersama kaum muslimin disana, maka (dia) tidak boleh menjama Ashar dengan shalat Jum’at.

Seandainya ada seorang yang menderita penyakit sehingga diperbolehkan untuk menjama shalat, (lalu dia) menghadiri shalat dan mengerjakan shalat Jum’at, maka dia tidak boleh menjama shalat Ashar dengan shalat Jum’at. Dalilnya ialah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Ertinya : Sesungguhnya shalat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman” (An-Nisaa : 103)

Maksudnya, (ialah) sudah ditentukan waktunya. Sebahagian daripada waktu-waktu ini sudah dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala secara global dalam firmanNya.

“Ertinya : Dirikanlah shalat daripada sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula shalat) Shubuh. Sesungguhnya shalat Shubuh itu disaksikan (oleh Malaikat)” (Al-Israa : 78)

Maksud kata ‘duluukusy syamsi’ (pada ayat di atas) ialah, tergelincirnya matahari ke arah barat. ‘ghasaqil lail’, maksudnya ialah gelapnya malam, yakni pertengahan malam.

Waktu-waktu itu mencakupi empat shalat, yaitu : shalat Dzuhur, Ashar, Maghrib dan Isya. Shalat-shalat ini terkumpul dalam satu rangkaian waktu, kerana tidak ada pemisah di antara satu waktu ke waktu yang berikutnya. Ketika waktu salah satu shalat sudah habis, maka masuk waktu shalat berikutnya. Dan waktu shalat Shubuh terpisah kerana waktu shalat Isya tidak tersambung dengan waktu shalat Shubuh, serta waktu Shubuh tidak bersambung dengan waktu Dzuhur.

Tentang waktu-waktu shalat sudah dijelaskan secara terperinci oleh Sunnah di dalam hadits dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, dan dari Jabir serta yang lainnya, yaitu :

(1). Waktu shalat Dzuhur mulai dari tergelincirnya matahari sampai ketika bayangan sebuah benda sama panjang dengan aslinya.
(2). Waktu shalat Ashar mulai dari ketika bayangan sebuah benda sama panjang dengan aslinya sampai tenggelam matahari. Akan tetapi, waktu ketika matahari telah menguning adalah waktu darurat (1)
(3). Waktu shalat Maghrib mulai dari tenggelam matahari sampai hilangnya warna kemerahan dari ufuk sebelah barat.
(4). Waktu shalat Isya mulai dari hilangnya warna kemerahan dari ufuk sebelah barat sampai pertengahan malam
(5). Waktu shalat Shubuh mulai dari terbit fajar sampai terbit matahari

Inilah aturan-aturan Allah dalam Al-Qur’an dan Sunnah RasulNya Shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang waktu-waktu shalat. Barangsiapa yang melakukan shalat sebelum waktu yang telah ditentukan dalam Al-Qur’an dan Sunnah RasulNya Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka dia mendapatkan dosa dan shalatnya tertolak. Begitu juga orang yang mengerjakannya setelah waktunya lewat tanpa udzur syar’i.

Demikian inilah yang dituntut oleh Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Berdasarkan huraian ini, maka orang yang menjama’ shalat Ashar dengan shalat Jum’at, bererti dia mengerjakan shalat Ashar sebelum waktunya, iaitu ketika bayangan sebuah benda sama panjang dengan aslinya, sehingga shalatnya batal dan tertolak serta wajib diganti.

Jika ada yang mengatakan, apakah tidak boleh mengqiyaskan jama shalat Ashar ke Jum’at dengan menjama shalat Ashar ke Dzuhur?

Jawabnya adalah tidak boleh, kerana beberapa sebab :
(1). Tidak ada qiyas dalam masalah ibadah.
(2). Shalat Jum’at merupakan shalat tersendiri, memiliki lebih dari 20 hukum (ketentuan-ketentuan) tersendiri yang berbeza dengan shalat Dzuhur. Perbezaan seperti ini menyebabkannya tidak boleh disamakan (diqiyaskan) ke shalat yang lainnya.
(3). Qiyas seperti (dalam pertanyaan diatas, -pent) ini bertentangan dengan dhahir sunnah. Dalam shahih Muslim, dari Abdullah bin Abbas Radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjama Maghrib dengan Isya di Madinah dalam keadaan aman dan tidak hujan.

Pada masa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah juga turun hujan yang menimbulkan kesulitan, akan tetapi beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak menjama shalat Ashar dengan Jum’at, sebagaimana diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan lainnya dari sahabat Anas bin Malik, bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah meminta hujan pada hari Jum’at saat beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam di atas mimbar. Sebelum beliau turun dari mimbar, hujan turun dan mengalir dari janggotnya. Ini tidak akan terjadi, kecuali disebabkan oleh hujan yang boleh dijadikan alasan untuk menjama shalat, seandainya boleh menjama Ashar dengan shalat Jum’at. Sahabat Anas bin Malik mengatakan, pada hari Jum’at berikutnya, seseorang datang dan berkata : “Wahai, Rasulullah. Harta benda sudah tenggelam dan bangunan hancur, maka berdo’alah kepada Allah agar memberhentikan hujan dari kami”.

Keadaan seperti ini, (tentunya) memperbolehkan untuk menjama, jika seandainya boleh menjama ‘ shalat Ashar dengan shalat Jum’at.

Jika ada yang mengatakan “Mana dalil yang melarang menjama shalat Ashar dengan shalat Jumaat?”

Pertanyaan seperti ini tidak tepat, kerana hukum asal beribadah adalah terlarang, kecuali ada dalil (yang merubah hukum asal ini menjadi wajib atau sunat, -pent). Maka orang yang melarang pelaksanaan ibadah kepada Allah dengan suatu amalan fizik atau hati, tidak dituntut untuk mendatangkan dalil. Akan tetapi, yang dituntut untuk mendatangkan dalil ialah orang yang melakukan ibadah tersebut, berdasarkan firman Allah yang mengingkari orang-orang yang beribadah kepadanya tanpa dasar syar’i.

“Ertinya : Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah” (Asy-Syuura : 21)

Dan firmanNya.

“Ertinya : Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agamamu” (Al-Maidah : 3)

Dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Ertinya : Barangsiapa yang melakukan satu perbuatan yang tidak berdasarkan din ini, maka amalan itu tertolak.

Berdasarkan ini, jika ada yang menanyakan, “Mana dalil larangan menjama shalat Ashar dengan shalat Jum’at?” (Maka) kita mengembalikan pertanyaan “Mana dalil yang memperbolehkannya ? Ini kerana hukum asal shalat Ashar dikerjakan pada waktunya. Ketika ada faktor yang memperbolehkan untuk menjama shalat Ashar, hukum asal ini bisa diselisihi, (maka yang) selain itu tetap pada hukum asalnya, iaitu tidak boleh diajukan dari waktunya.

Jika ada yang mengatakan, “Bagaimana pendapatmu jika dia berniat shalat Dzuhur ketika shalat Jum’at agar boleh menjama?”

Jawab, jika seorang imam shalat Jum’at di suatu daerah, berniat shalat Dzuhur dengan shalat Jum’atnya, maka tidak syak lagi (demikian) ini merupakan perbuatan haram, dan shalatnya batal. Ini kerana bagi mereka, shalat Jum’at itu wajib. Jikad ia mengalihkan shalat Jum’at ke shalat Dzuhur, bererti mereka berpaling dari perintah-perintah Allah kepada sesuatu yang tidak diperintahkan, sehingga berdasarkan hadits di atas, (maka) amalnya batal dan tertolak.

Sedangkan jika yang berniat melaksanakan shalat Jum’at dengan niat Dzuhur adalah –seorang musafir (misalnya) yang bermakmum kepada orang yang wajib melaksanakannya, maka perbuatan musafir ini juga tidak sah. Ini kerana, ketika dia menghadiri shalat Jum’at, bererti dia wajib melakukannya. Orang yang terkena kewajipan shalat Jum’at namun dia melaksanakan shalat Dzuhur sebelum imam salam dari shalat Jum’at, maka shalat Dzuhurnya tidak sah.

Demikianlah penyusun kitab Al-Muntaha dan kitab Al-Iqna menuliskan, bahawa tidak boleh menggabungkan Ashar dengan shalat Jum’at. Kedua penyusun kitab ini menyebutkannya di awal bab tentang shalat Jum’at.

Saya jelaskan secara panjang lebar, karena hal ini diperlukan. Semoga Allah membimbing kita kepada kebenaran, memberikan manfaat, sesungguhnya Allah Maha Dermawan.

(Ditulis oleh Syaikh Muhammad bin Salih Al-Utsaimin 12/06/1419H)

(Disalin dari majalah As-Sunnah Edisi 10/Tahun IX/1426H/12005. Diambil dari Fatawa Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin. Diterbitkan oleh Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Jl. Solo-Purwodadi Km. 8 Selokaton Gondangrejo Solo 57183)
_________
Foote Note
(1). Orang yang mengerjakan shalt Ashar pada waktu ini tanpa ada udzur syar'i, maka shalatnya sah tapi dia berdosa. Lihat Al-Wajiz hal. 68,-pent

http://soaljawab.wordpress.com
« Last Edit: 23 September, 2010, 09:51:12 AM by Ummi Munaliza »

Bolehkah menjamakkan Asar dengan solat Jumaat?


Al-Hafiz Imam Nawawi didalam Kitab Al-Majmu' (dan jemaah yang lain) mengatakan bahawa : "Bagi ulama' Syafie telah membenarkan menjamak di antara Solat Jumaat dengan Solat Asar" .


Begitu juga dengan kitab-kitab Fiqh Syafie yang lain seperti Mughni Al-Muhtaaj tulisan Syiekh Al-Syarbini menyebut : "(Dibenarkan menjama' diantara Solat Zohor Asar secara Taqdim) di dalam waktu pertama (dan Ta'khir) di dalam waktu yang kedua. Solat Jumaat seperti Zohor di dalam Jama' secara Taqdim sebagaimana yang dimaklumkan oleh Al-Zarkashi dan dibenarkan seperti menjama' sewaktu hujan pada awalnya, dan tidak mungkin dapat ditangguhkan kerana sesungguhnya Solat Jumaat tidak datang padanya secara Ta'khir dari waktunya" [Syiekh Al-Syarbini. Mughni al-Muhtaaj - 1. Beirut : Dar Al-Fikr, 2001. ms 370]

Bermakna jika ingin jamak solat Jumaat dengan solat asar,hanya boleh dilakukan Jamak taqdim sahaja. Iaitu selepas solat Jumaat, diiringi dengan solat asar . Tidakboleh lakukan solat Jumaat dan solat asar secara jamak takhir.



