اللّهُ

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللّهُ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللّهُ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللّهُ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللّهُ
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ)
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ



اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ


آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
..............................................................................................
..............................................................................................................................
Kemunculan Imam Mahdi
-Hampir Kemunculan Imam Mahdi
Labels: Nabi Isa a.s turun dari langit lalu membunuh Dajjal.
0 comments |----------------------------------------------------ok
Moga Bermanfaat
..............................................................................................
................................................RedzWang..................................................
Banyakkan Zikrullah Penawar Hati #### 006 Wallpapers 1K X ok 140720 🆗️✔
والله أعلم بالـصـواب


آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
..............................................................................................
.........................................................................................................
-Hampir Kemunculan Imam Mahdi
Elias Hj Idris
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta
salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Para ulama membahagikan tanda-tanda akhir zaman kepada dua,
iaitu pertama tanda-tanda kecil dan kedua tanda-tanda besar. Tanda-tanda kecil
jumlahnya sangat banyak dan datang terlebih dahulu., sedangkan tanda-tanda
besar datang kemudian dan jumlahnya ada sepuluh.
Nabi SAW bersabda maksudnya: “Tidak akan terjadi hari kiamat
sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian
baginda menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat
tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Yakjuj dan Makjuj, tiga kali gempa
bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang
akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau
manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (Hadis Riwayat Muslim).
Allah SWT masih sayang kepada umat manusia, sehingga Allah
SWT datangkan tanda-tanda kecil dalam jumlah yang banyak sebelum datangnya
tanda-tanda besar. Dengan demikian manusia diberi kesempatan yang cukup lama
untuk merenung dan bertaubat sebelum tanda-tanda besar datang menjelma.
Banyak pendapat mengatakan bahawa keadaan dunia kebelakangan
ini berada di ambang datangnya tanda-tanda besar kiamat. Kerana di masa kita
hidup dewasa ini sudah sedemikian banyak tanda-tanda kecil yang telah muncul.
Hampir keseluruhan tanda-tanda kecil kiamat yang disebutkan oleh Nabi SAW sudah
muncul semua di zaman kita. Maka kedatangan tanda-tanda besar tersebut hanya
menunggu waktu sahaja.
Tanda besar pertama yang bakal datang ialah keluarnya
Dajjal. Namun sebahagian ulama berpendapat bahawa sebelum munculnya Dajjal
harus datang terlebih dahulu 'tanda penghubung' di antara tanda-tanda kecil
kiamat dengan tanda-tanda besarnya. Tanda penghubung yang dimaksudkan ialah
diutuskan Imam Mahdi ke muka bumi.
Dalam sebuah hadis Nabi SAW mengisyaratkan bahwa Imam Mahdi
pasti datang di akhir zaman. Dia akan memimpin umat Islam keluar dari kegelapan
kezaliman dan kerosakan menuju cahaya keadilan dan kejujuran yang menerangi
dunia seluruhnya. Dia akan membawa kita meninggalkan corak pemerintahan
diktator - yang memaksa rakyat patuh kepadanya serta mengabaikan kehendak Allah
dan Rasul-Nya . Proses tertegaknya sistem khalifah Islam dengan menjadikan
al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup baru saja bermula dengan
tumbangnya beberapa pemerintahan diktator di timur tengah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Andaikan dunia tinggal
sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya
seorang lelaki daripada ahli baitku dengan namanya serupa namaku dan nama
ayahnya serupa dengan nama ayahku. Dia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan
keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud 9435).
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sungguh,
bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan (sewenang-wenangnya).
Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah SWT.
akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti
namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka dia
akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah
dipenuhi sebelum itu oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit
tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan
menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu
selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (Hadis Riwayat Thabrani).
Sahabat yang dimuliakan,
Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi ialah seorang mukmin berusia
muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman
dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.
Hal ini diterangkan sangat jelas dalam sebuah hadis Nabi SAW
