اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku ALLAH اللهَ
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku ALLAH اللهَ
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku ALLAH اللهَ
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ ALLAH اللهَ
اللهَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
Zikirullah
HasBunaLah HuWa NekMal WaKill
Zikirullah
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ) SubHaNallah
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ) Astaghfirullah
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ) Alhamdulillah
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) La ila ha ill lal lah
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) La ila ha ill lal lah
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ) Allahu Akbar
100 X(حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ)HasBunaLah HuWa NekMal WaKill
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ) Allah HomeMa SollieAla SayieDina Muhammad ded
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ) La ilaha ill Lal Lah Muhammadar RasullulLah
100X (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ) La How La Wala QuWata illLa Billah HillAli Yill A'zim
100X ( لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ ) La ila Ha ill La Anta SubHa Naka IndNey Kun TumMinaz Zolimin
Covid-19 Persis Kemunculan Dajjal
cth mata dajjal
---Covid-19 Persis Kemunculan Dajjal
#Covid19-----------------------------------------------ok
Elias Hj Idris
Contoh mata dajjal
Hari ini aku nak kongsi sikit keadaan persamaan antara
Covid-19 dan kemunculan Dajjal. Terlalu banyak persamaan. Gambaran ini hanya 1%
saja. Ini penting, sila baca sampai habis.
Allah dah bagi ‘hint’ siap-siap awal lagi. Baiknya Allah,
sebelum dilepaskan Dajjal, diberi kita bersedia dalam menghadapi situasi yang
sebegitu sukar. Orang bijak akan mengambil ibrah, orang jahil akan terus
menyalah-nyalah. Masih fikir nak shopping baju baru! Masih fikir nak ke saloon
dan spa? Dah rindu kopi Starbuck? Dah rindu burger McD? Di mana setakat hari
ini saja lebih 6 ribu kematian di Itali dan hampir 1 juta orang kehilangan
pekerjaan di Australia - Al-Jazeera.
Kita masih nak ‘bermanja-manja’ lagi. Masih nak fikir
benda-benda yang tak penting dan tidak mendatangkan faedah. Masih nak
benci-membenci, masih nak memaki-hamun. Masih dok fikir lagi nak ke sana ke
mari. Boleh siap rindu nak keluar dating dengan balak/awek. Boleh layan movie
porno di Netflix di kala orang susah hati dan bersedih dengan wabak Covid-19
yang membunuh ini.
Ini bukan posting kecaman. Ini posting mengajak orang untuk
berfikir. Apa guna kita hidup jika tidak saling mengingatkan. Ketika mana
Dajjal muncul, masing-masing akan kelam-kabut. Suami akan kehilangan isteri.
Isteri tidak sabar dengan dugaan kesusahan, lalu diikutnya Dajjal yang mampu
beri segala nikmat kemewahan. Ini bukan aku cakap. Ini dah disabdakan oleh Nabi
saw. Kaum paling ramai menjadi pengikut Dajjal adalah kaum wanita. Kaum yang
mudah tewas dengan nafsu.
Sebab itu Nabi suruh ikat dan tambat anak isteri di
tiang-tiang rumah. Waktu itu orang dah tak fikir nak berjimak, tak fikir nak
tergoda dengan perempuan kiri kanan. Masing-masing cuma fikir nak survive
hidup, lindungi ahli keluarga dan makan. Makanan umat Islam ketika itu hanya
zikir. Kalau kita fikirkan logik akal, memang tak akan kenyang. Tapi Islam ni
tak boleh kita fikir dengan logik akal. Kalau Allah berkehendak, dengan zikir
boleh mengenyangkan.
Masih buta ke kita dengan apa yang terjadi di sekeliling
kita hari ini? Masjid kosong, orang terhalang daripada mengerjakan umrah.
Kemungkinan tidak boleh mengerjakan haji juga tahun ni. Nabi saw pernah
bersabda satu hari umatku akan terhalang daripada menunaikan haji dan umrah.
Kalau nak kepastian boleh search. Banyak hadis yang berkaitan. Tidak akan
terjadinya kiamat selagi mana pintu-pintu mesjid masih dibuka. Tanda Dajjal itu
semakin hampir kemunculannya apabila mesjid-mesjid semuanya menjadi kosong.
Masih tak nampak lagikah kita apa dah terjadi pada hari ini?