Ulama Fiqh perbandingan masakini dari Syria, Dr Wahbah Al-Zuhaily mengatakan : "Dibenarkan di sisi Jumhur selain dari Hanafi menjamak di antara Zohor dan Asar secara Taqdim di waktu pertama, melakukan solat secara Ta'khir pada waktu kedua, dan solat Jumaat seperti juga solat Zohor didalam jama' Taqdim, diantara Maghrib dan Isya' secara Taqdim dan Ta'khir juga seperti didalam permusafiran yang panjang sebagaimana didalam Qasar (89km)." [Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - 2. cetakan ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989. ms 349]


Contoh ulama' moden mazhab Syafie yang lain seperti Syeikh Dr Khaalid Al-Jundi, pensyarah Usuluddin dan falsafah, Universiti Al-Azhar apabila ditanya boleh atau tidak menjama'kan solat asar dan Jumaat, menurut beliau : "Bagi mereka yang bermusafir untuknya dibolehkan Qasar dan Jama', Jika kamu berada ditempat yang akan bersolat Jumaat, dimana kamu didalam musafir, maka hendaklah kamu solat Jumaat kemudian bersolat Asar secara Jama' Taqdim, dan kamu boleh juga melakukan solat Jama' Taqdim secara Qasar dan Jemaah, atau dibenarkan kamu bersolat 2 rakaat sahaja atau 4 rakaat." [Al-Shiekh Khaalid Al-Jundi. Fasaluu ahla al-zikr : fatawa mu'asyirah. Beirut : Dar Al-Ma'rifah, 2003. ms 116]


Menurut Ali Muhiyuddin Al-Qarh Dagha :- "Sebagaimana kata Ibn Taimiyah : Ijma' ulama adalah kenyataan kata putus, dan perbezaan mereka adalah rahmat, sebagaimana perbezaan ini bertukar menjadi fitnah dan ini tidak dibenarkan, kerana sesungguhnya jumhur Fuqaha' membenarkan Jama' diantara Solat Jumaat dan Asar bagi mereka yang bermusafir dan kerana hujan.



Sumber : Pusat Pembangunan Insan UMP.

http://pipi.ump.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=49:jamakqasar&catid=42:umum&Itemid=83
ETIAP orang yang ingin melakukan perjalanan atau bermusafir dengan tujuan yang baik dan dituntut oleh Islam seperti bermusafir kerana menuntutآ ilmu, melaksanakan sesuatu urusan keagamaan seperti mengerjakan Ibadat Haji, menziarahi keluarga, kenalan atau mencari rezeki yang halal untukآ memenuhi keperluan keluarganya, mereka tergolong di kalangan orang-orang yang menempuh perjalanan yang diredhai Allah, atau dikira beribadat kepada Allah S.W.T . Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang bermusafir kerana menuntut ilmu pengetahuan, maka ia adalah dalam perjalanan Allah, sehinggalah ia kembali".

PANDUAN BERMUSAFIR

NIAT

Hendaklah niat bermusafir dengan tujuan melaksanakan sesuatu hal yang baik semoga sentiasa diberkati oleh Allah. Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Tidak seorang pun yang keluar dari rumahnya kecuali ada dua panji-panji, salah satu di antaranya berada di tangan malaikat sedang yang lainnya di tangan syaitan. Maka jika keluarnya itu untuk sesuatu urusan yang disukai Allah S.W.T, ia akan diringi oleh malaikat dengan panji-panjinya. Demikianlah ia akan selalu berada di bawah panji-panji malaikat sampai ia kembali ke rumahnya. Sebaliknya jika keluarnya itu untuk sesuatu hal yang dimurkai Allah, maka orang itu akan diiringi oleh syaitan dengan panji-panjinya. Dan demikianlah ia akan selalu di bawah panji- panji syaitan sampai ia pulang kembali ke rumahnya ".(Riwayat Ahmad dan Tabrani)

SEMBAHYANG SUNAT MUSAFIR

Sunat melakukan sembahyang sunat musafir sebelum berangkat. Cara-cara sembahyang sunat musafir.
Lafaz niat ketika takbiratul ihram ialah seperti berikut: "Sahaja aku sembahyang sunat musafir dua rakaat kerana Allah".

Pada rakaat yg pertama selepas membaca Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun.

Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.

Selepas salam berdoalah meminta agar Allah memberikan keselamatan, kemudahan serta memberkati perjalanan yang hendak lakukan.

SUNAT-SUNAT MUSAFIR

1) Sunat memulakan musafir pada hari Khamis.. Diriwayatkan oleh Bukhari: "Bahawa Rasulullah S.A.W jika ia bermusafir, jarang ia berangkat bukan pada hari Khamis".

2) Sunat membawa teman ketika bermusafir. dari Ibnu Umar r.a: "Bahawa Rasulullah S.A.W melarang bersendiri, ertinya bila seseorang itu menginap atau bermusafir seorang diri". (Riwayat Ahmad). Baginda juga selalu membawa barang-barang berikut semasa bermusafir iaitu sebotol minyak, sikat rambut, celak, gunting, kayu sugi dan cermin.

3) Sunat meminta kaum keluarga atau sahabat yang ditinggalkan memohon supaya bertawakkal kepada Allah supaya mendoakan keselamatan kita dalam perjalanan dan musafir.

4) Sunat berdoa ketika keluar berangkat dari rumah. "Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah dan tiada daya maupun tenaga kecuali dengan izin Allah".

5) Jika bermusafir dengan menaiki kenderaan maka sunat pula berdoa : "Segala puji bagi Allah, maha Suci Allah yang telah menjinakkan (memudahkan) bagi kami kenderaan ini, padahal sebelumnya kami takkan mampu menguasainya dan sungguh kami nanti akan pulang kembali kepada Tuhan kami ".

SOLAH DALAM PERJALANAN

Jika jarak musafir atau tempat yang dituju itu lebih dari dua marhalah (56 batu atau 91 kilometer) maka Allah memberikan kemudahan kepada kita untuk menjamak dan menqasarkan sembahyang fardhu.

SEMBAHYANG JAMAK


Sembahyang jamak ialah mengumpulkan dua sembahyang fardhu dalam satu waktu samada jamak Taqdim atau jamak Taakhir. Seseorang yang ingin sembahyang jamak (Taqdim atau Taakhir) hendaklah keluar dari rumahnya sebelum masuk waktu zohor (jika ia berhajat untuk menjamak sembahyang Zohor dan Asar) atau keluar sebelum masuk waktu Maghrib (jika ia berhajat untuk menjamak sembahyang Maghrib dan Isyak dari qariahnya).

JAMAK TAQDIM

Jamak Taqdim ertinya mengumpul atau menghimpunkan sembahyang yang kedua di dalam waktu pertama seperti sembahyang Fardhu Asar dalam waktu Zohor dan sembahyang Isyak dalam waktu Maghrib.

Syarat-syarat sembahyang jamak Taqdim:
Didahulukan sembahyang yang pertama iaitu Zohor, kemudian baru ditunaikan yang kedua iaitu Asar. Begitu juga Maghrib didahulukan, kemudian baru Isyak. Walaubagaimanapun jika diterbalikkan,sah sembahyang jamak tersebut.

Berniat untuk sembahyang jamak dalam sembahyang yang pertama (bermula dari takbiratul ihram atau di tengah-tengah sembahyang selagi belum memberi salam). Yang afdhalnya dalam Takbiratul Ihram.

Mualat iaitu berturut-turut antara dua sembahyang yang dikumpulkan. Jangan diselangi dengan masa yang panjang. Selangmasa yang dibenarkan ialah tidak melebihi kadar masa dua rakaat sembahyang sunat yang ringkas.

Masa berkekalan dalam masa musafir hingga Takbiratul Ihram sembahyang yang kedua (tiada disyaratkan sampai tamat sembahyang yang kedua itu).

Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zohor atau Maghrib) berkekalan hingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isyak).

JAMAK TAAKHIR

Jamak Taakhir ertinya mengumpul sembahyang yang pertama di dalam waktu yang kedua. Seperti Sembahyang Zohor dilaksanakan di dalam waktu Asar dan sembahyang Maghrib di dalam waktu Isyak.

Syarat-syarat sembahyang jamak Taakhir:
Hendaklah berniat Jamak Taakhir dalam waktu yang pertama (Zohor atau Maghrib) seperti hendak Taakhirkan sembahyang fardhu Zohor ke waktu Asar atau Taakhirkan sembahyang Maghrib ke waktu Isyak iaitu ketika bermulanya masuk waktu Zohor atau Maghrib hinggalah berakhirnya waktu berkenaan.

Masih dalam musafir hingga selesai kedua-dua sembahyang.

NOTA :

1. Jarak antara sembahyang dalam jamak Taakhir tidak semestinya berturut-turut, iaitu boleh diselangi dengan masa yang panjang.

2. Tidak boleh jamak ( Taqdim atau Taakhir ) sembahyang fardhu Asar dengan Maghrib atau sebaliknya. Fardhu Isyak dengan Fardhu Subuh atau sebaliknya. Juga tidak boleh jamak sembahyang fardhu Subuh dengan fardhu Zohor atau sebaliknya. Yang dijamakkan ialah zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak sahaja.

SEMBAHYANG QASAR

Sembahyang Qasar ialah memendekkan sembahyang empat rakaat menjadi dua rakaat. Syarat-syarat sembahyang Qasar:
Perjalanan atau musafir yang diharuskan oleh syarak atau bukan kerana membuat maksiat.

Perjalanan atau musafir yang lebih dua marhala (56 batu/ 91 kilometer)

Niat sembahyang Qasar semasa Takbiratul Ihram.

Solat yang terdiri dripada 4 rakaat (Zohor, Asar, dan Isyak)

Berkekalan musafir (masih daalam musafir) sehingga selesai atau sempurna sembahyang.

Tidak boleh mengikut orang atau jemaah yang sembahyang secara tamam (sembahyang yang sempurna empat rakaat).

NOTA :

Kalau diikut Imam sembahyang tamam, wajib ditamamkan sembahyang kita. Orang yang sembahyang tamam boleh berimamkan mengikut orang yang sembahyang Qasar.

LAIN-LAIN PERKARA MENGENAI SEMBAHYANG JAMAK DAN QASAR

1) Sembahyang jamak dan qasar di satu-satu tempat (dalam musafir) boleh dikerjakan selama tiga hari tidak termasuk hari sampai dan hari
آ keluar daripada tempat itu.

2) Jika berniat hendak berhenti di satu-satu tempat (dalam musafir) selama empat hari atau lebih, maka putuslah musafir sebaik sahaja sampai ke tempat tersebut dan tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar. Begitu juga kalau berhenti itu kerana hajat yang tidak boleh lagi selesai dalam masa empat hari itu maka putus juga musafirnya. Tetapi kalau berhenti itu kerana hajat yang boleh selesai dalam masa tiga hari ( atau hendak berhenti kurang dari tiga hari) maka boleh qasar dan jamak selama tiga hari itu, selain daripada hari masuk dan hari keluar.

3) Seseorang berniat hendak berhenti terus dari satu tempat, maka berakhirlah musafir apabila sampai ke tempat tersebut. Ia tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar kerana ia telah bermukim di situ.

4) Jika ia berhenti di satu tempat (dalam musafir) kerana ada urusan yang dijangka selesai dalam masa dua atau tiga hari tetapi urusan itu tidak juga selesai dari sehari ke sehari maka ia boleh terus sembahyang jamak dan qasar sehingga 18 hari.

5) Seseorang bermusafir dalam keadaan tidak tahu tempoh berhenti atau tiada tempat tertentu yang dituju tidak boleh sembahyang jamak dan qasar.

6) Seseorang sedang sembahyang qasar dalam kenderaan misalnya, tiba-tiba sampai ke tempat yang dituju yang tidak dibolehkan jamak dan qasar
آ atau sampai ke tempat asal (tempat menetap) maka wajib disudahkan sembahyang fardhu itu secara tamam (penuh empat rakaat).

7) Jika bermusafir tetapi tidak tahu hukum dan syarat-syarat mengenai sembahyang jamak dan qasar, maka ia wajib sembahyang tamam (sempurna) sepanjang musafir.

