ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
Zikrullah lekat abadi DiHatie
.............................................................
.........................................................................
Berjalan aktiviti mudah gaya hidup sihat
..

SEBELUM ini, Kementerian Kesihatan melancarkan kempen berjalan 10,000 langkah bagi menggalakkan masyarakat menjalani hidup lebih sihat dan aktif.
Banyak kebaikan berjalan dan sewajarnya diamalkan.
Malah, individu yang tidak gemar bersenam tetapi mahu mendapatkan faedah kesihatan kardio, berjalan kaedah penyelesaian terbaik.
Banyak kajian membuktikan cara berjalan yang sederhana bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan tetapi dapat mengurangkan tekanan dan memperbaiki 'mood' individu.
Ketahui faedah bagaimana berjalan setiap hari boleh menjadi penyelesaian utama untuk gaya hidup sihat.
Membantu mencegah penambahan berat badan
Berjalan membantu membina otot tanpa lemak, membuang lemak dan meningkatkan metabolisme.
Semakin laju langkah dan lama berjalan, semakin banyak kalori dibakar. Namun, pada masa sama anda perlu mengekalkan berat badan dengan mengamalkan diet yang sihat.
Mengurangkan risiko kanser
Berjalan di luar di bawah sinar matahari sekurang-kurangnya 15 minit sehari memberi tubuh anda vitamin D yang mencukupi. Kajian American Cancer Society mendapati, wanita yang berjalan lebih tujuh jam seminggu mempunyai risiko 14 peratus lebih rendah mendapat kanser payudara.
Meningkatkan sistem imun
Berjalan dengan jarak sederhana antara 30 hingga 45 minit setiap hari meningkatkan sel-sel sistem imun badan. Kajian dijalankan Appalachian State University Boone, North Carolina, penyelidik mendapati tahap peningkatan imuniti individu tetap aktif untuk beberapa jam selepas bersenam dan ia mempunyai kesan kumulatif dalam melindungi sesuatu penyakit dari masa ke masa.
Meringankan tekanan dan meningkatkan 'mood'
Senaman walaupun berjalan dengan kadar yang sederhana, membantu merangsang penghasilan endorfin di dalam badan. Berjalan di luar rumah terutama di kawasan penuh kehijauan sambil menghirup udara bersih boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan tahap tenaga anda.
Menajamkan fungsi otak
Bersenam aerobik meningkatkan kesihatan otak dan ketajaman pemikiran. Kajian mendapati melakukan latihan sebelum mengambil ujian membantu meningkatkan masa reaksi pada orang dewasa muda dan prestasi keseluruhan pada ujian standard.
Fungsi kognitif dalam kalangan warga emas juga bertambah baik. Selain itu banyak berjalan dapat meningkatkan fungsi memori.
Mengurangkan risiko diabetes
Berjalan dengan kadar yang sederhana membantu mengekalkan dan menstabilkan tahap gula dalam darah terutama kepada penghidap diabetes jenis dua.
Ia mengurangkan risiko diabetes bagi lelaki dan wanita mempunyai berat badan berlebihan.
Fakta berjalan 10,000 langkah :
* Berjalan 10,000 langkah = 6.5 kilometer (380 kalori)
* Berjalan 1 kilometer = 1200 langkah
* Secara purata 1 minit = 100 langkah
* Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan mengurangkan 64 gram lemak.
* Untuk membakar kalori untuk sekeping roti canai - perlu berjalan 60 minit tanpa henti sejauh 4.8 kilometer.
© New Straits Times Press (M) Bhd© Provided by Berita Harian Berjalan 10,000 langkah memberi banyak manfaat kepada kesihatan termasuk boleh meningkatkan ‘mood’ sesesorang. - Gambar hiasan

© New Straits Times Press (M) Bhd
...................
............YA Allah Sucikanlah Hatieku ini YA ALLAH ✔..... Berjalan aktiviti mudah gaya hidup sihat Moga Bermanfaat
..................... From..............................
......RedzWang-..................................
301020
.............................................................R@
No comments:
Post a Comment