لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ
.........................Zikrullah............................ اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Sesungguhnya Aku berniat kerana اَللهِ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اَللهِ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اَللهِ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Yaاَللهِ
(لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
(سُبْحَانَ اللَّهِ) BerTasbeh Hatiku berdetik setiap saat
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil gerakan Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اَللهِ
(لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
(لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ)
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X(حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ)
HasBunaLah HuWa NekMal WaKill
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ) SubHaNallah
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ) Astaghfirullah
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ) Alhamdulillah
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) La ila ha ill lal lah
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) La ila ha ill lal lah
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ) Allahu Akbar
100 X(حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ)
HasBunaLah HuWa NekMal WaKill
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
Allah HomeMa SollieAla SayieDina Muhammad ded
Allah HomeMa SollieAla SayieDina Muhammad ded
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
La ilaha ill Lal Lah Muhammadar RasullulLah
La ilaha ill Lal Lah Muhammadar RasullulLah
100X (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ)
La How La Wala QuWata illLa Billah HillAli Yill A'zim
La How La Wala QuWata illLa Billah HillAli Yill A'zim
100X ( لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ ) La ila Ha ill La Anta SubHa Naka IndNey Kun TumMinaz Zolimin
Ayatul Qursy
100X DIULANG BACA DENGAN TARTIL WAQAF 9
SURAH AL-TAUBAH AYAT 128 dan 129
DIULANG BACA, 3 KALI PAGI dan 3 KALI PETANG.7 KALI SELAMA 7 HARI; 21 KALI SELAMA 21 HARI
170 KALI, 1 HARI TERAKHIR
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اَللهِ
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
والله أعلم بالـصـواب
..............................................................................................
Zikrullah Seacap Kali 20092020 1K 🆗️✔.....................................................................................
BAGAIMANA NAK MENGENALI WAHABI
.
Sedikit catatan ilmu supaya kita lebih faham erti serta terminologi yang diguna’pakai.
Mula-mula kita lihat dulu hal ini. Kemudian kita akan lihat kupasannya sedikit sebanyak…
1. Imam Hanafi : Lahir 80 Hijrah
2. Imam Maliki : Lahir 93 Hijrah
3. Imam Syafi’e : Lahir 150 Hijrah
4. Imam Hanbali : Lahir 164 Hijrah
5. Imam Asy’ari : Lahir 240 Hijrah
Mereka ini semua ulama yang digelar Salafus Soleh @ dikenali dengan nama ulama SALAF…
Apa itu SALAF?
Salaf menunjukkan maksud “zaman” iaitu merujuk kepada golongan ulama yang hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad hingga 300 HIJRAH.
1) Golongan generasi pertama dari 300 tahun hijrah itu disebut “Sahabat Nabi” kerana mereka pernah bertemu Nabi.
2) Golongan generasi kedua pula disebut “Tabi’in” iaitu golongan yg pernah bertemu Sahabat Nabi tetapi tak pernah bertemu Nabi.
3) Golongan generasi ketiga disebut sebagai “Tabi’ tabi’in” iaitu golongan yangg tak pernah bertemu Nabi & Sahabat tapi bertemu dgn Tabi’in.
Jadi Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) misalnya adalah merupakan murid Sahabat Nabi maka beliau seorg TABI’IN.
* Imam Malik, * Imam Syafie, * Imam Hanbali, * Asy’ari pula berguru dengan Tabi’in maka mereka adalah golongan TABI’ TABI’IN.
Jadi kesemua imam-imam yang mulia ini merupakan golongan SALAF YANG SEBENAR & pengikut mazhab merekalah yang paling layak digelar sebagai “Salafi” kerana “salafi” bermaksud “pengikut golongan SALAF”.
Maka beruntunglah kita ni yang duduk di (Nusantara) yang masih berpegang kepada mazhab Syafie yg merupakan mazhab SALAF yg SEBENAR & tidak lari dari kefahaman NABI & SAHABAT…
Sekarang mari kita tengok rujukan untuk Wahhabi pulak:
1) Ibnu Taimiyyah lahir: 661 Hijrah (lahir 361 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
2) Albani lahir: 1333 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi, lahir 1033 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
3) Muhammad Abd Wahhab (pengasas gerakan Wahhabi): 1115 Hijrah (lahir 815 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
4) Bin/Ibnu Baz lahir: 1330 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi, sama dgn Albani, lahir 1030 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
5) Ustaimin lahir: 1928 Masihi (mati tahun 2001, lebih kurang 12 tahun lepas dia mati, lahir entah berapa ribu tahun selepas zaman SALAF.