8)Jika seseorang keluar dari rumah sebelum fajar hari Jumaat, ia diharuskan mengerjakan sembahyang Jumaat. Tetapi jika ia keluar selepas fajar pada hari Jumaat, ia wajib sembahyang Jumaat di mana tempat ia mendengar azan semasa ia bermusafir.

CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG DI DALAM KAPAL TERBANG


Di dalam penerbangan penumpang tidak dibenarkan mengambil air sembahyang kerana akan menyebabkan air yang banyak tertumpah ke lantai yang akan membahayakan penerbangan. Di masa-masa tertentu, penumpang juga hendaklah mematuhi arahan supaya duduk dan memasang tali pinggang keledar di kerusi masing-masing bagi menjaga keselamatan semasa penerbangan. Berdasarkan sebab-sebab di atas para ulama berpendapat cara-cara sembahyang di dalam kapal terbang bolehlah dibuat seperti berikut :
Sembahyang dilakukan bagi menghormati waktu iaitu dengan isyarat sahaja di mana kita seolah-olah berada dalam keadaan tidak dapat bergerak seperti mana orang yang terikat pada pokok. (Tidak perlu ada air sembahyang, tidak perlu menghadap Kiblat dan tidak perlu mengikut syarat-syarat sah lain yang diperlukan).

Apabila turun di Lapangan Terbang dan waktu masih ada, wajiblah sembahyang berkenaan diulang semula dan jika sudah habis waktu, wajiblah sembahyang berkenaan diqadatkan.

LAFAZ NIAT

Lafaz Niat Sembahyang Qasar serta Jamak :

1. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Zohor dengan Asar Taqdim :
"Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala".
Selepas itu terus sembahyang Asar "Sahaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala".

2. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Zohor dengan Asar Taakhir :
"Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor dua rakaat qasar dihimpunkan kepada Asar kerana Allah Taala".
Selepas itu terus sembahyang Asar. "Sahaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala".

3. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Maghrib dengan Isyak Taqdim :
"Sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah Taala".
Selepas itu terus sembahyang Isyak "Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala".

4. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Maghrib dengan Isyak Taakhir :
"Sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada Isyak kerana Allah Taala".
Selepas itu terus sembahyang Isyak "Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala".


Salam

Saya merancang untuk melancong ke luar negara. Kira musafirlah tu. Situasinya ialah apabila sy nak book outbound ticket, drpd senarai flights yg ditawarkan, yg paling murah hanya hari Jumaat, departure pukul 1:15 pm, ngam2 waktu solat Jumaat. ~ Cth: AirAsia ada fare type T,Q,A,L,V,U yg masing2 berbeza dr RM 8.88 sehingga RM 199.99 bg destinasi sama di waktu yg berlainan)

Persoalannya, bolehkah saya sengaja teruskan niat sy membeli tiket utk fly pd t/hari Jumaat tsb memandangkan pasti sy akan ponteng solat Jumaat, sedangkan saya berkelapangan pd hari lain tetapi tidak mahu beli tiket tsb atas alasan fare type jadi lebih mahal? Adakah syara' menilai ini sbg 'sengaja tuang solat Jumaat'?
Kalau atas urusan kerja, takpelah kot. Kalau kes saja2 melancong, camne?
jkk
Wassalam

**********************************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Bermusafir pada hari jumaat tidak ada dilarang, Malah, Syiekh Nasyiruddin al-Albani rh mengatakan bahawa mereka yang tidak membenarkan diri mereka bermusafir pada hari Jumaat telah melakukan satu bid'ah (Sila lihat - Bid'ah Hari Jumaat #1). Maka bagi mereka yang bermusafir pada hari Jumaat, solat Jumaat tidak wajib bagi mereka.

Berikut kami petik SoalJawab yang lalu mengenai bermusafir pada hari Jumaat.

SJ-06-0021 : Safar Hari Jumaat.... wrote:
Terdapat juga ulama2 lain seperti Ibn Taimiyah rh. mengatakan bahawa tidak wajib Jumaat bagi sesiapa sahaja yang bermusafir tanpa sebarang syarat.

لم تجب الجمعة على من ينشئ لها سفرًا؛ فإن الجمعة لا تجب على مسافر‏.
"Tidak wajib Jumaat ketas sesiapa yang melakukan permusafiran, kerana sesungguhya Jumaat tidak wajib kepada orang musafir,"

Komentar bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar, Atiyah Saqr mengenai pandangan diatas (pandangan empat mahzab) ialah ; Aku melihat ruhsah bagi mereka yang bermusafir walaupun ia (Solat Jumaat) tidak wajib, kerana ganjarannya yang besar, dan jika ia melangkaui batasan solat Zohor semasa bermusafir panjang atau pendek, maka lakukanlah Solat secara Qasar atau Jama' jika ianya permusafiran yang jauh sebagaimana yang dinayatakan didalam fiqh.

Fatwa IslamOnline didalam mengulas fatwa Atiyah Saqr menyatakan :-
ليس على المسافر جمعة ،ولو كان سفرًا مباحًا ،كأن يكون للنزهة أو الاستجمام ،أو كان لقضاء حاجة ونحو هذا ،وقد سافر النبي صلى الله عليه وسلم ولم يصل الجمعة ،بل جمع بين الظهر والعصر ،وإن كان الأفضل صلاتها ،مالم يكن هناك مانع ،وذلك من باب الأفضلية لا الوجوب.
"Bukanlah bagi orang yang bermusafir itu kewajipan Jumaat, samada permusafirannya harus, atau berkelah, atau untuk relax, atau memenuhi sesuatu permintaan dan sebagainya, maka Nabi saw pernah bermusafir dan tidak bersolat Jumaat, bahkan beliau melakukan Jama' diantara Zohor dan Asar, dan jika ia merasakan bersolat (Jumaat) lebih baik, maka disana tidak ada larangan, dan itu merupakan bab fadhilat dan bukannya kewajipan"

Menurut Prof Dr Ahmad Yusuf Sulaiman pula :-
وأما صلاة الجمعة فلا بد أن تكون في جماعة، وفي المسجد، وهي لا تجب على المسافر، فقد صح في حديث ابن عمر رضي الله عنهما أن الجمعة لا تجب على المرأة والمريض والعبد والمسافر، وهذا من باب التخفيف والتيسير؛ لأن المسافر مشغول بأمر نفسه لبعده عن موطن إقامته ولتشتت فكره وتغير عوائده مهما كان السفر مريحًا، فقد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "السفر قطعة من العذاب"، والسفر عام يشمل كل سفر قديمًا وحديثًا مهما اختلفت وسائله أو تعددت طرقه، وبناء عليه فإذا صلى المسافر الظهر فإنه يجوز له أن يصليها قصرًا، بل هذا واجب عند كثير من العلماء لأن النبي صلى الله عليه وسلم ما أتم صلاة في سفر قط. والله أعلم.
"Bagi solat Jumaat, ia mestilah dilakukan secara berjemaah didalam masjid, maka tidaklah di wajib keatas musafir, telah sahih dari hadith Ibn Umar ra. bahawa pada hari Jumaat tidak diwajibkan keatas wanita, orang sakit, hamba dan musafir, ini merupakan bab keringanan dan kemudahan, kerana sesungguhnya sedang sibuk dengan urusannya, jauh dari tempat watannya dan tempat tinggalnya dan kecamuknya pemikiran, perbezaan kadar (rates) bagi menentukan permusafirannya selesa, maka Rasulullah saw bersabda :'Permusafiran adalah sebuah azab', secara umumnya permusafiran termasuklah permusafiran sekarang dan dahulu, tidak kira apa perbezaannya, atau perjalanannya yang pelbagai arah, dimana apabila Musafir bersolat Zohor maka dibolehkan keatasnya bersolat secara qasar, bahkan ada kebanyakkan ulama' mewajibkan demikian kerana sesungguhnya Nabi saw tidak bersolat penuh sama sekali pada masa bermusafir".


Kesimpulannya, dibolehkan bermusafir pada hari Jumaat, dan status solat bagi mereka yang bermusafir adalah tidak wajib. Bermusafir disini tidak mengira samada urusan kerja, berehat, melancung dan sebagainya, bak kata Ibn Taimiyah, bermusafir tanpa dikenakan sebarang syarat. WA.

Salam

adakah benar sekiranya ketika musafir kita mengerjakan solat secara tamam maka terputuslah kita daripada dibolehkan solat jamak??

saya dah cuba cari soalan ini tp xjumpa. maaf jika sudah dijawab.

-------
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Keharusan mengambil rukhsah jamak sembahyang adalah kerana illah (
sebab) musafir. Maka selagi seseorang dalam keadaan musafir, diharuskan mengambil rukhsah ini. Ia tidak terbatal dengan sebab seseorang melakukan solat secara tamam (tidak qasar).

Maka seseorang musafir boleh mengambil rukhsah jamak dan qasar sekaligus, boleh mengambil rukhsah qasar sahaja, dan boleh mengambil rukhsah jamak sahaja.
asSalam ahli panel,

Tuk saya berumur 85thn dan mengalami kesulitan untuk mengambil wudu' setiap kali untuk menunaikan solat. Memandangkan kesukaran untuk bergerak bebas disebabkan uzur pada usia tua, adakah Islam membenarkan jika solat wajib 5 waktu dilakukan secara jama'?

Pohon pandangan tentang hal ini...

WasSalam

************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda degan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Tuk anda sudah dikira UZUR dan mempunyai kesukaran untuk mengambil wudhu'. Jika tidak ada orang yang boleh membantu beliau untuk melakukan wudhu', dia dibenarkan menjama'kan solat Zohor dan Asar, dan Maghrib dan Isya'. Yang di larang adalah menqasar (memendikkan) solatnya.

Menurut Syiekh Al-Islam Ibn Taimiyah rh :
والقصر سببه السفر خاصة لا يجوز في غير السفر وأما الجمع فسببه الحاجة والعذر فإذا احتاج إليه جمع في السفر القصير والطويل وكذلك الجمع للمطر ونحوه وللمرض ونحوه ولغير ذلك من الأسباب فإن المقصود به رفع الحرج عن الأمة
"Sebab untuk (khusus) Qasar ialah kerana bermusafir, dan tidak boleh selain dari bermusafir (memendikkan solat). Mengenai Jama disebabkan Hajat dan Uzur, maka jika seseorang memerlukan untuk melakukannya, ia boleh menjama;kan solat semasa bermusafir, samada bermusafir jauh dan dekat, dan dia juga boleh menjama' Solat kerana hujan dsb, kerana sakit dsb dan sebab-sebab yg lain, kerana maksud utamanya ialah membuang kesukaran kepada umatnya" - [Majmu' Al-Fataawa, 22/293].

Didalam sebuah hadith riwayat al-Tirmudzi #128, Nabi saw pernah memberikan ruhsah kepada seorang wanita yang menghadapi istihaadah dengan membenarkan wanita tersebut menjama' solatnya. Ini menunjukkan kesukaran dan keuzuran itu pelbagai. WA

Sekian, wassalam

Asalamualaikum!

Soalan dari kawan saya yang dihantar ke Brunei oleh majikannya untuk
menyiapkan projek IT dan tidak ada tarikh yang tetap bila beliau akan
pulang ke Malaysia. Projek tersebut mungkin akan memakan masa
berbulan-bulan. Beliau bertanya bolehkah beliau berterusan solat jamak
qasar selama di Brunei?