yang di riwayatkan oleh Thabrani seperti di atas.
Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi
telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya: “Pada akhir zaman akan muncul seorang
khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan
selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (Hadis
Riwayat Muslim dan Ahmad).
Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran"
sebagaimana halnya dengan gelaran khalifah, amirul mukminin dan sebagainya.
Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "Pemimpin yang telah
diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata Imam adalah pemimpin, dan
perkataan Mahdi bererti "orang yang mendapat petunjuk".
Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam
hadis di atas, dia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad S.A.W, nama
bapanya pun sama seperti nama bapa Rasulullah SAW iaitu Abdullah). Nama Imam
Mahdi sama dengan nama Rasulullah S.A.W. iaitu Muhammad bin Abdullah.
Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui
tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah SAW. kerana baginda
dibimbing oleh wahyu. Oleh sebab itu bagi kita sebaik- baiknya tempat untuk
merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda katakan dalam hadis- hadis
Baginda SAW.
Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya: “Al-Mahdi (Imam
Mahdi) berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia
akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi
ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena- menaan
(sewenang-wenangnya) dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (Hadis
Riwayat Abu Dawud dan al-Hakim).
Jika diteliti secara tersirat pada maksud Imam Mahdi, ia
tersimpan seribu satu rahsia yang disembunyikan oleh Allah dan Rasul-Nya kerana
seperti mana kitab al-Quran yang tersimpan seribu satu macam rahsia dan ilmu.
Maka, begitu juga pada Imam Mahdi. Ini adalah kerana Allah hendak memelihara
agama-Nya dan hamba-Nya yang taat.
Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi
sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdi
sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah
Allah SWT mengislahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam
sebuah hadis berikut:-
Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : "Al-Mahdi
berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).
Imam Mahdi akan berperanan sebagai panglima perang umat
Islam di akhir zaman. Beliau akan mengajak ummat Islam untuk memerangi para
Mulkan Jabriyyan (para penguasa diktator) yang telah lama memerintah di
pelbagai negeri di dunia - menjalankan kekuasaan dengan ideologi penghambaan
manusia kepada sesama manusia. Apabila Allah mengizinkan Imam Mahdi menang
dalam berbagai perang yang dipimpinnya, maka pada akhirnya dia akan memimpin
dengan kepemimpinan berasaskan akidah tauhid, iaitu penghambaan manusia kepada
Allah semata-mata.
Banyak peperangan akan dipimpin oleh Imam Mahdi dan Allah
SWT akan senantiasa menjanjikan kemenangan baginya.
Nabi SAW bersabda maksudnya: “Kalian perangi jazirah Arab
dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Persia (Iran), dan Allah beri kalian
kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum, dan Allah beri kalian kemenangan.
Kemudian kalian perangi Dajjal, dan Allah beri kalian kemenangan.” (Hadis
Riwayat Muslim 5161).
Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului oleh beberapa tanda
sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis berikut:
Aisyah Ummul Mukminin r.ha. telah berkata, "Pada suatu
hari tubuh Rasulullah SAW. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya,
'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai
Rasulullah?'
Rasulullah SAW. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan,
iaitu bahawa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju Baitullah
(Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke
Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir,
maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang
pasir itu terdapat bermacam-macam orang?'
Baginda SAW menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan
bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa
untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu
perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama.
Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah
SWT. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka
masing-masing'." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Tidak akan muncul seorang pemimpin (yang dikatakan Imam
Mahdi) di kalangan umat Nabi Muhammad di akhir zaman sebelum kebanyakan orang
yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya bersatu di bawah satu kitab (al-Quran)
memenuhi bumi ini dengan kebaikan dan mereka juga mengajak dan memimpin manusia
yang hendak beriman mengikut mereka melaksanakan semua perintah di dalam
al-Quran.
Mereka, tidak berbuat sesuatu kerana manusia atau kerana
kepentingan diri sendiri. Ini kerana mereka telah melihat banyak sekali
kerosakan yang berlaku atas muka bumi hasil daripada tangan- tangan manusia.
Terlalu banyak pecah-belah yang berlaku di kalangan manusia seperti mana yang