Mereka ini semua hidup di AKHIR ZAMAN kecuali Ibnu Taimiyyah yang hidup di pertengahan yakni di antara zaman salaf & zaman dajjal (akhir zaman)… tak ada seorang pun imam rujukan mereka yang mereka taksub buta tu hidup di zaman SALAF….
Mereka ini semua TERAMATLAH JAUH DARI ZAMAN SALAF tetapi SANGAT2 ANEH apabila puak2 Wahhabi menggelarkan diri mereka sebagai “Salafi” (pengikut golongan Salaf). Sedangkan rujukan mereka semuanya merupakan manusia2 yg hidup di AKHIR ZAMAN?
Fikir-fikirkanlah & renung-renungkanlah serta sebarkan kepada saudara-saudara kita yang lain ASWJ supaya faham hal ini.
SIAPA WAHABI?
Wahabi bukan kerana mereka tidak membaca Qunut Subuh, kerana 3 Mazhab lain tidak pun membaca Qunut Subuh, itu khilaf mazhab; ° bukan juga kerana tidak buat kenduri arwah kerana ada Qawl dalam Mazhab Syafi’i yg tidak menggalakkannya, ° bukan juga kerana itu & ini tetapi Wahabi adalah satu cara berfikir yang salah dan membentuk satu gerakan ekstremis yang boleh memecah-belah masyarakat.
Kemuncak ekstrem & radikal Wahabisme boleh sehingga membawa pertumpahan darah spt; IS, ISIL, ISIS, Al-Qaeda, Taliban… semua itu adalah didikan Wahabi.
Di Archipelago Melayu Nusantara, hanya negara Brunei D.S. serta beberapa buah negeri di Malaysia dan Indonesia sahaja yang masih merupakan kubu terkuat AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.
Paparan media massa telah menunjuk majority bilangan para militan berada di negara jiran seperti Indonesia & Filipina di mana Dakyah Wahabi diterima & diamal sebahagian besar oleh penduduk. Hatta diikuti dgn pelbagai bencana alam dan bencana masyarakat yang tidak putus-putus. Di dunia lagi sudah “duduk didalam Lingkaran Api Pasifik”. – tidakkah kita mahu mengambil iktibar?
Dakyah Wahabi berjaya menarik ramai pengikut kerana slogan menarik mereka yang menyeru kononnya jangan “taqlid”, jangan “mengikut membuta tuli”; menyeru kononnya “kembali kpd al-Quran & al-Sunnah”.
(Nota: Menurut definisi para ulama, taqlid adalah mengikut/tunduk/mengambil pendapat orang lain, seseorang/sekelompok ulama, dengan tanpa mengetahui dalilnya. Misal, mengambil satu hukum, atau tata cara ibadah dari salah satu mazhab tanpa mempelajari dalilnya. Jika disederhanakan, kata lain taqlid adalah ikut-ikutan, tunduk.)
1. Wahabi sebenarnya adalah gerakan MEMBIDAAHKAN amalan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka & merasakan hanya amalan mereka sahaja yang betul. Hanya mereka sahaja kononnya mengikut “Sunnah”. Mereka kelompok manusia yg tidak boleh berbeza pandangan, tidak menghormati ikhtilaf @ khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan ulamak). °
Wahabi menolak bahawa Bid’aah ada 2 bentuk:
(i) Baik (Hasanah) &
(ii) Sesat (Dolalah).
Bagi Wahabi semua Bid’aah adalah sesat & gerenti masuk neraka. Oleh itu setiap Bid’aah adalah mungkar & bagi mereka wajib ditentang.
(Nota: sedangkan contoh bidaah hasanah yg kita praktikkan adalah *Solat Tarawih secara berjamaah dengan seorang Imam yang pertama kali dilakukan di zaman Khalifah Umar AL Khattab)
Lalu Wahabi membesar-besarkan perbezaan pendapat & membuat kecoh seluruh dunia tanpa boleh berlapang dada.