Sekian didahului dengan ucapan terimakasih.

Tokbatin

***********
jawapan:

akob:

Wa'alaikumussalaam Warahmatullah

Dalam situasi ini terdapat beberapa pendapat.

1) Sekiranya dia bermusafir tetapi kemudian bermukim di satu tempat
lebih dari tiga hari maka di tidak lagi dianggap sebagi musafir. Maka
dia menyempurnakan sembahyangnya pada hari yang ke empat.

2) Sekiranya dia bermusafir kemudian dia bermukim di satu tempat tanpa
mengetahui bila dia akan pulang ke tempat asalnya maka dia dibenarkan
mengqasharkan sembahyangnya selama tugasnya belum selesai.Apabila
tugas sudah selesai maka hendaklah dia menyempurnakan sembahyangnya.
Tetapi sekiranya dia bermukim di satu tempat lebih dari empat hari
dengan satu tempoh yang telah diketahui maka dia tidak lagi dianggap
musafir.

3) Seorang musafir boleh mengqasharkan sembahyangnya selagi dia belum
pulang ketempat asalnya asalkan dia tidak berniat untuk bermukim di
mana-mana tempat. Akob lebih cenderung dengan pendapat ini.


Nabi Muhammad Shallahu 'alaihi wasallam juga tidak membatasi jumlah
hari yang tertentu yang dibenarkan mengqashar sembahyang. Malah
kewujudan hadis-hadis dengan jumlah hari yang berbeza tersebut
menunjukkan tidak ada batasan jumlah hari yang tertentu dalam hal ini.
Perbezaan jumlah hari tersebut hanyalah menunjukkan keragaman corak
musafir Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam. Mari kita sama-sama
melihat hadis-hadis tersebut.

Dari Jabir bin Abdillah, dia berkata: "Rasulullah Shallahu 'alaihi
wasallam bermukim di Tabuk selama dua puluh hari (dan baginda)
mengqahsarkan sembahyang." (Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunan
Abu Dawud, Kitab al-Shalah, hadis no. 1046 dan Imam Ahmad, hadis no.
13625.)

Dari Imran bin Hussain, dia berkata: "Aku berperang bersama Rasulullah
Shallahu 'alaihi wasallam pada saat penaklukan kota makkah, maka
baginda bermukim di Makkah selama lapan belas malam dan tidak
sembahyang kecuali sebanyak dua rakaat (qashar)." (Hadis riwayat Imam
Abu Dawud dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Shalah, hadis no. 1040.)

Yahya bin Abi Ishak berkata: "Saya mendengar Anas bin Malik berkata:
"Kami pernah musafir bersama Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam dari
Madinah ke Mekah. Selama dalam musafir itu baginda melakukan
sembahyang secara dua rakaat (qasar kecuali maghrib) sehingga kembali
ke Madinah. Orang bertanya: "Apakah kalian sempat menginap di kota
Makkah?" Anas menjawab: "Kami menginap di Kota Makkah selama sepuluh
hari." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab
al-Jamaah, hadis no. 1081.)

Jelas hadis-hadis di atas Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam tidak
membatasi tempoh hari yang tertentu yang dibenarkan mengqashar
sembahyang. Malah Sayyid Sabiq Rahimahullah telah membawa beberapa
athar dari para sahabat yang menunjukkan mereka tetap mengqasharkan
sembahyang walaupun mereka singgah di satu daerah dalam jangka masa
yang lama.

Miswar bin Makhramah berkata: "Kami bermukim dengan Sa'ad di salah
satu desa di wilyah Syam selama empat puluh hari. Selama itu Sa'ad
tetap mengqasharkan tetapi kami mencukupkan." Barkata Nafi': "Abdullah
bin 'Umar bermukim di Azrebaijan enam bulan dan tetap bersembahyang
dua rakaat ketika tertahan oleh salji waktu memasukinya." Hafash bin
Ubaidullah mengatakan bahawa Anas bin Malik bermukim di Syam dua tahun
dan terus bersembahyang sebagai musafir. Dan menurut Anas, para
sahabat Nabi Shallahu 'alaihi wasallam bermukim di Ramhurmuz selama
tujuh bulan dan tetap mengqasharkan sembahyang, sedang menurut Hassan,
dia bermukim dengan Abdurrahman bin Samurah di Kabul selama dua tahun
dan Abdurrahaman terus mengqasharkan tapi tidak menjama'. Kemudian
Ibrahim mengatakan pula bahawa para sahabat pernah bermukim di Rai
selama setahun atau lebih, dan di Sijistan selama dua tahun (dan
mereka tetap mengqasharkan sembahyang.)(Sayid Sabiq, Fikih Sunnah,
Jilid 1, ms. 218-219.)

Seterusnya kita akan melihat ulasan Sayyid Sabiq Rahimahullah
berkaitan dengan tempoh perjalanan yang dibolehkan mengqasharkan
sembahyang:

Seorang musafir itu boleh terus mengqashar sembahyangnya selama dia
masih dalam musafir. Jika dia bermukim di suatu tempat kerana sesuatu
keperluan yang hendak diselesaikannya maka dia tetap boleh
mengqasharkan sembahyangnya sebab dia masih dianggap sebagi musafir
walaupun bermukimnya di sana sampai bertahun-tahun lamanya. Adapun
kalau dia bermaksud hendak bermukim di sana dalam waktu yang tertentu
(yang telah diketahui pada awal musafirnya-pen) maka menurut pendapat
yang terkuat yang dipilih oleh Imam Ibnu Qayyim Rahimahullah,
bermukimnya itu belum lagi menghilangkan hukum musafir, baik lama atau
sebentar, selama dia tidak berniat hendak menjadi penduduk tetap di
tempat itu. (Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, Jilid 2, ms. 217.)

Setelah membawa pelbagai pendapat yang membatasi jumlah hari tertentu
yang dibolehkan mengqasharkan sembahyang, Imam Muhammad Ismail
al-Shan'ani dalam kitabnya Subulus Salam (Jilid 2, ms. 169) telah
menulis:

Sudah jelas tidak ada dalil yang menunjukkan Nabi Shallahu 'alaihi
wasallam tidak mengqasharkan sembahyang selama masa safar telah
melebihi dari waktu-waktu yang disebutkan di atas. Apabila tidak ada
dalil yang menunjukkan penetuan batas waktu, maka pendapat yang lebih
mendekati kebenaran ialah boleh sentiasa mengqasharkan sembahyang
selama dalam perjalanan itu sebagaimana yang pernah dipraktikkan oleh
para sahabat - kerana memang tidak dinamai mukim dalam keadaan
ragu-ragu setiap hari dan juga tidak dinamai mukim bagi orang yang
singah di satu tempat meskipun lama.

Pendapat ini dikuatkan lagi dengan apa yang kita dapati dari Sebuah
riwayat dari Abdullah ibnu Umar Radhiallahu 'anhuma , dia berkata:

Adalah Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam ketika keluar dari kota
Madinah, baginda tidak menambah rakaat sembahyang-sembahyangnya
melebihi 2 rakaat (kecuali maghrib) sehinggalah baginda kembali ke
kota Madinah (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah,
Kitab Iqamah al-Shalah wa al-Sunnah Fiihaa, hadis no. 1067.)


Tentang bab Jama', maka sembahyang mengikut waktu lebih disyorkan.
Kerana menurut Syaikh al-'Utasimin Rahimahullah, Sembahyang boleh
dijama' ketika dalam perjalanan tetapi jika telah sampai ke tempat
tujuan maka lebih baik sembahyang mengikut waktu. Tapi harus diingat
Jama' bukan hanya disyaratkan bagi musafir. Sekiranya terdapat
kesulitan yang mendesak maka dia boleh mengjama'kan sembahyangnya
walupun tidak berada dalam perjalanan.

Jadi untuk rakan anda berada di Brunei dia boleh mengqasharkan
sembahyangnya sehingga kemabli ke Malaysia dan lebih disyorkan untuk
tidak mejama'kan sembahyangnya kecuali jika ada kesulitan yang
mendesak.

Saranan saya rukhshah (keringanan) yang Allah berikan ini merupakan
satu anugerah atau hadiah dari-Nya. Maka kita ambillah hadiah dari-Nya
ini. Antara manhaj Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam dalam membuat
pilihan ketika memberi pandangan adalah sebagaimana yang dikhabarkan
oleh Umm al-Mukminun 'Aishah radhiallahu 'anha:

Tidaklah Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam jika diberi dua pilihan
kecuali baginda memilih yang paling mudah diantaranya selagi tidak
mengandungi dosa. (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahih
al-Bukhari, Kitab al-Hudud, hadis no. 6786.)

Semoga kemudahan yang Allah Subhanahu wa Ta'ala anugerahkan kepada
kita semua akan menjadi pilihan kita kerana mustahil apa yang
datangnya dari Allah dan Rasul-Nya serta menjadi amalan para sahabat
Nabi Radhiallahu 'anhum akan mengandungi dosa. Sesungguhnya Allah
Subhanahu wa Ta'ala hanya meninginkan kemudahan kepada hamba-hamba-Nya
dan tidak memberati kita semua.

WAllahu'alam

Solat sunat musafir

Salam

ana nak tanya tentang solat sunat musafir..

adakah sunnah untuk kita kerjakan sewaktu hendak musafir, balik drp musafir atau kedua2 sekali....
Jika sewaktu hendak musafir..contoh ana akan keluar musafir pukul 11.00 malam...tapi ana dah kerjakan solat sunat musafir selepas solat isyak..boleh tak? ataupun ada perbincangan ulamak tentang hal ini..

Wassalam

.................................................
al-jawhar
Panel Feqh
Al-hamdulillah….

Al-jawab :

Mengenai dengan solat sunat musafir , tidak terdapat sebarang petunjuk daripada Sunnah Rasulullah saw yang menyuruh untuk kita mengerjakannya sebelum daripada bermusafir.Ini kerana hadis yang menunjukkan tentang solat sunat musafir ialah disebut sebagai solat al-Qudum min as-Safar yang membawa maksud : “Solat Tiba / sampai dari musafir”.Ini berdasarkan hadis Jabir bin Abdullah ra , yang diriwayatkkan oleh Syaikhain (Bukhari dan Muslim) sebagaimana berikut :
كنت مع رسول الله (ص) في سفر , فلما قدمنا المدينة قال لي : ادخل المسجد فصل ركعتين

“Kami bersama-sama Rasulullah saw dalam perjalanan (musafir).Maka apabila kami tiba di Madinah , Rasulullah saw telah berkata kepada saya , Masuklah ke masjid dan solatlah 2 rakaat.” (Muttafaqun ‘alaih)

(HR Bukhari no : 3087 , Muslim no : 495 )

Berdasarkan hadis di atas , solat musafir adalah dilakukan selepas sampai ke tempat tujuan perjalanan kita. Maka dengan ini tidak timbul sebarang perbincangan mengenai solat musafir sebelum bermusafir….