Okey mungkin belum cukup jelas lagi gambaran itu. Cuba perhatikan Danau
Tiberias. Airnya telah semakin mengering. Apa tandanya itu? Itu tanda besar
bahawa Dajjal itu sudah tidak lama lagi akan muncul. Kita perhatikan juga kebun
kurma Baisan. Pohonnya 100% sudah tidak berbuah. Sekarang kering kontang. Itu
tandanya apa?
Dajjal semakin hampir. Ini bukan aku dengar khabar angin.
Ini hadis Nabi saw dan hadis ini adalah hadis sahih. Kita saksikan
berlumba-lumba bangunan tinggi-tinggi dibina. Masing-masing berebut-rebut
membangunkan gedung-gedung yang mewah. Nabi saw pernah bersabda, “Dan bila
engkau menyaksikan mereka yang berjalan tanpa alas kaki, tidak berpakaian,
fakir, dan penggembala kambing, (kemudian) berlumba-lumba membuat bangunan yang
tinggi.” (HR. Muslim).
Sekarang petanda itu dah jelas di depan mata. Menara jam,
Burj Khalifah dan Kingdom Tower. Mereka itu semua dari keturunan Arab yang
dahulunya fakir dan cuma pengembala kambing. Tanah Arab sekarang sudah mula
menghijau. Kalau dulu cuma ada padang pasir. Jauh sekali nak dihujani salji.
Tapi hari ini? Salji sudah mula turun di tanah Arab. Tak lama lagi tanah Arab
akan subur dengan pohon-pohon dan rumput
yang menghijau. Itu tanda Dajjal yang akan muncul tersangatlah dekat.
Apakah persediaan kita dalam menghadapi Dajjal? Kalau ditakdirkan
Dajjal itu muncul dalam masa terdekat ni, jangan sesekali jumpa dan
bertentangan mata dengan dia. Kalau boleh elak sedaya yang mungkin. Dia akan
pukau kita sehingga kita ikut dan sembah dia. Hebatnya sihir Dajjal ini. Tak
kisah iman kita setaraf wali macam mana sekali pun, kalau berdepan dengan
Dajjal, kita akan tewas.
Macamana rupa Dajjal?
Rasulullah saw bersabda dalam satu hadis riwayat Muslim:
“Dajal ialah orang yang rosak sebelah matanya dan di antara dua dahinya
tertulis ‘kafir’...” Perkataan ‘Kafir’ ini hanya boleh dilihat oleh orang-orang
mukmin saja. Orang kafir, munafik dan fasik, tak akan nampak perkataan ini.
Jadi, elakkan diri daripada bersua muka dengan Dajjal. Suami-suami wajib ikat
anak isteri ketat-ketat di rumah. Sebab waktu Dajjal muncul, Dajjal akan masuk
ke setiap penjuru kampung, bandar, taman-taman, lembah-lembah dan tak akan ada
satu tempat pun yang tak akan dijejaki oleh Dajjal.
Kenapa perlu diikat anak bini? Sebab bila Dajjal tiba di
tempat kita, Dajjal akan menghentakkan kakinya sehingga menyebabkan orang-orang
yang berada di dalam rumah akan memberontak keluar untuk bertemu dengan Dajjal.
Kalau ditakdirkan bersua muka dengan Dajjal, pilihlah tangan kirinya. Tangan
kanannya menggenggam syurga, tangan kirinya menggenggam neraka. Pilihlah
neraka, kerana fitnah Dajjal - syurga itu neraka, neraka itu syurga.
Amalkan surah Al-Khafi 10 ayat awal dan 10 ayat yang akhir.
Hafal surah ni, sebab waktu kemunculan Dajjal, surah-surah dalam Al-Quran akan
hilang daripada kitab-kitab, dinding-dinding dan di mana-mana ada tertulisnya
kalam-kalam Allah ini. Abu Darda mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda,
"Barang siapa telah membaca sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi maka dia
telah terjaga dari fitnah Dajjal". (HR An-Nasai).
Sesiapa yang membaca surah ini ketika Dajjal muncul, Dajjal
tak akan nampak orang itu walau berada di depan matanya sendiri. Jadi, kita
akan terselamat dari dipengaruhi oleh si makhluk terlaknat itu. Amalkan ayat
ini selepas tasyahhud, Allaahumma inni a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wa min
‘adzaabinnaari jahannama wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min fitnatil
masiihid dajjaal. Ertinya, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu
dari azab Jahannam, azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari
keburukan fitnah Dajjal. ” (HR. Muttafaq ‘alaih).
Sewaktu Dajjal tiba di setiap negara, negeri, bandar,
taman-taman, kampung-kampung dan lembah-lembah, kalau penduduk di kawasan itu
sembah Dajjal, maka tempat itu akan subur dan diberikan kemewahan oleh Dajjal.
Tapi kalau penduduk di kawasan itu engkar dengan arahan Dajjal, maka tempat itu
akan jadi padang jarak padang terkukur. Kering kontang tak ada air, tak ada makanan,
haiwan mati, tanah tandus, orang-orang akan kebuluran yang amat sangat.
Soalnya sekarang, apa kaitan dengan Covid-19 pula? Ramai
orang duduk dalam rumah, di zaman Dajjal nanti pun ramai juga yang duduk di
rumah. Namun bagi golongan yang faham agama; macam kes sekaranglah. Semua yang
duduk di rumah, jenis yang faham bahasa. Jenis tak faham bahasa, semua duk
merayap ke sana ke mari. Jadi kalau beginilah sikap kita, sekiranya Dajjal
muncul, kita mungkin salah seorang yang boleh jadi pengikut Dajjal. Arahan
kerajaan pun kita engkar, apatah lagi arahan Nabi saw!
Mesjid kosong. Sekarang semua mesjid kosong. Seolah-olah
Allah dah bagi hint - peringatan. Kelak apabila Dajjal muncul, semua mesjid
akan lengang. Bukan saja kosong, azan pun sudah tidak akan berkumandang. Panic
buying. Kalau Covid-19 ni, orang panic berebut-rebut nak beli barang dapur.
Semua risau kelaparan takut tak dapat makan! Kalau Dajjal muncul, semua orang
‘panic buying’ juga. Masing-masing panic dan berebut-rebut nak dapatkan bekalan
makanan daripada Dajjal. Maka semua daripada mereka tercabutlah iman
masing-masing. Terpisah keluarga.
Kalau Covid-19 sekarang, sebaik salah sorang ahli keluarga
dijangkiti virus, ahli keluarga tidak akan dapat bersua muka lagi. Kalau ada
rezeki - jumpa, kalau tak ada rezeki - hanya mampu memandang dari jauh jenazah
ahli keluarga itu dikebumikan. Kalau Dajjal muncul, ramai yang akan kehilangan
ahli keluarga mereka. Ada ahli keluarga yang lemah imannya akan jadi
pengikut-pengikut Dajjal.
Frontliner bertungkus-lumus. Kalau Covid-19, masing-masing
berusaha sehabis keringat untuk tangani virus ini. Kalau Dajjal muncul, ketua
keluarga merangkap frontliner berusaha bertungkus-lumus untuk menghalang ahli
keluarganya daripada menjadi pengikut Dajjal. Sebab itulah, kita amat dituntut
supaya belajar agama. Supaya kita faham akan hakikat hidup ini. Semua ini bakal
berlaku dan kita akan lebih bersedia. Peri pentingnya kita memilih pasangan
yang faham agama. Supaya dia boleh selalu mengingatkan kita tentang
kecaman-kecaman ini dan terus mengajak kita ke arah kebaikan serta menambah
amalan. Bagi orang lelaki, tambahla ilmu agama. Perlu faham untuk memahamkan
ahli keluarga. Sebagai ketua keluarga, ini tanggungjawab kalian.
Bagi orang perempuan, ini bukan zaman nak ‘bermanja dan
menggedik’ fikirkan nak bercantik-cantik 24 jam. Cantikkan otak dulu sebelum
mencantikkan fizikal kamu. Kalau Dajjal keluar, dia takda pilih-pilih sama ada
kau cantik ke hodoh. Paling penting iman kau roboh. Jadi, tiba masa kita sedar
diri. Tambah ilmu dan terus bersedia. Kerana orang bijak adalah orang yang
sentiasa bersedia.
Pakat muhasabah. Semoga bermanfaat.
Kredit: Yatt Hayati
Covid-19 Persis Kemunculan Dajjal
Moga Bermanfaat
.............................................................
..........................RedzWang........................................ |
Zikrullah Penawar D'Hati #### 005 Wallpapers 1K X ok 140720 🆗️✔
No comments:
Post a Comment