Pra-syarat menjadi Wahabi ialah kena memperbanyakkan menutur tuduhan “BID’AAH” terhadap amalan orang lain & menjadikan ianya “wirid” harian.
2. Wahabi MELARANG BERAMAL apabila tiada nas khusus untuk amalan tersebut walaupun di sana ada perintah umum daripada al-Quran & al-Sunnah. Bagi Wahabi setiap ibadat kena ada nas & dalil, walhal perintah yang bersifat umum sudah ada namun mereka menolaknya.
Wahabi marah membaca Surah Yasin malam Jumaat kerana tiada nas. Bukankah perintah supaya kita memperbanyakkan membaca al-Quran sudah cukup memadai? Adakah nas melarangnya pula? Ya, tiada Larangan pun.
3. Wahabi adalah gerakan MENUDUH SYIRIK kepada orang lain: Tawassul misalnya bagi mereka syirik kecuali tawassul dengan amalan soleh, & dengan Asmaul Husna saja. Walhal para Sahabat & Salafus Soleh pernah bertawassul dengn pelbagai bentuk lain.
4. Wahabi juga adalah suatu gerakan MENTAJSIMKAN Allah SWT; yakni mensifatkan Allah seperti “bertangan”, “duduk” atas Arasy, “ketawa”, Allah di atas langit.
Wahabi menolak takwil yang dibawa oleh manhaj Ashairah & Maturidiyyah sedangkan manhaj Ashairah itu lebih selamat dari mensifatkan Allah dgn sifat makhluk.
5. Wahabi juga adalah gerakan MENTADHA’IFKAN hadith & MEMARDUDKAN hadith dhaif, menolak penggunaan hadith2 dhaif & membakul-sampahkan semua hadith2 dhaif. Sedangkan sejak seribu tahun lebih para ulama hadith membenarkan penggunaan hadith dhaif dalam hal fadhailul ‘amal & targhib wa tarhib.
Kiblat rujukan hadith Wahabi ialah Sheikh Nasruddin Al-Albani. Mereka tidak sedar mereka bertaqlid & mengikut membuta tuli apa sahaja takhrij hadith oleh al-Albani.
Ulama rujukan Wahabi pula ialah sekalian “kibarul ulama” Saudi hari ini manakala kitab-kitab rujukan Wahabi ialah kebanyakannya kitab karangan Muhammad Abdul Wahab.
Mereka membutakan mata & memekakkan telinga apabila didatangkan hujah daripada para ulamak lain yang muktabar tetapi tidak sealiran dengan mereka. Wahabi itulah yang bertaqlid buta sebenarnya.
6. Wahabi ialah juga gerakan MEMBURUKKAN ahli Sufi & tasawuf. Mereka secara terpilih memetik yg mana sesuai dengan fikrah mereka kitab-kitab Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Al-Dhahabi, al-Syawkani khususnya di bab memburuk & mencemuh para Sufi kerana Wahabi gerakan anti-Sufi. Walhal Ibn Taymiyyah sendiri adalah pengikut tarekat Qadiriyyah.
Wahabi di Malaysia misalnya mengatakan tasawuf lebih kotor daripada air longkang. Sedangkan Sufi ada yg baik & ada yg sesat sepertimana umat Islam yang lain juga amnya: ada yg Soleh, ada Munafik & ada yang berdosa.
Sufi juga tidak maksum. Bahkan Imam Ghazali sendiri turut ada mengkritik “Sufi Palsu” walaupun beliau sendiri seorg ahli Sufi.
7. Wahabi MENOLAK Imam al-Ghazali ra & jarang dengar mereka mengutip kalam Imam al-Ghazali ra. Bagi mereka Imam al-Ghazali ra Hujjatul Islam itu jahil hadith.
Itulah Wahabi, & jangan terkeliru dgn suara2 membela Wahabi walaupun mereka malu mengaku diri mereka Wahabi. Ada ketikanya mereka cuba menyembunyikan punca kenapa mereka digelar Wahabi, kononnya Wahabi itu “hantu”, “momok” & tidak wujud.
Kenal dulu ciri-ciri Wahabi maka tahulah anda siapa pendokong mereka. Kalau yang melenting apabila Negeri Sembilan mengharamkan Wahabi, hampir pasti 99.9% mereka pendokong tegar Wahabi (yang malu mengaku). Hati-hati dengan mereka ini walaupun petah berbicara, & mulut penuh dengan ayat-ayat al-Quran & al-Hadith.