WA

Ruj :

Tuhfatuz Zakirin , al-Imam As-Syaukani rhm , ms.225 , tahqiq Ali hasan , Ibrahim al-Misri , Sayyid Ibrahim
_________________
Abu_Umair
Panel Feqh

Sedikit tambahan kepada jawapan Ust al-jawhar

Berkenaan solat sunat sebelum musafir, ulama yang mengatakan sunat, berdalilkan satu hadis dhaif:
ما خلف عبد على أهله أفضل من ركعتين يركعهما عندهم حين يريد سفرا
ertinya: Seseorang hamba tidak meninggalkan suatu pun kepada keluarganya yang lebih afdhal daripada dua rakaat yang dilakukannya di sisi mereka ketika hendak keluar musafir. Direkod dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah (no: 4879). Dinilai DHAIF oleh Albani dalam Silsilah Dhaifah (no: 372)

rujukan:
- Majmuk Nawawi 4/387
- Hasyiah Ibn Abidin 2/25

Oleh kerana amalan solat adalah ibadah, maka untuk mensabitkannya mestilah didasarkan kepada dalil yang sahih.

Walaupun begitu, ada hadis yang menggalakkan bersolat ketika keluar rumah secara umum, iaitu:
إذا خرجت من منزلك فصل ركعتين تمنعانك مدخل السوء
ertinya: Apabila kamu keluar daripada rumahmu, maka solatlah dua rakaat, ia akan menghalang kemasukan suatu keburukan.
(al-Bazzar, al-Dailami, Abd Ghaniy Maqdisiy dll).
Kata Haithami dalam Zawaid al-Bazzar: perawi2nya dinilai thiqah.
Ibn Hajar: Hadis Hasan.
Albani: sahih.

rujukan:
-Silisilah Sahihah (no: 1323)
Saya tinggal di Bangi dan keluar rumah sekitar jam 8.00 pagi dan memandu kereta mengikut Lebuhraya Utara Selatan utk menuju ke Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan (melawat saudara). Perjalanan saya adalah sejauh 125KM (satu hala) dan mengambil masa 2 jam.

Oleh kerana saya tidak yakin akan kefahaman saya tentang solat Jama' dan Qasar, maka pada kebiasaannya saya akan menunaikan solat Zohor disana dengan 4 rakaat dan juga solat Asar sebanyak 4 rakaat; sebelum menaiki kereta untuk pulang kerumah sejurus kemudian.

JIKA SAYA INGIN MENGQASARKAN ZOHOR DAN ASAR
Soalah 1: Jika saya ingin menunaikan solat Zohor dan Asar secara Qasar, di manakah saya perlu melafazkan niatnya ? Maksud saya, apakah wajib bagi saya untuk berniat semasa saya sedang memandu (contoh, semasa melepasi kawasan Nilai atau Seremban) dan bagaimanakah lafaz niat tersebut? Apakah ini boleh dilakukan sebelum masuk waktu?

Soalan 2: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor/Asar secara bersendirian, bagaimanakah lafaz niat solat Zohor/Asar (Qasar)?

Soalan 3: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor secara berjemaah, bolehkah saya solat Zohor secara Qasar dan bagaimankah lafaz niatnya? Selepas memberi salam, apakah saya perlu niat utk mengQasarkan solat Asar? Niat nya?

JIKA SAYA INGIN MENJAMA' DAN MENGQASARKAN ZOHOR DAN ASAR
Soalah 4: Jika saya ingin menunai solat Zohor dan Asar secara Jama' dan Qasar, di manakah saya perlu melafazkan niatnya ? Maksud saya, apakah wajib bagi saya untuk berniat semasa saya sedang memandu (contoh, semasa melepasi kawasan Nilai atau Seremban) dan bagaimanakah lafaz niat tersebut?

Soalan 5: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor secara bersendirian, bagaimanakah lafaz niat solat Jama' Takdim?
Selepas memberi salam pada rakaat kedua, apakah saya perlu niat sewaktu takbiratul ihram untuk solat Asar nya?

Soalan 6: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor secara berjemaah, bagaimanakah lafaz niatnya? Apakah saya wajib solat Zohor seperti biasa sebagai makmum (4 rakaat) dan kemudian solat Asar secara Qasar secara bersendirian?

JIKA SAYA BERTOLAK DARIPADA BANGI SEKITAR JAM 3 PETANG UNTUK KE BANDAR SERI JEMPOLSoalan 7: Bolehkah saya solat Zohor berjemaah di Bangi (4 rakaat) dan selepas salam, solat Asar secara Qasar? Lafaz niat nya?

-----
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan bubuk dengan kadar yang termampu, Insya-Allah.

Ulama' berselisih pendapat mengenai hukum Solat Qasar (musafir) ini. Ada dikalangan mereka yang mewajibkan solat Qasar sewaktu bermusafir. Maknanya, mereka yang sedang bermusafir tetapi tidak menunaikan solat secara Qasar telah dianggap berdosa. Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh berpendapat bahawa :-
والصحيح أن القصر مندوب وليس بواجب ، وإن كان من النصوص ما ظاهره الوجوب ، ولكن هناك نصوص أخرى تدل على أنه ليس بواجب
pandangan yang benar adalah Solat Qasar hukumnya sunnat, dan bukan wajib, walaupun terdapat beberapa nas yang menunjukkan seolah2 ia wajib, dan terdapat juga nas yang menunjukkan ia tidak wajib" [Sharh Mumthi' 'ala Zaaddil Mustaqni', Jld 2]

Bagi Ibn Utsaimin, pandangan yang rajih (lebih benar) adalah solat yang penuh/tamam hanyalah MAKRUH dan bukanlah haram, dan sesiapa yang melakukan solat penuh, bukanlah dia melakukan maksiat (
والذي يترجح لي وليس ترجحاً كبيراً هو أن الإِتمام مكروه وليس بحرام، وأن من أتم فإنه لا يكون عاصياً).

Bagi menjawab soalan bubuk, kami berpandukan buku "al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imam al-Syafie - 1, bab Solat Musafir,cetakan Dar al-Qalam, cet ke 4, 2000, kar
angan Dr Mustafa al-Khin dan lain2".

Quote:
Soalah 1: Jika saya ingin menunaikan solat Zohor dan Asar secara Qasar, di manakah saya perlu melafazkan niatnya ? Maksud saya, apakah wajib bagi saya untuk berniat semasa saya sedang memandu (contoh, semasa melepasi kawasan Nilai atau Seremban) dan bagaimanakah lafaz niat tersebut? Apakah ini boleh dilakukan sebelum masuk waktu?

Jawapan 1 : Niat solat Qasar menurut Mazhab Syafie adalah semasa melakukan Takbiratul Ihram. Tidak perlu memasang niat semasa bermusafir. Solat Qasar tersebut hanya boleh dilakukan apabila seseorang yang bermusafir melintasi sempadan pekannya atau Qaryahnya. Solat Qasar dilakukan pada waktunya.

Quote:
Soalan 2: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor/Asar secara bersendirian, bagaimanakah lafaz niat solat Zohor/Asar (Qasar)?

Jawapan 2 : Seperti Jawapan 1 tadi, niatkan solat Zohor atau Asar 2 rakaat semasa melakukan Takbiratul Ihram sebagaimana yang di kehendaki didalam mazhab Syafie.

Quote:
Soalan 3: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor secara berjemaah, bolehkah saya solat Zohor secara Qasar dan bagaimankah lafaz niatnya? Selepas memberi salam, apakah saya perlu niat utk mengQasarkan solat Asar? Niat nya?

Jawapan 3 : Jika Imam dan Makmum bersolat Qasar, niatlah solat berjemaah 2 rakaat sahaja. Akan tetapi, jika Imam merupakan mereka yang bermukim, iaitu Imam yang bersolat 4 rakaat (penuh), anda perlu bersolat penuh mengikut Imam. Makmum yang Qasar solat, tidak boleh berimamkan Imam yang solat penuh (tamam).

Tidak perlu niat untuk mengqasarkan solat Asar. Apabila masuk waktu Asar, maka solatlah Asar secara Qasar dan berniat semasa Takbiratul Ihram.

Quote:
Soalah 4: Jika saya ingin menunai solat Zohor dan Asar secara Jama' dan Qasar, di manakah saya perlu melafazkan niatnya ? Maksud saya, apakah wajib bagi saya untuk berniat semasa saya sedang memandu (contoh, semasa melepasi kawasan Nilai atau Seremban) dan bagaimanakah lafaz niat tersebut?

Jawapan 4 : Bagi Mazhab Syafie, niat Jamak dilakukan dalam solat pertama, iaitu sebelum selesai solat pertama. Dengan kata lain, sebelum selesai memberi salam Solat pertama (Zohor misalnya), bolehlah berniat untuk menjama'kan Solat kedua. Disukai lagi jika niat itu dilakukan pada Takbiratul Ihram Solat pertama tadi (tapi flexibilitinya sebelum memberi salam solat pertama).

Apabila bangun untuk Solat kedua (Asar misalnya), Niat sahaja Qasar pada Takbiratul Ihram (tidak perlu niat jamak lagi).

Quote:
Soalan 5: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor secara bersendirian, bagaimanakah lafaz niat solat Jama' Takdim?
Selepas memberi salam pada rakaat kedua, apakah saya perlu niat sewaktu takbiratul ihram untuk solat Asar nya?

Jawapan 5 : Tidak perlu melafazkan niat. Memadai berniat semasa Takbiratul Ihram. Contoh praktikalnya ; Berniat solat Zohor secara Qasar (Niat bermaksudnya Azam) dan sebelum memberi salam, Niat jamak akan Solat kedua (eg: Asar). Kemudian, selepas salam solat pertama (Zohor misalnya), bangun untuk melakukan solat kedua (Asar misalnya) dengan niat Qasar.

Quote:
Soalan 6: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor secara berjemaah, bagaimanakah lafaz niatnya? Apakah saya wajib solat Zohor seperti biasa sebagai makmum (4 rakaat) dan kemudian solat Asar secara Qasar secara bersendirian?

Jawapan 6: Benar, Solat Zohor berjamaah 4 rakaat seperti biasa mengikut Imam, kemudian bangun Solat bersendirian Asar secara Qasar.

Quote:
JIKA SAYA BERTOLAK DARIPADA BANGI SEKITAR JAM 3 PETANG UNTUK KE BANDAR SERI JEMPOLSoalan 7: Bolehkah saya solat Zohor berjemaah di Bangi (4 rakaat) dan selepas salam, solat Asar secara Qasar? Lafaz niat nya?

Jawapan 7 : Anda tidak boleh bersolat Qasar di Bangi, kerana syarat Solat Qasar adalah anda hendaklah melepasi sempadan bandar/qaryah anda. Alternatif didalam hal ini :- Solat Zohor berjemaah di Bangi. Dalam perjalanan (setelah keluar dari sempadan Bangi) ke Jempol, apabila masuk waktu Asar, maka bolehlah Solat Asar secara Qasar.

WA.
Sekian, wassalam
Postby salahuddin » Nov 12th, '09, 00:23
:salam

Saya ada beberapa soalan berkenaan solat dalam beberapa situasi yang berbeza

1) Seorang hamba Allah itu mempunyai masalah (pekerjaan, kelas, pembedahan dll) yang memerlukan beliau untuk jamak solatnya kerana waktunya amat panjang iaitu akan mengambil masa dua waktu solat. Untuk memudahkan beliau, hamba Allah itu menjamak taqdimkan solatnya contohnya asar dalam zuhur kerana kadang2 perkerjaan tersebut selesai sehingga waktu maghrib. Akan tetapi pada suatu ketika pekerjaan tersebut dapat disiapkan awal sbg contoh dalam waktu asar.

soalannya.

