04 August 2017

7 Cara menjaga Buah Pinggang Anda

Kalau Sayang Buah pinggang, Jaganya Dengan 7 Cara ini.
Praktikan No 4 Tu Memang Mudah Sangat!
Menjaga kesihatan buah pinggang seringkali dianggap remeh apabila kita tidak menyedari kepentingannya.


Buah pinggang antara organ terpenting dalam badan kerana ia menapis kekotoran seperti toksin.


Mengapa Perlu Menjaga Kesihatan Buah Pinggang?


Toksin boleh menjadi bahaya di mana jika tidak dikeluarkan boleh memudaratkan kesihatan.
Apabila toksin keluar melalui perkumuhan, maka seseorang itu dapat menjalani kehidupan dengan sihat untuk jangka masa yang lama.


Sebab itu, pentingnya kita menjaga kesihatan buah pinggang.

7 Cara Menjaga Kesihatan Buah Pinggang:


1. Minum Air Kosong Dengan Banyak
    Disarankan minum 8 gelas sehari.
1 gelas + sebelum mandi pagi ...air suam kuku
1 gelas + selepas Subuh
1 gelas + setengah jam selepas sarapan pagi pukul 1000 hrs
1 gelas + setengah jam sebelum/selepas Zohor
1 gelas + setengah jam sebelum/selepas Asar
1 gelas + setengah jam sebelum/selepas Maghrib
1 gelas + setengah jam sebelum/selepas Isyak
1 gelas + setengah jam sebelum masuk tidur.
Genaplah 8 gelas sehari.
Nota: Sebelum/selepas boleh dilakukan mengikut kesesuaian diri Anda.

Cecair yang banyak membantu membersihkan buah pinggang dengan efektif. Semua toksin yang terkumpul dalam badan akan dikeluarkan.Minum air dengan banyak iaitu lebih daripada lapan gelas sehari jika cuaca panas. Minum air juga membantu mengatasi masalah batu karang.


2. Kurangkan Makanan Tinggi Gula dan Garam


Kurangkan pengambilan makanan sudah proses, tinggi kandungan gula dan garam.
Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.


3. Banyakkan Minum Jus Epal


Selain air masak, elok juga amalkan minum air jus epal segar yang kaya dengan vitamin C untuk membersihkan buah pinggang. Lagi bagus ‘blend’ sendiri kerana jika dibeli, kandungan gulanya pula tinggi.


4. Makan Buah Tembikai


Mengandungi banyak air, anda boleh juga amalkan makan buah tembikai untuk mencuci buah pinggang. Lebih banyak anda berkumuh, lebih banyak toksin akan keluar daripada badan.


5. Masukkan Ikan Dalam Menu Harian


Makan ikan yang tinggi kandungan Omega-3 seperti salmon, kembung dan sardin. Makanan ini mengandungi asid lemak yang baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang.


6. Elak Merokok


Asap rokok boleh menyebabkan buah pinggang rosak. Ia bukan saja memberi kesan kepada perokok tegar, tetapi juga kepada mereka yang sentiasa terdedah kepada asap rokok. Jadi, sayangilah diri anda dan cuba elakkan merokok di tempat awam.


7. Jalani Hidup Yang Aktif


Selain mengawal makan, anda juga perlu selalu bersenam untuk mengelakkan obesiti yang boleh menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit.Ini adalah kunci kepada pencegahan pelbagai penyakit!


Perlunya Menjaga Kesihatan Buah Pinggang Sejak Awal


Sementara ia masih berfungsi sepenuhnya, amalkan cara hidup yang sihat sedari awal. Sekali ia rosak, sudah tidak berguna lagi.



Bayangkan, kalau terpaksa melalui proses dialisis tentu menyeksakan. Bukan itu saja, malah memakan belanja ribuan ringgit untuk ‘menapis’ kekotoran dalam darah gara-gara buah pinggang gagal berfungsi.

Ingat Allah
Jangan binasakan diri Anda
Ingatlah Orang tersayang..