Ada juga Wahabi Malaysia yang sangat terkenal & bicara memukau sehingga ramai orang awam tertipu.
Dengan pengharaman Wahabi di Negeri Sembilan, Perak, Pahang & Kedah moga-moga semakin ramai yang sedar & semakin jelas siapa pendokong Wahabi sebenar yang bertopeng & begitu licik selama ini.
Jangan terkejut jika ustaz yang anda kagumi selama ini adalah sebenarnya / mungkin pendokong Wahabi.
Golongan ibubapa yg mempunyai anak-anak muda remaja WAJIB bersama membenteras wabak WAHABI daripada menular. Kita tidak mahu pegangan agama keturunan kita menjadi goyah.
Kita memerlukan anak-anak soleh yang mampu berfikir dengan baik. Kita pemimpin keluarga. Kita WAJIB memastikan ibadah kita & keturunan kita adalah mengikut ASWJ. Jangan ada nanti yang bankrup di alam barzakh kerana semua amalan-amalan ibadah kita BATAL dek kerana bermazhabkan Wahabi yang terkenal dengan the “simplified version of” hukum fekah & memperlekehkan the “dos & the don’ts” dalam Islam.
Ulama ada berkata; Yang dicintai Allah swt itu adalah melihat kepada KEPAYAHAN & PENAT JERIH kita di dalam solat serta dalam mengerjakan ibadah-ibadah yang diperintahkan olehNya kepada makhluk-makhluk mukallaf. Sedangkan di kala menunaikan ibadat Haji, kita berkusut masai.
Siapa Wahabi untuk meringankan ibadah-ibadah yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW.
Kita WAJIB belajar dgn lebih mendalam tentang Imam Syafie dan mazhab2 ASWJ… Hambali, Maliki, Syafie & Hanafi. Siapa mereka? Solat mereka bagaimana? Ibadah mereka?
Tentang isu pengajaran Sifat 20 – yang paling jelas Wahabi amat menentangna.
Wahabi juga tidak langsung mengerjakan solat sunat Qabliyah Assar dan hanya melakukan 12 rakaat solat sunat sehari. Mereka membenarkn pembacaan Kitab Suci Al-Qur’an walaupun dalam keadaan haid & nifas: tidak m’hormati Kalamullah
Wahabi membolehkan bcaan doa dalam bahasa Ibunda yang zahir Qauli dalam solat sedangkan bercakap selain dari yang dibenarkan adalah membatalkn solat.
Wahabi tidak menyanjung Ulama bahkan menghina pula Ulama muktabar seperti Imam al-Ghazali.
Bagi membenteras gejala ini, we have to equip ourselves with valid & in-depth knowledge on all of the 4 Mazhabs of Ahli Sunnah Wal Jamaah ( ASWJ ).
Minta tolong ambil berat dalam soal akidah… sekurang-kurangnya kita dapat menilai sendiri dan terselamat dari pelbagai fahaman sesat yang terdiri dari 72 puak sesat di akhir zaman.
Bertalakki la dengan guru-guru yang sampai sanad. Guru-guru yang mursyid memang payah dicari tetapi kita kena berusaha mencarinya.
Imam-imam ASWJ dalam 3 ilmu:
BAB FIQIH – Hanafi, Hambali, Maliki dan Syafie
TAUHID/USULUDDIN – Abu Hasan al Ash’ari
TASAUF/SUFI – Al-junaid
Belajar fiqih, tauhid dan diikat dengan tasauf… belajar 3 cabang ilmu sekurang-kurangnya fardu ain…
Jagalah amal ibadah kita yang kita buat seharian dari menjadi debu-debu di akhirat nanti jika akidah kita terpesong… jadi memang kena ambil peduli hal akidah…di kalangan manakah kita… 72 golongan yang sesat atau 1 golongan yang di terima. Munajatlah pada yang Maha Esa agar kita semua berada dalam golongan yang berada di jalan yang benar.
BAGAIMANA NAK MENGENALI WAHABI
..............................................................................................
..........................................-RedzWang-.............................................
.................................2B Continue...........................................................................
No comments:
Post a Comment