Beliau sudah jamakkan solatnya asarnya dalam waktu zuhur, tetapi perkerjaan sudah siap dalam waktu asar. Adakah beliau perlu mengulang solat asar?

2) Bilakah waktu solat witr jika seseorang itu menjamakkan isyak dalam maghrib? Bolehkah beliau solat witr dalam waktu maghrib?

3) seorang pelajar dinegara asing (bukan islam). Beliau rasa segan untuk solat secara biasa di tempat2 awam. Oleh kerana beliau ialah seorang islam yang baik, beliau tidak meniggalkan solat tetapi solat secara isyarat contohnya duduk atas kerusi dan rukuk, sujud dan sebagainya dengan menundukkan kepala.

solannya,
sahkah solatnya? adakah ia dikira sebagai solat menghormati waktu (betulkah ada istilah ini?) ?
perlukah hamba Allah itu mengulang solatnya ?

sekian, terima kasih.

jawapan daripada panel al-ahkam amatlah dihargai

:wassalam


***********************
Postby Abu_Umair » Nov 13th, '09, 00:11
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Masalah ini sama dengan masalah seorang yang musafir melakukan jamak taqdim pada waktu Zohor, kemudian sampai ke tempat pemukimannya pada waktu Asar. Maka dia tidak wajib mengulangi solat Asarnya walaupun waktu Asar masih berbaki. Kerana Nabi Sallallahu Alahi Wasallam melarang seseorang mengulangi solat fardhu dua kali dalam satu hari.

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
لاَ تُصَلُّوا صَلاَةً فِى يَوْمٍ مَرَّتَيْنِ

Maksudnya: Jangan kamu melakukan satu-satu solat dalam satu hari sebanyak dua kali.
Direkod oleh Abu Daud (no: 579), Nasaie (no: 860), Ibn Khuzaimah (no: 1641), dan lain-lain.

2) Jika Isyak dijamakkan dalam waktu Maghrib, ada dua pendapat tentang Solat Witir adakah boleh dilakukan terus selepas Solat Isyak (pada waktu Maghrib), ataupun kena tunggu hingga masuk waktu Isyak.

Pendapat jumhur ulama, ialah mesti dilakukan dalam waktu Isyak, kerana:

- hadis yang menyebut bahawa waktu solat witir antara solat Isyak dan Solat Subuh, merujuk kepada waktu kebiasaan.
- Solat Isyak dilakukan dalam waktu Maghrib adalah disebabkan rukhsah. Maka rukhsah hanya tertentu pada yang dinaskan sahaja. Tidak boleh memasukkan solat Witir dalam rukhsah ini.
(Syarah Zaad Mustaqni', oleh Syanqiti)

3) Segan bukan rukhsah untuk meninggalkan sembahyang secara sempurna. Wajib dilakukan dengan rukuk dan sujudnya. Carilah tempat yang tersembunyi jika segan nak melakukan ibadah kepada Allah.

Wallahu A'lam.

17 JUNE 2010

Postby a w 0 1 »

Assalamualaikum Semua,

saya nk tau, selepas mati, kemanakah roh kita akan pergi?jasad mmg ada dlm tanah, tp roh org mati akan berada di mana dan sehingga bila. Yg saya tau selepas mati, mmg x timbul da isu roh ni, kita mmg xde contact dah dgn roh org mati ke apa ke.kepercayaan ramai org yg roh dtg balik or bleh berkomunikasi dgn roh tu adakah ianya benar? , tetapi bagaimana pula ada org yg blh melihat hulubalang or pendekar yg masih bertapa di gunung2 yg dipercayai hidup sehingga beratus tahun sejak zaman sultan melaka?

sekian


*************************************
Postby kamin »

Wa’alaikumussalam.

Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Apabila seseorang itu mati, maka rohnya akan dibawa kepada satu alam yang dinamakan alam al-bazakh. Secara bahasa, barzakh bermaksud pemisah (sila lihat surah al-Rahman ayat 20). Ia bermaksud suatu peringkat atau tempat persingahan diantara satu penghidupan dan penghidupan yang lain selepas kematian. Ia merupakan penghidupan selepas mati dan Hari Kiamat. Firman Allah swt :-
وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ
“….sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).” (al-Mukimin ayat 100)

Disana mereka akan disoal dua malaikat, Munkar dan Nakeer. Penghidupan disana amat berbeza dengan penghidupan di dunia. Didalam sahih Bukhari ada menjelaskan mengenai azab didalam alam al-barzakh berbeza menurut dosa yang mereka kerjakan.

Mengenai apakah orang hidup dapat mengetahui penghidupan di dunia? Syeikh Faizal Mawlawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah mengatakan bahawa orang yang mati tidak tahu menahu mengenai apa yang berlaku pada orang hidup, kerana dia berada didalam alam yang berbeza. Walaubagaimana pun diriwayatkan bahawa orang mati dapat merasai tapak kaki mereka yang berjalan diatasnya. Diriwayatkan bahawa Nabi :saw melihat manusia didalam perigi, yang merupakan mayat orang yang tidak beriman yang terbunuh didalam Perang Badar dan bersabda : “Adakah anda berjumpa kebenaran mengenai apa yang Tuhan janjikan kepada kamu? Umar ra bertanya : Anda bertanyakan kepada orang yang sudah mati, Nabi :saw bersabda : Mereka mendengar lebih baik dari kamu, akan tetapi mereka tidak boleh menjawab” [hadith al-Bukhari].

Jelas didalam hadith ini bahawa orang yang berada didalam kubur tidak boleh berkomunikasi dengan orang yang masih hidup. Firman Allah swt :-
وَمَا أَنْتَ بِمُسْمِعٍ مَنْ فِي الْقُبُورِ
“dan (engkau wahai Muhammad) tidak dapat menjadikan orang-orang yang di dalam kubur mendengar (dan menerimanya).” [ Surah Fatir, 22].

Mengenai hulubalang atau pendekar yang dikatakan masih hidup bertahun-tahun itu sudah pasti ia bukan Roh. Kalau ia merupakan roh-roh yang dapat keluar dari Alam barzakh, sudah tentu panglima2 ini tidak akan bertapa, tetapi terus menemui manusia untuk menjelaskan kepada mereka mengenai Azab Kubur yang sangat pedih itu. Apa yang dianggap roh panglima itu merupakan Qarin-Qarin (JIN) yang telah ditinggalkan oleh ttuannya. Anda boleh melayari tautan dibawah untuk penjelasan lebih lanjut.
SJ-01-0071: Qarin.
SJ-01-0130: Pendamping - Roh atau Jin?

Kalaulah roh-roh ini boleh kita temui, alangkah bagusnya kita dapat diketemukan dengan roh2 Nabi :saw dan para sahabat. Sudah tentu banyak pertumpahan darah dapat dielakkan, banyak persoalan agama, terutamanya hadith dapat diselesaikan. Tidak timbul lagi hadith lemah dan palsu. Tiada lagi wujud isu-isu bid’ah dsb. Semuanya boleh dirujuk kepada roh Nabi :saw. Cuba kita fikir-fikirkan………

Sekian, wassalam
aizuddin 9:37 PM 0 comments
Postby sierra63 »

Assalamualaikum,

Adakah menjadi satu sunnah drp nabi untuk membuka semua ikatan kain kapan semasa mayat diletakkan dalam liang lahat seperti yang menjadi kebiasaan dilakukan oleh masyarakat Malaysia.
Boleh datangkan dalil yang menyokong perkara ini.

JKK

WA


***************************************
Postby Abu_Umair »


بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Meleraikan ikatan kain kafan ketika memasukkan mayat ke dalam kubur termasuk dalam perkara sunat di sisi sebahagian ulama, dan diriwayatkan dalam beberapa atsar salaf.

Antara dalil bagi amalan ini ialah hadis Ma'qil bin Yasar:

لما وضع رسول الله صلى الله عليه و سلم نعيم بن مسعود في القبر نزع الأخلة بفيه

Maksudnya: Ketika Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam meletakkan Nuaim bin Masud ke dalam kubur, baginda mencabut ikatan-ikatan.
(Direkod dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah, no 11668 Sunan Baihaqi no: 6505, dinilai dhaif oleh Albani dalam Silsilah Dhaifah, no: 1763).

hadis ini dihukum munkar kerana di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah dijelaskan bahawa jenazah tersebut ialah Nuaim bin Mas'ud Al-Asyja'ie. Sedangkan sahabat ini wafat pada zaman pemerintahan Ali (Al-Isabah oleh Ibn Hajar).

Walaubagaimana pun, perbuatan meleraikan ikatan jenazah di dalam kubur diamalkan oleh ramai salaf.

Antaranya:

Abdullah bin Imam Ahmad berkata: Seorang adikku yang kecil mati. Ketika aku meletakkannya di dalam kubur, dan ketika itu ayahku (Imam Ahmad) berdiri di tepi kubur- beliau berkata kepadaku "Wahai Abdullah, leraikan ikatan-ikatannya". Lalu aku meleraikannya". (Masail Imam Ahmad).

Di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah, direkodkan amalan ini daripada beberapa salaf antaranya Abu Hurairah, Ibrahim Al-Nakhaie, Amir Al-Sya'biy, Al-Dhahhak, Hasan Basri, dan Ibn Sirin.

Kata Al-Albani, "...Atsar-atsar daripada sesetengah tabieen yang tidak lepas daripada kedhaifan, namun himpunan atsar tersebut memberikan ketenangan dalam diri bahawa perbuatan meleraikan ikatan di dalam kubur adalah amalan yang diketahui di kalangan salaf".

Kata Ibn Qudamah, "Manakala meleraikan ikatan-ikatan daripada sisi kepala dan kakinya, ia adalah sunat. Kerana ikatan tersebut dibuat kerana bimbang ia terlerai. Dengan pengkebumian, ia tidak lagi dibimbangi". (Al-Mughni 2/191).

Wallahu A'lam.
aizuddin 0 comments
Postby Khay4_me »

:salam

nak tanya tentang hukum mendirikan batu bata @ simen keliling kubur.
saya pernah terdengar larangan mendirikan batu bata @ simen keliling kubur... atau memadai sekadar batu nisan shj. mohon penjelasan. Terima kasih
:wassalam


****************************************
Postby kamin »

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Larangan membina dan menulis sesuatu diatas kubur merujuk kepada sebuah hadith riwayat Jabir bin Abdullah ra, dimana Nabi :saw

نهى أن يجصص القبر وأن يقعد عليه وأن يبنى عليه.
"Nabi saw melarang kita menampal (plaster) kubur, duduk diatasnya dan membina apa-apa diatasnya" (Riwayat Muslim).

وأن يكتب عليه
Didalam riwayat Tirmudzi dan al-Nasaa’I ada tambahan “(melarang) menulis diatasnya”.

Ulama’ khilaf didalam hukum menggunakan batu nisan dikubur, ada kalangan ulama’ yang mengharamkannya dan ada yang makruhkannya. Berikut adalah tautan yang membincangkan lebih lanjut berkenaan dengan hukum tersebut :-

SJ - 2846 : Batu Nesan
http://qazikirdandoa.blogspot.com/2009/03/batu-nisan_15.html.


