لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ
.........................Zikrullah............................ اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Sesungguhnya Aku berniat kerana اَللهِ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اَللهِ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اَللهِ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Yaاَللهِ
(لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
(سُبْحَانَ اللَّهِ) BerTasbeh Hatiku berdetik setiap saat
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil gerakan Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اَللهِ
(لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
(لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ)
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X(حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ)
HasBunaLah HuWa NekMal WaKill
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ) SubHaNallah
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ) Astaghfirullah
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ) Alhamdulillah
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) La ila ha ill lal lah
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) La ila ha ill lal lah
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ) Allahu Akbar
100 X(حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ)
HasBunaLah HuWa NekMal WaKill
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
Allah HomeMa SollieAla SayieDina Muhammad ded
Allah HomeMa SollieAla SayieDina Muhammad ded
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
La ilaha ill Lal Lah Muhammadar RasullulLah
La ilaha ill Lal Lah Muhammadar RasullulLah
100X (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ)
La How La Wala QuWata illLa Billah HillAli Yill A'zim
La How La Wala QuWata illLa Billah HillAli Yill A'zim
100X ( لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ ) La ila Ha ill La Anta SubHa Naka IndNey Kun TumMinaz Zolimin
Ayatul Qursy
100X DIULANG BACA DENGAN TARTIL WAQAF 9
SURAH AL-TAUBAH AYAT 128 dan 129
DIULANG BACA, 3 KALI PAGI dan 3 KALI PETANG.7 KALI SELAMA 7 HARI; 21 KALI SELAMA 21 HARI
170 KALI, 1 HARI TERAKHIR
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اَللهِ
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
والله أعلم بالـصـواب
..............................................................................................
Zikrullah Seacap Kali 20092020 1K 🆗️✔.....................................................................................
NORMA BAHARU SOLAT BERJEMAAH
..*NORMA BAHARU SOLAT BERJEMAAH*
Ustaz Kazim Elias mengingatkan kita; "Sekiranya norma baharu ini dilanjutkan untuk jangka waktu yang terlalu lama, maka ianya tidak lagi normal.."
Penampilan terbaru Ustaz Kazim Elias adalah usaha yang patut dipuji dan diakui dalam menegakkan kebenaran, berdasarkan apa yang telah beliau nyatakan untuk membela kebenaran, menunjukkan kerisauan tentang norma baharu ini (jarak 1 meter ketika menunaikan solat berjemaah di masjid/surau) akibat ancaman _pandemik_ ini; di mana penjarakan fizikal 1 meter itu tidak boleh kekal dalam menerapkannya di dalam agama Islam.
Beliau menegaskan; "Kita boleh menerima norma yang baharu ini..tetapi sampai bila? Jika hal baharu ini bertentangan sama sekali dengan Sunnah yang berasal dari Baginda Rasulullah (ﷺ), maka masalah ini harus dibahas dan dikaji semula dengan lebih teliti di dalam pelaksanaannya”.
Tambahnya; "Tidak ada yang lebih baik daripada ajaran yang dibawa oleh Islam. Kita tidak boleh mengatakan bahawa ada cara lain yang lebih baik daripada apa yang diberikan oleh Islam kepada kita dalam menangani masalah ini. Sekiranya norma baharu ini dipraktikkan di dalam Sunnah Islam _selama-lamanya_, maka itu tidak lagi normal. Kita tidak perlu takut ada perkara lain di sebalik _pandemik_ ini dan kajian harus dilakukan secara menyeluruh dan lebih dalam lagi. Sepertinya ada agenda lain di sebalik situasi ini".
"Pada awal _pandemik_ ini terdapat begitu banyak ketakutan, banyak video yang muncul di merata tempat mengenai betapa bahayanya keadaan di Wuhan di mana seorang individu itu tiba² jatuh, tiba² mati, panik di hospital kerana terlalu penuh dan sukar untuk memasukinya kecuali jika didapati positif atau menunjukkan ada tanda²; akan tetapi setelah virus ini sudah tersebar di seluruh dunia dengan ratusan ribu kes kematian, tiba² rasa panik dan kematian mengejut seperti video rakaman orang yang mati akibat Covid-19 seperti sebelumnya tidak ada lagi kelihatan malahan terus hilang dan senyap begitu sahaja. Yang ada hanyalah berita akan pertambahan kes² baharu sahaja".
"Islam adalah kebenaran, ajaran yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad (ﷺ) daripada Tuhan semesta alam. Seharusnya tidak ada kompromi di dalam agama Islam, dengan mengubah cara solat solat berjemaah dari cara asal kepada cara yang baru. Tidak wajar kiranya dengan hanya menerima bulat² cara solat berjemaah norma baru; yang lebih menyedihkan lagi adalah kita mengikut dan melakukan saja _sunnah dari WHO_ tanpa mempersoalkan impaknya terhadap ibadah kita".