tertulis di dalam surah ar-Ruum ayat 32 yang bermaksud: "...iaitu
orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa
golongan. Setiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan
mereka."
Sebagaimana yang berlaku di dalam setiap negara yang ada di
muka bumi ini.
Selain umat Islam berjaya dipecah-belahkan menjadi
berbangsa-bangsa (wujud negara-negara yang berbeza) mereka juga berjaya
dipecah-belahkan dengan wujudnya berbeza-beza kepimpinan dalam sesebuah negara
(wujud parti-parti politik). Dengan adanya keadaan begini semakin sukar umat
Islam untuk bersatu kerana perbezaan kepentingan di dalam kelompok
masing-masing.
Telah bersabda Rasulullah SAW: "Seorang laki-laki akan
datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk
mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka
terbenam ditelan bumi." (Hadis Riwayat Muslim).
Golongan pemimpin yang mendapat petunjuk daripada Allah
(Imam Mahdi) gigih berusaha menyatukan kembali perpecahan ini. Akan tetapi
mereka juga tidak lari daripada mendapat ujian dalam menyatukan semua manusia
untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunah Rasulullah SAW.
Umat Islam akhir zaman ini amat jauh dari pada memahami
intisari kitab suci al-Quran. Kebanyakan mereka hanya menggunakan al-Quran
sekadar untuk dibaca sahaja dan tidak kurang yang
menggunakan sebagai azimat. Sedang fungsi sebenar kitab suci
al-Quran itu tidak dilaksanakan sebenar-benarnya.
Telah bersabda Rasullah SAW: "Sungguh, Baitullah ini
akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah
sampai pada sebuah padang pasir, maka bahagian tengah pasukan itu ditelan bumi.
Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagian belakang, di mana
kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali
seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang kejadian yang menimpa
mereka." (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)
Telah bersabda Rasulullah SAW: "Akan dibai'at seorang
laki-laki antara maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah." (Hadis Riwayat Ahmad,
Abu Dawud).
Nabi SAW bersabda maksudnya: “Akan terjadi perselisihan
setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk
Madinah mencari perlindungan ke Mekah, lalu datanglah kepada lelaki ini
beberapa orang dari penduduk Mekah, lalu mereka membaiat Imam Mahdi secara
paksa, maka ia dibaiat di antara rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Kaabah).
Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan
di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud 3737)
Difahami bahawa perlantikan Imam Mahdi (Khalifah terakhir
umat Islam) akan berlaku di hadapan Baitullah. Ini kerana hadis di atas jelas
menerangkan peristiwa yang akan berlaku.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Suatu pasukan dari
umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar
seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (Hadis Riwayat
Ahmad).
Dalam hadis yang disebutkan di atas Imam Mahdi akan memimpin
selama 7 atau 8 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawa
kaum muslimin untuk memerangi kezaliman, hingga satu demi satu kezaliman akan
tumbang takluk di bawah kekuasaanya.
Nabi SAW bersabda maksudnya: “Ketika kalian melihatnya
(kehadiran Imam Mahdi), maka berbaiat-lah dengannya walaupun harus
merangkak-rangkak di atas salju kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah
Al-Mahdi.” (Hadis Riwayat Abu Dawud 4074).
Kemenangan demi kemenangan yang diraih Imam Mahdi dan
pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajjal) sehingga membuatkan
Dajjal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta
pengikutnya. Dengan kemunculan Dajjal menandakan telah wujud salah satu tanda
akhir kiamat.
Kekuasaan dan kehebatan Dajjal bukanlah lawan tanding Imam
Mahdi oleh kerana itu sesuai dengan takdir Allah SWT, maka Allah SWT akan
menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajjal.
Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajjal
dan pengikutnya, hingga Dajjal mati ditombak oleh Nabi Isa di pintu Lod dalam
kompleks al-Aqsa.
Sahabat yang di kasihi,
Kalian semua perlu berhati-hati bila ada di kalangan umat
Islam yang membuat dakwaan berbagai- bagai macam-macam pandangan yang
mengelirukan tentang kemunculan Imam Mahdi yang tidak diasaskan daripada hadis
yang sahih. Setakat dakwaan melalui mimpi-mimpi tidak boleh diterima. Golongan
syiah juga mendawa bahawa Imam Mahdi akan muncul dikalangan mereka.
Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa
kemunculan Imam Mahdi akan berlaku di akhir zaman. Bila masa dan waktu
kemunculannya hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Perkara penting yang perlu
kita lakukan adalah sentiasa berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunah
Rasulullah SAW dan sentiasa istiqamah dengan ajaran Islam. Semoga kita menjadi
hamba-hamba Allah SWT yang sentiasa dirahmati-Nya di dunia dan akhirat.
Kemunculan Imam Mahdi
..............................................................................................
.........................................................................................................
Banyakkan Zikrullah Penawar Hati #### 006 Wallpapers 1K X ok 140720 🆗️✔










No comments:
Post a Comment