Ada dikalangan ulama’ yang berpandangan bahawa tidaklah dilarang menandakan kayu atau batu diatas kubur seseorang sebagaimana kata Ibn Qudamah :
ولا بأس بتعليم القبر بحجر أو خشبة ، قال أحمد : لا بأس أن يعلِّم الرجل القبرَ علامةً يعرفه بها ، وقد علَّم النبي صلى الله عليه وسلم قبرَ عثمان بن مظعون
“Tidak mengapa menandakan kubur dengan batu atau kayu. Berkata Ahmad : Tidak mengapa bagi seseorang lelaki menandakan kubur untuk dia mengetahui dimana kubur itu,dan telah maklum bahawa Nabi :saw menandakan kubur Uthman ibn Maz’uun” [al-Mughni, 2/191].

Bagi al-Khatib al-Syarbini, mengenali dimana tempat dikebumikan mayat adalah dituntut supaya memudahkan keluarga yang masih hidup menziarahnya [Mughni al-Muhtaj, 1/541].

Kebenaran ini dalam konteks menandakan dan bukan menghiasi atau berlebih-lebihan menghiasai sesuatu kubur. Sebagaimana kata Ibn Hazm, niat menandakan batu atau kayu HANYALAH bagi tujuan pengenalan sahaja! Dengan itu, isu kuburan ini hendaklah ditangani dengan hati-hati agar ia tidak membawa kepada perkara yang dilarang sebagaimana hadith Jabir diatas. WA.
aizuddin 0 co

04 MARCH 2009

Assalamu'alaikum

1. Apakah amalan yang sebaik2nya dilakukan oleh org perempuan di dalam keadaan tidak suci seperti haid & nifas.

2. Saya ada terdengar ada org mengatakan bila kita berzikir sebaiknya dilafazkan sedangkan bila berdoa lebih baik di dalam hati sahaja. Di katakan berdo'a lebih baik di dalam hati itu kerana, setiap apa yang kita ucapkan di dalam hati tidak dapat didengar oleh syaitan, doa di dalam hati itu hanya antara kita dgn Allah sahaja. Betulkah pendapat itu. Harap ustaz dapat perjelaskan dgn nas-nas yg sahih jika ada.

3. Berdoa ketika sujud terakhir dalam solat 5 waktu, dikatakan paling elok. Betulkah pendapat itu, harap dapat dihuraikan. Bagaimana kalau terlalu lama berdoa sewaktu sujud itu, tidak kah membatalkan solat?

4. Seorang isteri yang telah bercerai dan masih di dalam tempoh iddah, masih sayang dan ingin rujuk kembali dengan suaminya. Dia yakin bahawa masih ada lagi jalan untuk mereka berbaik semula, sedangkan si suami tetap berdegil. Adakah dibolehkan untuk dia berdoa dan bersolat hajat meminta utk rujuk kembali, sedangkan setiap perkara yg terjadi itu dengan kehendak Allah. Tidak kah seolah2 dia cuba melawan takdir Allah. Apakah sebaik2 doa yang patut dibaca di dalam hal ini. Minta ustaz huraikan.

4. Melakukan persetubuhan dgn suami sewaktu di dalam iddah.. adakah dikira berzina @ di kira telah rujuk kembali?

5. Apakah yang dikatakan takdir yang tidak boleh di ubah dan takdir yang boleh diubah?

Harap pertolongan ustaz. Terima kasih.

**********************
thtl

Jawab:

Emm. banyak sekali soalan yg dikemukakan secara sekali gus. Kita syorkan jiika ingin jawapan yg lebih padat, kemukakan satu soalan shj per entry. Wbmnp kita melayan semua persoalan sebaik mungkin InsyaALlah.

1. Amalan terbaik wanita semasa haidh. Jawabnya: tidak ada. Ini kerana haidh itu sesuatu yg rutin dan perempuan berada dalam keadaan "aza" sebagaimana dalam ayat berikut: (AQ: 2: 222 yg bermaksud, "Mereka bertanyakan kamu akan haidh.


Katakanlah:"Haidh itu suatu aza (kotoran). Mufassir (ahli tafsir AQ) menurut kitab Fiqh alWaadhih, menjelaskan maksud 'aza" itu bukan sahaja kotoran, tapi wanita berada dalam keadaan lemah, tekanan emosi atau uzur baik secara fizikal atau spiritualnya. Maka terimalah kerihatan haidh dari sisi Allah swt. (Fiqh alWaadhih)

2. Kata-kata manusia boleh diterima dan ditolak. Jika pendapatnya berdasarkan nas yg kuat, maka ia boleh diterima. Pendapat yg rajih (paling tepat) ialah do'a dan zikir hendaklah digabungkan sebutan lisan dan hatinya hadhir. Namun tidak salah jika dia ingin berzikir atau berdo'a dalam hati sahaja. Sebutan lisan ini hendaklah mengikut panduan alQur'an dan sunnah Nabi saw. Misalnya kita lihat ayat-ayat berikut:
AQ 7: 55 (berdu'alah kepada Tuhanmu dgn tadharru' dan khufyah)
Takrifan tadharru': khusyu'/hadhir hati dan tenang
khufyah- nada rendah (low volume)
AQ 17:10 (..dan janganlah kamu jaharkan (keraskan) suara kamu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkan (sangat), dan carilah jalan pertengahan)
AQ: 2:186 (dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya akan Daku, maka bahawasanya Aku adalah dekat)

dari ayat-ayat itu sah bahawa zikir dan du'a digabungkan dengan lafaz lisan dan hadhir hati. Sebutan lisan itu pula diungkapkan dengan nada yg sederhana (antara jahar dan terlalu perlahan). Dakwaan bahawa Syaitan mendengan do'a sekiranya dilafazkan adalah suatu logik yg tertolak kerana syaitan tidak dapat menghalang lafaz-lafaz do'a dan zikir. Jika dakwaan ini benar, sudah tentu Nabi akan memberi amaran pada umatnya akan bahaya ini. (Prof Hasbi Siddiqiey, Pedoman Do'a dan Zikir; Syaikh Ali Mahfudz, alIbda')

3. Berdo'a ketika sujud itu bukanlah yg paling elok, cuma mengikut hadis versi Muslim, Abu Daud dan anNasa'iy dari Abu Hurairah hanya menyebut," sedekat-sedekat seorang hamba kepada Allah ialah pada sa'at dia sujud, kerana itu perbanyakkan do'a ketika itu."

Mengikut ahli tahqeeq, janganlah hanya beramal dgn hadis ini sahaja sedangkan banyak lagi waktu lain untuk berdo'a, misalnya selepas solat, pada waktu selepas solat tahajjud, dipenghujung malam, ketika turun hujan, dsbnya. Berdo'a lama dalam sujud tidak menjadi hal jika anda solat sendirian, tapi tidak boleh jika mengikut Imam atau menjadi Imam (Prof Hasbi, ibid)

4. Itulah hikmahnya Allah syari'atkan waktu Iddah. Ia suatu period untuk pasangan itu mengkaji semula, apakah masih ada peluang bersatu kembali atau putus terus. Kenapa tidak boleh berdo'a dan solat hajat, bahkan anda hendaklah melakukan apa saja demi membina semula keluarga anda (terutama jika sudah ada zuriat), boleh saja dilibatkan pihak ketiga (utk merundingkan syarat dan terma yg baru). Dalam masalah ini tidak boleh diserahkan kepada takdir kerana manusia masih diberi peluang berusaha atas hukum asbab dan akibat. Mengenai do'a yg khusus untuk menyatukan kembali perkahwinan ini boleh didapati dalam AQ, antaranya alFurqan: 75; alAhqaf:15. Koleksi do'a ini banyak dalam alAzkar lilNawawi, masnad Zawaid oleh alBazzar, kalim atToyib oleh Syaikhul Islam, atau yg paling mudah amalkan zikir dan do'a alMakthurat susunan Imam Hasan (inilah koleksi zikir dan do'a yg paling popular di kalangan angkatan baru muslim)

5. Isteri yg masih dalam iddah halal disetubuhi hanya dengan melafazkan kalimah ruju' sahaja. Bukannya susah, tidak perlu saksi dan mahar. Ini perlu diketahui dan selaluinya di ajar semasa kursus perkahwinan. Jika jima' juga, maka haramlah di sisi madzhab Syafi'iy dan boleh dikenakan hukum takzir (kesalahan zina dalam iddah). Rujuk mesti dilakukan di pejabat pendaftar nikah dan hendaklah didaftarkan, baru boleh meneruskan hidup suami-isteri secara resmi. Prof Mahmud Zuhdi, Undang2 keluarga Islam Malaysia; Mughny Muhtaj 3/313 Harus pula disisi madzhab Hanafi kerana jima' itu adalah rujuk secara otomatik. (Fiqh Islami wa adillatuh, Vol 7, edisi DBP)

6. Iman kepada takdir memerlukan siri kuliah yg lengkap. Kita syorkan memiliki kitab Prof Dr al_Imam Yusof (Abdallah) alQardhawi dari Qatar, judul, 'Iman bil Qadr' kerana huraian dan approachnya yg simple dan mudah sekali difahami.
Menjawab secara ringkas:

apakah yg tidak berubah?

Sudah tentu urusan dan perjalanan galaksi dan planet, peredaran bintang, pertukaran malam dan siang, musim, kemarau dan banjir, gerakgempa bumi, semuanya sudah ditentukan dan tidak berubah: AQ Yassin: 37

Juga yg tidak berubah ialah apa yg terjadi pada manusia secara fitrah: jantina, bangsa, etnik, warna kulit, saiznya, IQ.

Apa pula yg bisa berubah?

Apa jua yg Allah beri ruang untuk manusia memilih: cth
- beriman atau kufur
- sebab dan akibat (sakit dan doktor, rajin membaca dan lulus cemerlang; bertani tekun dan hasil pertanian yang lumayan; senjata canggih dan menang dlm peperangan, bisness yg baik dan untung yg besar)
- amal soleh, siapa usaha lebih dia dapat, siapa malas beramal, maka dia tidak dapat pahala malah akan disiksa (lihat AQ: alLail: 5-10
- rezki: Allah memberi pilihan dan peluang untuk manusia samada utk mencari rezki atau hidup miskin; lihat adDzaariyat: 58; alMulk: 15; al Jumu'ah: 10
- ajal, walaupun suratannya sudah ditetapkan, tapi pilihan masih diberi samada untuk memendekkan atau memanjangkan ajal itu. Dalil: hadis Anas (Syaikhan)," sesiapa yg ingin murah rezki dan panjang umur, maka sambunglah silatur rahim." (petikan Iman bil Qadr lil Qardhawi)

ALlahu a'alam
Assalamualaikum Wmt.Wkt

1. Apakah hukum berubat tradisional menggunakan jin Islam tanpa melakukan perbuatan yang boleh dikira sebagai syirik?

Wassalam

**********************
pendekar
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{
بسم الله الرحمن الرحيم }
((
رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

01 - Di antara tentera Iblis ( laknatulLahu 'Alahi ) ialah Golongan Jin & Manusia (( Minal Jinnati Wan Nas )). Andainya manusia yang menipu pun agak sukar untuk dijauhi, apatah lagi dengan Jin yang boleh ghaib ?. Maka sudah tentu tipu-dayanya juga lebih licik drp manusia yang boleh dilihat oleh mata kasar.

02 - Apabila Jin boleh menipu lebih licik, maka tiada sebab untuk berubat dengan Jin, walaupun Jin Islam. Ini agar kita tidak terjerumus ke arah rawatan yang dipenuhi dengan bid'ah, takhyul dan lebih-lebih lagi Syirik.