03 August 2017

Turunkan Kolesterol Tinggi

 
Amalkan Jus Terbaik Ini Turunkan Kolesterol Tinggi Dengan Cepat Dan Berkesan

Jika anda mempunyai tahap kolestrol yang tinggi atau mempunyai tanda-tanda kolestrol yang membimbangkan. Anda tidak perlu risau lagi kerana berbagai makan dan ramuan tradisional untuk menurunkan kolesterol di dalam badan boleh didapati.

Terbaru, satu tips mengatasi masalah kolestrol tinggi dan cepat telah dikongsikan oleh laman 
Delihayat Kitchen yang telah terbukti keberkesanannya setelah beliau mengamalkan petua turunkan kolesterol.
Jus yang telah siap
Menurut Delihayat lagi dia mengamalkan jus penawar kolestrol tiga kali sebelum berjumpa doktor. Setelah itu, bacaan dan kadar kolestrol yang dimaklumkan doktor amat mengejutkan kerana bertambah baik, malah selsemanya juga berkurang dan jus ini juga sangat baik untuk resdung.

Bahan-bahannya

Difahamkan, jus ini juga sangat baik untuk kesihatan badan dan berbagai penyakit lain seperti gout, sakit jantung, migrain, sakit sendi, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.
Berikutnya adalah resepi ubat kolestrol tradisional dan cara mengurangkan kolestrol dalam badan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah.
Tapiskan
Cara Menurunkan Kolestrol Tinggi

Bahan-bahan:

- 500 gram bawang putih
- 500 gram halia
- 1 cawan perahan lemon
- 1 cawan apple cider
- 1 cawan madu
Jadikan Jus

Cara untuk menyediakan jus terbaik ini:
1. Masukkan bawang putih dalam blender, tambahkan 2 cawan air. Blend dan tapis. Gunakan air tersebut untuk blend halia pulak dan tapis jusnya.

2. Masukkan perahan air bawang putih & halia dan perahan lemon dalam periuk dan panaskan dgn api perlahan, renehkan dalam 30 minit.


3. Angkat dan sejukkan, campurkan apple cider dan madu, kacau sebati.
Siap dibotolkan
Cara minum:
- 1 sudu besar pagi sebelum sarapan (seeloknya bangun tidur)
- 1 sudu besar 1/2 jam sebelum tidur

Amalkan dengan kerap untuk mendapatkan keputusan dan hasil yang baik untuk kadar kolestrol di dalam badan anda. 
Semoga berjaya dalam rawsatan tradisional.
Selamat mencuba!

From Redz wang 
3817

Nasi Mentah

5 Cara Atasi Masalah Nasi Mentah
Nasi mentah.Nasi yang dimasak kadang-kala boleh juga menjadi mentah, walaupun kita selalu masak nasi.


Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup atau mentah, jangan risau kerana masalah ini masih boleh di atasi. Caranya mudah saja, kerana semuanya ada di depan mata anda.


Berikut 5 Cara Atasi Masalah Nasi Mentah:




1. Letakkan sebiji mangkuk kecil dan isikan air panas. Buatkan lubang pada bahagian tengah nasi, kemudian letakkan mangkuk itu. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya di atas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.


2. Renjiskan sedikit air ke atas permukaan nasi yang kurang masak, ambil penutup periuk dan balutkan dengan plastik kemudian tutup. Biarkan masak seketika. Nasi akan pulih seperti biasa.


3. Renjiskan sedikit air yang telah bercampur dengan garam ke atas nasi tersebut. Kemudian nasi itu, dikacau sempurna dan tutup hingga nasi itu berwap.


4. Sebiji bawang di potong nipis, masukkan ke dalam periuk nasi, tutup tudung periuk dan kecilkan api. Jika menggunakan ‘rice cooker’ biarkan warm up dan masukkan hirisan bawang tadi.


5. Jika nasi anda lembik, masukkan 2 biji telur ayam yang telah di basuh ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.


Semoga berjaya, buat mereka yang mencuba kaedah di atas. Anda perlu lakukannya dengan berhati-hati dan utaman kebersihan dalam persekitaran anda.


Suami Yang Curang

Pesanan Ustaz Kepada Seorang Suami Yang Curang
Untuk suami yang curang, baca dan hayati pesanan Ustaz Azhar Idrus ini: 


Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri saya gemuk. 


Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak, bukan? Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri. 


Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa  untuk saya dan kadangkala dia garang dengan saya. 


Ustaz : Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak perlu tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira bersama kamu. Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua masalah kamu. Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu. Kerana dia tahu menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu.


Suami : Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia sentiasa memujuk saya. 


Ustaz : Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya bila kamu akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu tentang mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang maruah kamu? 


Suami : Tapi ustaz.. Ustaz : Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan saja dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti kamu. Cuba kamu fikir, kalau bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya kerana kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu.  Kalau dia mahu, dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu. Tetapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat isteri sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu menilai isteri kamu kerana dia adalah ibu kepada anak-



P:S: Sayang isteri sehingga ke syurga.

02 August 2017

Kuah Laksa Utara

Peminat Laksa, Boleh Cuba Cara Masak Sedap, Ikut 5 Petua Dari Peniaga Laksa Ni
Laksa 

Semua tahu hidangan laksa terkenal di negeri dari Utara terutama Kedah tapi sekarang makanan ini dah jadi kegemaran orang negeri lain juga. Sebab itu di mana-mana pun sekarang ada saja orang jual ada laksa.


Tapi nak rasa laksa terbaik dah tentu kena cari kat Kedah, tak pun kena cari orang Kedah yang buat. Kalau tak jumpa jugak boleh saja buat sendiri tapi sila tip dari perkongsian Pnut Syafinaz.


Laksa ni yang paling penting adalah kuahnya dan resipi kuah ini kata Pnut Syafinaz adalah dari Tok Lela peniaga laksa yang power lagi terkenal. Terima kasih Tok Lela.

1. Ikan
Nak dapat kuah laksa yang sedap kena campur ikan dua jenis ikan. Biasanya ikan pelaling dan ikan sardin atau ikan selayang. Kuantitinya, kalau guna satu kilo ikan pelaling, campur dengan setengah kilo ikan sardin. Kalau nak buat sikit, 10-12 ekor ikan pelaling, tambah dengan 5 ekor ikan sardin.




Kalau ikut petua Tok Lela, ikan direbus sekejap asal mendidih kemudian tutup api. Alasan tak boleh rebus lama supaya manis ikan tak hilang.


Sejukkan dan asingkan tulang dengan isi. Isi ikan tadi ditumbuk kasar, sementara tulang ikan dengan kepala pula kisar bersama air rebusan tulang ikan tadi. Dah kisar, tapis kemudian kisar lagi, dan tapis sekali lagi.


2. Bawang
Laksa utara kena guna bawang besar India warna ungu. Bukan bawang Holand yang warna kuning tu. Siapa buat laksa guna bawang holand, derhaka besar. Bawang kena guna banyak, kalau segenggam cili, bawang besar 5-6 biji (yang saiz besar).


3. Belacan
Biasanya orang Kedah pakai belacan Tanjung Dawai. Tak pernah pakai belacan lain. Sila cari atau kirim bila kawan balik Kedah.


4. Kuah laksa
Tok Lela rebus kuah laksa 2-3 jam sebelum keluar berniaga. Ni tip paling power. Alasannya kuah dah ‘mesra’. Cukup rasanya dengan aroma kantan, kesum, asam garamnya. Air biar lebih sikit, kemudian didihkan sampai pekat.


5. Asam keping (asam gelugoq)
Cari asam keping dari buah asam gelugor tua. Kalau buah muda dikeringkan masamnya kurang, kalau guna yang tua elok sedap masamnya. Ni biasa dibeli kat makcik-makcik jual sayur kampung kat pasar tani di Kedah.


Jangan letak terlalu banyak, kuah laksa ni elok dirasa selepas setengah jam atau sejam lepas didihkan. Masa ini boleh agak masamnya dah cukup atau kurang, kalau baru 10-20 minit renih kuah laksa dah rasa, asamnya tak sempat kembang.


Lepas dah rasa elok masam, boleh kaut asam keping dan buang sikit takut lagi lama, lagi masam.


Senang saja kan petuanya. Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Pnut Syafinaz