Beliau menegaskan bahawa para Ulama' (secara tidak langsung) harus memikirkan kembali sama ada wajar atau tidak cara perlaksanaan solat berjemaah akibat dari masalah _pandemik_ ini, dengan mengubah cara² solat berjemaah dan menyebabkan Sunnah asal diabaikan dan Sunnah baharu pula diterima. Beliau berpendapat bahawa keadaan ini tidak boleh kekal dalam perlaksanaannya. Beliau mengatakan bahawa agama mesti didahulukan, bukannya norma baharu. Ustaz Kazim Elias juga mengatakan norma baharu ini, seolah² seperti mencipta versi baru agama Islam, akibat daripada mengubah cara Sunnah supaya sesuai dilaksanakan dalam keadaan _pandemik_ ini.
Beliau mengingatkan kembali bahawa Nabi kita (ﷺ) ada memberitahu kita untuk rapatkan bahu ketika berdiri menunaikan solat berjemaah. Nabi Muhammad (ﷺ) bersabda, seperti yang diriwayatkan oleh Al-Bukhaari, 686; Muslim, 425.
Diriwayatkan dari ‘Abd -ullah ibn‘ Umar bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jadikanlah barisanmu lurus, berdiri bahu ke bahu dan tutup celah, dan jangan menolak tangan saudara²mu. Jangan tinggalkan jurang untuk syaitan masuk. Barangsiapa merapatkan saf, Allah akan membalasnya, dan barangsiapa memutuskan saf, maka Allah akan meninggalkannya.
Nabi Muhammad (ﷺ) juga bersabda, diriwayatkan oleh Abu Dawood, 666; Al-Nasaa'i, 819, 620.
Diriwayatkan bahawa Al-Nu'maan ibn Basheer berkata: "Rasulullah SAW berpaling menghadap orang² dan berkata, 'Luruskan barisanmu..'3x, 'Demi Allah, adalah lebih baik kamu meluruskan barisanmu atau Allah akan menciptakan perpecahan di antara hatimu. 'Dan aku melihat orang² berdiri, bahu ke bahu, lutut ke lutut, pergelangan kaki ke pergelangan kaki".
Berbalik kepada topik _pandemik_ ini, kami ingin mempersoalkan tentang pemakaian topeng muka ketika menunaikan solat. Di mana, semasa melakukan "Sujud" ketika bersolat, 7 anggota badan mestilah menyentuh bumi, bahagiannya adalah;
- 2 hujung telapak kaki
- 2 lutut
- 2 telapak tangan
- serta 1 bahagian muka, (bermaksud dahi serta hidung).
Kira, berapa jumlahnya? Jumlahnya adalah 7 bahagian, bukannya 6½. Dahi dan hidung dikira sebagai satu bahagian. Dengan memakai topeng, bagaimana hidung boleh menyentuh tempat sujud? Bukankah degan memakai topeng muka apabila bersolat, menyebabkan hanya 6½ daripada 7 bahagian yang sepatutnya bersentuhan dengan tempat sujud.
Salah satu Hadis yang menyebutkan tetang perkara di atas mengenai 7 bahagian anggota badan yang mesti menyentuh bumi semasa bersujud adalah;
Sahih Al-Bukhari 809
Diriwayatkan oleh Ibn `Abbas:
Nabi SAW diperintahkan (oleh Allah) untuk sujud pada 7 bahagian dan tidak menyelipkan pakaian atau rambut (ketika bersolat). Bahagian tersebut adalah: dahi (bersama dengan hujung hidung), kedua tangan, kedua lutut, dan (jari kaki) kedua kaki.
Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, tidak ada yang berlaku secara kebetulan. Dengan izin-Nya, Allah telah memilih Ustaz Kazim Elias, untuk mengingatkan kita akan kebenaran. Kebenaran yang sudah dilupakan oleh kebanyakan umat Islam. Sekarang, adalah bagi kita untuk menyahut cabaran ini, serta bertindak untuk menegakkan Sunnah Nabi kita Nabi Muhammad (ﷺ) dan menyatakan perkara yang benar itu sebagai benar, yang salah sebagai salah.
Para Ulama' di rantau ini seharusnya mencontohi keberanian Ustaz Kazim Elias dalam menegakkan kebenaran. Jangan menjadi seperti lalang, yang hanya mengikut arah angin ke mana sahaja ia bertiup. Semoga para Ulama' Islam berhenti bersembunyi di sebalik bayang² dan seharusnya melangkah ke cahaya, kerana bayang itu tidak dapat wujud jika tiada cahaya.
SABRI A. HAMID
_A man who doesn’t own a car, doesn’t own a house, have a lovely family, lovely wife and a lovely daughter_.
September 11, 2020..
.Zikrullah kekal D hatie idaman kalbu 20920 1K kali 🆗️✔
NORMA BAHARU SOLAT BERJEMAAH
..............................................................................................
..........................................-RedzWang-.............................................
.................................2B Continue...........................................................................
No comments:
Post a Comment