03 - Bagaimanakah JIn itu boleh saudara kenal sebagai seorang Islam ?. Kalau setakat pengakuannya, maka ia belum memadai kerana sebagai mana munafiq manusia boleh mengaku sbg muslim, maka apatah lagi Jin.

Kalau setakat Jin itu boleh membaca Al-Quran, itu belum tentu lagi dia benar-benar muslim, sebab Iblis ( laknatulLahu 'alaih) yang menjadi Jeneral Syaitan drp bangsa Jin & Manusia pun hebat tajwidnya dan tahu hukum-hakam agama !.

Manusia yang mengaku sebagai muslimin ini pun , ramai yang " putar alam ", maka bagaimana pula dengan Jin yang memang sukar dilihat dek mata kasar ?.

04 - Apakah sudah tiada lagi manusia yang boleh melakukan rawatan hinggakan Jin Islam pula yang dicari ???.

05 - Oleh kerana Jin itu sendiri pun ghaib, dan sukar dilihat oleh mata kasar, dan kelakuannya pun sukar diramal, maka di sini sesuai dengan kaedah Fiqh " Saddul Adz-Dzaraiek : ( Menutup Pintu-Pintu Kemaksiatan @ Kederhakaan kepada Allah Ta'ala " , maka kita nyatakan HARAM BERUBAT DENGAN MENGGUNAKAN JIN MUSLIM KERANA IANYA BERKEMUNGKINAN BESAR MEMBAWA KEPADA SYIRIK YANG MERUPAKAN DOSA YANG TIDAK DIAMPUNI OLEH ALLAH TA'ALA ( Wal'iyadzubilLahi Min Dzalik ).

***********************

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.


SARANAN RUJUKAN & PEMBACAAN :

01 - BERDIALOG DENGAN JIN WALI ALLAH
Oleh : Al-Fadhil Dr. Amran Kasimin
Percetakan Watan Sdn. Bhd , K. Lumpur.


Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Assalamualaikum,

Saya akan memberikan satu senario untuk menerangkan soalan saya. Harap ahli-ahli panel dapat menjawab.

1. Seorang muslim A bekerja shift malam dari jam 12 malam hingga 12 tengahari. Selepas kerja, sampai ke rumah jam 1 petang. Siap mandi dan makan jam 2. Bolehkah A jamakkan solat Zohor dengan Asar (serta mungkin jamakkan Maghrib dengan Isyak) supaya dapat tidur 6 jam (2.30pm - 8.30pm)?

Terima kasih.

-------
Salam...

Secara kaedahnya , perbuatan menjamakkan solat kerana ingin mencukupkan waktu tidur adalah perbuatan yang tidak dibenarkan dalam Islam.Ini kerana , dalam situasi yang disebutkan di atas , kami mendapati tidak terdapatnya sebarang kesukaran atau masyaqqah yang menjadi penyebab kepada dibolehkan untuk menjamak solat.Malahan perbuatan tersebut juga tidak kami temui contohnya dari amalan para salaf.

Tidak menjadi suatu perkara yang sukar untuk saudara/i bangun pada setiap kali waktu solat untuk menunaikan kewajipan dan perintah solat tersebut.Apatah lagi sekiranya saudara/i tidak berseorangan dalam rumah tersebut yang mana saudara/i boleh mengamanahkan kawan-kawan saudara untuk mengejutkan saudara/i pada setiap kali waktu solat.

WA
Assalamualaikum,

Ini adalah lanjutan soalan tentang perihal solat jamak dan qasar. Saya difahamkan bhw. kita boleh menjamak dan mengqasarkan solat apabila tiba dan menetap ditempat musafir lebih dari 3hari/2 malam (tidak terikat kepada berapa hari bermusafir) selama mana kita tak ada niat untuk bermastautin. Ini adalah pandangan Syeikh Ibnu Tammiyah berdasarkan dalil sahih. (Sila perbetulkan perkara ini jika saya silap)

Soalan saya,

1)Bolehkah saya menjama'kan solat pada waktu takhir (misalnya, solat Asar pada waktu Asar, dan solat Zuhur pada waktu Asar) dan mengqasarnya (2 rakaat, 2 rakaat )sekaligus, setelah tiba dan menetap di tempat musafir?

2)Atau saya hanya boleh menjama'kan solat pada waktu takdim sahaja dan mengqasarnya sekaligus?

W'salam...

-------
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Hadith yang biasa dirujuk berkenaan dengan menjama' solat ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra. bahawa :
جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ ، وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ . [وفي رواية : وَلَا سَفَرٍ] قيل لِابْنِ عَبَّاسٍ : لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ ؟ قَالَ : كَيْ لَا يُحْرِجَ أُمَّتَهُ

"Rasulullah saw menjama'kan solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya' di Madinah, dimana tidak terdapat ketakutan atau hujan. [didalam riwayat yang lain : tidak pula bermusafir]. Telah dikatakan kepada Ibn Abbas ra. : Mengapa dia melakukan begitu? Beliau berkata : Agar Umat baginda tidak dibebankan dengan kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim #705].

Seseorang yang bermusafir mempunyai dua pilihan didalam melakukan solatnya :-

a. Dia boleh menjama' dan mengqasarkan solatnya, samada jama' taqdim atau jama' Ta'khir.

b. Dia boleh tidak menjama'kan solatnya, akan tetapi menunaikan setiap solat pada waktunya secara qasar (memendikkan solat bagi solat yang mempunyai 4 rakaat)

Pandangan (b) dipilih jika seseorang itu tidak menghadapi kesukaran untuk menunaikan solat pada waktunya. Malah Nabi saw tidak sentiasa menjama'kan solatnya pada setiap permusafiran, malah dia menjama'kan kadang-kadang dan kadang kala tidak menjama'kannya. Ada dikalangan ulama' yang tidak membenarkan menjama' solat didalam permusafiran kecuali jika seseorang itu masih didalam perjalanan. Akan tetapi jika dia telah berhenti atau sampai ketempat yang dituju, dia tidak dibenarkan menjama'kan solat.

Walau bagaimanapun, pandangan ini bukanlah mutlak, dimana seseorang musafir itu dibenarkan menjama'kan solat semada dia bergerak ataupun telah turun dari perjalanannya. Sebagaimana Imam Ahmad rh dan Abu Daud telah meriwayatkan bahawa Nabi saw semasa peperangan Tabuk telah menjama'kan solatnya semasa baginda berhenti dari perjalanannya.

Syeikh Ibn Utsaimin rh didalam mengulaskan hadith yang membenarkan menjama' solat ketika turun dari perjalanan, menjelaskan bahawa hukumnya adalah dibenarkan; HARUS, oleh kerana terdapatnya KEPERLUAN menjama;kan solat. Kerana Nabi saw juga tidak menjama'kan solat ketika menunaikan Haji apabila berhenti di Mina.

Ibn Utsaimin rh berpendapat bahawa berdasarkan ini, maka seseorang musafir yang telah berhenti (seperti sampai ditempat yang dia tuju) agar tidak menjama'kan solat. Memadai melakukan solat pada waktunya secara qasar (Zohor dilakukan pada waktu zohor dengan 2 rakaat). Akan tetapi, jika dia masih lagi menghadapi kesukaran semasa perhentian tersebut, seperti sukar mendapatkan air, atau kepenatan dan keletihan dsb, maka bolehlah dia menjama'kan solatnya.

Didalam permasalahan diatas, anda juga mempunyai dua pilihan; samada menjama'kan solat, samada secara taqdim atau ta'khir, atau menqasarkan sahaja solat tanpa menjama'kannya.

Sebagai penutup, kami petikkan sebuah fatwa dari Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh :-
المسافر المقيم (يعني : النازل في مكان) مخير إن شاء جمع جمع تأخير وإن شاء جمع جمع تقديم ، والأفضل له أن يصلي كل صلاة في وقتها كما فعل النبي صلى الله عليه وسلم في منى في حجة الوداع، فإنه كان يصلي كل صلاة في وقتها ، لأنه مقيم فإن دعت الحاجة إلى الجمع فلا حرج ؛ لأن النبي صلى الله عليه وسلم جمع في غزوة تبوك وهو مقيم

"Seseorang musafir yang telah berhenti, bolehlah memilih untuk menjama'kan solat secara ta'khir atau taqdim. Adalah AFDAL baginya melakukan setiap solat pada waktunya sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi saw semasa di Mina pada Haji Wadaa'. Sesunguhnya baginda melakukan setiap solat pada waktunya kerana sesungguhnya beliau telah bermuqim disana. Akan tetapi jika terdapat keperluan untuk menjama'kan solat, maka tiadalah ia suatu halangan, kerana Nabi saw menjama'kan solatnya semada ghazwah Tabuk walaupun baginda bermuqim (berhenti dari perjalanan)" [Majmu' Fataawa Ibn Baaz, 12/281-282].

Sekian, wassalam
-h f ; ��U p]' east-font-family:"Times New Roman";mso-bidi-font-family:"Times New Roman"; color:#333333;background:yellow;mso-highlight:yellow'>
“Kami bersama-sama Rasulullah saw dalam perjalanan (musafir).Maka apabila kami tiba di Madinah , Rasulullah saw telah berkata kepada saya , Masuklah ke masjid dan solatlah 2 rakaat.” (Muttafaqun ‘alaih)

(HR Bukhari no : 3087 , Muslim no : 495 )

Berdasarkan hadis di atas , solat musafir adalah dilakukan selepas sampai ke tempat tujuan perjalanan kita. Maka dengan ini tidak timbul sebarang perbincangan mengenai solat musafir sebelum bermusafir….

WA

Ruj :

Tuhfatuz Zakirin , al-Imam As-Syaukani rhm , ms.225 , tahqiq Ali hasan , Ibrahim al-Misri , Sayyid Ibrahim
_________________
Abu_Umair
Panel Feqh

Sedikit tambahan kepada jawapan Ust al-jawhar

Berkenaan solat sunat sebelum musafir, ulama yang mengatakan sunat, berdalilkan satu hadis dhaif:
ما خلف عبد على أهله أفضل من ركعتين يركعهما عندهم حين يريد سفرا
ertinya: Seseorang hamba tidak meninggalkan suatu pun kepada keluarganya yang lebih afdhal daripada dua rakaat yang dilakukannya di sisi mereka ketika hendak keluar musafir. Direkod dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah (no: 4879). Dinilai DHAIF oleh Albani dalam Silsilah Dhaifah (no: 372)

rujukan:
- Majmuk Nawawi 4/387
- Hasyiah Ibn Abidin 2/25

Oleh kerana amalan solat adalah ibadah, maka untuk mensabitkannya mestilah didasarkan kepada dalil yang sahih.

Walaupun begitu, ada hadis yang menggalakkan bersolat ketika keluar rumah secara umum, iaitu:
إذا خرجت من منزلك فصل ركعتين تمنعانك مدخل السوء
ertinya: Apabila kamu keluar daripada rumahmu, maka solatlah dua rakaat, ia akan menghalang kemasukan suatu keburukan.
(al-Bazzar, al-Dailami, Abd Ghaniy Maqdisiy dll).
Kata Haithami dalam Zawaid al-Bazzar: perawi2nya dinilai thiqah.
Ibn Hajar: Hadis Hasan.
Albani: sahih.

rujukan:
-Silisilah Sahihah (no: 1323)






No comments: